Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

25 March 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 12 )

BAB 12
TELEFON itu terjatuh ke lantai. Bergetar tubuhnya. Seakan terngiang-ngiang lagi di telinganya suara perempuan tadi. Perlahan air matanya menitis jatuh ke pipi.
            “Puan Sri, anak-anak puan kemalangan tadi. Mereka berada di dalam wad kecemasan sekarang,”
            “Ya Allah, dugaan apakah ini?” hati kecilnya berkata-kata.
            “Abang!! Abang!! Ya Allah, anak-anak aku!! Abang!!” jerit Puan Sri Adira sekuat hati. Tan Sri Adri segera menghampiri.
            “Ya Allah, Adira. Kenapa ni?” Tan Sri Adri segera menarik isterinya ke dalam pelukan.
            “Anak-anak kita.. Abang, anak kita,” tangisannya berlagu lagi. Hati Tan Sri Adri kian gundah.
            “Kenapa dengan anak kita?”
            “Mereka kemalangan,” dengan satu nafas Puan Sri Adira melafazkannya. Tan Sri Adri beristighfar panjang.
            “Ya Allah, anak-anak aku,” ujar Tan Sri Adri perlahan. Puan Sri Adira menggoncang tubuh Tan Sri Adri perlahan.
            “Anak-anak kita tak apa-apa kan? Anak-anak kita baik-baik sahaja kan? Adam dan Aneesa akan sembuh kan? Abang..” rintih hati seorang ibu.
            “Mereka akan sembuh. Adam dan Aneesa. Both of them are strong. Mereka akan okey. Anak-anak kita akan sembuh. Percayalah sayang..” ujar Tan Sri Adri memujuk. Dia mengusap bahu Puan Sri Adira perlahan.
            Sesungguhnya setiap kesulitan ada kemudahan..

TAN Sri Adri mendudukkan Puan Sri Adira di kerusi tempat menunggu. Dia duduk di sisi Puan Sri Adira lalu memeluk bahu isterinya. Sekali-sekala, matanya mengerling ke arah operating room itu.
            “Abang, kenapa lama sangat? Kenapa anak kita tak keluar lagi? Mereka akan okey kan bang?” tanya Puan Sri Adira bertalu-talu. Tan Sri Adri mengusap bahu Puan Sri Adira.
            “They will be fine,” balas Tan Sri Adri seakan ingin menguatkan kembali semangat isterinya yang hancur.
            Tan Sri Adri mengetap bibir. Sejujurnya, dia tidak berapa yakin dengan dirinya sendiri. Mampukah anak-anaknya bertahan?

AKIF merenung ke arah luar kapal terbang. Dia merenung ke arah gumpalan awan.
            Aku pergi dahulu.. Bukan niat ingin berlalu pergi, tapi takdir membawa diri ini. Suatu hari nanti, aku akan kembali.. Mengotakan janji yang terpateri di hati.

TAN Sri Adri dan Puan Sri Adira meluru ke arah doktor yang baru keluar dari operating room.
            “Bagaimana keadaan anak saya?” tanya Puan Sri Adira cemas.
            “Encik Adam berjaya melepasi tahap kritikal. Puan Sri dan Tan Sri tidak perlu risau,” ujar doktor itu sebelum berlalu pergi.
            “Adam dah lepas, Neesa pula bagaimana?” Puan Sri Adira terduduk di kerusi. Air mata kembali jatuh menitis di pipi.
            “Dia akan okey. Percayalah,”

TAN Sri Adri tersedar. Jam di tangannya dikerling. Allah! Sudah pukul 11 malam. Dia merenung ke arah operating room itu. Masih tiada tanda-tanda yang doktor akan keluar.
            Selang beberapa minit kemudian, pintu operating room itu dibuka. Doktor itu berjalan menuju ke arah Tan Sri Adri.
            “Maaf Tan Sri, kami dah mencuba sedaya upaya. Sekarang semuanya bergantung atas anak Tan Sri sendiri. Her condition is very bad. Dia koma,” ujar doktor itu lemah.
            “Bila dia akan sedar?” tanya Tan Sri Adri lemah. Doktor itu menggeleng lemah. Dia menepuk perlahan bahu Tan Sri Adri.
            “Berdoalah, Tuhan selalu ada untuk kita,” ujar doktor itu sebelum berlalu pergi. Tan Sri Adri terduduk.
            “Ya Allah, anak-anak aku..” rintih Puan Sri Adira perlahan.

            Ya Allah, sedarkan aku jika terleka. Ingatkan aku tatkala aku terlupa. Sesungguhnya aku hanya manusia biasa yang terkadang melupakan-Mu tatkala nikmat hidup di dunia mengaburi mata..

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!