Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

08 April 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 14 )

BAB 14
ADAM duduk di sisi katil Aneesa. Dia merenung wajah adiknya lama.
            “Tunggu lama mana pun, kalau Neesa tak nak sedar dia tak akan sedar. Nah, minum ni dulu. Energise yourself! Makin kurus aku tengok kau ni,” Adam berpaling lemah ke arah Adrean. Dia tersenyum tawar. Dia menggenggam tangan adiknya.
            “Dia satu-satunya adik aku Rean,” balas Adam lemah. Adrean menepuk bahu Adam lembut. Dia memandang ke arah Aneesa. Wajah gadis yang dahulunya sentiasa tersenyum kini pucat tidak berdarah.
            “Walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan, Dam. Jom, kita pergi makan. Papa kau beritahu aku yang kau tak makan dari semalam lagi,” Adam menggelengkan kepalanya perlahan.
            “Aku tak lapar,” Adrean mengeluh lemah. Dia memeluk bahu Adam.
            “Adam, kasihan parents kau. Mereka berdua risaukan kau. Life must go on, Adam. Kalau kau seksa diri kau macam ni pun, ianya tak akan merubah apa-apa. Aneesa akan tetap koma selagi dia tak berjuang untuk sedar. Jom, kita pergi makan dulu. Sikit pun jadilah. Jangan adik kau sedar nanti, kau pula yang masuk hospital,” ujar Adrean. Adam menggangguk perlahan.
            Dia mengucup dahi Aneesa lembut sebelum berlalu pergi.

ADAM mengenggam surat itu erat. Dia merenung ke arah Aneesa yang masih belum sedarkan diri.
            Sudah hampir 5 bulan adiknya tidak sedarkan diri. Surat itu dibuka lalu dibaca. Tawaran sambung belajar di Germany. Tempoh pendaftaran 3 minggu lagi.
            Adam mengetap bibirnya. Kalau bukan kerana kemalangan itu, adiknya pasti sudah tersenyum gembira melihat surat ini. Impiannya akan tertunai.
            Adam memegang tangan Aneesa lembut. Tiba-tiba, dada Aneesa berdegup kencang. Nafas Aneesa tidak stabil.
            “Doktor! Doktor!! Neesa! Neesa! Jangan tinggalkan abang Neesa!! Doktor!!” jerit Adam. Dia menekan butang merah.
            “Kenapa Adam?!” Puan Sri Adira meredah masuk ke dalam bilik.
            “Ma, Neesa ma!! Neesa jangan tinggalkan abang!”
            “Nee.. Neesa!!” air mata itu menitis lagi.

“ADAM,” panggil Puan Sri Adira perlahan. Adam mendongak.
            “Neesa..  dia tak akan tinggalkan mama kan?” lirih suara Puan Adira bersuara. Adam hanya menunduk.
            Tiba-tiba pintu dibuka, sekumpulan doktor keluar dari wad itu.
            “Bagaimana keadaan adik saya?”
            “Keadaan dia dah kembali stabil,” Adam menghela nafas lega.

            “Thanks doc,” ujar Adam. Doktor itu menganggukkan kepalanya lalu berlalu pergi.

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!