Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

18 February 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 7 )

BAB 7
AKIF mencari-cari contact name Neesa di dalam telefon bimbit Zahrain. Ish! Kenapa tak ada pula? Dahlah Zahrain ni lelaki yang paling rapat dengan Neesa. Perahsia betullah minah ni!
            “Kau buat apa tu?” Akif merenung ke arah Zahrain yang sedang mengambil tempat duduk.
            “Kau tak nombor Neesa ke?” Zahrain mengerutkan kening. Kenapa dengan mamat ni? Tiba-tiba je tanya pasal Neesa pula ni? Bukan dia orang musuh sehidup semati ke?
            “Tak ada, kenapa?” Akif segera berlalu meninggalkan Zahrain sendirian. Merugikan masa je aku pujuk mamat ni keluar dengan aku.
            Zahrain memandang kelibat Akif yang berlalu pergi. Dia memandang ke arah Zinger burger yang masih belum terusik.
            Padanlah cekeding! Rupa-rupanya pandang makanan pun dah kenyang! Hebat kau Akif!
            Tapi kan, bengang jugalah aku dengan mamat ini! Dahlah tiap-tiap hari masuk mesej ajak hang out! Bila aku dah setuju, hampeh! Belum sempat lepak, dia dah blah!

AKIF menggaru kepalanya yang tak gatal. Kuno ke apa minah ni? Facebook pun tak ada? Twitter lagilah tak ada!
            Ya Allah, Aneesa Nashwa! Kenapa kau susah sangat nak dijumpai ni? Akif meraupkan wajahnya perlahan. Kusut!

AKU terbatuk perlahan. Ya Allah, siapa pula yang sebut nama aku ni? Aku terduduk. Batukku makin teruk.
            “Neesa!” aku menyambut balingan botol daripada Adam. Adam menghampiriku lalu duduk di sisiku.
            “Okey ke tak ni?” aku meneguk air itu perlahan. Adam masih memandang wajahku.
            “Janganlah pandang Neesa!” Adam tersenyum.
            “Salahkah kalau abang pandang adik abang sendiri?” tanya Adam perlahan.
“Salah tu tak salah, tapi seram tahu!” aku mencapai raket tenis dan berlalu ke gelanggang. Tocang rambutku diperketatkan. Inilah betuahnya kalau bapa kaya, gelanggang tenis pun ada di belakang rumah.
“Abang, cepatlah!” Adam menggeleng perlahan lalu bangun dari duduk. Excited giler adik aku ni!

AKIF tersenyum girang. Nombor telefon Ifa kini di genggamannya. Nasiblah kau Ifa! Kertas itu dicapainya dan dia mendail Ifa.
            “Hello, siapa ini?” apabila suara Ifa kedengaran di talian. Akif tersenyum lebar.
            “Ini Ifa kan?” Ifa mengerutkan kening. Siapa pula yang call ni? Dahlah tahu nama aku. Secret admire aku ke apa ni?
            “Tak lah, ini adik lelaki Ifa. Kenapa ye?” Ifa cuba membuat suara garau. Akif tersenyum sinis. Bajet macam garau sangat?
            “Wahai cik Ifa Huriyyah, tak usahlah cik hendak berpura. Suara cik tak akan menjadi suara lelaki pun,” ujar Akif selamba. Ira terus menurunkan tangan. Kenapa aku rasa macam kenal lelaki ni?
            “Akif eh?”
            “Tahu pun! Nak nombor Neesa!” Ifa mengeluh kasar. Bukannya nak tanya aku sihat ke tak?
            “Wei, aku  masuk hospital,”
            “Kisah pula aku?” Ifa mencebikkan bibir. ‘Kurang ajar! Aku nak kelentong sikit pun tak boleh? Kisah sangat pasal mak we dia tu!’
            “Eh kau! Kurang ajar eh? Kalau aku cakap Neesa masuk hospital, meraung-raung kau menangis,” balas Ifa.
            “Of course arh! Crush aku tu!” Ifa membuat gaya hendak termuntah.
            “Geli geleman aku! Mana kau dapat nombor aku?” Akif tersenyum sinis.
            “Dari pak we kau,” Ifa mengerutkan kening.
            “Aku mana ada pak we,”
            “La.. Ingatkan ada.. Harap muka ja lawa, perangai! Masya Allah! Ganasnya! Siapalah yang nak ambil kau jadi bini?” Akif menggelengkan kepala. Ifa mengetap bibir.
            “Woi! Yang Neesa tu kau tak nak mention pula!”
            “Sebab Neesa tu aku yang punya,”
            “Suka suki hati kau je kata dia tu milik kau. Aneesa Nashwa hak milik keluarga dia tau tak?” ujar Ifa.
            “Dah habis? Nak nombor Neesa!” ujar Akif terus. Malas hendak mendengar bebelan Ifa.
            “Tak boleh!” Ifa terus mematikan panggilan. Akif merenung ke arah telefon bimbit. Kurang ajar kau!

AKU mengelap rambutku yang basah. Aku duduk di sisi katil lalu mencapai telefon bimbit. 1 Message. Siapa eh?
+ Oit, Akif nak nombor kau! -Ifa-
            Aku membulatkan mata. Akif? Nak nombor aku? No way boy!
-Kau jangan menggatal nak bagi nombor aku dekat dia! Siap kau kalau kau bagi! -Neesa-
+Kau ingat aku hadap sangat kot nak bagi nombor kau kat dia. And, ada ke patut dia cakap tak ada siapa nak kahwin dengan aku sebab aku ganas. Kureng betul!
-Dia pula, tiada siapa nak kahwin dengan dia sebab dia cekeding!
+Woi! Kau cakaplah macam tu, sekali kau kahwin dengan dia, baru kau tahu!
-Wei! Simpang 44!
+Jodoh, pertemuan di tangan Allah Miss Aneesa Nashwa!
-Okey, fine!
            Aku mengeluh kecil. Tak dapat dibayangkan kalau aku dan dia berkahwin. Pergh! Menggegar dunia!
                                                                                               
AKU merenung ke arah laut yang terbentang luas di hadapanku. Angin yang bertiup lembut membuatkan tudung aku berterbangan mengikut rentak angin.
            Tiba-tiba ada sepasang tangan yang melingkari tubuhku. Aku tersenyum lalu memegang tangan itu.
            “I miss you..” ujarku perlahan. Terasa ada kucupan lembut di bahuku.
            “I miss you too,” aku terkedu. Bukankah itu suara.. AKIF?!
            Aku berpaling ke belakang. Kelihatan Akif sedang tersenyum lebar.
            Oh My God! What the..? Why must him?! Why?!!

AKU terjaga dari tidur. Aku memegang dada. Kenapa dia muncul dalam mimpi aku? Why?! Argh! Nightmare!
            Aku merenung ke arah jam! 2 pagi!
            Aku meletakkan kembali kepala di atas bantal. Mata! Kau tidur! Jangan mimpikan lelaki itu. Okay? Back to sleep!

AKU mencapai sebuah novel lalu berlalu ke katil. Kaki dilunjurkan dan helaian buku mula dibuka.
            “Adik!” aku merenung ke arah Adam dengan pandangan kosong. Adam mengeluh perlahan.
            “Kau tak boleh ke pura-pura terkejut? Sakit hati abang tengok muka kau,” ujar Adam. Aku tersenyum sinis.
            “Abang! Kenapa abang terkejutkan adik? Takut adik tau! Macam tu?” aku menjongket kening.
            “Gedik!” balas Adam sepatah.
            “Tau pun!” aku kembali membaca buku. Adam merenungku lama. Adeih! Kenapa pula dengan lelaki ni? Sewel ke? Dahlah ikut suka hati dia je nak masuk bilik orang!
            Aku menutup buku di hadapan muka Adam. Adam tersentak.
            “Kenapa pandang Neesa macam nak telan je ni?” Adam menggelengkan kepalanya perlahan. Aku mengerutkan kening, kalau tak ada apa-apa, asal pandang aku?
            “Neesa ada apa-apa masalah tak di sana?” aku menggeleng perlahan. Nak ada masalah apa, kalau aku orang yang kedua kasar selepas Ifa?
            “Serius?”
            “Seriuslah, buat apa Neesa nak tipu?” tanyaku pelik. Adam melepaskan keluhan berat.
            “Abang rasa berat hatilah nak lepaskan Neesa ke sana lusa,” aku memandang pelik ke arah Adam. Lusa? Sana? Pergi mana?
            “Pergi mana?” Adam menepuk dahi. Lagi berkerut kening aku dibuatnya. Asal dengan dia ni?
            “Neesa tahu tak hari ini hari apa?” aku menggelengkan perlahan. Dah lama aku tak tengok kalendar. Kenapa dengan tarikh?
            “Ya Allah Aneesa Nashwa!” Adam memanggil nama penuh aku.
            “Ya, saya,”
            “Kau tahu tak hari ini 29.12?!” riak wajah Adam menjadi tegang. Tarikh je pun? Asal nak kecoh? Aku kembali meneruskan pembacaan.
             But, wait for a minute! 29.12? Bukan itu ertinya..? Aku memandang tepat ke arah wajah Adam. Buku di tangan ditutup kasar.
            “Adam!!! Tak nak balik maktab!!!” Adam menutup telinga. Suara nyaring minah ni keluar dah!
            “Baru sedar ke?” tanya Adam selamba.

            “Tidak! Homework tak siap lagi!” aku terus berlari mendapatkan meja belajar. Adam pula menggelengkan kepalanya perlahan. Hampeh punya adik!

2 comments:

Aishah Norrifin said...

Wah.. masih menulis :)
Ni aizat ka aliaa yg buat ni??

Hehe...
Peace yo :P

Lia veSus Ayiz said...

Ni Aliaa yang buat. Km punya yang terbaru pun misi mencari jodoh tu. Coming soon yg km bt bertajuk suamiku imam.ceq jarang mnulis dah la.Tulis pun bila bosan ja.jadilah ada gak kerja nak buat spnjang menganggur ni.rajin gak tgk blog km nuh.

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!