Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

13 May 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 19 )

BAB19
AKU mengetuk-ngetuk jari di permukaan meja. Menantikan kehadiran ‘tunang tercinta’ aku datang. Aku pun tak faham.
            Kenapalah nak cepatkan pertunangan dan pernikahan ini? Alasannya, ‘bakal bapa mertua’ aku tu tak boleh berlama di sini. Dia ada urusan lain di Australia. Disebabkan itu, dia inginkan aku.. Aku, Aneesa Nashwa binti Adri ini untuk menjadi ‘menantu’ dia dalam masa yang terdekat.
            “Sorry lambat,” aku tersentak apabila pandangan mataku bersabung dengan empunya mata di hadapanku ini. Lelaki ini lagi.
            “Assalamualaikum,” perliku sedas. Berubah habis wajahnya.
            “Waalaikumussalam,” balasnya perlahan.
            “So, mister..” sengaja aku meleretkan suara meminta dia menyambung.
            “Akif,”
            Mendengarkan sepotong nama itu, membuatkan aku terpana seketika. Kenapa aku rasa macam pernah dengar nama itu? Namun, aku cepat-cepat mengawal ekspresi wajahku.
            “So, Mr. Akif. Who are you? Kenapa awak tiba-tiba masuk meminang saya? First time, awak jumpa saya pun awak dah tahu nama saya. I just don’t get it. Benda ni macam.. Macam ada something wrong somewhere. Between, your parents live in Australia but I never been to Australia before. Macam mana awak boleh kenal saya?” tanyaku. Satu demi satu. Ibarat peluru berpandu.
            “Ingatan awak yang hilang. Itu kuncinya,” balas lelaki itu lalu berlalu pergi. Aku hanya memandang belakang tubuh lelaki itu yang sedang berlalu pergi.
            Aku menjulingkan mata. Aku bercakap berpuluh-puluh perkataan, jawapan dia itu ja? Menyakitkan hati dan perasaan!
            Mama, lain kali Neesa tak nak jumpa bakal menantu mama dah. Sakit hati tahu tak!

AKU menyelukkan tangan ke dalam beg tanganku. Eh, mana pula kunci kereta ni? Time-time ni lah dia nak hilang.
            Tanpa kusedari, langkah kaki ini dah menyerebangi lebuh raya.
            Pon!!!
            Aku tersentak. Aku memandang ke arah kananku. Mama! Kakiku seakan terpaku di tanah. Hanya memandang kereta berjenama Ferrari itu menuju ke arahku.
            Allah.. Allah..
            Aku terdorong ke tepi apabila satu tangan menarikku menjauhi jalan raya. Fikiranku berpusing. Aku memegang kepalaku yang sakit.
            “Kau kenapa?! Dah cukup ke amalan sampai nak bunuh diri?!!” keras suara itu menengkingku.
            Namun, aku hanya terpaku. Kepingan-kepingan memori aku yang pecah berputar di mindaku. Akhirnya, pandangan aku kelam.

“KAU ni kan, dengan ketinggian tak cukup nak mengarah-arah orang. Lain kali minum susu banyak sikit, bagi tinggi! Tak adalah pendek semacam je!”
            “Woi! Apa masalah ketinggian aku dengan arahan aku? Kau tu, dahlah kurus kering! Lain kali makan banyak sikit, bagi berisi! Dahlah cekeding!”

 “KAU apasal? Nak cari gaduh dengan aku ke?”
            “Tak apa, masuk ilmu,”
            “Kau?!”
            “Tak apa, masuk ilmu,”
            “Akif!!!”

“I moved into this class,”
            “Why?”
            “Because of you..”

Salam. Neesa, Akif ni. Fight for your last paper and don’t ever forget me. In Shaa Allah, kalau ada jodoh.. Aku akan pinang kau..

AKU terjaga. Perlahan-lahan memori aku yang bercampur-campur tersusun kembali mengikut susunan.
            Aku memicit kepalaku perlahan.
            “Neesa,” panggil satu suara. Aku berpaling. Adam.
            “Neesa okay tak? Nak abang panggilkan doktor?” tanyanya. Aku hanya menggelengkan kepalaku perlahan.
            “Abang, Neesa dah ingat balik,” ujarku perlahan. Adam terpana. Riak wajah terkejutnya aku pandang.
            “Yes, abang. Adik abang dah ingat balik,” ujarku sambil tersenyum lebar. Adam menarikku ke dalam pelukannya. Senyuman lebar menghiasi bibirnya.


No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!