Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

14 January 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 2 )

     
“OIT,” aku menjongket kening. Tanganku masih leka menulis esei.
            “Kau tahu tak yang malam ni, kita satu batch kena berkumpul di kelas Mars Four untuk hand out kita punya kerja seni?” Airis duduk di sisiku. Aku masih leka menulis esei. Sikit je lagi!
            “Oit, kau dengar ke tak ni?” Airis menjeling sekilas ke arah aku.
            “Tak,” aku menyusun kertas-kertas itu lalu berpaling ke arah Airis.
            “Kau cakap apa tadi?” tanyaku selamba.
            “Argh! Apalah nasib aku dapat cubemate macam kau?! Sabar ajelah!” Airis mengusap dadanya perlahan. Wahai hati, bersabarlah kau dengan kerenah Aneesa Nashwa ini..
            “Dah takdir kau. Terima ajelah ye cik Airis Qisya,” aku membuat muka selamba.
            “Ah! Whatever! Malam ini kita ada perjumpaan dengan cikgu Haida untuk hand out kita punya kerja seni,”
            “Oh, okey,” aku kembali menyusun kertas. Fail aku capai. But, wait for a minute! Mars Four.. Mars Four bukan ke kelas...
            “What?!” jeritanku bergema kuat. Airis yang baru hendak bangun dari duduk terjatuh kembali ke kerusi. Dia mengusap dadanya. Ya Allah, minah ni! Nasiblah jantung aku ni kuat! Kalau tak, dah lama aku arwah!
            “Kelas mamat cekeding tu?!” aku memandang Airis untuk meminta penjelasan.
            “Yes, Miss Aneesa Nashwa. Kelas Encik Muhd Riyadh Akif ialah Mars Four. Clear? Dan, kita kena berkumpul di sana tepat jam 9.30 malam. Ada sebarang pertanyaan?” tanya Airis geram.
            “Oh My God!! Tak nak!!” Airis menepuk kepalanya. Aneesa memang tak diduga. Dia menggelengkan kepala lalu keluar dari bilik itu.

MATAKU terbuntang apabila melihat keadaan kelas Mars Four. Ya Allah, pack giler! Nasiblah! Kalau 150 orang sumbat masuk dalam kelas yang sama, mana tak penuh?
            Aku mencapai kerusi dari kelas aku lalu duduk di salah satu meja. Serius, aku rasa macam sardin. Karya seni yang berasaskan palestin itu aku belek sekali lagi, Takut jikalau ada cacat cela.
            Tiba-tiba, cikgu Haida muncul di hadapan kelas. Terkejut aku jadinya. Cikgu ni.. Memang!
            “Nanti, seorang demi seorang masuk dalam kelas Neptune Four bermula dari Mercury, Venus, Earth, Mars and Neptune. Get it?” Cikgu Haida memberikan arahannya. Kami semua mengangguk faham. Cikgu Haida tersenyum sebelum berlalu ke Neptune Four.
            Aku mengeluh lemah. Neptune selalu last! Aku meletakkan kepala di atas meja. Better aku tidur dulu, daripada tunggu semua orang ni!
            Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, tiba-tiba aku terasa ada seseorang baling sesuatu kepada aku. Ah! Apa pula ni?
            Aku memandang ke atas meja. Kelihatan benda-benda kecil di atas meja itu. Plastesin? Okey, aku rasa aku tau siapa yang buat ni! Aku berpaling ke belakang.
            “Kau apahal? Baling-baling plastesin kepada aku?!” ujar aku kuat. Suara aku yang kuat menarik perhatian seisi kelas.
            “Kau ni kan.. Kecil-kecil dahulu mesti kau pernah tertelan speaker kan? Kalau tak telan speaker confirm microphone betul tak? Kuat sangatlah suara kau!” balas Akif selamba. Aku mengetap bibir.
            “Lantak aku lah nak tertelan speaker ke microphone ke? Better dari kau tu! Tiap-tiap hari makan tulang sebab tu lah kurus kering,” balas aku pula.
            “Woi, better kurus daripada pendek! Kau tu tak cukup zat!” baru sahaja aku ingin bersuara, Airis menutup mulutku lalu memalingkan muka aku ke depan. Aku menjegilkan mata ke arah Airis. Airis membuat muka selamba.
            “Nanti cikgu datang, baru kau tahu langit tinggi rendah!” aku mengetap bibir. Sakit hati aku dengar gelak tawa Akif di belakang. Nanti ada juga yang makan kasut saiz 6 nanti ni!

AKU mencapai beberapa helai pakaian lalu ku lipat sebelum dimasukkan ke dalam beg. Sekilas aku mengerling ke arah Airis yang sedang berbaring membelakangiku.
            Aku menggaru kepala yang tak gatal perlahan. Alahai, rasa bersalahlah pula! Ish, mana pula minah ni? Aku mencapai telefon bimbitku. Baru sahaja aku ingin menekan butang dail, pintu dibuka daripada luar.
            “Neesa!” aku menjeling ke arah Ifa yang sedang tersengih di muka pintu.
            “Assalamualaikum,” perliku selamba. Senyuman Ifa terus mati. Terasa ceq!
            “Waalaikumusalam warahmatullah hiwabarakatuh, Cik Aneesa Nashwa,” balas Ifa panjang berjela.
            “Lambat sampai? Buat apa? Dating?” tanyaku selamba. Ifa mencebik.
            “Aku bukannya macam kau. Hari-hari dating dengan Akif!” balas Ifa selamba. Aku mengerutkan kening.
            “Bila masa aku dating dengan dia? Habaq mai sat!” habis terkeluar loghat Kedah dari mulutku.
            “Sekarang,” balas Ifa selamba.
            “Kepala otak kau!” balasku geram.
            “Eh, bukan kau tengah mesej dengan Akif ke? Tak eh? Sorry!” ujar Ifa selamba lalu berlalu ke arah Airis. Aku hanya memandang Ifa tajam. Nanti ada juga yang makan bantal nanti!
            “Woi, bangun! Kerja kau tidur ja!” Ifa membebel. Dia menarik selimut Airis yang menyelubungi badan dan kepalanya. Tak sesak nafas ke minah ni?
            “Jangan menyibuk! Aku nak tidur! Ngantuk!” Airis menarik kembali selimut menutupi kepalanya. Ifa tersenyum sinis. Nangis lah tu! Suara pun dah serak semacam je.
            “Jangan nak kelentong aku! Nangis cakap nangis! Cengeng betul! Kau ni dah berapa lama duduk kat Taiping? 4 bulan kan? Kau pun dah cukup umur minggu lepas kan? Tengok macam aku ni. Relax je!” ujar Ifa ceria. Hakikatnya dia sedih juga, tadi pun dia lambat sebab dia tengah melayan perasaan! Cakap orang je lebih!
            Tiba-tiba, dia terdengar esakan Airis makin kuat.

            “Eh, lagi kuat? Neesa, what should I do?” Ifa mengerling ke arah Aneesa. Aku hanya mengangkat bahu. Lantak kaulah Ifa, siapa suruh kau sebut pasal birthday dia?

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!