Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

01 April 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 13 )

BAB 13
 TAN Sri Adri merenung ke arah jasad kaku Aneesa. Dada itu masih berombak menandakan jasad itu masih bernyawa namun mata itu terpejam seperti sedang tidur dengan nyenyaknya.
            “Her condition is very bad. Dia koma,”
            Masih terngiang-ngiang suara doktor itu di cuping telinganya. Dia mengeluh lemah lalu berlalu ke ruangan bilik yang menempatkan Adam.
            Kelihatan Adam terbaring lemah di atas katil. Bacaan degupan jantungnya menunjukkan yang dia stabil.
            ‘Ya Allah, kedua-dua anak aku sedang terbaring lemah. Kau kuatkanlah hatiku dan isteriku untuk menghadapi dugaan ini Ya Allah. Kau berikanlah anak-anak aku kekuatan untuk bangun dari tidur nyenyak mereka Ya Allah,’ doa Tan Sri Adri di dalam hatinya.

ADAM membuka kelopak matanya perlahan. Cahaya yang terang membuatkan kelopak matanya tertutup semula.
            Dia mencuba lagi untuk membuka matanya. Berjaya! Di mana aku sekarang? Kenapa semuanya berwarna putih? Apa yang berlaku?
            Fikirannya kembali ke saat tragedi itu berlaku. Jeritan Aneesa.. Jasad kaku Aneesa.. Dia seakan tersentak. Mana Neesa?
            “Mama!!! Papa!!!” jerit Adam kuat.
            Puan Sri Adira terus meluru masuk ke dalam wad itu. Dia memeluk tubuh Adam erat.
            “Alhamdulillah, Adam anak mama! Mama fikir Adam akan tinggalkan mama. Mama takut sangat sayang,” Puan Sri Adira mengucup ubun-ubun Adam.
            “Mama, Neesa mana?” Puan Sri Adira terdiam. Dia merenung wajah Adam yang kebingungan.
            “Mama, Adam nampak Neesa. Dia lemah sangat ma. Neesa mana? Adik Adam mana ma?” Adam bersuara tegas. Bayangan wajah lemah Aneesa memenuhi fikirannya tika itu.
            “Neesa.. dia..”
            “Ma, Aneesa mana?!” Adam terus meluru turun dari katil. Dia mencabut wayar yang berselirat di tangannya.
            “Adam!” Puan Sri Adira meluru ke arah Adam lalu memegang tangan Adam.
            “Neesa okay. Adam, tenang. Adam rehat ya?” pujuk Puan Sri Adira.
            “Adam nak adik Adam! I want to see her now!” Adam terus berlalu keluar dari wad itu.
            “Adam..” langkah Adam terhenti. Dia berpaling ke belakang.
            “Papa, Neesa mana? Adam nak jumpa Neesa. Please pa,” rayu Adam lemah. Dia memegang lengan Tan Sri Adri memohon pengertian.
            “Jom, papa bawa Adam jumpa Neesa,” Tan Sri Adri memeluk bahu Adam.

PUAN Sri Adira terduduk perlahan. Air matanya menitis lagi.
            “Adam, mama bukannya nak halang Adam jumpa Neesa. Cuma, mama tak mampu tengok keadaan Adam apabila berjumpa dengan Aneesa. Mama tak kuat Dam. Mama tak kuat,”

LANGKAH Tan Sri Adri terhenti. Dia mengisyaratkan Adam supaya masuk sendiri.
            “Masuklah, papa tunggu Adam di luar,” ujar Tan Sri Adri.
            Adam mengangguk perlahan. Dia menghayunkan langkahnya dan memasuki bilik itu. Tenang dan nyaman.
            Adam menghampiri Aneesa lalu duduk di sisinya.
            “Neesa, abang datang sayang,” ujarnya perlahan lalu mengenggam lembut tangan Aneesa.
            Dia tersenyum perlahan.
            “Amboi, dia pura-pura tidur pula. Macamlah abang tak tahu. Bangun sekarang atau abang geletek,” ugut Adam. Keadaan Adriana masih bergitu.
            “Dia nak cabar abang? Okay. Jangan menyesal. Satu..”
            “Dua..” Adam merenung wajah Aneesa. Masih kaku seperti tadi. Oh, cabar abang ye?
            “Tiga!” Adam terus mencucuk pinggang Aneesa. Tiada reaksi. Adam terdiam.
            “Neesa! Tak lawak Neesa! Bangun Neesa!” Adam menampar lembut pipi Aneesa. Riak wajahnya menjadi cemas.
            “Neesa! Don’t play joke on me! Neesa! Wake up!”Adam menggoncang tubuh Neesa. Dia menggelengkan wajahnya tidak percaya.
            “Papa!!! Papa!!! Neesa, bangun Neesa! Papa!!” jerit Adam. Tan Sri Adri meluru masuk lalu memegang bahu Adam.
            “Neesa! Bangun Neesa!!”
            “Adam, Neesa koma. Listen to papa, dia koma. Adam tak boleh macam ni!” Tan Sri Adri mengggoncang tubuh Adam. Adam menggelengkan kepalanya perlahan.
            “No! This can’t be true! Neesa tak boleh koma! Ini semua salah Adam! Adam yang sepatutnya berada di tempat Neesa! Semuanya salah Adam!! Neesa! Bangun Neesa! Jangan buat abang macam ni!!” Adam menumbuk dadanya kuat. This can’t be happen!!
            “Nurse!!”
            Seketika kemudian, jururawat datang dan menyuntik ubat penenang kepada Adam. Adam terkulai layu dan dibawa ke biliknya.
            Tan Sri Adri berpaling kepada Aneesa. Dia mengucup perlahan dahi Aneesa.
            “Neesa, kalau Neesa tahu keadaan Adam sekarang. Neesa pasti akan bangun sekarang juga,”

ADAM membuka kelopak matanya perlahan.
            Neesa, abang minta maaf.. Abang lalai. Abang leka. Disebabkan abang, Neesa terlantar sekarang ini.
            “Adam?” Adam berpaling ke arah ibunya. Wajah lesu ibunya menyapa pandangan matanya,
            “Ma, Neesa.. Dah berapa lama dia begitu?” tanya Adam lemah. Puan Sri Adiri mengusap bahu Adam perlahan.
            “Dah beberapa hari. Doktor pun tak tahu bila Neesa akan sedar. It depends on herself,” ujar Puan Sri Adira. Adam tertunduk.
            “Semuanya salah Adam, kalau Adam tak cuai perkara ini tak akan terjadi,” ujar Adam lemah.

            “Semuanya suratan takdir Adam. Apa yang boleh kita buat hanyalah berserah,” ujar Puan Sri Adira.

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!