Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

11 February 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 6 )


BAB 6
TIK tok.. Tik tok..
            Seiring waktu berlalu, seiring perasaan mencengkam. Hati dipaut rindu namun bibir cuba menafikan.
            Aku merenung ke arah luar rumah. Angin malam datang menerpa tubuh. Entah kenapa fikiranku teringatkan Akif.

“KAU apasal? Nak cari gaduh dengan aku ke?” aku mencapai buku lalu mengetuk kepala Akif. Akif membulatkan matanya.
            “Tak apa, masuk ilmu,” aku tersenyum sinis. Akif mencapai buku lalu mengetuk kepala Aneesa. Aku terlopong.
            “Kau?!” Akif tersenyum sinis.
            “Tak apa, masuk ilmu,” balas Akif selamba. Aku mengetap bibir.
            “Akif!!!”

AKU tergelak kecil. Terasa lucu apabila teringatkan kenangan dulu. Akif!
            Argh! Aku dah gila! Kenapa aku gelak ni? Dulu, bukan main marah! Aku menutup muka! Apa dah jadi dengan hati aku ni?

“BE mine?” aku terpana. Aku menarik lenganku kasar.
            “Sewel eh? Ke wayar dalam otak kau tercabut?”

BE mine? Betul ke itu yang dia maksudkan? Argh! Kalau betul, akulah orang yang paling gembira!
            But, wait for a minute! Happy? Ah! Otak aku dah sewel! Betul, otak aku dah sewel! Aku tak happy! It just.. Menjengkelkan!
            Dah! Dah! Aku menepuk kepala! Lupakan! Lupakan! Neesa, jangan ingat dia! Set balik otak kau! Dia musuh kau! Ya, dia musuh aku! Ya, betul tu! Dia musuh aku!

AKIF berjalan di persisiran pantai. Dia menyepak pasir perlahan. Matanya merenung ke arah bulan.
            Bulan, kamu tak akan pernah sendiri kan? Pasti ada bintang yang sedia menemani dirimu, biarpun kamu hilang ditelan awan..
            Aneesa Nashwa, apa yang kau dah buat dengan aku? Kenapa kau boleh buat aku gila bayang dengan kau? Aku tak nak jatuh cinta! Aku takutkan perkara yang sama terjadi kepada aku! Tapi, kenapa kau hadir mencuri hati aku?
            Akif meraupkan kepalanya perlahan. Batinnya ingin menjerit namun akalnya meningkah. Kau jangan buat kerja gila Akif!!
            Aneesa!! Aku rindukan kau!! Kenapa kau godam jiwa kau? Kenapa kau curi hati aku? Dan sekarang..? Aku merana.. Aku setengah mati rindukan kau! Aku sakit Ad! Sakit sangat! Aku rindukan orang yang tak rindukan aku! Aku cintakan orang yang tak cintakan aku! Kenapa aku jadi begini? Kenapa aku boleh jatuh cinta dengan kau?
            Ad, aku bertekad! Aku akan godam hati kau! Aku akan curi hati kau! Even you are hard to get, aku akan tetap berusaha untuk dapatkan kau! Itu azam dan tekadku untuk tahun yang baharu!
            Aku akan buatkan kau rindukan aku sebagaimana aku rindukan kau. Aku akan buatkan kau cintakan aku sebagaimana aku cintakan kau!
            Akif memandang ke arah lautan yang kelam. Hatinya memasang tekad. Kau akan kumiliki..



1 comment:

Anonymous said...

Woo, go akif... Terbaik!

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!