Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

22 April 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 16 )

BAB 16
AKU merenung dua wajah asing di hadapanku ini. Okey, actually semuanya wajah asing bagi aku. Daripada aku mula buka mata sampailah sekarang.
            “This is our parents, Puan Sri Adira and Tan Sri Adri,”
            Oh, okay! Aku ini anak Tan Sri rupanya. Patutlah boleh bayar bil yang confirm melambung sebab aku masuk hospital 5 bulan ni.
            “Neesa.. Mama rindu Neesa sangat-sangat!” Puan Sri Adira memelukku erat. Erk!
            “Ma, I can’t breath!” ujarku. Serius, sesak nafas. Puan Sri Adira merenggangkan pelukan.
            “Sorry, mama excited sangat. Anak mama akhirnya tersenyum semula.” Sekali lagi Puan Sri Adira menarikku ke dalam pelukannya.
            “Sudah-sudahlah tu, Dira. Abang pun nak peluk anak abang juga,” ujar Tan Sri Adri dari belakang. Puan Sri Adira berundur. Kemudian, Tan Sri Adri pula memeluk tubuhku. Erat.
            Okey, aku anak yang disayangi. Agak banggalah di situ. Sejurus Tan Sri Adri melepaskan pelukan. Aku buat muka comel. Aku kan anak kesayangan betul tak? Confirm lepas apa-apa yang aku minta punya!
            “Ma, pa.. Abang..” Erk! Agak geli apabila menyebut abang. Dia ni, tua setahun je pun! Halal je lah!
            “Nak keluar dari hospital,” aku kenyit mata dua tiga kali. Abang pandang mama. Mama pandang papa. Papa pandang aku. Aku pandang papa. Asal semua asyik main pandang-pandang ni?
            “Kenapa?”
            Satu soalan daripada papa. Aku tarik nafas dalam-dalam. Bersedia untuk memberitahu sebabnya.
            “First, makanan dia tak sedap. Ada ke orang sihat macam Neesa ni makan bubur yang tasteless ni? Dahlah lebih sayur dari ayam. Tawar pula tu! Tak sedap lansung! Second, Neesa dah buat keputusan untuk futher study di Germany. So, Neesa perlukan masa untuk shopping sebelum fly ke Germany. Third, Adam beritahu..”
            “Abang!” tekan Adam tegas. Aku merenung Adam. Kerek betul mamat ni!
            “Whatever, anak papa yang comel tu beritahu Neesa yang Neesa ni anak Tan Sri. Okey, Neesa nak tengok juga. Betapa kayanya keluarga Neesa ni? Okey. Are my reason reasonable?” ujarku laju.
            Adam terlopong. Comel dia panggil aku?
            Tan Sri Adri menggeleng kepalanya perlahan. Macam-macamlah anak aku ni?
            Puan Sri Adira menahan sebak dalam hati. Baru sahaja anaknya kembali, kini anaknya ingin pergi lagi?
            “Hey! Anyone in the house?” aku memetik jari.
            “Okey, papa akan uruskan,” ujar papa.
            Yes!! I’m coming home! I’m coming home! Now, tell the world that I’m coming home!

AKU merenung ke arah bilikku. Gambar aku yang berada di kepala katil aku tenung. Comel juga aku ni.
            Aku menuju ke arah balkoni. Papa dan mama sedang berada di laman. Baru sahaja aku ingin berpusing, aku seakan terdengar namaku disebut-sebut.
            Antena telinga aku ini tajam betullah! Aku berdiri di sebalik langsir namun antena telinga aku masih mencuba dengan sedaya upaya untuk mencuri dengar perbualan papa dan mama.
            “Abang, Dira macam tak nak lepaskan Neesa ke Germany. Dira baru je boleh bersama dia. Selama ni Dira hanya nampak sekujur jasad kaku sahaja,”
            “Dira jangan lupa. Germany. Neesa punya impian tahu! Dari dulu lagi dia berharap untuk tamatkan pelajarannya di Germany. Dira tahu kan?”
            “Ya, Dira tahu. Tapi, Dira rindukan dia bang.”
            “Kita gunakan masa ni untuk leraikan rindu kita kepada dia. Nanti, selepas dia balik Melbourne nanti, dia kerjalah dengan abang. Nanti, kita lawat Neesa di sana okay?”
            Okey! Cukup setakat itu sahaja. Aku terus berlalu ke katil. Kan hati aku dah berbelah bahagi ni. Nak teruskan atau tidak?
            Aku berbaring di hujung katil. Membiarkan lebihan rambutku menyentuh lantai.
            “Neesa fikirkan apa tu?” sapa satu suara. Aku berpaling.
            “Macam mana abang boleh tahu yang Neesa tengah berfikir?” tanyaku pelik.
            “Macamlah abang tak kenal tabiat adik abang sendiri,” ujar Adam sinis lalu berbaring di sisiku.
            Aku merenung syiling.
            “Perlukah Neesa ke luar negara?” tanyaku.
            “Of course. Itu impian Neesa,” balas Adam.
            “Tapi, mama seakan tak relakan Neesa pergi jauh,” balasku.
            “Mama rindu Neesa. Jangan fikirkan sangat. Pergi ja sambung belajar. Capai impian Neesa,” ujar Adam.
            “Mampukah Neesa ingat balik kenangan lalu?” tanyaku. Perkara yang paling aku fikirkan selama ni. Bolehkah aku ingat kembali kenangan lalu aku? Macam mana aku nak teruskan kehidupan aku kalau apa-apa tentang masa lalu pun tak ingat? Sikap keluarga aku, tabiat keluarga aku pun aku tak pernah tahu?
            “Just continue your life as usual. Jangan fikir sangat kenangan lalu. Just go with the flow,” ujar Adam.
            Aku mengetap bibir. Memanglah aku boleh go with the flow. Tapi, kawan-kawan aku yang aku dah lupakan tu? Tak pasal-pasal mereka ingat aku sombong pula, sebab tak contact mereka.
            “Kawan-kawan Neesa tahu tak yang Neesa accident?” tanya aku. Adam berpaling memandang aku.

            “Neesa sekolah asrama. Abang tak kenal kawan Neesa. Lagipun, handphone Neesa rosak. Jadi, abang tak boleh contact kawan-kawan lama Neesa,” ujar Adam. Aku menganggukkan kepalaku perlahan. Nak buat camna, redha ajelah.

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!