Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

11 March 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 10 )

BAB 10
TITT..
            Fokusku terganggu. Siapa pula ni? Aku mencapai telefon bimbitku. Kit Kat di tangan aku sumbat ke mulut. Tak senonoh lansung!
Assalamualaikum, Neesa. Sorry ganggu.. Akif ni. Boleh kita lupakan sengketa kita and just be friends? SPM pun dah nak dekat kan? I wish you all the best! Bye!
            Erk! Kit Kat dah jatuh ke bawah..
            “Neesa! Tak senonoh! Kau kutip balik kit kat tu pergi buang! Hai lah budak ni!” Ifa bersuara nyaring. Dia menggelengkan kepalanya melihat teletah Neesa.
            “Ifa..” aku berpaling memandang wajah Ifa.
            “Fa..”
            Ifa mengerutkan kening.
            “Kau ni dah kenapa?” aku menyuakan telefonku kepadanya. Dengan kening yang berkerut, Ifa mencapai telefon itu lalu membacanya.
            “Okeylah tu, dia nak baik dengan kau. Apa salahnya?” Ifa memandang kosong ke arah Aneesa yang sedang terlopong.
            “This is weird!”

AKU memandang ke arah Akif dengan pandangan yang pelik. Okey, this is weird! Mana pernah dia tak cari pasal dengan aku dalam masa sehari?
            “Kenapa kau pandang aku macam tu?” pertanyaan Akif menyentakkan aku.
            “Kau demam ke?” tanya aku selamba. Berkerut kening Akif dibuatnya. Perlahan dia menggelengkan kepalanya.
            “So, yesterday’s message? Is it truly from your heart or you were just kidding?” tanya aku terus.
            “I’m not kidding. Aku nak berdamai dengan kau. Salahkah?” tanya Akif kembali. Aku menganggukkan kepala beberapa kali.
            “Alright, peace?”
            “Peace,”

AKIF menyandarkan tubuhnya di kepala katil. Dompetnya dicapai dan sekeping foto ditarik. Dia mengusap foto itu perlahan.
            “Why you did this to me? Akif tak berdaya, ibu. Akif tak mampu untuk terus bohongi ayah. Tapi, Akif tahu kesudahannya. Ayah akan merana disebabkan ibu. Tolong ibu, Akif mohon. Kembali setia..”

AKIF ralit memerhati pelbagai jenis koleksi jam. Dia berhasrat untuk menambah koleksi jam miliknya.
            “Sayang, I nak jam tu,” ujar satu suara. Akif terkedu. Bukankah itu suara ibu?
            “Yang mana?” tanya satu suara.
            “Yang tu,”
            Akif berpaling ke belakang. Tubuhnya seakan terpaku. Matanya tajam memerhati gelagat wanita dan lelaki itu.
            Tanpa disengajakan, matanya bersabung pandang dengan wanita itu.
            “Sayang, I nak ke ladies sebentar,” ujar wanita itu. Dia terus berlalu ke arah Akif lalu mengheret Akif ke tepi.
            Sampai di suatu sudut, dia melepaskan pegangan tangan Akif.
            “Ibu, how dare you?” tanya Akif keras.
            “Akif diam! Akif tak ada hak nak persoalkan apa yang ibu buat!” ujar Datin Maria keras.
            “Akif tak ada hak?! Ibu, ibu sedar tak yang ibu dah khianati ayah? Ibu dah curang dengan ayah! Ibu sedar tak!” bentak Akif keras.
            “Ibu sedar! Terlampau sedar! Ibu nak Akif tahu, yang ibu ni perlukan kasih sayang! Ayah Akif tu terlalu sibuk dengan kerja sampai abaikan ibu!” balas Datin Maria.
            “Ayah bekerja keras untuk kita!”
            “Sampai tiada masa untuk ibu? That guy! He is a businessman too! But, dia ada masa sahaja untuk ibu. Now, Akif dengar sini. Ibu nak Akif rahsiakan hal ini dari ayah. Faham?!” tanya Datin Maria kasar.
            “Kenapa? Ibu takut Akif beritahu ayah? Ibu takut kena cerai?” tanya Akif sinis.
            “That is not a problem to me! Being divorced? I don’t care at all! But, Akif kena ingat.. Your father had a heart attack. Once you slipped this thing from your mouth, be ready for any possibilities,” ujar Datin Maria lalu berlalu pergi.
            Akif terpaku. Jasadnya kaku di situ.

AKIF tersentak apabila telefonnya berdering. Dia mencapai telefon bimbitnya. Adik?

“HELLO, adik,”
            “A.. Abang..” suara esak tangis Ira membuatkannya cemas.
            “Adik, what’s going on? Kenapa menangis ni?” tanya Akif lembut.
            “A.. Ayah..” tersirap darah Akif mendengarnya. A.. Ayah?
            “Ayah kena heart attack.. Abang..” Ira mengogoi perlahan. Akif terdiam. Ayah, ayah sudah tahukah?
            “Ibu mana?” tanya Akif perlahan. Please don’t.. ibu..
            “Ira.. Ira tak tahu. Abang, balik bang.. Ira seorang diri kat sini,” tangis Ira lagi.
            “Ya, sayang.. Abang balik,” ujar Akif lalu mematikan panggilan. Dia cuba mendail nombor seseorang namun tidak berangkat.
            “Ah, damn it!”

AKIF berlari laju menuju ke wad kecemasan. Kelihatan, Ira sedang duduk di bangku.
            “Ira..” panggil Akif perlahan. Ira mendongakkan wajah.
            “Abang..” Akif menghampiri adiknya lalu memeluk tubuh itu erat.
            “Shh.. Don’t cry. I’m here for you,” Akif mengusap-usap bahu adiknya.
            “Abang.. Ira nak ayah.. Ira takut bang.. Ira takut ayah tinggalkan Ira.. Ira tak boleh hidup tanpa ayah. Ira sayang ayah.. Ira nak ayah, bang. Ira nak ayah..” tangisan Ira pecah. Akif menarik nafas dalam-dalam. Tidak! Aku tak boleh nangis! Aku kena kuat demi adik aku!
            Tiba-tiba, pintu wad kecemasan dibuka. Akif segera meluru ke arah doktor terbabit.
            “Bagaimana keadaan ayah saya?” tanya Akif.
            “Mujur, ayah adik segera dibawa ke hospital. Jikalau tidak, entah apalah nasibnya. Buat sementara waktu, ayah adik ditahan di wad CCU untuk rawatan susulan,” ujar doktor muda itu. Akif mengangguk perlahan.
            “Just do everything to my father. I don’t mind about the cost,” ujar Akif tegas. Doktor muda itu mengangguk perlahan lalu berlalu pergi.
            Akif menghela nafasnya lega. Mujur ayah sempat diselamatkan. Ibu, adakah semua ini berpunca daripada ibu?

AKIF merenung ke arah wajah lemah ayahnya. Ira disisinya hanya diam seribu bahasa.
            “Abang..” Akif tersentak. Dia berpaling ke arah Ira.
            “Kenapa Ira tak boleh contact ibu? Ibu di mana??” tanya Ira perlahan. Air matanya jatuh menitis. Akif mengetap bibir.
            “Nanti kita tanya ayah ya sayang?” ujar Akif perlahan. Tangannya memeluk bahu Ira lalu ditepuknya perlahan.
            Abang minta maaf kerana terpaksa rahsiakan..

AKIF duduk di sisi Dato’ Abdullah. Kini, Dato’ Abdullah ditempatkan di wad persendirian.
            “Maria..” Akif tersentak. Dia memandang wajah Dato’ Abdullah. Perlahan-lahan mata ayahnya terbuka.
            “Ayah, are you alright?” tanya Akif lembut.
            “Mana ibu kamu?” pertanyaan Dato’ Abdullah membuatkan lidah Akif terpaku.
            “Apa salah ayah? Kenapa ibu kamu tinggalkan ayah? Kenapa ibu kamu curang dengan ayah?” bertalu-talu soalan yang keluar dari bibir Dato’ Abdullah membuatkan Akif terdiam.
            “Ayah tak salah apa-apa. Ibu yang buta dalam menilai kasih sayang ayah,” ujar Akif lemah.
            “Kenapa Akif rahsiakan dari ayah?” Akif tergamam. Matanya memandang tepat mata ayahnya. Dato’ Abdullah mengangguk lemah.
            “A.. Akif..” Dato’ Abdullah menggelengkan kepalanya perlahan.
            “Tak apa. Ayah tak perlukan penjelasan. Sekarang ni, ayah dah bebaskan ibu kamu. Biarlah, dia pergi mencari kebahagiaannya sendiri,” ujar Dato’ Abdullah lemah. Dia menutup kelopak matanya perlahan.
            Akif mengenggam kedua-dua tangannya. Ibu, are you happy now?
            “A.. Abang,” Akif tersentak. Dia berpaling ke belakang.
            “Is that true??  Ibu.. Ibu dah tinggalkan kita?” Ira merenung wajah Akif tepat. Matanya mulai berkaca. Perlahan-lahan, tubuhnya melorot jatuh ke bawah.
            “Ira..” Akif berjalan menghampiri adiknya lalu memeluk tubuh itu erat. Sabarlah adik. Hadapi semua ini dengan tenang..

AKU mengerling ke hadapan. Mataku memandang jam. Dah pukul 8 pagi tetapi kerusi di hadapannya tetap kosong.
            “Akif balik rumah, ayah dia sakit,” ujar satu suara. Aku tersentak. Aku berpaling memandang Zahrain yang sedang tersenyum sinis.
            “Tak tanya pun,” ujarku selamba. Tanganku kembali lincah membuat kerja yang diberikan.
            “Sengaja beritahu, tak ada lah orang tu ternanti-nanti,” balas Zahrain selamba. Aku menjeling ke arah Zahrain.
            “I don’t care, okay?”
            “Dalam hati siapa tahu..” balas Zahrain meleret. Aku menghela nafas lemah dan menjulingkan mata naik ke atas. Tolonglah Zahrain..

“AKIF..” Akif berpaling. Kelihatan Mak Mah berada di pintu biliknya. Pembantu  rumah yang sentiasa menjaganya daripada kecil hingga sekarang.
            “Kenapa Mak Mah?” tanya Akif perlahan.
            “Dato’ panggil,” Akif mengangguk perlahan lalu berlalu ke bilik ayahnya.
            “Kenapa ayah?” tanya Akif perlahan. Dia memandang wajah ayahnya yang baru keluar dari hospital pagi tadi.
            “Kamu habis SPM bila?”
            “26.11 ni.. Kenapa ayah?” tanya Akif pelik. Dato’ Abdullah tersenyum hambar.
            “Kita pindah ke Australia,” ujar Dato’ Abdullah. Akif terdiam.
            “Tapi.. Kenapa?” tanya Akif pelik.
            “Syarikat kita di sana ada masalah. Ayah kena ke sana untuk perbaiki semula keadaan di sana,” ujar Dato’ Abdullah.
            “Tapi, macam mana dengan Ira?” tanya Akif perlahan.
            “Ira akan balik ke Ausralia hanya waktu cuti sahaja. Waktu persekolahan dia akan tinggal dengan Mak Mah. Lagipun Ira dah form 4 kan?” ujar Dato’ Abdullah.
            Akif terdiam. Dia tiada daya untuk membantah. Dia tahu yang ayahnya mengambil keputusan ini bukan sahaja demi syarikat tetapi juga untuk mengubati hatinya yang terluka.

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!