Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

29 January 2015

Cerpen : Penggodam Jiwa


Let the story begin...
            Aku merenung kanak-kanak yang sedang berlarian di sekitar taman itu. Wajah mereka riang seakan tiada masalah yang membimbangi mereka. Ceria biarpun hakikatnya ibu bapa mereka sudah meninggalkan mereka untuk selamanya.
            “Ada masalah ke?” aku berpaling ke arah umi. Pemilik Rumah Anak Yatim Sinar Cahaya ini. Aku tersenyum nipis. Masalah? Pernah ke sehari dalam hidup aku tiada masalah? Tempat kerja, of course. Dah nama pun kuli kan?
            “A lot of work need to do. Wan ni kuli je umi,” ujarku.
            “Arkitek tu kuli ke? Gaji besar, kereta besar. Rumah pun sendiri punya. Tapi, satu je yang umi risaukan tentang Wan. Umur dah 28, calon pun tak ada lagi,” bebel umi.
            Aku menggaru kepalaku perlahan. Persoalan ini dibangkitkan lagi.
            “Err.. Wan nak pergi tengok budak-budak tu. Dah lama tak jumpa dia orang,” aku bangun dari duduk. Ingin mengelak pertanyaan umi.
            “Hah, nak mengelat lah tu. Umi bukannya apa Wan. Umi risaukan Wan. Tak pernahkah ada wanita yang mencuri hati Wan tu?” tanya umi.
            Aku hanya tersenyum. Tak ada umi. Hati Wan ada padlock. Ada kata kekuncinya. Belum pernah ada orang mampu teka kata kekunci Wan ni.
*_*
            “Akak, kenapa semua orang bencikan Adib? Mereka cakap Adib tak ada ibu ayah. Akak, salahkah Adib jadi anak yatim?” pertanyaan seorang kanak-kanak itu menyentakkan aku.
            Aku berpaling ke arah kanak-kanak lelaki yang sedang menangis di dalam pelukan seorang gadis. Perlahan-lahan, aku menapak ke arah mereka.
            “Adib.. Anak yatim ni Nabi sayang tahu..” suara gadis itu menampar pendengaranku. Aku merenung ke arah gadis itu. Matanya yang berwarna coklat gelap itu menarik perhatianku. Suaranya seakan terakam di mindaku. Gadis  itu aku renung sebelum aku melarikan pandangan mataku.
            Astaghfirullah.. Hampir sahaja aku terleka memandang sebening mata yang indah itu. Ya Allah, peliharalah hatiku ini.
*_*
            “Umi, who is that girl? Wan tak pernah nampak pun sebelum ni?” tanya aku. Mulutku memuncung menunjuk ke arah gadis yang sedang melayan keletah kanak-kanak itu.
            “Itulah, dah berapa bulan tak datang kan? Nama dia Qaisara. Budak USM. Baik budaknya. Kenapa? Berkenan ke?” tanya umi. Umi menjongket keningnya perlahan. Aku menggeleng kepala perlahan.
            “Nothing. Just wonder. Ada lagi orang macam dia, yang sudi memberikan secebis kasih sayang kepada anak-anak yatim,” ujarku.
            “Kalau Wan berkenan dengan Sara, umi setuju sangat,” ujar umi beria-ria.
            Aku hanya tersenyum nipis.
            “Hati Wan ni masih berkunci, umi,” balasku perlahan. Enggan memanjangkan soal Sara.
            “Wan, sampai bila lagi Wan nak membujang? Kahwin itu sunnah nabi, Wan,” pujuk umi perlahan. Aku diam. Agak lama sebelum membalas kata-kata umi.
            “Belum sampai jodoh, umi,”
            “Entah-entah jodoh itu depan mata kamu je. Kamu yang tak sedar,” balas umi. Aku diam. Kalau aku balas macam mana pun, umi tetap nak menang. Jadi cara yang mudah, aku biarkan sahaja umi menang.
*_*
            Aku terjaga dari tidur. Wajahku aku raup perlahan. Kenapa gadis itu datang ke dalam mimpi aku? Aku mencapai jam. 3 pagi.
            Aku bangkit daripada katil lalu menuju ke bilik air. Allah sudah mengejutkan aku di satu pertiga malam untuk beribadat kepada-Nya. Kenapa perlu aku sia-siakan peluang itu?
*_*
            “Ya Allah, kenapa Engkau hadirkan dia ke dalam mimpi aku? Ya Allah, sucikanlah hati aku. Jangan biarkan aku lalai. Jangan biarkan aku terlibat dengan zina hati. Ya Allah, hapuskanlah dia dari ingatanku. Dia haram untuk aku ingati.
Ya Allah, hati aku berkocak tak menentu. Apakah sebabnya? Ya Allah, jantung ini berdegup kencang apabila melihatnya. Apakah sebabnya?           Adakah hati yang selama ini aku kunci sudah pun menemui kata kuncinya? Adakah hati ini sudah terjatuh hati kepadanya?
Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada hamba-Mu ini. Adakah dia empunya tulang rusuk aku yang hilang? Adakah dia pelengkap hidup aku? Adakah dia insan yang akan berkongsi hidup dengan aku? Berikanlah aku jawapannya, Ya Rahman,”
            Aku meraup wajahku perlahan. Tasbih aku capai dan perlahan-lahan bibirku mengatur zikir memuji Yang Maha Esa.
*_*
            Aku mencapai paper work yang berada di sebelah meja dan aku bentang. Otak aku mula bekerja. Memikirkan idea yang baru untuk dicipta.
            Tiba-tiba, pintu bilikku diketuk. Aku memandang sekilas ke arah pintu sebelum mengarahkan si pengetuk untuk masuk ke dalam bilikku.
            “Wan,” panggil satu suara. Aku berpaling ke arah rakan sekerjaku, Am. Di belakangnya ada seorang gadis.
            “Kenalkan, pekerja praktikal kita. Dia under kau,” ujar Am. Aku mengangguk perlahan.
            “Assalamualaikum, nama saya Qaisara,”
            Suara itu. Sepotong nama itu. Wajah itu. Aku kenal dia. Gadis yang berada di Rumah Anak Yatim Sinar Cahaya. Ya Allah, apa yang sedang Engkau cuba tunjukkan kepadaku?
*_*
            “Aku terima nikahnya, Nur Qaisara binti Wahab dengan RM100 tunai,” dengan tenang aku melafazkan akad itu.
            Perlahan aku berpaling ke arah belakang. Wajah gadis itu aku pandang.
*_*
            Aku terjaga. Peluh sejuk merenik di dahi aku. Apa maksud mimpi itu? Aku meraup mukaku perlahan. Ya Allah, adakah dia memang jodohku?
*_*
            Aku bangun dari kerusi. Kertas kerja di atas meja aku susun. Jam di tangan aku renung. Dah pukul 10 pagi. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka lebih kurang 2 jam lebih. Sampai sana dah lunch hour. Mungkin sempat balik ke sini sebelum malam.
            Baru sahaja aku ingin berlalu, pintuku diketuk dan wajah Am muncul di pintu.
            “Kau nak pergi site visit di Melaka kan?” tanya Am. Aku menggangguk perlahan. Jarang dia ambil tahu tentang ke mana aku nak pergi.
            “Bos suruh kau bawa budak praktikal tu sekali. Biasakan dia dengan site,” ujar Am. Aku mengerutkan kening.
            “Tak akanlah aku nak bawa dia berdua je? Tak bolehkah kalau dia ikut Az je? Kenapa aku?” tanya aku bertalu-talu.
            “Manalah aku tau. Arahan bos,” ujar Am lalu berlalu pergi. Aku menggaru kepalaku perlahan. Aduh, bos ni! Tak fikir halal haram lansung!
            Perlahan aku menapak ke meja Qaisara. Gadis itu sedang tenang melihat sebuah fail. Jantung aku mula tak stabil. Aku berdehem perlahan. Cuba mengalihkan perhatiannya.
            Qaisara memandang ke arahku. Serta-merta, lidahku kelu. Ah! Pandangan matanya mampu membisukan aku.
            “Ya. Ada apa Encik Syazwan?” Qaisara bangun dari duduknya.
            “Bos suruh awak ikut saya pergi visit site di Melaka,” ujarku. Wajah gadis itu berkerut. Mungkin memikirkan yang aku sedang membohonginya atau memikirkan logikkah arahan itu diberikan kepada budak praktikal sepertinya?
            “Tapi tak akanlah kita pergi berdua? Saya tak kisah visit site. Tapi, pergi berdua itu.. agak,” dia meleretkan kata-katanya. Seperti meminta aku memahaminya.
            “Saya tak tahu. Itu arahan bos. Saya tahu awak tak selesa. Awak mungkin boleh minta Puan Az temankan,” ujarku. Tapi, sebenarnya memang aku nak suruh dia panggil Az temankan pun. Tak sanggup aku berdua dengan dia. Takut aku tak mampu kawal perasaan hati ini.
            Qaisara mengangguk perlahan. Dia menuju ke bilik Az. Tapi seketika kemudian dia keluar dengan wajah yang masam. Aku menggarukan kepalaku perlahan. Tak akanlah..
            “Puan tak boleh temankan. Dia ada appoinment jam 2 petang nanti,” ujar Qaisara.
            Aku menggetap bibir. Alamatnya, aku hanya berdua dengannya dalam perjalanan ini. Aduhai, nasib..
*_*
            Dengan tenang aku memandu Nissan Almera itu. Pedal minyak ditekan lagi. 110 km/h. Lama-kelamaan, lebuhraya makin perlahan. Argh! Sudah!
            Dan.. Akhirnya, kereta yang aku pandu berhenti. Aku memandang signboard. Lebih kurang 136 km lagi. Aku menghela nafas perlahan. Baru sahaja aku merancang nak lunch di Melaka. Tapi, dengan keadaan ini, alamatnya makan di RnR sahajalah.
            Aku memasang signal ke kiri apabila terpandang signboard ke tempat rehat.
            “Minyak nak habis ke?” tanya Qaisara. Aku berpaling ke arahnya. Terkejut semestinya. Daripada tadi tak cakap sepatah pun, tiba-tiba bersuara.
            “Eh, taklah. Nak makan,” balasku.
            “Awak lapar sangat ke? Sebab, kalau jammed macam ni. RnR penuh,” balas Qaisara. Aku terus mematikan signal. Ye tak ye juga? Lupa pula.
*_*
            Aku memberhentikan kereta di pinggir jalan. Jam aku renung. Sudah 11 malam. Apalah nasib malang aku hari ni? Dengan jammednya. Disebabkan jammed, sampai Melaka pukul 3 petang. Dengan makannya, tengok site apa semua. Pukul 8.30 baru bertolak balik.
            Dan sekarang ini, aku tersadai di tepi jalan. Qaisara sedang elok tidur di sisi. Mata dah mula mengantuk. Aku menahan kuapan. Dengan hujan lebatnya di luar. Serious, aku rasa terbuai.
            Hey, Syazwan! Wake up! Aku tersedar. Pipiku ditepuk. Aku tak boleh tidur, tapi mata ni tak boleh nak menerima arahanlah. Argh! Tak boleh jadi ni.
            “Sara..” kejutku. Perlahan-lahan, mata gadis itu terbuka. Alahai comelnya dia ni. Eh, Syazwan! Otak bagi clear.
            “Rumah awak di..” kata-kata aku terhenti apabila enjin kereta aku mati. Eh, kenapa pula ni? Jangan buat pasal! Aku dah mengantuk ni!
            Aku cuba menghidupkan kembali enjin namun lambang oil yang naik. Oh God! Dengan hujan lebat macam ni, macam mana aku nak cari minyak?
            “What happen?” suara Qaisara menampar pendengaranku.
            “Minyak habis. Haih! Kenapalah aku tak perasan?” aku mengetuk kepalaku. Marah dengan kealpaan diri sendiri.
            “Then, kita nak buat apa? Hujan lebat ni!” suara Qaisara mula menggelabah. Aku menggeleng kepala perlahan. Aku tak tahu.
            Eh, tapi telefon bimbit kan ada? Bengong lah aku ni! Aku mencapai telefon bimbitku, dan apabila aku tekan keypad. Telefon aku tak nak menyala. Eh, jangan cakap.. Don’t tell me! Argh! I will go crazy!
            Rasa macam nak campak telefon ni tapi memikirkan harganya yang tinggi. Aku mematikan hasratku.
            “Hello, abang. Sara ni,” bernanah telinga aku apabila mendengar suara Sara. Siapa yang awak telefon tu? Rasa macam nak tanya dia sekarang juga! Siapa abang yang dia maksudkan? Jangan kata hatinya sudah dimiliki dan aku hanya melukut di tepi gantang? Oh, janganlah! Jangan cakap yang ‘abang’ itu tunang atau suami dia! Menangis air mata berdarah aku!
            “Encik, nanti abang saya akan hantarkan minyak. Dia tengah on the way sekarang,”
            Fuh! Abang rupanya! Aku fikirkan siapa tadi. Rasa macam hati aku yang tengah terbakar, sejuk dengan sendirinya.
            Tiba-tiba, tingkap di sisiku diketuk. Eh, cepatnya abang Sara ni sampai? Aku menurunkan tingkapku. Kelibat beberapa orang lelaki berjubah itu aku pandang.
            Kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang bakal berlaku?
*_*
            Aku meraup rambutku yang kusut. Argh! Serabut! Wajah mama dan papa yang kelat itu aku pandang. Qaisara di sisi sudah menangis teresak-esak. Abang Sara pun hanya mendiam.
            “Wan tak buat apa-apa pun. Mama dengan papa pun kenal Wan kan?” ujarku. Ingin membela diri yang sudah tercela apabila pintu keretaku diketuk tadi. JAIS
            “Papa kenal Wan tapi, kita kena tutup semua ni. Papa tak nak hal tangkap basah ini tersebar. Kesian Sara. Wan tak apa, tapi Sara yang akan kena lebih,” ujar papa. Aku mengeluh perlahan.
            Memang dalam hal ini, Sara yang akan kena lebih. Setelah beberapa lama berfikir, aku menghela nafas perlahan.
            “Jadi, papa nak buat apa?” tanyaku.
            “Papa nak Wan kahwin dengan Sara,” mataku terbuntang. Memikirkan rasionalkah permintaan itu.
            Memang aku sayang Sara. Tapi, kahwin? Kalau Sara benci aku, tak ke aniaya anak tunggal lelaki papa ni?
            “Wan setuju, kalau Sara setuju,”
            Kini semua mata memandang ke arah Qaisara. Dan, akhirnya wajah yang basah dengan air mata itu mengangguk perlahan.
*_*
            Aku masuk ke dalam bilik aku. Sara sudah terlena di atas sofa. Berkerut keningku dibuatnya. Kenapa dia tidur di atas sofa?
            Aku menghampiri Sara. Wajah yang masih basah dengan air mata itu aku renung. Aku bersimpuh di sisinya lalu mengejutkan tubuh yang lena itu perlahan.
            Perlahan-lahan, tubuhnya bergerak sebelum mata itu terbuka.
            “Nak apa?” tanyanya. Aku menghela nafas perlahan apabila mengesan suara yang dingin itu.
            “Sara tidur atas katil, biar abang yang tidur di sofa,” ujarku. Berkerut kening Sara dibuatnya. Aku pelik. Ada masalahkah dengan arahan aku?
            “Why?”
            “Sebab selalunya lelaki yang akan bertegas nak tidur atas katil. Yet, you are different,” ujarnya. Aku tersenyum nipis.
            Masakan aku mampu membiarkan isteri yang aku cintai tidur atas sofa, sedangkan aku bersenang-lenang tidur di atas katil?
            “Because, I’m not that guy,” balasku bersahaja. Biarpun, hati menyimpan debaran tidak terkata apabila memandang rambut yang selama ini disembunyikan oleh Qaisara. Sememangnya, rambut itu mahkota wanita.
            Sara bangun dari sofa dan berjalan ke arah katil. Namun, tiba-tiba langkahnya terhenti.
            “Why you adress yourself as ‘abang’?” pertanyaannya membuatkan tingkahku terhenti.
            “Sebab abang suami Sara...” dan Sara isteri yang abang cintai.
            Sambungku di dalam hati.
            “Are you crush on me?” tanyanya. Aku terpempan. Memang Sara jenis orang selamba ke?
            “Kenapa... Sara fikir begitu?” kan dah tergagap suara aku. Adeih, Sara ni!
            “Sebab Sara selalu nampak abang curi-curi pandang Sara,”
            Dush! Jantung aku dah terpanah! Kalau tahu abang pandang pun, janganlah jujur sangat sayang oi!
            “It’s okay. Kalau tak nak jawab pun tak apa. And, tadi sebenarnya Sara terlelap je atas sofa tu. Tak berniat pun nak tidur atas sofa. So, just tidur atas katil. Sara tak kisah pun,” balas Sara. Selamba. Tenang.
            Aku terkedu. Sara sedar tak Sara sedang menggodam jiwa abang?
*_*
            Aku merenung jam di dashboard. Sudah pukul 10 malam. Bahu yang sengal aku urut perlahan. Inilah yang akan terjadi setiap kali company dapat projek baru. Tak pasal-pasal aku kena overtime sampai selambat ini.
            Aku memarkirkan kereta di hadapan rumah. Beg bimbit aku capai lalu aku melangkah lemah ke dalam rumah. Baru sahaja aku ingin membuka pintu, pintu sudah terbuka dari dalam.
            “Abang dah balik?” tanya Sara. Tangan aku dicapai lalu diciumnya. Entah apa yang merasuk aku, aku mencium dahinya sebagai balasan.
            Dia menarikku ke sofa lalu didudukkannya.
            “Abang nak air apa? Sky juice or orange juice?” tanyanya.
            “Sky juice,” balasku. Malas hendak menyusahkannya untuk membancuh air. Air putih sudah cukup bagiku.
            Beberapa minit kemudian, dia kembali. Dia meletakkan air putih di atas meja. Apabila dia tunduk, aku sudah dapat mengagak perbuatannya. Spontan aku menghalangnya.
            “Abang mampu buka stokin sendiri,” ujarku. Namun, Sara buat tak endah. Dia terus melakukan kerjanya. Usai dia membuka stokin aku, dia berlalu ke belakangku lalu memicit bahu aku.
            Aku memejam mataku lama. Terasa ada oksigen yang mengalir kembali di seluruh tubuhku. Sekarang, baru aku rasa nikmat beristeri.
*_*
            Perlahan aku merebahkan tubuh di atas katil. Bersedia untuk terbang ke alam mimpi. Aku menutup mataku perlahan.
            Tiba-tiba, terasa ada gerakan di bahuku. Aku membuka mataku perlahan. Terkedu aku dibuatnya. Baju tidur nipis yang dipakai oleh Qaisara menggetarkan jantungku.
            Sara, jangan goda abang. Jangan tebus kawalan hati abang yang semakin lumpuh. Jangan pikat abang sehingga abang terikat. Jangan perangkap abang, jangan jadikan abang banduan dalam penjara hati Sara. Sebab abang tahu, abang akan terkurung seumur hidup. Mencintai Sara hingga hujung nyawa.
            “Abang.. Minum nescafe ni dulu,” ujar Sara lembut dan menggoda.  Aku mengalihkan pandangan mataku memandang ke arah lain. Enggan memandang ke arahnya. Nescafe di tangannya aku capai lalu aku sisip perlahan.
            Sara mengurut bahuku perlahan. Urutannya menenangkan hatiku. Terasa nescafe itu menyelinap di seluruh salur darahku.
            Aku menyuakan gelas itu ke arahnya. Jantung aku kian tak teratur. Nafas aku kian mendesah.
            Apabila dia ingin berlalu, aku menarik lengannya hingga dia jatuh ke atas ribaku.
            “Sara.. abang.. abang...” nafasku tertahan.
            “Sara milik abang,” ujarnya perlahan.
            “Abang sayang Sara,”
*_*
            Aku tekun menghadap laptop. Satu demi satu perkara aku lakukan. Betapa rumitnya kerja seorang arkitek. Tapi, disebabkan minat yang mendalam terhadap reka cipta, aku gagahi jua.
            “Abang!” aku berpaling ke pintu. Wajah Syazira aku pandang. Satu-satunya adik perempuan aku.
            “Sya.. Kenapa datang pejabat abang?” tanyaku. Langkahku atur mendekati Syazira lalu aku sapa tubuhnya ke dalam pelukanku.
            “Sya rindu abang. Lagipun, Sya nak jumpa kakak ipar Sya. Dia pekerja praktikal di sini kan?” tanya Syazira. Aku mengangguk perlahan. Hidungnya aku tarik.
            Makin cantik adik perempuan aku ni sejak dia belajar di luar negara.
            “Ada je di sini. Lagipun, hari ni last day dia praktikal. So, how’s UK?” tanyaku. Aku duduk di atas kerusi. Syazira pula duduk di sisiku.
            “Ok je. Between, kakak ipar Sya cantik tak?” tanyanya. Aku menjongket kening.
            “You guess..”
            “Confirm lawa! Sebab susah nak cari orang yang boleh cairkan hati abang Sya yang selama ni cekal dengan perempuan kan?” Sya mengagak. Aku hanya mengangguk perlahan.
            “Dia cantik seperti hatinya,” balasku. Syazira mula membuat muka.
            “Mulalah tu! Nak lebihkan isteri dia! Tolonglah! Nanti, Sya ada suami. Sya nak eksyen puas-puas!” balas Syazira selamba.
            Aku mencebik bibir. Yelah tu? Ada ke orang yang nakkan Sya yang ganas ini?
*_*
            Aku memandu pulang ke rumah dengan senyuman yang tersungging di bibir. Hasrat di hati nak mengajak Sara pergi makan malam sempena dia habis praktikal hari ini.
            Sedar tak sedar, dah hampir 2 bulan dah usia perkahwinan kami. Aku memandu masuk ke halaman rumah. Keningku berkerut apabila rumah aku gelap dan kosong.
            Sara dah tidur kot? Tapi, baru pukul 8 malam.
            Aku mematikan enjin lalu cuba membuka pintu rumahku. Berkunci. Aku mencapai segugus kunci lalu aku buka pintu rumah itu.
            Telefon aku dicapai. Mungkin, ada mesej daripada Sara yang mengatakan dia keluar malam ni. Tapi, tiada mesej pun.
            Aku membuka pintu rumah. Kosong dan gelap. Aku mengunci pintu lalu membuka pintu bilik. Jantung aku sudah bergetar tak tentu arah.
            Perlahan-lahan, aku menapak ke almari. Dalam hati aku berharap yang andaian aku ini tidak benar. Dengan lafaz bismillah, aku membuka pintu almari itu.
            Berkurang. Baju Sara berkurang! Jantung aku seakan terhenti.
            Aku menggeledah seluruh bilik. Cuba mencari sebarang pesanan yang ditinggalkan oleh Sara. Akhirnya, aku tersentuh sepucuk surat.
            Perlahan-lahan, aku membuka surat itu. Air mata di pipi terasa ingin menitis.
Abang, Sara minta maaf sebab larikan diri. Sara perlukan masa untuk menilai segala perbuatan abang. Betulkan yang abang cintakan Sara? Sara ingin tanya itu daripada abang. Selama ini Sara hanya dengar yang abang sayangkan Sara. Sayang yang bagaimana, bang? Adakah sayang abang kepada Sara hanya sebagai seorang abang kepada adiknya? Abang tak pernah mengucapkan kata cinta kepada Sara membuatkan jiwa ini makin sangsi dengan abang. Abang tak pernah ucap rindu kepada Sara, sedangkan kepada perempuan itu abang ucap rindu. Abang peluk tubuh dia! Itu yang membuatkan hati Sara kecewa dengan abang! Di manakah abang yang dulu? Yang sentiasa mentaati perintah-Nya? Sara pergi dulu, bang. Sara nak tenangkan diri. Jangan cari Sara.. – Qaisara
            Air mata menitis di pipi. Sara, abang minta maaf. Abang kekok dalam perbuatan. Bukan hati ini tak cinta, tapi abang sukar meluahkannya. Abang hanya mampu menonjolkan kasih sayang abang dalam bentuk perbuatan.
            Abang cintakan Sara. Dalam hati abang hanya ada Sara. Ya Allah, bagaimana aku ingin jelaskan kepadanya yang semua ini hanya salah faham? Bagaimana aku ingin jelaskan kepadanya Ya Allah?
*_*
            Aku memandu kereta tanpa hala tuju. Mataku meliar sekeliling mencari kelibat Sara. Ya Allah, di mana aku ingin mencarinya?
            Radio aku pasang. Cuba menenggelamkan diri dalam suasana bising.
Kenapakah aku
Jadi tak menentu bila berjumpa
Ke manakah aku
Yang selalu cekal dengan wanita

Bila kau pergi jantung terhenti sedetak
Minda bercelaru
Ku cuba lari jauhkan diri
Namun ku sudah terpengaruh

Bebaskan aku dari cengkamanmu
Kerana tidak mahu dibelenggu
Mencuba padam kau di mata
Tapi dalam lena kau jelma
Bebaskan aku dari cengkamanmu
Terasa hilang kawalan hatiku
Bila digoda penggodam jiwa

Kaulah punca hatiku ini
Teringin menyelam cinta
Tapi aku tak pasti
Hanya dipermain gelora jiwa

Bila kau pergi fikiran runsing sejenak
Minda bercelaru
Ku cuba cari dekatkan diri
Namun kau pula makin jauh

Bebaskan aku dari cengkamanmu
Kerana tidak mahu dibelenggu
Mencuba padam kau di mata
Tapi dalam lena kau jelma
Bebaskan aku dari cengkamanmu
Terasa hilang kawalan hatiku
Bila digoda penggodam jiwa


Kau tembus kawalan hatiku
Kata kekunci ku kau tahu
Memikat sehingga terikat
Dalam perangkap aku terjerat
Bagai banduan penjaramu
Dikurung untuk seumur hidup
Tak bisa lari kerana digenggam
Dalam genggaman seorang penggodam

Bebaskan aku dari cengkamanmu
Kerana tidak mahu dibelenggu
Mencuba padam kau di mata
Tapi dalam lena kau jelma
Bebaskan aku dari cengkamanmu
Terasa hilang kawalan hatiku
Bila digoda penggodam jiwa

            Aku mengetuk stereng kasar. Kisah hidupku. Seperti lagu itu.
            Kenapa Sara? Kenapa? Kenapa tak minta penjelasan abang? Kenapa buat keputusan sendiri? Why, Sara? Why?!
*_*
            Aku melangkah perlahan. Menapak ke dalam Rumah Anak Yatim Sinar Cahaya itu. Tempat pertama kalinya aku memandang wajah Sara. Wajah Sara yang tenang melayani keletah anak-anak yatim yang berada di rumah ini.
            Terasa tangan aku dirangkul erat. Aku memandang ke tepi. Wajah Syazira yang ceria di sampingku. Sedangkan hati aku?
            “Sya nak pergi jumpa budak-budak. Rindu Sya dengan mereka,” ujar Syazira lalu menghilang di sebalik budak-budak.
            Rumah Anak Yatim Sinar Cahaya. Rumah yang pernah aku dan Syazira tinggal sewaktu kecil sebelum mama dan papa mengambil kami sebagai anak angkat.
            “Wan,” aku berpaling ke arah umi. Aku menunduk ke arah umi perlahan.
            “Wan pergi mana 2 bulan ni? Lansung tak Nampak muka. Budak-budak pun rindukan Wan,” ujar umi. Aku hanya tersenyum nipis.
            “Banyak benda berlaku dalam hidup Wan kebelakangan ini. Wan dah kahwin,” ujarku perlahan. Wajah umi aku tatap. Wajah itu hanya tenang. Tiada riak terukir di wajahnya membuatkan aku bingung sendiri. Wajah umi seakan membenarkan aku meneruskan cerita.
            “Wan kahwin tak seindah orang lain. Wan kena tangkap basah, tapi sungguh Wan tak buat apa-apa. Kereta Wan kehabisan minyak, waktu itulah JAKIM datang,” aku mengangkat tanganku. Beria-ria aku menyatakan yang aku tak bersalah.
            “Umi tahu..”
            “Huh?” Umi tahu apa? Tak akanlah ada orang lain yang cerita kepada umi tentang kisah hidup aku? Atau, umi pasang spy mengintip aku?
            “Pergilah masuk. Sara ada di dalam. Jelaskan dia tentang salah faham tu, umi tahu dia tersilap anggap adik kamu tu sebagai kekasih kamu. Muka kamu berdua kan berbeza. Lagipun, umi tahu yang anak umi ni tak akan buat benda yang menyalahi agama,” umi menepuk bahuku perlahan.
            Aku menarik nafasku lama. Punyalah jauh aku mencari, rupa-rupanya dia hanya bersembunyi di sini.
*_*
            Aku melangkah perlahan menuju ke arah Syazira dan Qaisara yang sedang tertawa galak. Tahukah Sara, bahawa di hadapannya adik aku yang dia tersalah anggap sebagai kekasih aku.
            Wajah Sara berubah apabila terpandang wajahku. Aku masih tenang. Perlahan-lahan menapak ke arah mereka berdua.
            Syazira berpaling ke belakang.
            “Abang! Sya jumpa kawan baru,” ujar Syazira. Riang. Dia menarik lenganku menuju ke arah Sara. Wajah Sara jelas berubah. Marah mungkin.
            “This is..”
            “Nur Qaisara,” aku memotong kata-kata Sya. Syazira mengerutkan kening.
            “Macam mana abang tahu?”
            “She’s your sister in-law,” balasku. Aku memandang wajah Sara lama. Jelas wajahnya berubah. Tangannya bergetar. Seakan serba-salah.
            “Oh yeah!” Sya memeluk tubuh Sara.
            “Selama ni Sya punyalah cari siapalah orang yang cairkan hati abang Sya. Rupa-rupanya depan mata Sya je. Abang ni pun satu. Berahsia sangat!” ujar Sya girang.
            “Sya, boleh Sya pergi dulu. Abang nak cakap dengan Sara,” wajah itu makin menunduk. Janganlah takut sayang, abang tak marah.
            Syazira hanya menjongket bahu lalu berlalu pergi.
            Aku duduk di sisi Sara. Tubuh itu terenjut-enjut seakan menahan tangisan.
            “Sara,” panggilku. Aku menarik Sara ke dalam pelukanku.
            “Abang cintakan Sara. Abang rindukan Sara. Tahu tak macam mana perasaan abang apabila Sara tak ada? Abang rasa hancur sangat. Sara, I love you not because I need you. I need you because I love you. Jangan lari lagi sayang,” ujarku perlahan. Air mata menitis perlahan di pipiku.
            “Sara minta maaf. Sara tak tahu..” ujarnya dengan esakan yang makin menggila.
            “It’s okay, sayang. Bukan salah Sara. Balik dengan abang. Abang rindukan sayang,” aku meleraikan pelukan lalu mencari wajahnya.
            Wajah yang basah dengan air mata itu aku usap. Perlahan wajah itu mengangguk.
            “Sara, ingat. Sekali Sara penjarakan hati abang, sampai hujung nyawa abang tetap akan menjadi banduan dalam hati Sara,”
*TAMAT*
12:58 P.M. / 18.01.15
Ayas Liaa Min

p/s : Second time buat cerita soal lelaki. Sorry kalau tak best. Sorry kalau tak feeling. Sorry kalau pendek sangat.

8 comments:

Anonymous said...

No bad. walaupun pendek tapi ceritanya masih menarik. :)

aTie said...

Sweet.. kalau lg panjang pun ok

Lia veSus Ayiz said...

thanks.. Lia tengah rushing hari tu, sbb tu lah boleh terjadi pendek sampai macam ni.. Sorry..

hanna elisya ridzuan said...

Mse bca ceta ni trbyng muka Jimin bts...haha..BTW..this cerpen is so cool

Anonymous said...

Knapa ye kbanyakan crita selalu buat sorang istri tu..kalau x cintakn dia atau ada masalh sikit trus kluar rumah..sdgkn bile kuar je umh tnp izin suami..tmpah neraka..tu namanya istri derhaka..bukan istri yg baik..
Kalau blh..buat lah satu kisah yg mane istri tu mmg istri yg baik bukan baik di mata pembaca..tp baik di mata Allah..
Maaf lah kalau tulisan sy ni sdkit kasar..n dapat terima dgn hati yg terbuka..

Mizz Namia said...

Knapa yea kebanyakan cite buat watak sorang isteri tu..bile ada masalh terus kluar rumah tnpa izin suami..sdgkan bile kuar je..dia tlh tmpah neraka..
Kononnya nk tngkan fikiran/nk jauhkan diri dr suami buat smntra..
Sdangkn itu dosa besar..
Kalau blh buat satu kisah sorg istri yang baik di mata Allah..BUKAN baik di mata pembaca..krn stiap tulisan kita akn dipersoalkan..

Maafla kalau tulisan sy sdikit kasar..tp harap dapat terima dgn hati terbuka..

awien qasrina said...

best walaupun sy awk masih berjinak ngn penulisan ni. Tp ni dh ckup berbaloi.... Semua cerpen awk best....

Mimi Suriyana said...

Dh puas bca cite mcm ni semuanya sama je... Tngkp bsah, lri dri rumah, so bored... Please buat cite lain dri yg lain

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!