Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

18 March 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 11 )

BAB 11
AKU merenung buku Biologi yang berada di atas meja. Berpinar-pinar otak aku. Fighting Neesa! Esok last paper!
            “Body cells release CO2 and diffuses into blood plasma then combines with the red blood cells,”
            Titt..
            Adoi! Siapa pula ni! Dahlah aku tengah khusyuk study ni.
Salam. Neesa, Akif ni. Fight for your last paper and don’t ever forget me. In Shaa Allah, kalau ada jodoh.. Aku akan pinang kau..
            Apa benda pula lah Akif ni? Jodoh bebagai! Okey, Neesa! Forget it! Focus on your last paper for SPM tomorrow!

AKU memeriksa kertas itu sekali lagi. Berharap tiada kesalahan bodoh yang aku lakukan.
            Tik tok, tik tok..
            “Masa tamat. Letak pen di atas meja,” aku meletakkan pen lalu merenung kertas itu.
            Usai kertas diambil, hati menjerit riang. Yes! I’m free from school!!!

AKU memeriksa loker sekali lagi. Kosong. Aku memeriksa meja. Kosong. Bawah katil. Kosong.
            Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi.
            “Hello,”
            “Hai dear sis!” kedengaran suara Adam menyapa riang.
            “Abang dah sampai ke?” aku mencapai tudung. Amboi, express abang aku! Baru pukul 4 petang.
            “Yup! I’m out here!”
            “Wait for a minute,” ujar aku lalu mematikan panggilan. Aku berpaling ke arah Airis.
            “Got to go, Adam is waiting,”
            “Express abang kau,” Airis berkata selamba. Aku menjongket bahu.
            “He miss me, I guess,” ujarku selamba. Aku berlalu ke arah Airis lalu memeluk tubuhnya erat.
            “Kalau umur aku panjang, kita akan berjumpa lagi. Jikalau umur aku pendek, maafkan segala dosa aku. Dan, semoga kita berjumpa di jannah kelak,” ujar aku sebak.
            “I love you, my friend. Kirim salam kepada Ifa, tell her that I love her,” Airis mengerutkan keningnya.
            “Hey, apa yang kau merepek ni? In Shaa Allah, kita akan berjumpa lagi,” Airis mencengkam kedua-dua pipiku. Aku menggelengkan kepalaku perlahan. Kepadanya, aku lemparkan senyuman hambar.
            “Kalau masih ada waktu,” ujarku lalu mengorak langkah pergi. Air mata yang mengalir di pipi aku seka perlahan.

AKIF meletakkan bagasinya di dalam kereta. Akif menutup bonet kereta lalu berlalu masuk ke dalam kereta.
            “Are you ready?” Akif berpaling ke arah Ira. Dia tersenyum hambar.
            Telefonnya dicapai dan satu pesanan ditulis.

AKU merenung ke arah lebuh raya. Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Aku mencapainya perlahan.
Jangan pernah lupakan aku meskipun aku jauh dari pandangan mata.. Sampai waktu nanti, aku akan kembali hanya untuk kamu.. –AKIF
            Erk? Apa benda ni? Apa-apa ajelah Riyadh Akif oi!
            “Kenapa?” pertanyaan Adam menyentakkan aku.
            “Nothing,” aku merenung ke arah luar. Hujan lebat.
            “Abang!” aku berpaling ke arah Adam.
            “Kenapa?” Adam menjongket kening ke arahku.
            “Abang ada kekasih tak?” tanyaku nakal. Adam berpaling ke arahku. Mukanya memerah. Aku tersenyum. Nakal.
            “Kenapa tanya macam tu?”
            “Shoot! Siapa dia?” tanya aku nakal. Aku menggoncang lengan Adam.
            “Someone who live in the earth,” ujar Adam. Rahsia.
            “Abang..”
            “Mana boleh beritahu,” ujar Adam. Matanya masih melekap di wajah adiknya.
            Aku memeluk tubuh. Mataku memandang ke depan. Terbuntang mataku dibuatnya.
            “Abang!!” Adam segera memandang ke depan.
            Allahuakbar!!!
            Ya Allah, andai ini penghujung hidupku. Ampuni segala khilafku..

ADAM membuka matanya perlahan. Dia berpaling ke sebelah. Ya Allah, adik aku..
            “Neesa, bangun! Neesa! Jangan tinggalkan abang!” Adam membuka pintu keretanya perlahan. Perlahan, langkah kakinya bergerak.

            “Ya Allah, selamatkanlah adik aku,” akhirnya tubuhnya terkulai layu di tanah.

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!