Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

06 December 2013

Cerpen : You Are The Only One..

Let’s The Story Begin..
            Aku membuka mata perlahan. Eh! Kenapa semua putih ni? Alamak! Tak akanlah aku ada kat hospital kot! Haiyoyo! Dahlah nak SPM esok!
            “Mama!!! Mama!!!” jeritku kuat. Ya Allah! Mana mama ni? Tolonglah discharge aku cepat! Aku nak balik buat revision ni!
            “Mama!!!”
            “Woi! Boleh berhenti jerit tak? Pekak telinga aku!” ujar satu suara. Aku terkedu. Aku memandang ke tepi. Mak oi! Makhluk asing!
            “Mama!!! Tolong adik mama!! Ada hantu.. hantu.. ha! Hantu handsome!! Ma!! Tolong adik!”
            Tengku Danial Haziq Ridhwan menggaru kepalanya yang tak gatal. Aku? Hantu? Tapi sempat juga dia puji aku handsome! Apa-apa je lah Nur Izz Zara Raisha oi!
            Puan Sri Faiza bergegas masuk ke dalam wad persendirian itu.
            “Anak mama dah sedar? Alhamdulillah! Mama takut sangat sayang!” ujar Puan Sri Faiza lalu memeluk tubuhku erat.
            “Mama! Adik tak nak tahu apa yang jadi tapi adik nak discharge hari ni juga! Esok adik nak SPM! And then, ma! Hantu mana pula dalam wad ni ma? Sejak bila hantu ada muka handsome macam Park Si On dalam drama Good Doctor, ma?” tanyaku selamba. Puan Sri Faiza terkedu. Dia memegang dahi aku.
            “Ma, adik tak sakit ma! Sihat walafiat je ni! Tolonglah ma! Halau hantu ni!” rengekku lagi.
            “Adik, adik tak kenal dia?” tanya Puan Sri Faiza.
            “Ma, seumur hidup adik tak pernah lagi berkawan dengan hantu. Apatah lagi hantu macam Park Si On ni? Ma, halau dia please?”
            “Woi! Adik ni kenapa? Dia suami adiklah! Tak akanlah adik tak kenal?” ujar Puan Sri Faiza.
            “Ma.. Adik baru nak SPM, tak akanlah adik ada suami express kot ma? Merepek je mama ni! Hantu! Kau keluar!” ujarku.
            “Wait for a minute! Adik! Adik bukan nak SPM tahun ni, adik dah graduate dah pun! Siap dah ada suami lagi!” ujar Puan Sri Faiza.
            “Mama! Mama buat lawak antarabangsa ke? Sangat lawak, ma! Sangat lawak!” ujarku geram.
            “Mama, better mama pergi panggil doktor Faris lah mama. Kalau kita cakap dengan minah ni, belum tentu dia akan percaya,” ujar Danial. Puan Sri Faiza mengangguk perlahan. Dia melangkah keluar ke bilik doktor.
            “Ewah! Ewah! Sesuka hati je kau panggil aku minah! Aku ada nama ok? Nur Izz Zara Raisha. Amacam? Sedap tak?” ujarku selamba.
            “Aku tahulah nama kau apa. Ingat aku suami jenis apa? Sampai lupa nama isteri sendiri?” ujar Danial.
            “Eh! Cop! Cop! Jangan nak bersuami isteri sangatlah! Loya tekak tau! Aku baru 17 tahun, orang dah kata aku graduate! Pelik bin ajaib mana tu? Haih! Tapi, bertuah juga eh! Tak payah aku nak jawab SPM dah! Eh, keputusan SPM aku berapa?” tanya aku selamba.
            “10 A,”
            “Wah! Brilliant juga aku ni! Ah! Aku graduate dalam bidang apa?” tanya aku.
            “Arkitek,”
            “Yahoo!! Yeay! Tak payah belajar dapat ijazah! Bestnya hidup..Tapi yang tak bestnya, kenapa aku boleh kahwin dengan kau? Not my taste ok! Aku tak minatlah nak kahwin dengan hantu,” ujarku selamba.
            “Amboi-amboi! Banyak cakap pula eh kau? Ikut suka hati kau je panggil aku hantu? Aku pun tak minatlah nak..”
            “Assalamualaikum.. Zara dah bangun?” pertanyaan daripada Dr. Faisal membuatkan kata-kata Danial terhenti.
            “Waalaikumussalam.. Tak nampak ke mata saya terbuntang  ni?” tanyaku sambil tersenyum plastik. Nak bagi soalan pun tak relevan lansung!
            “Ok.. Awak rasa macam mana sekarang? Ada sakit-sakit tak?” tanya Dr. Faisal.
            “Doktor nampak saya sakit? Tak kan? Maknanya saya sihat dah lah. Cuma yang saya pelik. Sejak bila saya? Budak yang baru nak ambil SPM esok boleh graduate and dah ada suami dah pun. Tak pelik ke?” ujarku selamba. Dr Faisal hanya tersenyum.
            “Awak mengalami amnesia. Usia awak sekarang 24 tahun, bukannya 17 tahun. Mungkin awak amnesia kerana hentakan kuat di kepala awak sewaktu awak kemalangan,” ujar Dr Faisal.
            “Habis tu macam mana saya nak ingat balik?” tanyaku selamba.
            “Hanya Allah yang tahu bila awak boleh sembuh. Awak hanya boleh berusaha dengan mencuba mengingati atau awak pergi ke tempat yang awak selalu pergi dahulu,” ujar Dr Faisal.
            “Oh, okey. Bila saya boleh discharge?” tanyaku selamba.
            “Mengikut pemerhatian saya, awak boleh discharge petang ni. Saya minta diri dulu, assalamualaikum,” ujar Dr Faisal lalu berlalu.
            “Waalaikumussalam,”
            Aku berfikir sendiri. Tuanya aku! 24 tahun? Whatever! Yang aku tahu, aku nak balik rumah! Yes!
            “Nanti kau balik rumah aku,” ujar Danial. Aku menjelingnya tajam
            “Tak ada kejadah! Entah hantu mana tersesat ni? Tak nak aku! Mama!!” jeritku. Danial mengetap bibir.
            “Kau tak boleh berhenti menjerit ke? Ya Allah, sakitnya hati aku! Bising tahu tak, bising!” tanya Danial geram.
            “Kau tahu tak tentang sesuatu?” tanyaku. Danial menggelengkan kepalanya perlahan.
            “Nama aku Nur Izz Zara Raisha. For me, I still 17 years old. Kalau kau nak anggap aku budak pramatang pun terserah! Bagi aku, aku 17 tahun bukan 24 tahun,” ujarku selamba.
            “Hah! Satu lagi fakta! Aku, keras kepala!” ujarku lagi.
            “Ada aku kisah? Yang penting kau kena balik rumah aku!” ujar Danial lalu berjalan keluar dari wad itu. Aku membuntangkan mata.
            “No way!!!”
            “And, one more thing. Kalau kau keras kepala, aku lagi keras kepala. Aku akan pastikan kau kena ikut cakap aku. Just wait and see,” ujar Danial lalu berlalu.
            “Gila! Entah datang dari planet mana pun aku tak tau, nak bawa aku balik rumah dia. Oh, please! Sah-sah, mereng!”
*___*
            “Wah! Home sweet home! Rindunya!!” aku berbaring di atas katil. Kenapa aku rasa bilik ni kemas sangat eh macam dah lama tak masuk? Ah, lantaklah!
            Ah, rindunya kat bear bear aku. Come! Mama give a hug! Aku memeluk teddy bear aku yang berwarna putih. Hadiah kesayangan aku waktu umur 16 tahun. Hehe, 16 tahun pun dapat teddy bear lagi. Eh, mesti!
            “Woi! Siapa izinkan kau balik rumah ni?” ujar satu suara.
            “Mak! Hantu mana masuk bilik aku ni?” ujarku lalu memegang dada. Terkejut siot! Aku memandang ke tepi. Hantu handsome ni kan!
            “Ya Allah, encik hantu! Boleh tak jangan terkejutkan aku? Aku tahulah kau tu hantu, tapi stoplah buat aku terkejut! Lain kali masuk bagi salam eh? Eh, silap. Kau hantu! Nanti kalau kau nak muncul bagi salam dulu eh?” ujarku selamba.
            “Eh, ikut sedap mulut kau je kan? Dari kau sedar sampai sekarang, mulut kau tak henti-henti cakap tahu tak? Mulut macam bertih goreng! Bercakap 24 hours! Tak reti penat ke, Mrs Talkative?” ujar Danial selamba.
            “Ikut suka hati aku lah! Mulut aku bukan mulut kau! Sekarang, hantu.. Kau balik rumah kau. Aku balik rumah aku. Lagipun, aku rasa pernikahan kita ni kan, idea kau je nak tackle aku. Aku tak akan berkahwin pada umur 24 tahun. Aku nak kahwin umur 25, so dah sah-sah kau ni bukan suami aku. Dah! Aku nak tidur! Blah!” ujarku kasar lalu menarik selimut menutup muka. Lantak kaulah hantu!
            Danial mengetap bibir geram. Budak kecil ni!
            Tiba-tiba, selimut aku ditarik kasar. Aku membuntangkan mata apabila melihat Danial duduk di atas katil aku.
            “Woi! Pak cik! Lesen mana yang kau ambil nak duduk sekali atas katil aku ni?” ujarku geram.
            “Lesen dari Jabatan Agama Islam,” ujarnya lalu menunjukkan kad nikah. Aku merampas kad nikah itu.
            Impossible! Muka aku dan muka dia kat atas kad tu! Oh my god! Macam manalah aku boleh kahwin dengan dia pula ni? Pelik bin ajaib!
            Aku memandangnya tajam. Danial menjongket kening.
            “Ridiculous! Can you tell me, what happen until I need to marry you? Setahu aku, kau bukan taste aku!” ujarku selamba.
            “Woi, minah! Aku yang punya handsome ni kau kata bukan taste kau? Kalau kau nak tahu di lua..”
            “Whatever! Aku tak nak dengar cerita kau yang perasan giler tu! Aku nak tahu macam mana kita boleh kahwin. Tu je,” ujarku.
            “Arranged married,” ujar Danial selamba.
            “What?!!” bergema bilik tu dengan jeritan aku. Danial menutup telinga.
            “Woi, budak! Kau boleh tak kalau tak jerit? Lama-lama pekak juga aku!” ujar Danial keras.
            “Aku tak kira aku nak cerai!” ujar aku kasar.
            “Woi! Kau dah janji dengan aku nak pertahankan perkahwinan ini at least sampai aku dapat jawatan CEO,” ujar Danial.
            “Oh.. Yang tu lah sebabnya! Sebab kau nak jadi CEO, aku terpaksa terperangkap dalam perkahwinan yang mengarut ni? Hebat, hantu! Kau memang hebat!” ujarku keras.
            “Lagi satu, kau ingat aku nak sangat ke kau balik rumah aku? Aku cuma nak kau jadi orang gaji aku balik. Gosokkan baju aku, dan masakkan untuk aku,” ujar Danial selamba. Aku mengangguk perlahan.
            “Oh.. Camni eh kau layan aku dulu? But, sorry! This new version of Nur Izz Zara Raisha tak akan sesekali tunduk dekat hantu macam kau ni!” ujarku selamba.
            “Aku nak tengok juga sama ada kau nak turut atau tak arahan aku nanti,” ujar Danial sambil tersenyum sinis.
            “And then, one more thing. My name is Tengku Danial Haziq Ridhwan! One more time, kau panggil aku hantu... Tahulah nasib kau,” ujar Danial keras.
            “Do I care? Now, get out from my room!” ujarku lalu menolak tubuh Danial keluar. Setelah mengunci pintu, aku bersandar di dinding.
            “Gila! Aku dan dia? Kahwin? Argh! Aku tak kira, aku nak cerai juga!” ujarku sambil menghentakkan kaki. Geram! Entah macam manalah aku boleh terlibat dalam permainan dia ni?!
*___*
            “Zara!!” aku menghentikan langkah lalu berpaling ke luar rumah.
            “Ya, ma!” Adoi! Bala apa pula nak datang kat aku ni? Gerun aku tengok hantu tu tengah sembang dengan mama papa aku!
            “Mai sini sat!” aku menggaru kepala. Sudah! Namun aku tetap melangkah menuju ke halaman rumah.
            “Yes, mom? Anything?” tanyaku selamba.
            “Duduk sat, papa nak cakap something,” ujar papa. Aku dah start pelik dah. Aku mengambil tempat di sebelah mama.
            “Kenapa pa?” tanya aku lemah. Tolonglah jangan lecture aku suruh balik rumah laki ni!
            “Syurga seorang isteri di baw...”
            “Ah! Bla bla bla! Dengar mukadimah pun Zara dah tahu papa nak cakap apa. Masalahnya pa! Zara lansung tak ingat siapa dia, entah perangai dia macam mana pun Zara tak tahu, macam mana Zara nak ikut dia balik?” tanya aku.
            “Tahu, tapi buat-buat tak tahu! Ikut je dia balik apa susah? Depan kamu ini kan suami kamu! Tak akanlah papa nak kahwinkan kamu dengan pembunuh bersiri kot?” ujar papa.
            “Tapi pa, ada kemungkinan yang berada di depan papa ni pembuli bersiri tau tak?” ujar aku selamba. Tersedak Danial dibuatnya.
            “Kenapa? Terasa?” tanya aku selamba.
            “Kamu okey ke tak Danial? Kamu ni pun Zara! Tepuklah belakang suami kamu tu sikit!”ujar mama.
            “Zara tak boleh tepuk nanti dia jadi hantu betul,” ujarku selamba.
            “Kamu merapu apa ni Zara?” tanya mama pelik.
            “Betul, mama nak suruh Zara tepuk?” Mama menganggukkan kepalanya perlahan. Aku berjalan ke belakang Danial lalu menampar belakangnya dengan sekuat hati.
            “Uhuk!”
            “See, ma. Itulah bahayanya kalau Zara tepuk. Arwah menantu mama,” ujarku selamba.
            “Zara!! Bukannya Danial makin okey, makin teruk! Ya Allah, menantu aku!” ujar mama lalu mengusap belakang Danial.
            “It’s okay, ma. Danial okey,” ujar Danial. Dia menjeling ke arahku tajam. Aku membuat muka selamba.
            “Nur Izz Zara Raisha! Papa tak kira by hook or by crook, Zara kena ikut Danial balik! Syurga kamu di bawah tapak kaki suami sayang..” ujar papa. Aku tahu dia serius. Kalau aku nak kena marah, bantahlah!
            “Ok, fine!” ujarku lalu berlalu ke dalam rumah. Merajuk dengan papa sehari!
*__*
            “Ini bilik kau, depan ni bilik aku! That is my territory, jangan sesekali kacau!” ujar Danial tegas.
            “What so ever,” ujar aku selamba.
            “Apa kau cakap? Hei, budak ni! Mulut tak ada insuran! Dahlah tadi sesuka hati kau je kau cakap aku pembuli! Then, kau tampar aku macam nak bunuh aku! Nasib ada mama dengan papa je, kalau tak kau dah lama kena dengan aku,” ujar Danial tegas.
            “Kenyataan kot! Kau sendiri cakap nanti tak ada siapa yang nak masakkan untuk kau, tak ada siapa nak iron baju kau. Betullah kata aku, kau pembuli!” balas aku.
            “Woi, minah. Kau tahu tak yang tu semua memang tanggungjawab kau?” tanya Danial. Matanya mencerun tajam ke arahku.
            “Ops! Lupa! Sorry ye hantu?” ujarku lalu menutup pintu tetapi tangan Danial lebih pantas menolak pintu itu dari tertutup.
            “Sekali lagi kau panggil aku hantu, aku cium kau,” ujar Danial lalu melangkah masuk ke biliknya.
            Aku menekup bibir. Sial punya hantu! Ikut suka hati dia je!
*___*
            Aku terjaga apabila pintu bilikku diketuk kasar. Adoi! Siapa pula yang ganggu tidur aku yang aman ni? Aku melihat jam, baru pukul 7.30 pagi.
            Hah?! 7.30 pagi? Biar betul! Mama! Subuh adik burn!!
            Aku berlari pantas menuju ke bilik air untuk mandi. Argh! Macam mana boleh tak terjaga ni?!
*__*
            Aku melangkah keluar dari bilik air lalu menuju ke almari. Aku menggapai baju yang ingin dipakai pada hari ini. Hari ini, aku tak keluar kot.
            Tiba-tiba, ada sepasang tangan memeluk aku dari belakang. Aku memegang dada. Ya Allah, kenapa lelaki ni masuk bilik aku? Dahlah, aku berkemban. Ya Allah, tolonglah aku!
            “I love your smell,” Danial mengucup rambutku perlahan. Okey, aku tekad kalau mamat ni buat macam-macam kat aku, aku backhand je!
            “Today, you must follow me to my office. Wear a suit,” ujar Danial lalu bergerak keluar dari bilik Zara. Dia memegang dadanya. Ya Allah, kenapa jantung ini berdegup kencang tatkala aku bersamanya? Adakah aku sudah jatuh cinta?
            Mujur dia sempat mengawal keinginannya, kalau tidak, habislah dia. Danial menggelengkan kepalanya perlahan lalu berjalan pergi.
            Aku menghela nafas lega. Nasib dia tak buat apa-apa! Relax Zara, relax! Tenangkan jantung kau yang dah pecut lebih 180 km tu!
            Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Hah.. Baru normal! But, wait for a minute! Suit? Nak bawa aku pergi office dia? For what?!
*__*
            “Hantu punya hantu! Kenapa kau masuk bilik aku tadi? Menceroboh hak privasi aku betullah kau ni!” ujar aku geram.
            Danial meletakkan rotinya di pinggan lalu berjalan menuju ke arahku.
            “Dah tu, ikut suka hati kau je peluk aku kan? Eii! Geramnya aku dengan han..” kata-kataku terhenti apabila dia mengucup bibirku lembut.
            Aku membuntangkan mata ke arahnya lalu menutup mulut! Mama! First kiss adik!! Danial tersenyum sinis.
            “Kan aku dah cakap, aku akan cium kau kalau kau panggil aku hantu,” ujar Danial selamba lalu duduk kembali di tempatnya.
            “Anyway, bibir kau rasa strawberi,” ujar Danial selamba. Mukaku memerah. Mama! Adik malu!!
            “Kau.. Kau.. Argh!!” ujarku lalu berlari ke ruang tamu.
*__*
            Aku hanya menuruti langkahnya ke pejabat. Apabila aku memasuki pejabatnya, aku mengerutkan kening. Aku nak buat apa kat sini?
            “Actually, kenapa aku kena ikut kau pergi office?” ujarku pelik.
            “Ada pun suara, aku ingat suara kau hilang? Kot-kotlah, aku terambil suara kau ke tadi?”ujar Danial selamba. Aku mengetap bibir.
            “Cepatlah,” ujarku keras.
            “Kau PA aku,” ujar Danial. Ringkas tapi padat.
            “What?! Kau cakap aku graduan jurusan arkitek, macam mana aku boleh terjebak jadi PA kau pula ni?” ujarku geram.
            “Relaxlah, kau Cuma gantikan PA aku yang dulu je. Sebelum aku dapat PA baru, kau lah kena jadi penggantinya. Anyway, kat sini semua orang tahu yang kau isteri aku. So, kau kena panggil aku abang,” ujar Danial.
            “Oh, please! Tak teringin okey!
            “Tapi, kan. Sikap kau serius berubah. Bolehlah.. Dulu, kau lembut, tak adalah kasar macam sekarang ni. Memang sikap kau berubah dalam masa 7 tahun eh?” tanya Danial selamba. Aku terkedu. Lembut? Bapak arh kau! Tak sangka aku! Padanlah dia terkejut giler bila aku lawan dia.
            “Aku kena short elektrik kot dulu,” ujar aku selamba lalu berjalan keluar. Danial mengerutkan kening.
*__*
            Aku mencapai handphoneku. Dahulu, hobiku ialah menulis rasa hati di dalam memo. Kot-kotlah, ada lagi cerita aku dalam handphone ini. Boleh aku tahu apa yang aku rasa sepanjang aku berkahwin dengan mamat psiko tu!
            Seperti yang diduga, banyak memo yang terkandung di dalam handphone aku. Aku membukanya satu-persatu.
Dia..
Suamiku..
Meskipun tutur katanya..
Bagaikan sembilu menusuk jantungku..

Dia..
Idamanku..
Meskipun dirinya..
Tidak pernah sejenak memandangku..

Aku mencintainya..
Tanpa sebab..
Biarpun tutur katanya menyakitkan hati..
Biarpun tingkahnya menunjukkan dia benci..
Aku masih mencintainya..

Cinta ini hadir..
Kerana kelembutannya menjagaku..
Tatkala diri ini sakit..
Dengan lembut suara itu bertanya..
Penuh kasih sayang dalam merawat..
Tegas dalam pengambilan ubat..
Menjagaku siang dan malam..
Dan terlena di sisi katilku..

Meskipun dia membenci..
Aku akan tetap mencintainya..
Aku akan menjadi pecinta setianya..
Kerana aku isterinya..
2 April 2013
            Terkedu aku sejenak. Lembutnya hati kau Nur Izz Zara Raisha! Namun, aku Nur Izz Zara Raisha yang baharu. Tak akan sesekali tunduk dengan Tengku Danial Haziq Ridhwan!
            2 April.. Sekarang dah bulan Ogos, tak silap aku mama beritahu yang aku kahwin tengah bulan Mac. Adoi! Cepatnya kau jatuh cinta! Tak sampai sebulan siot!
            Mama cakap aku koma sebulan, maknanya aku accident bulan Julai. Apa jadi kat aku selama 3 bulan tu?
            “Assalamualaikum,” satu suara menyentakkan aku daripada lamunan. Aku segera mematikan telefon.
            “Waalaikumussalam, ada apa yang boleh saya bantu?” tanyaku. Sekilas aku merenung wajah lelaki ini, handsome juga eh?
            “Janganlah formal sangat Zara, macamlah you tak kenal I?” ujar lelaki itu. Aku blur!
            “Saya kenal awak ke?” tanya aku spontan. Lelaki itu terdiam. Matanya merenung tajam ke arahku.
            “Betul you tak kenal I? Zara, don’t lie to me,” ujar lelaki itu lagi.
            “Sorry, saya hilang ingatan. Saya tak ingat apa-apa. Yang saya tahu, sekarang saya baru 17 tahun. Tapi.. Saya tak tahulah macam mana nak cakap. I have lost my mind for 7 years old! That’s mean I forget about my friends and everything!” ujarku.
            “Oh... That’s mean, I need to introduce myself la ni? Okey, nama I Ammar Fawwaz.  I pernah bekerja under you sebelum you ditukarkan menjadi personal assistant encik Danial,” ujar Ammar. Aku mengangguk perlahan.
            “Oh, okey. That’s mean saya pernah bekerja sebagai architect la ni?”
            “Yup! Okeylah! I nak masuk jumpa Encik Danial dulu. I doakan semoga you cepat sembuh,” ujar Ammar. Aku mengangguk perlahan.
            “Anyway, awak ada kenal tak kawan saya yang paling rapat dengan saya?” tanyaku. Kalau aku tak tanya, kesian pula kawan aku nanti. Dia mesti ingat aku lupakan dia.
            “Ada, Nadhira Farhana. Waktu you koma dulu, dia lah yang selalu ada bersama you. Sekarang dia ada di Sabah. Uruskan projek di sana. Dalam sehari dua lagi baliklah dia. You trylah contact dia. Dia sahabat sehidup semati you. Okeylah. I masuk dulu,” ujar Ammar lalu masuk ke dalam bilik Danial.
            Aku termangu sendiri. Nadhira Farhana. Macam familiar je nama tu.
            Aku mencapai telefon lalu mencari nama Nadhira. Tak jumpalah pula. Nad ada lah. Mungkin tu nombor dia kot. Aku menekan butang hijau.
            Tak lama kemudian, panggilanku berangkat.
            “Zara!!! Kau dah sedar!! Ya Allah, rindunya aku kat kau! Aku ada banyak benda nak cerita kat kau ni! Relax, Nad! Relax! Esok kau balik!! Yeay! Kawan aku akhirnya dah sedar dari tidur lena dia!!” aku menjauhkan telefon daripada telingaku. Kuatnya minah ni jerit! Pekak telinga aku.
            “Assalamualaikum,”
            “Ops, lupa! Waalaikumussalam. Excited sangat sampai lupa nak beri salam. Serius, aku rindu kau giler-giler wei!”
            “Sorry, Nad. Aku hilang ingatan. Aku hilang ingatan start daripada sehari sebelum SPM hingga sebelum aku accident. Sorry, sebab aku tak ingat kau,” ujarku lirih.
            “Seriously? So, macam mana kau boleh contact aku ni?”
            “Tadi aku terserempak dengan Ammar. Aku tanya dia siapa best friend aku. Dia jawab kau sebab tu aku terus call kau. Aku nak kau cerita kat aku A to Z tentang apa yang jadi kat aku,” ujar aku.
            “Okeylah, macam ni. Lusa kita jumpa kat tempat biasa. Ops! Sorry! Kau tak ingat! Kita jumpa kat Old Town. Okey, set! Kau pandai-pandailah cari idea nak bagi kat laki kau,” ujar Nad.
            “Oh, okey. Pukul berapa?”
            “Pukul 10 pagi. Set! Aku nak cerita banyak perkara kat kau,” ujar Nad.
            “Set! Okeylah! Cau dulu!” aku mematikan panggilan.
*__*
            “Aku tak pergi pejabat esok,” ujarku lalu duduk di atas sofa.
            “Kenapa? Nak date dengan Ammar?” tanya Danial sambil tersenyum sinis.
            “Ikut suka hati akulah, nak date ke nak kahwin ke? Aku tak kacau kau pun,” ujar aku. Danial merenungku tajam.
            “Memanglah kau tak kacau aku. Tapi, nama aku yang tercemar kalau kau buat perangai! Aku tak luluskan cuti kau. Kau kena pergi kerja juga esok,” ujar Danial geram.
            “What so ever,” ujar aku lalu melangkah naik ke bilik.
            Aku berbaring di atas katil. Bencinya aku! Nak sekat aku kenapa entah? Tengoklah! Esok aku pergi kerja. Tapi, aku akan menghilang awal! Nasib kaulah!
*__*
            Aku merenung jam. Dah pukul 9.30 pagi. Aku merenung ke dalam pejabat Danial. Bagus betul, khusyuk kau buat kerja eh?
            Aku mengambil beg tanganku lalu berjalan setapak demi setapak ke lif. Masuk-masuk dalam lif, aku menghembuskan nafas lega. Yes! Lepas! Lantak kaulah Danial!
*__*
            Danial mengerling seketika ke arah jam. Sudah pukul 10 pagi. Tekaknya tiba-tiba sahaja kering. Dia menekan punat interkom.
            “Buatkan aku nescafe,” ujar Danial. Dia kembali membuat kerja pejabatnya.
            Selang 15 minit, dia mula berasa pelik. ‘Mana pula perempuan ni? Tak akanlah nak buat air sampai 15 minit,’
            Danial melangkah keluar ke tempat Zara. Perempuan ni memang nak kena dengan aku! Sesuka hati dia je keluar senyap-senyap ye!
            “Nur Izz Zara Raisha!!!”
*__*
            Aku melangkah masuk ke dalam Old Town. Mana pula minah ini? Aku melilaukan pandangan ke dalam Old Town.
            Mataku terpandang ke arah seorang perempuan yang melambaikan tangannya ke arahku. Aku berjalan ke arah perempuan itu.
            “Zara!! Aku rindu kau!!” perempuan itu menarikku ke dalam pelukan. Lama dan erat sekali pelukan itu.
            “Zara, aku takut sangat bila dapat tahu kau accident. Siang malam, aku berdoa agar kau sembuh balik. Sebulan Zara! Sebulan! Cukuplah sebulan aku kehilangan kau, aku tak sanggup lagi untuk kehilangan kau. Aku sayang kau ketat-ketat wei!” ujar Nad.
            “Er.. Nad,” panggilku perlahan. Agak kekok dengan pelukan itu.
            “Ops! Sorry! Tentu kau pelik kan? Siapalah aku ni nak peluk-peluk kau macam ni? Meh sini aku nak perkenalkan diri. Ehem! Ehem! Nama saya Nadhirah Farhana. Boleh panggil saya Nad. Umur saya 24 tahun. Saya bekerja sebagai seorang arkitek. Kita berkenalan sewaktu belajar di universiti. Anything else?”
            “Macam mana aku boleh berkahwin dengan mamat poyo tu?” aku menjongketkan kening.
            “Oh, pasal hal tu. Duduk, duduk. Tarik nafas, hembus. Okey. Adakah anda sudah bersedia?” aku menganggukkan kepala perlahan.
            “Kau orang berdua dipaksa kahwin. Dia kahwin dengan kau sebab nakkan harta bapa dia, dan kau kahwin dengan dia kerana terpaksa. Dulu, kau ni stok baiklah, stok muslimah katakan. Walaupun kau orang berdua dipaksa kahwin, lelaki tu pun tak hadap lansung dengan kau kan? Kau tetap lakukan segala tanggungjawab kau sebagai seorang isteri, tapi part dalam bilik aku tak tahulah. Aku bukannya dot..dot..” ujar Nad selamba.
            “Dijadikan cerita, suatu hari, kau terserempak mamat poyo tu dekat restoran, siap suap-suap lagi dengan darling dia. Kau pun panaslah! Iyalah! Hari itu, kau sekadar makan tengah hari dengan Ammar pun diamuknya. Dia buat show kat situ boleh pula! Kau kata kat aku, kau nak tuntut cerai dari dia. Then, kau terus je blah. Aku ni kau tinggal macam tu je, terpaksalah aku balik naik teksi. Sampai-sampai rumah, aku dapat call dari suami kau. Kau masuk hospital.. Accident! Tamat,”
            Aku menganggukkan kepala perlahan. Aku bangun dari duduk.
            “Eh! Kau nak pergi mana?” tanya Nad pelik.
            “Aku nak sambung balik kerja aku yang tertunda dulu,” ujarku selamba. Nad mengerutkan kening.
            “Kerja apa?”
            “Aku nak tuntut cerai,” ujarku selamba. Nad bingkas bangun dari duduknya.
            “Woi! Kau jangan buat kerja gila!”
            “Kenapa pula? Bukan tu ke yang sepatutnya aku buat?” tanya aku pelik.
            “Danial,”
            “Danial mana pula ni? Dah, aku cau dulu! Sekarang, aku nak pergi pejabat agama,” ujarku lalu berpaling ke belakang.
            Mak!! Badan siapa pula ni? Kacau je, aku nak jalan! Aku mendongakkan kepala. Mak! Hantu ni lagi!
            “Kau ni memang sah hantu kan? Ikut suka hati kau je nak muncul depan aku! Silap-silap hari bulan aku mati sebab terkejut!” ujarku geram.
            “Ikut aku!” aku terkedu apabila Danial menarik aku memasuki keretanya. Kereta itu dipandu laju memasuki lebuhraya PLUS.
            Aku memegang tali pinggang. Takut juga aku dengan mamat ni. Dahlah muka garang nak mampus! Pandu pula laju semacam! Tolonglah! Aku nak hidup lagi!
            “Kita nak pergi mana?” tanya aku perlahan.
            “Pergi mati..” terbuntang mataku mendengarnya.
            “Tengkorak kau! Tolonglah berhentikan kereta ni! Aku nak hidup lagi tau!” ujarku keras.
            “Kau boleh diam tak?” tanya Danial keras. Spontan aku menutup mulutku. Suasana dalam kereta tu sunyi sepi. Argh! Bosan! Aku membuka radio perlahan.
            “Siapa bagi kau kebenaran buka radio?” suara Danial bergema. Aku tidak menjawab. Iyelah! Dia suruh aku diam kan tadi?
            “Kau tak ada mulut eh?” aku mengerutkan kening.
            “Tadi kau kan suruh aku diam! Aku diam salah, aku bising salah! Habis apa yang betul?” tanyaku kasar. Terdiam Danial dibuatnya.
            “Stop the car!”
            “Kau gila ka? Kita kat tengah jalan kot!”
            “I said stop the car!!!” jeritku keras. Danial terkedu. Dia segera memarkirkan kereta ke tepi.
            “Kau ni kenapa?” tanya Danial.
            “Aku nak cerai,” ujarku keras.
            “No! Aku tak akan ceraikan kau!” Danial menghentak stereng. Mukanya memerah.
            “Tolonglah.. Kau bukannya cintakan aku pun. Kenapa kau masih lagi nak ikat aku dalam ikatan ini?” pintaku lemah.
            “Siapa kata aku tak cintakan kau?” terkedu aku seminit.
            “Jadi.. kau.. cintakan aku?” tanya aku perlahan. Danial meraup wajahnya. Nampaknya, dia sudah terlepas kata.
            “Ah! Lupakan je pasal tu! Kau kena ingat yang kau dah janji dengan aku untuk pertahankan perkahwinan ni sekurang-kurangnya setahun. Sekarang, belum sampai setengah tahun, kau nak minta cerai,” ujar Danial keras.
            “Kau dah awek kan? Just, go on je lah dengan minah tu. Kita beritahu family kata kita bercerai sebab kau dah ada pengganti aku. Easy, right? Tak payah tunggu setahun,” ujarku lagi.
            “Jadi, kau nak aku yang dipersalahkan?”
            “Itu kenyataan kan?” tanya aku selamba.
            “Aku tak ada awek. Kalau mama papa tanya, siapa awek aku? Aku nak tarik siapa? You are the only girl yang rapat dengan aku tahu tak?” ujar Daniel.
            “Habis tu yang bersuap-suap apa dia? Kenapa? Minah tu tak ada tangan ke nak makan sendiri?” perliku tajam.
            “She is nothing to me. Just stop all this nonsense! I don’t want to heard you say that you want a divorce again!” ujar Danial keras.
            “Kalau aku nak cerai juga?”
            “Tahulah nasib kau!” ujar Danial lalu meneruskan perjalanan. Aku mengerutkan kening. Whatever!
*__*
            “Woi bangun!” terpisat-pisat aku bangun dari tidur.  Aku memandang wajah Danial yang dekat denganku.
            “Argh!” aku menolak wajah Danial menjauh.
            “Apa kau nak buat dengan aku hah?” aku memandang Danial tajam.
            “Aku nak cium kau!” ujar Danial selamba. Mataku terbuntang.
            “What?!” aku menampar bahu Danial sekuat hati.
            “Woi! Sakitlah!” Danial menjelingku tajam.
            “Yang kau sesuka hati nak cium aku apasal? Ingat aku teddy bear ke apa?” bentakku keras.
            “Yang kau perasan sangat ni kenapa? Aku nak kejut kau je pun. Kita dah sampai,” ujar Danial lalu membuka pintu kereta. Aku terkedu. Dah sampai mana? Sampai rumah ke?
            Aku membuka pintu kereta lalu keluar. Bangunan apa pula ni? Sejak bila aku tinggal dekat apartment?
            “Kita di mana?” tanya aku blur. Serius, aku blur!
            “Tulah, tidur lagi! Kita ada di Penang,” ujar Danial selamba manakala aku terlopong.
            “What?! Penang?!” aku memandang Danial meminta penjelasan.
            “Yes, Penang,”
            “Kita nak buat apa kat Penang? Nak bercuti memang tak arh! You and me? Tsunami Penang ni,” ujarku selamba.
            “Tsunami, tsunami jangan sebut eh. Kang jadi betul, siapa nak tanggung?” ujar Danial keras.
            “Kaulah tanggung. Kau bawa aku datang sini,” balasku selamba.
            “Lain kali, kau jangan graduate jurusan arkitek tau. Kau graduate jurusan guaman! Menjawab sangat!” ujar Danial lalu melangkah masuk ke dalam hotel.
            Aku mengeluh kasar. Aci tak kalau aku ambil teksi bawa aku balik KL? Memang tak arh! Jauh kot! Mau melambung bil!
            Aku menghentakkan kaki tanda protes sebelum mengikut jejak langkah Danial. Mamat ni memang nak kena dengan aku!
*__*
            “Nak kunci,” aku menyuakan tangan kepada Danial. Danial mengerutkan kening.
            “Kunci apa?” tanya Danial pelik. Aku mengeluh perlahan.
            “Kunci bilik,” ujarku lemah.
            “Tak ada, kau sebilik dengan aku,” Danial berlalu.
            “What?! Kau jangan buat kerja gila!” aku mengejar langkah Danial.
            “Danial..” panggilku perlahan lalu menarik tangannya.
            “Apa?”
            “Please... Aku tak nak sebilik dengan kau. Aku bawah umur kau tahu tak? Baru 17 tahun wei..” tuturku lemah.
            “Bawah umur tengkorak kau! Kau dah 24 tahun tau! Dah layak jadi mak orang tau tak!” ujar Danial selamba.
            “Aku tak kira! Aku still rasa aku 17 tahun, kau peduli apa? Nak bilik asing..” aku menghentakkan kaki ke lantai tanda protes. Danial hanya buat muka selamba lalu membuka pintu bilik.
            “Kau nak masuk ke kau nak aku angkat kau?” tanya Danial selamba.
            “Nak bilik asing..” rintihku lemah. Danial mengangkat bahu. Tampaknya, dia tiada pilihan.
            Tiba-tiba, badanku terasa di awangan. What?! Mamat ni angkat aku? Aku segera memeluk leher Danial. Takut jatuh wei!
            Danial menutup pintu bilik itu lalu dikunci sebelum meletakkan Zara ke atas katil. Tiba-tiba, akal nakalnya datang.
            Apabila badan aku mencecah katil, aku mengucapkan syukur. Fuh! Lega! Nasib baik tak jatuh tergolek! Landing baik punya!
            Baru sahaja ingin bangun, tiba-tiba badanku ditindih oleh Danial. Aku membuntangkan mata.
            “Woi! Bangunlah! Yang kau duduk atas aku ni apahal?” muka aku memerah. Malu atau marah? Aku pun tak pasti.
            Danial mengelus rambut Zara perlahan sebelum dikucup perlahan rambut itu. Jantungnya berdegup kencang dan nafasnya tidak tentu arah.
            Aku memejamkan mata. Mama! Tolong adik!!
            Tiba-tiba, bibirku terasa dipagut mesra. Aku menolak tubuh Danial menjauh namun tidak berjaya. Apabila bibirku dilepaskan, aku segera menampar wajah Danial dan menolak dia ke tepi.
            Aku bingkas bangun dari pembaringan.
            “Kau.. Kau.. Argh!” aku berlalu ke balkoni. Wajah yang kusut diraup perlahan. Ikut suka hati mak bapak dia je nak cium anak dara orang!
            Danial meraup wajahnya. Kenapalah aku tak boleh control perasaan aku tadi? Arh! Bodoh! Kau bodoh Danial!
            Aku sayang dia..
            Tapi, dia tahu ke kau sayang dia? Kau pun buat macam kau bencikan dia!
            Aku terpaksa. Tak akanlah tiba-tiba ja aku nak loving-loving dengan dia sedangkan sebelum ni aku berkasar dengan dia?
            Bukannya dia ingat pun yang kau berkasar dengan dia? Kenapalah kau bodoh sangat? Tak boleh ke waktu dia hilang ingatan tu kau berlembut dengan dia, mulakan balik semuanya daripada awal?
            Tapi, kalau dia dah ingat nanti?
            Cakap je lah yang kau baru sedar yang kau cintakan dia waktu dia koma hari itu! Bodoh lah kau ni!
            “Argh! Diamlah kau!” jerit Danial tiba-tiba.
            Aku mengusap dada. Giler ke apa mamat ni? Tiba-tiba nak jerit? Siapa yang bising yang dia nak suruh diam? Insane!
*__*
            “Jom, keluar. Kita pergi mall. Beli baju. Tak akanlah kita nak pakai baju tu je kot?” ajak Danial. Aku hanya menganggukkan kepala.
            “Okey.. Kau tunggu kat lobi. Nanti aku datang,” ujarku lalu mencapai selendang. Danial hanya menganggukkan kepala dan berlalu keluar.
            Setelah dililit beberapa kali, akhirnya siap! Aku mencapai beg tangan. Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi nyaring menandakan ada mesej masuk.
            Hailah mesej.. Waktu ni juga kau nak masuk..
            Aku mencapai telefon bimbitku dalam keadaan yang tergopoh-gapah. Adoi! Batang besi mana hempap kepala aku ni? Sakitlah!
            Kepalaku berdenyut-denyut. Aku terduduk di kerusi. Kenangan lama kembali hadir di ingatan.
            “Abang sayangkan Zara. Jangan tinggalkan abang..” rintihan itu seakan terdengar di telinga. Danial?
            “Abang cintakan Zara. Bangun sayang.. Bangun daripada mimpi panjang sayang,” suara itu terdengar lagi.
            Kepala aku makin berdenyut. Aku membuka mesej.
‘Zara.. Kalau kau nak tuntut cerai, kau memang salah buat keputusan. He love you! Deeply in love with you! Waktu kau koma hari itu, dia yang jaga kau. Air mata dia menitis waktu dapat tahu yang kau accident. Aku saksikan dengan mata kepala aku sendiri weyh! Dia cintakan kau! Aku pasti tentang tu!’
            Dia cintakan aku? Sakitnya kepala aku tapi di dalam kesakitan aku tersenyum sendiri.. Akhirnya, cinta aku berbalas jua..
            Aku memandang ke arah almari. This time, you have done a big favor.. Thanks, wardrobe. Tapi, kau keras juga eh? Sakit kepala aku!
*__*
            “Kita nak pergi mana?” tanya aku sejurus masuk ke dalam kereta.
            “Queensbay Mall,” aku menganggukkan kepala perlahan.
            Serius! Tadi dia jerit kat sapa? Oh My God.. Jangan-jangan dia boleh cakap dengan hantu pa? Kalau tak, tak akanlah dia boleh jerit seorang diri. Mak oi! Seram den!
            Aku berkahwin dengan hantu ke apa? Oh lupa, dia memang hantu! Hantu handsome! Aku tersenyum seorang diri.
            “Woi, giler ke apa? Senyum seorang diri?” sergah Danial. Aku mengusap dada. Terkejut cek!
            “Yang kau tu tak apa pula! Jerit seorang diri. Lagi gila!” balasku. Terus mulut Danial terkunci.
*__*
            Aku membelek-belek helaian baju tidur. Baju tidur mana yang selamat eh?
            “Zara..” aku berpaling ke arah Danial. Terbuntang mataku melihat baju tidur yang berada di tangannya. Seksi siot!
            “Don’t you dare to buy that! Letak balik!” arahku. Danial tersenyum nakal.
            “Apa senyum-senyum? Buang tabiat ke apa?” ujarku lalu mencapai baju tidur lengan pendek.
            Aku terus berlalu ke kaunter meninggalkan Danial yang tersenyum miang.
*__*
            Aku berlari-lari anak di gigi pantai. Danial hanya mengikut jejak langkahku dari belakang.
            “Bestnya! Dah lama tak main air!” aku duduk di atas pasir. Tanganku mencapai ranting lalu aku menulis namaku.
            “Kau memang budak kan?” tanya Danial. Aku terpaku. Soalan ke fakta tu?
            “Yup, aku budak-budak. So what?” ujarku selamba. Di matanya aku budak kan? Seorang budak yang berusia 17 tahun.
            “Nothing..” Danial mencapai ranting lalu menulis sesuatu.
            Danial <3 Zara
            Aku memandang sahaja tulisan tu. Aku dah tahu, Danial dan aku cintakan kau juga.
            “I love you, Zara..” aku terkedu. Suaranya begitu dekat di telingaku. Aku memandang  tepat ke arahnya. Danial menganggukkan kepalanya. Menunjukkan yang dia serius dengan percakapan dia tadi.
            Aku bingkas bangun dari duduk dan berlalu pergi meninggalkan Danial sendiri.
*__*
            Aku tekun menghadap handphone. Bermain game tanpa rasa jemu. Biasalah, aku kan budak bawah umur!
            Danial mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah Zara. Selepas dia meluahkan perasaannya tadi, Zara terus diam seribu bahasa. Salahkah aku untuk meluahkan perasaan.
            Danial mengeluh lemah. Dia berlalu keluar dari bilik itu. Daripada dia duduk terperap di sini makan hati lebih baik dia ambil angin. Lagi berbaloi!
            Aku hanya menghantar kepergian Danial dengan lirikan mata. Makan hati lah tu! Tahu sangat!
            Esok birthday dia. Sebab tu lah, culik orang sampai ke sini. Nak luahkan perasaan tapi last-last makan hati.
            Aku tersenyum sinis. Aku berlalu ke almari. Mataku jatuh ke sebuah beg kertas. Beg kertas apa ni?
            Aku mencapai beg kertas tu. What? Baju tidur? Dahlah seksi siot! Mamat ni lah!
            Tiba-tiba, bibirku mengukirkan senyuman. Rancangan malam ni confirm success!
*__*
            Aku memakai baju tidur tu. Aku duduk di hadapan almari lalu meriaskan wajahku. Jam sudah menunjukkan jam 11.55 malam. Mana dia ni? Dah tengah malam dah ni! Tak reti balik ke apa?
            Aku berlalu ke balkoni. Tiba-tiba, kedengaran pintu dibuka. Tahu pun nak balik! Aku setia berdiri balkoni.
            “Tak sejuk ke duduk kat situ?” ujar satu suara. Aku hanya mendiamkan diri. Tiba-tiba, pinggangku dipeluk erat dari belakang.
            “I love you, encik bos,” Danial terdiam seketika.
            “Sayang dah ingat?” Danial memusingkan tubuhku agar berhadapan dengannya. Aku mengangguk lemah.
            Terus tubuhku dipautnya ke dalam pelukan.
            “Abang bersyukur sangat sayang. Macam mana sayang boleh ingat?” tanya Danial.
            “Say thanks  to that wardrobe. Zara ingat sebab terlanggar wardrobe tu semasa nak turun pergi mall,” ujarku.
            “So, waktu kat pantai tu, actually sayang dah ingat,” aku mengangguk lagi.
            “Tapi, kenapa sayang diam?” tanya Danial pelik.
            “Happy birthday.. I love you, bang,” ujarku lalu memeluk tubuhnya.
            “Zara diam sebab Zara nak beritahu abang malam ni,” ujarku lagi.
            “Zara..” Danial tunduk mencium lembut rambutku.
            “Arh!” terkejut aku apabila Danial tiba-tiba mendukungku.
            “I love you, Zara. And thank you for loving me too. You are the only one in my heart..” ucap Danial sambil tersenyum manis.

*__THE END__*

p/s : So sorry kalau ada mistake ke tak best ke dengan cerpen ni.. Kalau cerita ni dah macam alah.. benda yang sama je.. Sorry tau! Otak blank sebab hampir 6 bulan tak buat cerpen..


3 comments:

Harith Harris said...

best!!

Anonymous said...

Sila betulkan grammar....

Nur Arin Airina said...

Best nya. Teruskan berkarya. Kasarnya Zara tu. Apapun best sangat-sangat. Terbaik. Daebak. Owesome.

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!