Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

30 March 2013

Cerpen : Setia Menyintaimu...


Let’s the story begin..

            Aku melepaskan keluhan. Pandanganku meliar di sekitar padang. Apalah nasib? Baru masuk sekolah dah sukan! And one more thing yang aku tension sangat-sangat! Private school pun bersukan ke?! Ah! Aku rasa macam nak pengsan!

Tiba-tiba mataku memandang ke arah cincin yang tersarung di jari manisku ini. Cincin yang terbentuk indah itu aku sentuh. Tunang? Aku sama sekali tidak pernah membayangkannya. Bertunang di umur 16 tahun? Sangat tidak dijangka!

Boleh tak kalau aku putar kembali masa dan buat keputusan untuk tak nak masuk private school yang jauh dari KL ini? Kedah? 4 jam perjalanan kot! Dan disebabkan keputusan aku untuk masuk ke sekolah inilah yang memerangkap aku untuk menjadi tunangan kepada lelaki yang lansung aku tak kenal! Dengar kata umur dia 17 tahun.

Entahlah! Tak ambil kisah pun! I don’t care about him! Aku mencapai botol lalu melangkah ke aspuri.

“Auch!” aku memegang bahu. Ya Allah! Sakit giler bahu aku! Bahu mamat ni dibuat dari besi ke apa? Sakitnya tak terperi!!

Sorry..” terpaksa jugalah aku yang minta maaf kat mamat ni. Nama pun upper form punya sekolah! Budak form 4 terpaksa menjadi junior baliklah! Belum sempat aku berlalu, namaku dipanggil. Aku berpaling ke arah lelaki itu.

“Tengku Raisha Nur Qalisha?” soalnya perlahan. Berkerut keningku. Dari mana pula mamat ni tahu nama aku?

“Ya, saya. Kenapa?” berkerut keningku apabila lelaki ini memandangku atas bawah. Hey! Hey! Lu fikir lu sapa? Nak pandang gua atas bawah?

No wonder..” ujarnya perlahan lalu melangkah pergi meninggalkan aku dengan seribu persoalan. Okey, fine! Siapa mamat tak betul tu?! Balik bilik nanti aku memang kena buka fail peribadi tunang aku! Wajib!!

*_*

            Aku terlopong. Dah! Sudah! Argh! So, mamat poyo tadilah tunang aku?! Okey, fine! Muka dia cute macam Min Woo tapi sombong macam Lee Min Ho dalam drama Boys Over Flowers. Semua orang tahu cerita tu kan? Yang popular tahun 2009 tu!

            “Woi! Mana kau dapat gambar abang Riz?” tiba-tiba ada suara yang menyergah aku. Aku mengusap dada. Serius! Aku terkejut! Bangang punya Fazriana! Sesuka hati dia aje!!

            “Mana lah aku tahu mamat tu sapa! Ibu aku yang bagi aku gambar dia!” ujarku selamba. Tanganku lincah menyimpan kembali foto-foto tadi.

            “Wei! Smartnya! Dahlah handsome, comel pula tu! Of course dia ramai peminat kan? Wah! Tapikan aku dengar kata-kata dia dah bertunang. Betul eh? Aku dengar ramai giler orang yang frust sebab khabar angin ni dan setahu aku dengar-dengar kata mereka tengah cari tunang dia. And then, ada kemungkinan tunang dia sekolah sini..” okey! Serius aku rasa macam nak tercekik! Dia orang semua cari aku? Aku?! Tengku Raisha Nur Qalisha?!

            “Lagi satu, aku selalu tengok kau pakai cincin. Cincin apa tu? Boyfriend bagi eh?” aku hanya tersenyum nipis. Giler ke apa nak mengaku? Tempah derita namanya itu! Kalau kau nak cari mati kau pergilah buat announcement kata kau tunang Rizky. Gerenti popular!

            “Eleh, nak berahsia pula! Cakaplah! Enth-entah kau tunang Tengku Adry Rizky yang handsome tu apa?!”spontan aku menutup mulut Fazriana.

            “Kau tak pandai nak slow volume ke? Speaker kau rosak eh?”

            “Wei, jadi betullah kau ni tunang Abang Rizky? Weyh! Aku salute lah! Cair juga hati beku dia dengan kau! Wei! Bagaimana kau boleh jadi tunang dia?!” tanya Fazriana bertalu-talu. Muka aku membahang. Spontan aku menarik selimut lalu menutup muka.

            “Woi, janganlah nak berahsia sangat dengan aku. Ceritalah! Please! Jebal? Raisha..!”

            “Pergi masuk tidurlah! And jangan pandai-pandai beritahu orang lain tentang kami tahu!”

            “Okey, promise cerita esok tahu!” aku mengeluh perlahan.

            “Yes, girl!!”

*___*

            “Okey, fine! Kenapa semua orang pandang aku macam alien! Kau ada bocorkan apa-apa rahsia aku kat dia orang ke?” aku memandang Fazriana dengan penuh syak wasangka.

            “Serius, aku tak pernah beritahu apa-apa tentang kau kepada mereka. Sumpah!” Fazriana mengangkat tangan umpama bersumpah.

Then, kenapa aku umpama seseorang yang dimusihi? Kenapa semua orang pandang aku macam aku tak pakai baju ni? Aku pakai baju lengkap bertudung okay? Lainlah kalau aku tiba-tiba pakai purdah!” ujarku selamba.

“Kau tahu tak sekarang ni tunang kau pandang kita dengan pandangan yang mampu membunuh tahu! Kau bergaduh dengan abang Riz or kau ada skandal dengan sesiapa?” tanya Fazriana. Spontan aku memandang ke arah Rizky yang sedang memandangku tajam.

“Giler tajam wei..! Aku mana ada skandal! Kau giler ke apa? Nak aku kena kejar dengan rotan?!” tanya aku selamba. Tiba-tiba handphone Samsung Ace II aku berbunyi. Ops! Lupa! Dekat sini boleh bawa handphone tapi kalau hilang pandai-pandai tanggung yer cik adik tersayang!

Jumpa aku di belakang DB sekarang – Rizky

Spontan aku mencari kelibat Rizky. Ghaib! Hilang! Lesap!

“Wei! Kau cari siapa? Rizky dah lama blah okay?” tanya Fazriana.

“Aku tahu tapi mamat tu mesej aku suruh aku jumpa dia di belakang DB. Teman aku wei! Aku takutlah! Mamat tu macam nak fire aku dengan kata-kata madah yang berbisa je!” ujarku selamba. Aku menggosok tangan aku perlahan. Serius! Aku takut dengan pandangan mata dia yang sangat tajam itu.

“Okey, fine! Aku teman kau eh? Jangan risau aku akan protect kau hingga ke hujung nyawa eh?” ujar Fazriana tegas.

“Kau terkena penangan setia hujung nyawa eh?” aku memandangnya dengan pandangan yang redup.

“Well, as you guess!” aku menggeleng perlahan. Penangan Amar Asyraf sungguh!

*___*

            Aku melangkah perlahan ke arah Rizky yang bersandar di dinding. Perlahan, tangan Fazriana digenggam erat.

            “Kau relax okay? Aku akan takut kalau kau takut,” ujar Fazriana.

            “Nak buat macam mana kalau aku takut? Nak suruh aku menari lagu Gangnam Style ke apa?” tanya aku tegas.

            “Berpada-padalah! Sampai PSY terlibat sekali kenapa?” jeling Fazriana tajam.

            “Well, biasalah..” aku menjongket kening.

            “Now, fokus! Soalan pertama, budak tu nak jumpa kau sebab apa?” aku menjongket bahu.

            “Jom kita tanya,” ujar aku.

            “Kenapa nak jumpa?” tanya aku. Perlahan mata dia memandang. Redup dan tajam.

            “Kenapa dia ikut?” tanya Rizky perlahan.

            “Tolong temankan?” ujarku perlahan. Rasa gentar masih bersisa.

            It’s okay. Nak elak daripada berdua kan? Dia tahu pasal kita ke?” ujar Rizky.

            “Oh, aku lupa. Semua orang dah tahu pasal kita kan? Pasal siapa tunang aku and so on.. And, right now, I want to ask you! Why other people know about us? Kenapa perkara ini boleh tersebar?” tanya Rizky. Tegas dan sinis.

            “Aku.. Aku tak tahu!” perlahan aku menundukkan kepala. Gentar mula menguasai diri.

            “Macam mana..”

            “Woi! Kau orang berdua ni dah bertunang kan? Of course kau orang berdua lovey dovey each other, or tanggapan aku ini salah?” tanya Fazriana perlahan.

            “Dia... Tak tahu apa-apa ke?” tanya Rizky perlahan.

            “Dia cuma tahu yang kita bertunang. That’s all! Dan dia tak pernah beritahu sesiapa tentang kita! Tolonglah! Bukan salah aku! Kita orang tak pernah beritahu sesiapa pun! Pleaselah! Tolong selidik habis-habisan! Mungkin orang lain yang curi dengar perbualan kita orang!” ujar aku tegas.

            “Lain kali cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar!” ujar Rizky lalu berlalu.

            “Woi! Sebenarnya apa yang berlaku antara kau orang berdua?”

            “Actually, kita berdua tak bercinta pun. Mamat tu entah dari corok mana muncul hantar rombongan meminang kat aku. Disebabkan dia bersekolah di sekolah ini so kita orang pun bertunang,” jelasku. Tiba-tiba, aku terasa seperti ada mata yang sedang memerhati aku. Spontan, aku berpaling. Kelibat orang yang berlari menarik perhatianku.

            “Woi, ada orang mengintai kita wei,” ujarku sambil menepuk kuat tangan Fazriana.

            “What?! Cabut, wei! Cabut!” serentak kami berlari laju ke aspuri.

*___*

            “Wei, kau rasa siapa yang mengintip kita?” tanya aku kepada Fazriana.

            “Orang yang minat kat kau apa? Dia orang jealous sebab kau dah bertunang,” ujar Fazriana selamba.

            “Woi, agak-a..” aku memegang muka. Terdapat cecair yang melekat di situ. Iyurk! Telur busuk kot!

            “Raisha, kenapa aku sekali kena?” tanya Fazriana tidak puas hati. Mukanya sudah dipenuhi dengan telur busuk.

            “Auch!” tiba-tiba bertalu-talu telur busuk dibaling ke muka aku.

            “Woi!!! Kau orang giler ke apa?! Nak baling telur busuk kat kita orang?!” jeritan Fazriana bergema di sekitar dewan.

            “Tak tahu malu! Muka macam monyet, ada hati nak mengorat abang Rizky! Mengaku bertunang dengan abang Rizky pula tu! Perasan betul!” ujar satu suara. Bicaranya menghiris hati dan batinku. Seburuk itukah aku?

            “Dia tak pernah ganggu kau orang kan? So, janganlah ganggu dia!” Fazriana dengan tegas membalas bicara yang menyakitkan hati itu. Dia seolah berbisik perlahan kepada aku dan memintaku untuk bersabar.

            “Tapi, dia ganggu Rizky! Apabila dia ganggu Rizky, dia seolah menganggu aku. Kau faham tak? Ingat, kau orang berdua tu junior di sini! Jangan berlagak jadi senior! Respect kita orang sedikit!” ujar suara itu lantang. Aku mengetap bibir.

            “Bila masa kami kurang ajar? Masalahnya sekarang, kami tak buat salah! Tiba-tiba kami dicop kurang ajar and then kena torture free aje! Apa kes ni? Hello, beza umur kita setahun ajelah. Kadang-kadang ada yang beza sebulan je dengan kami! Janganlah berlagak sangat!” balas Fazriana kasar.

            “Itu kau orang kata tak kurang ajar! Tengking seniorbalik, kau ingat baik sangat ke?”  lantang perempuan itu bersuara.

            “What happens here? Pertandingan berdebat antara senior dan junior ke?” ujar satu suara sinis. Serentak semua terdiam. Mereka memandang ke arah lelaki itu. Aku turut memandang ke arah suara yang amat kukenali itu. Abang Az!

            “Hello guys!! I ask all of you, what happens here? Still no answer? Why don’t you sis? Explain to me what happens here?” ujar Azriel sambil memandang tajam ke arah mataku.

            “Why don’t you ask them by yourself?” ujar aku selamba lalu berlalu diikuti Fazriana.

            “Rizky..” Azriel memandang Rizky dengan penuh harapan.

            “Kau pergilah pujuk adik kesayangan kau tu!”ujar Rizky lalu berlalu. Azriel melepaskan keluhan. Dia lagi! Perlahan dia mengatur langkah untuk meninggalkan dewan. Sejurus dia meninggalkan dewan, riuh rendah dewan itu dengan seribu pertanyaan.

*___*

            “Wei, Raisha. Aku rasa aku kenal kau, tapi kadang-kadang aku rasa macam aku tak kenal siapa kau  yang sebenarnya! Banyak perkara kau yang aku tak tahu membuatkan aku rasa macam aku ni teruk. Tak ambil kisah soal kawan aku sendiri. Please, cerita kat aku tentang family kau from A to Z,” ujar Fazriana. Aku mengangkat bahu.

            “Tengoklah dahulu, aku pergi mandi dahulu. Melekit ni! Sakit jiwa aku dengan mereka! Tak pasal-pasal ada juga yang kena saman ni!” ujarku selamba lalu berlalu ke dalam bilik air meninggalkan Fazriana sendiri.

*___*

            Aku mengeringkan rambut sambil melangkah keluar daripada bilik air. Berkerut keningku apabila melihat Fazriana yang asyik memandang keluar seolah mengintip seseorang.

            “Kau buang tebiat ke minah? Bukannya ada orang pun yang kau nak mengintip sangat tu!” ujarku selamba.

            “Adalah!”

            “Siapa?” aku duduk perlahan di atas katil. Sikatku capai lalu aku menyikat rambutku.

            “Abang Az.. Dia ada kat luar aspuri lah,” ujar Fazriana.

            “Oh.. Lain tahun baru aku keluar, malulah!!” ujarku lalu menekup mukaku dengan bantal.

            “Okey, fine! One question! Siapa abang Az dengan kau?” tanya Fazriana dengan penuh syak wasangka.

            “Abang aku, abang kandung aku..” ujarku perlahan.

            “Gila! Senior-senior di sini semuanya ada hubungan dengan kau ke? Tell me, senior apa lagi yang ada kaitan dengan kau?” tanya Fazriana bersemangat.

            “Kak Nisa, dia tunang abang aku,” ujarku. Membuntang mata Fazriana mendengarnya.

            “Padanlah aku selalu dengar kata mereka tu couple. Kadang-kadang ada junior yang mengintip dia orang dating,” ujar Fazriana selamba.

            “Serius ke?” membulat mata aku mendengarnya.

            “Serius...”

            “So, ada lah..” ketukan di pintu mematikan bicaraku. Aku mengetap bibir.

            “Raisha.. Lebih baik Raisha keluar dari bilik, sebelum abang Az kamu ceroboh aspuri,” aku mengeluh perlahan.

            “That’s mean, abang Az betul-betul serius nak jumpa aku. Chow dulu..” ujarku lalu mencapai tudung Ariana lalu melangkah keluar dari bilik. Aku memandang sekilas kak Nisa. Hailah, kak Nisa, kenapa perlu dipanggil aku ini?

*___*

            “Apa hal?” tanyaku. Aku memandang sekilas wajah abang Azriel yang sedang tekun membuat kerja sekolah. Kalau dia suruh aku keluar semata-mata nak tengok dia buat kerja sekolah lebih baik tak payah!

            “Kenapa boleh kena baling dengan telur busuk?” tanya Azriel. Matanya kini memfokus tepat ke arah mataku.

            “Entah..” aku menjongket bahu.

            “Macam mana dia orang boleh tahu yang Raisha dan Rizky dah bertunang?” tanya Azriel lagi.

            “Raisha tak tahu lansung soal hal itu, tapi ada orang yang mengintip Raisha tadi,” ujarku.

            “Tak apa, nanti abang selidik macam mana hal ini boleh kecoh.And then, Rizky tengah mengamuk giler-giler dengan orang yang bocorkan rahsia ini. Kalau adik tahu siapa yang mengintip adik, adik mesej abang tahu?” ujar Azriel lalu mengusap lembut kepalaku.

            “Tahu.. Dah! Get out from aspuri! Suka hati dia aje nak ceroboh masuk!” ujarku geram.

            “Well, you know me?” ujar Azriel sambil menjongket kening.

            “Bo layan! Dah, blah!”

            “Amboi.. Halau abang sendiri!”

            “Nak buat macam mana kalau abang sendiri ceroboh masuk aspuri? Rasa-rasanya macam ni juga apabila abang ajak kak Nisa keluar? Betul tak? Alah, mengaku ajelah!” ujarku selamba. Muka Azriel sudah memerah. Aku bantai gelak.

            “Jadi, betullah ni? Oh, so sweet..”

            “Shut up girl, back to your room now!” aku tersengih.

            “Oh.. menghalau! You too, back to aspura! Jangan nak berdating kat sini!” ujarku selamba.

            “Orang tahulah!” bentak Azriel lalu berlalu meninggalkan aku sendiri. Aku hanya menggelengkan kepala lalu melangkah masuk ke dalam asrama.

*___*

            “Wei, aku rasa ada something yang betul-betul aku tak faham dengan family kau. Boleh aku tanya?” aku menghentikan suapan. Mataku memfokus ke arah Fazriana.

            “Sejak bila kau pandai minta izin nak tanya aku ni? Selalunya aci redah aje!” balasku selamba.

            “Ish! Aku serius ni!” ujar Fazriana pula.

            “Tanyalah.. Kaunter pertanyaan dibuka 24 jam, setiap hari. So, apa lagi? Tanya ajelah!” ujarku selamba. Memerli. Fazriana mengetap bibir. Minah ni kan!

            “Wei, kenapa kau orang tunang dan bukan couple? Abang kau pun sama. Kenapa eh?” aku mengetuk dagu. Alasan relevan apa yang perlu aku berikan kepada minah yang kuat bertanya ini. Hah! I got an idea!

            “Dalam Islam kita tiada istilah couple. Istilah couple dibawa dari negara barat ke Malaysia. Dalam Islam, waktu kita bertunang adalah waktu kita mengenali satu sama lain. Ertinya, kita dah bertunang pun tak semestinya kita akan berkahwin dengan orang yang sama. Faham?” aku memandang ke arah Fazriana. Dia menganggukkan kepalanya perlahan.

            “So, kau cintakan Rizky ke tak? Kau ada cita-cita untuk kahwin dengan dia tak?” Fazriana menongkat dagu sambil memandang ke arahku. Aku mengetap bibir. Aku memandang ke arah Fazriana yang sedang menagih jawapan daripada mulutku. Masalahnya sekarang, soalan dia lagi susah daripada soalan PMR!

            “Aku.. Aku tak tahu! Dia tu lelaki idaman seMalaya tau! Aku takut kalau-kalu dia itu playboy ataupun suka mempermainkan hati perempuan. Aku takut untuk jatuh cinta dengan dia. Cukuplah dengan segala cacian yang dilemparkan kepada aku. Aku tak ingin dilukai faham tak? Then aku memang tak nak fikirkan soal cinta sekarang. Aku takut perperiksaan kali ini pointer aku menurun. Sudahlah peperiksaan lepas, pointer aku jatuh. Tak akanlah aku nak menurun lagi kot?” ujarku. Aku mengurut kepala. Tension sangat sampai pointer turun!

            “Oh.. Wei, tentang orang yang mengintip kau itu, tak akanlah nak biarkan je kot? Dah hampir 6 bulan kot! Bukannya makin elok, makin teruk lagi adalah! Ada ke patut senior siram kau dengan air kau buat derk aje! Lepas tu, siap marah abang kau lagi sebab fire dia orang! Eh, aku tak fahamlah dengan gaya permikiran kau ni! Tolonglah, berkeras sikit! Jangan biar senior-senior pijak kepala kau!” aku mengeluh perlahan. Minah ni kalau tak membebel sekali tak boleh ke?

            “Kau nak makan ke membebel? Nak makan buat cara nak makan. Aku pergi dulu,” ujarku lalu mencapai pinggan yang sudah kosong lalu berlalu pergi.

*___*

            Aku memeluk tubuh. Kenapa aku rasa macamada orang yang follow aku ke mana sahaja yang aku pergi ni? Aku meliarkan pandangan di sekitar sekolah. Serius, aku kecut giler-giler ni!

            Aku mencapai telefon bimbitku lalu menghantar mesej kepada Azriel.

Abang, Raisha rasa macam ada orang follow Raisha lah.

            Message sent! Aku mengetap bibir perlahan. Langkah dilajukan menuju ke asrama.

*___*

            Rizky menepuk kuat bahu seorang lelaki. Tersentak lelaki itu dibuatnya. Spontan dia memandang ke arah Rizky.

            “Ada cita-cita nak masuk aspuri ke?” tanya Rizky selamba. Wajah pucat lelaki itu dipandang.

            “Ma.. Mana ada,”

            “Then, bersembunyi sebalik pokok depan aspuri, terhendap-hendap macam nak tengok line okey ke tak. Orang tegur muka dah pucat semacam. Atau, kau mengintip seseorang?” tanya Rizky sambil meliarkan pandangannya. Mencari gerangan insan yang diintip oleh lelaki itu.

            “Tak, aku tak mengintip! Be.. Betul! Tak bohong!” lelaki itu mengangkat tangannya umpama bersumpah. Rizky tersenyum sinis.

            “Are you serious? Ingat.. Kalau kau bohong lagi teruk akibatnya,” ujar Rizky selamba.

            “Okey.. Okey.. Aku mengaku.. Aku mengintip Raisha.” Perlahan lelaki itu bersuara.

            “Apa? Kuatlah sedikit. Tak dengarlah..” ujar Rizky sinis.

            “Aku minta maaf sebab mengintip tunang kau,” lelaki itu menundukkan kepala.

            “Macam itulah.. Berani buat berani mengaku. Dah! Kau boleh balik!” ujar Rizky. Lelaki itu menundukkan kepalanya lalu berlalu.

            Rizky memeluk tubuh lalu bersandar di pokok. Tidak lama kemudian, kelibat Azriel berlari laju menuju ke arahnya.

            “Riz, kau nampak tak ada orang yang pelik kat area ini?” tanya Azriel kalut.

            “Harith Helmi, Elite Four,” ujar Rizky.

            “Hah? Mana dia? Mana kau tahu nama dia? Kenapa kau kat sini? Apa kesalahan dia? Kenapa kau kata dia pelik?” tanya Azriel. Keningnya berkerut seribu.

            “Aku nampak dia macam mengintip seseorang. Aku tanya dia buat apa kat sini. Dia cakap dia mengintip tunang aku. That’s all,” Rizky membuat muka selamba lalu berjalan pergi meninggalkan Azriel yang tercengang. Azriel mengerutkan kening.

            “Selama ini mamat ni sentiasa perhatikan adik aku ke? Pelik!”

*___*

            Aku memegang dada. Ya Allah! Nasiblah! Kenapalah aku marathon 140 km/h entah? Bukannya mereka nak mengintip aku sampai ke bilik, bagi lelaki. Kalau perempuan, nampak sangat mereka nak mengintip aku kalau masuk bilik aku. Tapi, kalau mereka sanggup redah memang giler-giler berani lah! Sanggup menceroboh masuk bilik orang demi untuk memalukan aku di sekolah.

            Aku mengeluh perlahan. Sudah 6 bulan aku di sini, namun layanan mereka kepadaku tetap sama. Ya Allah! Berikan aku kekuatan! Aku kena tumpukan perhatian. Peperiksaan semester 1 akan tiba tidak lama lagi dan aku masih tidak mampu untuk tumpukan perhatian. Tambah-tambah lagi dalam Fizik. Fizik memang subjek yang aku hampir-hampir fail dalam ujian lepas.

            Macam mana ni? Ya Allah! Hancurlah aku ujian ini! Aku mencapai telefon bimbit.

Abang, abang pandai fizik tak? Tolong ajar adik boleh tak?

Tidak lama kemudian, telefonku berbunyi.

Abang tak pandai fizik, selalunya A cukup-cukup makan aje. Rizky pandai fizik, abang suruh dia ajar adik ye?

Aku mengetap bibir. Aku nak terima ke tak eh? Tapi kalau aku tak terima siapa yang nak ajar aku? Ah! Lantaklah! Aku datang sini untuk belajar.

Okey je, lagipun adik datang sini untuk belajar kan? Tolong adik eh? Fizik adik hampir-hampir fail ujian lepas. Sebab tu adik minta abang tolong ajar adik.

Sorry eh dik? Abang memang tak pandai fizik. Rizky pandai. Nanti abang minta tolong dia ajar adik eh?

Aku melepaskan keluhan berat. Hanya kepada Rizky aku bergantung kini.

*___*

            Azriel melilaukan pandangannya. Manalah si Rizky ni? Saat ini pula dia nak main sorok-sorok dengan aku. Tiba-tiba matanya memfokus ke arah seorang lelaki yang duduk berseorangan di bawah pokok.

            ‘Yang itu Rizky ke apa? Gaya belajar macam Rizky. Sayangnya dia tundukkan kepala. Ah! Sapa ajelah!’

            Azriel berjalan tapak demi tapak ke arah lelaki itu. Makin lama makin jelas wajah lelaki itu. Oh! Rizky!

            “Woi! Rizky!” Rizky mengangkat wajahnya.

            “Apa?”

            “Woi, tolong ajar adik aku,” Rizky mengerutkan kening.

            “Dia tak boleh belajar sendiri ke?” tanya Rizky selamba.

            “Adik aku hampir fail Fizik ujian hari itu. Tension mungkin? Tolong, ajar adik aku. Please! Kita orang adik-beradik memang tak pandai Fizik. Mengaku awal-awal! Tolonglah  Rizky. Kau seorang sahaja yang terer!” Rizky mengeluh perlahan.

            “Fine! Bagi aku nombor telefon dia. Nanti aku mesej dia,”

            “Kau tak tahu nombor tunang kau sendiri?!” Azriel membuntangkan matanya.

            “Tak ambil kisah pun! Aku malas nak menyibuk!” ujar Rizky selamba. Azriel menepuk kepalanya.

            “Pening kepala aku dengan kerenah kau ni! Nahlah kad adik aku, malam ni mesej dia tahu!”

            “Kalau aku teringat..” mata Azriel membuntang. Dia mengusap dada.

            “Sakit hati aku wei ada adik ipar macam kau! Sabar ajelah Azriel.. Sabar itu separuh dari iman,” Rizky hanya mengerling sedikit ke arah Azriel.

            “Tak kisah..”

            “Fine! Aku rasa macam nak gila!”

            “Tahniah!” Azriel menjeling tajam ke arah Rizky.

            “Izinkan aku untuk ke padang dan menjerit,” Azriel bangun dari duduknya.

            “Pergilah!” balas Rizky selamba.

            “Argh!!” Rizky mengusap dadanya. Terkejut siot!

            “Tadi kata nak pergi padang. Ini tak sampai padang lagi nak menjerit! Putus wayar ke apa?”

            “Fine! Aku memang tak tahan!” Azriel berjalan laju menuju ke asrama. Rizky mengangkat bahu.

            “Tak kisah..”

*___*

            Aku mencapai telefon bimbit yang berbunyi sedari tadi. Aku mengerutkan kening apabila melihat ada mesej daripada satu nombor yang aku tidak kenali. Aku membuka mesej tersebut.

Aku ajar kau Fizik everyday jam 3 petang hingga 4 petang – Rizky

            Giler! Everyday kot! Tak ada cuti ke? Aku nak rehatlah! Kerja sekolah aku banyak yang tak siap ni!

Tak ada rehat ke? Start bila?

            Aku mengetap bibir. Janganlah hari ini. Pengsan dulu!

Kalau kau nak berunding dengan aku fasal tarikh, sorry aku tak ada masa! Ikut je apa yang aku nak. Kalau tak nak tak payah buat kelas dengan aku! Cari tutor lain. Start hari ini, which means kau ada 15 minit untuk datang. Tempatnya, aku beritahu tiap-tiap hari. Hari ini kat pondok depan aspuri.

            Gila!! Mamat ni gila!! Dahlah king control! Gila pula tu! Cepat aku kena tukar baju!

            “Faz! Aku pergi dulu! Aku kena belajar Fizik daripada Rizky,” kelam-kabut aku mencapai pakaian. Harap-harap sempat!

*___*

            Dari jauh aku ternampak kelibat Rizky yang tekun mengulang kaji pelajaran. Aku merenung jam tangan. 5 minit lagi sebelum jam 3 petang. Aku selamat! Buku dipegang erat!

Baru sahaja aku ingin melangkah, kelibat dua orang perempuan menyapa pandanganku. Mereka meletakkan dua keping nota di sebelah buku Rizky dan berlalu pergi. Hish! Dah tahu Rizky dah berpunya, nak usik lagi! Eh! Macamlah Rizky itu suami aku yang aku nak control memanjang. Ops! Terlebih sudah!

Aku berjalan menuju ke arah Rizky lalu meletakkan buku di sisinya.

“Fuh! Penat!”

Aku mengibarkan tudung. Wajah Rizky yang sedang khusyuk membuat kerja tidak aku pandang.

“Lain kali keluar awal 5 minit sebelum jam 3 petang bukannya satu minit sebelum jam 3 petang,” ujar Rizky selamba.

“Hey, aku sampai tingkat bawah 5 minit sebelum pukul 3 petang tahu! Tapi aku tengok ada perempuan pergi jumpa kau so aku datanglah lepas dia orang blah!” ujarku selamba.

“Cemburu ke?” aku menjeling ke arah Rizky.

“Tak ada maknanya!” balas aku sombong. Hakikatnya ada rasa cemburu terbit dalam hati tapi aku diamkan ajelah. Giler apa kalau nak hebahkan?

“Nah..” Rizky menyuakan telefon bimbitnya kepada aku. Aku mengerutkan kening.

“Nak buat apa?”

“Kau checklah contat and message aku. Kau boleh padam contact name yang kau tak suka, tapi beritahu dahulu siapa dia,” ujar Rizky selamba. Aku terlopong. Gilerlah mamat ni!

Namun, aku capai jua telefon bimbit itu. Bukan untuk check SMS or contact name tetapi untuk bermain game. Hehe! Kejam kan aku? Perhabis bateri handphone Rizky. Iyelah! Aku malas nak perhabis bateri handphone aku untuk perkara yang tak bermunasabah ini. So, dah ada peluang kan? Grab ajelah!

Rizky tersenyum sinis lalu mencapai buku fiziknya. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi game. Dia mengerling ke arah Raisha tajam.

Aku tekun bermain game. “Yes! Menang!” aku menekan butang untuk ke Level 2. Belum sempat aku memulakan permainan, telefon bimbit itu dirampas oleh tuannya. Aku menjeling tajam ke arah Rizky.

“Rizky!!” aku membentak geram.

“Aku suruh kau check message and contact aku bukannya main game dalam handphone aku! Sudah! Bawa keluar buku Fizik,” aku memuncungkan mulut. Namun, Rizky membuat muka selamba. Dia meletakkan telefon itu di sisinya.

Aku menjeling ke arah Rizky tajam. Sesuka hati dia aje nak mengarah aku kan? Aku bangun dari duduk. Mataku menangkap kelibat telefon bimbit di sisi Rizky. Perlahan-lahan aku mencapai telefon bimbit. Namun belum sempat aku mencapai, telefon bimbit itu dicapai oleh Rizky.

“Jangan memandai nak ambil handphone aku. Duduk Raisha!” arah Rizky. Aku membuat muka selamba. Tangan aku ingin mencapai handphone namun ditarik oleh Rizky.

“Rizky!” aku membentak geram.

“Sit down girl!” aku menjelir kecil. Tak kisah! Aku mencuba untuk mencapai telefon bimbit Rizky namun dia bertindak untuk menyimpan telefon bimbit itu ke dalam poket.

“Rizky..” aku membuat muka kasihan seperti kucing yang kelaparan minta waktu aku makan di Dewan Selera dahulu.

“Sorry Raisha, sekarang masa untuk belajar bukannya main game. Sudah, cukup buat muka bajet comel kau! Bawa keluar buku Fizik,” arah Rizky.

“Rizky..” aku meleretkan suara.

“Raisha, study!” aku memalingkan tubuh. Merajuk!

“Tak nak kawan Rizky!” Rizky mengeluh perlahan. ‘Tunang aku memang macam budak-budak!’

“Tolonglah Raisha. Aku ada banyak kerja lagi nak buat ni! Raisha! Jangan bazirkan masa aku untuk layan rajuk kau! Dahlah hari nak hujan ni!” ujar Rizky. Sekilas dia memandang langit yang bertukar kehitaman.

“Biarlah kalau nak hujan pun! Rizky bukan pernah pedulikan Raisha pun!” aku memeluk tubuh. Serius, aku terasa! Biarlah aku nak main game pun! Dah lama aku tak main!

Rizky mengeluh perlahan.

“Kau berdirilah kat situ sampai malam, aku pergi dahulu!” Rizky mengemaskan buku-bukunya. Walaupun terselit rasa risau di sudut hatinya namun dia tahu Raisha pandai menjaga diri. Perlahan-lahan dia bangun dan berlalu pergi dari pondok itu.

Aku terduduk perlahan. Rizky tak akan pedulikan aku kan? Perlahan-lahan rintik-rintik hujan mula membasahi bumi. Aku masih di situ. Menangisi penderitaan aku di sini.

*___*

            Dari jauh Rizky ternampak Raisha duduk bersendirian dalam hujan. Rizky mengetap bibir. Degil betullah minah ni!

            Rizky mencapai jaket lalu disarung ke tubuhnya. Sehelai jaket simpanannya turut dicapai. Kenapalah aku tak tergerak hati bawa payung ke sekolah ini entah? Ah! Pedulikanlah!

*___*

Aku memeluk tubuh. Kesejukan kian mencengkam. Rizky memang tak pernah pedulikan aku. Rizky memang tak ada hati dan perasaan. Meninggalkan aku sendirian terkontang-kanting tidak berteman. Tiba-tiba, ada seseorang menyarungkan jaket kepadaku.

“Abang Az!” Aku memeluk tubuh itu erat.

Rizky terpaku. Jiwanya bergetar.

“Abang..” tangisan mula berlagu dan tiba-tiba pandanganku menjadi kelam.

“Raisha..” Rizky mengerutkan kening apabila tiada balasan dari Raisha hatta tangisan pun. Dia menolak tubuh Raisha menjauh.

“Ya Allah, Raisha!” Rizky mengangkat tubuh Raisha ke pondok. Dia mencapai telefon bimbitnya.

“Hello, Azriel. Tolong aku. Aku tak tahu nak buat apa. Adik kau pengsan!” Rizky mematikan panggilan apabila mendapat balasan daripada Azriel.

Apa yang dia nak buat ni? Tak akanlah dia nak buka tudung Raisha kot? Ah! Tunggu Azriel ajelah!

Tidak lama kemudian, Azriel tiba.

“Woi, kenapa kau orang berdua basah? Kau orang buat drama Kuch Kuch Hota Hai ke?” tanya Azriel selamba. Rizky menjeling tajam ke arah Azriel.

“Daripada kau membebel, lebih baik kau fikirkan cara untuk bawa adik kesayang aku ni ke hospital,” ujar Rizky.

“Aku rasa lebih baik kau dukung adik aku naik kereta aku,” ujar Azriel. Rizky menjeling tajam ke arah Azriel.

“Sememangnya kau ada kereta ke? Lesen ada tak?”

“Kau nak tahu tak satu rahsia?” Azriel menjongket kening. Rizky membuat muka tak ada perasaan.

“Kau ni kan! Sentiasa buat muka tak ada perasaan! Iyalah! Aku minta kebenarn sekolah untuk bawa kereta. Aku pergi ambil kereta dahulu,” ujar Azriel lalu berjalan menuju ke keretanya. Rizky merenung wajah Raisha. Dia mengeluh perlahan.

‘Kenapalah aku kena dukung dia eh? Tak apalah, memang akulah punca dia pengsan,’

*___*

            Aku membuka kelopak mata yang terasa berat. Cahaya terik yang menyinari membuatkan mata aku terasa pedih. Dalam sinaran yang terik, aku dapat melihat seorang lelaki sedang tidur di sisi katil.

            Siapa pula ini? Aku perlahan-lahan bangun dari pembaringan. Pening di kepala masih terasa. Aku memegang kepala. Alhamdulillah! Masih bertutup!

            Aku mencuba untuk mencapai air yang berada agak jauh dariku. Argh! Takut jatuhlah pula! Hey! Siapalah yang tidur di sisi aku ini? Bangunlah!

            Tiba-tiba ada gerakan dari lelaki itu. Eh, dia dengar ke apa yang aku cakap tadi?! Mampus!

            “Raisha dah bangun? Nak air ke?” tanya Rizky dengan suara yang agak serak. Aku hanya menganggukkan kepala. Perlahan-lahan Rizky bangun dan menuang air ke dalam cawan sebelum disuakan kepada aku.

            “Thanks,” ujarku. Rizky mengangguk lemah sebelum berbaring di sofa. Keadaan yang agak lemah membuatkan aku tertanya-tanya. Adakah lelaki ini sakit? Tetapi, kenapa? Bukankah Azriel yang bermandi hujan dan mendukung aku yang pengsan?

            Ah! Terlalu banyak persoalan membuatkan kepala otak aku berserabut. Aku berbaring semula.

            Belum sempat aku menutup mata, pintu dibuka dari luar.

            “Are you awake, sis?”tanya Azriel dengan senyuman di bibir. Aku mulai pelik. Bukankah abang Az seorang yang tidak boleh kena hujan? Dalam bingung, aku angguk jua.

            “Rizky mana?” tanya Azriel. Aku menunjuk ke arah Rizky yang sedang enak tidur di sofa. Azriel berjalan ke arah Rizky.

            “Woi, Rizky bangunlah! Dahlah demam! Selimut pun tak ada! Itulah! Hari itu nak main dalam hujan sangat! Tengok sekarang, seorang masuk hospital seorang lagi demam tak kebah-kebah! Pening aku dengan kau orang berdua ni!” bebel Azriel. Aku terpana seketika.

            Rizky main hujan? It means dialah orang yang aku peluk? Astaghfirullah! Dan dialah yang angkat aku? Astaghfirullah Rizky! Maafkan aku kerana tersilap menilai kau! Aku mengerling ke arah Rizky yang berjalan lemah ke pintu. Rizky, kenapa kau sanggup selamatkan aku? Adakah kerana rasa bertanggungjawab kau atau kerana kasih sayangmu? Namun, wujudkah kasihmu untuk tunangmu ini?

*___*

            Aku mencapai tudung apabila pintu wad tiba-tiba diketuk. Segera aku menyarungkan tudung ke kepala.

            “Masuk..” arahku. Kelibat Fazriana yang muncul melegakan hatiku.

            “Wei, kau nak dengar gosip terbaru tak?”

            “Tak!” aku memandang Fazriana dengan pandangan yang redup. Aku tak nak bergosip ok?

            “Tapi gosip ini tentang kau wei!” aku mengeluh perlahan. Kenapalah aku ini famous sangat? Ke sana ke sini ada gosip liar!

            “Tentang apa?”

            “Ada orang nampak kau dating dengan Rizky siap berebut-berebut phone lagi then ada yang cakap dia orang nampak kau berpeluk dengan Rizky. Betul ke wei? Perkara ni dah heboh tahu!” ujar Fazriana bersemangat.

            “Erm.. Yang kes peluk tu aku ingatkan dia abang aku, sebab tu aku main peluk aje! Then, dia pun diam aje. Lepas tu aku pun pengsan tanpa aku tahu siapa yang aku peluk,” cerita aku panjang lebar.

            “Wei, gilerlah kau orang berdua. Tapi, sebab apa kau jumpa dia? Of course ada sebab kan?” ujar Fazriana sambil menjongket kening.

            “Gila ke apa nak jumpa dia tanpa sebab! Dia setuju nak ajar aku Fizik, then aku jumpalah dia. Sebelum aku jumpa dia, ada dua orang perempuan bagi nombor phone dia orang dekat dia, so aku datanglah lepas dia orang blah! Rizky tanya aku kenapa datang seminit sebelum pukul 3 petang sepatutnya aku datang 5 minit sebelum pukul 3 petang, patutnya aku datang 5 minit sebelum pukul 3 petang. Aku katalah kat dia aku mai lambat coz tengok perempuan tu bagi nombor telefon kat dia.

Then kau tahu tak dia bagi aku handphone dia dan suruh aku tengok mesej dan contact name dia. Disebabkan aku malas yang teramat aku mainlah game dia. Dia sedar tahu aku main game dia, so dia rampaslah handphone dia dan disebabkan rasa bengang yang teramat aku try rampas handphone dia. Dia tarik handphone dia then dia simpan dalam poket dia. Aku tension betul! Then, aku merajuk dengan dia. Rizky malas nak layan aku so dia pun blah.

Disebabkan aku ini degil, so aku tunggu dia datang pujuk aku. Walaupun hujan, aku still tunggu dia datang kat aku. Pujuk aku. Tenangkan aku. Selepas beberapa puluh minit, aku rasa ada orang letak jaket atas aku. Aku ingat dia tu abang Az sebab tulah aku peluk dia. Dia pun tak cakap apa-apa sampailah aku pengsan,” aku mengelap sedikit air mata yang bergenang di tubir mata. Fazriana menepuk bahuku perlahan.

            Tiba-tiba pintu bilik diketuk.  Aku mengelap air mata.

            “Masuk..” Rizky melangkah masuk dengan buku dan beg di tangan.

            “Nah beg dan buku kau. Abang kau suruh aku hantar. Ingat, minggu depan periksa,” ujar Rizky memperingati. Aku hanya menganggukkan kepala.

            “Rizky, kelas Fizik?” Rizky mengeluh perlahan.

            “Fine, bawa keluar buku Fizik,” aku hanya menuruti arahan Rizky. Buku fizik dicapai. Fazriana turut duduk di sisi. Rizky membawa keluar buku fizik lalu dia mengajar satu demi satu supaya tunangannya itu faham akan istilah fizik.

*___*

            Aku berjalan di dewan makan. Ramai mata yang memandang namun tidak aku pedulikan. Aku tahu sepanjang ketiadaanku selama ini, banyak gosip liar yang meliar di sekolah. Aku tak tahu bagaimana Rizky boleh menghadapi semua ini.

            Dikecam sana sini umpama tiada penghujungnya. Namun, aku harus terus bersabar. Tidak akanlah hanya kerana hal ini aku hendak putus semangat? Ini bukan diri aku! Aku mencapai bihun sup yang mash panas lalu dibawa dengan penuh berhati-hati.

            Tanpa diduga, tubuhku ditolak kasar. Bihun sup itu terhempas lalu airnya mengenai tangan dan kaki aku. Pedihnya tak terkira. Aku menunduk menahan rasa sakit yang bertandang.

            “Woi, perempuan!” suara lantang Azriel membuatkan langkah perempuan itu terhenti.

            “Why Azriel? Do you want me to apologize to your sister? I’m so sorry Az. She’s too careless meanwhile I’m doing anything wrong!” ujar gadis yang bertag nama Fasha itu selamba. Azriel mengetap bibir menahan amarah.

            “Kalau kau tak nak minta maaf, aku akan minta sekolah ini untuk buang kau dari sekolah ini!” Azriel mengugut lagi. Fasha tertawa sinis.

            “Aku pelik lah Az.. Kenapa adik kesayangan kau ni tak pernah bela diri dia?  Kenapa kau yang selalu lindungi dia? Atau, adik kau ni memang tak boleh berdikari? Semuanya nak harapkan orang, hah?” ujar Fasha sinis. Aku mengetap bibir. Kesabaranku di tahap yang ternipis. Ditambah pula dengan kesakitan yang bermaharajalela di sekitar tanganku. Di saat ini, aku berharap Fazriana berada di sisiku. Namun, apakan daya? Gadis itu terpaksa mengikuti perkhemahan di Sik, Kedah.

            “Dia bukan tak nak marah kau, but she respect you as her senior. So, kau pun kenalah respect dia as junior kau. Janganlah sesedap hati nak torture dia!” ujar Rizky tegas.

            Respect budak tak tahu malu ni? Oh, pleaselah! No way okay!” balas Fasha sinis. Aku memandang wajah Azriel yang sudah memerah. Pasti dia sedang menahan amarah yang akan meletus pada bila-bila masa.

            “Kalau aku tak fikirkan yang kau ni perempuan dah lama kau makan penumbuk aku!” marah Azriel lantang dan kuat. Fasha sedikit tersentak namun dengan segera dia mengawal reaksi mukanya.

            “Tumbuklah aku kalau itu yang boleh buat kau puas! Kenapalah kau nak bela budak tak tahu malu ni? Menggatal sana sini dengan jantan! Tak faham betul aku!” ujar Fasha sinis. Tiba-tiba tubuhnya basah disirami air ais. Rizky tersenyum sinis.

            “Mulut kau tak kalau diam tak boleh ke? Sakit tahu telinga aku dengar kau membebel entah benda apa yang kau sebut tu! Try to be quiet for a day!” ujar Rizky sinis. Dia berjalan menuju ke arahku.

            “Raisha okey ke?” tanya Rizky lembut.

            “Nothing worse. Just, melecur sedikit je. It’s okay. I’m fine,” ujar aku lalu mencuba untuk bangun. Namun, agak sukar kerana kakiku melecur.

            “See? You can’t stand! Azriel, stay here! I’ll get your car,” ujar Rizky lalu mengorak langkah.

            “Rizky! Kau tak nak minta maaf dengan aku ke?!” suara lantang Fasha menghentikan langkah Rizky.

            “Aku tak akan minta maaf kepada perempuan yang tak tahu malu! Menjerit sana sini depan khalayak ramai macam tak ada harga diri aje!” ujar Rizky selamba. Muka Fasha memerah.

            “Rizky! Siap kau! Aku cincang kerat 14 badan kau!” jerit Fasha. Azriel tersenyum sinis.

            ‘Terima kasih Rizky kerana sentiasa berada di sisi adik aku tika suka ataupun dukanya’ getus Azriel dalam hati.

            Aku merenung kelibat Rizky yang menjauh. Thank you so much, Rizky. Inshaa Allah jika kita ada jodoh, aku ingin menjadi surimu untuk seumur hidupmu. Inshaa Allah.

*___*

Aku terpana apabila melihat keputusan peperiksaan semester terakhir aku. Ya Allah! Fourth Flat!! Alhamdulillah!

“Raisha! Tahniah!!” jerit Fazriana dari jauh. Dia berlari ke arahku lalu memelukku erat.

“Jom, kita raikan hari kebahagiaan kau ini!”ujar Fazriana girang. Aku menggeleng perlahan.

“Hari ini hari pertama abang Az dan Rizky menghadapi SPM. Aku ingin menyokong mereka sebagaimana mereka menyokong aku. Aku tak akan raikan kejayaan aku tanpa mereka di berdua di sisi aku,” ujarku tegas.

“Fine! Kita raikannya selepas mereka tamat SPM! Yeah!”

*___*

Beberapa minggu kemudian..

            “Cheers!” aku meminum air jus oren itu.

            “Ah! Lega! Tamat SPM! Bebas!!” ujar Azriel girang.

            “Tak apalah kau orang happy, kita orang sedih..” ujar Fazriana sayu.

            “Kenapa pula sedih?” tanya kak Nisa prihatin.

            “Tahun depan kan kita orang SPM. So sad.. Right Raisha?” Fazriana menjongket kening. Aku hanya mengangguk.

            “Betul, betul, betul! Tahun depan SPM! Argh! Nayalah Raisha, bang! Tutor tak bergaji akan pergi meninggalkan Raisha,” ujarku selamba. Aku menjeling sekilas ke arah Rizky.

            Don’t worry morry, skype kan ada?” ujar Azriel selamba.

            “Tak samalah bang..” aku mengacau perlahan air itu.

            “Betul bang! Tak sama! Dalam komputer tak boleh pegang-pegang hanya boleh pandang-pandang..” ujar Fazriana selamba. Dek kerana geram, aku menendang kuat kaki Fazriana.

            “Aduh! Sakitlah Raisha!!” Fazriana menjelingku tajam. Aku membuat muka selamba.

            “Serve you right!”

            Azriel mendekatkan tubuhnya dengan Rizky.

            “Habislah kau Rizy kalau kau kahwin dengan adik aku. Menendang aje kerjanya!” ujar Azriel mengutuk. Rizky mengerling sekilas ke arah Azriel.

            “Sememangnya dia berani ke nak tendang aku?” tanya Rizky selamba.

            “Kau jangan tanya aku, kau tanya dia sendiri..” balas Azriel. Rizky tersenyum sinis.

            “Raisha, Azriel tanya kalau..” kata-kata Rizky terhenti apabila Azriel menendang kuat kakinya.

            “Kau pun sama spesies dengan adik kau. Menendang aje kerjanya! Raisha, Azriel tanya kalau aku yang tersalah cakap or so on.. Kau akan tendang kaki aku tak?” ujar Rizky selamba. Aku terpaku. Mak oi soalan! Bikin aku sesak nafas oo!

            “Ikut keadaan..” balasku selamba.

            “Kiranya kau ada ura-ura nak tendang kaki Rizkylah ni?” tanya Fazriana. Aku mengangkat bahu.

            “Mungkin..”

            “Nayalah kau Rizky!” ujar Azriel lalu menepuk perlahan bahu sahabatnya. Aku hanya diam sambil memerhatikan kerenah mereka. Sekilas aku terfikir, mampukah aku dan Rizky bercinta seperti abang Azriel dan kak Nisa? Sedangkan, hakikatnya kami berada di dalam dunia yang berbeza.

*___*

            Aku mengetap bibir perlahan. Hari ini Rizky akan bertolak ke London, dia akan meneruskan pelajarannya di sana. Nasiblah kan? Tunang pandai! Of courselah dia akan  terbang melayang pergi belajar ke luar negara.

            Aku berharap suatu hari nanti aku akan melanjutkan pelajarannya di universiti yang sama dengannya. Aku hanya memerhati langkahnya yang menjauh.

            “Woi! Berangan!” aku menggosok dada. Terkejut kot! Aku memandang tajam ke arah Azriel yang sedang mentertawakan aku. Amboi! Seronok dia eh? Aku memijak kuat kakinya.

            “Serve you right!” aku menjelirkan lidah lalu berjalan keluar dari KLIA. Tiba-tiba aku ternampak kapal terbang yang baru berlepas.

            Pergilah Rizky, pergilah mencapai cita-citamu.. Aku akan terus setia berada di sisi dan menantimu hingga kau kembali semula ke pangkuanku. Biar beberapa tahun kau pergi meninggalkan diri ini. Namun, aku tetap di sini. Setia mencintaimu.. Setia menantimu.. Setiaku kepada hingga ke hujung nyawa. Diri ini akan tetap menjadi pencintamu hinggalah nyawa berpisah dari jasad. Biarkan aku menjadi pencintamu dalam diammu...

*___*

Beberapa tahun kemudian..

            Aku memberhentikan kereta di bahu jalan. Argh! Apa pula ni? Tension aku! Aku nak balik rumah pun tak senang! Problem memanjang!

            Di KLIA kereta tak boleh nak start, sampai sini mati enjin pula! Aduh! Sakitnya hati aku! Dahlah mengantuk, penat, masalah datang pula tu! Konon nak buat suprise kat family kini aku pula yang merana.

            Nak call Azriel, of course mamat tu membebel tanpa noktah pula nanti. Dulu taklah membebel dia sampai macam itu. Lepas kahwin terus jadi kuat membebel. Agaknya, kak Nisa kuat membebel kot kat rumah. Adoyai! Pengsanlah aku!

            Tiba-tiba, tingkapku diketuk. Dengan teragak-agak aku menurunkan cermin kereta.

            “Cik okey ke?” tanya pemuda itu. Kenapa aku rasa macam pernah tengok mamat ni eh? Kenapa muka dia macam Rizky?

            “Rizky?” perlahan aku menyoal. Iyalah! Tak akanlah aku nak kuatkan suara pula? Silap orang nanti macam mana? Perlahan dia membuka cermina mata gelapnya.

            “Raisha? Kau buat apa kat sini? Setahu aku kau balik seminggu lagi,” ujar Rizky sambil menatap wajah gadis yang dirinduinya saban hari.

            “Peace, balik awal seminggu. Ingatkan nak buat suprise. Tapi, kereta ni merajuklah pula!” ujarku selamba.

            “Kau last service kereta ini bila?” aku mengetuk dagu. Last aku balik last year, last service bila? Ya Allah! Aku rasa dah bertahun-tahun apa? Ya Allah, alpanya aku!

            “Dalam beberapa tahun lepas..” aku mempamerkan senyuman tidak bersalah. Rizky menepuk dahi.

            ‘Teruknya tunang aku ini!’ Rizky menggeleng lemah.

            “Kau jual je kereta kau ni! Dah, bawa barang kau masuk dalam kereta aku!” ujar Rizky. Aku berjalan keluar dari kereta lau membuka bonet untuk mengambil barang. Aku mencapai barang yang agak ringan lalu dibawa ke kereta Rizky. Namun, aku terpaku apabila ada perempuan lain dalam kereta Rizky. Okey! Ini menimbulkan syak wasangka! Rizky memang nak kena!

            “Rizky..” aku memanggil namanya perlahan.

            “Kenapa?” tanya Rizky.

            “Who’s that girl?” tanyaku. Rizky tersenyum nipis.

            “Cemburu ke cik Raisha?” tanya Rizky selamba. Aku menjelingnya tajam.

            “Raisha serius ni!” Rizky melepaskan tawanya perlahan.

            “Secrectary aku lah. Tak payah nak jealous sangat. Aku baru balik dari outstation,” ujar Rizky. Oh! Penatnya dia! Dahlah baru balik dari outstation, nak angkat barang-barang aku yang tak terkira banyaknya itu.

            “Oh.. So penatlah ni? Sorry tahu! Rizky dah penat Raisha bebankan Rizky lagi. Sorry sesangat. Raisha tak sengaja. Bukannya Raisha tak nak service tapi serius terlupa. Sorry sangat Rizky,” aku mengetap bibir.

            “Don’t worry, I’m okey. Tak akanlah aku nak biarkan tunang aku sendiri kot? Dah lagi cepat kita simpan barang, lagi cepat kita balik. Lagi cepat aku berehat, ye cik Raisha?” ujar Rizky selamba.

            “Okey,” aku berjalan laju ke kereta Rizky lalu menyimpan barang-barang ku di bonet. Setelah habis mengubah barang, aku mengunci kereta. Kemudian, aku melangkah masuk ke dalam kereta Rizky. Sekilas, aku memandang wajah setiausaha Rizky yang memandang tajam ke arahku.

            “Tak tinggal apa-apa dah kan?” tanya Rizky.

            “Inshaa Allah, tak kot,” ujarku. Rizky mengangguk perlahan dan memulakan pemanduannya. Aku bersandar lalu melelapkan mata. Aku ingin berehat setelah menghadapi perjalanan selama 12 jam.

*___*

            Aku membuka kelopak mataku perlahan.

            “Kenapa you nak hantar I dahulu? Kan kita nak pergi lunch sama-sama,” ujar setiausaha Rizky.

            “Riana you kena faham. I kena hantar you dahulu, lepas tu I hantar Raisha balik rumah and I akan lunch di rumah Raisha. Clear?” ujar Rizky. Dari nada suara dia sahaja aku sudah mengetahui bahawa dia serabut dengan sikap Riana.

            “Siapa Raisha tu dengan you? Kan I dah cakap tadi jangan berhenti. Now, kita punya plan dah hancur!”

            “She’s my fiancee! Satisfied?!” Rizky menguatkan suaranya sedikit. Dia tidak mahu menganggu Raisha yang sedang nyenyak tidur.

            “You jangan bohong I. Bila masa you bertunang? Selama I kerja under you tak pernah Raisha tu muncul. And then, you tiba-tiba je nak mengaku kata Raisha tu tunang you. Rubbish!” bentak Riana.

            “Selama ini dia belajar di luar negara. Baru hari ini dia balik,”

            “You kan kaya, kenapa you tak bagi duit kat dia suruh dia balik?!” tanya Riana masih tidak berpuas hati.

            “Dia bukannya tak ada duit, parents dia dah cukup kaya tapi dia yang tak nak balik. Malas katanya,” balas Rizky.

            “Minah tu gila! Ada ke macam tu? I tak kira, kita kena lunch dua juga!” Rizky  memberhentikan keretanya. Tersentak aku dibuatnya, namun aku kena bertahan. Berlakon Raisha, berlakon!

            Rizky membuka pintu Riana lalu menarik gadis itu keluar sebelum masuk kembali dan mengunci pintu. Rayuan Riana tidak dipedulikan.

            “Itulah! Sombong sangat! Orang bagi betis dia nak peha! Buat sakit hati je!” bebel Rizky. Kuat bebel juga mamat ni! Nayalah aku!

*___*

            “Mommy!!” aku berlari ke arah Datin Ida.

            “Ya Allah, anak aku jatuh masuk dalam lombong!” aku bercekak pinggang.

            “Mommy! Anak mommy ni sihat walafiat tahu! Tak pernah lagi jatuh masuk dalam lombong pun tau!” marahku.

            “Ya Allah, Raisha! Kenapa tak beritahu awal-awal?! Ya Allah! Budak bertuah ni! Balik dengan siapa?” tanya Datin Ida. Aku hanya membuat muka selamba lalu menunjuk ke arah pintu. Datin Ida turut memandang ke arah pintu.

            “Ya Allah, Rizky! Raisha kenapa kamu buli si Rizky tu?! Budak-budak ni! Dahlah beg itu berat!” Datin Ida menggelengkan kepalanya.

            “Mommy, I’m so tired right now! Please, jangan bebel kat Riz!” ujar Rizky. Dia berbaring di atas sofa. Datin Ida mengeluh perlahan. Dia memandang wajah keletihan Rizky.

            ‘Penat sangatlah itu! Raisha ni kan?! Bertuah betul! Kenapalah tak mesej aku kata nak balik. Kalau tak boleh aku hantar pemandu. Raisha, Raisha! Suka sangat menyusahkan Rizky!’

*___*

            Aku melangkah riang menuju ke ruang tamu. Rambutku disanggul perlahan.

            “Mommy, Rai..” terbuntang mataku apabila melihat Rizky yang sedang memandangku. Kelam-kabut aku berlari naik ke atas.

“Mommy! Kenapa tak beritahu yang Rizky masih wujud lagi dalam rumah ini?!” aku menjerit sekuat hati. Datin Ida dan Azriel bantai gelak. Rizky membuat muka tak ada perasaan. Aku menekup muka ke bantal. Malunya!!!

*___*

            “Raisha!!” aku membuka kelopak mata yang terasa berat. Apa lagi bala yang akan menimpa aku hari ini?

            “Ya!!” aku membalas. Bantal aku tekup ke muka. Malas!!

            “Raisha!! Bangunlah! Woi! Bakal mak mertua kau nak datang malam ni! Tengku Raisha Nur Qalisha! Bangunlah dik! Abang tak larat nak kejutlah!” Azriel menggoyang tubuhku kasar.

            “Orang dah bangunlah! Okey, fine! Sekarang pukul berapa? Mama nak datang pukul berapa?” tanya aku mamai.

            “Sekarang dah pukul 6 petang. Mama nak datang pukul 6.30 petang,” ujar Azriel selamba.

            “Hah?! Abang biar betul?! Kureng kau Azriel!!” aku segera mencapai tuala. Manakala Azriel menahan tawanya. ‘Sorry eh dik?’

*___*

            Aku mencapai tudung dan jam. What?! 4.30 petang?!

            “Azriel!!!” aku berlari turun ke bawah. Azriel memandang sekilas ke arahku sebelum berlari laju ke halaman rumah.

            “Kalau aku dapat kau! Siaplah!!!” jeritku kuat. Kak Nisa yang sedang membaca majalah hanya menggelengkan kepala. Budak-budak ini memang kaki gaduh.

*___*

            “Mama, papa, daddy dan mommy dah berbincang,” meleret suara Dato’ Ifzan.

            “Daddy boleh tak jangan stop-stop. Just straight to the point lah!” ujarku selamba.

            “Okey, fine! Daddy akan straight to the point, kamu berdua akan berkahwin hujung minggu ini,” ujar Dato’ Ifzan.

            “Oh..” aku hanya menganggukkan kepala. Belum sempat aku mencapai teh. Otak aku berfikir hujung minggu ni siapa kahwin? Kau orang berdua means aku dan Rizky?

            “What?!” aku membuntangkan mata.

            “Kahwin hujung minggu ini? Are you insane?!” bentakku.

            “Tadi tak kata apa-apa pun!” ujar mommy.

            “Adik memory lost. Lambat catch up! Otak adik ada masalah hari ini sebab itulah senang-senang je adik dipermainkan oleh Azriel tu,” ujarku selamba. Aku menjeling tajam ke arah Azriel yang sedang membuat muka selamba di sisi Azriel.

            “Sorry girl! No excuse! Kita orang dah rancang lama tahu!” ujar Puan Sri Maimunah.

            “Lari rumah boleh?” aku membuat muka selamba.

            “Tengku Raisha Nur Qalisha!!” serentak mommy, daddy, mama dan papa bersuara.

            “Okey, okey. Relax.. Orang acah je pun!” ujarku lalu menyambung kembali suapan.

*___*

Aku mencapai telefon bimbitku yang nyaring berbunyi. Terbuntang mataku apabila mendapat mesej daripada Rizky.

Jangan cuba-cuba nak larikan diri. Aku akan kejar kau hingga ke hujung dunia.

Aku terlopong. Mamat ni serius ingat aku akan larikan diri.

Jangan risau, Sha tak akan buat kerja gila. Kecuali kalau Riz dera Sha separuh mati.

Aku tak akan. And starting from now, call me abang.

 Uwek! Izinkan aku untuk muntah sekarang.

Abang? Tolong jangan buat Sha muntah!

I’m serius right now, Raisha! You must call me abang!

After we married okay?

Fine!

Aku mengetap bibir. Mamat ni macam marahkan aku aje. Ah! Esok aku redahlah  pejabat dia! Now time to sleep!

*___*

            Aku berjalan selamba menuju ke hadapan meja setiausaha Rizky.

            “Nak jumpa Rizky boleh?” tanyaku. Riana mendengus kasar.

            “Dia sibuk,” balasnya kasar. Aku mengeluh perlahan. Sibuklah pula! Oh lupa! Dia kan nak cuti seminggu sempena perkahwinan kita orang. Aku mencuba mendail nombor Rizky namun masuk voicemail. Berkali-kali aku mencuba namun panggilanku masuk voicemail. Ini bukan kes sibuk ni! Ini kes merajuk! Aku kembali ke meja setiausaha itu.

            Eh, kosong? Aku membuka pintu pejabat Rizky. Kosong! Dia tiada di tempat duduk. Aku berlalu ke arah sofa yang agak terlindung.

            Kelibat Riana sedang mengelap tubuh Rizky yang lemah dan keadaan Rizky yang tidak berbaju menyentakkan kalbuku. Aku mengetap bibir geram. Rizky! Kau curang!!! Aku berlalu ke arah pintu pejabat lalu menutup pintu kasar.

*___*

            Rizky membuka mata perlhan apabila mendengar pintu ditutup kasar.

            “Siapa tu?” tanya Rizky dengan nada suara yang serak. Pagi tadi dia dimaklumkan oleh Azriel tentang kehadiran Raisha ke pejabatnya. Dia mencapai telefon bimbitnya. Terdapat beberapa rejected call yang menarik perhatiannya.

            ‘Astaghfirullah Raisha! Siapa yang pandai-pandai reject call ni?’ matanya terpandang Riana yang duduk menekur lantai. Amarahnya memuncak kini.

            “Nanti hantar notis 24 jam kepada saya,” ujar Rizky selamba. Dia segera membuntangkan bajunya lalu mencapai kot.

            “You jangan ingat I demam you boleh you buat sesuka hati! Kalau apa-apa terjadi dengan hubungan kami, kau harus taggung akibatnya! Keluar kau dari bilik aku!” arah Rizky kasar. Riana tunduk menikus. Perlahan dia melangkah keluar dari bilik pejabat itu. Rizky meraupkan rambutnya. Serabut!

*___*

            Aku hanya membiarkan telefon bimbitku berbunyi nyaring. Aku tahu panggilan itu daripada Rizky. Ya Allah! Kenapa hati ini diduga sebegini rupa?!

Betullah, kita tidak digalakkan untuk bercinta sebelum berkahwin untuk mengelakkan derita. Sekarang, aku merasainya. Biarpun hanya menjadi pecintanya dalam diam namun pedihnya masih terasa. Ya Allah, kenapalah dia perlu hadir sebagai tunanganku? Kenapa dia perlu hadir sebagai bakal suamiku? Aku tak mahu memutuskan tali pertunangan yang telah diikat selama bertahun-tahun.

Ya Allah, jika dirinya adalah pelengkap tulang rusukku maka kau buanglah rasa benci yang kian bercambah di hati ini. Sucikanlah hati yang penuh noda ini. Sesungguhnya, aku hanyalah hambaMu yang lemah.

*___*

            Rizky mundar-mandir di dalam bilik. Kerisauan mula bercambah di hatinya. Tidak akanlah dia hendak ke rumah Dato’ Ifzan? Mahu dia kena kejar dengan Dato’ Ifzan kalau hari-hari datang nak melawat.. Hari Jumaat ni nak nikah dah. Argh! Macam mana aku nak pujuk Raisha ni? Argh!

*___*

            Aku merenung pantulan tubuhku di sebalik cermin. Hari ini adalah hari yang bersejarah bagiku. Hari pernikahanku. Aku merenung ke luar jendela. Menanti kedatangannya..

            Kalau dah jodoh, pertunangan ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Tidak lama kemudian, kereta-kereta mewah mula memasuki halaman rumahku ini. Aku menutup mata. Detik itu hampir tiba.

            “Raisha!” aku mengusap dada perlahan. Terkejutnya aku! Aku memandang insan yang sangat ‘baik hati’ untuk mengejutkan aku yang sedang termenung ini. Aku membuntangkan mata.

            “Fazriana!!” aku memeluk tubuh Fazriana erat. Rindunya aku dengan minah ini!

            “Wei! Rindunya aku dengan kau!!”

            “Wei! Cukup-cukuplah tu! Aku dah lemas ni!” ujar Fazriana selamba.

            “Wei, rindu kau ketat-ketat! Miss you!!” ujarku girang.

            “Woi! Pengantin baru! Kau tak pandai nak jaga adab ke? Melompat sana sini macam kera kena belacan!” ujar Fazriana selamba.

            “Well, akukan ratu sehari..” balasku kembali.

            “Eleh, sehari je kot! Janganlah kecoh sangat!” aku menjelirkan lidah. Bangang betul!

*___*

            “Aku terima nikahnya, Tengku Raisha Nur Qalisha binti Tengku Ifzan dengan mas kahwinnya RM100 tunai..”

            Aku menutup mata. Kini, syurgaku berada di bawah telapak kakinya.Usai lafaz akad nikahnya aku akan belajar untuk mencintainya. Usai lafaz akad nikahnya aku akan memaafi segala kekhilafannya. Usai lafaz akad nikahnya aku kini miliknya..

            “Tolong beri laluan, pengantin lelaki nak masuk,” ujaran itu membuatkan lamunanku berderai.

            Dia duduk bersimpuh di hadapanku lalu menyarungkan cincin. Aku tunduk menyalami tangannya. Dia mengucup dahiku. Lama.

            “I’m sorry for everything,” aku terpaku di situ. Hanya melihat langkahnya berlalu pergi.

*___*

            Aku mengeluh perlahan. Banyaknya hadiah!! Nasib majlis dah habis tadi. Iyalah! Akad nikahnya pagi, majlisnya malam. Mahu tak penat? Dengan hadiah yang bertimbun lagi!

            “Aku nak tolong!” ujar Fazriana ceria. Ops! Lupa nak beritahu! Minah ni dari zaman persekolahan dulu lagi dia tak mengerti erti penat!

            “Tolonglah, aku dah tak larat nak buka dah ni!” ujarku selamba.

            “Nasib kaulah kan? Anak orang kaya! Of course hadiah banyak!” ujar Fazriana girang.

            “Jangan cemburu ye cik adik. Tapi kan aku rasa waktu kau kahwin nanti hadiah lagi banyak. Waktu itu, aku nak tengok juga kau pengsan ke tak?”

            “Takkan punya! Dahlah! Kau boleh blah! Jangan sampai Rizky yang cari kau nanti!” ujar Fazriana selamba.

            “Diamlah kau!” aku bangun lalu berlalu ke bilik.

*___*

            Aku mencapai baju lengan pendek dan seluar panjang. Duduk dengan lelaki ni bahaya sikit takut dia makan kita. Walaupun Rizky dah tidur tai aku masih perlu berwaspada.

            Aku berbaring perlahan di sisi Rizky. Tiba-tiba tanganku ditarik lalu tubuhku jatuh ke dalam pelukannya.

            “Sorry?” aku menjeling ke arahnya sekilas. Dia ingat aku ini teddy bear ke apa yang dia nak peluk sesuka hati ni?

            “Let me go..” ujarku keras.

            “No until Raisha cakap yang Raisha dah maafkan abang,” ujarnya selamba. Aku blur sekejap. Abang? Ops! Aku lupa yang selepas kahwin aku kena panggil dia abang. OMG!!!

“Cer citer apa yang jadi sebenarnya?” aku memandangnya dengan penuh syak wasangka.

            “Abang demam waktu tu. Tak sangka pula abang pengsan. So, Riana lapkan badan abang. Serius, waktu itu abang tak sedar lagi. Abang tak tahu pun yang Raisha call abang. Abang sedar pun bila abang dengar pintu dihempas. Abang pelik bila Raisha tak masuk pejabat abang lagi sedangkan Azriel ada beritahu kata yang yang Raisha nak datang pejabat. Abang ambil phone, abang check call log and abang tengok ada banyak rejected call from Raisha. So, abang pecatlah Riana. Sibuk je nak reject call orang,” ujar Rizky selamba. Aku terlopong.

            “Abang pecat Riana?” aku bertanya sekali lagi, kot-kotlah telinga aku tersalah dengar ke, pekak sebelah ke? Melihat anggukan Rizky membuatkan mulut aku terlopong.

            “Serious?”

            “Serious sayang. So, maafkan abang?” ujar Rizky lalu mengurai lembut rambutku. Aku mengetuk dagu perlahan. Nak maafkan ke tak eh? Tapi dia dah tak sedar and then aku memang nak maafkan dia. Aku hanya menganggukkan kepala.

            Rizky sudah tersenyum hingga ke telinga. Okey! Itu ayat hiperbola!

            “Thank you so much! I love you so much,” ujarnya lalu mengucup pipi aku. Aku blur. Cinta? Mamat ni betul ke tak, atau dia terkena penyakit sewel?

            “Once again?”

            “Yang mana? First or last?” tanyanya. Fine! Aku rasa macam dia sedar.

            “Last..”

            “I love you so much..” ulang Rizky.

            “Fine! Raisha rasa Raisha dah salah dengar.. Dah.. Lepas!” aku menolak tangan Rizky. Baru sahaja aku ingin berlalu tanganku ditarik kuat oleh Rizky. Aku terjatuh ke dalam pelukannya.

            “Yes sayang. You heard it correctly. I. Love. You. Is it clear?” tanya Rizky selamba.

            “Abang tak bohong Raisha kan? Ini bukan cobaan kan?” tanya aku tegas.

            “No sayang. Abang tak main-main okay. Seumur hidup abang tak pernah lafazkan kata-kata cinta kepada mana-mana perempuan. You are the lucky girl. You are my girl. I’ll always loving you till the end of my life. In Shaa Allah..” ujarnya bersama senyuman di bibir. Aku terpaku seketika.

            “Thanks for loving me.. And I hope I can love you the way you love me,” ujarku pula.

            “In Shaa Allah, cinta kita akan membawa kita ke Jannah..”

*___*

Beberapa tahun kemudian..

            “Assalamualaikum!!” panggil Rania kuat.

            “Waalaikumussalam, cucu nenek! Mana mommy dan daddy?” tanya Datin Ida.

            “Mommy dan daddy kat keta! Adik tidur..” ujar Rania dengan pelatnya yang tersendiri.

            “Oh.. Hari ini Rania nak main apa?” tanya Datin Ida.

            “Rania nak main PS3! Yeay! Razin tidur! Boleh main!” jerit Rania kuat.

            “Rania!” aku menegur keletah Rania. Ada ke patut meloncat-loncat depan rumah. Rania memalingkan mukanya ke arahku.

            “Huh! Nak rajuk dengan mommy!” aku mengetap bibir. Menahan amarah yang mula bertamu di hati. Seumpama tahu dia bakal dimarahi, Rania berlari laju ke dalam rumah. Aku merenung mommy.

            “Sabar ajelah Raisha oi! Dah masuk dalam!” ujar Datin Ida. Aku melangkah lemah ke dalam rumah. Serius, badan aku rasa lemah aje. Nak marah je selalu.

            “Mommy, Raisha naik dahulu. Rania behave!”ujarku tegas. Rania hanya membuat muka selamba. Okey, fine! Sikap dia memang macam Rizky!

*___*

            Aku menutup mata. Janganlah terjadi atau aku akan emosional selama 9 bulan. Pernah terjadi waktu aku mengandung si kembar Rania dan Razin, Rizky balik lewat 30 minit pun aku membebel. Bukannya sat! Lama pula tu! Beberapa puluh minit! Sumpah! Lepas tu Rizky tak berani nak balik lambat!

            Macam queen control pula aku rasa. Aku membuka mata perlahan lalu melihat keputusan itu. Aku terlopong. Dua baris merah itu membuatkan aku tahu yang aku kini sedang mengandung buat kali kedua. Ah! Padanlah aku emosional sangat!

            “Raisha.. Where are you?” aku terus menyimpan alat ujian itu di belakangku. Aku mengetap bibir lalu berjalan keluar dari bilik itu.

            “Abang, Raisha nak tanya satu soalan boleh?” Rizky menjongket kening.

            “Kalau kita ditakdirkan untuk mempunyai anak lagi, abang suka tak?”

            “Sayang.. Anak itu kan anugerah. Abang tak kisah kalau anak kita berapa ramai pun..” ujar Rizky.

            “So.. This,” ujarku lalu menunjukkan alat kehamilan itu.

            “Ya Allah, sayang! Are we having a baby?” ujar Rizky. ‘Emosional lagikah bini aku? Kalau emosional juga boleh pecah kepala aku!’ sambung Rizky dalam hati.

            Aku tersengih. Sorry eh abang, abang layan ajelah teletah isteri abang ni nanti..

*___*

            Aku duduk di persisiran pantai. Rania dan Razin. Kembar yang menghiasi hidupku. Menceriakan hidupku.

            Rizky, lelaki yang mengisi ruang hatiku. Mengisi kekosongan hatiku. Merekalah insan yang bertakhta di hatiku.

            “Apa yang sayang menungkan?” tanya Rizky. Dia duduk di sisiku. Aku mengerling ke arahnya.

            “Nothing..Tengok permandangan aje,” ujarku selamba. Azriel mengangguk perlahan sambil memandang ke arah indahnya pelangi.

            Pelangi datang selepas hujan kan? Maknanya, kegembiraan akan datang setelah kita berduka. Betulkah itu? Aku sendiri tak mengerti. Entahlah, biarkanlah semua falsafah tu! Aku tak kisah pun! Yang penting aku happy!!

 

p/s : Hai!! Comeback with a cerpen! Actually, buat cerpen kat maktab, balik-balik nak copy, adoyai! Panjangnya!! Redha ajelah! Taip-taip, terjadilah cerpen ini.. Amacam, okay tak?

12 comments:

EAT,MAKE,READ said...

Best! Best! Best! sangat2 ...huhuhu so funny n romantic i like....pasangan yang ideal,Raisha&Rizky
Akak nie penulis ke....

Lia veSus Ayiz said...

Yup! Full time student, part time writer.. actually sekarang doq kat asrama, ini pun buka sebab doq kat makmal komputer..

Anonymous said...

wah, sweetnya , saya suka . :D

Anonymous said...

best! karya akak bestlah , saya suka :D

IMANINA HASSAN said...

best giler.... best sngt smpi x terkira

IMANINA HASSAN said...

Best sngt..... so sweet.....

IMANINA HASSAN said...

Best sngt.....

IMANINA HASSAN said...

Best sngt.....

syaanira said...

Best sgt semua cerpen dlm blog ni....buat saya baca ulg kli...Hope dpt tulis cerpen yg best mcm tu
lg☺

Lia veSus Ayiz said...

Thanks sebab sudi baca karya Lia dgn akak Lia sampai berulang kali. I appreciate it so much!

Ayura ayu said...

Sweet gila2.hahha...

Nia Sofia said...

Ya Allah best giler.,menepati jiwa btol niym.karayer watak tu best Dan tu yg penting.. I love it!!

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!