Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

08 June 2013

Cerpen : Cairkan Hati Ini..!


 
Let’s the story begin

            Aku mengeluh perlahan. Sapa pula yang call aku tak berhenti ni? Tak habis-habis mengacau aku, daripada aku kecil hinggalah aku besar! Eh, besar ke? Baru 19 tahun kot!

            Sekali lagi handphone berjenama Samsung itu berbunyi. Aku mengetap bibir. Mangkuk betullah orang yang call ni!

            “Encik, boleh tak kalau encik tak ganggu saya sehari? Saya rimaslah! Asyik-asyik handphone berbunyi! Kalau encik nak perhabiskan kredit encik yang terlebih banyak, encik boleh call orang lain dan bukan saya. Jangan menganggu ketenteraman hidup orang lain boleh tak?” aku terus mematikan panggilan.

            Padan muka kau! Terkedu pi kat situ! Geram aku!

            Sekali lagi handphone itu berbunyi. Aku terus mematikan panggilan dan menutup telefon. Senang hati lega jiwa! Argh! It times for novel!

*___*

Boleh tak kalau Aizreen jawab panggilan saya? Saya bukannya lelaki jahat. Kenalan abang ipar awak juga.. Saya tertarik hati apabila melihat awak untuk kali yang pertama, dan ingin mengenali awak dengan lebih dekat. Salahkah perbuatan saya ini?

            Terkedu aku seketika. Abang ipar aku? Ah, mangkuk berayun tu memang nak kena dengan aku!

*___*

            Aku melemparkan bantal kepada Adam.

            “Oi, mak cik mana yang mengamuk kat aku ni?” latah Adam. Spontan dia berpaling kepada aku.

            “Kau apahal serigala ais?” tanya Adam.

            “Kau apahal mangkuk? Bagi nombor aku kat laki mana ntah! Menganggu ketenteraman jiwa aku je!” ujar aku keras.

            “Oh.. Dia dah start kacau eh? Baguslah kalau macam tu,” ujar Adam selamba.

            “Adam! Mangkuk berayun betul!! Ish! Geramnya aku!!” aku mengejar Adam yang sudah melarikan diri. Mangkuk ni memang nak kena!

*___*

Kenapa mesti awak tertarik kepada saya? Saya tidak punya sebarang keistimewaan. Lagipun awak bukan taste saya.. Saya tak suka lelaki seperti awak, yang suka menganggu anak dara orang!

            Padan muka kau! Lantaklah kau nak terasa ke apa ke? Yang penting kau jangan ganggu aku!

            Seketika kemudian telefon bimbitku berbunyi.. Aku mencapainya perlahan.

Saya tidak mempunyai jawapannya. Saya tertarik dengan awak kerana Allah telah membuatkan hati saya berasa begitu. Jikalau awak tidak sukakan saya, tidak apa. Saya tidak kisah, kerana saya masih ada waktu untuk memenangi hati awak. Untuk pengetahuan awak, saya sudah meminta izin ayah awak untuk mengenali awak dengan lebih dekat.

            Aku mengetap bibir. Daddy ni kan!! Argh! Sakit jiwa raga aku ada ayah macam ini! Selamba badak je bagi orang kacau anak dia! Pening kepala otak aku!

Walaupun awak sudah meminta izin ayah saya, awak tetap perlu menghormati saya. Tolong jangan ganggu hidup saya. Saya bukannya insan yang awak boleh ganggu sesuka hati awak. Selepas ini jangan sesekali menghantar mesej kepada saya atau menelefon saya. Saya tak suka! Tolong jangan ganggu hidup saya!

            Aku terus mematikan telefon. Sakit jiwa je kalau mesej dengan mamat ni!

*___*

Aku menghidupkan telefon bimbitku. Mak oi! Banyaknya missed call dan sms. Aku membuka salah satu mesej itu.

Maafkan saya, tapi saya tak mampu jikalau tidak menelefon atau menghantar mesej kepada awak. Saya tak mampu berhadapan dengan awak. Mungkin awak anggap saya pengecut tetapi saya tidak mahu untuk berjumpa awak sebelum kita memang akan bernikah.

            Bernikah tengkorak dia! Macam betul-betul boleh kahwin dengan aku je? Hello, ini Aizreen Nur Eryna lah! Tak akan sebegitu mudah untuk aku jatuh cinta dengan lelaki. Tambah-tambah yang 5 tahun lagi tua daripada aku!

            Aku membuka mesej yang lain.

Tolong angkat panggilan saya, mungkin awak marahkan saya kerana menyebut tentang hal pernikahan tadi, tapi saya memang ikhlas ingin menikahi awak. Saya tak main-main dengan ikatan pernikahan ini. Percayalah kepada saya, Aizreen Nur Eryna.

            Nikah? Kau fikir aku kemaruk sangat ke nak kahwin dengan kau? Dahlah tua! Tak sedar diri pula tu!

Okey, fine! Mungkin awak kata saya tak sedar diri. Saya tua! Awak muda! Mana boleh bersama. Apa yang penting sangat dengan usia ni Aizreen? Maybe saya tua 5 tahun dari awak  tapi mungkin dalaman saya muda 5 tahun daripada awak? Sambutlah salam perkenalan saya ini Aizreen..

            Gilerlah mamat ni! Tak mau aku dengan mamat giler meroyan macam dia ni! Lebih baik aku mandi lagi bagus dari membaca mesej dia yang tak kujung habis ni!

*___*

            “Aiz tutup handphone ke semalam?” tanya Adam. Aku buat muka tak kisah lalu makan nasi goreng yang dimasak oleh kak long.

            “Aiz, abang tanya Aiz ni!” ujar Adam agak keras.

            “Angah! Abang tanya tu!” tegur kak long.

            “Ingatkan dia tegur ais kat kutub utara,” jawabku selamba.

            “Ish! Budak ni kan! Memang nak kenalah! Kesian kat Aril semalam berjaga semata-mata risaukan budak ni yang lansung tak balas mesej dia!” ujar Adam.

            “Lantak pi kat dialah.. I don’t care. Cao lu,” aku mencapai beg lalu bergerak ke University of Melbourne meninggalkan kakak dan abangku.

*___*

            Aku duduk di kafe seorang diri sambil mendengar lagu. Tangan pula menaip perkataan di laptop. Tiba-tiba seseorang muncul di hadapanku.

            “Saya punyalah risaukan awak semalam, tapi awak lansung tak kisah dan duduk di sini sambil mendengar lagu? Awak memang pelik Aizreen,” ujar Aril lemah.

            Aku hanya membuat muka selamba. Aku menutup laptop lalu mengorak langkah pergi. Meninggalkan Aril sendiri. Panggilannya aku hanya buat tak endah. Ada aku kisah?

*___*

            “Angah, cuti sem ni kita balik Malaysia. Daddy suruh balik,” ujar Amyline. Aku memandangnya kosong.

            “Ok,” aku bangun lalu mengorak langkah masuk ke bilik. Tanganku mencapai laptop lalu menulis novel. Sendiri aku sendiri.. Bagaikan tiada teman..

*___*

            “Angah, daddy dah buat keputusan untuk terima lamaran daripada Aril. By hook or by crook, angah perlu terima keputusan daddy,” ujar daddy tegas.

            Aku mengalihkan pandangan ke arah daddy.

            “Mangkuk punya mangkuk! Ada je perkara yang dia nak buat untuk sakitkan hati aku!” aku mencapai telefon.

            “Mangkuk berayun, kenapa kau hantar pinangan ke rumah aku hah?” Aril terkedu seketika. Tiada lagi kata sopan dalam tutur bicaranya membuatkan dia mengerti akan kemarahan Aizreen Nur Eryna.

            Daddy agak terkedu. Budak ni tak menjawab depan aku tapi straight je call Aril depan aku. Bertuah betul!

            “Supaya lebih senang bagi saya untuk mencairkan hati yang beku umpama ais di kutub utara,”

            “Cukuplah sekadar matahari untuk mencairkan ais! Buat apa perlu orang untuk mencairkan ais? Mangkuk berayun! Memang tak betullah otak kau ni! Senget!”

            “Senget pun sengetlah! Saya tak kisah awak nak cakap apa pun kat saya. Janji, saya dapat memiliki awak,”

            “Kau memang senget, mengaku senget! Dah orang tak nak kat dia, still lagi nak berhimpit! Terdesak ke apa? Kau dah nak jadi bujang terlajak ke? Sesat!”

            “Sesat pun sesatlah! Saya redha je.. Yang penting you will be mine,”

            “Gila!” ujarku lalu terus mematikan panggilan. Aku memandang ke hadapan. Wajah mommy dan daddy yang terlopong ku pandang.

            “Kenapa?” apabila tiada reaksi daripada mereka, aku hanya menjongket bahu lalu berlalu pergi.

            “Itu anak kita ke bang? Ganas giler,”

            “Tak akanlah anak beruang, of courselah anak kita. Cuma kasar je lebih..” balas daddy.

*___*

Aku nak jumpa kau! Kat tasik berhampiran dengan rumah aku jam 4 petang. Don’t be late or I will kill you! Faham?

            Aku melemparkan telefon ke atas katil. Kenapalah Aril Fatah tu nak kahwin dengan aku hah? Ni confirm dah bujang terlajak ni! Tension aku!

*___*

             Aku melabuhkan punggung di atas rumput sambil memandang sekitar tasik. Tak lama kemudian, terdengar derapan kasut berjalan menuju ke arahku.

            “Kenapa kau hantar pinangan kat aku? Dah jadi bujang terlajak ke?” tanyaku sinis. Terdengar gelak tawa perlahan.

            “Bujang terlajak? I’m not antertu okay? Bujang terlajak hanya digelar setelah seseorang itu dah berumur 30 tahun. Cuma, aku takut kau pula nanti yang jadi andalusia,” ujar Aril sinis.

            Aku tersenyum sinis.

            “Kenapa pula aku yang jadi andalusia? Umur 20 tahun pun belum jejak lagi. Macam mana kau yakin sangat yang aku akan jadi andalusia? Kau dah tengok masa depan ke? Setahu aku, mesin komputer melihat masa depan dalam cerita Krrish tu hanya auta bukan fakta,” ujarku selamba. Serta-merta Aril ketawa lepas.

            “Kau layan juga ye cerita hindustan! Ingatkan tak layan, yelah hati beku katakan!” perli Aril sinis.

            “Hati beku pun janji aku ada hati. Kau belum jawab lagi soalan aku, kenapa kau hantar pinangan ke rumah aku?”

            “Supaya senang bagi aku untuk mencairkan hati serigala ais,” aku tersenyum sinis.

            “Kenapa tak pergi tangkap serigala ais tu je? Dan panaskan dia dalam microwave? Kenapa mesti mengahwini aku? I’m not serigala ais! I’m human!” ujarku tegas.

            “Namun, hatimu sebeku ais di lautan. Yang tak dapat dicairkan kerana persekitaranmu yang sejuk. Izinkan aku untuk membawa ais itu ke tempat yang lebih panas untuk dicairkan, supaya perasaannya tidak hanya tertumpu pada amarah sahaja, sebaliknya disuburkan dengan kasih sayang dan dibaja dengan kehadiran air mata,” ujar Aril berpuitis. Aku tersenyum sinis.

            “Adakah aku perlu menangis untuk menunjukkan yang hati ini tidak beku? Pleaselah! Keluar dari kelompok pemikiran kolot kau orang semua! Perempuan harus lebih tegas jika tak mahu dihancurkan oleh lelaki and I’m trying untuk menjadi lebih tegas. Tolonglah, hentikan pernikahan ini,” ujarku.

            “Tutur kata kau tak pernah menunjukkan perasaan. Mendatar sahaja.. Merayu tak macam merayu lansung! Itulah bukti terbesar yang kau telah membekukan hati kau tanpa kau sedari. Sepatutnya, perempuan lansung tak boleh lari dengan air mata. Tapi, kau? Aku pernah tanya Amyline, adakah kau pernah menangis? Tapi, jawab dia tak pernah lansung! Walaupun kau kecewa, kau lansung tak pernah menangis. Hati kau macam dah tak rasa apa-apa. Dah beku! Jadi, izinkanlah aku untuk mencairkan hati itu!” ujar Aril.

            “Ikut suka hati kau oranglah nak kata aku tak ada hati ke, hati aku dah beku ke? Ikut suka hati kau orang lah! Aku tak kisah lagi dah!” ujarku lalu bangkit dari duduk.

            Mataku menjeling ke arah Aril sekilas sebelum menapak ke kereta.

*___*

            “Aku nikahkan dikau, Muhammad Aril Fatah bin Adri dengan Aizreen Nur Eryna binti Mustafa dengan mas kahwinnya RM300 tunai,”

            “Aku terima nikahnya, Aizreen Nur Eryna binti Mustafa dengan mas kahwinnya RM300 tunai,”

            Apabila tangan digoncang, termeterailah sebuah ikatan yang suci di antara aku dan Aril. Ikatan suami isteri? Tak pernah diduga oleh aku untuk bernikah di umur 19 tahun dengan lelaki yang berusia 24 tahun?! Oh my God!

            He’s too old!! Tiba-tiba tanganku digenggam erat. Aku mengerutkan dahi lalu memandang ke tepi.

            “Why?”

            “Sakit ngah! Rasa macam dah nak bersalin!” terbuntang mata aku mendengarnya.

            “What? Mommy, daddy, abang Adam, along nak bersalin!” jeritku. Serta-merta ruangan tadi yang sunyi bertukar riuh.

            “Argh!!” tangannya makin kuat mengenggam tanganku. Adoyai! Sakitlah along oi!

            “Sayang,” Adam mengangkat tubuh along. So sweet! Tapi tangan along ni?! Takkanlah aku nak bergerak sekali dengan kain-kain yang meleret ni?

            “Along, tangan orang!”

            “Kau ikut sekali lah Aiz!” ujar Adam selamba. Bongok! Habis tu, majlis aku camna?! Fine aku follow! Dah tak sempat nak tukar baju dah! Mommy dan daddy pun dah ada dalam kereta. Adoyai along! Tak ada hari lain ke nak bersalin?

*___*

            Aku merenung Adam yang mundar-mandir di hadapanku. Rimasnya!!!

            “Kau ni kenapa? Boleh duduk tak? Mundar-mandir depan aku! Memeningkan kepala aku je!” ujar aku selamba. Terus, Adam memandang ke arahku.

            “Woi, minah! Kakak kau tengah bersabung nyawa dalam tu, kau fikir aku boleh jadi macam kau! Relax je macam tak ada apa-apa jadi! Aku tahulah kau tu serigala ais yang duduk kat kutub utara tu pun, tapi kompromi lah sikit dengan abang kau yang ada hati ni!”

            “Kau fikir aku tak ada hati ke?” tanyaku sambil menjeling Adam tajam. Sesuka hati dia aje!

            “Yup, memang! Kakak kau tengah bersabung nyawa kat dalam, kau boleh buat derk je kat sini?” aku merenung Adam dengan muka  tak puas hati.

            “Habis tu kau nak aku buat apa?! Meraung sampai keluar air mata darah! Woi, aku belum mental tau! Dia bukannya buat operate bedah jantung! Dia hanya operate keluarkan baby dalam perut dia! Buat apa aku nak menangis saban malam? Dahlah kau heret aku dengan baju-baju pengantin sekali! Sekarang kalau aku nak pergi kafe pun tak boleh! Nanti depa ingat aku orang gila! Kahwin dalam hospital!!” padan muka kau! Sekali aku fire, tak hingat!

            “Aril, kau tengok bini kau! Aku sepak jugak, hilang kepala kot! Aku rasa lain kali kau operate dia letak hati! Baru ada perasaan sikit!” ujar Adam selamba. Aril hanya menggaru kepalanya. Mommy dan daddy hanya menggelengkan kepala. Macam-macam hal!

            “Woi! Aku dilahirkan cukup sifat! Aku ada hati lah! Kenapa kau fikir aku tak ada hati? Tak akanlah setiap hari aku nak menangis semata-mata nak tunjuk aku ada hati! Pleaselah! Buang pemikiran kolot kau tu! Setiap insan dilahirkan ada hati! Kalau tak, tak wujudlah penyakit barah hati! Penyakit yang lebih dikenali sebagai Hepatisis C tu!” bidas aku lagi.

            “Both of you! Boleh berhenti cakap pasal hati tak? Sekarang kita cakap pasal baby! Tu, Adam.. Doktor dah keluar! Now, go! Tadi risau sangat kan?” ujar Aril selamba. Adam segera berlalu ke doktor itu.

            “Aril, belikan aku roti. Roti apa-apa je!” ujarku selamba.

            “Tak ada ganti nama yang lagi sesuai ke?” tanya Aril selamba.

            “Tak ada! Now, go!” ujarku selamba.

            “Kau memang tak ada hati!” ujar Aril lalu berlalu.

            “Huk aloh budak ni! Tadi dia suruh berhenti cakap pasal hati ni, sekarang dia pula kata aku tak ada hati! Buang tebiat!”

            “Angah! Jom masuk tengok along!” panggilan mommy menyentakkan aku. Segera aku berlalu pergi ke arah mommy.

*___*

            “Hai, long! Baby nama apa?” tanyaku sejurus masuk ke dalam bilik.

            “Masuk-masuk terus tanya baby nama apa? Bukannya tanya sihat ke tidak along kamu ni?” ujar Adam membidas.

            “Whatever! Along, cepatlah! Tunggu mamat sotong ni yang mundar-mandir depan orang tadi cakap, baik tak payah!” Adam terus memandang ke aarah Aizreen.

            “Apa kau cakap? Abang ipar kau ni sotong? Eh, kau dah melebih ni! Tak pasal-pasal tangan encik sotong kau ni naik atas kepala baru kau tau!” muka Adam memerah.

            “Do I care? Along! Cepatlah cakap!”

            “Fine! Yang sulung ni Airiel Niq Ezmir bin Adam Niq  Ezmir, yang bongsu Amarina Nur Erlina binti Adam Niq Ezmir. Amacam, sedap tak nama?”

            “Long, keturunan along ni macam ane yang jual kat pasar kan? Semuanya ane!” ujarku selamba.

            “Hah? Apa yang kau merepek ni budak kecik?!” tanya Adam pelik.

            “Tengoklah dari ayah sampai ke anak semuanya guna capital ANE. Kenapa? Abang dah jatuh cinta dengan ane mana?” tanya aku selamba.

            “Tengkorak kau punya budak kecik! Sesuka hati ye kau!” aku mengelak apabila Adam cuba hendak mengetuk kepalaku.

            “Woi! Jangan usik kepala oranglah! Dahlah entah berapa jam mak andam tu nak andam orang! Sesuka hati je dia nak kacau! Woi! Kepala orang hak rasmi orang, hak privacy! Hak confidential! Dah! Don’t touch my head! Tak pasal-pasal senget tudung orang!” aku menjeling Adam tajam.

            Tiba-tiba, pintu dibuka. Aril melangkah masuk dengan roti di tangan.

            “Tak habis-habis bergaduh! Dari kat luar sampai ke dalam wad. Kalau hari-hari macam ni mahu pecah rumah tu!” ujar Aril selamba.

            Adam melangkah ke arah Aril lalu memeluk bahu Aril.

            “Disebabkan itulah, kau kena bawa keluar serigala ais ni dari rumah aku. Tak pasal-pasal nanti beku rumah aku tu dengan tiupan serigala ais dia. Dah macam tinggal kat kutub utara aku nanti..” ujar Adam selamba.

            “Nanti-nantilah aku cari rumah..” balas Aril selamba. Aku hanya membuat muka selamba. Ikut suka dia aje nak cakap aku ni serigala ais, kalau aku ni serigala ais aku dah lama sumpah dia jadi beku! Senang! Tak payah cakap! Beku-sebekunya!! Iee!! Geramnya aku!

*___*

            “Tak boleh ke kalau Aiz respect Adam?” aku yang baru melangkah keluar dari bilik air terus memandang ke arah Aril.

            “Lantak arh! Peduli apa aku dengan mamat tu! Suka sangat menyakitkan hati orang! Aku backhand juga nanti!” ujarku selamba. Tangan mencapai laptop lalu dibuka.

            “Tengok, dengan abang pun tak respect. Macam mana nak jadi isteri solehah kalau macam ni?” aku terus menutup laptop. Tu dia! Ceramah agama dah start dah!

            “Encik Aril Fatah! Aku kan tak ada hati. Kalau kau nak start ceramah agama di sini pun kau rasa aku akan tersentuh ke?” tanya aku selamba. Aku meletak laptop di sisiku lalu berbaring. Selimut ditarik menutup muka menunjukkan tanda tak puas hati.

            “Setiap insan dilahirkan mempunyai hati. Kalau Aiz rasa Aiz tak ada hati, abang boleh buktikan Aiz ada hati ke tak?” ujar Aril selamba.

            “Macam mana kau nak buktikan?” cabar aku. Aku duduk berhadapan dengan Aril. Mataku merenung Aril tajam. Aril hanya tersenyum sinis.

            “Kalau  abang berjaya buktikan, abang nak Aiz hormat abang. Kalau tak boleh panggil abang dengan panggilan abang pun tak apa. At least, gunakan kata ganti nama awak-saya,” ujar Aril.

            “Okey, fine!”

            Aril mendekatkan wajahnya ke wajahku. Adoyai! Apa yang mamat ni nak buat? Kenapalah sixth sense aku tak berfungsi pula dah ni? Okey, tengkorak betul! Aku mana ada sixth sense, just tekaan aku betul! Yang tu je pun! Tapi orang anggap aku ada sixth sense! Bertuah betul!

            Tiba-tiba, bibirku terasa disentuh lembut. Terbuntang mataku. Aku cuba menolak tubuh Aril Fatah tetapi apalah daya aku sebagai seorang perempuan.

            Apabila Aril melepaskan pautan, aku terus menampar pipinya. Mukaku memerah. Aril memegang pipinya yang terasa berpijar.

            “Kau.. Memang! Argh! Sesuka hati kau je cium aku, apa kau fikir aku ni patung?!” amarahku berhambur. Anehnya, Aril hanya tersenyum.

            “Marah?”

            “Yelah! Kau fikir aku tak ada hati ke?!”

            “So, after this gunakan kata ganti nama saya-awak. Kalau, Aiz cakap kau-aku dengan abang, siap Aiz!” ujar Aril selamba.

            “A.. Awak nak buat apa?”

            “Abang nak buat macam tadi. Nak?” ujar Aril sambil tersenyum sinis.

            “Tak nak!” aku terus menyelimut mukaku dengan selimut. Lantaklah apa dia nak cakap pasal aku pun!

*___*

            Aku duduk di halaman rumah. Aku mengambil tempat di sisi mommy.

            “Mommy, nak dukung baby!” ujarku ceria.

            “Tak payah mommy, kata kat dia suruh dia beranak sendiri, baru boleh pegang baby!” aku menjeling Adam tajam. Ada juga makan penyepak ni!

            “Orang muda lagilah! Baru 19 tahun nak ada anak? Sorry!” ujarku selamba.

            “Tapi, angah kena ingat juga dengan Aril tu! Dia dah umur 24 tahun. Tahun depan dah masuk suku abad. Patutnya, umur macam dia dah ada anak seorang dah tahu!” ujar mommy.

            “Kalau ada rezeki...” ujar aku selamba. Sedangkan kalau dia nak sentuh pun aku rasa aku dah pecut 1000 meter!

            Aril tersenyum penuh makna. Adam yang perasan akan senyuman itu menjongket kening. Aril hanya menggelengkan kepalanya perlahan.

            “Hah! Aril! Nanti kamu nak bawa angah honeymoon kat mana?” tanya daddy. Aril menggaru kepalanya yang tidak gatal.

            “Tak tau lagilah, daddy. Aiz nak pergi mana?” tanya Aril. Aku menjelingnya tajam. Sesuka hati dia aje nak panggil aku Aiz! Aku bukan ais krim lah!

            “Kalau boleh angah nak pergi bercuti kat pulau! Pulau Tioman should be fine?”  ujarku.

            “Pulau Tioman? Okey, nanti daddy uruskan!” ujar daddy.

*___*

            Aku meletakkan barang-barangku berdekatan dengan almari lalu bergerak menuju ke balkoni. Angin sepoi-sepoi bahasa lembut menampar tubuhku. Aku memeluk tubuh sambil menghayati keindahan alam.

            Hati yang beku? Benarkah aku sebegitu? Ketawa, jarang terluah dari bibir ini. Senyuman, jarang sekali ianya ikhlas tulus dari hati. Air mata, sudah beberapa tahun air mata tidak keluar dari kelopak mata ini. Amarah, sentiasa menghiasi hati ini. Adakah itu tandanya hati aku sudah beku? Jadi, apa caranya untuk mencairkan hati ini?

            Tiba-tiba, tubuhku dipeluk dari belakang. Aku mengetap bibir marah. Aku menyiku perut Aril.

            “Auch! Sakitlah Aiz!” ujar Aril lalu memegang perutnya perlahan. Aku menjelingnya tajam lalu bergerak ke katil lalu menghempaskan tubuh perlahan. Tudung dibuka lalu aku melelapkan mata perlahan. Aku ingin merehatkan tubuh yang kepenatan ini.

*___*

            Aku membuka mataku perlahan. Eh! Tangan siapa pula yang peluk aku ini? Aku terus menolak tangan itu namun tangan itu memelukku dengan lebih erat.

            “Aril Fatah! Don’t hug me can’t you?” tanya aku keras. Hari-hari macam ni! Bangun je mesti mamat ni peluk aku! Tak rimas ke? Aku pula yang rimas!

            “Just sleep Aizreen. Just ignore me,” ujar Aril. Aku mengetap bibir.

            “Macam mana saya nak tidur kalau awak peluk saya macam ni? Rimas tahu tak?!” ujarku. Aril melepaskan pelukannya perlahan. Dia mencapai jam. Baru 12 tengah hari.

            “Aiz tidurlah, abang nak keluar sekejap,” ujar Aril. Mendengar kata-kata yang terluncur dari bibir Aril, aku terus menutup mata. Lantak kat dialah nak pergi mana pun! Aku peduli apa?

*___*

            Aku menggeliat perlahan. Tangan mencapai jam. Dah pukul 4 petang. Hah? 4 petang?! Matilah aku! Zohor tak solat lagi!!

            Aku terus berlari menuju ke bilik air.

            Usai solat Zohor, aku duduk di balkoni. Menghayati keindahan alam. Aku memegang perutku. Laparlah pula! Adoyai! Inilah padahnya kalau tidur sampai petang! Kan dah kena keluar lunch waktu tea time!

            Baru sahaja aku ingin mencapai tudung, mataku terpandang sekotak nasi dan air kotak bersama sekeping nota.

Ni lunch untuk Aiz, abang tak sampai hati nak kejut Aiz tadi. Nyenyak sangat tidur. Abang keluar sekejap. Tak payah tunggu abang. Aiz keluar je kalau Aiz nak keluar pergi mana pun. Tapi, balik sebelum senja.. – Aril Fatah

            Ceit! Tak sampai hati tengkorak dia! Kejut je lah! Kang aku terbabas Zohor baru tau! Tapi yang peliknya mamat ni pergi mana? Ah! Lantak kat dialah! Yang penting perut aku kenyang!

*___*

            Aku berjalan di gigi air. Dah lama aku tak main air. Rindunya!

            Aku memandang ke arah kanak-kanak yang bermain girang di pantai. Terkadang aku terfikir, kenapa aku tak segirang itu?

            Antara aku dan along, mereka akan kata aku lebih matang. Kerana along bersikap seperti kanak-kanak, tetapi aku? Senyum pun jarang. Ketawa lagilah!

            Aku duduk di atas pasir, tanganku mencapai kayu. Perlahan-lahan aku menulis di atas tanah.

            Kenapa aku tak seperti yang lain?

      Kenapa aku matang sebelum masanya?

      Kenapa hati ini beku umpama ais di kutub utara?

      Kenapa aku jarang tertawa?

      Kenapa aku jarang tersenyum dengan penuh keikhlasan?

      Kenapa amarah sentiasa menguasai diri ini?

      Jikalau hati ini beku, cara apakah yang boleh digunakan untuk mencairkan hati ini?

      Aku ingin tertawa tapi aku bimbang diketawakan...

      Siapakah aku yang sebenarnya?

            Persoalan yang menghantui diri ini ditulis di atas tanah. Siapakah aku? Aku umpama bukan aku. Aku bukan sebegini pada asalnya. Aku seorang yang ceria seperti along. Tapi.. Takdir yang membekukan hati ini..

*___*

            Aku duduk sendirian di kafe menantikan kehadiran Nazirah. Dia kata nak jumpa pukul 3 petang sekarang dah 3.15 petang. Janji melayu ke apa ni?

            Kalau aku jumpa perempuan ni, memang lunyai kena dengan aku nanti! Tiba-tiba, mataku terpandang seorang lelaki yang amat ku kenali. Daniel! Dia dengan.. Nazirah?

            Apa yang mereka ni cuba buat sebenarnya ni? Apa yang mereka rancangkan?

            Aku bingkas bangun lalu berjalan menuju ke tempat mereka berdua sedang makan.

            “Daniel! Ira! What is this?!” tanya aku keras.

            “Aizreen!” bingkas Daniel bangun dari kerusi.

            “Ini bukan seperti yang awak sangka, saya dengan dia kawan je,” kelam-kabut Daniel menjelaskannya.

            “Daniel, bukan baru semalam awak declare couple dengan saya ke? Awak kata awak dah break up dengan Aizreen,” ujar Nazirah pula.

            Aku termangu sendiri.

            “Aizreen, dia ni bohong. Saya tak couple dengan dia pun! Tolonglah, percayakan saya. Dia cuba perangkap saya,” ujar Daniel cemas.

            “Eh, bila masa pula saya perangkap awak?”

            “Shut up, both of you!” aku mencapai air milo ais Daniel lalu aku tuang ke atasnya. Selepas itu, aku mencapai jus oren Nazirah lalu aku tuangkan air itu ke atasnya.

            “Serve you right!” ujarku lalu menapak keluar dari kafe itu. Air mata yang menitis di pipi aku sapu perlahan.

*___*

            Aku membaringkan tubuh di atas katil. Air mata yang mengalir deras aku usap perlahan.

            Kenapa aku perlu menangis untuk seorang lelaki? Perempuan tak lemah! Aku bukannya patung yang boleh dipermainkan sesuka hati!

            Air mata ini, akan aku haramkannya menyentuh pipi ini. Aku perlu menjadi lebih tegas! Aku tak ingin dihancurkan oleh lelaki. Aku mesti tegas!

            Aku memandang sepi telefonku yang asyik berbunyi. Aku terus mematikan telefon itu.

            Pada detik ini, Aizreen yang dahulu dah mati! Kini, Aizreen yang baru akan menjadi lebih tegas!

*___*

            Atas kenangan itu, lahirlah Aizreen yang beku hatinya ini. Aku tak mampu untuk hidupkan semula Aizreen yang sudah mati itu.

            Biarlah aku begini.. Biarkan hati ini beku, beku sebekunya. Biarkan orang berkata yang aku tak punya hati.

            Aku akan terus menjadi sebegini. Hingga hati aku cair dengan sendirinya..

*___*

            Ketukan di pintu menyedarkan aku yang leka menulis cerpen. Aku membuka cermin mata lalu diletakkan di sisi. Tanganku mencapai tudung lalu disarung ke kepala. Aku berjalan ke pintu lalu membukanya perlahan.

            “Is this room 413?” aku hanya mengangguk perlahan. Lalu, aku merenggangkan pintu untuk membenarkan mereka masuk.

            Mereka meletakkan kek di atas meja lalu bergerak keluar. Kek? Aku termangu sendiri. Bila masa aku pesan?

            Tapi hari ini hari apa? Aku berfikir-fikir sebentar. Tak akanlah salah bilik? Tapi, dah terang-terang bilik aku. Ah! Lantaklah!

            Baru aku ingin mengorak langkah ke katil untuk menyambung kerjaku yang tertangguh, aku mendengar suara yang bernyanyi.

            “Happy birthday to you, happy birthday to you. Happy birthday to Aizreen. Happy birthday to you..” nyanyian itu membuat aku terpaku. Spontan aku mengalih ke belakang.

            Aril hanya tersenyum. Aku terpaku. Hari ini birthday aku ke?

            “Hari ini birthday saya ke?” tanyaku spontan. Aril tertawa perlahan.

            “Yes, today is your birthday. 06.06.1994 kan?” tanya Aril selamba. Aku menggaru kening yang tak gatal.

            “Ha’ah. Lupa!” ujarku selamba.

            “Apalah! Birthday sendiri pun boleh lupa,” ujar Aril. Aku hanya menjelingnya tajam.

            “Whatever,”

            “Aiz, jom potong kek,” ujar Aril lalu menarik aku ke meja. Aku memotong kek itu tanpa perasaan.

            Happy birthday, sayang. I love you,” ujar Aril lalu mencium pipiku sebelum memakaikan aku rantai.

            Aku terkedu seketika. Rantai itu aku sentuh.

            Sekilas aku teringat cerita 4 tahun lepas. Daniel! Cara Aril dan Daniel sama! Ah! Tolonglah jangan cairkan hati yang beku ini!

*___*

            “Nak join abang pergi pantai tak?” aku hanya mengerling ke arah Aril sebelum menggeleng kecil.

            “Kenapa pula? Hari ni kan hari terakhir kita kat sini,” ujar Aril.

            “Tak ada mood,” balasku selamba. Hakikatnya, di otak mempunyai banyak idea yang ingin dicurahkan melalui penulisan.

            “Okeylah, kalau camtu,” ujar  Aril lalu keluar. Meninggalkan aku sendiri di kamar ini.

*___*

            “Angah!!! Rindunya mommy dengan anak mommy ni! Best tak honeymoon?” tanya mommy. Aku hanya menjongket bahu. Malas nak fikir.

            Aku meletakkan barang di atas sofa dan melabuhkan punggung di sofa. Fuh! Keletihan terasa!

            “Kamu ni pun. Iyapun seronok anak menantu balik tapi berilah mereka rest dulu. Ni tak balik-balik terus menyoal macam peluru!” perli daddy.

            “Mommy, daddy angah naik atas dulu ye? Penat!” ujarku lalu berlalu ke tingkat atas.

            Aku membuka pintu bilik lalu terus menghempaskan tubuh ke katil. Argh! Serius penat! Tidur dululah!

*___*

            Aku membuka mata perlahan. Argh! Aku menggeliat kecil. Tanganku menggosok mata. Aku memandang ke arah jam. Mak oi! 6 petang! That’s mean dah lebih 4 jam aku tidur! Nasib, Zohor dah solat kalau tak burn camtu je!

            Aku melangkah perlahan ke bilik air lalu mandi.

            Usai solat Asar, baru aku terpandang sekeping nota yang diselit di balik jam loceng. Aku mencapainya perlahan.

Abang keluar sekejap, ada masalah di site kat Terengganu. Abang baru dapat call pukul 4 petang tadi. Tak nak kejut Aiz, sebab nampak Aiz penat sangat. Take care.. Mungkin abang balik lambat atau abang tidur sana. Ikut keadaan. Malam ni abang call. – Aril Fatah

            Ceit! Baru balik Pulau Tioman, dah ke Terengganu? By the way, sejak bila pula dia ni kerja. Bukan hari tu, dia masih kat U ke? Oh, padanlah tak nampak muka dia 2 minggu sebelum tu.. Balik Malaysia rupanya!

            Ceit! Husband sendiri kerja pun aku tak tahu! Teruk betul!

            Eh, dah mengaku husband nampak?

            Ikut suka hati akulah! Laki aku bukan laki kau!

            Laki aku bukannya laki kau juga ke? Aku kan suara hati kau!

            Ops lupa! Sorry eh?

            Lantak kau lah!

*___*

            Aril mendekati Badrul yang sedang sibuk memerhati site. Penat tubuhnya tidak dipedulikan. Yang penting, kerjanya.

            “Badrul!” panggil Aril. Apabila mendengar panggilan itu, Badrul terus berjalan ke arah Aril.

            Sorry, bos. Sebab panggilan saya, bos terpaksa datang ke Terengganu. Dahlah baru balik honeymoon. Orang rumah bos tak ikut sekali ke?” tanya Badrul.

            “Tak ada apalah. Orang rumah saya tak ikut, waktu dapat call awak, saya memang dah sampai rumah pun,” ujaran Aril membuatkan Badrul berasa sedikit lega.

            “Bos, actually..”

            Sedang asyik berbincang, tiba-tiba Aril ternampak ada batu yang terjatuh. Dia segera berlari dan menolak lelaki tua yang berada di bawah itu.

            “Bos!!!” jerit Badrul kuat.

            Tiba-tiba.. Pak! Aril memegang kepalanya yang berdarah, matanya kian kelam.

*___*

            Aku tersentak daripada lamunan apabila gambar perkahwinan aku dan Aril terjatuh. Berderai gambar itu dibuatnya. Aku terkedu.

            Macam mana gambar ni boleh jatuh sedangkan tiada angin pun? Perasaanku mula tidak tenteram namun aku tenangkan hati. Perasaan aje kot.

            Aku terus berlalu turun ke tingkat bawah. Tiba-tiba, mataku terpandang akan kelibat along.

            “Along! Mana baby?” tanyaku selamba.

            Baby-baby akak dalam bilik. Tidur!” ujar along. Aku hanya menganggukkan kepala.

            “Hah! Aril tadi pergi mana? Tergesa-gesa sangat akak tengok. Macam ada masalah je,” ujar along.

            “Pergi site kat Terengganu, katanya ada problem sikit,” ujarku.

            “Baru balik dari honeymoon nak kelur pula pergi Terengganu. Confirm penat giler dia nanti,” ujar along. Aku hanya mengangkat bahu. Lantaklah!

            Tiba-tiba telefon bimbit aku menjerit daripada atas. Aku menghela nafas perlahan.

            “Ini yang malas ni!”

            “Pergilah angkat call tu, kot-kotlah ada hal penting ke? Aril call ke?” ujar along. Aku menghela nafas lalu melangkah naik ke bilik.

            Unknown number? Siapa pula ni? Adoi! Manalah dia ni dapat nombor aku? Angkat ajelah!

            “Hello,”

            “Hello, ini Puan Aizreen Nur Eryna ke?” tanya suara di hujung talian.

            “Ya, saya. Siapa ini?” aku mengerutkan kening. Siapa pula dah?

            “Suami puan, Encik Aril Fatah telah mengalami kemalangan. Dia sekarang berada di Kuala Terengganu Speacilist Hospital,” ujaran itu membuatkan diri aku terasa lemah.

            “Dia sihat ke..?”

            “Dia kritikal. Mohon puan segera ke sana. Dia masih koma,” ujar suara itu lagi. Aku terkedu. Aku terduduk di lantai.

            Air mata yang pernah ku haramkan menitis kini menitis laju umpama tiada noktahnya.

            “Angah? Angah okey ke?” tanya Arrisya kalut. Belum pernah dia melihat kakaknya menangis sepanjang hidupnya.

            Aku menggelengkan kepalaku perlahan. Aku segera ke bilik lalu menukar baju. Aku ingin segera ke Terengganu.

            Sebelum berlalu, aku sempat menjenguk mommy di dapur.

            “Mommy, abang Aril accident. Dia ada di Kuala Terengganu Speacilist Hospital, angah pergi dulu,” aku segera mencapai tangan mommy lalu menyalaminya sebelum berlalu. Panggilan mommy tidak ku hiraukan. Yang penting, aku ingin segera ke sana.

*___*

            Aku meraup muka perlahan. Air mata yang menitis dikesat kasar. Kelajuan ditambah lagi.

Sah! Hujung bulan ni, kereta di atas nama Mustafa bin Abu Bakar ini akan disaman akibat kelajuan. Yelah! 160 km/h kot!

Ah! Tak kisahlah! Yang penting aku cepat sampai ke Terengganu!

Laju BMW 4 Series itu membelah keheningan malam.

*___*

            Aku segera berlari-lari anak menuju ke wad ICU yang menempatkan Aril Fatah. Badrul yang terpandang isteri bosnya segera menghampiri Aizreen.

            “Puan.. Saya Badrul, pekerja suami puan,” aku mengangkat tangan.

            “Saya tak berminat nak bertemu ramah dengan awak, yang saya nak tahu sekarang macam mana keadaan suami saya?” ujar aku sedikit kasar. Badrul tersentak. Kasar giler minah ni! Harap je muka lembut!

            “Aril accident dekat site, dia try selamatkan seorang pak cik tua tu daripada dihempap batu, but at last dia tak sempat selamatkan diri dia. Sebab tu, dia dikejarkan ke hospital, ada darah beku dalam kepala dia so dia orang buat operation but until now he’s in coma!” luah Badrul. Aku menutup mata. Cuba menenangkan diri.

            Tanpa sebarang kata, aku membuka pintu wad ICU itu. Wayar yang berselirat di tubuh Aril membuatkan hatiku meruntun kesedihan. Air mata jatuh lagi dari kelopak mata ini.

            Aku menghampirinya lantas berbisik perlahan di telinganya..

            “Abang.. Huh, first time Aiz panggil abang dengan kata panggilan abang. Mesti abang rasa pelik kan? Tapi, selepas dapat khabar tentang abang, Aiz rasa takut sangat. Aiz takut kehilangan abang. Di saat itulah, Aiz sedar yang Aiz cintakan abang.

            Abang, hati yang pernah beku ini abang cairkan dengan kasih sayang abang. Hari ini, setelah 4 tahun air mata ini tak pernah menyentuh pipi ini. Tapi, hari ini.. Hari ini, air mata ini telah menyentuh pipi ini buat pertama kalinya dalam 4 tahun.

            Abang, I love  you so much. I’m sorry for ignoring you since the first time we met. I never thought that you’ll be my husband. I never thought that I’ll love you. Please, awake for me. Don’t leave me. I need you tightly.. I miss you hardly.. Aril Fatah, please awake for me,”

            Air mata ini menitis lagi. Dan, setitis air mata itu terjatuh di atas pipi Aril.

            Aku memegang erat tangan Aril Fatah. Umpama tidak ingin mengizinkan dia pergi  jauh dari diri.

            Tiba-tiba, tangan itu bergerak. Spontan, aku memandang Aril. Matanya agak terbuka.

            “Sebentar, Aiz panggil doktor,” ujarku lalu terus memanggil doktor.

            Setelah doktor pergi, aku menghampiri Aril.

            “Abang..” panggilku perlahan. Agak kekok untuk memanggilnya abang. Spontan, Aril memandang ke arahku.

            One more time..” ujar Aril selamba.

            “Abang! Satisfied?” tanyaku geram. Aril tersenyum lebar.

            Come here sayang. Sit here,” ujar Aril. Aku hanya mengikuti arahannya

            “Since when did you love me?” pertanyaan Aril membuatkanku terkaku. Terdiam aku seketika.

            “Jangan nak sembunyikan lagi. Abang dah dengar semuanya. That, you love me, need me and miss me,” ujar Aril sambil tersenyum senget. Aku terus menekup mukaku ke katil. Malu giler!

            “First time, abang tengok Aiz malu macam ni,” ujar Aril.

            “Macamlah orang tak ada hati,” balasku pula.

            “Iyelah, dia dah ada hati. Abang lupa pula!” ujar Aril selamba. Aku terus menampar tangannya. Kejam giler mamat ni!

            Aril hanya tertawa.

*___*

            Aku menapak perlahan ke dalam wad itu. Apabila aku masuk, 7 pasang mata memandang ke arahku tajam.

            Why?” tanyaku selamba. Bagai tiada apa yang berlaku.

            “Angah sampai pukul berapa tadi?” tanya Adam keras.

            “Pukul 8.30 malam,” jawabku sambil mengetap bibir.

            “Daripada Kuala Lumpur ke Terengganu, just 2 hours? Kau guna speed berapa?” tanya Adam keras. Angah guna speed berapa ni? Laju sangat!

            “160km/h,”

            What?!” serentak tujuh suara bergabung. Aku menutup telinga.

            “Nanti bukan Aril yang sakit, kamu pula yang terlantar angah!” perli mommy.

            “Daddy, bersedia untuk surat saman,” ujarku selamba.

            “Aizreen Nur Eryna?!” aku membuat muka selamba. Daddy memegang kepala. Kopaklah duit aku bulan ni! Angah, angah! Dia menggeleng kesal.

            Aril memandang ke arah Aizreen. Nasib tak jadi apa dengan isteri kesayangannya kalau tak.. merana aku dibuatnya. Laju tu! Pecut giler bini aku ni!

            Aku membuat muka selamba tapi dalam hati dah kecut. Balik nanti mesti Aril bebel punya! Percayalah!

*___*

            Setelah semua balik, aku dah tadah telinga! Mesti ada bebelan punya daripada Aril!

            “Sayang, abang tahu Aiz sayangkan abang tapi kalau pecut tahap 160km/h tu bahaya sayang oi! You may dead!” ujar Aril tegas. Aku berjalan ke katil Aril lalu duduk di sisinya.

            “Abang, janganlah takut sangat! I’m not dead, okay? Don’t worry, after this I will drive a car dengan perlahannya. Macam penyu, okay?” ujarku selamba.

            Aril terus menarik hidungku.

            “Ada aje yang dia nak lawan kan? Okey, fine! But, take care. You know I love you, right?”

            And you know, I love you too right?” ujarku lalu mengucup pipi Aril. Aril hanya tersenyum lebar.

*__TAMAT__*

p/s : Setelah tak menulis 2 bulan, akhirnya cerpen ini siap! Sorrylah kalau ada benda yang kurang..

9 comments:

Anonymous said...

best ! teruskan berkarya . :D

Anonymous said...

Hu hu memang siyes best sesangat ;-)
Buat lagi tau cerpen best2 :-P he he
-nursha-

Anonymous said...

Buatlah cerpen versi hari raya. hehehehe. best sangat !

- Mr. Sweet

ain said...

cerita mmg dah best tpi byk sgt benda x logik kat cini misalnye kl ke trg dlm 2 jam impossible trust me i am the one who like to drive in 160km/h bleh smpai pon dlm 4 jam je minimum. next kalu bleh kurangkan kata2 kasar sbb benda 2 bleh buat pembaca hilang mood tuk nak baca

Lia veSus Ayiz said...

i'm sorry.. but, saya org kedah.. sy tak pernah pergi terengganu dari kl.. sorry..

qasehku khumaira said...

xpa,sy paham..style bahasa mmg kasar ckit.sy pon org utara jugak..tntg wktu pjalanan tu,lain kali wat research dulu tau.sy pon prnh drive 180km/j dr pasir gudang johor until sungkai perak..lebih kurang 4jam setengah...apapon cerpen hg mmg best.

qasehku khumaira said...

biasa la org utara bhsa mmg kasar ckit..sy faham.tapi tang time perjalanan tu lain kali wat research dulu tau.sbb sy prnh memandu dari pasir gudang johor hingga sungkai perak dengan kelajuan 180km/jm.lebih kurang 4jm 30min....apapon cerita hg mmg syokk..hehe

iman said...

Best ceti terbaikk sngt :) :) )

iman said...

Terbaikk la ceti :)) :)) :))

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!