Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

11 June 2015

Cerpen : Nota Hati

            Aku merenung ke arah brosur itu lama. Tentang penyakit barah payu dara. Penyakit yang hanya dihadapi oleh kaum wanita. Aku mengeluh perlahan.
            Pintu bilik itu aku pandang. Terpampang di hadapan pintu bilik itu. Diana binti Abdul Malik. Othopaedic Doctor.
            Aku merenung ke arah jam tanganku. 04.30 petang. Sudah hampir 15 minit dia menanti di sini. Menanti untuk berjumpa dengan seorang doktor yang sangat aku kenali sejak daripada dulu.
            Tiba-tiba, beberapa keping kertas terbang di sana sini. Aku mengerutkan kening. Hujan kertas ke ni?
            Aku berpaling ke arah lelaki yang sedang mengeluh perlahan. Pasti, dia punca kertas ini beterbangan. Careless!
            Aku mengutip beberapa keping kertas berhampiranku lalu berjalan menuju ke arah lelaki itu. Aku menyua kertas itu di hadapannya. Dia mengangkat mukanya sebelum mencapai kertas itu.
            Zupp! Terpanah dalam hati. Terkesan dalam sanubari. Argh! Zara Athelia! Get rid off him from your mind! Just focus on your own mission, okay?
            “Thanks, miss..” dia meleretkan suaranya seakan ingin mengetahui namaku. Aku hanya memandang kosong ke arahnya sebelum berlalu pergi ke ruang menunggu tadi.
            “Miss..” panggilnya dari belakang. Aku mencapai earphone di dalam beg lalu memasangnya di telinga. Mengelakkan diri daripada mendengar suara lelaki itu.
*_*
            “Zara Athelia. So, how are you?” tanya Doktor Diana. Aku menyandarkan tubuhku di kerusi. Memandang lama ke arahnya.
            “As usual,” balasku perlahan.
            “Don’t look at me like that. Awak menakutkan saya, Zara,” ujar Doktor Diana sebelum tertawa kecil. Aku hanya diam. Bukankah dia sudah biasa dengan sikapku daripada dulu lagi?
            “So, apa keputusan awak? Continue being like this atau nak buat operation?” tanyanya. Aku menarik nafas lama.
            “I..” kata-kataku terhenti apabila pintu diketuk lalu dibuka dari luar. Aku berpaling ke arah belakang. Muncul wajah lelaki tadi di hadapanku.
            “Eh, hai! Kita jumpa lagi,” lelaki itu menegur mesra ke arahku. Aku hanya diam sebelum kembali memandang ke hadapan. Telefon bimbitku aku capai sebelum menekan ikon whatsapp.
            Lelaki itu melangkah ke hadapanku. Aku seakan merasakan yang mata lelaki itu sedang memerhatikan aku.
            “Siapa nama awak?” sekali lagi dia menyoalkan tentang nama aku. Aku diam sebelum memandang ke arah Dr Diana. Aku mengangkat isyarat supaya dia menghubungi aku sebelum bangkit daripada duduk lalu berlalu keluar.
            “Dia.. Bisu ke?” terdengar suara lelaki itu menyoal. Terpaku aku sebentar. Bisu dicopnya aku?
            “Nope. Dia malas nak layan lelaki macam Izhan,” ujar Dr Diana.
            “Why?”
            Terdengar suaranya menyoal tak puas hati. Aku menyambung kembali langkahku keluar.
*_*
            Aku mencapai sebuah buku. Klipnya aku buka dan aku mengalihkan muka suratnya ke muka surat baharu.
Dear Violet,
I met someone today. He impressed me a lot. Nampak je muka dia, terus hati ini berdebar tak menentu? Cintakah itu? Entahlah.. Apa itu definisi cinta?Aku pun tak tahu. Yang penting lelaki itu dah berjaya menggoyahkan jiwa aku yang tenang. Tapi, dia bukan othopaedic doctor. Dia bukan lelaki yang aku mahukan untuk menjaga aku di saat aku jatuh sakit. Dia bukan lelaki itu.
Tapi, mampukah aku untuk menghilangkan rasa yang semakin menggila ini? Mungkin ya, mungkin tidak. Mungkin ya, kerana aku baru bertemunya dua kali. Mungkin tidak, kerana aku takut wajahnya terpalit di ingatan. Aku dalam dilema.
Tambahan pula, dengan pertanyaan Dr Diana tadi. Continue being like this or an operation? Ikutkan hati, aku tak sanggup untuk kekal sakit begini. Fisioterapi seakan tidak memberikan aku sebarang kesan. Atau, mungkin badanku tak mampu menerima fisio? Entahlah. The sickness is getting worse. Aku dah tak mampu untuk duduk lama-lama. Jikalau tidak, belakang ini akan sakit. Tetapi, kerjayaku sebagai seorang penulis menuntutku untuk terus duduk di atas kerusi. Aku perlu untuk berbaring tiap kali sakit, tetapi aku tak dibenarkan untuk menaip sambil meniarap. Argh! Aku dalam dilema.
Operation? Duit dalam akaun bank pun belum cukup lagi.. Violet, what should I do?
            Mata pen itu berhenti mencoret. Pen itu aku simpan bersama dengan diari milikku di tempat yang tersembunyi. Wajahku raup perlahan.
            Stop it, Zara! Stop thinking! Focus on your work!
*_*
            “Kau nak makan di mana?” tanya Dira. Aku berpaling sejenak ke arahnya sebelum kembali memandang ke depan. Genggaman di stereng aku pegang kemas.
            “Any..”
            “Dah, aku dah masak sangat dengan jawapan kau tu. Anything should be fine, anything should be fine. Kalau aku suruh kau makan sampah, kau pun makanlah?” ujar Dira geram.
            “Kau rasa?” balasku.
            “Eh, tension aku cakap dengan kau! Dah, stop di KFC! Aku nak makan banyak-banyak. Stres dengan kau!” 
            Aku hanya tersenyum kecil sebelum membuat isyarat ke kiri.
*_*
            Aku mencapai zinger burger itu. Baru sahaja aku ingin memasukkannya ke dalam  mulut, terdengar suara lelaki yang memang aku ingin elak. Kalau  boleh, sampai ke planet Neptune aku ingin bersembunyi.
            “Zara Athelia?”
            Dira di hadapanku sudah mengisyaratkan aku untuk berpaling ke arah kiri. Namun, aku hanya membatu.
            “Can I sit here?” tanya sejurus duduk di atas kerusi. Aku menghela nafas perlahan sebelum memandang ke arahnya lama. Agak-agakkan, kalau aku cakap dia tak boleh duduk sini, dia akan pindah tempat ke?
            “Don’t stare at me like that. Saya tak akan pindah tempat,” ujar lelaki itu.
            Gotcha! Kan aku dah cakap, dia tak akan pindah tempat.
            “Nama saya Izhan. Nama awak Zara kan?” tanyanya. Aku rasa baru tadi je, dia sebut nama penuh aku. Sengaja!
            Dira dah start bagi aku signal banyak kali dah bertanyakan siapa jejaka yang sedang duduk makan dengan selambanya di sisiku.
            “Ops! Lupa! Nama awak apa? Awak kawan dia kan?” tanya lelaki itu bertalu-talu ke arah Dira.
            “Dira,” balasnya sepatah.
            “Awak kenal Zara berapa lama?” tanyanya.
            “Kenal dari kecil. Kawan sekampung,” balas Dira. Aku hanya diam tanpa menyampuk apa-apa. Earphone aku capai dan kembali disumbat ke telinga. Enggan mendengar suaranya yang aku pasti akan dibawa ke dalam mimpi nanti.
            Tiba-tiba, muka Dira berubah teruja. Dia segera mencapai kertas lalu mencoret sesuatu di atas kertas itu. Wajahnya jelas gembira.
            Terlintas di hati untuk bertanya, namun aku biarkan sahaja persoalan itu berlalu. Semakin banyak aku bertanya soal dia, semakin susah untuk aku atasi perasaan ini.
*_*
            Taipan aku terhenti apabila satu panggilan masuk ke dalam telefon bimbitku. Aku merenung sekilas ke arah telefon itu. Umi.
            “Assalamualaikum umi,” sapaku.
            “Waalaikumussalam, Zara. Zara sihat?” tanya umi.
            “Alhamdulillah umi. Zara try untuk elakkan diri daripada sakit,” balasku. Skrin laptop aku tenung. Mencari sebarang typing error yang mungkin aku lakukan.
            “Zara, ada orang masuk meminang,” terdiam aku dibuatnya.
            “Siapa? Umi tahu kan kriteria yang Zara nak. Umi tolak je kalau..”
            “Dia othopaedic doctor,” terpaku aku. Terimbas di bayangan wajah lelaki tadi. No! Dia tak mungkin seorang doktor. Jumpa di hospital pun dia tak memakai jubah doktor. Mungkin dia kenalan Dr Diana. Jadi, terpaksalah aku buang perasaan ini.
            “Zara..” panggilan umi membuatkan aku tersentak.
            “Ya umi,”
            “Zara terima ye? Bukan senang untuk Zara jumpa dengan lelaki muda yang ada gelaran doktor pakar tulang di hadapannya,” pujuk umi.
            Aku menarik nafas dalam-dalam.
            “Zara terima umi,”
*_*
Dear Violet,
Something happened just now. Ada orang masuk meminang aku, dan 100% kemungkinan bukan lelaki yang aku suka tu. Bukan lelaki yang Dr Diana gelar Izhan itu. Bukan dia. Sebab that guy is an othopaedic doctor. Lelaki tu? Erm, macam tak je.  Nak nampak gaya doktor pun tak, dengan sikap terlebih mesranya.
            Dan, aku dah pun menerimanya. Peluang sebegini mungkin sudah tidak ada lagi di masa hadapan. Jadi, aku ambil peluang itu. Bukankah antara disayangi ataupun menyayangi, disayangi itu lebih baik? At least, kita boleh pujuk hati kita untuk menyanyangi orang yang menyayangi kita.
Lelaki itu? Terpaksalah aku buang namanya dari kotak ingatan. Moga-moga, aku dah tak berjumpa dengan dia lagi.
*_*
            Aku melangkah ke kaunter pendaftaran. Kad nama aku diserahkan kepada pihak hospital.
            “Erm, maaf cik. Dr Diana MC hari ini. Dr Diana aturkan cik untuk berjumpa dengan Dr Izhan di bilik no. 7 bersebelahan dengan bilik Dr Diana,” ujarnya. Aku hanya mengangguk perlahan sebelum memulakan langkahku.
            Terlintas di fikiranku, Dr Izhan? That guy nama Izhan juga. Jangan-jangan! Aku terasa macam nak tepuk dahi je sekarang ni. Kenapalah aku ni jenis judge book by its cover je?
            Zara! Kau dah terima pinangan tu. Kau jangan buat malu! Hujung minggu ni dah nak bertunang. Pasal lelaki tu, macam biasa lupakan je. Tapi, kalau tak boleh..?
            Bolehkanlah! Doakan bakal imam kau tu lagi kacak dan berkarisma daripada Izhan. Amin.
*_*
            Aku memandang wajahnya yang sedang asyik memandang laporan kesihatanku. Pelik. Daripada tadi sehinggalah sekarang, satu patah perkataan pun tak keluar dari mulut dia. Kalau tak, becok memanjang.
            “Awak tak nak buat operation?” tanyanya. Aku tersentak. Aku berpaling ke arahnya. Tapi, dia hanya menunduk membaca laporan kesihatanku. Menarik sangatkah laporan itu?
            “I’m still thinking,”
            “Saya rasa dah berbulan-bulan awak berfikir,” balasnya tajam. Matanya memandang ke arahku. Terkedu aku dibuatnya.
            “Awak tahu tak, kalau awak biarkan lagi awak akan makin sakit? Awak nak ke, setiap kali awak bergerak, awak sakit? Tulang belakang mempengaruhi satu badan, Zara Athelia,” ujarnya keras.
            “Saya tak cukup duit lagi, awak faham tak? Bukannya sikit kos untuk pembedahan itu. Hampir 100 ribu,” balasku.
            “Awak ada berapa?” tanyanya. Tersentak aku. Aku memandang ke arahnya. Kenapa dia tanya tentang duit aku?
            “Rahsia,” balasku. Aku melarikan mataku dari pandangan tajamnya. Terdengar keluhan dari bibirnya.
            “Saya akan aturkan awak untuk masuk MRI. Saya nak tahu status terkini awak. Atau, awak tak ada duit juga untuk MRI?” ujarnya. Aku menjeling tajam ke arahnya. Perliankah itu?
            “Okay, fine. Nampaknya awak ada duit untuk MRI. So, nanti saya contact awak untuk maklumkan soal MRI. Bila awak boleh masuk and so on? So, your phone number?” tanyanya. Aku hanya menghela nafas perlahan dan menyebut beberapa digit.
            “Anything else?” tanyaku. Aku dapat mengesan riak tersentak dari wajah lelaki itu. Forgive me, but I need to treat you like this in order to get over my feeling.
            “No.. Nothing. You may go,” ujarnya. Aku bangkit lalu berjalan menuju ke pintu. Tapi, ada satu persoalan yang membelenggu fikiranku.
            “Doc,” aku panggil gelarannya. Gelaran yang sangat dihormati. Doktor. Kalau dia cakap 24 jam lagi, kau akan mati. Confirm! Bulat-bulat kau percaya! Sedangkan sakit perut je pun.
            “Yes,”
            “Can I pregnant?” tanyaku. Lelaki itu tertunduk untuk menyembunyikan senyumannya. Hello, aku boleh nampak okay?
            “Bergantung dengan keadaan awak,” balasnya. Aku menjulingkan mata ke atas. Boleh tak bagi jawapan yang spesifik sikit?
*_*
            Aku memasang earphone di telinga apabila satu panggilan masuk ke dalam telefonku.
            “Assalamualaikum, umi,”
            “Zara. Balik rumah awal, bawa baju lebih,” ujar umi. Suaranya jelas menunjukkan bahawa dia sedang teruja.
            “Kenapa umi?”
            “Ala, nanti kamu tahulah,” balas umi ingin berahsia. Tahulah, aku ni penulis. Tak terikat dengan apa-apa pun. Nak balik rumah, balik. Tapi masalahnya sekarang Cik Dira tu akauntan. Tak boleh ambil cuti lama-lama. Habis, siapa nak teman dia di rumah sewa?
            “Tengoklah macam mana. Zara bincang dengan Dira dulu,” ujarku.
            “Tapi, Zara memang kena balik awal. Tak kira macam mana sekalipun,” ujar umi tegas. Aku hanya mengiakan.
            Apa yang jadi di kampung?
*_*
Dear Violet,
I met with him today. He is an othopaedic doctor. Masih baru lagi di hospital tu. Tapi, nasi dah jadi bubur. Pinangan dah diterima, cincin bakal disarung. Akad bakal diijab kabulkan.
Lagipun, kalau aku tak terima pinangan tu pun, sanggupkah dia terima aku? Mungkin dia jenis happy go lucky! Tegur je sesiapa yang dia nak tegur. Lagipun, tak ada tertulis di wajahnya pun yang dia suka aku. Jadi ,yang terbaik lupakan je..
*_*
            Aku memarkirkan kereta di bawah sebuah khemah. Berkerut keningku. Kenapa mereka pasang khemah? Aku nak tunang je. Bukannya nak kahwin.
            Aku keluar dari kereta dengan seribu persoalan yang menerpa minda. Aku Aku memarkirkan kereta di bawah sebuah khemah. Berkerut keningku. Kenapa mereka pasang khemah? Aku nak tunang je. Bukannya nak kahwin.
            Aku keluar dari kereta dengan seribu persoalan yang menerpa minda. Aku menuju ke arah umi yang sedang beria-ria menukar langsir.
            “Umi, apa jadi? Kenapa semua orang pasang khemah?” tanyaku. Wajah-wajah asing di rumahku yang melemparkan senyuman aku balas seadanya.
            Umi menarikku masuk ke dalam bilikku. Aik, cantik bilik. Dah terhias macam orang nak kahwin esok ja.
            “Pihak lelaki nak nikah cepat. Jadi, hari Sabtu ni kamu tunang, hari Ahad kamu nikah,” ujar umi. Aku pula yang terkedu. Eh, aku kena jadi mak sanggup ke apa ni nak kahwin awal sangat?
            “Kenapa awal sangat? Dan, preparation wedding, hantaran semuanya macam mana?” tanyaku pelik.
            “Umi pun tak tahu. Preparation semuanya Daniel dah uruskan. Kamu hanya duduk dan rias diri kamu je,” ujar umi.
            Daniel.. Daniel.. Bukan Izhan, Zara. Sedarlah!
            “Baju pengantin?”
            “Umi suruh kakak kamu yang try. Kamu dengan dia kan lebih kurang ja,” ujar umi selamba. Okay, umi memang excited nak terima menantu.
            Tapi, hati aku ni macam mana pula? Sudah bersediakah untuk berganti penghuni?
*_*
Dear Violet,
I wonder who is him? Daniel. Hanya sepotong nama tu ja yang aku dengar dari umi. Perkahwinan kami dipercepatkan. Minggu depan. Baguslah, aku baru ja dengar yang aku nak kahwin minggu lepas. Cepat betul! Macam mana dia prepare semua ni dalam masa tak sampai 2 minggu? Tapi, kenapa keputusannya mendadak?
Hari ini tunang, esok nikah. Kenduri pun buat kecil-kecilan sahaja. Serious, aku rasa macam mak sanggup ataupun orang yang kena tangkap basah. Semuanya nak buat dengan cepat. Tapi, bila difikirkan balik, macam mana aku nak jadi mak sanggup kalau lelaki tak boleh mengandung? So, apa yang membuatkan dia nak cepatkan perkahwinan? Kenal aku pun tak! Aku pun tak kenal dia.
Dan dalam minggu ni juga, aku kena buang perasaan aku terhadap Izhan. Tapi, macam mana aku nak buat kalau aku masih berharap dia yang akan muncul sebagai pengantin lelaki? Walaupun aku sedar yang bakal imamku bernama Daniel, tetapi aku masih berharap akan dia.
Susah. Sangat susah untuk aku buang perasaan ini. Aku rasa inilah perasaan orang yang cintanya tak kesampaian. Sakit, sangat sakit! Hati ini! Aku inginkan dia menjadi imamku namun apa dayaku untuk menghalang?
            Mata pen aku tutup. Katil yang terhias cantik itu aku pandang. Tanpa sedar, air mata aku mengalir perlahan. Hati aku seakan mencucuk-cucuk. Inikah perasaannya?
            Aku merebahkan tubuhku di atas katil itu. Air mata di pipi aku seka. Kuatlah Zara! Cinta yang berputik di hati masih menjadi tunas. Matikan tunas itu Zara. Semai cinta yang baru.
*_*
            Aku memandang wajahku yang sedang dirias oleh Dira. Muka ini muram. Tanpa senyuman. Aku memandang jemari di tanganku. Cincin pertunangan itu aku sentuh. Terletak elok di jariku.
            “Oit, pengantin baru mana boleh masam-masam. Senyumlah sikit,” ujar Dira. Dia mencubit pipiku perlahan.
            “Kau tahu tak, Zara?” aku menjongket kening. Meminta dia meneruskan kata.
            “First time, aku jumpa kau. Aku fikir kau bisu,” ujar Dira selamba. Spontan, ketawa kecil terlepas dari bibirku.
            “Izhan pun cakap macam tu,” tuturku spontan. Namun, apabila aku menganalisa balik ayat aku, aku yang tersentak. Kenapa masih ada nama Izhan di percakapanku?
            “Dah, memang betul! Mulut tu, payah betul nak senyum! Macamlah senyum tu boleh bawa maut!” ujar Dira geram. Aku hanya diam dan menunduk.
            “So, hari ini. Aku nak kau senyum banyak-banyak! Kalau kau tak nak senyum, aku suruh cik abang kau paksa kau senyum,” ujar Dira separa mengugut.
            Aku memaksa sekuntum senyuman di bibirku. Masih mampukah aku untuk tersenyum jikalau bukan dia yang aku cinta menjadi imamku?
*_*
            “Aku nikahkan dikau, Muhammad Izhan Daniel bin Ariffin dengan anak perempuanku, Zara Athelia binti Azli dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran tunai,”
            “Aku terima nikahnya, Zara Athelia binti Azli dengan mas kahwinnya senaskhah Al-Quran tunai,”
            Aku seakan terkaku. Wajah yang sekian lama ini menunduk aku angkat. Suara itu. Milik Izhan.
            Air mata ini mengalir perlahan. Terkejut dengan kejutan yang dihadiahkan. Namun, aku bersyukur. Hati ini tidak silap mencinta.
            Tetapi, kenapa dia tidak cakap apa-apa pun sewaktu kami bertemu dulu? Adakah dia ingin menguji aku?
            Aku tersentak apabila Dira mencubit pahaku kuat. Wajah Izhan sudah berada di hadapanku. Teragak-agak aku menghulurkan tanganku.
            Usai bersalaman, dia memegang ubun-ubunku lama, membisikkan sepotong doa. Kini, aku sah menjadi miliknya.
*_*
Dear Violet,
Suprise! Daniel is Izhan. Izhan is Daniel! Mereka orang yang sama dengan nama yang berbeza. Actually, tak berbeza pun nama. Tetap nama penuh yang sama tapi nama panggilan yang berbeza. First time, nampak dia tengah ucapkan akad. Hati ini dah terlompat! Terkejut dan bersyukur yang dia menjadi imamku.
Terkejut kerana aku tak pernah menduga mereka orang yang sama. Bersyukur kerana aku tak silap mencintai orang. Dari pertemuan pertama, padanlah ada debar di dada kerana aku pemilik tulang rusuk kirinya yang hilang.
Ya Allah, aku bersyukur dengan kurniaan-Mu. Tapi, aku tahu dia akan paksa aku buat operation. Tambahan pula, dia sudah tahu segalanya tentang kesihatanku. Tapi, aku harap.. Yang dia akan menyertai pembedahan itu sebagai doktorku.Tapi, itu termasuk dalam skop kerja dia tak? Susah jadi orang yang bukan dalam bidang doktor ni. Blur dalam semua benda.
Tapi, akhirnya aku dikurniakan doktor sendiri. Doktor yang sentiasa ada di sisi tanpa sebarang bayaran. Kalau nak bayaran juga memang nak kenalah! Dengan isteri pun nak berkira!
            Aku meletakkan diari aku di dalam laci. Gulungan tuala di rambut aku leraikan lalu aku sikat rambutku perlahan.
            Dah, nak tidur! Penat!
*_*
            Aku terjaga daripada tidur. Terasa ada tangan yang melingkar pinggangku memberikan kehangatan kepadaku.
            Terkejut aku jadinya. Hilang ngantuk aku jadinya.Tangan yang melingkari pinggangku aku cuba alihkan tapi makin kuat pula dia peluk aku. Ingat aku bantal peluk ke?
            Tubuhnya bergerak sedikit. Spontan, aku terus menutup mataku dan berpura-pura tidur. Hipokrit betul. Tapi, dah aku malu nak buat camna? Takkanlah nak tunggu dia buka mata dan senyum dengan selebar-lebarnya? Sorry, but I’m not that type of person, okay?
            Terasa dahiku dikucup perlahan.
            “Thanks for being my wife, Zara. I love you,” ujarnya lembut berbisik di telingaku. Perlahan dia meletakkan  kepala aku ke bantal dan berlalu ke bilik air.
            Aku membuka mataku perlahan. Dia sayang aku? Dia sayang aku?! Serious! Argh! Aku rasa macam nak melompat!
*_*
Dear Violet,
Dia cakap dia sayang aku. Tapi, aku tak pandai nak cakap aku sayang dia. Nak cakap love you, mum pun geli. Nak cakap love you, husband? Memang tak bolehlah! Tapi, aku harap dia tahu yang aku suka dia..
Tapi, macam mana dia nak tahu kalau aku tak beritahu? Argh! In delimma meh! Dia tahu sendiri tak boleh ke? Actions speaks louder than words kan?
Tapi, kalau dia nak word? Aku tulis pakai kertas! Word kan? Perkataan? Tulis pun jadi perkataan, betul?
            “Buat apa tu?” tanya satu suara. Aku tersentak.
            “Nothing,” aku segera menyimpan buku itu di dalam laci. Tuala dan baju aku capai sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.
            “Cepat sikit, abang tunggu. Kita solat sama,” ujarnya dari belakang. Erk! Rasa pelik pula dia bahasakan diri abang. Selalunya saya. Argh! Whatever!
*_*
            Aku tunduk menyalami tangannya. Perlahan, dia mengucup dahiku.
            “Lusa, abang dah start kerja. Tak boleh ambil cuti lama. Ikut abang. Kita buat MRI sekali lagi,” ujarnya. Aku mengeluh perlahan.
            Sekarang aku rasa menyesal kahwin dengan doktor. Di rumah pun cakap pasal hospital lagi. Tapi, nak buat camna? Dah terkahwin dah pun.
            “Kenapa?”
            Aku menggeleng perlahan.
            “Setiap kali abang tanya, kenapa Zara diam ja? Pelik abang,” tanyanya. Aku dapat mengesan pandangan tajamnya ke arahku.
            “Sebelum kahwin, jangan harap abang dapat dengar suara Zara. Macam emas,” ujarnya lagi.
            “Siapa suruh kahwin dengan orang pendiam?” balasku. Terjongket kening Izhan dibuatnya.
            “Oh, melawan orang pandai,”
            “Semua orang pandai melawan,” balas aku. Terbuntang mata Izhan memandang ke arahku.
            “Okay, fine. Sorry,” aku menundukkan wajahku. Takut jikalau dia terkecil hati dengan sikapku.
            Dia mencubit pipiku perlahan.
            “Comel,”
            Sudahnya aku yang terlopong. Aku yang besar panjang ni dicopnya comel?
*_*
            Aku menaip selaju mungkin. Idea tengah banyak ni. Tunggu untuk dimuntahkan sahaja. Satu demi satu perkataan aku taip.
            “Zara, bangun dulu. Berdiri for a few minutes. Jangan duduk lama, sakit nanti,” satu suara menegurku daripada belakang.
            Terhenti taipan aku. Perlahan-lahan aku bangun dari kerusi. Tanganku masih lagi menaip. Mataku masih lagi fokus ke arah laptop.
            Tiba-tiba, tanganku dipegang. Aku berpaling ke arah Izhan.
            “Stop sekejap, relax dulu.  Zara dah duduk 2 jam non-stop, okay?”
            “Idea Zara tengah bercambah,” ujarku. Ingin menarik balik tanganku. Izhan meletakkan tangannya di pipiku lalu mengusapnya perlahan.
            “Zara. I’m your doctor. Abang tahu tahap mana sakit Zara. Tak kira macam mana pun idea itu datang. Calm down first. Ingat idea tu dalam otak then relax dulu. Zara tidur dulu 15 minutes. Nanti abang kejut. Ini untuk kebaikan Zara sementara kita belum operate. Okay?” Izhan bersuara tenang.
            Aku hanya mengalah. Malas aku ingin berbalah dengan dia. Takut nanti free-free je kena catat dosa.
            Aku merebahkan tubuh di atas katil.
            “Zara. Abang dah aturkan pembedahan Zara. Awal bulan depan,” aku terpaku. Mataku merenung tepat ke arah Izhan. Dia mengangguk perlahan.
            “Kenapa abang buat keputusan tanpa beritahu Zara dulu?” tanyaku tegas. Aku takut.. Aku takut kena bedah.
            “Ini untuk Zara. Zara nak menulis. Zara kena operate. Zara nak mengandung pun Zara kena operate dulu. Ini keputusan abang. Abang nak tengok Zara sihat,” ujar Izhan.
            “Za.. Zara takut,” di fikiranku terbayang scalpel. Menghiris badanku. Argh! Sakitnya! Dijahitnya lagi tubuh aku nanti. Oh My God! Terbayang segala imej yang sentiasa aku tonton dalam cerita Dr Stranger, Emergency Couple dan Good Doctor. Seram!
            Dan, jangan tanya kenapa aku tak nak jadi doktor. Itu semua pengaruh cerita tu, bukan nak menguatkan keinginan aku untuk jadi doktor, merundumkan lagi adalah.
            “Zara takut apa? Abang sentiasa ada dengan Zara. Abang yang akan jadi ketua untuk pembedahan Zara,” ujar Izhan.
            “Betul? Promise?” aku menyuakan jari kelingking di hadapannya.
            “Ya, sayang. Promise,” dia menyaukkan jari kelingkingnya dengan jariku. Kemudian, dia bawa tubuhku ke pelukannya.
            “Don’t worry, be happy. Jangan fikirkan tentang imej-imej negatif. Tahulah penulis pun, tapi janganlah berimaginasi yang bukan-bukan. Just fikir, yang selepas ini Zara akan sihat balik. Tapi masih di bawah pengawasan abang. Okey, sayang?” dia mengucup dahiku perlahan.
            Aku hanya diam di pelukannya. Tak membantah atau melawan. Nak menulis pun dah tak ada mood. Just fikir pasal nak kena bedah nanti ja.
            Kenapa tiga cerita tu tentang pediatric, ER dengan thoracic surgeon je? Kenapa tak ada othopaedic? Tapi, aku rasa kalau ada othopaedic, mahu aku tak nak kena bedah dah!
*_*
            Aku merenung wajah Izhan yang sedang memerhati keputusan MRI aku. Sebentar keningnya berkerut, sebentar dia mengusap dagunya. Apa yang sedang kau fikirkan, cik abang oi?
            “Worsen,” aku terus berpaling ke arahnya. Apa yang worsen? Sakit aku ke?
            Dia mencapai keputusan MRI lama aku. Yang aku buat err 3 tahun lepas? Lalu dibandingkannya.
            “Deadline new novel bila?” tanyanya. Aku mengerutkan kening. Kenapa tiba-tiba tanya? Berminat nak jadi penulis ke?
            Deadline?
            “2 bulan lagi,”
            “Progress novel?” tanyanya.
            “50% I guess,” mendengarkan jawapan aku, dia berpaling ke arahku dengan pandangan yang tajam.
            “Why?”
            “Lepas ni, 2 jam ja menulis. Jangan lama-lama. Lepas operate nanti baru abang benarkan menulis lebih sikit ja,” ujar Izhan. Aku menongkat dagu memandangnya.
            “Sikitnya masa,” ujarku.
            “Nak lebih sikit boleh?”
            “Nope!” ujar Izhan tegas. Jatuh tangan yang menongkat daguku. Seriously, aku tak boleh hidup kalau tak menulis.
*_*
            Aku menggosok kemeja Izhan. Satu demi satu aku seterika. Bosannya. Kalaulah aku boleh menulis lama. Ni tak, 2 jam ja?
            So, nak isi masa yang terbuang ni aku buatlah kerja rumah. Lepas ni, aku nak mop lantai pula.
            “Siap!” aku menyangkutkan baju kemejanya bersama dengan seluar slack lalu aku susun di dalam almari.
*_*
            Aku mengemop lantai. Tapi, tingkahku terhenti, apabila belakang aku mula terasa tak selesa. Aku menarik nafas perlahan. Dia datang lagi.
            “Argh!” aku terduduk. Sakitnya! Aku perlahan-lahan bangun dan berjalan perlahan-lahan. Aku tak mampu untuk berjalan seperti biasa.
            Sakit ini seakan merebak di seluruh tubuh badan aku.
            Terjatuh aku di anak tangga.
            “A.. Abang.. Sa.. Sakit..” aku mengeluh perlahan. Nafasku tersangkut. Ya Allah! Sakitnya. Aku bersandar di tepi dinding. Ya Allah! Aku tak mampu bertahan!
            Aku pandang anak tangga yang masih tertinggal. Aku mencuba untuk memanjat namun sakit di tubuhku menghalang pergerakanku.
            “Ya Allah, Zara!” aku berpaling ke arah Izhan yang kelihatan terkejut. Aku dapat merasakan bibir aku mengering.
            “A.. Abang,” aku hanya mampu bersuara perlahan. Tenagaku seakan sudah habis untuk melawan sakit yang bermaharajalela di tubuhku.
            Izhan datang ke sisiku. Dia menyauk tubuhku dengan tangannya.
            “Sorry kalau ianya menyakiti,” ujar Izhan perlahan. Dia membawa tubuhku ke dalam bilik dan merebahkan tubuhku di atas katil.
            “Mana Acustop dan Celebrex? Argh, mana pelekat dengan ubat tahan sakit?” aku menunjukkan ke arah laciku.
            Dia bergegas ke arah laci itu dan mencapai ubat-ubatku. Sebentar kemudian, dia berlari keluar dari bilik.
            Aku hanya memandang langkahnya. Mata aku tutup untuk menahan sakitku.
            Dia kembali kepadaku bersama dengan segelas air dan menghulurkan sedikit roti kepadaku.
            “Makan sikit, sikit pun jadilah. Alas sikit perut tu sebelum makan ubat tahan sakit,” dia menyuapku perlahan.
            Satu suap, dua suap. Kemudian aku menolak hulurannya.
            Dia menyimpan makanan itu lalu menghulurkan ubat kepadaku.
            Usai aku menelan ubat itu, dia menyuruh aku meniarap untuk melekat ubat di belakangku. Aku sudah tidak fikir apa-apa lagi. Yang aku tahu, aku nak tidur dan aku harap kesakitan ini hilang selepas aku tersedar dari lenaku.
*_*
            Aku membuka mataku. Mataku terpandang akan Izhan yang sedang leka membaca. Bajunya sudah berganti. Aku merenung diriku. Masih lengkap berpakaian tadi.
            Baju ni mesti sangat busuk. Daripada pagi tadi lagi aku pakai. Dengan bersihkan satu rumah lagi. Aku bangkit daripada pembaringan.
            “Dah sihat?” tanyanya. Aku berpaling ke arahnya sebelum mengangguk perlahan.
            “Kenapa buat kerja banyak? Tahu badan tu tak boleh kalau tak cukup rehat. Buat lagi sikap macam tu! Risau abang, balik-balik tengok Zara sakit macam tu. Macam nak putus nyawa abang tahu tak?” bebel Izhan.
            Aku menundukkan wajah. Takut. First time, tengok muka Izhan yang ketat.
            “Sorry,” hanya itu yang mampu aku ucapkan ketika ini.
            “Dah, pergi mandi. Jangan buat perangai macam ni lagi tau,” dia mendongakkan wajahku. Aku menganggukkan wajahku perlahan.
            “Abang tak marah pun. Smile,”
            “Bohong. Muka abang ketat,” ujarku perlahan. Izhan tersenyum perlahan, dia menarikku ke dalam pelukan.
            “Abang risaukan Zara. Abang sayang Zara. Zara tak sayangkan abang ke?”
            Dan aku hanya mampu diam. Tak mampu untuk mengaku yang aku sayangkan dia daripada dulu.
            “It’s okay. Abang faham. Take your time to love me,”
            Aku menggigit bibir. I already love you, but I can’t say it. Memang Zara penulis, kata-kata Zara penuh bermadah, tapi untuk mengucapkan madah cinta. Itu kelemahan Zara.
*_*
            Satu demi satu helaian aku selak. Novel ini memang boleh buat aku sakit hati. Eh, kureng punya laki! Suka hati dia ja buat isteri dia sesuka hati!
            Bacaan aku terhenti apabila telefon bimbitku berbunyi. Aku mencapai telefon lalu aku jawab panggilan itu.
            “Puan, Doktor Izhan kemalangan. Dia berada di wad kecemasan sekarang,” jatuh novel itu dari peganganku.
*_*
            Aku meluru ke arah wad yang menempatkan Izhan. Terkedu aku melihat dia yang kepalanya dan tengannya yang berbalut. Nasib baik tangan kiri, jikalau tangan kanan? Susahlah dia untuk melakukan pembedahan.
            “Abang,” aku duduk di sisinya. Air mata di pipiku sudah menitis.
            “Eh, Zara! Mana tahu abang ada di sini?” tanya dia pelik. Lagi terkejut dia apabila melihat pipiku sudah basah dengan air mata.
            Dia meraupkan pipiku dengan tangannya.
            “Don’t cry. Sikit je ni. Tak mati pun lagi,” ujar Izhan selamba.
            “Janganlah cakap pasal mati!” aku membentak. Air mata aku kian jatuh.
            “Nangis lagi? Ya Allah, Zara..” dia menarikku ke dalam pelukannya. Aku dah tak kisah.
            “Abang, Zara sayang abang. Jangan tinggalkan Zara,”
            “Abang tahu Zara sayang abang. Dah, jangan nangis. Abang ada je kat sini. Zara operate minggu depan pun abang yang bedah. Dah. Buat malu kat orang ja,” ujarnya. Dia mengusap pipiku.
*_*
            Aku merenung kelibat nurse dan para doktor yang mengelingi katilku. Dr Diana menepuk bahuku perlahan.
            “You’ll be fine. Your husband will do the best for you,” ujar Dr Diana. Aku menundukkan wajahku perlahan. Konon dulu, tak nak beritahu nama. Akhirnya jadi suami juga!
            Dr Diana berpaling ke arah Izhan.
            “Take care of my girl,” Izhan mengangguk yakin.
            “I will,”
*_*
            Aku membuka mataku perlahan. Terasa sakit di belakangku.
            “Are you awake?” tanyanya. Aku memandang ke arahnya yang sedang tersenyum. Riak wajah kepenatan jelas di wajahnya namun dia sentiasa di sisiku.
            “Hah, Daniel. Zara dah bangun dah. Pergi balik! Mandi, rehat. Esok datang mengadap muka Zara balik,” bebel umi. Izhan tersenyum. Dia berpaling ke arah umi.
            “Ten more minutes umi, nanti Daniel balik. Zara baru je buka mata, umi halau Daniel balik dah,” ujar Izhan separa bergurau.
            “Yelah, yelah. Umi tunggu di luar. Bermadu kasihlah kamu berdua,” ujar umi lalu berlalu keluar wad.
            Aku tersenyum memandang Izhan.
            “Kenapa tak balik?” tanyaku. Aku memegang pipinya. Dia memegang tanganku yang menyentuh pipinya.
            “Abang nak tengok Zara bangun dulu,” ujarnya. Aku hanya menggelengkan kepala. Macam-macamlah dia ni. Tak fikir diri tu penat. Kalau jatuh sakit, siapa yang risau? Aku juga!
            Tiba-tiba, aku teringat ayatnya hari tu.
            “Abang tahu Zara sayang abang. Dah, jangan nangis. Abang ada je kat sini. Zara operate minggu depan pun abang yang bedah. Dah. Buat malu kat orang ja,”
            “Macam mana abang tahu?” tanyaku. Dia mengerutkan kening.
            “Apa yang abang tahu?”
            “Tulah,” aku cuba memahamkan dia. Eh, aku seganlah nak cakap benda tu.
            “Tulah apa?”
            “Ish! Susahnya! Tulah, pasal Zara sayang abang?” terkeluar juga ayat tu dari mulut aku. Ish! Punya susah nak keluarkan, terlepas juga akhirnya.
            “Oh, I read your diary. Your Violet,” ujar Izhan selamba. Muka dia tenang sahaja tanpa perasaan. Terbuntang mata aku dibuatnya.
            Malu!!
            Aku menarik selimut menutupi wajahku. Ya Allah, boleh tak cakap bagi ada perasaan sikit?
            “It’s okay. Abang pun sayang Zara dari first time jumpa. Walaupun, Zara agak kerek waktu tu,” balasnya selamba.
            Ya Allah! Memang aku dah tak tulis apa-apa dah dalam diari tu nanti!!
            Malunya!

*__TAMAT__*


p/s: Sorry, kalau ada grammar error. I'm not a TESLians.. Kalau tentang sakit tu, dia berbeza mengikut disc yang slip, so this is for L4/L5/S1.. Tapi, masih ada lagi sakit-sakit yang tak diluahkan dalam novel ni.. Tentang nama-nama ubat tu, that is real. Jangan fikir Lia imagine pula nama ubat tu.. Memang wujud eh.. Tentang pengalaman lepas operation, I don't know.. Lia tak tahu sangat.. Lia buat ikut kemampuan Lia.. Ikut pengalaman Lia.. Kalau ada yang tersalah atau menyinggung hati sesiapa yang masih hidup ataupun dah tiada, minta maaf.. I'm not a perfect person.. Sorry kalau pendek.. And, lastly, Lia tengah struggle untuk PT3, Ayiz tengah struggle dalam bidang Asasi Sains.. So, minta maaf sebab dah lama tak update.. Kami bukan lagi seperti dulu, yang mampu spend 24 hours writing.. Lia pun pelajar asrama, terkadang Lia pun dah terlupa Lia ni penulis.. So, sorry sebab lama tak update.. Doakan Lia, PT3 tahun ni..

8 comments:

Anonymous said...

Best. Baru tau yg pemilik blog in baru umur 13 tahun so young but u have done greatly. Memang berbakat. Teruskan berkarya. :)

Lia veSus Ayiz said...

Erk.. Sorry, but Lia 15 tahun.. But, thanks for that pujian. Actually, I don't deserve it.. Lia masih belajar. Thanks baca cerita Lia.

Nur Hamidah Lubis said...

Best
👍👍👍
Sume citer sy dh bc
X sngka awak brbakat d umur yg msih belasan thun
Keep struggling ye

Anonymous said...

Cun je cite ni.. Tp breast cancer laki pun ad kena.. Bkn pmpuan je ..hahaha..jgn marah✌✌

Anonymous said...

Doctor yang ada relationship dengan patient,tak boleh masuk Operation theater.

Anonymous said...

Cerpen yg mencuit hati...x sangka umur sm ngan adk sya...still young but have incredible writing skill...improve yourself

Lia veSus Ayiz said...

Sorry.. never know about that..

Lia veSus Ayiz said...

ada eh?? x tahulah pula.. its okay..new info..

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!