Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

18 April 2013

Cerpen : Menunggumu


            Aku memegang kepala yang terasa pening. Denyutan di dahi kian terasa. Ya Allah, kenapa hari ini diri ini terasa lemah? Pandanganku mulai kelam, namun aku masih dapat merasakan yang diri ini dipaut erat.

*___*

            Aku membuka mataku perlahan. Sakit di kepala terasa mencucuk-cucuk. Aku mengurut kepalaku. Sakit siot! Aku mengetap bibir kuat. Tiba-tiba aku terdengar suara orang yang bercakap-cakap. Aku cuba memasang telinga walaupun aku tak tahu siapa mereka tapi aku tahu mereka tengah bercakap hal aku.

            “Wei, aku jeles siot tengok Tasha kena dukung dengan abang Nazrul. Detik itu juga aku rasa macam nak pura-pura pengsan supaya abang Nazrul angkat aku,”

            “Serius, kau tak tahu aku jeles giler-giler waktu tu. Dahlah abang Nazrul tu comel! Ah! Sedihnya aku!!” berkerut kening Ira dibuatnya.

            “Kau kenapa wei? Tiba-tiba nak sedih? Aku tahulah kau tangkap cintan giler-giler dengan abang Nazrul tapi tak akanlah kau tak tahu beza sedih dengan frust kot?”

            “Ish! Bukanlah! Abang Nazrul kan nak pindah hari ini,”

            “Kau serius ka wei?” terbuntang mata Ira mendengarnya. Ida mengangguk perlahan.

            “Aku seriuslah. Kau ingat tak hari ni kita dapat seorang satu bungkusan? Cuma Tasha sahaja yang special coz dapat teddy bear dengan bungkusan itu. Sebenarnya, bungkusan itulah ole-ole untuk kita semua sebelum dia meninggalkan kita,” Ida menjeling tajam ke arah Natasha. Apa yang special sangat dengan perempuan tu ntah?

            “Alah.. Aku tak puas lagi nak usyar dia,”

            “Redha ajelah..”

            “Wei, kau orang mengumpat apa ni? Kalau tak nak jaga Tasha cakap! Jangan nak mengumpat aku dari belakang!” marah Farisya yang baru masuk. Ida dan Ira menjeling tajam ke arah Farisya. Mereka menghentak kaki sambil berjalan keluar.

            “Hentak! Hentak! Aku potong kaki tu baru tahu! Biar kehilangan keupayaan untuk berjalan!” bebel Farisya. Aku menahan tawa. Perlahan-lahan aku membuka mata.

            “Kau dah sedar?” tanya Farisya. Aku menjeling Farisya tajam.

            “Tak adalah, aku tengah mengigau!” ujarku selamba.

            “Okey, fine! Kau dah sihat!” ujar Farisya lalu duduk di sisiku.

            “Wei, siapa yang sudi mengangkat aku yang berat ini ke sick bay?” ujarku selamba.

            “Nampaknya, kau masih sedar yang kau ni berat sampai berkerut-kerut abang Nazrul angkat kau tadi..” ujar Farisya selamba. Aku mengetuk tangan Farisya.

            “Aku yang berat hanya 41 kg ni kau kata berat?! Sah-sah Nazrul tu tak pernah angkat berat sampai aku pun dia tak mampu nak angkat,” bentakku geram.

            “Kau yang kata kau berat kan? Aku tak kata pun kan? Dahlah, ni abang Nazrul sedekahkan kepada kau yang sangat lemah ini..” ujar Farisya selamba lalu menghulurkan teddy bear yang berwarna putih.

            Aku mencapai teddy bear putih itu.

            “Wei, comel giler teddy bear ni! He has a good taste! Comelnya!!” ujarku ceria.

            “Kau ni pun satu! Haru birulah! Cuba kau tengok kad yang dia kirim kepada kau tu! Kot-kotlah ada nombor telefon dia ke. Dia suruh kau contact dia ke apa ke? Teruk betullah minah ini!” kutuk Farisya selamba. Aku menjeling tajam ke arah Farisya.

            Perlahan aku mencapai kad itu.

Get well soon.. Don’t forget me.. – Nazrul

            Aku hanya memandang kad itu. Formal betul!!

*___*

Beberapa tahun kemudian..

            Aku memakai niqab dengan tergesa-gesa. Habislah aku! Lagi 15 minit je nak 8.30 pagi! Kelam-kabut aku mencapai kunci kereta dan beg tangan lalu masuk ke dalam kereta.

            Selang 5 minit, keretaku dah diparkir. Aku tak tahu macam mana aku boleh pecut. Selalunya 15 minit baru aku sampai ke University Of Queensland ini.

            Aku berjalan laju ke dewan kuliah. Malang bagiku apabila aku dilanggar kasar oleh seorang lelaki yang sedang bercakap di telefon.

            “Sorry..” ujar lelaki itu tanpa memandang ke arahku. Aku mengetap bibir. Barang yang terjatuh dikutip kasar. Dahlah aku dah lambat, lepas tu terlanggar pula mamat psiko tu.

            Tiba-tiba, tanganku mencapai kad matrik. Aku mencari kad matrik aku di tudung. Okey, fine! Masih wujud! Tapi ini kad matrik siapa?

            Aku mengalihkan kad itu untuk melihat gambar. Aduh! Gambar siapa pula ni? Aku mengerutkan kening. Bagaimana aku hendak mencari lelaki ini? Kenapalah kad matrik dia ni nak jatuh di tangan aku entah? Aku mengeluh kasar.

*___*

            Nazrul duduk di kerusi lalu mencapai buku-bukunya. Keningnya berkerut apabila mendapati tiada kad matriknya di situ. Dia meraba lehernya. Juga tiada. Dia mengeluh kasar. Hilang!

            “Matilah aku!!”

*___*

            Aku melilau sekitar cafe. Aku menggaru kepala. Kusut kot! Manalas si Tengku Muhammad Nazrul Aizriel bin Tengku Muhammad Nazri ini? Dahlah benda penting bagi dia ada kat aku.

            Kenapalah takdir menemukan aku dengan kad matrik lelaki ini? Tiba-tiba aku terpandang wajah seorang lelaki. Aku terus memandang kad matrik itu. Sama kot! Tapi.. Bagaimana harus aku pulangkan kad matrik ini? Aku takut kalau-kalau timbul fitnah.

            Aku membelek-belek kad matrik itu. Kot-kotlah terjumpa nombor phone dia ke email ke. Nasib menyebelahi aku apabila aku terjumpa satu kad di sebalik kad matrik itu. Belum sempat aku mencapai telefon, kad matrik itu dirampas oleh sepasang tangan.

            “Kau sengaja kan ambil kad matrik aku?” marah Nazrul tiba-tiba. Aku terkedu. Tubuhku kaku. Lidahku kelu. Setelah tersedar daripada lamunan, aku menggosok dada. Terkejut kot! Mamat ni pun satu! Haru biru! Tak pandai nak bagi salam lansung! Kerja dia main ambil aje! Nasib aku pakai hand sock.

            “Kau tak pandai nak bagi salam ke? Main sergah aje! Nasib jantung aku ni kuat! Kalau tak terjatuh masuk dalam longkang!” terpana Nazrul seketika.

            ‘Giler! Aku ingatkan minah ni tak pandai melawan. Rupa-rupanya lagi ganas daripada adik aku!’ getus Nazrul sendiri.

            “Kau pun tanyalah kad matrik kau, kenapa dia pilih aku untuk pulangkan kembali dia kepada kau? Tanya dia sendiri, okay? Dahlah aku nak blah! Merugikan masa dan tenaga aku je terpacak kat sini!” ujarku lalu berlalu.

            Nazrul hanya memandang jejak langkah gadis itu.

            “Ganas siot!”

*___*

            Aku membuka purdahku dan tudungku lalu berbaring di atas katil. Penat usah dikata. Fuh! Kalau tak cari mamat Nazrul tadi pun tak apa. Memenatkan aje!

            Baru sahaja aku ingin menutup mata, tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Aku mengetap bibir geram lalu mencapai telefon bimbit.

*___*

            “What?! Are you crazy mom?! I’m just 23 years old! And, that girl is just 21 years old!” bentak Nazrul. Dia meraupkan mukanya. Kusut!!!

            “I’m not crazy dear! Family dia pun dah terima pinangan kita,”

*___*

            “Kenapa mama terima? I’m just 21 years old not 41 years old! It’s too young to get married!” bentakku. Dahlah tadi kusut giler dengan sikap Nazrul yang entah apa-apa tu!

            “Ikut suka hati mamalah! Lelaki itu dahlah baik, takkan mama nak tolak? Lagipun, kita diharuskan untuk berkahwin muda kan, sayang?”

*___*

            “Tapi, nanti Nazrul nak bagi anak orang makan apa? Batu, kayu? Hmm?” Nazrul duduk di kerusi. Gilerlah mommy ni! Ada ke patut disuruhnya aku kahwin muda?

            “Eh, ada pula macam tu?! Jangan risau mommy akan masukkan duit tiap-tiap bulan dalam akaun Nazrul. Nazrul belilah bahan basah. Suruh dia masak!”

*___*

            “Masalahnya Tasha tak pandai masak!” aku mengetap bibir. Manalah aku sempat belajar masak! Trip sana-sini! Dapat-dapat result, terus kena hantar pergi Australia! Lagi hancurlah skill memasak aku!

            “La, lagi dua minggu kan kamu balik sini? Manfaatlah masa itu untuk belajar masak! Jangan membuta pula! Belajar!”

*___*

            “Kalau dia tak sempat belajar masak macam mana? Mommy nak anak kesayangan mommy ni kebulur?” Nazrul mengetap bibir. Lawan! Nazrul, lawan! Fight for your life!

            “Budak tu budak pandai, tak akanlah dia tak sempat belajar? Budak tu budak satu U dengan kamu of course lah budak high class kan?”

*___*

            “Hah? Siapa mama?” aku blur. Mataku terbuntang. Serius! Aku nak tahu sangat lelaki manalah yang tersangatlah ‘baik hati’ untuk menamatkan masa bujangnya dengan aku ni?

            “Mama tak ingatlah nama dia. Panjang sangat! Yang mama tahu belakang dia ada nama Aizriel!” aku blur.

*___*

            Nazrul bersandar di kepala katil. Mungkinkah gadis itu orangnya? Dia menutup mata. Nama itu seakan terngiang-ngiang di telinganya.

            “Tengku Natasha Nur Adreena binti Tengku Nazli,”

            Nama yang sudah lama tidak disebut olehnya. Gadis yang kian dirinduinya..

            Sekelip mata ingatannya kembali kepada beberapa tahun yang lepas..

*___*

            Nazrul melangkah lemah ke dewan. Hari ini hari terakhirnya untuk berada di sekolah ini kerana esok dia akan berpindah. Dia memandang persekitaran dewan buat kali yang terakhir.

            Selang beberapa puluh minit lagi dia akan meninggalkan sekolah ini. Pengalamannya selama 2 tahun 4 bulan di sini amat bermakna.

            Tiba-tiba matanya memfokus ke arah seorang murid perempuan yang amat pucat wajahnya. Tag yang dipakai oleh perempuan itu menunjukkan bahawa perempuan itu hanyalah pelajar tingkatan satu.

            Tiba-tiba tubuh pelajar perempuan itu seakan hendak terjatuh. Nazrul terus berlari lalu mendukung gadis yang telah pengsan itu.

*___*

            Nazrul meletakkan tubuh lemah perempuan itu di atas katil sakit. Dia memandang tag nama itu.

            “Tengku Natasha Nur Adreena binti Tengku Nazli.. Nama yang indah seindah wajahnya,” ujar Nazrul sambil memandang lembut wajah Natasha. Serentak dengan itu, hatinya terasa berdebar. Segera dia beristighfar. Dia tak mahu jatuh cinta dengan insan lain selain jodohnya..

            “Natasha.. Kecantikan wajahmu mampu menggoyahkan hati lelaki, mampu mengocak naluri lelaki dan mampu menimbulkan fitnah. Maka dengan itu, tutuplah kecantikanmu ini Natasha. Khaskan hanya kepada suamimu.. Berpurdahlah.. Tudung sahaja tidak mampu untuk melindungimu daripada gelojak nafsu seorang insan yang bernama lelaki..” ujar Nazrul.

            Dia mencapai patung beruang lalu ditampalkan nota di atasnya. Setelah berpuas hati.. Dia berlalu pergi.

*___*

Sekarang..

            Nazrul mengerutkan keningnya. Dia tidak pernah melihat wajah Natasha di sini. Ataupun, dia sekarang sudah berpurdah? Mungkinkah Natsha sudah berpurdah atau Natasha yang dimaksudkan adalah Natasha yang lain?

            Nazrul mengeluh perlahan. Hatinya berharap Natasha itu merupakan Natasha yang pernah diselamatkannya dahulu.

*___*

            Aku mengiring ke kiri dan ke kanan. Entah mengapa nasihat seorang lelaki yang pernah muncul dalam mimpinya terngiang kembali.

            “Natasha.. Kecantikan wajahmu mampu menggoyahkan hati lelaki, mampu mengocak naluri lelaki dan mampu menimbulkan fitnah. Maka dengan itu, tutuplah kecantikanmu ini Natasha. Khaskan hanya kepada suamimu.. Berpurdahlah.. Tudung sahaja tidak mampu untuk melindungimu daripada gelojak nafsu seorang insan yang bernama lelaki..”

            Aku tak tahu siapa lelaki itu. Tetapi nasihatnya telah mengubah aku untuk menjadi lebih baik. Dia telah memberikan nur keinsafan dalam hati aku. Walau siapa pun dia, aku berterima kasih kerana dia telah menginsafkan aku. Terima kasih...

*___*

            Aku mengetap bibir. Boleh tak kalau aku lambung je ikan tu dari jauh? Kenapa perlu duduk dekat-dekat? Takutnya aku!

            “Hah?  Apa yang kamu termenung kan tu?  Nak suruh ikan tu melompat masuk sendiri ke?” tanya mama sinis.

            “Kalau ikutkan hati Tasha yang suci murni ni, Tasha nak suruh ikan ni masak diri sendiri je!” ujarku selamba.

            “Okey fine! Mama pula nak kamu masak diri kamu sendiri. Ada berani?” aku tersengih.

            “Tasha akan berani kalau mama buat dahulu,” ujarku selamba. Mama menjegilkan mata. Aku buat muka tak bersalah.

            Tension mama dengan kamu ni! Ingat sikit, kamu akan bernikah dalam 2 bulan lagi tahu! Masak tak pandai lagi! Kamu nak bagi suami kamu makan apa nanti? Batu? Kayu?” bebel mama.

            “So, mama tangguhkan ajelah perkahwinan kami. Kan senang?” ujarku selamba.

            “Bertuah punya budak! Kamu nak mama batalkan? Ish! Aku penyek jadi lempeng juga budak ni!” bebel mama lagi. Aku menutup telinga.

            “Mama.. Mama.. Mama.. Sekali mama membebel, pergh! Macam machine gun! Mama teruskanlah menembak ye? Puteri nak pergi beradu dahulu ye, mamaku tersayang?” ujarku selamba lalu mengorak langkah.

            “Bertuah punya budak! Ada ke aku ini digelar machine gun? Aku bukannya nak jadi penembak! Eh, kalau aku dapat budak ni mahu lunyai juga aku kerjakan! Buat kerja tak pernah nak serius! Main main je sentiasa!” bebel mama lagi.

*___*

            “Akhirnya! Akhirnya! Akhirnya aku terlepas daripada cengkaman machine gun buat selamanya!! Yeah!!! Selamanya.. selamanya.. selamanya harimau malaya!”

            “Natasha!!! Tak elok anak daa guna loudspeaker!!” ujar mama selamba.

            “Sorry, ma! Tasha akan lowkan volume dia!” ujar aku selamba.

            “Bertuah punya budak!!” aku hanya mendengar lalu tersengih. Earphone disumbat ke telinga. Laju tanganku menekan radio Era FM. Radio kegemaranku. Tak sangka aku terlelap di situ...

*___*

            Aku tersedar apabila tubuhku digoncang kasar. Aku membuka mataku mamai.

            “Apa ma?” aku menggosok mata. Giler mengantok kot!

            “Bakal mak mertua kamu nak datang,” ujar mama.

            “Datang ajelah! Apa kena mengena dengan Tasha?” tanyaku perlahan. Bantal aku capai lalu ditekup di telinga. Namun bantal itu ditarik oleh mama.

            “Mama! Bantal Tasha!!” aku membentak kecil.

            “Bakal suami kamu pun datang sekali,” ujar mama cuba memancing minatku.

            “So?”

            “Ish! Bangun ajelah! Mandi, pakai baju! Turun!” arah mama. Aku mengeluh kecil. Malasnya!!!

*___*

            Aku melangkah perlahan ke ruang tamu. Mata yang memandangku tidak aku pedulikan. Aku meletakkan cawan di atas meja lalu duduk di sisi mama. Perlahan aku mendongakkan kepala. Wajah bakal mertuaku dipandang.

            Yang peliknya, di mana lelaki itu? Ketukan di pintu menyentakkan aku. Spontan, aku memandang ke arah pintu. Menyirap darahku apabila melihat lelaki itu. Lelaki itu! Nazrul Aizriel?! Ah! Kenapalah aku boleh lupakan lelaki itu?

            Cuitan di tangan membuatka aku berpaling. Aku menjongket kening.

            “Buka purdah?” ujar mama. Aku blur.

            “Why?”

            “Adat..” aku hanya mengangguk perlahan. Perlahan tanganku memegang purdah.

*___*

            Nazrul mengeluh perlahan. Lamanya dia duduk kat sini tapi tak ada seorang pun yang bercakap. Yang ada pun, daddy dan bapak perempuan ni yang sembang soal bisnes. Tak ambil peduli lansung dengan apa yang berlaku.

            Membosankan! Aku nak balik tapi tak sanggup pula! Nanti mesti dah sah-sah kena berleter panjang dengan mommy! Argh!

            Tiba-tiba matanya terpandang akan gerak-geri gadis itu. Apa yang dia ni nak buat? Buka purdah??

*___*

            Nazrul meletakkan tangannya di dahi. Gadis itu pernah membuatkan hatinya bergetar dan getaran itu tak pernah hilang apabila dia menatap sepasang mata itu.

            Gadis itu insan yang pernah diselamatkannya. Adakah gadis itu mendengar nasihatnya atau nur keinsafan wujud sendiri dalam hatinya? Buntu fikirannya memikirkan hal itu.

            ‘Ah, lantaklah! Soalnya kenapa dia muncul dalam kehidupan aku selepas 8 tahun berlalu?!’ Nazrul meraupkan mukanya.

*___*

            Aku mengerutkan dahi. Muka Nazrul yang jelas terkejut itu menimbulkan persoalan di hatiku. Kenapa dia terkejut sangat eh? Dia terkejut sebab tunang dia ni cantik or what?

            Pelik-pelik.. Aku menggelengkan kepalaku perlahan. Tapi.. aku rasa dia tak tahulah yang aku inilah yang jumpa kad matrik dia hari itu. Kalau dia tahu, malunya aku!! Aku menekup muka ke bantal. Malunya nak berhadapan dengan Nazrul!!

*___*

            Perlahan air mataku menitis apabila mendengar lafaz akad nikah itu. Kini, aku telah menjadi hak mutlak kepada Tengku Muhammad Nazrul Aizriel bin Tengku Nazri. Aku wajib mengikut cakapnya.

            Mampukah aku untuk hidup bersama dia? Entahlah.. Hanya takdir yang menentukan..

*___*

            Aku mengangkat bagasi ke bawah. Pergh! Giler berat kot! Hish! Kalau beg kosng pun dah berat, kalau ada isi mesti lagi berat kan? Boleh patah pinggang aku kalau macam ni terus!

            Aku meletakkan bagasi di atas katil. Akhirnya, aku terbaring lemah di atas katil.

            “Kenapa?” terus aku terbangun dari baringanku. Aku memegang dada. Terkejut siot! Nazrul mengerutkan kening. Giler ke apa budak ni?

            “Janganlah buat orang terkejut!” aku membentak kecil. Nazrul tersenyum sinis. Dia menggelengkan kepalanya perlahan lalu berjalan menuju ke bilik air.

            “Jaga tangan tu, kalau dah tak boleh nak angkat. Jangan angkat! Patah tangan, naya aje!” ujar Nazrul selamba. Okey, fine! Dia memang menyakitkan hati.

*___*

            Nazrul berjalan perlahan keluar dari bilik air. Dia menggelengkan kepalanya perlahan. Perlahan dia menarik hidung Natasha kuat. Dia melepaskannya apabila melihat Natasha bergerak. Dia tersenyum sinis.

            Aku menekup hidung. Sakit giler! Siapalah yang sesuka hati perdajal aku ni? Aku membuka mata. Mataku tajam memandang Nazrul yang tersenyum sinis.

            “Sakitlah mamat!!” bentakku. Nazrul membuntangkan matanya. Sekali lagi, dia menarik hidung Natasha kuat.

            “Aduh! Sakitlah! Lepaskan Nazrul! Kejam giler kau!!” ujarku selamba. Raut wajah Nazrul jelas berubah. Serta-merta dia melepaskan hidungku.

            “Macam tu ke Tasha cakap dengan suami Tasha? Kau aku? Macam tu?” tanya Nazrul keras. Aku menekup mulut. Baru kini aku sedar kesalahanku. Aku lupa yang dia kini telah menjadi suamiku.

            “Sorry.. Terlupa..” aku mengetap bibir. Raut wajah Nazrul yang agak tegang itu aku perhatikan. Okey, fine! Dia memang marah.

            “Giler, suami sendiri pun boleh lupa! Nasib tak lupa family sendiri! Tu, baju tu! Tak pandai nak kemas? Tidur je kerja,” bebel Nazrul.

            “Mana ada! Tertidurlah!” bentakku.

            “Melawan je kerja! Lebih baik simpan baju sekarang!” arah Nazrul. Aku mengeluh perlahan. Gilerlah mamat ni! Dahlah kuat mengamuk, kuat membebel pula tu! Aku tak faham betullah dengan lelaki yang bernama Nazrul ini!

*___*

            Aku berlari masuk ke dalam apartment milik Nazrul di bumi asing ini. Fuh! Giler cantik!! Tabiklah cara Nazrul hias rumah. Cantik sangat!

            “Woi, Tasha! Tak pandai-pandai nak angkat beg ke?” tanya Nazrul sinis. Aku mengetap bibir. Kalau Nazrul ni buka mulut, mesti sinis je sentiasa. Tak pernah nak elok!

            “Yelah! Lain kali nak arah cakaplah lembut sikit. Ni tak, kasar je memanjang! Hilang mood!”bentakku.

            “Melawan je kerja! Ikut je apa yang abang cakap,” aku mengeluh kasar. Asyik-asyik aku yang kena buli! Tension tol!

*___*

            “Duduk sini, abang nak cakap sesuatu,” ujar Nazrul. Aku menghela nafas lemah.

            Lelaki ni tak cukup lagi ke nak buli aku? Tadi disuruhnya aku angkat bagasi yang berat tu naik atas. Selepas itu, dibulinya aku lagi. Penat giler aku kemas baju dia dengan aku yang berlambak giler tu! Sekarang apa lagi?! Aku duduk di hadapannya dengan wajah yang masam mencuka.

            “Boleh tak maniskan muka sikit? Dah macam ciku aje abang tengok! Kelat semacam je!” ujar Nazrul selamba.

            Fine, aku rasa muka aku dah memerah. Telinga aku dah keluar asap. Dahlah aku penat plus mengantuk! Ada ke patut dia kutuk aku lagi? Nanti, aku mengamuk baru tahu!

            “Please, straight to the point boleh tak? Tasha mengantuk giler ni! Tak pasal-pasal je Tasha fire abang!” bentakku keras.

            ‘Budak ni memang giler-giler kasar! Harap muka je lembut, tudung labuh, berpurdah bagai tapi kasar ya amat! Tolonglah respect abang sikit, yang oi!’ ujar Nazrul dalam hatinya.

            “Fine, tolong jangan hebohkan perkahwinan kita kepada sesiapa pun. Termasuk kawan baik Tasha sendiri. Okey?” ujar Nazrul tegas.

            “Pleaselah, tak ada keinginan pun okey?” ujarku bosan.

            “Tak kisahlah Tasha ada keinginan ke tak ke but please, jangan hebohkan!” ujar Nazrul keras.

            “Yang itu je kan? Lebih baik Tasha masuk tidur dahulu. Membazirkan masa je!” ujarku keras lalu berlalu. Nazrul hanya memandang.

            ‘Isteri aku ni memang hot tempered!’

*___*

            Nazrul duduk di sisi gadis yang sedang nyenyak tidur itu. Dia menyelak sedikit rambut Natasha.

            Ketika detik pertama memandang gadis ini tanpa bertudung membuatkan hatinya bergetar kuat. Ingin dia memeluk gadis itu dan meluahkan rasa cintanya yang telah disimpannya selama 8 tahun.

            Dia memandang wajah gadis itu. Dia mengucup perlahan dahi isterinya itu sebelum berlalu keluar.

            Aku membuka mataku perlahan. Aku memegang dahi. Untuk apa kucupanmu itu Adam?

*___*

            Nazrul mengurut kepalanya perlahan. Kusut!! ‘Mereka ni tak ada rumah lain ke nak singgah? Kenapa mesti rumah aku juga? Bagaimana kalau Tasha balik nanti? Pasti kecoh giler!!’

            Nazrul mencapai telefon. Dia mencuba untuk menelefon Natasha namun tidak berangkat. Dia cuba menghantar mesej namun naik lambang sending failed. Dia mengetap bibir. Kacau!!!

*___*

            Aku mengetap bibir apabila terdapat banyak kasut di hadapan pintu rumah. Aku memeriksa handphone. Eh, kenapa tak boleh nak tekan ni?! OMG! Bateri kong! Perlahan aku menolak pintu. Redha ajelah!

            Aku berjalan perlahan ke arah dapur. Berharap tiada siapa yang menyedari kehadiranku.

            “Hey you!” spontan langkahku terhenti. Tanpa menoleh, aku terus berlari masuk ke dapur dan bersembunyi di sebalik tubuh Nazrul yang sedang mengacau air. Aku terus membuka purdah. Penat terasa! Ceit! Lari sikit pun dah penat!

            “Boleh tak bagi salam?” ujar Nazrul keras. Tangannya mengusap dada perlahan.

            “Kenapa ada o..”

            “Hey you! Who are you? Sesuka hati je nak rapat-rapat dengan Nazrul I!” pertanyaan gadis itu membuatkan aku terkaku. Aku memandang ke arah Nazrul dengan kerutan di dahi. Oh.. Padanlah dia tak bagi kecoh soal perkahwinan kami, rupa-rupanya dia sudah ada pilihan lain ye?

            Tiba-tiba tubuhku ditarik ke hadapan. Aku terpaku. Wajah jelita si gadis tingi lampai itu menyapa pandanganku. Apabila aku terpandang akan lelaki di belakang perempuan itu aku terus menolak tubuh Nazrul ke hadapan.

            “Bukannya cantik manapun sampai nak berpurdah bebagai. Tapi yang paling aku tak sangka ada juga ye perempuan yang berpurdah di luar tetapi berzina dengan lelaki!” ujar gadis itu lantang. Aku terpaku. Dia fikir aku ini apa? Perempuan murahan? Pelacur?! Yang dia boleh cakap macam tu! Aku segera memakai purdah.

            “Tolong keluar dari rumah aku sebelum aku naik angin,” ujar Nazrul perlahan tetapi dingin.

            “Aku tak sangka Nazrul.. Aku sangkakan kau ni baik, tapi tak sangka yang kau sanggup buat onar dalam rumah sendiri. Patutlah nak pindah! Ada agenda rupanya!” ujar seorang lelaki. Aku memegang tangan Nazrul. Seolah memberinya kesabaran. Padahal dalam hati, aku rasa macam nak mengamuk dah!

            “She’s my wife, satisfied?! Now, both of you please leave my house immediately!” suara Nazrul mula meninggi.

            “Are you serious? But.. When? Why?”

            “Kau orang berdua ni betul ke dah kahwin? Entah-entah tak,” ujar lelaki itu sinis.

            “Did I need to tell you everything, Erisa?! No, right?! Blahlah dari rumah aku! Tak tahu malu! Aku dah halau berkali-kali masih lagi kat sini! Muka tembok!” tengking Nazrul. Kelam-kabut Erisa dan lelaki itu berlalu pergi.

            Aku mengetap bibir. Aku menggosok belakangnya perlahan. Wajahnya kelihatan kusut sangat! Setelah beberapa minit, aku berlalu naik ke atas. Sarang tebuan jangan dijolok, tak pasal-pasal je ada juga yang masuk hospital nanti!

*___*

            Selang 15 minit, aku turun ke dapur. Melihat Nazrul yang duduk bersendiriran membuatkan aku rasa terpanggil untuk menjenguknya. Aku isterinya, tak akanlah dia nak mengamuk kat aku kot?

            “Are you okay?” aku menyentuh lembut bahu Nazrul. Perlahan-lahan Nazrul membuka kelopak matanya.

            “I’m fine..” Nazrul bangun. Apabila dia ingin berjalan, kepalanya terasa berdenyut-denyut.

            “Okey ke tak ni?” tanyaku perlahan.

            “Entahlah..” perlahan Nazrul memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Aku mengetap bibir. Mamat ni sakit ke apa? Risau aku! Dahlah esok ada kelas!

            Aku memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Aku membuka pintu bilik lalu memasukinya. Wajah dia yang lemah menggamit aku untuk mendekatinya. Selimutnya ku tarik perlahan ke dada lalu aku menyentuh lehernya.

            Pergh! Panas giler! Aku mundar-mandir. Bagaimana nak kurangkan tahap kepanasan dalam masa yang singkat? Kat sini bukannya ada asam jawa!

            “Abang.. Bangun abang,” aku menggoyangkan tubuhnya perlahan. Perlahan mata redup itu memandangnya.

            “Jom pergi klinik?” ajakku perlahan. Dia menggelengkan kepalanya perlahan lalu menyambung tidurnya. Aku mengusap lembut kepalanya.

            “Please?”

            “Abang tak larat nak bangun. Tak akanlah Tasha nak dukung abang kot?” ujarnya perlahan. Betul juga eh? Dia kan berat, mana aku larat angkat? Ish! Pening kepala au! Nak buat macam mana ni? Aku lap dululah kepala dia!

            “Abang, Tasha ambil air untuk lap badan abang ye..?” ujarku perlahan lalu bangun ke bilik air.

*___*

            Nazrul membuka matanya perlahan apabila terasa sesuatu di kepalanya. Dia membuka matanya perlahan. Wajah Natasha yang dekat dengannya membuatkan jantungnya berdebar. Perasaan yang pernah terjadi kepadanya 8 tahun yang lalu kini terjadi kembali..

*___*

            Aku duduk di sisi Nazrul lalu meletakkan cool fever di atas dahinya. Tuala aku rendam lalu dilapkan di seluruh tubuhnya yang terdedah.

            Mata Nazrul yang memandangku tajam tidak aku pedulikan. Sejujurnya, aku merasa debaran yang maha kuat di dalam hati. Wajahnya yang mendekat menambahkan getaranku..

            “I love you..” kata-kata itu membuatkan tubuhku terkaku. Spontan, aku memandang ke arahnya.

            Aku ingin berkata-kata namun sebelum sempat aku ingin berkata bibirku dipagut mesra oleh Nazrul. Terpaku aku di situ.

*___*

            Aku duduk sendirian di kafe. Mataku tekun melihat laptop. Tanganku menekan laju punat laptop. Tiba-tiba mejaku diketuk kasar. Aku mengusap dada.

            Terkejut siot!! Aku memandang ke hadapan. Gadis yang semalam datang ke rumahku merenungku tajam.

            “Mana Nazul?” tanyanya keras. Aku menayangkan muka selamba lalu menyimpan laptop ke dalam beg. Malas aku nak layan minah giler ni!

            “Hey you!” aku mengetap bibir.

            “Sorry, I didn’t recognize you. Who are you? Are you a crazy woman who came from somewhere else?” ujarku lalu menjongket kening. Lantaklah, aku pakai purdah kan? Bukannya dia kenal aku. Gadis itu sedikit terkedu. Aku tersenyum sinis seraya berlalu.

*___*

            Aku menghempaskan tubuh ke sofa. Giler penat kot! Tiba-tiba, ada seseorang duduk di sisiku. Aku mengerling ke arah Nazrul yang sedang minum air.

            Macam sedap je air dia ni! Geram aku! Adoyai! Dahlah aku tengah dahaga gila-gila ni! Kureng betul!

            “Nak?” tanya Nazrul. Aku menganggukkan kepala laju.

            “Buat sendiri!” ujar Nazrul selamba. Aku mencebik geram lalu bingkas bangun. Baru sahaja aku ingin berlalu, tanganku ditarik dan terjatuh ke dalam pelukannya.

            “Merajuk ke?” tanya Nazrul nakal. Aku memuncungkan mulut. Nazrul membuka purdah serta tudungku.

            “Look, muncung mulut dia. Nahlah, abang suapkan,” ujar Nazrul lalu menyuakan jus oren kepadaku. Aku teragak-agak untuk menerimanya tapi apabila melihat wajah yakin Nazrul membuatkan aku memutuskan untuk menerima air itu.

            Setelah aku minum air itu, Nazrul pula meminum sisa air itu sehingga habis. Aku terkedu.

            “Kenapa Tasha pandag abang macam tu?” tanya Nazrul.

            “Kenapa abang minum di tempat Tasha minum tadi? Abang tak geli ke?” tanyaku lurus.

            “Sayang, sayang pernah dengar tak yang salah satu petua untuk mengukuhkan kasih sayang adalah dengan meminum di tempat yang sama. Malah, Rasulullah sendiri berkongsi minuman yang sama dengan Siti Aisya..” ujar Nazrul. Aku terkedu apabila dia memanggil aku sayang. Namun, cepat sahaja aku menangkis perasaan itu.

            Lamunanku terhenti apabila pintu rumah diketuk. Spontan aku dan Nazrul berpandangan.

            “Pergi buka pintu..” arahku. Tapi, Nazrul tetap kaku.

            “Go, abang! Tak akanlah Tasha yang nak pergi buka pintu kot?” tanya aku tak puas hati.

            “Sayang, sayang sedar tak yang sayang duduk di atas pangkuan abang? Macam mana abang nak bangun sayang oi?” tanya Nazrul selamba. Aku segera bangun lalu bergerak ke tingkat atas.

*___*

            Nazrul membuka pintu perlahan.

            “Nak apa?” tanya Nazrul keras.

            “You tak apa-apa ke? Kenapa tak datang kuliah hari ini?” tanya Erisa cemas.

            “Kau isteri aku ke? Tak kan? So, boleh tak jangan menyibuk hal peribadi aku?” ujar Nazrul selamba. Dia menutup pintu kasar membuatkan Erisa terkebil-kebil sendiri di luar. Erisa mengetap bibir.

*___*

            “Siapa?” tanyaku sambil melipat telekung. Nazrul duduk di kepala katil.

            “Erisa..” aku mengerutkan kening.

            “Siapa tu?” tanya aku pelik.

            “Tak akanlah sayang tak kenal?” tanya Nazrul kepadaku.

            “Serius, Tasha tak kenal. Tasha tak pernah berkomunikasi dengan orang yang Tasha tak kenal,” ujarku telus.

            “Sayang, ingat tak orang yang buat kecoh kat rumah kita semalam?” aku mengangguk perlahan lalu duduk di sisinya.

            “Dialah Erisa..” ujar Nazrul. Aku menarik muncung.

            “Seronoklah tadi dapat jumpa kekasih hati kan?” Nazrul mengerutkan kening.

            “Bila masa dia jadi kekasih hati abang pula?”

            “Semalam apa? Dia siap mengaku lagi abang dia punya!” ujarku selamba.

            “Sayang, abang milik sayang seorang lah..” ujar Nazrul. Aku hanya memakukan diri.

            “Sayang? Merajuk ke?” tanya Nazrul nakal. Dia menyimpan tawanya.

            Aku mengetap bibir geram. Ish! Geramnya aku! Mamat ni boleh tanya aku merajuk ke tak? Baik punya suami!!

            Nazrul tertawa kecil. Dia berfikir-fikir seketika. Cara apa yang perlu dia manfaatkan untuk memujuk kekasih hatinya ini? Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.

            “Cantik luar, cantik dalam, cantik dengar sini. Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit. Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit!” Nazrul menyanyikan lirik itu dengan riak wajah yang selamba. Aku tersenyum kecil. Aku menepis tangan Nazrul yang mencuit hidungku. Nazrul membuntangkan mata.

            “Sayang, tepis tangan abang? Jaga sayang!” aku berlari laju ke arah pintu. Eh, berkunci?

            “Abang!” bentakku. Nazrul tersenyum sinis.

            “There is your end,” ujaran Nazrul membuatkan aku semakin kecut. Aku berlari sekeliling bilik namun Nazrul bijak membaca pergerakanku lalu menguncinya. Aku mengeluh perlahan. Lelaki ini memang pandai mencari titik kelemahanku. Jahat! Budak, jahat!

            “Abang nak buat apa kat Tasha?” soalku selamba.

            “I want to keep you awake all the night! Is it okay?” tanya Nazrul nakal. Aku terkedu.

            “Are you crazy? I had a test next week!” ujarku.

            “It is next week, right?” ujar Nazrul lagi.

            “I need to study!” Nazrul menjongket keningnya. Aku mengeluh perlahan.

            “Nazrul..” meleret suaraku memanggil namanya.

            “Natasha..” balas Nazrul selamba. Aku mengeluh perlahan. Budak ni kan!!!

*___*

            Aku duduk sendirian di cafe. Sudah menjadi kebiasaanku untuk tidak bercampur dengan orang lain. Tiba-tiba kerusi di hadapanku ditarik.

            Aku mengetap bibir apabila memandang wajah nakal Farid.Geramnya aku!! Mamat gatal ni kan!

            Tiba-tiba aku terpandang wajah Nazrul yang sedang merenungku tajam.

            “Seorang je ke?” tanya Farid. Kenapalah mamat ni nak mengayat aku entah? Aku bingkas bangun lalu menyimpan barang.

            “Eh, dah nak pergi ke?” tanya Farid kalut.

            “Yup, suami tengah tunggu,” ujarku selamba lalu melangkah pergi ke arah Nazrul. Wajah Nazrul yang agak mencuka itu membuatkan aku sedar yang suami aku ini tengah berangin.

            “Nanti, Tasha cerita dalam kereta ye? Please..” ujarku manja.

            “Okey, fine!” ujaran Nazrul membuatkan hatiku terasa lega.

*___*

            Aku memandang wajah Nazrul yang sedang mencuka.

            “Tasha tak ada apa-apa pun dengan dia, tiba-tiba sahaja dia duduk depan Tasha. Dia tanya Tasha seorang je ke? Tasha tak jawab pun, Tasha terus kemas buku. Lepas tu, dia tanya Tasha nak pergi mana? Tasha jawablah Tasha nak pergi kat suami Tasha.. Abang, still marah Tasha ke?” tanyaku sambil memegang lembut tangan Nazrul. Aku mengetap bibir apabila melihat Nazrul masih diam. Tiba-tiba aku teringat akan cara dia memujuk aku. Hehe, senyuman jahat sudah muncul!

            “Kacak luar, kacak dalam, kacak dengar sini. Kalau saya senyum, awak mesti senyum sekali. Kalau kita senyum, semua orang berjangkit. Jika semua orang senyum, dunia tiada penyakit... So, senyumlah abang! I want to see your smile,” ujarku. Nazrul tersenyum nipis.

            “Macam itulah!” ujarku lalu mencubit pipinya.

            “Pandai je dia pujuk abang ye?” ujaran Nazrul membuatkan bibirku menguntum senyum.

            “Biasalah.. Isteri siapa?’ tanyaku selamba. Nazrul hanya menggelengkan kepalanya.

*___*

            Aku memandang ke arah dapur. Fine, kosong! Okey, aku tahu yang aku perlu ke kedai untuk membeli makanan.

            Aku berlalu ke bilik. Berkerut juga keningku apabila melihat Nazrul seolah-olah hendak keluar.

            “Abang nak pergi mana?” tanyaku.

            “Abang ada group discussion, abang dah lambat ni,” ujar Nazrul lalu memakai jam tangannya.

            “Abang, boleh tak kalau Tasha keluar beli barang? Dan, kemungkinan Tasha makan kat luarlah sebab abang pun mesti makan kat luar kan?” ujarku lalu melangkah ke arahnya. Aku merapikan bajunya.

            “Abang izinkan sayang. Nah,” ujar Nazrul lalu memberikan beberapa keping not $100 kepada aku. Aku terkedu. Banyak sangat ni!

            “Abang, banyak sangat ni! Duit ni macam nak suruh Tasha travel satu Australia je!” ujarku selamba. Nazrul tersenyum nipis. Dia mencium perlahan dahiku.

            “Bakinya sayang simpan ok? Will miss you..” ujarnya lalu mencium pipiku dan berlalu pergi. Aku menggaru kepala. Pening kepala aku dengan mamat ni!

*___*

            Aku melangkah masuk ke dalam restoran kegemaranku. Sebelum kita bershopping kita perlulah mengisi perut kita dahulu! Barulah kita ada tenaga untuk bershopping!

            Aku meliarkan pandangan ke arah tempat kegemaranku. Yes! Kosong!! Aku segera duduk di tempat itu. Takut orang lain ambil!

            Dari situ, aku dapat melihat seisi restoran. Tiba-tiba aku terpandang ke arah satu pasangan yang sedang menyuap satu sama lain. Oh, so sweet! Tapi lagi sweet kalau lepas nikah kan? Dosa pun tak menggunung!

            Tiba-tiba seorang pelayan datang untuk mengambil pesananku. Setelah pelayan itu berlalu pergi, aku memandang kembali ke arah pasangan itu. Tiba-tiba si lelaki itu berpaling. Aku terkedu. Amarahku meluap. Nazrul!!

*___*

            Aku menyimpan baju ke dalam beg. Padanlah dia beri aku duit lebih, duit untuk larikan diri rupanya. Padanlah hanya sekali dia ucapkan kata cinta, rupa-rupanya dia tak pernah cinta. Aku bodoh! Bodoh kerana percayakan dia! Aku bodoh!!

            Kau kejam Nazrul! Tolong! Tolong Nazrul! Leapskan aku dari semua ni! Jikalau tak cinta, bilang aja! Aku rela mengundurkan diri.. Tetapi, kenapa mesti begini?! Kenapa?!

            Aku duduk di penjuru katil. Menangis sendirian! Menangisi kebodohanku kerana terlalu mempercayai Nazrul. Aku beri cinta namun kau beri dusta! Kau hancurkan hati ini! Kau lumatkan hati ini! Biarkan aku sendiri. Menangisi perpisahan ini..

*___*

            Nazrul pulang ke rumah dengan perasaan amarah. ‘Ada ke patut si Erisa dengan kekasih dia tu ajak aku pergi kelab? Sakit jiwa aku!’ Nazrul berlalu ke bilik. Apabila dia membuka pintu, dia berasa pelik. Cadar katil masih cantik tidak berusik. Jam sudah menunjukkan angka 9 malam, tak akanlah Natasha belum balik lagi kot? Tanpa disedari, dia terlelap.

*___*

            Nazrul membuka matanya perlahan. Cahaya matahari yang terik menyilaukan matanya. Dia memandang ke sisi katil. Masih elok tidak berusik. Dia mula berasa aneh.

            Matanya memandang jam, 9 pagi.What?! 9 pagi?! Kenapa Natasha tak kejut?! Adoyai, lambatlah aku hari ini!

*___*

            Nazrul membuka pintu almari. Dia terpana seketika. Ada banyak bahagian yang kosong dalam almari. Dan semuanya adalah bahagian Natasha. Kelam-kabut Nazrul mencari nota yang mungkin ditinggalkan.

            Namun, hampa usahanya itu. Dia terduduk sendirian. Adakah dia sudah ditinggalkan? Tetapi, kenapa?! Dia menumbuk dinding. Hatinya sakit ditinggalkan sebegini. Apa puncanya? Mengapa ini harus terjadi? Adakah semua ini berpunca darinya? Tetapi, apa salahnya?

*___*

Beberapa minggu kemudian..

            Aku melangkah masuk ke dalam tadika. Kini aku bersembunyi jauh di Kedah. Menyembunyikan diri dari semua orang. Pekerjaanku sebagai guru tadika membuatkan aku tidak perlu berhubung dengan semua orang.

            Aku memandang wajah kanak-kanak di hadapanku ini. Perlahan, aku menarik nafas perlahan. Aku memulakan pengajaranku...

*___*

            Aku duduk di atas kerusi. Kepalaku terasa berpusing. Argh! Kenapa pula ni?

            Lebih baik aku masuk tidur dahulu. Dilayankan pening ini, makin pening lagi adalah! Tidur lebih baik! Dah! Mata! Tidur!

*___*

            Nazrul berlari laju ke arah sinki. Usai sampai, dia terus meluahkan isi perutnya. Nazrul memegang kepalanya yang terasa sakit. Dia makin pelik dengan kesihatan dirinya.

            Apabila dia ke klinik, pasti doktor berkata yang dia tidak apa-apa. Dahlah, minggu depan ada final exam! Makin berserabut dia dibuatnya!

*___*

            Aku terpana apabila melihat keputusan itu. Adakah ini realiti atau fantasi? Ada benih yang sedang bercambah di rahimku?

            Ya Allah, kenapa ketika ini datang lagi dugaan? Pasti selepas ini ramai yang memfitnah diri ini. Ya Allah, cekalkanlah diri ini. Tabahkanlah hati ini untuk terus menjalani hidup ini. Sesungguhmya, aku hanyalah insan yang lemah.

*___*

            Nazrul memandang lama gadis yang sedang menghampirinya. Natasha! Dia memandang lama ke arah gadis yang dirinduinya. Namun, dia dapat mengecam perubahan di wajah isterinya itu.

            Wajahnya sedikit tembam dan perutnya sedikit buncit.Tapi, kenapa dengan dia? Adakah dia sakit atau... mengandung?

            Nazrul melangkah perlahan ke arah Natasha namun Natasha makin menjauh. Nazrul cuba mengejar namun Natasha menghilang.

            “Natasha!!!” jeritannya bergema di situ.

            “Tasha!!!”

*___*

            “Tasha!” Nazrul terbangun dari pembaringannya. Dia meraup mukanya. Mimpi itu seakan petunjuk kepadanya. Petunjuk yang memberitauhnya bahawa isterinya mengandung.. tetapi, di mana isterinya sekarang?

            Kepalanya pening memikirkan hal itu. Dia mengurut perlahan kepalanya. Dengan isteri yang hilang entah ke mana, dengan final exam lagi. Ya Allah! Serabutnya kepala!!

*___*

            Aku mematikan telefon bimbit yang asyik berdering. Dah sah-sah Nazrul yang menghubungiku. Setiap hari pasti ada panggilan daripada Nazrul yang akan masuk.

            Naik bosan aku dibuatnya! Aku mengusap perut yang sudah menampakkan perubahannya.

            ‘Sayang, mommy akan sentiasa jaga sayang biarpun tanpa daddy. Kerana, kamulah satu-satunya buah hati mommy dan daddy. Kamulah semangat hidup mommy,’ aku menahan air mata daripada gugur.

*___*

            Nazrul menyimpan perlahan baju ke dalam beg. Sudah 2 bulan berlalu, namun masih tiada khabar berita daripada Natasha.

            Terkadang dia terasa ingin berputus asa sahaja. Namun, Natasha isterinya, cinta hatinya. Tak akanlah dia ingin berputus asa begitu sahaja?

            Jika dia pulang ke Kuala Lumpur tanpa kehadiran isterinya, apa pula kata keluarganya? Nazrul meraup mukanya.

            ‘Natasha, kenapa kau mesti menghilangkan diri? Kenapa? Kenapa? Kenapa kau sanggup menyeksa perasaan ini? Kenapa?!’ tanpa disedari air mata menitis menuruni pipi.

            Tika ini, dia terasa ingin menyembunyikan diri daripada semua orang. Hanya satu tempat sahaja yang difikirkan. Kedah!

*___*

            Aku duduk di pangkin. Merenung ke arah sawah.

            Kedah, negeri yang digelar Jelapang Padi. Pernah juga Kedah digelar Kedah Tua kerana negeri itu adalah negeri yang terlama di Malaysia. Dah! We cut all this nonsense and back to the scene!

            Hijaunya sawah menenangkan hatiku yang rawan. Tiba-tiba purdahku tertanggal akibat angin yang sangat kuat.  Kelam-kabut aku menutup mukaku dengan tudung. Aku berjalan laju menuju ke mana arah purdahku terbang.

*___*

            Nazrul berjalan ke arah sawah. Dia memeluk tubuh sambil memandang ke arah permandangan yang terbentang di hadapannya.

            ‘Natasha, di mana kamu berada sayang? Kembalilah ke dakapanku. Aku merinduimu di setiap detik. Jika kau muncul di hadapanku, akan kuungkapkan kata-kata cinta. Akan aku limpahimu dengan kasih sayang yang tidak terperi.’

            Nazrul menutup matanya. Mencuba untuk merasai angin yang beralun lembut. Tiba-tiba ada sesuatu yang menutup mukanya. Spontan dia mengambilnya.

            Purdah? Dia mencari bauan itu. Ya, ini bau isterinya. Tetapi di manakah dia?

*___*

            Aku teragak-agak untuk mendekati lelaki yang sedang memegang purdahku itu. Susuk tubuhnya seakan-akan aku kenali.

            “Encik..” lelaki itu mengalihkan mukanya. Spontan aku menjatuhkan tudungku. Na... Nazrul!

            Nazrul terpana. Aku terkedu. Aku ingin berpaling namun ada tangan yang merentap tanganku.  Aku cuba menarik namun genggaman itu makin erat.

            “Natasha..” aku menutup mata. Suara itu memang milik Nazrul.

            “Lepaskan saya,” arahku tegas. Nazrul agak tersentak. Namun, dia kuatkan hatinya.

            “Tasha, walau apa pun kesalahan abang. Tolong, maafkan kesalahan  abang dan kembali pulang ke pangkuan abang,” Nazrul bersuara perlahan. Aku menutup telinga.

            “Berilah abang satu peluang untuk menjelaskan segalanya. Tolong, Natasha. Abang tulus kasihkan sayang. Cinta abang kepada sayang umpama seputih melati yang jujur dan sejati.  Cinta abang semerah mawar yang mekar dan mengharum di taman hati. Tolong, kembali kepada abang?” Nazrul cuba memujuk. Aku mengetap bibir.

            “Abang ada perempuan lain ke?” tanyaku. Kedengaran selamba namun hatiku perit untuk mengucapkan kata-kata itu.

            “Sumpah! Abang tak pernah ada perempuan lain! Bercinta pun tak pernah!” ujar Nazrul –bersungguh-sungguh.

            “Abang berjumpa dengan siapa hari itu?” Nazrul mengerutkan dahi.

            “Bila?”

            “Abang tanya bila?! Abang sedar tak hari itu. Tasha ajak abang pergi beli barang, abang kata abang ada hal. Abang pergi jumpa Erisa kan? Main suap-suap segala! Mata ini abang! Mata ini sendiri menyaksikan kecurangan abang!” luahku dengan penuh marah.

            “Abang tak pernah suap Erisa okay? Ya, memang abang pergi jumpa Erisa tapi..”

            “Tapi apa? Kalau perkara itu menyakitkan hati lebih baik tak payah!” ujarku keras.

            “Kami bertiga! Abang, Erisa dan pak we dia! Pak we dia yang suap dia bukannya abang! Masalahnya sekarang, apabila sayang tengok abang waktu itu abang baru aje sampai and pak we dia pergi tandas. Is it clear, honey?” tanya Nazrul sambil memandang tajam ke dalam mataku.

            Do I care?” aku ingin melangkah pergi namun tangannya mengenggam erat tanganku. Nazrul, tolong jangan lunturkan amarahku dengan kasih sayangmu. Jangan cairkan hati yang keras ini. Aku tak ingin jatuh cinta kali kedua dengan orang yang sama.

            “Tengku Natasha Nur Adreena. Pertama kali abang jumpa sayang ialah pada 8 tahun yang lalu. Sayang ingat tak lagi waktu sayang pengsan dahulu? Abanglah orang yang angkat sayang ke sick bay. Apabila abang pandang sayang, automatik hati abang bergetar. Waktu itu, abang takut cinta abang kepada sayang hanyalah disebabkan rupa paras sayang. Abang bisik kepada sayang, abang minta sayang berpurdah. Selepas itu, abang berpindah ke sekolah lain. Abang ingatkan abang tak akan jumpa sayang lagi. Tapi apakan daya, takdir Allah sudah tersusun rapi. Dia temukan abang kembali dengan sayang. Dia satukan kita dengan ikatan pernikahan. Sejujurnya, abang tidak pernah berhenti mencintai sayang sejak 8 tahun yang lalu. Abang bersyukur sangat apabila mengetahui yang sayang merupakan jodoh abang yang telah ditetapkan di loh mahfuz sejak azali lagi. So, maafkan abang?”

            Aku mengelap air mata yang ingin mengalir. Rupanya, dialah insan yang membisikkan -kepada aku untuk berpurdah. Rupa-rupanya dialah insan yang membuatkan ramai insan mencemburui aku.

            “Abang nak tahu tak, dahulu ramai orang yang iri hati dengan Tasha. Ramai yang kata Tasha pura-pura sakit semata-mata inginkan abang mengangkat Tasha. Tasha tak tahan,  so Tasha pindah sekolah. Selama ini Tasha berpurdah kerana nur keinsafan menyinari hati Tasha apabila Tasha dengar kata-kata daripada abang. Dan Tasha tak pernah sangka akan bertemu kembali dengan abang setelah 8 tahun berlalu. Yang paling Tasha tak sangka ialah apabila Tasha kahwin dengan abang, jatuh cinta dengan abang dan mengandungkan anak abang,”

            Nazrul terpana. Betulkah apa yang didengarinya? Adakah isterinya kini mengandungkan anaknya?

            “Sayang mengandung?” tanya Nazrul seakan tidak percaya.

            “Ya, Tasha mengandungkan anak abang. Dah 3 bulan,” ujarku. Spontan Nazrul memeluk tubuhku. Aku terpana.

            “Terima kasih sayang kerana sudi mengandungkan anak abang. Abang pernah bermimpi yang sayang mengandung. Tapi, abang tak pernah duga yang itu merupakan kenyataan. Maafkan abang?” tanya Nazrul sekali lagi.

            “Maaf, maaf, maaf! Tak ada soalan lain ke nak tanya? Fine, Tasha maafkan abang!” senyuman Nazrul kian mekar.

            “Balik rumah abang?” Aku menjelingnya tajam lalu memakai purdah.

            “Tak ada maknanya!” aku menghayunkan langkah ke rumah sewa. Lantak kat dialah! Aku kisah apa?

            “Sayang! Sampai hati sayang tinggalkan abang!” ujar Nazrul lalu memeluk pinggangku.

            “Baliklah ke tempat abang menginap! Kenapa follow Tasha?” tanyaku pelik.

            “Tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Tetapi, disebabkan Tasha tak nak balik dengan abang. Abang terpaksalah follow Tasha balik,” ujar Nazrul selamba. Aku mengetap bibir lalu menghuraikan pelukannya di pinggangku.

            Lantaklah! Aku melintasi jalan laju. Niat di hati ingin melarikan diri daripada Nazrul. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon yang kuat. Aku mengalihkan pandangan. Terpana aku melihat kereta yang sedang bergerak laju ke arahku.

            “Natasha!!!” jeritan Nazrul hanya sayup-sayup kedengaran di telingaku. Aku hanya memikirkan nasib aku dan bayi yang kukandung ini. Tiba-tiba, ada tangan yang menarik dan memelukku erat. Aku menutup mata rapat.

            Setelah beberapa minit, aku membuka mata. Anehnya, Nazrul masih belum melepaskan pelukannya. Bahunya terinjut-injut seperti sedang menangis. Tapi, betul ke yang dia ini menangis?

            “Abang.. Are you okay?” tanyaku lembut.

            “I don’t want to lost you and our baby.Abang baru je jumpa sayang. Abang tak nak kehilangan sayang buat kali kedua. Cukuplah abang menderita selama beberapa bulan yang lalu. Abang tak nak jauh daripada sayang lagi. Tolong, setia bersama abang hingga ke hujung nyawa?” aku mengetap bibir. Suaranya kedengaran begitu telus. Aku memandang wajahnya yang memerah akibat menangis.

            “Baiklah abang. Tasha akan setia bersama abang hingga ke hujung nyawa...”

*_TAMAT_*
By Ayas Liaa Min

p/s: Kelmarin birthday Miss Liaa.So, cerpen ini yg Miss Liaa nk bg korang bc sempena birthday dia.Happy birthday, Miss Liaa.(Nur Aizat Ayiz N.M.)

10 comments:

Anonymous said...

say suka :D so sweet, buat lah sambungan cerpen ini.

Lia veSus Ayiz said...

maaflah tapi Lia sibuk sekarang.. balik cuti pun tak sempat pun nak pegang manuskrip, tambah2 laptop jem sekarang.. Lagilah! Mungkin cuti 2 minggu ni adalah kot cerpen untuk semua.. - Ayas Liaa Min

Anonymous said...

sayasuka!sayasuka!sweet giler cerpen ni.i'm salute u!! ;-)

Anonymous said...

sayasuka!sayasuka!sweet giler cerpen ni.i'm salute u!! ;-)

Lia veSus Ayiz said...

Salute? Lia masih baru lagi dalam dunia penulisan ni.. Masih banyak yang perlu Lia pelajari..

Anonymous said...

Haha... Mengingatkan saya kepada Ketua Pengawas yang bernama Muhammad Nazrul bin Azad... Hostuff tapi skema (pada saya). Sampai bila-bila takkan lupa lelaki yang saya gigit rambutnya masa tadika arwah Cikgu Ani. Memang kelakar. Dia pun dah ambil result UPSR haritu. Dapat tokoh akafemik lelaki. Tahun depan saya pula UPSR. Doakan saya=)

Diniey Iniey said...

So sweet,,its remembering me to someone..best..tahniah

Ayura ayu said...

Arhhh..sweetnyaa...best

Anonymous said...

Same la rembering me to someone gak.dah 6 tahun kami tak jumpa hope dia sihat dan teruskan study dkt u.

Orkid Zulynie said...

Sambungkan lagi...
Best sangat :)

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!