Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

24 January 2013

Cerpen : Please Don't


Kepada sesiapa yang belum membaca cerita Cerpen : I Will Show You.. Jemput baca, kalau tak baca tak faham.. :D
Let’s The Story Begin..

            Zayyan memandang awan berarak pergi. ‘Cinta? Wujudkah ia? Kenapa aku tak pernah merasai kewujudannya? Kenapa aku tak pernah menikmati erti cinta? Kenapa aku lansung tak pernah menemui cinta pertama?’

‘Yang aku tahu, aku menyintai Allah, Nabi Muhammad serta kedua ibu bapaku namun.. tidak pernah ada seorang gadis yang mengetuk pintu hati ini. Aku ni lurus bukannya bengkak-bengkok! Tapi, kenapa hati ini tidak pernah bergetar? Kenapa jiwa ini tidak pernah bergoncang?’

‘Ramai wanita cantik yang telah ku temui, namun tiada seorang pun yang mendatangkan debar di hati. Sekarang, aku sudah berumur 24 tahun, namun masih tidak mempunyai cinta pertama. Kalau orang lain tahu yang aku, Zayyan Rayyan, penyanyi terkenal tidak pernah bercinta! Pasti mereka akan tertawa!’

Lamunan Zayyan mati apabila dirinya dikejutkan oleh Haziq.

“Woi, Zayyan! Macam laki mati bini je! Woi! Janganlah moody sangat! Cer story morry kat aku tentang problem kau ni,” ujar Haziq Firdaus. Zayyan hanya memerhatinya tanpa kata.

“Woi! Janganlah pandang aku macam nak telan. Serius, aku seram lah wei.. Kau ni minat lelaki ke apa?” Zayyan memandang ke hadapan semula.

‘Tak jatuh cinta pun.. Tak akanlah dengan si Haziq yang handsome bagai nak rak ni pun tak berdebar. Sah, aku okey! Aku lurus tiada bengkang-bengkok! Tapi, kenapa aku tak pernah jatuh cinta?’

“Zayyan.. Jawablah! Kau lurus ke tak?” tanya Haziq.

‘Seram juga aku dengan mamat ni!’ getus Haziq.

“Aku lurus. Tak teringin pun nak bengkang-bengkok segala!” jawab Zayyan sambil menarik topinya untuk menutup wajahnya.

“Fuh! Selamat!” Haziq mengurut dadanya.

“Apa yang selamat?”

“Mak!! Zayyan! Kau ni kan?!” membuntang mata Haziq memandang ke arah Zayyan membuatkan Zayyan tertawa kecil.

“Melatah juga kau ni Haziq!” ujar Zayyan sambil mengelengkan kepalanya. Aduhai, Haziq!

“Aku terkejutlah! Kau ni pun satu! Suka sangat main sergah-sergah dengan aku! Nasib jantung aku ni kuat, kalau tak dah lama terkeluar!” marah Haziq. Zayyan hanya tertawa.

“Wei.. Kau tengok perempuan tu!” Haziq menepuk bahu Zayyan. Zayyan merenung ke arah perempuan yang ditunjukkan oleh Haziq itu.

“Pergh! Body dia! Mengancam habis siot!” Zayyan hanya memandang perempuan itu tanpa kata. Sesaat kemudian dia memandang ke hadapan.

‘Tak bergoncang iman pun.. Apalah nak jadi dengan aku ni?’ Zayyan bangun lalu menuju ke kereta Mazda 2 miliknya. Meninggalkan Haziq sendirian bersama angannya..

*___*

            Zayyan berjalan kaki bersendirian di sebuah taman. Bersendiri tanpa sahabat yang setia di sisi. Dia menarik capnya untuk melindungi wajahnya.

            Langkahnya mati apabila terlihat kelibat seorang gadis. Kelibat gadis itu menarik perhatiannya.  Tiba-tiba, seorang lelaki datang menghampiri gadis itu lalu meragut beg tangannya. Terkedu dia sebentar. Namun, suara gadis itu yang menjerit meminta tolong itu menyedarkannya.

            Segera dia menyelit kaki peragut yang ingin berlari di sebelahnya. Terjatuh peragut itu dibuatnya.  Dia mengambil beg tangan itu. Peragut itu segera melarikan diri.

            Zayyan memandang kelibat gadis itu menghampirinya.

            “Nah, beg awak,” ujarnya tanpa perasaan. Apabila dia memandang wajah gadis itu, jantungnya tiba-tiba berdebar kencang.

            “Terima kasih encik...” gadis itu meleretkan suaranya seolah-olah meminta Zayyan menyambung percakapannya.

            “Zayyan.. Zayyan Rayyan,” ujar Zayyan.

            “Oh.. Saya Zuyyin.. Niyaz Zuyyin,” ujarnya. Zayyan menganggukkan kepala.

            “Saya pergi dahulu,” ujar Zayyan. Belum pun dia memulakan langkahnya, namanya dipanggil oleh Zuyyin.

            “Encik Zayyan! Terima kasih kerana memulangkan semula beg tangan saya. Boleh saya belanja encik minum?” ujar Zuyyin.

            “Erk.. Boleh juga,” ujar Zayyan. Zuyyin mengukir senyuman indah. Serta-merta jantung Zayyan berdegup kencang lagi. ‘Ya Allah, kenapa jantung aku berdegup kencang sebegini? Adakah aku sudah jatuh cinta?’

*___*

            “Encik Zayyan.. Kenapa encik tak buka cap tu? Kita di sini teduh bukannya panas,” ujar Zuyyin.

            “Call me Zayyan, tak perlu nak berencik-encik,” ujar Zayyan.

            “Okay, tapi awak tak jawab lagi soalan saya. Kenapa tak buka cap itu?” tanya Zuyyin.

            “Zayyan Rayyan, awak tak pernah teringatkan sesiapa ke apabila terdengar sepotong nama itu?” tanya Zayyan. Zuyyin terkedu.

            “Memang ada, tapi tak mungkin dia kan?” ujar Zuyyin.

            “Siapa?”

            “Zayyan Rayyan, penyanyi.” ujar Zuyyin. Zayyan hanya tersenyum sinis. Perempuan ini memang tak tahu yang aku ada di hadapan dia.

            “Saya dah jawab soalan awak kan? So jawablah soalan saya!” ujar Zuyyin.

            “Kerana saya seorang penyanyi,” tersedak Zuyyin mendengarnya.

            “Awak? Zayyan? Penyanyi? Padanlah tak buka cap,” ujar Zuyyin selamba. Zayyan mengerutkan keningnya. Ada lagi ke orang spesies Zuyyin ni? Buat derk aje apabila penyanyi di hadapan mata?

            “Awak.. Nak nombor boleh? Jangan risau! Saya tak akan beri kepada yang lain! Saya akan zip mulut saya rapat-rapat,” ujar Zuyyin.

            “Beri saya phone awak,” Zuyyin segera mencapai telefon bimbitnya lalu diberikan kepada Zayyan.

            Zayyan menekan nombor telefonnya di handphone Zuyyin lalu mendail nombornya.

            “Nah!” Zayyan meletakkan telefon bimbit Zuyyin di atas meja. Zuyyin mencapai telefon bimbit itu.

            “Awak, saya kena pergi dahulu. Saya harap, kita boleh berkawan,” ujar Zuyyin sambil menyuakan tangannya. Zayyan tersenyum tipis sebelum menyambut huluran tangan Zuyyin itu.

*___*

            “Awak, seronok ke jadi artis?” tanya Zuyyin. Zayyan memandang ke arah Zuyyin lalu menjongket bahu.

            “Entah, kadang-kadang rasa menyesal sebab hidup tak bebas macam dulu.. Saya rasa kalau saya buka cap then keluar dengan awak, pasti jadi skandal kan?” ujar Zayyan. Zuyyin memandang ke arah Zayyan yang sedang fokus memandu. Topi nya hilang entah ke mana.

            “Tapi kan wak.. Suara awak sedaplah! Tapi kenapa awak tak pernah duet dengan mana-mana perempuan?” tanya Zuyyin pelik.

            “Duet? Wah! Awak orang pertama yang ajukan soalan kepada saya tentang duet. Ya, saya mengaku saya tak pernah duet dan syarikat pun tak pernah minta saya untuk berduet dengan sesiapa,” ujar Zayyan.

            “Siapa yang awak harapkan untuk berduet dengan dia?” tanya Zuyyin. Zayyan menjongket bahu.

            “Tak pernah terfikir pun,” ujar Zayyan.

            “Awak, saya harap awak akan berduet dengan Zalfa. Zalfa Nur Afruz. Suara dia sedaplah!” ujar Zuyyin.

            “Kalau boleh..”

            “Hantar saya balik boleh?” tanya Zuyyin. Zayyan mengangguk lalu menghantar Zuyyin pulang.

*___*

            Zayyan memandang keindahan alam dari balkoni. Dia mengenggam cincin di tangan.

            ‘Jiwa ini berdetak hebat apabila bertentang mata dengannya. Diri ini gugup apabila berbicara dengannya. Hati ini bergetar apabila dia menyentuh tanganku. Adakah ini tandanya cinta?

            Love at the first sight! Perkataan itu kini telah terjadi kepadaku. Pertama kali bertentang mata dengannya jiwa ini bergetar,’

            Zayyan mengingati kembali detik ketika dia menyelit kaki peragut itu hinggalah bertemu dengan Zuyyin.

            ‘Adakah itu cinta? Jika ini adalah cinta aku tak akan lepaskannya. Aku akan pastikan dia menjadi milikku,’ getus Zayyan sambil mengenggam cincin itu.

            Dia mencapai telefon bimbitnya.

            ‘Boleh kita berjumpa esok? – Zayyan’

            Selang beberapa minit telefon bimbit Zayyan berbunyi.

            ‘Boleh aje.. Saya pun ada hal nak beritahu awak. Fetch me at 11.00 a.m. okay?-Zuyyin’

            ‘Benda apa yer yang Zuyyin nak beritahu? Apa-apa ajelah, yang penting esok aku mesti beritahu kepada dia tentang perasaan aku ini..’ tekad Zayyan.

*___*

            Zayyan memberhentikan keretanya di hadapan rumah Zuyyin. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menaip mesej.

            ‘Saya dah sampai.. – Zayyan’

            Wait for a minute, saya nak keluar dah ni.. – Zuyyin’

            Senyuman lebar terbit di wajah Zayyan. Hari ini hari yang pastinya akan mencatat sejarah.

            Bertambah lebar senyumannya apabila melihat kelibat Zuyyin keluar dari rumah. Zuyyin membuka pintu kereta lalu melangkah masuk.

            “Sorry, lambat..” ujarnya.

            “Tak apa saya pun sampai awal 5 minit,” ujar Zayyan.

            “Kita nak pergi mana ni? Atau, cakap dalam kereta sambil round satu KL?” ujar Zuyyin selamba. Zayyan hanya melepaskan tawa kecil. Perli aku nampak!

            “Perli nampak! Jangan risau kita akan pergi makan di Secret Recipe. Terpaksalah saya cover muka macho saya dengan cap ni,” ujar Zayyan sambil menggelengkan kepalanya.

            “Macho lah sangat..” getus Zuyyin.

            “Kalau tak macho, saya handsome,” ujar Zayyan selamba.

            “Ceit! Perasan nombor satu!”

            “Realiti okey? Kadang-kadang bila buat konsert ramai akan jerit Zayyan! Zayyan! Fuh! Famous juga rasanya kan?” ujar Zayyan selamba.

            “Tengok! Dia perasan lagi! Tapi memanglah awak famous.. Kalau saya buat konsert, cengkerik aje pergi.. Tiada sesiapa nak pergi.. Iyelah, dah suara pun tak sedap! Ada hati nak buat konsert!”

            “Itulah, lain kali pergi belajar vokal. Ambil kelas nyanyian, then pergi menyanyi. Gerenti konsert awak ramai orang,” ujar Zayyan.

            “Tak nak saya! Nanti nak keluar jalan-jalan susah,” balas Zuyyin. Zayyan menggelengkan kepalanya. ‘Perli aku lagi’

*___*

            “Awak, sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu awak!” ujar Zuyyin. Dia menongkat dagu sambil memandang ke arah Zayyan.

            “Apa dia?” tanya Zayyan sambil menjongket kening.

            “Saya dah bertunang,” tersedak Zayyan dibuatnya. Dia cuba mengawal riak wajahnya.

            “Dengan siapa?” tanya Zayyan. Berlagak cool.

            “Sebentar, dia mesej kata nak datang. Hah, itu dia!” Zuyyin menunjukkan ke satu arah. Zayyan berpaling. Alangkah terkejutnya, dia apabila memandang kelibat Haziq.

            “Hai, dude!” ujar Haziq.

            “Hai, Haziq!” ujar Zayyan. Cuba melindungi rasa amarah yang bertandang di hati.

            “Bila kau orang jumpa, aku tak tahu pun,” ujar Zayyan.

            “Adalah..  Jemput datang ke jamuan kita orang nanti. Kau akan jadi pengapit aku dan penyanyi undangan aku. Aku dengar kata kau ada lagu baru kan? Kau nyanyi lah lagu itu. Buat promosi sikit di majlis kahwin aku,” Zayyan hanya tersenyum tawar.

            “Memang ada dapat lagu baru, tapi tak tahu lirik apa lagi,” ujar Zayyan.

            Tiba-tiba telefon bimbit Zayyan berbunyi. Panggilan dari Nazim. Pengurusnya.

            “Hello, Nazim.”

            “Zayyan, tolong datang ke syarikat sebentar. Lirik lagu baru kau dah dapat,” ujar Nazim.

            “Okey, aku datang,” ujar Zayyan.

            “Sorrylah, aku ada hal. Nanti lain kali kita makan sama-sama lagi,” ujar Zayyan. Haziq dan Zuyyin hanya menganggukkan kepalanya.

*___*

            Zayyan mengetuk stereng. ‘Kenapa mesti kau?!! Tak ada orang lain ke dalam dunia ni?! Kenapa mesti kau yang Zuyyin cinta? Kenapa?! Kenapa?!!’

            Tangisan mula terhambur di pipi Zayyan. Benarlah apa yang orang kata lelaki sangat senang mengalirkan air mata kerana cinta.

            “Aarrgghh!!! Kenapa?! Kenapa?!” jerit Zayyan sekuat hati di dalam kereta. Kenapa mesti dia? Kenapa?!

            ‘Tak ada orang lain ke Zuyyin? Tak ada ke? Dah pupus ke semua lelaki dalam dunia ni Zuyyin?! Kenapa mesti kau jatuh cinta dengan kawan aku?! Kenapa?! Aku tak sanggup, Zuyyin! Tak sanggup! Melepaskan kau kepada dia! Tapi aku terpaksa! Tak akanlah aku sanggup melukakan hati kawan aku kan?’

            ‘Haziq, aku redha.. Aku redha kau kahwin dengan cinta pertama aku. Walaupun perit, aku terima. Walaupun sakit, aku tahan. Maafkan aku kalau aku masih mencintai tunang kau, masih menyayangi dia kerana cinta pertama sangat sukar untuk dilupakan,’

*___*

            “Hey, Zayyan. Kenapa muka kau macam baru lepas nangis je ni? Mata pun bengkak semacam aje,” tanya Nazim. Zayyan hanya menggelengkan kepalanya.

            “Aku tak apa-apa,” ujar Zayyan lalu duduk di atas kerusi.

            “Ingat, Zayyan. Keluar pergi mana-mana pakai spectacles. Aku tak nak sebarang gosip okey?” Nazim mengingati Zayyan.

            “Aku tahulah, so mana lirik lagu itu,” tanya Zayyan. Nazim mengeluarkan sebuah fail.

            “Kau tengoklah. Kalau kau setuju kau beritahu aku, mereka nak buat muzik secepat mungkin. Dan, lagu ini akan disiarkan 2 minggu lagi. Kau boleh ke hafal lagu ini dalam masa terdekat,” tanya Nazim.

            “Boleh aje,” ujar Zayyan. Dia mencapai lirik lagu itu.

We sit next to each other in the car but there is no music
I always held your left hand but now you’re picking at your lips

I know what you’re going to say, please don’t say it
Don’t know why Don’t know why
I want to draw out each minute, each second
But the empty road rushes me on

After going round and round
I arrive at your house that’s so familiar and tears fall
After spending a long day finding this place
I feel like I am lost

Please don’t, please don’t leave
Don’t know why Don’t know why
It’s not even raining but outside the window
You grow white and farther apart

Letting you go is not as easy as it sounds
I turn away, not being able to see you leave me
Tears eventually drop and I need to wipe them away now
I don’t know whether I should use the handkerchief you gave me or throw it away
Why won’t this trembling go away?

I pretend to be crazy and hold onto you but
My body won’t listen to me
Intoxicated with the scent of you in the car
I don’t want to wake up forever

Please don’t (please) don’t leave please (please)
Come back (come back) come back (come back)
On top of the empty seat you left
only your cold scent remains

Please don’t, please don’t leave
Come back (come back) come back (come back)
I will hold onto the remaining scent
So come back to your place

            “Aku terima,” ujar Zayyan. Lagu sedih seperti jiwaku yang hampa sekarang.

            “Kau ada...” Zayyan hanya mendengar penjelasan yang keluar dari bibir Nazim dengan penuh teliti.

*___*

            “Nah,” sekeping kad melayang di wajah Zayyan. Zayyan mengambil kad itu.

            “Kad apa ini? Kad layang ke?” tanya Zayyan selamba.

            “Banyaklah kau punya kad layang! Itu kad perkahwinan aku okay?” segera Zayyan membuka kad itu. 11.11.2011? 2 minggu lagi je?

            “Kau rakam lagu kau itu bila?” tanya Haziq.

            “Dalam minggu ini, kenapa? Wei, aku tak pastilah aku boleh datang atau tak majlis kau ini sebab aku ada shooting,” ujar Zayyan cuba melepaskan diri.

            No way! Kau kena datang juga! Ingat kau itu pengapit aku, okay? Kau kena perform satu lagu di sana, dan aku nak lagu terbaru kau ini,” ujar Haziq tegas.

            “Lagu baru aku sedihlah. Tak masuk tema,” ujar Zayyan lagi.

            “Kau ada ke lagu untuk orang yang berkahwin? Tak ada kan? So, kau tetap kena nyanyi lagu itu. No excuse! Sebarang permintaan tak akan dilayan!” ujar Haziq tegas. Zayyan menggarukan kepalanya.

            “Wajib pergi lah ni?” Haziq menganggukkan kepalanya.

            “Ah! Aku cuba bincang dahulu dengan Nazim,” ujar Zayyan sambil berbaring di atas sofa. ‘11.11.2011! Hari di mana aku melihat perkahwinan cinta pertama aku sendiri!’

            Zayyan meletakkan tangan di dadanya. Sakit hatinya kian mencengkam! Cinta pertamanya kini dimilik orang..

*___*

            Zayyan mencapai kot lalu memakainya. Tema perkahwinan mereka ialah tema inggeris. Sakit di hati sedaya upaya ditahan. Tak akanlah hendak ditunjukkan pula kan? Nanti tak pasal-pasal aje muka lebam sebelah.

            Zuyyin, berbahagialah kau bersama Haziq. Aku redha dengan perkahwinan kau ini. Biarpun hati ini sakit umpama dicucuk belati namun sedaya upaya akan aku tahan. Aku tak ingin membiarkan kau melihat cintaku ini. Aku takut hati kau akan berbelah bahagi.

            Mungkin aku tidak ditakdirkan untuk bersama kau, Zuyyin. Aku akan mencari permaisuri hatiku dan sebaik sahaja aku menjumpainya, aku tak akan melepaskannya pergi lagi..

*___*

Zayyan merenung ke arah Zuyyin yang sedang melayan tetamu bersama dengan Haziq. ‘Hati aku sakit apabila melihat gelak tawa mereka namun sedaya upaya aku kawal. Dia bukan hak aku. Aku tak berhak cemburu.’

“Dijemput, penyanyi undangan malam ini. Sahabat kepada pengantin lelaki, Zayyan Rayyan!” tepukan bergema di dewan itu. Zayyan naik ke atas pentas.

“Mohon maaf sangat-sangat sebab lagu ini tak kena dengan situasi sekarang. Sebab kawan baik punya pasal nyanyi ajelah! Terimalah, lagu terbaru dari saya.. Please Don’t..”

This song is for you, Niyaz Zuyyin,’

We sit next to each other in the car but there is no music
I always held your left hand but now you’re picking at your lips

I know what you’re going to say, please don’t say it
Don’t know why Don’t know why
I want to draw out each minute, each second
But the empty road rushes me on

After going round and round
I arrive at your house that’s so familiar and tears fall
After spending a long day finding this place
I feel like I am lost

Please don’t, please don’t leave
Don’t know why Don’t know why
It’s not even raining but outside the window
You grow white and farther apart

Letting you go is not as easy as it sounds
I turn away, not being able to see you leave me
Tears eventually drop and I need to wipe them away now
I don’t know whether I should use the handkerchief you gave me or throw it away
Why won’t this trembling go away?

I pretend to be crazy and hold onto you but
My body won’t listen to me
Intoxicated with the scent of you in the car
I don’t want to wake up forever

Please don’t (please) don’t leave please (please)
Come back (come back) come back (come back)
On top of the empty seat you left
only your cold scent remains

Please don’t, please don’t leave
Come back (come back) come back (come back)
I will hold onto the remaining scent
So come back to your place
 
 

            Air mata yang ingin mengalir sedaya upaya ditahan. ‘Aku tak boleh lemah’

*___*

            Zayyan termenung di luar dewan. Atas permintaan Haziq, dia tak pulang sehinggalah tamat majlis. Sekarang, Haziq dan Zuyyin sedang bergambar.

            “Woi, Zayyan! Jom tangkap gambar,” ujar Haziq sambil menarik tangan Zayyan.

            “Tak naklah,” Zayyan sedaya upaya menolak namun tidak diendahkan oleh Haziq.

            Akhirnya, Zayyan, Zuyyin dan Haziq menangkap gambar bersama. ‘Alangkah bahagianya, kalau aku dan Zuyyin berkahwin. Akanku pastikan, perkahwinan kami menjadi lebih meriah.’

*___*

            Zayyan merenung gambar itu. Dia mengambil gunting lalu menggunting gambar Haziq. Yang tinggal hanya gambarnya bersama Zuyyin.

            ‘Kan indah kalau begini Zuyyin. Aku dan kau. Hanya kita berdua. Tapi sayang, kau telah menjadi milik orang lain,’

            Zayyan melemparkan gambar Zuyyin dan Haziq keluar dari keretanya. Dia ingin melupakan Zuyyin. Dia ingin Zuyyin hilang dari ingatannya. Dia tak ingin menghancurkan rumah tangga kawannya dengan menyimpan sekeping foto tersebut. Biarlah dia pergi untuk membawa diri...

*___*

            Zayyan termenung di taman. Sudah lama dia tidak menghubungi Zuyyin dan Haziq. Biarlah.. Lebih baik begitu daripada hati sendiri sakit apabila melihat kebahagiaan mereka.

            Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.

            “Hello Nazim. Ada apa?”

            “Syarikat nak kau berduet dengan seorang perempuan. Perempuan ni boleh tahan terkenal lah.. Dan syarikat nak berjumpa dengan kau jam 2 petang nanti,” ujar Nazim.

            “Okey.. Aku pun tak pernah berduet selama hidup aku. Aku akan sampai pukul 1.50 nanti,” ujar Zayyan. D            ia mematikan panggilannya.

            Dia merenung jam. Sudah jam 1.30 petang. Dia berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhu’.

*___*

            Zayyan mengetuk perlahan bilik Presiden Yusuf. Dia melangkah masuk apabila terdengar suara mengarahkannya masuk.

            “Presiden nak jumpa saya?” tanya Zayyan.

            “Oh, Zayyan. Masuklah, nanti sampai lah si Zalfa itu,” ujar Presiden Yusuf. Zayyan menganggukkan kepalanya lalu mengambil tempat di atas kerusi.

            ‘Zalfa? Macam pernah dengar, betullah dia kan perempuan yang Zuyyin suruh aku duet. Ah! Kenapa Zuyyin juga yang aku ingat,’

            Selang beberapa minit, sekali lagi pintu diketuk.

            “Masuk,” arah Presiden Yunus.

            “Maaf presiden sebab lambat. Jalan jam tadi,” ujar Zalfa lalu duduk.

            “Tak apalah Zalfa. Ini kenalkan, Zayyan ini Zalfa. Zalfa ini Zayyan,” ujar Presiden Yusuf.

            “Er.. Presiden boleh cepatkan tak. Saya kena balik cepat atau abang saya akan bunuh saya,” ujar Zalfa.

            “Begini, saya nak kamu berdua berduet dalam satu lagu. Tajuk lagu itu Love Day. Saya nak kamu bincang soal siapa yang nak nyanyi bahagian ini, bahagian itu,” ujar Presiden Yusuf.

            “Oh.. Kalau begitu, suruh dia buat seorang diri. Saya terima aje,” ujar Zalfa lalu berlalu.

            ‘Kureng! Dia buat aku macam pembantu dia pula! Kejam punya perempuan!’

            “Dia nak cepat lah tu.. Ini liriknya dan seperti yang Zalfa cakap, awak atur sendiri lah liriknya,” ujar Presiden Yusuf.

            “Baik, Presiden,” ujar Zayyan sebelum berlalu.

            ‘Ceit! Perempuan tadi memang nak kena dengan aku lah!’

 Dia merenung sekilas lirik itu. ‘Tak ada orang lain ke nak duet dengan aku selain perempuan tu?!’

Dia meraup muka.

*__TAMAT__*

 

p/s : Credit to Hanna Aleeya sebab ajar Lia macam mana nak masukkan diri dalam watak lelaki. Thanks akak! Cerita ini sambungan I Will Show You.. Ada sambungan lagi ke?? Of course lah ada, sebab cerita ini tergantung! Nampak sangat cerita ini tergantung kan?

Presiden? Erk! Sorry memang tak ada sesiapa dalam bidang seni! Buat ikut cerita KPOP Survival aje! Sorry!

9 comments:

hanna aleeya said...

ngehngehngeh. Small matter, dik.

Sambung sambung

Lia veSus Ayiz said...

Besar.. klu tak, x leh buat..

Anonymous said...

nak sambungan dia..hihihi

Lia veSus Ayiz said...

bc cerpen "mungkinkah??"itu sambungannya.

Farah Huda said...

Akak minat karya adik.. Carry on.

Noor Amiera Atiqah Af said...

Nak watak2 nye

Noor Amiera Atiqah Af said...

Nak watak2 nye

Lia veSus Ayiz said...

Noor Amiera :
Watak-wataknya..
1. Zayyan Rayyan
2. Haziq Firdaus ( kawan Rayyan )
3. Niyaz Zuyyin

nurulputrinajeeha nasrulhadi said...

Ada sambungan.lagi tak

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!