Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

04 March 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 9 )

BAB 9
AKU mencapai telefon. Ngantuknya! Pukul berapa sekarang ni? Erm.. 5 pagi. Awal lagi. Aik, ada mesej? Siapa pulalah yang rajin sangat nak mesej pagi-pagi buta ni?
Dari sana nak ke mari,
Berjumpa dengan pujaan hati,
Matahari terbit di pagi hari,
Sudah bangunkah wahai kekasih hati?
-Ikhlas :- RA-
            Siapa pula dah ni? Nak bernick name segala bagai? Tulis je lah nama kau! Sengaja nak mendera otak aku untuk berfikir dinihari ni!
            “Assalamualaikum, cik Aneesa. Orang bangun pagi pergi mandi tau. Bukannya menghadap telefon,” aku berpaling ke arah Ifa yang sedang menggosok rambutnya yang basah.
            “Waalaikumussalam, cik Ifa. Awal bangun? Bukan kau ke yang paling liat bangun?” ujarku memerli. Ifa mencebikkan bibir. Aku bangun awal salah, bangun lambat pun salah.
            “Nah, ada orang nak menguji kemampuan aku untuk berfikir dinihari ni!” aku terus melemparkan telefon bimbitku ke arah Ifa. Tuala yang tersangkut aku capai.
            Ifa menggelengkan kepala. Nasiblah handphone kau Nokia 3310, standard pelajar asrama. Kalau handphone ni Samsung Galaxy Alpha Gold, tunggu lingkup dulu baru kau baling.
            Ifa terus membelek phone itu. Oh My! Akif, sweetnya! Ni kena report kat Zahrain ni, suruh perdajal sikit si Akif ni. Alah, usik sikit je pun!
            “Kenapa dengan handphone tu?” tanya Airis pelik. Dia yang baru keluar dari bilik air, hanya mengerutkan kening melihat Ifa yang sedang tersenyum sendiri.
            Aku hanya menjongket bahu lalu terus masuk ke dalam bilik air. Nampaknya, hari ni aku lah orang yang terakhir mandi.
            “Look at this..” Ifa menunjukkan mesej itu ke arah Airis. Airis membaca sekilas lalu tersenyum sinis.
            “Serius, aku rasa Akif jenis orang yang menanam tebu di tepi bibir,” ujar Airis selamba.
            Ifa mencebik. Tak habis-habis dengan peribahasa dia tu! Tahulah budak sastera pun! Tapi, aku ni budak chemist tahu tak?!

AKIF mengelap rambutnya yang basah. Pergh! Segar! Dia menyangkut tuala di kerusi lalu bersandar di kepala katil. Biarlah, tunggu kering nanti baru sikat. Lagipun sikat rambut waktu basah boleh merosakkan rambut. Eh, kau ingat kau perempuan ke?
            “Ada orang buat sweet siap berpantun bagai semata-mata nak wish good morning,” ujar Zahrain tiba-tiba. Akif mengerutkan kening.
            Kenapa pula tiba-tiba boleh masuk soal pantun ni?
            “Siapa Zahrain?” tanya Hazril. Zahrain menjongket kening lalu melirikkan pandangan matanya ke arah Akif.
            Akif menjongket kening. Dia menunjukkan ke arah diri sendiri.
            “Aku?” blur sekejap. What the heck are he talking about?
            “Yelah, habis siapa lagi yang hantar mesej macam ni, ehem-ehem.. Wait for a minute, nak test suara..
Dari sana nak ke mari,
Berjumpa dengan pujaan hati,
Matahari terbit di pagi hari,
Sudah bangunkah wahai kekasih hati?”
            Zahrain menjongket kening. Akif terlopong. Manakala, Hazril hanya memilih untuk berdiam.
            Akif segera mencapai telefon bimbitnya. Betul, nombor Neesa. Tapi macam mana boleh Zahrain tahu ni?
            “Kau beritahu cepat, siapa yang beritahu kau,” suara Akif naik satu oktaf. Zahrain tersengih. Geli hatinya melihat wajah cemas Akif.
            “Wait for a minute! I lost here! Akif mesej siapa?” tanya Hazril blur.
            “Neesa,” balas Akif malas. Hazril terlopong.
            “So sweet..!” komen Hazril perlahan.
            “Kau tahu mana Zahrain?!” Akif meluru ke arah Zahrain lalu membelitkan tangannya di leher Zahrain.
            “Sakitlah, Kif!”
            “Kisah pula aku? You better tell me, Zahrain!” Akif buat muka selamba.
            “Ifa Huriyyah, puas?” Akif meleraikan belitan. Siaplah kau Ifa, suka hati kau je nak bocorkan rahsia kerajaan aku.
            Akif menuju ke arah katil lalu berbaring di atasnya.
            “Woi, marah ke?” Akif mengerling sekilas ke arah Zahrain.
            “Wait and see, apa yang akan berlaku kepada Ifa nanti,” ujar Akif sambil tersenyum herot.
            Zahrain dan Hazril berpandangan sesama sendiri. Mampuslah kau Ifa!

IFA terlopong. Matanya memandang tepat ke arah begnya. Huwaa! My bag!
            “Aku bersimpati..” aku menepuk bahu Ifa perlahan. Beg Ifa yang berada di atas whiteboard itu dipandang sepi.
            “Neesa, tolong aku..” aku mengangkat tangan separas bahu.
            “Sorry dear, ketinggian aku tak mencukupi. Tu, cik Airis boleh,” ujar aku lalu menunjuk ke arah Airis yang tekun mengulang kaji. Memang budak harapan maktab lah dia ni.
            “Airis...” meleret suara Ifa. Airis mendongak.
            “Kau kenapa?” tanyanya pelik. Spontan, Ifa menunjuk ke atas whiteboard. Terjongket kening Airis dibuatnya.

            “Masalah apa lagi lah yang kau buat ni Ifa?”

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!