Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

29 April 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 17 )

BAB 17
6 TAHUN KEMUDIAN..
            Akif memberhentikan keretanya di depan sebuah rumah banglo. Banglo yang megah dan indah.
            Dia membuka cermin matanya. Banglo itu ditatapinya. Di bibirnya terukir senyuman lebar. Setelah 6 tahun kita tidak bertemu, di sinilah penghujungnya. Akanku pinang kau dengan lafaz bismillah..

AKU menekan punat remote control di dalam kereta. Perlahan pagar elektrik itu terbuka sendiri. Aku terus memandu kereta Mazda 6 aku dan memasuki rumah itu.
            Beg tangan di sisi aku capai beserta dokumen-dokumen yang aku ingin semak malam nanti. Perlahan aku membuka pintu kereta aku dan keluar dari kereta yang dihadiahi kepada aku sempena graduation day aku di Germany.
            “Pheewit,” satu siulan menyentakkan aku. Aku mengerutkan kening. Adam tak pernah bersiul sebab syaitan bersiul semasa diturunkan ke bumi.
            Aku berpaling. Kelibat seorang lelaki yang tidak aku kenali menyapa pandangan. Lelaki itu tersenyum lebar. Macam mana dia boleh terlepas masuk ke dalam kawasan rumah ini?
            “Nice meet you again, Aneesa,” ujar lelaki itu. Aku pula yang terkedu. Dia tahu nama aku. Wow, impressive! Tapi, aku tak kenal pun dia ni.
            “Who are you?” tanyaku. Cermin mata hitam yang dipakai aku buka.
            “Tak akan tak kenal aku kot? Musuh sehidup semati kau. Mentang-mentanglah, aku fly ke Australia lepas sekolah, kau terus lupakan aku,” ujar lelaki itu lagi.
            Seriously, I’m lost here. Who are him? Pernahkah aku kenal dengan dia? Kenapa otak aku lansung tidak berkomunikasi sekarang ni? Tolonglah otak, ingat balik.
            “Serious, saya tak kenal awak,” ujarku lagi bersungguh-sungguh. Argh, kenapalah Adam out station sekarang ni? Papa dengan mama pula ada jemputan ke hotel mana entah, aku tak ambil tahu. Jadi, sekarang ni aku sahaja yang ada di rumah. Erk? Aku seorang.
            Mama! Anak mama dalam bahaya! Ada orang yang tidak dikenali menyusup masuk dalam rumah.
            Argh, apalah kau ni, Neesa. Mak Mah kan ada di dapur. Pak Samad pun tengah berkebun. Hiperbola statement.
            “Janganlah main hard to get sangat. Tak kahwin nanti,” balas lelaki itu.
            Aku menjulingkan mata ke atas. Suka hati akulah! Tak akan nak jual murah pula? Aku bukannya perempuan murahan. Mestilah kena jual mahal.
            “Saya bukan perempuan murahan untuk jual murah,” balasku keras dan sinis. Lelaki ini mengangkat kedua-dua tangannya ke atas. Eh, aku baru fire sikit. Dah nak mengalah?
            Kalau dah mengalah keluarlah dari rumah aku. Menyibuk je jadi patung lilin depan rumah aku. Aku tak sanggup nak membazir duit untuk ukir patung lilin letak depan rumah okay? Cair nanti, rugi je.
            “Just like usual. Aku datang rumah ni nak pinang kau dengan lafaz bismillah. Ingat janji aku dulu?” tanyanya.
            Aku membuntangkan mata. Janji apa pula ni? Nak pinang aku? Eh, eh! Encik, saya tak kenal encik tau!
            “Janji apa? Encik, terus terang. Saya tak kenal encik dan tak pernah kenal encik. So, if you don’t mind please get out from this house. Encik datang tak berjemput, tak akanlah keluar saya nak kena jemput kot?” ujarku. Cukup halus untuk menghalau orang dari rumah.
            Aneesa, Aneesa. Tetamu datang bawa rezeki tau. Tapi kalau aku dengan orang gaji je dalam rumah tu bukan rezeki, tu bawa bala! Naya je kalau ustaz pencegah maksiat tu datang. Tak pasal-pasal basah kat sini juga. Yelah, dah nama pun tangkap basah.
            “Kau tak ingat aku. Lansung? Sipi-sipi pun tak ada?” tanya lelaki itu tidak percaya. Matanya membulat memandangku.
            Adoi, encik. Tak payah nak bulatkan mata tu. Saya tak takut pun.
            “Maaf, encik. Saya lansung tak ingat encik. Almaklumlah, saya pernah hilang ingatan, so mungkin muka encik pun dah hilang bersama ingatan saya kot. So, please..?” aku medepangkan tanganku menunjuk ke arah pagar. Muka terkejut lelaki itu tidak aku pedulikan.
            Lelaki itu kemudian berlalu pergi. Keluar sahaja lelaki itu daripada pintu pagar, aku menghela nafas lega. Alhamdulillah, lepas bala.

AKU terjaga daripada tidur. Peluh menitis di dahiku. Dadaku berdebar kencang. A.. Apa maksud mimpi itu?
            Siapa lelaki itu? Kenapa semuanya nampak kabur?
            Aku cuba mencantumkan semula kepingan-kepingan mimpi itu. Tapi, kepalaku kian sakit.
            “Argh!!” aku menekan kepalaku kuat.
            “Neesa!”

            Pandanganku kian kabur. Dan akhirnya, pandanganku kelam.

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!