Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

24 May 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 20 ) - FINAL

BAB 20 ( FINAL)
AKU merenung jariku yang dihiasi inai. Kemudian, aku memandang sehelai persalinan pengantin yang tergantung di almari.
            Airis, Ifa. Aku dah nak kahwin. Aku harap sangat kau orang berdua ada di sisi aku. Temani aku mengharungi detik-detik pertukaran status aku.
            “Assalamualaikum,” satu suara menyentakkan angan aku. Aku memandang ke pintu. Kelibat Airis dan Ifa menyapa pandanganku.
            Aku terpaku. Impianku menjadi kenyataan.
            “Waalaikumussalam,” perlahan-lahan bibir aku menjawab soalan itu perlahan.
            “Neesa, kita orang rindu kau!!” jerit Ifa lalu menyerbu ke arahku. Dia memeluk tubuhku erat. Air mata aku mengalir perlahan. Akhirnya, setelah 7 tahun aku kehilangan mereka, kami semua bersatu kembali.
            “Aku pun rindu kau orang berdua juga. Aku.. Aku minta ma..” Airis menutup mulutku.
            “Tiada apa yang perlu dimaafkan. Bukan salah kau. Kau tak pernah minta untuk hilang ingatan. Kita orang datang ni, Akif yang jemput. Akif beritahu kami yang kau hilang ingatan, sebab tu kau senyap je. Mati-mati, kami ingat kau dah lupakan kami tahu tak?” ujar Airis. Dia duduk di sisiku. Dia mengelap air mataku.
            “Tapi tak sangka, menjadi juga kau dengan Akif kan?” tutur Ifa. Nakal.
            “Dia yang masuk meminang aku. Aku tak kenal dia pun. Memandai je,”  balas aku. Menyanggah kata-kata Ifa.
            “Dia pandai-pandai pun, kau suka kan?” Ifa mencucuk pinggangku perlahan. Aku membuntangkan mata.
            “Ma.. mana ada. Aku tak suka lah,” aku sedaya upaya mempertahankan diriku. Adoi! Macam mana rahsia hati aku boleh pecah ni?
            “Ek eleh, macam kita orang tak tahu,” ujar Airis pula. Okay, macam mana Airis yang dingin ni boleh ikut sama join Ifa ni?
            Tok! Tok!
            Aku memandang ke arah pintu. Seorang gadis masuk ke dalam bilik itu.
            “Dah aku nak pergi bersiap,” ujarku lalu melepaskan diri daripada Ifa dan Airis dan menuju ke arah jurumekapku.

“AKU terima nikahnya, Aneesa Nashwa binti Adri dengan RM1000 tunai,”
            “Sah?”
            Mama memeluk tubuhku erat.
            “Dah kahwin pun anak mama ni. Nanti, jadi isteri orang jangan bantah kata-kata suami. Memanglah kamu sebaya, tapi tetap kena panggil abang, tahu?” pesan mama. Aku hanya mendiam.
            Kalau aku terbaik hati untuk panggil dia abang. Lagipun, setahu aku dia tak tahu lagi yang ingatan aku dah pulih.

AKU duduk di atas katil lalu membuka televisyen. Satu persatu channel dibuka. Erm, nothing interesting.
            Aku menutup televisyen lalu merebahkan tubuhku ke katil. Alahai, penatnya. Tak sangka dalam masa sebulan mama mampu buat satu perkahwinan yang grand. Ingatkan biasa-biasa je. Sekali, hambik kau! 1000 jemputan. Mahu tak patah tulang belakang aku.
            Dengan lepas tu, jurugambar tu heret aku pergi tangkap gambar di tasik pula dah. Pose sana, pose sini. Dah macam model pula jadinya. Penat!
            “Assalamualaikum,” ujar satu suara. Aku hanya menjawab salam dalam hati dan kembali menutup mata. Penat, hilanglah kau dari diri.
            Selang 15 minit kemudian, amboi sempat aku kira. Yelah, tadi aku tengok jam pukul 10 malam. Lepas tu aku buka mata balik, dah pukul 10.15 malam. 15 minit lah tu.
            Akif merebahkan tubuh di sisiku. Dia mengiring memandang aku.
            “Tak payah nak berlakon. Aku tahu kau tak tidur lagi,” ujarnya selamba. Spontan, aku membuka mata. Agaklah, tahap kesakitan hati aku ni.
            Tahulah, bekas musuh pun tapi agak-agaklah. Depan kau ini isteri tahu tak?
            “Ish, awak ni! Saya nak tidurlah. Penat,” ujarku. Masih menggunakan awak-saya. Yelah, dia bukannya tahu yang ingatan aku dah pulih.
            “Tak payah nak kelentong. Aku tahu ingatan kau dah pulih,” balasnya. Tenang. Terus aku memandang tepat ke arah matanya, sebelum tunduk kembali. Memang dari dulu, aku tak mampu untuk menatap matanya.
            “Mana kau tahu?” tanyaku.
            “Abang Neesa, lagipun abang yang selamatkan Neesa dari kemalangan. Lain kali jaga diri tu sikit, jangan nak lintas jalan semberono je. Nasib baik abang ada tau,” balasnya selamba. Aku menggetap bibir. Abang ini!  Tak boleh lansung nak berahsia daripada ipar dia.
            “So, dah tahu dah jawapan untuk soalan abang 7 tahun lepas?” tanyanya. Aku mengerutkan kening. 7 tahun lepas? Dia memang menduga kemahiran otak aku berfikir. Manalah aku boleh ingat setiap dialog yang dia ucap.
            Erk? Baru aku perasan yang dia gelarkan diri dia abang. Oh my God! Aku pun kena panggil dia abanglah kira ni. Geli tekak I!
            “Soalan apa?” tanyaku.
            “Be mine?” dia menjongket kening. Aku terdiam. Aku memandang matanya. Pandangan matanya kian meredup.
            “I’m already yours,” balasku.
            “Love me?”
            “I’m already love...”
            Eh? Apa yang aku cakap tadi? Aku mengetuk dahiku apabila terpandang senyumannya. Argh! Rahsia hatiku kantoi!
            “Abang pun cintakan sayang. Dari dulu sampai sekarang. Tanpa noktah,” dia berbisik di telingaku.
--TAMAT—

6:24 p.m. / 07.01.2015
.......Ayas Liaa Min.....


p/s: Minta maaf kalau rushing.. Minta maaf kalau annoying.. Minta maaf kalau boring.. Minta maaf lama tak menulis.. Minta maaf kalau ada silap.. Minta maaf kalau ada grammar error.. Minta maaf kalau plot tak tersusun..

1 comment:

Eefa Azwany said...

Alahai... So sweet

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!