Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

15 April 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 15 )

BAB 15
AKU berjalan di persisiran pantai. Aku menebarkan pandangan ke ara laut.
            Hatiku memuji-muji kebijaksanaan Allah dalam menciptakan alam semesta ni.
            “Neesa,” aku menoleh. Suara itu seakan memanggilku.
            “Neesa,”
            Siapa itu? Aku berpaling. Mencari gerangan insan yang memanggil diriku ini. Kosong! Jadi, siapa yang memanggil aku?
            “Neesa!”
            Suara itu lagi. Aku terduduk.
            “Neesa!!”
            “Neesa!!”
            Aku menutup telinga. Tolong berhenti!
            “Neesa!”
            “Aaarrgghhh!!” jeritku kuat. Dan, akhirnya pandanganku kelam.

AKU membuka mataku perlahan. Cahaya terik mentari yang menusuk mata membuatkan aku kembali menutup mata. Setelah agak lama, aku membuka mataku perlahan.
            Putih. Langsir warna putih. Sofa warna putih. Aku tahulah putih itu lambang kesucian pun tapi agak-agaklah! Kalau semua warna putih, mati kutu orang! Macam tinggal di hospital lagaknya!
            Eh, hospital? Aku melihat tanganku. Jarum masukkan air? Aku memandang sebelah. Botol untuk masukkan air? Eh, aku di hospitalkah? Tapi, kenapa aku tak ingat apa-apa pun?
            “Neesa,” Aduh! Nama tu lagi? Kenapa orang panggil aku dengan nama tu? Tu bukan nama aku lah!
            Aku berpaling ke arah pintu. Wajah seorang lelaki yang sedang tersenyum itu aku pandang. Eh, tudung! Aku memegang kepala. Rambut aku lepas bebas tanpa sebarang kain.
            Mana tudung aku? Tolonglah! Aku meliarkan pandangan. Dahlah ada lelaki ajnabi di sini. Mereka boleh pula sembunyikan tudung aku.
            “Neesa cari apa tu?” lelaki itu menghampiriku. Hey! Jauh sikit! 1 metre radius away okay?
            “Neesa,” panggil lelaki itu lalu menyentuh tanganku. Aku segera menarik tanganku. Haram!
            “Tahu tak, hukum sentuh perempuan yang bukan muhrim itu haram? Tak belajar agama kah? Lagi satu, nama aku bukan Neesa, nama aku..”
            Eh, wait for a minute! Nama aku apa? Aku merenung lelaki yang sedang merenug aku tanpa berkelip ini.
            Mak! Dahlah aku tak pakai tudung! Lelaki ini pula pandang aku macam nak telan. Aku mencapai selimut lalu menutup rambutku. Jadilah ni!
            “Sejak bila pula abang haram sentuh Neesa? Belajar hukum mana ni? Kalau nama Neesa bukan Neesa, jadi nama Neesa apa? Tell me,” tanya lelaki itu tegas. Aku blur, nama aku apa?
            “Err.. nama aku.. Hehe, aku pun tak tahu nama aku apa. Peace?” aku membuat muka comel. Lelaki itu menarik nafas dalam-dalam. Kenapalah ketat sangat muka tu? Smile, mister.. Smile!
            “I’ll get a doctor,” ujar lelaki itu seraya berlalu. Eh, tudung? Di mana posisi tudung aku?
            “Eh, kalau nak keluar pun, carilah aku tudung dahulu,” jeritku kepadanya. Dia berpaling.
            “Cari kat loker sebelah,” ujarnya lalu berlalu pergi. Itu sahaja? Kereknya mamat ni! Bukan dia nak tolong ambilkan!

ADAM merenung ke arah doktor itu memohon penjelasan.
            “What is going on here? Kenapa Neesa tak kenal saya? Nama dia sendiri pun dia tak tahu,” tanya Adam.
            “Dia amnesia,”
            “Tapi, sikap dia masih sama seperti dahulu,” pangkah Adam.
            “Hilang ingatan ini boleh jadi berbagai jenis, encik Adam. Menurut pemerhatian saya, Cik Aneesa terlupa akan memori hidupnya namun dia tidak melupakan apa yang telah dipelajarinya. Seperti yang Encik Adam alami tadi, dia melupakan encik namun dia tidak melupakan hukum agama,” ujar doktor itu panjang lebar.
            Adam mengangguk perlahan tanda faham.

AKU mencapai bubur. Aku menggelengkan kepala perlahan. Bubur je hospital ni bagi aku? Nasib badan. Dahlah banyak sayur daripada ayam!
            Aku menyuapkan bubur ke dalam mulut. Iyerk! Tawar! Aku meletakkan kembali bubur itu di atas meja.
            Aku berbaring perlahan sambil memegang perut. Lapar..
            Tiba-tiba, pintu dibuka. Aku terus mencapai tudung. Muncul seorang lelaki. Lelaki itu tersenyum lebar. Aku mengerutkan kening.
            Kenapa pelawat aku hari ni semuanya lelaki? Aku hidup dikelilingi lelaki ke selama ini? Tadi lelaki lain, sekarang lelaki lain. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Siapa pula dia ni?
            “Hai Neesa! Baru bangun tidur? Adam mana?” Adeih! Siapa pula Adam ini? Aku tak pernah tahu pun.
            “Siapa Adam?” tanya aku pelik. Lelaki itu merenung aku tak berkelip. Aduhai! Kenapa hari ini semua pandang muka aku tak berkelip ni? Aku tahulah aku cantik! Ala-ala diva you! Eh, terperasan pula! Tarik balik, tarik balik!
            Tiba-tiba, aku terpandang plastik KFC di tangannya. Hehe, tepat pada masanya!
            “Nak KFC! I’m starving!” Lelaki itu terkedu. Dia memandang plastik KFC di tangannya. Kemudian dia menggelengkan kepalanya perlahan sebelum memberikan plastik KFC itu kepada aku.
            Hehe! Delicious! Zinger burger maa!!
            “Thanks a lot! What is your name?” Lelaki itu memandang aku tajam. Erk! Aku ada salah cakap ke?
            “Rean, awal kau hari ni,” sapaan seorang lagi lelaki membuatkan aku dan lelaki itu berpaling. Oh, okay! Nama dia Rean.
            “Thanks Rean!”
            “Correction, Abang Rean. And, my name is Abang Adam,” pangkah Adam. Aku merenung ke arah Adam.
            “Why I must call both of you ‘abang’?” tanyaku selamba.
            “Because I am your biological brother, I repeat. Your biological brother. Abang kandung. And he is my friend. Kami tua setahun dari Neesa,” balas Adam. Aku menganggukkan kepala. Perlukah dia menekankan perkataan biological brother itu? Rasanya tak perlu kot. Bukannya aku pekak.
            Whatever! Yang penting Zinger burger! Ermm.. Delicious!
            Adrean merenung wajah Adam yang kelihatan tenang. Dia mengerutkan kening.
            “What’s going on here?” tanya Adrean pelik.
            “Kita cakap di luar,” ujar Adam lalu mengorak langkah keluar. Adrean mengikut jejak langkah Adam.
            Aku hanya memandang mereka berdua berlalu pergi. Akhirnya aku mengangkat bahu. What so ever!

“NEESA hilang ingatan,” tutur Adam senafas. Adrean terkedu.
            “Apa yang dia lupa?”
            “Everything! Even nama dia pun dia tak ingat, aku lagilah,” ujar Adam lemah. Dia duduk di kerusi. Adrean menepuk bahu Adam perlahan.
            “Parents kau tahu tak lagi?”
            “Aku dah call papa. Seriously, aku tak boleh bayang keadaan mama aku sekarang ni,” ujar Adam perlahan.
            “Sabar Adam. Now, kau treat Neesa macam baby. Baby yang tak tahu apa-apa,” balas Adrean. Adam merenung Adrean tajam.
            “Baby apa besar tu? Dahlah kuat melawan!” ujar Adam geram.
            “Maksud aku, kau kenalkanlah semua orang kat dia. Kau cipta balik kenangan kau orang berdua. Yang dah lepas tu, kira halal je lah,” ujar Adrean selamba.
            “Yelah, yelah,” Adam bangun dari duduknya.
            “Fighting!” Adrean menepuk bahu Adam. Adam menganggukkan kepalanya perlahan. Fighting!

AKU menghirup air Pepsi. Alhamdulillah! Kenyang! Aku meletakkan air itu di atas loker. Eh, surat apa itu?
            Aku mencapai surat itu. Tawaran untuk sambung belajar di Germany? Nak pergi! Tapi.. Umur aku berapa?
            Tiba-tiba, pintu dibuka.
            “Abang Adam!” aku memanggil Adam. Adam menjongket kening. Seriously, mamat ni kerek!
            “Umur aku berapa?”
            “Neesa not aku,” tegas suara Adam. Aku mengambil nafas dalam-dalam. Kau tua setahun je pun dari aku! Halal je lah!
            “18 years old,”
            18 tahun. Yes! Boleh pergi. Tapi, tarikh hari ini apa?
            “Tarikh hari ini?”
            “20.03.2014,”
            Aku merenung ke arah kertas itu. Yes!
            “Yes! Boleh pergi Germany!” ujar aku riang sambil menepuk tangan.
            Berkerut kening Adrean dibuatnya. Aneesa memang dah transfer jadi budak kecil.
            Adam tersenyum nipis. Baru sahaja dia dapat berbicara dengan Aneesa semula dan 2 minggu lagi Aneesa akan pergi lagi.

            Adrean menepuk bahu Adam perlahan. Sabarlah Adam..

1 comment:

Ayura ayu said...

Arhhh bestt tulll..smbung la cpat..:)

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!