Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

25 February 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 8 )

BAB 8
AKU memeluk tubuh mama erat. Air mata terasa bagaikan ingin menitis. Berpisah lagilah kita nampaknya.
            “Sudah! Jangan nangis, bukannya tak boleh jumpa dah,” ujar mama selamba. Tapi, tetap tak boleh jumpa! Sebulan, 2 hari je boleh balik kot! Dengan mama yang memang malas nak melawatnya lagi.
            “Kenapa diam je ni?” Adam mengerling ke arahku.
            “Abang,” aku memeluk tubuh Adam erat. Adam mengusap badanku lembut. Abang yang tua setahun dariku ini amat memahami jiwa ragaku ini. Dah nama pun berdua!
            “Ek eleh, feeling terlebih lah pula! Relaxlah, setahun lagi je. Budak Form 1 masuk asrama pun tak menangis. Cengenglah kau ini adik!” aku terus meleraikan pelukan.
Ada ke patut disamakan aku dengan form 1? Form 1 memanglah, mereka tak tahu erti rindu lagi. Mereka fikir seronok hidup di asrama, sebab jauh dari pandangan mak bapak. Sampai sini, hah! Baru kau tahu! Homesick berderet! Tu tak kira lagi nak keluar maktab sebab rindu!
“Suka hatilah! Sibuk je!” balasku geram. Adam tersenyum nipis.
“That is my girl! Dah, jangan nangis,” Adam mengusap lembut pipiku. Kasihan dia, pasti dia bosan sementara menunggu panggilan sambung belajar.
“Dah, kamu berdua jangan nak buat sweet! Waktu melawat dah nak habis,” serentak aku dan Adam memandang ke arah papa.
“Papa jangan jealous!” ujarku dan Adam selamba. Papa menjuihkan bibir.
“Ada papa kisah?” aku dan Adam berpandangan sesama sendiri.
“Alah, papa jealouslah tu,” papa membuntangkan matanya. Sesuka hati je anak-anak aku ni perkena aku!
“Aneesa masuk dalam asrama sekarang, Adam masuk dalam kereta sekarang. Jangan nak mengada-ada di sini,” Adam berpaling ke arahku.
“Neesa, papa dah marahlah. Abang masuk dalam kereta dahulu. Good bye darling! Will miss you,” ujar Adam lalu berlalu pergi.
“Pa, my sweetheart dah went home lah. Neesa pun nak masuklah. Good bye, dad. Love you mom,” ujarku lalu melambaikan tangan.
“Amboi, menghalau!” aku memandang ke arah papa.
“Eh, bukankah papa yang halau Neesa?” aku tersenyum sinis.
“Menjawab, menjawab. Papa pergi dulu tau. Take care, dear,” papa mengusap lembut kepalaku dan berlalu pergi.
“Mama pergi dulu tau. Jangan nangis-nangis, buat malu kaum je!” aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
“Dah orang nak nangis, biarlah!” balasku.
“Hah! Kerja menjawab! Macam manalah papa tak membebel Neesa?” mama menggelengkan kepala. Aku tersengih.
“Mama! Hurry up! Nanti papa membebel!” aku dan mama memandang ke arah Adam yang sedang menyandarkan tubuh di pagar. Ek eleh, handsome dah lah tu?
“Mama pergi dulu tau! Anything call me,” ujar mama lalu berjalan pergi.
“Adam bajet handsome!” aku menjerit perlahan ke arah Adam. Adam menunjukkan penumbuknya. Ek eleh, tak takut lah sayang!
“Tak takut..” aku tersengih.
“Whatever, good bye dear. I’ll text you,” ujar Adam lalu berlalu pergi. Amboi, I’ll text you! Bajet aku mak we dia!
Aku berpaling ke belakang lalu berjalan masuk ke dalam blok asrama. Form 5, here I come!

AKU berjalan memasuki kelas Neptune Five. Wow! Aku dah form five. Bestnya! Senior year kot!
            Neesa, kenapa hari ini kau gedik sangat?! Ops!
            “Woi, berangan!” aku tersentak. Aku memandang ke arah Airis.
            “Sibuk ja!” aku mencebikkan bibir.
            “Aku cuma risaukan kawan aku yang tersenyum seorang diri macam orang gila bayang. Kenapa? Kau dah jatuh cinta dengan Akif ke?” aku membuntangkan mata.
            “Tolonglah, tak ada masa aku nak ingatkan dia. Now, kita duduk di mana?” aku memasuki kelas lalu bergerak ke arah meja.
            “Duduk kembar tiga macam tahun lepas, aku duduk hujung kanan,” ujar Airis lalu bergerak ke arah meja di hujung kanan.
            Aku meletakkan beg di atas meja. Hai, manalah pula budak ni?
            “Wei, Ifa mana? Dia pergi toilet ke bina toilet?” aku membebel perlahan.
            “Hah! Mengutuk!” sergah Ifa. Aku mengurut dadaku perlahan. Terkejut ceq!
            “Ya Allah, nasib aku tak ada lemah jantung. Kalau aku terbujur kaku di sini, siap kau aku kerjakan!” ujar aku geram.
            “Kalau kau dah tiada, macam mana kau nak kerjakan aku?” tanya Ifa selamba lalu duduk di meja kiri. Aku mengetap bibir lalu duduk di tengah-tengah. Beg aku capai lalu ku letak di lantai. Aku ini jenis tak selesa sikit kalau kongsi tempat duduk dengan beg.
            “Roh aku ada, siaplah kau dia datang kepada kau setiap malam,” ujarku geram.
            “Oh, I’m shaking in my butt..!” aku merenung ke arah Ifa pelik. Bukan Ifa ni heartless ke?
            “Do I look like I care?” ujar Ifa selamba. Oh, okey. Ini Ifa yang sebenar.
            Aku mencapai kertas kosong lalu kulukis. Tak ada kerja kan? Lukis punya lukis sampai tak sedar ada orang yang sedang duduk berhadapan dengan aku.
            Aku tersentak apabila terdengar bunyi deheman seseorang. Aku memandang ke arah depan. Terkebil-kebil mataku memandang ke arah lelaki ini. Apa yang dia buat di sini?
            “What are you doing here?” tanyaku. Mataku kembali memandang ke arah kertas. Watch out, Neesa! Zina mata!
            “Aku pindah kelas ni,” automatik, lukisanku terhenti. He what?
            “You what?!”
            “I moved into this class,” aku memandang Akif tajam. Biar betul lelaki ni? Macam mana dia mohon? Nak tukar nama di HQ. Bukan senang tu!
            “Why?” aku meletakkan pensil di atas meja. Mood aku dah hilang.
            “Because of you..” aku terdiam. Tolonglah! Jangan nak buat scene romantik di sini! Aku nak muntah tahu tak?
            Aku terus mencapai beg aku. Prep di PSP lagi bagus daripada menghadap muka dia ni. Tanpa pamitan, aku terus berlalu pergi.

“EHEM.. Sweetnya!” perli Airis. Akif menggaru kepalanya yang tak gatal kemudian memandang ke arah Airis.
            “Because of you.. Amboi! Dah macam lagu Kelly Clarkson nampak,” perli Airis. Ifa hanya tersenyum sinis sambil memandang wajah Akif. Nasiblah kau! Airis ni mulut laser sikit tapi hati baik.
            “Korang boleh tolong aku tak?” tanya Akif perlahan. Seriau oo! Seorang kasar, seorang laser.
            “Tolong apa?” tanya Ifa. Airis hanya buat tak kisah. Malas dia nak layan! Melayan angan lagi bagus.
            “Tolong kenenkan Neesa dengan aku?” perlahan sahaja suara Akif menuturkan kata tersebut. Ifa tersenyum sinis. Dah agak dah!
            Airis yang baru hendak masuk ke dalam alam ciptaannya sendiri terus tersentak. Wajah Akif direnungnya tajam.
            “Kau suka dia?” Airis bersuara. Akif mengangguk yakin.
            “Kau cinta dia?” Airis bertanya lagi. Sekali lagi, Akif mengangguk yakin.
            “Kenapa kau tak jumpa mak bapak dia?” tanya Airis. Terdiam Akif dibuatnya. Ifa hanya menahan tawa di dalam hati. Amek kau Akif!
            “A.. Aku..”
            “Kalau kau betul-betul sayang dia, kau tackle mak bapak dia dulu sebelum dia. Lagipun ada je budak umur 14 tahun kahwin dengan budak umur 16 tahun. So, kenapa kau tak boleh buat benda yang sama? Jangan hanya menanam tebu di tepi bibir, cakap sayang. Nanti bila dia dah sayang kau, kau tinggalkan je dia begitu sahaja,” ujar Airis panjang lebar. Otak Akif ni kena brainwash juga sekali-sekala.
            “Tapi.. Kalau kau nak berkawan dengan dia, boleh juga aku tolong. But, only as a friend! Nak jadi boyfriend or more than that, jumpa dulu Tan Sri Adri dan Puan Sri Adira. Hanya mereka je yang boleh decide. Understand?” Akif hanya mengangguk perlahan.
            “Dah, you may leave. Aku nak tidur,” ujar Airis lalu menekupkan mukanya ke meja. I’m a sleepyhead okay?
            Ifa hanya berbalas pandang dengan Akif. Dia menjongket kening ke arah Akif.
            “Kawan je boleh?” tanya Ifa. Akif mengangguk lemah. Okey lah tu, daripada musuh.

            “Nanti aku text nombor dia,” putus Ifa. Akif  tersenyum lebar. Namun senyumannya mati apabila melihat Airis sedang merenungnya tajam. Eh, bukan dia tidur ke tadi?

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!