Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

06 March 2015

Cerpen : Suamiku, Imam

Ara’s POV    
“Ara, baca novel Imam Mudaku Romantik. Bagus novel tu. Elok untuk kamu baca.” Ujar ibuku.
            “Tak nak lah baca. Ara memang tak boleh terima langsung hero novel imam atau pun ustaz sekalipun.” Aku bukannya apa tapi memang aku tak boleh terima suami ustaz atau imam. Rasa macam pelik nak dibayangkan.
            “Apa yang kamu tak boleh terima sangat?” mak aku jeling tajam.
            “Hisy Ara memang tak boleh nak bayangkan. Lagipun imam, mak. Tak redha Ara baca. Ara tak minat lah suami, imam atau ustaz. Ara rasa alergik.” Aku tersenyum sumbing kepada ibuku.
            “Yang elok, kamu tak minat lah, alergik lah. Suatu hari nanti kamu dapat suami, imam baru kamu tahu!” gertak ibuku.
            Tak takut pun, mak. Macam lah perangai aku yang sebegini boleh dapat suami yang alim. Imam pulak tu. Tak mungkin tak mungkin. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik, begitu juga sebaliknya. Aku ni bukannya baik sangat, tapi baik juga jika nak dibandingkan dengan perempuan-perempuan hot di sekolah menengah aku dahulu. Hisy maksud aku, aku bukan alim pun orangnya. Solat memang cukup 5 waktu. Imam layak kahwin dengan ustazah je. Ha gitu. Haha mak buat lawak. Zara Anisah ketawa dalam hati tetapi ketawa yang sememangnya di buat-buat.
            “Ara, salam suami kamu tu” arah ibuku, Puan Mariah.
            Tersentak aku daripada lamunan yang panjang tatkala ibu tepuk pahaku perlahan. Ada tangan kasar yang memegang tanganku lantas menyarungkan cincin perkahwinan di jari manisku. Tangan kasar yang dihulur, aku salam. Lama sungguh aku termenung. Aku termenung akan perkara yang berlaku 7 tahun yang lalu ketika aku masih berusia 18 tahun. Masin betul kata-kata mak aku, aku baru sahaja selamat diijabkabulkan oleh Muhammad Qayrul Danish seorang imam masjid di sebuah taman di mana letaknya tempat tinggal Qayrul. Qayrul hanya menjadi imam sewaktu solat maghrib dan isyak sahaja memandangkan pada siang harinya dia bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat ayahnya. Ini sahaja yang aku tahu daripada ibuku.
            Dahiku dicium lembut oleh suamiku. Mak! Ara sebak la pulak! Air mataku mula mengalir. Hisy kenapa aku rasa sebak?
            Cahaya daripada kamera jurugambar yang diupah oleh keluarga suamiku berkelip-kelip.
            Selepas akad nikah dilangsungkan, aku dan suamiku bergerak ke hotel di mana majlis perkahwinan kami dilangsungkan. Sepanjang perjalanan tiada satu patah perkataan yang dikeluarkan olehnya. Begitu juga dengan aku. Aku berasa segan dengannya. Tangannya masih memegang tanganku dengan erat. Kepalanya hanya memandang ke arah luar kereta sahaja. Ahh sweet pulak suami aku ini. Terasa melayang-layang seketika disebabkan perbuatannya yang masih tidak melepaskan tangan aku itu.
Sebenarnya aku tak pernah kenal suamiku ini. Bertemu pun tidak. Fuh nasib dapat suami kacak. Kalau tak kacak, haisy tak sanggup aku membayangkannya.
            Qayrul kenal aku pun disebabkan gambar keluargaku yang tergantung di bilik pejabat ayah aku. Qayrul dan ayah aku ada urusan perniagaan yang menyebabkan Qayrul perlu ke pejabat ayah aku.
Ayah aku cakap Qayrul jatuh cinta pandang pertama terhadap aku tatkala matanya melihat diriku di samping keluarga aku di dalam gambar tersebut.
Cewah aku nak perasan kejap, cantik juga aku kan sehingga Qayrul boleh tangkap cintan dengan aku. Tak perlu pakai Qu Puteh nak bagi putih pun ada orang jatuh cinta terhadap aku.
Ya la, aku ini nak kata gelap pun tidak, cerah pun tidak. Ingatkan tak akan dapat boyfriend dah. Orang lain di universiti sudah mempunyai pasangan masing-masing. Aku je tak diseru jodoh lagi kut.
            Dalam dua bulan juga aku menganggur setelah tamat belajar, tiba-tiba ada orang meminang aku. Pucuk dicita ulam yang datang. Wuuu. Aku pun terima je lah. Pakwe tak ada, dah ada orang meminang, terima je lah. Dan kini aku duduk di dalam kereta ini disampingnya.
            Tiba-tiba tanganku yang dipegang olehnya, dia lepaskan. Tersentak aku daripada lamunan. Haih termenung lagi. Teruk kau Ara. Dah sampai hotel dah pun.
            Pintu di sebelah kanan aku dibuka oleh seseorang.
            Qayrul menghulurkan tangannya kepadaku Dia melemparkan senyumannya terhadap aku. Boleh cair jasad aku kat sini jawabnya. Sweet doh senyumannya.
Nak pengsan boleh dak? Hisy tak boleh tak boleh, tak berlangsung juga majlis aku  ini sebab aku buat kerja gila.
            Aku menyambut huluran tangannya sambil melemparkan senyuman paling manis terhadap dirinya.
            Aku dan Qayrul berjalan masuk beriringan ke dalam ballroom hotel tersebut. Aku berjalan disampingnya dan tanganku terpaut elok di lengannya.
            Kasut yang ibuku beli haisy boleh buat aku terseliuh kalau tersilap jalan. Tinggi doh! Aku ini setakat bahu Qayrul je. Aku sedar diri aku rendah setakat bahunya ketika di rumah tadi selepas akad nikah tersebut.
            Tahu lah anak mak rendah sangat pun tapi janganlah beli sampai tinggi macam ni! Jawabnya aku memang tak akan lepas lengan suamiku selagi aku tak masuk dalam bilik hotel yang disediakan untuk aku dan Qayrul.
            Aku dan Qayrul hanya melemparkan senyuman terhadap tetamu-tetamu yang hadir ke majlis kami sepanjang kami berjalan menuju ke pelamin. Memang mewah sungguh majlis ini. Pelamin dihias perghh gila gempak. Warna putih. Bunga-bunga ros merah menghiasi pelamin aku dan Qayrul.
***
            “Ah lenguhnya kaki aku ni. Mak memang buli aku sungguh. Mentang-mentang aku pendek” Ara mengeluh sambil mengurut kakinya.
            Qayrul yang baru masuk ke dalam bilik hotel tersebut hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum melihat keletah isterinya.
            Qayrul menghenyakkan punggungnya di sebelah isterinya yang ralit mengurut kaki sehingga tidak sedar di sudah berada di sebelah gadis tersebut.
            “Nak abang urut?” tanya Qayrul tanpa memberi salam terlebih dahulu.
            Dah tahu Ara tidak sedar kehadirannya, boleh pulak Qayrul serbu je tanya tanpa beri salam.
            “Opocot mak engkau mengurutku! Hisy buat terkejut orang je. Bila masuk bilik ni? Ara tak sedar pun” kan Ara dah melatah.
            Meletus ketawa Qayrul.
            “Melatah juga Ara ni kan. Hahaha” Qayrul sambung ketawakan isterinya.
            Ara menjeling suaminya tajam. Boleh tertusuk kalbu jika melihat jelingan Ara.
            “Ha ketawa la. Malam ni abang tidur luar. K byee” Ara merajuk dengan suaminya. Baru sahaja Ara bangun nak ke bilik air, ada tangan yang menarik tangannya lantas Ara jatuh ke atas katil semula.
            “Haih merajuk pulak isteri abang ni kan” Qayrul memegang tangan isterinya.
            ‘Pelik, pelik. Aku baru sahaja jumpa Qayrul, boleh je aku dan dia bermesra macam ni. Aku langsung tak rasa kekok dengannya. Ops lupa. Aku kan tak tahu malu sangat kalau bersama dengan encik suami ini. Dah jadi suami dah, buat apa aku nak malu. Haih la Ara, kau je pelik. Orang lain mahunya segan dengan suami yang baru dinikahi. Huhu kalau aku pun segan, macam mana lah aku nak rasa dimanjakan oleh encik suami kalau macam ini.’ Ara berkata-kata di dalam hatinya.
            “Abang sakat Ara.” Ujar Ara dengan nada yang perlahan. Ara menundukkan kepalanya melihat lantai bilik hotel tersebut.
            “Salah ke abang sakat Ara? Isteri abang ada satu ni je. Ara nak abang sakat siapa lagi kalau bukan Ara? Ataupun Ara nak abang kahwin lain? Boleh je, abang terlebih mampu ni.” Qayrul tersenyum sahaja melihat isterinya yang sedang menundukkan kepala.
            Ara yang mendengar ayat tersebut lantas mendongakkan kepala melihat Qayrul. Ara mengetap bibirnya. Sabar hati. Aku geram tahap habis dah ni. Baru kahwin, ada hati nak madukan aku dah.
            “Kalau abang nak tengok Ara lari ke luar negara, kahwin je lah. Jangan harap Ara nak balik ke pangkuan abang dah. Baru kahwin, ada hati nak kahwin lain dah.” Ara memandang tajam mata Qayrul.
            “Ara, Ara tahu kan setiap langkah isteri jika tanpa kebenaran suaminya dianggap nusyuz kan? Ara nak jadi isteri nusyuz?” Qayrul sudah mula memberi ceramah pertama buat isterinya.
            “Abang la teringin sangat kan nak kahwin lain.” Nada suara Ara naik satu oktaf.
            “Ara tak baik tinggikan suara kat suami. Haih, abang bergurau je pun. Takkan la abang nak madukan isteri abang yang comel ini. Tak sanggup abang tambah lagi satu. Ara seorang pun dah cukup untuk abang.” Qayrul melemparkan senyuman paling manis buat isterinya. Tangannya masih memegang tangan isterinya.
            “Janji?” Ara menarik sebelah tangannya daripada genggaman Qayrul lantas mengeluarkan jari kelingkingnya sebagai tanda janji yang dibuat.
            ‘Comel betul perangai isteri aku’ puji Qayrul dalam hati.
            Qayrul hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum kepada Ara.  Qayrul memegang tangan Ara yang Ara mengeluarkan jari kelingkingnya sebentar tadi.
            “Ara tahu tak, hal ini meniru orang putih. So Ara janganlah buat janji macam ini. Sekadar janji di mulut sudah cukup. Jika bibir sudah menuturkan janji tersebut, maka seseorang itu tidak boleh memungkirinya. Berdosa bagi orang yang memungkiri janjinya. Orang yang memungkiri janji adalah seorang munafik. Abang tak berani berjanji dengan Ara juga, nanti kalau Ara dah tak ada, abang ingat abang nak kahwin lain lah.”
Qayrul melemparkan senyuman kepada Ara. Saja nak mengusik isterinya. Tak akan lah dia sanggup kahwin lain. Dia sememangnya sayang akan isterinya. Baginya, tiada sesiapa yang boleh mengambil tempat Ara di dalam hati. Allah yang telah menghadirkan rasa cinta terhadap isterinya sebaik sahaja dia terpandang gambar Ara bersama keluarga Ara.
            Ara melepaskan tangannya daripada genggaman Qayrul lantas menampar kasar paha suaminya. Eii! Geram betul dengan suami aku ni, ada hati nak gantikan aku. Nak sangat aku mati ke apa ni?
“Adoi! Apa Ara ni, sakitlah!” Qayrul mengusap pahanya.
“Abang nak Ara mati awal kan?” mata Ara yang sudah berkaca-kaca memandang tepat ke mata Qayrul.
‘Ha sudah, aku tersilap cara nak melawak dengan Ara. Aduh dia nak nangis dah ni. Tak akan aku nak hancurkan first night aku kot.’ Getus hati Qayrul.
Qayrul terus memeluk tubuh Ara.
“Sayang, abang melawak. Abang bukan pinta Ara meninggal ke apa. Abang sayang Ara. Abang cintakan Ara for the first sight love bebeh.”
Haih Qayrul waktu ni juga kau nak buat ayat remaja kau tu.
“Eii, tak jadi orang nak nangis bila dengar ayat tu. Ayat budak-budak je tu abang. Yang abang nak tiru kenapa?” meletus ketawa Ara yang masih berada di dalam pelukan suaminya.
Mana tak lawaknya apabila dengar ayat tersebut keluar daripada bibir suaminya. Dengan suara garaunya tanpa nada melawak tatkala ayat tersebut dituturkan.
“Ha isteri abang yang dah comel bertambah-tambah comel pulak bila ketawa macam ni. Jom tidur sayang.” Qayrul sudah tersenyum nakal.
Ara yang memahami maksud di sebalik senyuman dan renungan suaminya hanya hanya mengangguk. Pipi sudah merah doh, Malu!
***
“Ara, abang pergi masjid dulu ya?” ujar Qayrul yang sudah lengkap berpakaian melayu dan berkain pelikat.
Ara yang sedang mengemas di dapur tersentak. Ara berjalan ke arah suaminya yang sedang menanti dirinya di ruang tamu.
Setelah mereka makan malam pada jam 6.30 petang, suaminya akan bersiap untuk pergi ke masjid untuk mengimamkan solat waktu maghrib dan isyak. Inilah rutin harian suaminya sepanjang dia menjadi isteri kepada Qayrul selama se minggu.
Ara mencium tangan Qayrul lantas mencium kedua-dua belah pipi suaminya. Qayrul mencium dahi isterinya lantas bergerak ke luar pintu rumah.
“Ara ...” belum sempat Qayrul menghabiskan ayatnya, isterinya sudah cantas.
“Kunci pintu dan jangan buka pintu jika orang yang tak dikenali datang” Ara memeluk tubuhnya sambil melemparkan senyuman bangga terhadap suaminya.
Qayrul hanya tersenyum sahaja dengan gelagat isterinya.
“Ara ingat pesanan abang tu. Siap boleh hafal sebijik! No tokok tambah okay. Tu je lah ayat yang abang selalu ulang kat Ara. Ara ingat. Abang jangan risau la.”
“Mestilah abang akan selalu ulang ayat ni kat Ara. Abang sayang isteri abang. Kang abang balik tengok Ara hilang, menangis tak berlagu abang. Ara kena culik pulak, huisy boleh bankrap abang sebab nak bayar tebusan sahaja. Kalau mahal sangat, abang tak nak bayar la, abang suruh je penculik tu jual sayang kat Thailand, kan lagi berbaloi.” Tutur Qayrul sambil tersenyum mengusik.
“Abang, nak mengusik pun janganlah sampai macam tu. Kecik hati Ara ni, tau abang.” Ara membuat mimik muka seperti mahu menangis.
Ya la siapa yang tak menangis jika suami sanggup membuat begitu terhadap isterinya.
“Balik daripada masjid, abang besarkan hati Ara balik tahu. Abang beri layanan tip top punya sampai Ara kata Ara lah isteri paling bahagia di dunia.” Qayrul menjungkitkan kening sebelahnya.
Ara mencubit kedua-dua belah pipi suaminya dengan kuat. Eii geram! Kerja dia mengusik orang je!
“Adoi merah la pipi abang sayang oi!” Qayrul memegang tangan isterinya yang baru sahaja dilepaskan daripada pipinya.
“Haa baru comel suami Ara. Pakai blusher gitu!” Ara tersengih melihat pipi suaminya. Qayrul berkulit putih, jika dibuat seperti itu, sudah tentu pipi suaminya menjadi seperti orang yang memakai blusher.
“Haha, macam-macam la Ara ni. Okay lah abang pergi dulu. Assalamualaikum.” Qayrul lantas bergerak ke masjid yang berdekatan dengan rumahnya.
“Waalaikumusalam!” Ara menjawab salam suaminya dengan begitu kuat sekali. Almaklumlah suaminya sudah bergerak jauh daripadanya.
Qayrul hanya tersenyum. Nakal seperti kanak-kanak Zara Anisah ku yang tercinta ini.
***
            “Bosannya! Argh!!” Ara menjerit di dalam rumahnya. Haih nasib rumah Qayrul banglo yang dibina dengan konkrit, jika rumah kayu, satu kampung boleh dengar suara Ara.
            “Abang tak ada, so let’s party bebeh! Dah lama tak buat aktiviti kat rumah mak dan abah. Sekurang-kurangnya kurang jugak lemak aku yang berlebihan ni.”
            Ara memasang lagu korea yang rancak di televisyen. Volume speaker dibuka dengan kuat.
            Gasak ja lah Ara oi! Bukan orang dengar pun. So let’s dance!
            Ara menari sakan di rumahnya sambil menyanyi mengikut video klip di televisyen. Macam-macam gaya yang Ara buat. Gaya seksi lah, gaya menggoda, semua ada lah kiranya. Kadang-kadang tarian yang Ara ingat dalam lagu korea tersebut, dia akan menari ikut rentak yang sama.
***
Qayrul yang baru membuka pintu rumahnya terkedu, terperanjat, tergamam, terkejut dan semua ter yang seerti la kiranya apabila melihat isterinya sedang menari sakan.
Tak pernah-pernah dia tengok sepanjang perkahwinannya dengan Zara Anisah.
“Astaghfirullahalazim, Ara!”
            Ara yang khusyuk menari dan volume yang teramat kuat tidak menyedari suaminya telah pulang ke rumah.
            Qayrul tutup pintu rumahnya. Haisy kalau jiran dengar buat malu aku je. Isteri imam tak serupa isteri imam langsung.
            Qayrul bergerak ke televisyen lantas menekan punat off. Qayrul memeluk tubuhnya dan melemparkan pandangan tajamnya terhadap isterinya.
            Ara terpinga-pinga apabila lagu berhenti secara tiba-tiba. Tergamam Ara melihat suaminya sedang berdiri di depannya dengan pandangan yang tajam.
            “Eh, bila abang balik? Ara tak sedar pun.” Ara berdiri kaku di hadapan Qayrul seperti orang bersalah.
            “Bagaimana nak sedar kalau televisyen tu Ara naikkan volume dengan tinggi. Dengan menari sakan lagi.” Sinis Qayrul bercakap terhadap isterinya.
            “Ara minta maaf sebab tak sedar abang dah balik. Ara menari je pun. Ara bosan.”
            “Ara tu isteri abang. Abang ni imam masjid. Kalau jiran tahu perangai Ara macam ni, apa pandangan mereka terhadap Ara? Terhadap abang? Ara tahu tak semua yang Ara lakukan tadi lagha.”
            “Ara bukannya pergi disko pun. Ara menari je kat rumah. Ara tak buat salah apa-apa pun.” Ara bercakap dengan nada perlahan dan sayu.
            “Sebelum kahwin dengan abang, Ara menari kat mana? Disko?” Qayrul masih memandang Ara dengan pandangan yang tajam. Tidak sangka isteri yang dikahwininya sebegini rupa.
            “Abang, sumpah Ara tak pernah pergi disko. Selama ini Ara just menari kat rumah untuk menghilangkan bosan Ara dan untuk menghilangkan stress Ara.” Ujar Ara dengan bersungguh-sungguh.
            Qayrul percaya Ara tidak pernah jejakkan kaki ke disko tetapi dia sengaja menanyakan soalan itu untuk memastikan.
            “Baik, abang percaya Ara tak pernah jejak kaki ke disko. Kalau Ara nak release stress boleh tetapi bukan dengan cara ini. Ara boleh menunaikan solat or baca Al-Quran. Allah dah ajar kita cara kan untuk menghilangkan stress tapi bukan dengan menari. Jika Ara bosan sekalipun Ara buat lah benda berfaedah, baca buku islamik ke, ini tak, menari sakan kat rumah. Ara ingat rumah abang ni disko ke apa? Nama je isteri Muhammad Qayrul Danish, seorang imam, tetapi perangai Ara ni jauh sekali sebagai isteri seorang imam. Terkinja-kinja macam monyet. Selepas ini jika Ara buat lagi perangai macam ini, walaupun di belakang abang sekalipun, siap Ara!” Qayrul bergerak menaiki tangga lantas masuk ke dalam bilik mereka.
            Serius Ara terasa dengan sikap suaminya. Haih la Ara, inilah nasib kau bersuamikan seorang imam. Menari pun tak boleh. Bukannya Ara terkinja-kinja macam kat disko tu. Dah tu pakai seluar jean pun tak boleh. Pakai skirt labuh je.
Nasib dia tak halang Ara pakai shawl. Itupun sebab Ara pakai shawl labuh daripada dadanya. Jika tidak, alamatnya shawl pun diharamkan lah.
***
Ara merebahkan tubuhnya di sebelah suaminya yang tidur membelakangi dirinya.
‘Haih tak boleh jadi ni. Aku kena beralah jugak. Aku kena pujuk Mr Imamku yang tercinta ini.’
“Abang, dah tidur?” Ara mengalihkan tubuhnya untuk melihat tubuh suaminya.
Aikk, tak jawab pun Qayrul ni.
Ara mengangkat tubuhnya lantas merebahkan sebahagian badannya di atas Qayrul yang sedang tidur mengiring sambil melihat wajah Qayrul. Ara tahu Qayrul tak akan tolak dia. Lagipun Ara memang suka melakukan perbuatan ini jika nak bermanja dengan suaminya.
“Abang, alaa bangunlah abang. Ara nak minta maaf.” Ara mengeluarkan nada yang manja.
“Hmm.”
“Hisy abang ni hmm ja yang abang sebut. Ara minta maaf tau abang. Abang janganlah merajuk macam ni kat Ara.”
“Bukan merajuk ya Ara tetapi marah.” Dingin Qayrul berkata.
“Ya la marah la. Abang, janganlah marah Ara lama sangat. Ara sedih la macam ni. Ara nak bermanja dengan abang pun tak boleh.” Ara bermain dengan rambut Qayrul.
Qayrul cair juga la dengan Ara yang manja ini.
Qayrul mengalihkan posisi tidurnya sambil memegang Ara. Kini sebahagian tubuh Ara berada di atas badan Qayrul.
Ara tersengih. Mana taknya sebab suaminya sudah cair dengan dirinya. Qayrul siap membelai rambut isterinya.
“Baik kali ini abang maafkan. Ara, tiga hari lagi kita bertolak honeymoon kat Pulau Tioman ya.”
Terbangun Ara daripada meniarap di atas tubuh suaminya. Terkejut!
Ara duduk  bersila atas katil sambil melihat suaminya. Qayrul turut bangun lantas menyandarkan tubuhnya di dinding katil.
“What?! Kenapa Ara tak tahu pun?” mata Ara membulat melihat suaminya. Ya la pakaian pun tak kemas lagi. Apa pun tak.
“Saja nak buat surprise kat Ara. Kemas la pakaian. Kita pergi tak lama pun. Just three days. Cuti kahwin yang papa bagi kat abang nak habis dah la sayang.”
“Orite nanti Ara kemas. Now, let’s sleep my hubby!”
Ara terus baring menghadap Qayrul lantas menarik selimut ke paras dada.
‘Umur 25 dah isteri aku ni, tapi perangai budak-budak still tak hilang.’
Qayrul hanya tersenyum melihat gelagat isterinya. Dia turut merebahkan badannya lantas memeluk pinggang Ara. Bantal peluk Qayrul selepas berkahwin ialah Zara Anisah.
***
“Ara, kenapa jeans je ni ha?” tegur Qayrul dengan lembut apabila dia  melihat ke dalam bagasi pakaian yang sedang diisi oleh isterinya.
“Kan kita nak makan angin, takkan Ara nak pakai skirt labuh pulak? Tak best lah macam ni. Tak bebas nak bergerak tahu tak. Kalau setakat pergi mall pakai skirt labuh, Ara redha la jugak.” Ara mula memprotes.
Eii seumur hidup Ara, tak pernah lagi la dia makan angin memakai skirt labuh. Jeans sahaja yang Ara selalu pakai. Haih dah namanya kahwin dengan imam, so terjadi lain lah pulak.
“Ara, jeans perempuan tak ada yang longgar tau. Semuanya ketat. Ara nak tayang bentuk kaki Ara dan pinggul Ara kepada orang yang tak sepatutnya lihat?”
Qayrul tegur secara lembut kali ini.
“Okay, Ara simpan balik jeans ni.”
Perlahan sungguh suara Ara.
“Sayang faham kan maksud abang?” Qayrul melabuhkan punggungnya di sebelah Ara yang sedang duduk bersila di atas lantai kerana mengemas pakaian mereka.
Qayrul memegang kedua-dua belah tangan isterinya. Isterinya yang hanya memandang ke arah bagasi lantas mendongakkan kepala untuk melihat mata Qayrul.
“Ara faham. Okay lah bang, Ara nak kemas ni. Kalau abang kerja pegang tangan Ara, bila nak siap packing baju. Dah-dah abang pergi menonton televisyen ka apa ka?” Ara melepaskan pegangan suaminya lantas menolak lembut tubuh suaminya. Ara hanya mempamerkan wajah yang ceria terhadap suaminya.
Ya dia kena mengalah juga dengan suaminya. Biarlah suami dia menang sementara dia masih lagi boleh menerima arahan suaminya terhadap dirinya.
Qayrul bangun lantas keluar daripada bilik. Haih la Ara, kenapa dia rasa macam Ara pura-pura ceria je ataupun dia yang tersalah tafsir mimik muka Ara.
***
Ara menuruni anak tangga setelah mengambil masa 30 minit juga lah nak bersiap pun. Dah nama pun perempuan.
Qayrul yang melihat Ara sudah turun lantas bangun daripada sofa.
“Ara, kenapa pakai jeans ni? Kan abang tak benarkan Ara pakai jeans. Ara dah cukup besar kan untuk memahami arahan abang?” ujar Qayrul sebaik sahaja dia terpandang Ara yang mengenakan jeans berserta blouse.
Ara terkaku di anak tangga terakhir.
“Abang, Ara pakai jeans ni pun sebab Ara takut Ara terjun dalam laut je kalau tersilap langkah nak naik feri.” Naïf sahaja muka Ara.
Qayrul sikit pun tak cair.
“Abang tak suka so sila tukar sekarang. Tak ada maknanya Ara nak jatuh dalam laut tu. Tak pernah lagi lah orang tua yang pakai kain pun terjatuh dalam laut. Inikan pulak Ara yang muda. Baru 25 tahun.”
“Abang pegang Ara lah ya nanti. Isteri kesayangan abang jatuh laut naya abang. Menduda pulak nanti” Ara tersenyum perit.
Inilah namanya Ara tak redha dengan segala arahan suaminya.
Ara terus menaiki anak tangga kembali untuk menukarkan jeans yang dipakainya ini ke skirt labuh.
Ini baru kisah sebelum bertolak ke Pulau Tioman.
***
            Kisah di Pulau Tioman pulak, hari-hari Ara hanya melihat suaminya berenang. Ara hanya duduk di tepi pantai dengan rayban tersangkut di hidung Ara yang agak mancung. Di kepala Ara terletak topi yang besar untuk melindungi wajah Ara daripada kena cahaya mentari.
            Ara bosan!
            Nak mandi dengan suaminya, suaminya tidak membenarkan. Ara mengeluh apabila teringat kembali bahawa dia sudah siap sedia hendak bermandi-manda di laut bersama suaminya.
            “Ara just stay here. Jangan mandi laut. Setakat nak main pasir dan main di gigi air ni sahaja yang abang benarkan. Nak bermandi-manda sekali dengan abang, minta maaf banyak-banyak.”
            Heh, macam lah Ara ni budak kecil nak bermain pasir segala ini. Ara nak mandi! Selama dia hidup ini, pantang nampak air, pasti dia bermain. Apabila berkahwin dengan Muhammad Qayrul Danish, itu tak boleh ini tak boleh. Habis apa yang boleh? Hisy Ara geram!
            “Ara pakai seluar trek apa, bukannya Ara pakai seluar sendat pun. Takkan nak mandi laut pun tak boleh?” protes Ara. Dia sudah memeluk tubuhnya sambil memandang tajam terhadap suaminya.
            “Kenapa tak boleh? Sebabnya apabila Ara mandi, ni baju, seluar semuanya jadi sendat. Nampak shape habis. Lepas tu orang lain best lah boleh usyar bentuk badan Ara”
            Qayrul terang siap pegang Ara lagi ha. Punya nak terang tak boleh tu!
            “Fine! Lepas ni lebih baik abang simpan Ara dalam rumah je. Jangan bagi keluar mana-mana kalau tak nak lelaki tengok badan Ara ni” Ara rasa macam nak menangis. Bahana kahwin dengan imam bak kata Ara.
            “Ara, abang tak nak gaduh dengan Ara. Kita honeymoon ni sayang”
            Qayrul memegang kedua-dua belah pipi isterinya tanda untuk memujuk. Takkan lah honeymoon pun nak bergaduh kan. Tak ada feel honeymoon terus lah macam ni.
            Dan sekali lagi Ara mengalah tanpa rela. Andai ini takdirnya, kerana terpaksa aku relakan. Keluar terus tajuk novel doh!
            Ara mengangguk perlahan.
            Qayrul tersenyum senang. Bangga kerana Ara sentiasa mengalah dengan dirinya.
            Okay end of flashback.
            Ara hanya tersenyum melihat gelagat-gelagat kanak-kanak kecil yang sedang bermandi-manda. Suaminya pulak sedang berseronok snorkelling.
            Ara sampai bila lah kau tak boleh bermain air? Takkan lah sampai mati kot? Huwaaa memang sampai matilah jawabnya. Zara Anisah kan isteri Muhammad Qayrul Danish.
***
            “Abang, jom pergi shopping?”
            Qayrul yang ralit menonton televisyen di hadapannya lantas memandang isterinya yang sedang meniarap di atas lantai sambil membaca majalah. Sempat lagi tu ajak dia pergi shopping padahal mata asyik tengok majalah yang diselak. Qayrul bercuti hari ini memandangkan hari ini hujung minggu. Sudah genap dua bulan mereka berkahwin. Tak sangka masa berjalan dengan begitu pantas sekali.
            “Sayang pergi nak beli apa? Sekadar window shopping, abang tak nak bawa Ara. Membazir masa ja. Masa free boleh diisi dengan banyak lagi perkara yang berfaedah. Bukannya berjalan tanpa tujuan dekat Aeon tu.”
            Ni yang Ara nak bebal. Sabar, Ara. Cool.
            Ara bangun lantas melabuhkan punggungnya di sebelah Qayrul. Ara mengalihkan badannya menghadap Qayrul lantas meletakkan sebelah kanan lengannya di atas bahu Qayrul.
            “Abang, Ara bukan nak pergi window shopping okay. Ara nak beli barang dapur. Asyik abang ja pergi beli. Ara ni bosan kat rumah. Kadang-kadang ja Ara ikut. Boleh la abang?” Ara mengedipkan matanya berkali-kali. Semoga suaminya cair lah.
            “Ya la, pergi bersiap. Kita keluar. Lambat keluar susah pulak, kang tak ada imam masjid malam ni.” Qayrul of course cair dengan gelagat isterinya.
            “Yes!” Ara terus berlari memanjat anak tangga. Senyum sampai ke telinga tu!
***
            Kiri dan kanan Qayrul penuh dengan barang-barang keperluan dapur. Bukannya Ara nak tolong bawa tetapi Ara kelihatan asyik memerhatikan kedai-kedai pakaian. Cantik! Tangan Ara hanya melingkar di lengan Qayrul. Ya la kalau tak melingkar di lengan suaminya, confirm dia langgar dinding!
            ‘Dia tengok cukup lah. Jangan nak beli sudah.’ Getus hati Qayrul.
            Tiba-tiba Ara terhenti.
            ‘Hah sudah. Ada la tu yang berkenan di hati.’
            Setiap kali Ara mengikutnya ke Aeon, sudah pasti dia akan memberi nasihat panjang berjela terhadap isterinya. Ha mula la keluar muncung Ara tu. Merajuk sampai ke malam. Qayrul lah pujuk isterinya. Kalau tak pujuk, dia nak peluk apa tidur nanti.
            “Abang, gown tu cantik lah!” Ara mula menarik lengan suaminya ke arah baju yang dia minat tersebut. Cantik! Gown labuh berwarna peach gitu!
            Akan tetapi  begitu malang nasib Ara. Qayrul mengeraskan tubuhnya.
            Ara masak benar dengan perangai suaminya. Mesti dia tak benar beli la tu.
            “Abang,  please. Gown tu cantik lah! Ara nak. Nanti Ara termimpi-mimpi gown tu macam mana? Ara dah lama tak beli baju. Please benarkanlah Ara beli gown tu.”
            Mendayu-dayu suara Ara. Mata siap berkaca-kaca memandang suaminya. Lengannya masih memeluk lengan Qayrul.
            “Ara, abang tak benarkan. Ara boleh ja kan pakai baju yang dalam almari tu. Kenapa nak beli yang baru. Membazir sahaja kalau Ara beli. Membazir kan amalan syaitan. Amalan syaitan tu nak sangat kan Ara ikut. Amalan baik tak nak pula Ara ikut. Penat lah abang jika perangai Ara yang tak habis-habis nak ikut sangat amalan syaitan tu.” Qayrul lantas bergerak meninggalkan Ara.
            Terlepas lengan Ara daripada lengan Qayrul.
            ‘Huwaa! Ni yang aku sedih! Kalau dapat suami imam macam ni la. Itu tak boleh ini tak boleh. Membazir. Dah lama kot aku tak beli baju. Baju dalam almari pun bukan banyak sangat. Kebanyakannya suaminya reject. Tapi serious gown tu cantik. Mak! Kenapa masin sangat mulut mak?!’ jerit hati Ara.
            Ara lantas duduk bersila di atas lantai di tengah-tengah kesibukan orang ramai. Air mata Ara laju sahaja turun. Sedih! Kecewa! Suaminya tak pernah cuba memahami dirinya. Semuanya kena ikut telunjuk suaminya. Ara letih dengan perangai suaminya! Tak pernah terima dirinya seadanya. Sepatutnya suaminya perlu berkahwin dengan ustazah, baru sesuai. Ini Ara yang tak seperti ustazah juga lah yang dinikahi oleh Qayrul.
            Orang ramai mula memandang pelik kepada Ara. Ara tak peduli! Kini Ara benar-benar letih dengan sikap suaminya! Tak pernah sekalipun Qayrul menunaikan kemahuan hatinya. Yang Qayrul tahu hanya memberi arahan terhadapnya. Biarlah orang kata dia berperangai kebudak-budakkan.
            Qayrul yang tersedar isterinya tidak mengikuti dirinya lantas berpaling ke belakang.
            Membulat mata Qayrul melihat isterinya sedang menangis sambil duduk bersila.
            ‘Ya Allah isteri aku seorang ini. Malunya aku! Kenapa dia boleh buat perangai macam ni di tengah-tengah orang ramai.’
            Qayrul berjalan laju menuju kepada Ara. Qayrul mencari-cari tempat duduk untuk meletakkan beg-beg plastik. Selepas Qayrul meletakkan beg-beg plastik lantas melurutkan kakinya di hadapan Ara.
            “Ara, kenapa Ara buat macam ni? Tak malu ke orang tengok Ara macam ini?” lembut suara Qayrul memujuk Ara.
            “Abang tak pernah cuba memahami Ara. Abang sekat Ara habis. Itu tak boleh, ini tak boleh. Ara letih abang. Lagipun pakaian Ara kebanyakannya abang reject. Bila Ara nak beli baru, macam-macam abang kata kat Ara. Ara bukan berniat nak ikut syaitan pun. Ara... Ara... Ab... abang tak pernah cuba memahami Ara!” Ara mendongakkan kepalanya lantas merenung Qayrul tajam.
            Qayrul terkedu saat melihat renungan mata Ara. Tak pernah Ara memandangnya sehingga sebegini rupa. Khilaf dia kah kerana terlalu memaksa Ara mengikut telunjuknya?
            “Ara... Ara belilah gown tu. Abang benarkan kali ini.” Qayrul memegang bahu isterinya supaya Ara berdiri.
            Orang ramai yang lalu lalang hanya memerhatikan drama Zara dan Qayrul.
            Ara hanya tersenyum sinis tatkala mendengar ayat Qayrul namun dia tetap bangun.
            Ara sudah tidak ada rasa mahu membeli baju lagi. Ara bergerak laju meninggalkan suaminya.
            Qayrul terpinga-pinga melihat gelagat isterinya.
            ‘Ha?! Kenapa dengan isteri aku ni? Aku benarkan tapi dia pergi macam tu ja tinggalkan aku?’ Qayrul terus bergerak mengekori isterinya setelah dia mengambil kembali beg-beg plastik yang terletak di kerusi berdekatan dengannya.
***
            Sepanjang perjalanan, Ara dan Qayrul hanya berdiam diri. Qayrul berdiam diri kerana mahu isterinya bertenang dahulu.
            Sampai sahaja di rumah, Ara terus membuka pintu kereta lantas masuk ke dalam rumah setelah kunci rumah berjaya dibuka olehnya.
            Qayrul masuk ke dalam rumah lantas melabuhkan punggungnya di sofa yang terletak di ruang tamu.
            Tak lama Qayrul melepaskan lelah di sofa, matanya menangkap kelibat isterinya menuruni anak tangga dengan membawa bagasi pakaian sekali.
            “Eh, Ara nak pergi mana ni? Kenapa Ara tiba-tiba pakai jeans ni?” Qayrul yang terkejut lantas mengejar isterinya yang sudah sampai ke muka pintu.
            “Ara nak minta izin daripada abang untuk Ara keluar daripada rumah ini beberapa hari untuk menenangkan jiwa Ara dahulu.” Dingin sekali suara Ara. Mata Ara juga melemparkan pandangan yang dingin kepada Qayrul.
            “But... why sayang?” mendayu sekali suara Qayrul.
            “Because abang yang tak pernah terima Ara seadanya! Abang beri arahan macam-macam kat Ara. Abang kata hitam maka hitamlah. Abang tak pernah walau sekalipun tolak ansur dengan Ara. Abang hanya tahu Ara mesti ikut telunjuk abang. Abang sedar tak, apa yang abang yang tak benarkan Ara buat itu ini secara mendadak itu, abang ingat Ara boleh terima macam tu je dengan redha? Tak, abang! Ya, pada awal perkahwinan Ara boleh turut segala arahan abang tu tapi sampai bila Ara nak hadap semua ini? Sekurang-kurangnya abang berilah kelonggaran kepada Ara untuk Ara terima dengan hati yang rela tetapi bukannya pada waktu itu juga. Ara penat lah abang. Abang sikit pun tak pernah terima Ara seadanya. Ara pun manusia. Dalam hati Ara ini penuh dengan rasa tak puas hati kalau dipaksa secara mendadak. Selama ini, itulah Ara yang sebenar. Biarlah abang nak cakap Ara perangai seperti budak-budak ke apa ke Ara dah tak kisah. Sebab inilah Ara tak nak kahwin dengan seorang imam. Dah jodoh Ara dengan imam kan? Ara hanya nak minta izin abang supaya Ara boleh keluar daripada rumah ini beberapa hari or maybe weeks. Depend on me.”
Inilah yang Ara pendam selama ini. Akhirnya terluah jua.
Qayrul terkedu. Ya, selama ini dia hanya tahu isterinya harus mengikut telunjuknya tanpa memikirkan perasaan isterinya. Benarkah dia tidak pernah terima isterinya seadanya? Dia buat untuk kebaikan Ara juga tetapi dia tersilap dalam mendidik isterinya. Jika tersalah didik, sudah tentu akan membentak. Isterinya sudah membentak geram dengan dirinya.
“Ara akan balik ke pangkuan abang selamanya kan selepas itu?”lirih sahaja kedengaran suara Qayrul.
“Abang, Ara tak boleh jamin. Jika Ara memang tak boleh terima dengan redha kemahuan abang selama ini, Ara akan stay dengan abang. Jika tidak, maafkan Ara.”
Ara menundukkan kepalanya. Tak sanggup dia bercerai dengan suaminya. Akan tetapi, dia sanggupkah hidup selamanya seperti itu? Biar keputusannya untuk keluar daripada rumah ini buat seketika yang menjadi jawapan buat persoalan tersebut.
Ya Allah sakitnya hati Qayrul mendengar butir bicara daripada bibir mungil isteri kesayangannya. Qayrul tak sanggup melepaskan isterinya. Cintanya buat Zara Anisah begitu mendalam. Tidak  tega dia melihat isterinya suatu hari nanti menjadi milik lelaki lain.
“Ara... Ara tak sayangkan abang? Tak cintakan abang?” mata Qayrul berkaca-kaca. Tubir matanya sarat dengan air mata yang tunggu masa sahaja jatuh.
“Bukannya Ara tak sayang. Bukannya Ara tak cinta. Semoga pemergian Ara buat tempoh masa yang singkat ini akan menentukan keputusannya sama ada i’ll be with you till my last breath or not.” Sungguh sukar sekali Ara hendak tuturkan tidak itu.
“Ara pergilah. Abang izinkan. Abang akan terus berdoa supaya Ara akan menjadi isteri abang sehingga abang menghembuskan nafas terakhir. Ara buat lah apa-apa pun selagi Ara menjaga maruah diri abang dan maruah diri Ara.”
Qayrul lantas menaiki anak tangga. Dia tidak sanggup melihat isterinya meninggalkan dirinya. Air mata Qayrul terus mengalir di saat dia berpaling membelakangi Ara untuk menaiki anak tangga menuju ke dalam bilik mereka. Qayrul terduduk di belakang pintu biliknya sambil menangis.
Ara hanya merenung belakang suaminya. Air mata Ara juga mula menitis.
            ‘Maafkan Ara, abang.’
***
            Ara hanya mampu mengeluh melihat keindahan laut. Ya, dia rindu suaminya. Teramat rindu. Pertama kali berpisah sepanjang perkahwinan mereka. Sudah tiga hari dia berada di Pulau Pangkor ini. Dia menginap di resort pun dengan menggunakan kad debit yang disediakan oleh suaminya.
            ‘Ah, nak mandi laut lah!’
            Ara terus berlari anak-anak ke tepi pantai.
            “Here we go bebeh! Ahh dah lama tak mandi laut. Bestnya.”
            Ara memakai alat untuk snorkelling yang disewanya tadi. Ara mencubit roti yang diberi oleh pemandu bot yang menghantarnya ke Pulau Giam or maybe Coral Island nama pulau kecil ini sekarang.
Di pulau ini lah pelancong-pelancong akan menjalankan aktiviti snorkelling serta bermandi-manda. Airnya yang jernih serta terdapat pelbagai jenis ikan yang akan berenang mengelilingi pelancong-pelancong yang memberi mereka makanan.
Ara teruja melihat ikan-ikan yang pelbagai jenis mengelilinginya. Ara berasa geli saat ikan-ikan makan roti yang terletak di atas tangannya. Tenang sekali jiwanya saat ini.
Tidak terlalu ramai orang yang bermandi-manda di pulau ini memandangkan sekarang bukan musim cuti sekolah.
Setelah penat snorkelling, Ara naik kembali ke tepi pantai. Haih malang nasib kau Ara oi! Terdapat beberapa orang pemuda yang baru turun daripada bot. Mereka memberi siulan untuk mengorat Ara.
“Hai, cik adik. Seorang je ke?” ujar pemuda berambut perang dan berseluar tight tanpa baju.
‘Ingat badan kau mantap sangat ke tayang-tayang body kat orang.’ Getus hati Ara. Ara sememangnya tidak suka situasi ini. Malang sungguh kerana dia datang sini tidak berteman. Masakan mahu mengajak rakan baiknya yang sedang menjalani praktikal sebagai seorang doktor perubatan. Memang kena bom sungguh la dengan rakan baiknya itu kerana mengganggu praktikalnya hanya kerana diajak bercuti.
“Nak abang temankan?”pemuda yang memakai pakaian renang pula menggatal.
“Cantik body awak” pemuda berambut hijau iaitu salah seorang daripada mula mengelilingi Ara.
Ara mula seram sejuk.
‘Ya Allah patutlah pun, baju dan seluar aku ikut shape tubuh aku.’
Ara memakai tshirt berlengan panjang serta seluar trek namun masih tetap tidak dapat melindungi bentuk tubuhnya.
Tiba-tiba, bot yang menghantar Ara tadi muncul untuk mengambil Ara seperti masa yang dijanjikan.
            ‘Fuh selamat!’
            Ara lantas berlari anak ke bot tersebut.
            “Cik adik! Nama apa? Number phone?!” jejaka berambut perang tadi menjerit kepada Ara.
            Ara berlari tanpa menoleh ke belakang lagi.
            “Sombong la budak tu! Jual mahal. Tahulah muka cantik pun, body pun mantap doh! Rugi kita. Melepas. Kacau daun lah bot tu.”
            Ara hanya mendengar bebelan daripada salah seorang daripada pemuda-pemuda tadi.
            Ara bersyukur kerana bot ini tiba, jika tidak, dia tak sanggup nak membayangkan. Sudahlah sunyi sahaja pulau itu memandangkan pelancong tidak ramai berkunjung.
***
            Ara hanya termenung di dalam biliknya. Serik untuk keluar berjalan-jalan di tepi pantai kerana bimbang ada yang ingin mengganggunya lagi.
            ‘Patutlah abang tak benarkan Ara mandi laut. Abang tak nak kejadian seperti tadi berlaku terhadap Ara. Kenapalah Ara ni ikut sangat perasaan? Abang just tak nak orang lain tengok tubuh badan Ara. Abang nak jaga maruah Ara. Abang tak nak perkara buruk berlaku kepada Ara.’ Ara mula menyimpulkan tindakan suaminya terhadapnya.
            Ara hanya mengeluh. Ah bosan!
            “Nak buka lagu lah lepas tu it’s time to dance!”
            Ara memasang lagu di telefon bimbitnya. Ara berdiri di tengah-tengah biliknya yang merupakan ruang kosong.
            Baru sahaja mahu membuka langkah, Ara terus duduk bersila atas lantai.
            “Huwaa! Kenapa aku dah tak rasa nak buat aktiviti ini balik?! Kenapa?! Mengapa?!” Nasib bilik kau tu konkrit Ara. Kalau orang lain dengar kau jerit, sah kau masuk wad gila.
            “Seminggu aku tinggal di sini. Tujuh hari tujuh malam aku cuba nak buat aktiviti lama aku balik dengan menari, semuanya aku rasa tak kena.” Ara mula keliru.
            “Aku baru mula pakai jeans, ada je siulan nakal. Aku mandi laut, ada je orang menggatal. Aku nak menari, tetapi entahlah. Hati ini sudah tidak berasa nak menari dah. Jujur aku cakap, aku lebih selesa dengan hanya memakai skirt labuh. It’s time untuk aku balik. Aku dah tahu keputusannya.”
            Ara bangun lantas mengisi pakaian ke dalam bagasi semula. Semoga Qayrul masih menantinya.
***
            ‘Ya Allah kenapa aku rasa malu nak balik ke rumah suami aku ni? Bukannya rumah orang lain pun.” Ya, Ara malu. Ara malu kerana sikap keanak-anakannya yang mengambil tindakan melulu dengan keluar daripada rumah hanya kerana membentak perkara yang sememangnya suaminya betul.
            “Cik, ke mana cik nak pergi?”
            Tersedar Ara daripada lamunannya tatkala pemandu teksi menanyakan soalan.
            ‘Hisy macam mana la aku boleh tak sedar yang aku ada dalam teksi.’ Getus hati Ara.
            “Err... Hotel Seri Malaysia.”
            ‘Ahh, tinggal di hotel sahaja lah sementara nak hilang malu ni. Lagipun masih ada perkara yang belum aku lunaskan lagi.’
            “Cik, sudah sampai.”
            “Ah?Oh. Okay-okay. Terima kasih.” Mengelamun punya pasal sampai blur.
            Ara mengheret bagasinya ke lobi hotel setelah selesai bayar tambang teksi.
***
            Keesokan harinya, Ara pergi membeli-belah di Aeon. Inilah perkara yang belum Ara lunaskan lagi. Pakaian Ara juga telah kembali seperti dahulu. Memakai skirt labuh dan blouse. Seperti biasa shawl masih tersarung di kepalanya.
            Kali ini Ara akan membeli-belah sepuas-puasnya. Ara tahu jika dia kembali kepada Qayrul sebelum membeli-belah, sudah tentu dia tidak dapat membeli pakaian dengan banyak. Ara hanya mahu mengubah fesyen sahaja memandangkan dia merupakan isteri kepada imam a.k.a. jurutera, maka dia juga perlulah bergaya. Bergaya gaya muslimah.
            ‘Cantik juga kan skirt labuh dan kembang macam princess ni. Hermm, aku tahu dah gaya apa yang akan aku ubah.’
            Ara membeli banyak helai skirt labuh dan kembang dengan pelbagai warna dan corak. Ada juga yang kosong. Ara juga beli kemeja serta blouse yang pelbagai warna dan corak untuk dipadankan bersama skirt tersebut.
            ‘Aku kena beli banyak-banyak. Nanti bukan aku boleh beli sangat kalau datang shopping dengan dia.’
            “RM 1899.70, cik.”
            Ara memberikan kad debitnya kepada juruwang.
            “Kalau suami aku tahu, naya hidup aku!”
            “Err... apa ye cik?”
            ‘Opps tercakap pulak.’ Getus hati Ara.
            “Tak ada apa lah.” Ara hanya melemparkan senyuman mesra kepada juruwang tersebut.
            Ara keluar daripada kedai pakaian tersebut lantas berjalan lagi. Penuh tangan Ara dengan pakaiannya sahaja.
            Tiba-tiba Ara terpandang kedai yang menjual purdah. Ara mendekati kedai tersebut. Hati Ara mula terdetik untuk memakai purdah.
            ‘Mesti cantik kan kalau aku pakai? Dah lama aku teringin nak pakai, baru hari ini aku terdetik nak memakainya.’
            Ara sememangnya sudah fikir masak-masak sebelum ini namun hatinya masih tidak terdetik. Namun saat ini, ya Ara mahu melaksanakannya.
            ‘Mesti abang gembira tengok Ara pakai purdah kan?’ Ara hanya tersenyum sambil memegang purdah yang tergantung di kedai tersebut.
            Dan sekali lagi Ara membeli purdah dengan pelbagai warna. Sekali-sekala boleh lah membeli belah seperti ini. Jika setiap hari, mahu botak kepala Qayrul. Yalah isteri kerja menghabiskan duit bukannya berjimat.
***
            “Hah nek, kenapa tiba-tiba call?” sergah Afira, kawan baik Ara di hujung talian.
            “Assalamualaikum, opah! Amboi opah, salam pun kau tak beri ye? Main sergah terus ja. Kau kena ingat, kau tu islam. Memberi salam kan menyumbang pahala banyak kat kau. Memberi salam lebih banyak pahala berbanding orang yang menjawab salam.”
            Ara bergolek-golek di atas katil dalam bilik hotel. Sudah seminggu dia menginap di bilik hotel ini. Nak balik rumah Qayrul tetapi malu masih ada.
            “Amboi-amboi nenek! Kau yang telefon aku, aku pulak kena beri salam ye? Molek sungguh perangai mu ye? Sejak jadi isteri imam, kau dah pandai memberi ceramah kat aku ye?” Afira memerli kawan baiknya.
            “Oh, ha ah la aku yang telefon kau kan?” naïf bebenar suara Ara.
            “Gong punya nek!” Ini sahajalah trademark Afira yang selalu digunakan untuk mengutuk. Katanya lebih lembut dan sedap didengar oleh telinga manusia.
            “Weh kau cuti kan harini?”tanya Ara.
            “Ha ah, kenapa? Nak ajak aku date?”
            “Ha ah jom pergi tengok wayang! Tempat biasa tau!” beria-ria benar suara Ara.
            “Alahai, suami kau kan ada. Kenapa ajak aku pulak?”
            “Macam tak sudi ja aku dengar nada suara kau ni” lirih sahaja suara Ara.
            “Sudi gila weyh! Gila kau tak sudi! Dah la lama tak lepak dengan kau. Almaklumlah kau dah kahwin. Aku ja single mingle. Tak kan lah aku nak ajak isteri imam keluar lepak. Mahu kena pancung pulak dengan tok imam kau. Ya la buang masa ja kan melepak ni” Tau pula Afira bahawa melepak ini hanya membuang masa.
            “Hei! Abang imam kesayangan I okay! Apa tok-tok? Muda lagi okay suami aku. Tak ada cucu lagi. Aku pun tak mengandung lagi tak kan tiba-tiba muncul cucu.”
            “Eii menyampahnya aku dengar abang imam kesayangan kau. Dulu kemain kau Ara, tak nak kahwin dengan imam. Sekarang ni suami kau imam. Memang padan muka kau!” Afira siap jelir lidahnya. Eh lupa pula dia hanya cakap melalui telefon bimbit sahaja. Bukannya Ara boleh nampak pun.
            “Dah jodoh aku dengan imam. Ku redha sahaja wahai Afira ku yang tercinta.” Ya sekarang dia memang redha dengan ketentuan ilahi.
            “Bagus lah kau redha. Aku bimbang juga kau baling pasu dekat suami kau sebab itu ini tak boleh. Perangai kau bukan betul sangat pun. Gila pun ada kau ni.”
            “Co...co...coiyh. Aku normal okay. Kang menjanda pulak kalau aku baling pasu. Dapat title janda muda hot meletup gitu!” Ara hanya merenung siling.
            “Menyampah aku dengan kau. Suami kau benarkan kau keluar tengok wayang dengan aku? Kang dia beleter pulak. Sedar diri sikit title kau tu. Isteri imam.”
            “Dia benarkan” terbayang tiba-tiba di  siling raut wajah suaminya yang kelihatan sedih sekali tatkala mengizinkan dia pergi.
            “Aik? Kenapa dua patah saja ni? Mulut kau kalau tak cakap lebih daripada sepuluh patah memang tak sah” perli Afira.
            “Aku tak ada idea nak cakap apa dengan kau” selamba sahaja tutur Ara. Masakan dia mahu menceritakan masalah rumah tangga dia terhadap Afira. Dia perlu pendam sahaja. Hal suami isteri tidak patut diketahui oleh orang lain walaupun kawan baik sendiri.
            “Haih. Pukul berapa nak keluar?”
            “Sekarang”
            “Hah okay. Kita jumpa dekat depan pintu masuk shopping complex”
            “Okay set! Assalamulaikum.” Ara letak ganggang tanpa menunggu sahutan daripada Afira.
            “Wa...waalaikumusalam. Aku tahu kau ada masalah. Aku kenal kau dah lama. Sejak sekolah rendah lagi. Tapi aku tak akan tanya kau kerana aku tak nak masuk campur hal kau dan suami kau.” Afira terus bercakap walaupun dia tahu Ara sudah meletakkan ganggang.
***
            “Heh mana pulak nenek ni tak tau! Aku suruh jumpa tunggu sini, dia pergi mana? Tak sampai lagi maybe” Afira membebel seorang diri tetapi perlahan sahaja. Jika kuta, mahunya orang kata dia gila.
            “Assalamualaikum” suara lunak yang begitu Afira kenali memberi salam di belakangnya.
            “Waalaikumusalam” Afira menjawab salam sambil mengalihkan tubuhnya menghadap suara yang memberi salam kepadanya sebentar tadi.
            Terjatuh rahang Afira melihat sepasang mata bundar sedang melihat dirinya. Mata itu kelihatan seperti bibir pemiliknya sedang melemparkan senyum terhadapnya.
            “Oit! Tutup mulut tu. Lalat masuk naya ja” meletus perlahan ketawa Ara.
            “Kau pakai purdah Ara! Bila kau pakai?!” kuat sungguh suara Afira dek terkejut oleh apa yang terpampang di matanya.
            “Huisy, jangan lah jerit. Tengok tu, semua orang tengok kita”
            “Mestilah aku terkejut! Hari tu kau kahwin, tak dak pulak pakai purdah segala ni.”
            “Baru hari ini aku pakai, Afira. Amacam? Cantik tak?” Ara mengangkat kening sebelah kanan.
            “Cantik sangat Ara! Aku suka!” teruja sekali riak wajak Afira.
            “Terima kasih atas pujian kau. Harap ikhlas lah ye”
            “Ikhlas sangat ni. Okay jom tengok wayang”
            Ara dan Afira beriringan masuk ke dalam pusat membeli belah tersebut.
            Hari ini Ara memang sudah berubah gaya pemakaian. Ara mengenakan sehelai blouse putih bercorak bunga mawar merah serta skirt labuh kembang berwarna merah. Blouse tersebut Ara tuck-in. Shawl berwarna putih tersarung di kepalanya. Dia tidak perlu menukarkan gaya pemakaian shawl kerana dia memang memakai shawl yang sentiasa dililitnya bagi menutupi dada. Ara turut mengenakan purdah berwarna merah. Hanya dahi dan matanya sahaja kelihatan. Bergaya sungguh cara pemakaian Ara.
***
            Setelah dua jam Ara dan Afira menonton wayang filem yang bertajuk Seventh Son, mereka bersiar-siar di pusat membeli-belah. Tiba-tiba Afira terpandang seseorang yang dia dan Ara juga kenali di dalam restoran yang terdapat dalam pusat membeli-belah tersebut.
            “Ara”panggil Afira namun mata masih memerhatikan sepasang manusia yang sedang bergelak tawa sambil menjamu selera.
            “Ya saya. Kenapa?” Ara memandang Afira. Kenapa mata Afira tak lihat dia? Dia memerhatikan arah yang sama dengan apa yang Afira lihat.
            Sungguh hatinya tiba-tiba bagaikan ada sembilu yang menusuk hatinya. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak tahu hendak menerangkannya bagaimana.
            “Suami kau keluar dengan siapa tu? Mesra ja aku tengok” Afira berpaling melihat Ara. Ara kelihatan terpaku melihat pasangan tersebut.
            “Err.. err... Client. Ha ah client” kelentong Ara. Tak kan lah dia hendak cakap tak tahu. Memang kantoi dengan kawan baiknya bahawa dia mempunyai masalah dengan suaminya.
            “Kenapa tergagap? Betul ke client tu? Hari ini kan Sabtu. Cuti kan?” Memang benar ada yang tidak kena dengan Ara dan Qayrul.
            “Aku tergagap tadi sebab aku terlupa sekejap. Tiba-tiba baru teringat dia cakap kat aku tadi, dia nak jumpa client. Ada hal mustahak katanya sehingga terpaksa berjumpa juga hari ini walaupun cuti” terang Ara selamba, namun hatinya perit sekali melihat suaminya sedang bergelak tawa dengan wanita lain.
            Perempuan itu seksi sangat. Skirt pendek sehingga boleh nampak paha. Baju yang lebar kolar sehingga menampakkan lurah buah dada perempuan tersebut. Jika diteliti, lebih elok cara Ara berpakaian sebelum ini berbanding perempuan itu. Beribu-ribu ganda lebih baik. Tak akan lah baru sahaja dia tinggal suaminya sebentar tetapi cinta sudah berpaling tadah. Kalau nak cari yang lain pun, carilah yang lebih elok daripadanya. Sanggup suaminya menduakannya.
            ‘Hisy aku tak boleh bersangka buruk. Aku kena siasat. Jangan tuduh melulu, Ara’ Ara menasihati dirinya sendiri.
            “Jom lah pergi tegur suami kau” ajak Afira kerana dia mahu memastikan bahawa syaknya tidak benar.
            Baru sahaja Afira mengorak langkah, lengannya dipegang oleh Ara.
            “Tak perlu lah tegur. Jom balik. Tak elok ganggu kerja mereka”
            “Hmm, okay” Afira mengalah. Dia tidak boleh masuk campur hal Ara dan Qayrul kerana mungkin akan bertambah lebih buruk jika ada pihak luar yang masuk campur. Lagipun dia bukan kahwin lagi. Dia bukan ada pengalaman rumah tangga.
            Ara dan Afira mengorak langkah menjauhi restoran tersebut.
            Ara menoleh melihat suaminya yang sedang tersenyum senang dengan kehadiran wanita seksi tersebut. Mata Ara mula berkaca-kaca. Abang tak rindu Ara? Abang boleh tersenyum bahagia walaupun Ara tiada di sisi abang. Sedalam manakah cinta abang buat Ara?
            Air mata yang menitis disekanya kerana bimbang Afira perasan.
***
            Qayrul yang sedang tersenyum melihat keletah Batrisya terdetik hati untuk melemparkan pandangannya ke luar restoran.
            Qayrul tertarik oleh seseorang wanita yang baginya memang kelihatan bergaya. Hanya belakang wanita itu sahaja yang dapat dilihat oleh Qayrul.
            ‘Tubuh tu, lenggok jalannya seperti dia. Sayang dah balik?’
            Tiba-tiba wanita itu menoleh ke arah rakan di sebelahnya. Qayrul melihat wanita itu berpurdah.
            ‘Ara tak berpurdah. Mungkin khayalan aku agaknya sehingga melihat gayanya seperti Ara. Andai kata Ara sudah balik, pasti Ara akan menemui aku. Atau mungkin Ara sudah tidak mahu pulang ke pangkuan aku? Ya Allah aku memohon kepadamu, pulangkanlah isteri aku ke pangkuan aku kembali. Aku memerlukannya untuk mengisi hari-hari aku kerana aku sangat mencintainya.’
            “Abang! Risya punya lah cakap sampai kering air liur, abang boleh termenung kat luar tu. Abang tengok siapa ah?”
            Tersentak Qayrul daripada lamunannya. Matanya mencari-cari wanita yang dilihatnya tadi. Hilang! Qayrul mengeluh hampa.
            “Mengeluh pulak abang ni!”
            Risya  memuncung. Dia cakap bagai nak rak daripada tadi, Qayrul boleh termenung pandang ke luar. Risya ingatkan lelaki itu dengarlah tetapi hampeh.
            “Ops, sorry. Risya cakap apa tadi?” Qayrul terus memandang Risya kembali sambil tersenyum sumbing.
            “Hermm tak ada apa-apa lah. Risya nak balik dulu lah. Esok kita jumpa di sini juga okay? Ada banyak urusan lagi tak habis. Bye, abang!” Risya lantas bangun daripada kerusi meninggalkan Qayrul keseorangan.
***
            “Siapa perempuan tadi herm? Tak pernah pulak aku lihat ketika majlis perkahwinan aku dan dia. Tak boleh jadi ni, esok aku kena usyar restoran tadi! Arghhh!!!”
            Bergema bilik hotel dengan jeritan Ara.
            Ara sungguh geram dengan suaminya. Boleh tersenyum indah walaupun tanpa dia di sisi suaminya. Seakan-akan bahagia. Perempuan itukah yang menyebabkan suaminya bahagia tanpa dirinya? Salah dia juga kan kerana pergi daripada pangkuan suaminya. Tetapi dia ada kata juga akan kembali nanti, ish tak akan benda ni suaminya boleh lupa pula? Tak mungkin kalau suaminya memang cintakan dia.
***
            Ara bersiap untuk ke pusat membeli belah yang dia pergi semalam. Hari ini Ara mengenakan skirt labuh kosong dan kembang berwarna peach serta blouse peach berbunga-bunga kecil. Blouse, Ara tuck-in. Shawl yang dikenakan oleh Ara pula berwarna putih manakala purdahnya berwarna peach.
            “Cantik jugak aku ni kan? Hehe. Beribu-ribu kali ganda lebih cantik daripada perempuan tu! Huh” Ara mendengus geram apabila teringat perempuan yang bersama dengan suaminya semalam.
            Ara mencapai beg tangannya yang juga berwarna peach. Ara melangkah keluar daripada bilik hotelnya.
***
            ‘Hermm restoran mana la agaknya aku nak pergi usyar? Ahh restoran semalam la. Tapi, hermm tak akan abang nak jumpa dengan dia lagi kot hari ini di tempat yang sama? Redah ja la Ara oi!’
            Ara terus berjalan ke arah restoran di mana suaminya maka bersama wanita lain semalam.
            Dari jauh Ara dapat melihat pasangan yang sama seperti semalam.
            ‘Amboi, abang. Ara tak ada, entah-entah hari-hari abang keluar date dengan perempuan tu. Tak boleh jadi ni. Aku kena masuk ke dalam restoran itu jugak dan dengar perbualan mereka’ getus hati Ara.
            Ara membuka pintu restoran tersebut lantas Ara mengambil tempat di hadapan suaminya yang asyik berbual-bual dengan Batrisya. Kedudukan Batrisya membelakanginya. Suaminya pula menghadap ke arahnya. Ara berani mengambil tempat di sini pun kerana dia pasti suaminya tidak dapat mengenali dirinya yang berpurdah.
            “Cik, ini menunya” ujar pelayan yang datang menghampiri Ara untuk mengambil pesanan.
            Ara melihat menu. Sesekali matanya mengerling suaminya.
        Qayrul sedang tersenyum. Qayrul sedang ketawa. Qayrul yang serius. Qayrul yang terus memandang wanita itu seakan-akan dunia itu milik mereka berdua.
            Hati Ara bagai tertusuk oleh sembilu. Sakit! Suaminya seakan-akan tidak kisah dirinya pergi daripada pangkuan suaminya.
        ‘Hem, salah aku jugak. Aku mengaku. Tetapi janganlah sampai cari perempuan lain!’ Ara genggam menu di tangannya dengan kuat. Geram. Nasib buku menu ni keras. Kalau tidak, sudah pasti lunyai Ara kerjakan.
            “Cik, boleh saya ambil order?”
            Tersentak Ara daripada lamunan. Bagaimana lah dia boleh lupa bahawa pelayan lelaki yang juga boleh dikira kacak sedang menunggu pesanan daripadanya?
            “Err, strawberry milkshake satu and nasi ayam. Okay thats all” pelayan tersebut berlalu pergi daripadanya.
            Ara memandang ke hadapan.
           Zup! Terasa bagai kejutan elektrik mengalir di badannya. Qayrul sedang merenungnya dengan pandangan yang dalam.
            Terkebil-kebil mata Ara melihat Qayrul. Aik tak akan boleh kantoi dah kot?
            “Cik”
          “Ahh, ohh. Sorry-sorry. Terima kasih” Ara mengalihkan tangannya yang menghalang makanan serta minuman untuk diletakkan di atas meja.
         ‘Hisy kan dah blur aku sebab dia saja. Hebat betul renungan dia. Fuh, nasib waiter datang. Kalau tak, aku terpaku oleh renungannya saja la’
            Ara cuba mengangkat mukanya yang sedari tadi tunduk ketika makan untuk memandang ke hadapan.
            ‘Erk, kenapa dia still tengok aku? Adakah dia syak? Tak mungkin tak mungkin. Ara yang dulu bukannya macam sekarang yang berpurdah’ Ara terus menundukkan kepalanya kembali. Bimbang jika pandang Qayrul terlalu lama, dirinya akan kantoi.
***
            “Abang tengok siapa tu? Orang punya lah terang kat dia pasai tender ni, dia boleh khusyuk renung orang lain. Abang tengok siapa ha?”
            Qayrul seakan-akan tidak dengar leteran Batrisya. Matanya masih ralit memerhati wanita di hadapannya.
            “Hmmm” Batrisya memandang ke belakangnya lantas memandang Qayrul semula.
          “She is stylish, lovely and versatile walaupun memakai purdah. Dia pandai berfesyen. Berkenan di hati ke?” Batrisya menjongketkan sebelah keningnya.
            “Dah habis bincang kan? Makanan pun dah habis. You may go now” serius sekali nada Qayrul. Ada perkara yang perlu diselesaikan dengan wanita berpurdah tersebut.
            Terkebil-kebil mata Batrisya.
            ‘Haih, pak imam ni. Aku terus dihalau. Ha ah la buat apa aku berada di sini lama-lama? Dah habis kerja maka its time for shopping!’
            “Baiklah. Risya pergi dulu. Kirim salam kat wife abang ya? Assalamualaikum”
            Batrisya mengambil beg tangannya lantas berlalu pergi.
***
            “Abang?”
            Kecewa sungguh tatkala panggilan tersebut juga dipanggil oleh wanita itu. Siapakah perempuan itu kepada suaminya?
            “Ya saya”
            Kerusi di hadapan Ara ditarik oleh seseorang. Terbuntang mata Ara melihat Qayrul sedang duduk di hadapannya.
            “Bilakah saya panggil awak? Setahu saya, saya tak panggil awak. Kenapa awak sahut pulak?”
            Qayrul hanya tersenyum nipis. Pura-pura tak kenal suami sendiri pula.
            “How are you, my dear? Kenapa tak balik ke rumah? I’m always waiting for you. Dah balik sini, sudah tak tahu jalan pulang, hermm?” perli Qayrul.
            Setiap detik, tidak pernah walau sekalipun rindunya terhadap isteri kesayangannya terpadam. Hari-hari dia menanti kepulangan insan tersayang, namun tidak juga kembali ke pangkuannya.
            Terkebil-kebil mata Ara.
            “Bagaimana abang tahu ini Ara?” lantang sekali suara Ara.
       “Isteri sendiri, mestilah abang kenal. Dahi, mata, suara, lenggok Ara berjalan, bentuk tubuh Ara, everything about you, abang boleh kenal siapakah pemiliknya jika tak lain tak bukan my dear wife. Walaupun Ara berpurdah sekalipun, i still can recognise you” selamba sahaja Qayrul menuturkannya.
          “Kalau dah tahu, tak apa lah. So, who’s that girl?” Ara menyandarkan tubuhnya di kerusinya lantas memeluk tubuh sambil merenung Qayrul dengan tajam.
         “Kenapa tak balik rumah setelah pulang daripada percutian Ara tanpa abang yang kononnya ingin mencari ketenangan?” tajam pandangan Ara kepada Qayrul, tajam lagi pandangan Qayrul terhadap isterinya.
       “Ara nak pulang ke rumah setelah Ara berubah sebegini rupa tetapi memandangkan Ara terserempak abang dengan that girl, Ara tak rasa nak balik ke rumah. Ara lihat, abang bahagia dengan perempuan tu, tersenyum bahagia walaupun Ara tiada di sisi abang dan abang umpama berada dalam dunia sendiri bersama dia”
          “Kenapa Ara judge sedemikian rupa? Don’t judge a book by it’s cover. Ara pun tahu kan?” tenang sekali nada suara Qayrul.
            “Action speak louder than words” lima patah sahaja yang terkeluar daripada bibir Ara namun mempunyai maksud yang tinggi.
           “Haih. Ara tahu, dalam hati abang, abang rindu Ara. Walaupun abang tersenyum dan kelihatan bahagia cakap dengan Batrisya tetapi minda abang sentiasa ingat akan Ara yang entah bercuti ke mana. Senyuman abang, ketawa abang, pernahkah sehingga ke telinga sepanjang Ara perhatikan abang dengan Batrisya?” redup sekali pandangan Qayrul kali ini.
            “So, nama dia Batrisya. Sedap nama. Seksi. Abang dah tukar taste?”
        “Ara!” Qayrul cuba mengawal nada suaranya agar tidak menyebabkan mereka menarik perhatian orang ramai.
            “What?  Betul kan? Salahkah apa yang Ara tanya?” selamba sahaja Ara bertanya.
            “Yes! It’s totally wrong. She is my cousin. Dia dah kahwin pun”
            Terkedu Ara mendengar.
         “Kenapa Ara tak pernah lihat dia selama ini? Majlis perkahwinan kita pun dia tak hadir. Lagipun kenapa abang jumpa dengan dia selama dua hari ini? Betul dia cousin abang?” Ara berharap bahawa suaminya berkata benar. Dia tidak sanggup bermadu, Ya Allah.
            “Dia baru balik ke Malaysia. Dia ikut suaminya yang sambung belajar ke luar negara. Dia balik ke sini waktu Ara tiada di sini. Lagipun abang dan dia terpaksa berjumpa selama dua hari ini kerana ada problem dengan tender. Abang kena selesaikan hal itu kerana esok abang akan bertemu dengan syarikat yang menawarkan tender tersebut. Oleh sebab itu, abang terpaksa juga jumpa dua hari ini walaupun hari cuti. Dia yang ajak abang ke sini sebab dia kata dia boleh direct pergi shopping sahaja selepas tamat discuss. Puas hati Ara dengan penjelasan abang?” Qayrul hanya memandang Ara lembut sambil memeluk tubuhnya.
            “Sorry kerana syak bukan-bukan. Abang suka dengan perubahan Ara sekarang ini? Ara nak kembali ke pangkuan abang selamanya. Ara tak kisah dengan segala yang abang pinta selepas ini kerana Ara tahu abang buat demi kebaikan Ara” Ara terus ubah topik.
Dia tidak mahu terus dibelenggu dengan rasa bersalah terhadap suaminya kerana dia sering berperangai kebudak-budakan. Cemburu tidak bertempat juga kepada sepupu suaminya sendiri.          
            Qayrul hanya tersenyum. Qayrul kenal sangat dengan perangai isterinya. Sekiranya isterinya yang salah, pasti Ara akan mengubah topik agar Ara tidak dibelenggu rasa bersalah.
            “Sayang sanggup? Selepas ini abang ikat Ara terus. Abang tak akan izinkan Ara pergi seperti hari itu. Hanya sekali sahaja peluang yang abang berikan. Parah hati sepanjang Ara tiada di sisi abang kerana izinkan Ara pergi”
         “Ara sanggup!” Ceria sekali raut wajah Ara. Dia mahu suaminya melihat dirinya memang sanggup.
            “Erk, abang. Abang suka tak dengan perubahan Ara sekarang ni?”
            “Eh, ada yang berubah ke? Abang lihat sama je”
            “Abang! Abang tak nampak ke isteri abang ni sudah berpurdah?”
            “Nampak” selamba sahaja Qayrul menuturkannya.
            “Dah tu, abang suka atau tidak?” Ara mendengus geram dengan perangai suaminya. Pura-pura tak faham pula.
            “Of course i do, sayang” Qayrul mencuit hidung Ara. Ara tersenyum bahagia. Suka dimanja begitu.
            Tiba-tiba riak wajah Ara berubah mendung.  
            “Eh kenapa pulak ni? Abang salah cakap?” Qayrul menggarukan kepalanya yang tidak gatal.
            “Jadi selama ini abang tak suka Ara yang dulu la? Yang tidak berpurdah?” Ara bermain dengan jarinya. Wajahnya masih mendung.
            Qayrul tersenyum melihat isterinya bermain-main dengan jari. Qayrul menggenggam kedua-dua belah tangan Ara yang terletak di atas meja.
            “Abang jatuh cinta dengan Ara yang tidak berpurdah kan dulu? So, kenapa pulak abang tak suka dengan Ara yang tidak berpurdah dahulu? Kalau abang tak suka Ara yang tak berpurdah sebelum kahwin hari itu, mestilah abang tak akan pinangkan Ara kan? Abang memang tak boleh menafikan, abang sememangnya senang melihat Ara berpurdah. Bertambah sejuk mata abang memandang. Ara jangan cakap pulak dulu mata abang tak sejuk memandang. Abang sentiasa tenang dan sejuk melihat Ara tidak kiralah Ara berpurdah atau tidak. Lagipun berpurdah tak wajib sayang. Orang Arab pakai pun untuk melindungi mereka daripada debu-debu pasir. Aurat seorang perempuan bukannya melitupi wajah. Bagaimana Ara terbuka hati nak pakai? Sekali Ara pakai, Ara tak boleh buka dah. Ara sudah fikir masak-masak?”
            “Ara memang ada niat nak pakai tu lama dah just tak terbuka hati lagi. Tiba-tiba waktu Ara terpandang purdah yang tergantung-gantung kat kedai, Ara terbuka hati nak pakai. Lagipun Ara fikir masak-masak dah sebelum Ara nak pakai. Abang jangan risau. Ara makin matang okay?”
            Qayrul tersenyum senang. Baru saat ini dia mampu tersenyum senang kerana Ara kembali ke sisinya kembali. Dirinya umpama bercahaya kembali.
***
2  tahun kemudian...
            “Daniel! Janganlah tuang tepung tu! Mama tak larat nak mop. Daniel!”
            Daniel berlari-lari apabila ibuya mula mengejar kerana geram dengan perangainya. Daniel ketawa sahaja melihat ibunya termengah-mengah mengejarnya.
            Sepanjang Daniel lari, Daniel menuang tepung yang berada di dalam plastik tepung tersebut.
            “Kenapa lah mama boleh tak sedar Daniel ambil tepung ni tadi? Ya Allah Daniel! Mama mengandung ni. Mama tak larat sayang. Sudah la tu. Papa balik, siap Daniel. Papa mengamuk, mama tak nak bantu. Sudah lah sayang. Papa nak balik dah ni”
            Ara berlari ke sebelah kiri sofa, Daniel patah balik ke kanan sofa. Lantai rumah sudah habis dipenuhi dengan tepung.
            Ara sedang masak ketika itu, Ara meletakkan tepung di atas meja namun tidak mengikatnya kerana dia ingin menggunakan lagi. Ara menoleh ke belakang ingin mengambil tepung itu, tiba-tiba hilang. Terbuntang mata Ara melihat Daniel sudah tersengih memandang Ara sambil memegang plastik tepung tersebut. Daniel mengambil segenggam tepung lantas membaling tepung tersebut ke atas lantai. Ara apa lagi, kejar Daniel lah! Tak padan dengan badan yang sudah sarat. Sudah 6 bulan kandungannya. Ara sedang mengandungkan anak kedua Qayrul dan dia.
            “Daniel ni la! Makin nakal tahu! Sejak boleh jalan ni, teruk mama Daniel kerjakan. Mama nak menangis la macam ni” Ara sudah semput mengejar Daniel yang tidak kenal erti penat.
            Tiba-tiba pintu rumah dibuka oleh seseorang.
            Terhenti Daniel daripada berlari. Senyumannya terus padam apabila melihat papanya sudah pulang daripada kerja. Takut!
            “Muhammad Zarif Daniel!” Terbuntang mata Qayrul melihat lantai rumahnya penuh dengan tepung. Tangan Daniel pula memengang plastik tepung. Tepung hanya tinggal sedikit sahaja di dalam plastik tersebut. Isterinya pula sudah termengah-mengah. Ara ni pasti kejar Daniel!
            “Ara kejar Daniel kan tadi?” Keras sekali suara Qayrul.
            Gulp! Perit sekali Ara ingin telan air liur.
            “Ara kejar lah. Tak akan Ara nak biarkan tepung ni berterabur. Teruk pulak nanti Ara kena mop kalau Ara biarkan” Ara mula berasa serba salah.
            “Ara tu mengandung. Perut pun dah besar. Kalau tersadung tadi macam mana? Abang bukannya ada di rumah. Jadi apa-apa kepada Ara dan anak kita macam mana? Biar saja lah Daniel tuang tepung tu. Lagi Ara kejar dia, lagi seronok dia permainkan Ara. Kalau Ara tak kejar dia, dia pun bosan. So, tak ada lah jadi seperti sekarang ni. Confirm dia letak balik sahaja kerana provokasinya terhadap Ara tak berjaya. Haih, kalau kata dia tuang juga tepung tu, Ara biar. Abang balik, abang mop kalau Ara tak larat. Abang pun boleh buat” Qayrul mencekak pinggangnya sambil memandang Ara tajam.
            “Abang balik kerja penat-penat, abang terpaksa mop pulak. Ara kesian dengan abang” Ara tetap membalas namun hanya perlahan sahaja nada suara Ara. Dia juga takut dengan muka garang suaminya.
            Daniel yang tadi berdiri di hadapan Qayrul lantas pergi memeluk kaki Ara. Daniel lebih takut akan ayahnya berbanding ibunya.
            “Abang tak kisah pun sekadar nak mop lantai tu. Biarlah abang penat pun tetapi abang tak nak berlaku apa-apa terhadap Ara dan kandungan Ara” Qayrul membuang tali lehernya lantas mencari penyapu dan sapu tepung yang tumpah atas lantai.
            Ara melabuhkan punggungnya di atas sofa. Daniel hanya menurut ibunya. Daniel membaringkan badannya. Dia meletakkan kepalanya di atas paha ibunya. Ara membelai-belai rambut putera sulungnya. Sungguh kasih dia terhadap anak sulungnya terlalu tinggi. Daniel hasil cinta antara dia dan Qayrul. Perutnya juga diusap.
            Qayrul mengemop lantai pula setelah selesai menyapu. Kemejanya sudah disinsing sehingga ke lengan. Butang baju atas kemejanya sudah dibuka satu butang.
            Setelah selesai mengemop. Qayrul mengangkat anaknya yang sedang baring di atas sofa. Dia mendukung anaknya. Daniel melentokkan kepalanya di bahu Qayrul.
            “Daniel jangan buat macam ni dah tau. Kesian mama. Mama kan sedang mengandung. Mama tak larat nak kejar Daniel seperti dahulu dah. Kalau mama jatuh tadi, mama masuk hospital, mama terbaring saja atas katil. Daniel nak mama masuk hospital?”
            “Tak nak” Daniel bertutur lembut sahaja di bahu Qayrul.
            Daniel tahu hospital itu bagaimana kerana dia pernah melawat atuknya yang masuk hospital. Atuk hanya tidur sahaja ketika itu. Langsung tak bangun untuk bermain bersamanya lagi.
            Ara hanya tersenyum melihat anaknya yang terlentok di bahu suaminya. Dia suka melihat pemandangan seperti itu.
            Qayrul melabuhkan punggungnya di sebelah isterinya. Daniel masih di posisi yang sama. Daniel suka bermanja begitu dengan Qayrul.
            Qayrul mencium dahi isterinya yang sedang merenung dia dan anak mereka.
            Ara tersenyum senang dengan perlakuan suaminya.
            “I love you” luah Qayrul sambil memandang redup isterinya.
            “Love you too” Ara melentokkan kepalanya di sebelah kiri bahu suaminya.
            Daniel melentokkan kepala di sebelah kanan bahu suaminya, maka bahu kiri suaminya miliknya.
            Terima kasih, Ya Allah kerana Engkau menghadiahkan suami yang terbaik buat diriku. Aku bersyukur atas anugerah yang telah Engkau berikan kepadaku. Aku bahagia menjadi seorang isteri kepada seorang jurutera dan juga seorang imam serta menjadi seorang ibu kepada Muhammad Zarif Daniel dan juga kepada kandunganku yang bakal lahir tidak lama lagi.

            Inilah kisahku, Zara Anisah seorang isteri kepada Muhammad Qayrul Danish.
The End

Nur Aizat NMS
12.46PM

6/3/2015
P/S: Tulis dah lama tetapi baru sekarang habis. Sebelum ni tak tenang nak menulis sebab hati tak tenang. Result nak keluar! So, memandangkan result dah keluar, hati pun dah tenang. Baru berjaya siap.
Hope you like it!

13 comments:

Anonymous said...

So sweet... Buatlah lagi cerpen...memang terbaik!

Lia veSus Ayiz said...

Terima kasih. ^_^

siTi nOrlAiLi sAmiOn said...

😇😍

siTi nOrlAiLi sAmiOn said...

😇😍

najiha sabila said...

Best giler citer nie..daebak lah"":-):-):-)

Anonymous said...

Sweetnye cerpen ni..

thetruth said...

Best!!

Isha Zati said...

Best3x ...<3

Mardhiyah Abd Wahab said...

Wow.. Best..!!

Anonymous said...

Bestnye dpt suami mcm tu...so sweet

tengku adellia qaisara said...

best!!!!!!!

lisanna said...

Best

miss sumax said...

wow..terbaik lh citer ni.. tp sdihlh kt bhgian ara tggalkn laki dyer tu..paip bcor kjp tau...

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!