Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

06 May 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 18 )

BAB 18
AKU terjaga apabila percikan air mengenai wajahku. Perlahan-lahan, aku membuka mataku. Wajah Adam yang kerisauan menyapa pandanganku.
            Aku cuba bangun. Langkahku dibantu oleh Adam. Dia meletakkan bantal di belakangku untuk menyelesakan aku.
            “Bila abang balik?” tanyaku. Tangan kananku memicit dahiku. Ya Allah, sakitnya kepala ini.
            “Abang baru sampai tadi. Dengar Neesa menjerit, abang terus masuk bilik Neesa. Kenapa dengan Neesa?” tanya Adam. Raut wajah yang keletihan itu menyapa pandanganku.
            “Neesa mimpi sesuatu. Tapi, semuanya kabur. Neesa tak faham,” ujarku. Aku cuba untuk mengingati kembali mimpi aku tapi kepalaku kian sakit.
            “Argh!” aku mengaduh sakit. Ya Allah, sakitnya kepala ini.
            “Neesa, Neesa jangan fikir apa-apa. Jangan ingat lansung pasal mimpi itu. Mungkin, tu salah satu daripada memori lalu Neesa. Jangan paksa diri Neesa untuk ingat. Go to sleep,” Adam menepuk-nepuk bantal lalu membaringkan tubuhku.
            Aku cuba melelapkan mata. Dan, tidak berapa lama kemudian, aku berlayar menuju ke alam mimpi.

“ADA orang risik Neesa,” ujar papa. Aku tersedak. Dadaku ditepuk perlahan. Ya Allah, peritnya oesaphagus aku!
            “Abang ni, kan dah tersedak budak tu. Lepas makanlah, kalau nak cakap pasal hal tu pun,” tegur mama.
            Aku makin tersedak. Adoi! Minta nyawa!

“NEESA tak nak kahwin lah,” ujarku. Memberi kata putus.
            “Papa tak suruh Neesa kahwin,” ujar papa.
            Alhamdulillah! Aku meraup wajahku lega. Rasa macam dapat oksigen balik tu!
            “Papa suruh Neesa nikah,”
            Erk?!
            “Sama je lah tu, kan?” bidasku.
            “Mana sama. Ejaan lain, cara sebutan lain, maksud pun lain,” balas papa. Cukup selamba.
            Ya Allah, sabarkanlah hati ini yang bakal meletup akibat sikap loyar buruk papa ni.
            “Tapi, ia tetap membawa kepada penyatuan dua hati kan?” balasku. Makin menekan suara aku.
            “Tahu tak apa,” balas papa.
            Terbuntang mata aku. Tahu tak apa? Papa, papa tahu tak yang keputusan papa ini ibarat meletakkan anak papa yang comel ini di tali gantung?
            “Papa... Tak nak kahwin,” ujarku merayu. Kaki aku hempuk ke lantai. Manja. Iyalah! Nak pujuk mestilah manja, bagi cair sikit hati papa yang beku tu.
            “Okay,”
            Bersinar mata aku dibuatnya. Yes! Hati papa dah cair!
            “Tapi, kena nikah,”
            “Papa!!” makin lemah tubuh aku dibuatnya. Kahwin? Bukan perkara main-main woo!
            “Terimalah Neesa. Orang jauh tu, datang dari Australia nak melamar kamu,” ujar mama.
            Aku merenung ke arah mama pelik. Aik, mat saleh mana terpikat dengan  aku? Aku belajar di Germany okay, bila masa pula aku cairkan hati orang Australia pula ni?
            “Australia ke, dari mana ke, keputusan Neesa tetap tak nak,” ujarku tegas.
            “Dah terlambat,”
            Aku terlopong. Terlambat apa? Terlambat batalkan pertunangan? Atau...
            “Papa dah setuju ke?” tanyaku. Curious.
            Anggukan papa membuatkan aku terlopong. Terkedu. Terpana. Semua jenis ter lah.
            “Papa!!!”

            Akhirnya bergema banglo itu dengan jeritan batinku.

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!