Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

28 January 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 4 )


BAB 4 
            AKU menghempaskan tubuh di atas katil. Argh! Tension! Penat! Semua ada! Exam oh exam! Kenapalah kau datang awal sangat? Dahlah 2 minggu!
            Aku memandang ke arah kalendar. Dah bulan 10! Cepatnya masa berlalu! Tak lama lagi dah nak balik!
            Wua!! Nak masuk form 5 dah! Argh! Tuanya! Aku mengeluh perlahan.
            “Kenapa kau mengeluh?” tanya Airis. Dia mengelap mukanya dengan tuala. Aku memandang ke arah Airis.
            “Tahun depan umur kita dah 17 tahun. Tahun depan kita dah nak SPM. Tahun depan, tahun terakhir kita di MRSM. Tahun depan..”
            “Woi, berapa banyak punya tahun depanlah?” Airis memandangku dengan kerutan di dahi. Aku tersengih.
            “Sepuluh,” Airis meneguk liur.
            “Lagi?” aku menggaru kepala. Akhirnya aku tersengih.
            “Sorry, lost idea!” Airis menjegilkana matanya. Dia membaling bantal ke arahku.
            “Kepala otak kau!”

AKU tekun menghadap buku. Tiba-tiba, kepalaku diketuk kasar dari belakang. Aku mengetap bibir. Siapa pula dah ni? Aku berpaling ke arah belakang.
            Terlopong mulutku apabila melihat kelibat Akif. Akif menarik kerusi lalu duduk di hadapanku. Airis cuba menahan senyum manakala Ifa terpana.
            “Kau apasal? Nak cari gaduh dengan aku ke?” aku mencapai buku lalu mengetuk kepala Akif. Akif membulatkan matanya.
            “Tak apa, masuk ilmu,” aku tersenyum sinis. Akif mencapai buku lalu mengetuk kepala Aneesa. Aku terlopong.
            “Kau?!” Akif tersenyum sinis.
            “Tak apa, masuk ilmu,” balas Akif selamba. Aku mengetap bibir.
            “Akif!!!” Airis menutup telinga. Ifa terus bangun dan berjalan pergi. Dalam hati masing-masing.
            “Volcano meletus lagi!!”

AKU mencapai buku lalu berbaring di atas katil. Lusa exam Fizik. Argh! Susahnya!!
            Aku memandang ke arah pintu apabila ia dibuka kasar. Ifa masuk sambil tersengih. Aku mengeluh perlahan. Perwatakan tak seayu nama!
            “Kau ni skema arh! Deret study!” Ifa duduk di atas katilku.
            “Kau ni kan! Perwatakan tak seayu nama!” kutukku selamba. Airis tergelak perlahan. Ambik kau!
            “Nak buat macam mana? Bapa aku bagi nama aku Ifa, kalau Iza nampak kasar sikit,” aku menjeling ke arah Ifa. Ek eleh budak ni! Bapa dia juga yang dipersalahkan!
            “Do I care? Kenapa kau masuk kawasan aku ni?” Ifa mencebik.
            “Kawasan? Kau fikir kau singa?” aku menjeling tajam ke arah Ifa.
            “Ikut suka hati kau je panggil aku singa kan? Aku tumbuk kang!” Airis menutup telinga. Nak gaduh pula dah! Fed up aku kalau hari-hari macam ni!
            “Boleh tak kalau dalam sehari tak gaduh? Pening kepala otak aku ni tau tak! Daripada kau orang gaduh, baik kita main game! True or dare? Amacam?” aku pandang Ifa. Ifa pandang aku. Kami pandang Airis. Airis mengeluh perlahan.
            “Kau orang boleh tak jangan bagi aku kelam?” Airis memuncungkan mulutnya. Aku dan Ifa mengangkat bahu.
            “Boleh juga,” aku mencapai pensel lalu kami membentuk bulatan. Aku memutarkan pensel itu dan akhirnya terhenti di..
            Aku menepuk dahi. Ifa dan Ainul tersengih jahat.
            “So.. True or dare?” aku mengetap bibir. True is the word I can’t lie. Dare is something that make me embarassed when I do it. Argh! Aku dalam dilema! Aku mengetap bibir perlahan lalu menyatakan jawapan..
            “True,” Ifa dan Airis menjongket kening. Aku dah gelisah. Dia orang ni.. senyum lain macam je. Janganlah buli aku!
            “Apa perasaan kau kalau kau tak gaduh dengan Akif?” Ek eleh, soalan ni je pun!
            “Bosan,” Airis dan Ifa tersengih. Pensel diputar sekali lagi dan..
            “Kenapa aku lagi? Okay, fine. True!” aku mencebikkan mulut.
            “Apa kau rasa kalau Akif balik rumah dia?” aku mengerutkan kening. Kenapa soalan semuanya pasal Akif je ni?
            “Kenapa mesti pasal dia?”
            “Jawab je lah!” serentak Airis dan Ifa berkata. Aku terdiam. Amboi, satu geng nampak?
            “Kosong. Tak ada orang untuk aku gaduh,” balasku. Senyuman mereka kian melebar. Sekali lagi pensel dipusing dan..
            “Kureng kau pensel! Tak nak main dah!” ujarku lalu berbaring di atas katil. Ifa dan Airis tertawa. Kureng betul!


No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!