Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

21 January 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 3 )


BAB 3
             “AIRIS!” aku duduk di sisi Airis. Melihat wajah dia yang muram, aku menggaru kepala.
            “Kalau kau sedih macam ni terus, aku tak jadi baliklah,” ujarku perlahan. Airis pantas memegang tanganku.
            “Kau jangan! Kasihan parents kau kalau kau tak balik!” aku memandang ke arah Airis tajam.
            “Kat aku ni kau tak kesian? Hari-hari menghadap muka masam kau ni je!” balas aku selamba.
            “Yelah, yelah. Aku senyum. Cheese!!” Airis tersenyum. Aku tersengih.
            “Macam tu lah kawan aku! Welcome back my friend!” ujarku lalu menarik Airis ke dalam pelukanku.
            “Habis tu, selama ni aku pergi mana?” tanya Airis geram. Baru sahaja aku ingin menjawab, suara Ifa kedengaran.
            “Wei, sweetnya!! Nak peluk gak!!” aku terus berlari. Tak sanggup aku! Muka Ifa bertukar menjadi masam.
            “Kureng kau Neesa!” aku menjongket kening.
            “Ada aku kisah?”

AKU mengeliat kecil. Buku dipeluk erat dan aku memulakan langkah.
            “Wei, kenapa cuti sikit sangat?” aku mengerling ke arah Airis. 2 hari je kot! Hari ni balik, esok spend time full kat rumah, lusa kena balik maktab balik! Macam tak bermakna je!
            “Kan bagus kalau cuti 5 hari, boleh aku balik Kedah. Ah! Kenapalah aku minta masuk MRSM dulu? Menyesalnya!!”
            “Kau tau tak, kalau kita belajar di MRSM ni, kita dapat banyak manfaat. Antaranya kita boleh masuk U lebih awal dari yang lain,” ujar aku panjang lebar.
            “Ah! Ah! Whatever! Jangan nak start kelas ceramah!” ujar Airis lalu menutup telinga. Terhenti langkah aku. Bila masa aku?
            “Wei, tunggu a..” baru sahaja aku ingin mengejar langkah Airis tiba-tiba, bahuku dipeluk erat.
            “Neesa!” aku menjeling ke arah Ifa tajam.
            “Apa?” ek eleh! Buat innocent pula! Sepak satgi kang!
            “Boleh tak kau alihkan tangan kau tu? Aku tak minat perempuan la wei!” aku menguis tangan Ifa ke tepi dan berjalan menaiki tangga. Terpana Ifa dibuatnya.
            “Woi, kau ingat aku lesbian ke?” Ifa berjalan menyaingi aku. Aku buat endah tak endah dan berjalan menuju ke balkoni. Tiba-tiba..
            “Mak aku terkejut!” aku mengusap dada. Aku merenung tajam ke arah seorang lelaki yang elok bertelekung. Telekung siapalah dia rembat tu? Usyar sat muka, siapa dia tu?
            Aku membuntangkan mata. Mamat cekeding ni memang nak kena dengan aku!
            “Akif! Suka hati kau je nak terkejutkan orang!” Akif membuka telekung itu. Dia mengeluh perlahan.
            “Apalah nasib aku, terkejutkan kau? Woi, Aidil! Kau buat pula! Aku tak ada mood,” ujar Akif lalu memberikan telekung itu kepada Aidil. Aku hanya memandang Akif. Tiba-tiba, Akif berpaling ke belakang.
            “Tapi, kan pendek. Kau melatah eh?” Akif tersengih nakal. Aku mencerlung ke arah Akif. Aku mengangkat buku lalu menapar belakang Akif. Berkerut kening Akif menahan sakit. Pergh! Dahlah buku tebal-tebal kot!
            “Kau?! Sakitlah pendek!” aku tersengih.
            “Siapa suruh kau tak cukup zat? Serve you right! Adios!” balasku. Akif membulatkan mata. Aku membuat muka selamba lalu berjalan pergi.
            “Auch! Akif!!!” Akif tersengih. Aku mengetap bibir. Suka-suka hati dia je nak selit kaki aku. Nasib tak tersadung, kalau tersadung tadi! Buat malu kaum je!
            Pon! Pon!
            Aku mengetap bibir. Perlu ke cikgu datang ke prep malam? Ish!
            “Dah! Dah! Jom masuk kelas, nanti kena marah dengan cikgu free ja!” ujar Ifa lalu menarikku pergi. Aku menjeling tajam ke arah Akif. Makin kuat pula dia gelak! Sakitnya hati aku!!



1 comment:

Norash Aisy Asiah said...

wa... bil nak dinovelkn???? kalau digarapkan lagi masukkan unsur humour mesti yamyam :P

Salam... jemput semua review my enovel sblm di hantar kepada editor http://norashaisyasiah.blogspot.my/2015/01/novel-kita-orang-best-friend-lah-sengal.html

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!