Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

04 February 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 5 )


BAB 5
              TIGA minit lagi.. Dua minit lagi.. Tinggal seminit je lagi..
            “Okey, masa dah tamat,” Cik Atira mengumpulkan kertas soalan dan kertas jawapan.
            Usai Cik Atira berlalu pergi, aku menutup mata lalu mengeliat kecil. Buka-buka mata, aku terpana.
            “Mak oi! Mangkuk kepayang punya Akif!” aku mengusap dada. Fuh! Terkejut kot! Wajah Akif yang sedang tersengih aku pandang geram. Eh, ada juga yang makan penampar kang!
            “Kau ini kan, comel juga eh?” aku mengerutkan kening. Mamat ni mimpi apa semalam? Kenapa tiba-tiba jadi sawan pula ni?
            “Kau sawan eh? Ke, tak betul? Bukan kau cakap muka aku macam nenek kau ke?” aku mencapai alat tulis lalu memasukkannya ke dalam kotak pensil.
            “Betul apa? Sikap kau macam nenek aku, kuat membebel, kuat marah, dan segalanya,” aku mencekak pinggang. Baru je aku nak rancang tak nak mengamuk hari ini., tapi mamat ni buat spoilt pula! Aish, mamat ni! Sememangnya hari terakhir aku kat sekolah ni, memang akan jadi macam ini eh?
            “Kau blah boleh tak? Menganggu mood aku je lah!” aku mencapai beg lalu disangkut di bahu. Aku berjalan menuju ke arah Airis dan Ifa yang sedang menunggu aku di pintu belakang kelas.
            Baru beberapa tapak aku berlalu, Akif mencapai lenganku. Fuh! Nasib berlapik. Kalau tak, kau tahulah nasib kau!
            “Hands off me!” aku menjeling tajam ke arah lenganku yang masih di dalam genggaman Akif.
            “Be mine?” aku terpana. Aku menarik lenganku kasar.
            “Sewel eh? Ke wayar dalam otak kau tercabut?” tanyaku selamba lalu terus berjalan menuju ke arah Airis dan Ifa. Aku dapat merasakan muka aku dah memerah.
            Mak! Malunya! Ya Allah! First time aku dapat love confession!
            “Be mine?” aku menggaru kepala lalu mengangguk perlahan.
            “Be careful, aku takut dia bet je,” ujar Ifa prihatin. Aku mengangkat bahu.
            “Aku tak kisah, lagipun cara dia tadi lansung tak mampu nak menambat hati aku ni. And, couple kan haram,” balasku selamba.
            “You are right! Playing hard to get! Jangan nak murah sangat percaya cakap lelaki! Kadang-kadang lebih sudu daripada kuah!” ujar Airis menasihati. Aku hanya mendengar.
            “Entahlah, malas aku nak fikir soal cinta ni. Kalau dia memang jodoh aku yang ditentukan 50,000 tahun dahulu sebelum langit diperkenalkan kepada laut, kami akan pasti bersatu jua. Walaupun aku tahu, pasti ada kuali yang dilemparkan setiap kali gaduh,” ujarku selamba.
            Airis menggeleng perlahan. Neesa ni! Orang serius sempat lagi dia main-main!

“BE mine?” Hazril memandang tajam ke arah Akif. Akif mengangguk perlahan.
            “Aku rasa aku dah jatuh cintalah,” Hazril tertawa perlahan.
            “Kau buat lawak apa ni? With Neesa? Impossible,” Hazril memeluk tubuh. Dia memandang ke arah Akif tajam.
            “I’m serious, Hazril.. But, orang yang hati batu macam kau ni, tak faham kot,” balas Akif selamba.
            “Suka hati kau je cakap aku hati batu! Macam mana?” tanya Hazril.
            “Macam mana apa?” Akif menjongket kening.
            “Macam mana kau  boleh jatuh cinta dengan Ad lah? Tak akan itu pun tak faham,” ujar Hazril geram.
            “I don’t know, it just came! Sedar-sedar, hati aku dah terpaut dengan dia. Aku pun tak tahu macam mana dia boleh curi hati aku yang aku simpan ni berkurun lamanya dan simpan dalam hati dia,” balas Akif selamba. Hazril membuat muka blur.
            “Kau faham tak yang aku tak pandai bermadah?” tanya Hazril geram. Akif boleh buat ayat sastera pula depan dia yang tak jiwang, memang tak ada chemistry lah jawabnya!
            “Ada aku kisah?” balas Akif selamba. Hazril mengetap bibir.
            “Whatever, yang aku tau susah untuk kau dapatkan Ad. Dah ramai orang try nak masuk jarum tapi dia reject. She is hard to get dan kalis tackle. Pandai-pandai kau lah nak curi hati dia macam mana. Aku tak boleh tolong sebab dalam hal mengurat orang ni memang aku out!” ujar Hazril.
            “Nanti kau letak hati kau tu dalam api ya? Bagi cair sikit! Tak adalah kaku semacam je,” Akif memerli Hazril selamba. Hazril mengerutkan kening
            “Macam mana aku nak letak hati aku dalam api? Kau nak bunuh aku ke?” tanya Hazril telus.
            Akif mengetap bibir. Mamat ni memang tak faham maksud aku ke sengaja nak sakitkan hati aku?
            “Whatever! Lagi lama aku layan kau, lagi sakit hati aku!” ujar Akif lalu berlalu pergi meninggalkan Hazril sendirian. Hazril menggaru kepalanya yang tak gatal. Kenapa dengan Akif? Datang bulan ke apa?



1 comment:

Eefa Azwany said...

Be mine?
Sure.. Why not... Haha.. Rasa aku yg nk jwb mcm tu

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!