Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

07 January 2015

Mini Novel : Cinta Tanpa Noktah ( Bab 1 )


AKU duduk di kerusi lalu menghembus nafas kasar. Kenapa aku rasa penat sangat eh? Baru buka sekolah kot! Oh, lupa! Biar aku perkenalkan diri.
            Nama aku Aneesa Nashwa binti Abu? Oh, no way! Nama bapa aku tak mungkin Abu! Hello, zaman dah maju ok? Nama aku yang sebenarnya ialah Aneesa Nashwa binti Adri. Hehe! Baru maju! Okay,  now! Back to the scene!
            Aku mengusap belakang bahuku yang terasa sengal. Aish! Ngantuknya! Kenapalah aku minta masuk sekolah asrama penuh dulu eh? Kalau tak, bolehlah aku bersenang-lenang di rumah dan tidak terbabit dalam Venus Private School ini! Menyesalnya!!!
            “Oit, berangan!” aku mengusap dada. Aku menjeling ke arah Airis.
            “Kau boleh tak kalau dalam sehari kau tak terperanjatkan aku? Apalah nasib aku dapat cubemate macam kau?” Airis tersengih.
            “Bukan nasib, takdir sayang,”
            “Erm.. Takdir terburuk dalam hidup aku,” ujar aku selamba.
            “Eh, terbaiklah! Bukan senang nak dapat cubemate macam aku!” Airis mendabik dada.
            “Susah apanya? Tulis nama dalam kertas then dapat cubemate. Susah ke?” tanya aku selamba.
            “Yelah! Yelah! Aku kalah, kau menang!” Airis duduk di sisiku. Mulutnya memuncung.
            “Ek eleh, kau ni! Bajet boleh! Nak merajuk konon?” ujar aku selamba. Airis menjelingku tajam.
            “Kau ni, aku nak merajuk pun tak boleh,” aku hanya menggelengkan kepala lalu memandang ke arah pintu kelas. Kelibat Akif mencuri pandanganku.
            “Yang kau ni, tersengih-sengih macam kerang busuk di situ tu kenapa?” tempelakku kepada Akif. Akif berpaling ke arahku. Senyumannya mati.
            Oh lupa! Mamat ni aku istiharkan dia sebagai musuh ketat aku sejak dia basahkan aku dengan air sabun waktu minggu orentasi hari tu. Suka hati mak bapak dia je! Dahlah tak minta maaf! Bengkak hati aku ingat pasal hal tu balik! Ah! Just cut it! Back to the scene!
            “Ikut suka hati aku lah, nak sengih ke nak senyum ke? Yang kau nak sibuk-sibuk apa hal? Aku kacau kau ke? Dasar pendek!” balas Akif.
            “Yang kau menyibuk nak menyendeng di kelas aku ni kenapa? Lepas sesuka hati kau je nak panggil aku pendek! Yang kau tu, muka macam jamban tak siap! Kurus kering pula tu!” aku membalas kembali. Hello, pendek itu comel okey?
            “Ikut suka hati akulah nak duduk di kelas aku ke kau ke? Menganggu kau ke? Kelas kita pun sebelah-sebelah je kot? Lagipun, geng aku ada di sini!” ujar Akif.
            “Seriously, aku paling anti nak tengok muka kau! Tengok muka kau, pergh! Berangin aku jadinya! So, get out from my class can you?” aku menghalaunya pergi menggunakan tangan. Yelah, tak akanlah aku nak tolak dia kot? Haram!!
            “Eh, budak kecil ni!” Akif terus meluru ke arahku. Aku terus berdiri. Yelah! Kalau aku duduk, lagi pendek aku rasa!
            “Kau ni kan, dengan ketinggian tak cukup nak mengarah-arah orang. Lain kali minum susu banyak sikit, bagi tinggi! Tak adalah pendek semacam je!” ujar Akif selamba. Wah! Wah! Wah! Kau dah melebih ni pak cik!
            “Woi! Apa masalah ketinggian aku dengan arahan aku? Kau tu, dahlah kurus kering! Lain kali makan banyak sikit, bagi berisi! Dahlah cekeding!” balasku geram.
            “Kau kan? Eh, ni first time kot aku jumpa dengan perempuan yang tak terpaut dengan kekacakan aku ni!” aku membuat gaya hendak termuntah. Kacak? Kacak lah sangat!
            “Handsome? Kau handsome? Tolonglah! Handsome lagi datuk aku kot! Lainlah aku, comel je..” aku membalas selamba.
            “Kau? Comel? Tolonglah! Comel lagi nenek aku!” aku menjegilkan mata.
            “Woi! Aku tak tualah!”
            “Habis tu? Perumpamaan aku dengan datuk kau tu tak tua?!” bidas Akif.
            “Dah muka kau tu macam orang tua, aku nak buat apa? Itulah, kurus kering sangat!” balas aku selamba.
            “Tak apa kau! Nanti kau!” ujar Akif lalu berlalu pergi. Aku menjulingkan mata.
            “Whatever,” ujarku lalu kembali duduk di kerusi.
            “Kau memang suka gaduh dengan dia kan?” tanya Airis selamba.
            “Eh, bukan kau merajuk dengan aku? Dah okey dah?” aku menjongket kening. Airis terus berpaling je hadapan.
            “Aku merajuk dengan kau dua hari,” balas Airis geram. Aku menjongket kening.
            “Huk aloh!” Airis menjelingku tajam.
            “Bajet kau tu Hairul Azreen!” balas Airis.

            “Okey apa? Dia handsome!” aku membalas riang. Airis menepuk dahi. Pula dah! Apa-apa ajelah Aneesa Nashwa oi! Aku fed up!


p/s : Setelah setahun lebih menyepi, Lia kembali muncul dengan mini novel, Cinta Tanpa Noktah.. Lia minta maaf sebab dah lama senyap.. Terimalah cerita terbaru di tahun baru, Cinta Tanpa Noktah. Hope enjoy..

1 comment:

Anonymous said...

Bestla awk..cptla update nnt sy nk pt3 pulak.hehe
fara...

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!