Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

10 January 2013

Cerpen : I Will Show You


Assalamualaikum.. Sorry sebab menganggu tumpuan readers nak baca cerpen.. Sebenarnya cerpen ni, akan dipost pada 17.01.2013 namun saya tiba-tiba terpost hari ini. Tengok-tengok memo.. Alamak! Terpost hari ini lah pula! Tapi, tak apalah.. Cuma cerita Please Don't akan lambat lah..

Let’s The Story Begin..

“Kau tolonglah ubah gaya kau ni! Aku tak sanggup tahu lihat hari-hari kau dihina, dicerca, diumpat dan berbagai lagi. Tolonglah Zalfa! Sekali ini sahaja.. Demi aku, tolonglah. I beg you for a pardon, Zalfa.. Please..”

Aku merenung kosong ke arah Qaireen. “Biarlah mereka nak kata apa-apa pun. Aku dengan kehidupan aku. Aku tak ganggu mereka kan? Lagipun, nampaknya hari-hari orang top up pahala aku kan? Ah! Seronoknya kalau begitu!”

Qaireen menggelengkan kepalanya. ‘Zalfa Nur Afruz! Kau memang tak akan berubah!’ getus hati Qaireen.

“Zalfa, Zalfa.. Kau rasa ada tak orang yang akan jatuh cinta dengan kau? Rambut tocang dua seperti budak-budak 6 tahun. Kalau muka tak make up lansung tu aku boleh terima lah but at least letaklah bedak sikit. Yang paling aku tak berkenan dengan baju kau ni, dahlah warna-warni, lepas tu bercorak-corak lagi! Adoyai! Kaulah orang first yang aku jumpa yang lansung tak up date! Still dengan gaya 80-an lagi. Tahun ni tahun 2010 tahu! After semester yang bakal kita tempuhi sebentar lagi, kita akan bercuti then tahun 2011 akan tiba. So, pleaselah! Change yourself Zalfa Nur Afruz!”

Aku menutup telingaku. Tolonglah jangan bebel soal fesyen kat aku! Aku muaklah!

“Zalfa! Kau harus sedar! Bidang yang kita ambil ini bidang seni tahu tak?  Bagaimana kau nak jadi penyanyi kalau kau lansung tak up date?”

“Tolonglah, Qaireen! Berhenti bebel soal fesyen kat aku! Lagipun, aku selesalah dengan gaya yang seperti ini. This is me, okay? Tak akanlah aku hendak berubah semata-mata kerana orang mengutuk? Tolonglah, hentikan spekulasi kau tu! I’m okay. Nanti bila aku tergerak hati nak berubah aku cari kau yer?” ujarku selamba. Qaireen menggelengkan kepalanya.

“Ikut suka hati kaulah, Zalfa. Aku berharap, ada seorang lelaki yang akan membuatkan kau sedar tentang diri kau ini. Aku pergi dahulu,” Qaireen mencapai buku-bukunya lalu berlalu pergi. Aku hanya memandangnya berlalu sambil menjongket bahu.

*___*

            Aku hanya menundukkan kepala apabila menyedari pandangan sinis yang dilontarkan mereka ke arahku. Aku tahu mereka tak menyukai kehadiran ku ini. Namun, ku tetap bersabar apabila mengingati yang Allah sentiasa bersamaku. Lagipun, apabila mereka mengutuk aku, aku akan dapat pahala free. Siapa yang tak nak, babe?

            Aku cuba membandingkan diriku ini dengan mereka, sekilas ku tersedar. Mereka cantik, bergaya, tinggi lampai macam model. Aku ini apa yang ada? Setakat pembelajaran yang hebat dan suara yang lunak sahaja. Aku memperbetul kedudukan cermin mataku.

            Aku berjalan ke arah sebuah meja kosong di dalam kafe. Tiba-tiba, bahuku ditolak kasar. Aduh! Sakitnya! Aku hanya memandangnya lalu menundukkan kepala tanda meminta maaf. Aku menarik kerusi lalu duduk.

            Aku sedar yang dia sengaja menolakku. Namun, aku tidak kisah. Lagipun, siapa aku untuk memarahi dia, dia gadis yang paling dikenali di kampus ini. Siapa yang tidak kenal dengan Dhia Delisha Qasrina, kekasih lelaki yang paling terhebat di kampus, Muhammad Danish Durrani? Silap-silap aku yang dikerjakannya balik. Tak mahu aku untuk menempah bala dengan Delisha. Nanti tak pasal-pasal hidup aku di kampus ini sepanjang semester ini teruk.

            Terdengar gelak tawa sinis di belakangku. Aku cuba memasang telinga.

            “Aku tak tahulah dari mana pelusuk perempuan ni datang, tak up date lansung! Hey, muka macam tu ada orang nak ke? Kalau ada pun mesti lelaki itu buta! Tak pun, otak dia dah hilang satu atau dua skru,” kutuk Delisha lagi.

            Aku hanya mendiamkan diri, biarpun hatiku terasa dihiris berkali-kali dengan belati yang maha tajam. Aku tahu aku tak secantik mereka, tubuhku tak seseksi mereka. Biarlah apa yang mereka cakap, aku tetap aku. Tiada sesiapa dapat mengubah pendirian aku ini kecuali diri aku sendiri.

*___*

            Aku mengemaskan buku-buku ku perlahan-lahan. Buat apa hendak terburu-buru? Kelas yang ramai orang sebentar tadi kini kosong. Yang tinggal hanya aku sendiri.

            Tiba-tiba sepucuk surat terjatuh di antara buku-buku yang lain. Aku mencapai sepucuk surat itu lalu membukanya. Automatik, keningku berkerut. Wanginya! Perfume siapa yang dia rembat ni?

            ‘Assalamualaikum, cik Zalfa Nur Afruz.

            Pertama sekali, saya tertawan dengan sikap dan kelembutan cik Zalfa dalam melayani keletah budak-budak di Pusat Asuhan Anak Yatim Nur Iman. Kerana itu, saya ingin mengenali cik Zalfa dengan lebih dekat. Boleh saya berjumpa dengan cik Zalfa di Taman Botani pada jam 3 petang nanti?’

Yang benar,

Danish

            Aku mengerutkan kening. Pusat Asuhan Nur Iman? Pusat Asuhan yang aku selalu pergi setiap hujung minggu. Tak rasa macam ada yang intip pun. Tapi, dari mana lelaki ini tahu?

            Aku tarik senyum sedikit. Ini pasti stalker aku ini! Huhu! Seronoknya aku! Ada orang stalker! Hehe.. Qaireen.. Aku akan buktikan yang masih ada orang yang akan jatuh cinta dengan aku. Percayalah!

*___*

            “Kau jangan percaya dengan semua ni, Zalfa. Aku tak mahu kau kecewa nanti,” ujar Qaireen. Aku membuat muka selamba. Ada aku kisah?

            “Aku tak kisahlah Qaireen, yang aku tahu lelaki ini of course stalker aku. Mesti dia tak berani nak hantar surat pada mulanya. Tetapi, memandangkan aku hanya tinggal 2 semester lagi di sini, sebab tu dia kirimkan aku warkah cinta ni,” aku tersenyum-senyum memandang surat cinta itu.

            “Aku tak tahu nak cakap apa lagi, Zalfa. Tetapi, aku harap kau tak akan kecewa nanti..” ujar Qaireen lemah. Aku hanya membuat muka selamba.

            “Aku tak akan sesekali kecewa!”

*___*

            Aku termenung di atas kerusi. Kata pukul 3 petang, tapi dah pukul 3.10 minit dah ni! Tak akanlah tak sampai-sampai lagi? Dahlah aku tak suka menunggu ni!

            “Zalfa Nur Afruz?” Aku mengerutkan kening apabila melihat lelaki itu. Dia.. bukannya Danish Durrani, kekasih Dhia Delisha Qasrina.

            “Ya, saya. Kenapa yer?” tanyaku. Penulis surat itu ada tulis yang namanya Danish, tapi tak akanlah lelaki ini. Danish Durrani?

            “Oh, saya cari awak lama dah! Di sini rupanya awak duduk,” ujar Danish Durrani.

            “Awak.. Cari saya?” keningku berkerut. Biar betul? Danish menganggukkan kepalanya.

            “Tapi.. Kenapa?”

            “Bukankah awak ke sini untuk berjumpa dengan saya?” Danish menjongketkan keningnya. Fuh! Machonya!

            Aku terpempan. Lelaki yang terkenal di kampus menghantar surat untuk berjumpa dengan aku? Wah! Indahnya dunia!

            “Awak ke yang hantar surat kepada saya?” tanyaku lagi. Mungkin aku tersilap.

            “Ya, saya. Kenapa? Tak percaya?”

            “Bukan tak percaya, tapi.. Bukankah awak sudah punya kekasih?” tanyaku.

            “Saya dan Delisha dah lama berpisahlah.. Awak tak tahu ke?” Aku menggelengkan kepala. Serius, aku tak tahu!

            “Dia curang dengan saya, tak sangka kan? Saya punya setia dengan dia, tapi dia buat saya macam ni! Berminggu saya bersedih hingga saya terjumpa awak. Karakter awak membuatkan hati saya tertarik. Tanpa sedar, saya jatuh cinta dengan awak,”

            Wah! Hati ini seperti di musim bunga! Seronoknya tak terkira! Ada orang jatuh cinta dengan aku lah! Wah! Happynya!!

            “Tak akanlah cinta awak boleh berubah dalam beberapa minggu sahaja?” Hehe.. Jangan cepat terpengaruh Zalfa! Siasat habis-habisan!

            “Sebenarnya, sebelum saya lihat dia curang depan saya.. Cinta saya sudah pudar. Tambah-tambah kawan-kawan selalu kata yang dia curang, saya nekad untuk menyiasat dan akhirnya keputusannya menyakitkan hati saya sendiri. Saya tak sangka! Saya berikan dia kesetiaan, tapi dia hancurkan! Saya berikan dia cinta, tapi dia memberikan saya dusta!” air mata yang menitis di pipi Danish membuatkan aku terharu.  Setianya dia!

            “Jangan risau, awak. Awak pasti akan temukan cinta sejati. Cuma awak hanya perlu bersabar,” ujarku sambil menepuk perlahan bahunya.

            “Saya rasa saya sudah temukan cinta sejati saya,” ujarnya tiba-tiba.

            “Siapa?” keningku berkerut.

            “Awak..” automatik mataku terbuntang.

            “Will you be my girlfriend?” dia memegang tanganku. Aku memandang ke arah matanya. Mata yang penuh dengan keikhlasan itu membuatkan aku terpaku.

            “Berikan saya masa,” ujarku lalu meleraikan pegangan tangannya sebelum berlalu.

            Wah! Aku sudah jatuh cinta! Jatuh cinta dengan keikhlasannya! Aku janji tidak akan menghampakannya lagi!

*___*

            “Wei, aku rasa aku dah jatuh cinta lah!” aku memeluk bantal pelukku.

            “Siapa?” tanya Qaireen. Dia masih leka mengulang kaji. Almaklumlah, tidak lama lagi ujian akan tiba.

            “Danish Durrani,” ujarku. Automatik Qaireen memandangku.

            “Kau? Jatuh cinta dengan Danish? Jangan mimpilah wei! Dia dah ada kekasih tahu! Delisha tu beribu kali lagi cantik dari kau lah!” ujar Qaireen.

            “Dia dan Delisha tu dah lama putuslah!” ujarku menangkas kata-katanya.

            “Mana kau tahu? Entah-entah mereka masih bersama lagi!” ujar Qaireen.

            “Aku tahu dari mulut Danish sendiri! Dia orang berpisah sebab Delisha curang dengan Danish!” ujarku. Mata Qaireen terbuntang.

            “Kau bercakap dengan Danish?” kening Qaireen berkerut.

            “Bukan setakat tu sahaja, dia lamar aku jadi mak we dia babe!”  ujarku sambil tersengih. Manakala Qaireen menggelengkan kepalanya.

            “Kau dah masuk perangkap, Zalfa. Tak mungkin Danish yang hot tu, boleh jatuh cinta dengan kau.. yang.. memang tak mungkin!” ujar Qaireen lagi sambil menggelengkan kepalanya.

            “Aku tahulah kau jealous dengan aku!” ujarku.

            “Tak, Zalfa. Aku tak pernah cemburukan kau. Tapi, aku nak kau tahu tak mungkin Danish akan jatuh cinta dengan kau. Mungkin, ada sesuatu di sebalik semua ini, Zalfa,” ujar Qaireen.

            “Ah! Lantak kaulah! Kau memang tak pernah setuju dengan aku! Blahlah kau!” ujarku kasar.

            “Aku nak kau tahu, walau apa pun yang terjadi kepada kau.. Aku akan sentiasa ada di belakang kau,” Qaireen berkata lemah. Apa yang boleh dia buat apabila Zalfa sudah bertekad.

*___*

            “Woi! Perempuan!” aku mengalihkan pandangan.

            Bush!

            “Itu balasan kau sebab ganggu Danish aku!” ujar Delisha. Aku meraup mukaku yang basah akibat disimbah oleh jus oren.

            Qaireen terpana. ‘Nayalah kau Zalfa oi!’ getusnya di dalam hati.

            “Woi! Delisha!” panggil Danish dari belakang. Delisha mengalihkan pandangannya ke arah Danish.

            “Danish, perempuan itu tampar I! Sebab itulah I jirus dia dengan air oren,” ujar Delisha manja. Aku mengetap bibir. Kureng punyer perempuan.

            “Qaireen, jom teman aku ke tandas,” ujarku sambil mencapai nescafe susu ais kepunyaan Qaireen.

            “Zalfa, kau nak buat apa dengan air itu?” tanya Qaireen. Aku hanya membuat muka selamba lalu menjirus Delisha dengan nescafe itu sebelum berlalu.

            “Ah! Tak guna punya perempuan!” jerit Delisha dari belakang. Aku hanya tersenyum sinis.

            Qaireen terpana. Dia menundukkan kepalanya sedikit ke arah Delisha sebelum berlalu. ‘Aku tak ada kaitan yer, Delisha. Jangan ganggu aku, sudah!’ getus hati Qaireen.

*___*

            “Beraninya kau simbah Delisha dengan nescafe tu. Kau tak takut ke kalau Danish marah kau?” tanya Qaireen. Aku hanya memandangnya.

            “Aku tak tahulah, Qaireen. Yang aku tahu aku sakit hati sangat dengan perempuan tu. Aku tahan sakit hati aku dah lama tahu. Setakat jirus air apalah sangat berbanding hinaan yang dia lemparkan kepada aku,” ujarku selamba.

            “Aku tahu kau sakit hati dengan Delisha, tapi aku risau kalau-kalau Delisha tu angkat geng untuk perkena kau,” ujar Qaireen dalam nada yang resah.

            “Ah! Menyesalnya aku sebab jirus air dekat dia,” aku menekapkan muka aku dengan bantal.

            “Itulah kau! Buat kerja tak fikir panjang!” ujar Qaireen.

            “Ah! Nayalah aku!!” jeritku kesal.

            Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku mencapainya perlahan.

            ‘Meet me at New Star Cafe at 4 p.m. – Danish’

            “Pengsan! Pengsan! Aku pengsan! Nayalah aku! Ni bapak segala naya dah ni! Tolong aku! Qaireen!!” riak wajah Qaireen jelas terkejut. Apa ke hal minah ni?

            “Kau kenapa ni?” tanya Qaireen.

            “Danish nak jumpa aku! Aku rasa dia nak marah akulah sebab jirus ex girl dia! Qaireen Nur Imtinan! Help me!” Qaireen menggelengkan kepalanya. Bala lagi datang kat minah ni!

            “Sorrylah, babe! Memang tak boleh tolong!” ujar Qaireen sambil menggelengkan kepalanya.

            “Qaireen!” aku duduk memeluk lutut. Matilah aku!!!

*____*

            “Hai awak!” sapa Danish ceria. Aku terkedu. Dia nak buat aku rasa tenang dulu ke sebelum mengamuk kat aku? Tolonglah Danish! Jangan uji jantung aku!

            “Hai...” aku mengukir senyuman palsu. Siapa yang boleh senyum kalau hati berdetak macam nak terkeluar ja ni? Tolonglah Danish! Aku tak sengaja!! Tapi.. Kalau lelaki ini ajak aku keluar sebab lain macam mana pula? Sebab.. Lamaran semalam ke?

            “Awak nak makan apa?” tanyanya. Aku mengambil menu yang berada di hadapan aku lalu membukanya. Setelah membuat pesanan aku memandang ke arah Danish.

            “Kenapa awak nak jumpa saya?” tanyaku straight forward. Tak ada simpang-simpang! Ingat ini jalan raya ke nak ada Simpang Pulai?

            “Saya nak tahu keputusan awak..”

            “Keputusan? Untuk apa?” aku mengerutkan kening.

            “Untuk lamaran saya..” ujar Danish. Aku terpempan. Memang aku tak ada masa lansung untuk fikirkan pasal lamaran itu.

            “Actually saya lansung tak fikirkan lagi tentang lamaran awak itu,” ujarku perlahan.

            “Saya tahu awak tak akan terima lamaran saya.. Mungkin awak anggap saya playboy sebab cepat sangat cinta saya berubah angin tapi saya memang mencintai awak di saat pertama kali saya terlihat awak. Saya jatuh cinta on the spot dengan awak,” ujar Danish. Aku mengerutkan kening. Jatuh cinta on the spot dengan aku?

            “So, saya ini first sight love awaklah?” Danish menganggukkan kepalanya.

            “Give me time,” ujarku. Pelayan yang datang menyelamatkan aku dari diacu soalan lagi oleh Danish.

            “Tapi..”

            “Boleh kita tutup pasal lamaran ini? Nanti bila saya dah ada jawapannya saya akan beritahu awak,” aku mengetap bibir. Tolonglah, jangan apabila aku suruh tutup kes pasal lamaran, kau buka kes pasal main-main air pagi tadi!

            “Saya berterima kasih kepada awak,” ujarnya. Aku mengerutkan kening. Terima kasih?

            “For?” aku mengambil air lalu menghirupnya sedikit.

            “Sebab tolong jirus air kepada Delisha bagi pihak saya,” tersedak aku apabila mendengar tutur katanya. Cepat-cepat dia mengambil tisu lalu diberikan kepadaku.

            “I’m not! Saya jirus dia sebab dia fitnah saya,” ujarku. Danish tersenyum sedikit.

            “Anyway, saya memang dah lama nak tampar dia tapi saya tak nak lah jadi lelaki yang berkasar dengan perempuan kan? So, saya biarkan sahaja dia walaupun saya rasa seperti nak lenyekkan sahaja dia,” ujar Danish. Aku mengukir senyuman sedikit.

            “Awak, kalau saya berikan awak peluang untuk menjadi kekasih saya, awak mesti janji tak akan khianati cinta yang saya berikan, okay?” aku memandang ke arahnya.

            “Saya janji tak akan khianati awak,” ujarnya. Aku tersenyum tipis.

            “Awak terima saya ke tak ni?” tanyanya.

            “Kalau saya kata ya?”

            “Sayalah orang yang paling bahagia di dunia ini,” aku tergelak kecil sambil memperbetulkan cermin mata.

            “Saya terima lamaran awak,”

*___*

            Aku tersenyum apabila terpandang kelibat Danish di cafe itu.

            “Hai..” sapaku. Danish tersenyum apabila melihatku.

            “Nah!” aku memberikan satu beg plastik kepadanya. Dia mencapainya dengan teragak-agak.

            “Itu sebab awak ajar saya mata pelajaran yang paling saya tak faham. Thanks,” Danish tersenyum sambil mengangguk.

            “You are welcome. Makan cepat! Saya nak bawa awak pergi carnival! Kita main di sana!” ujar Danish riang.

            Aku tersenyum lantas menghirup sedikit jus. Danish, aku harap kau sudi pakai baju dan perfume yang aku berikan itu..

*___*

            Aku tersenyum kecil apabila mengingatkan peristiwa-peristiwa yang berlaku kebelakangan ini. Danish.. Dia seorang yang sangat romantik sampai membuatkan aku terfikir. Kenapa Delisha sanggup meninggalkan Danish? Adakah dia buta untuk menilai kasih sayang yang diberikan oleh Danish?

            Aku membuka cermin mataku. Aku membasuh mukaku.  Tiba-tiba, aku terasa seluruh tubuhku basah. Aku meraupkan mukaku. Adeih! Sakitnya! Aku meraba-raba benda yang melindungi pandanganku ini. Kemudian aku menolak benda yang melindungi pandanganku ini.

            Aku mencapai cermin mata. Ah! What happens to me? Siapa pula yang perdajal aku ini?

            Alamak! Geng Delisha! Aku belum minta maaf lagi dengan Delisha. Ah! Kacau!

            Aku mencapai telefon bimbitku lalu menelefon Qaireen.

            “Qaireen, bawa baju spare untuk aku. Aku di tandas perempuan, ok. Thanks!” aku menamatkan panggilan.

            Tiba-tiba terdengar suara ketawa kecil berhampiran denganku.

            Gelaklah! Gelaklah kuat lagi! Aku dah biasalah! Aku dah biasa digelakkan! Sampai satu saat aku dah rasa macam dah familiar dengan gelak tawa kau orang! Gelaklah! Gelak lagi! Jangan berhenti! Aargghh! Qaireen bila kau nak sampai ini?!

*___*

            “Astaghfirullah, Zalfa!” aku memandangnya dengan pandangan kosong.

            “Siapa yang perkena kau ni Zalfa?” tanyanya.

            “Siapa lagi?”

            “Nah! Baju kau! Wei, esok kita akan tamat semester kan?” tanya Qaireen sambil menyuakan beg plastik kepadaku.

            “Kau tanya macam kau tak tahu je..” ujarku sambil melangkah ke bilik air.

            “Wei.. Kau tak nak ke jumpa bof kau sebelum kau balik rumah kau. Kau kena ingat tahu yang rumah kau di KL, rumah dia di Kedah. Jauh bezanya tahu!” ujar Qaireen dari luar.

            “Nanti-nantilah,”

*___*

            Aku berlalu ke kafe lalu duduk di salah satu meja di situ. Aku melayari internet sambil mendengar lagu. Bestnya di sini, internet free! Laju pun laju!

            “Woi, Danish. Bila kau nak lepaskan si Zalfa tu? Aku bosanlah dengar Delisha doq membebel tiap hari kat aku sebab cemburukan kau dengan minah pelik tu!” ujar salah seorang lelaki di situ, Muhammad Danial Afif.

            “Zalfa Nur Afruz, sepelik namanya, sepelik itu jugalah pakaiannya,” ujar seorang lelaki, Muhammad Danial Afiq.

            Relaxlah dude! Aku rancang dalam masa cuti semester ni.. Aku buat-buat pergi KL sebab rindukan dia, and cukup seminggu aku minta break. Senang kan? Huh! Perempuan macam tu memang seronok untuk dipermainkan,” ujar Danish angkuh.

            Aku mengenggam penumbuk. Sakit di dada terasa mencengkam jiwa. Tak guna kau, Danish!! Aku menyimpan laptop dan headset aku ke dalam beg sebelum mencapai air milo dan dituangkan kepada  Danish. Kini, aku sudah tidak kisah lagi tentang Delisha! Lelaki ini memang patut diajar!

            “Woi! Apa ni?”  Danish bangun dari duduk.

            “Aku silap dalam menilai kau! Aku silap kerana mempercayai ketulusan kau! Sebab ianya hanyalah palsu semata! Aku tak tahu bagaimana aku boleh terjatuh dalam perangkap kau! Mungkin sudah takdir untuk aku dipermainkan! Aku menyampah dengan lelaki-lelaki seperti kau orang semua! Tengoklah! Kau orang semua akan dipermainkan semula oleh gadis yang kau orang cinta!” ujarku lantas berlalu.

            Hati ini masih sakit! Aku berlalu ke kereta Mazda 3 milikku. Tak guna! Tak guna!! Bagaimana aku boleh terjatuh?! Sedangkan aku sudah menilai perwatakan dia?! I will show you! Kau akan menyesal kerana buat aku begini! Percayalah!

            Tiba-tiba mataku terfokus ke arah Delisha dan Danish. Danish! Memang kau sudi pakai baju pemberian aku tetapi kau berjumpa dia! Konon-kononnya ex-girlfriend, dah berpisahlah! Habis tu kenapa Delisha usap pipi kau. Kenapa?!!

            Aku memandu Mazda 3 laju menuju ke KL. Mesej telah ku kirim kepada Qaireen untuk memaklumkan kepulanganku dan meminta dia membawa pulang baju-bajuku.

            Teringat ku kepada kata-kata yang terluncur keluar dari bibir Qaireen.. ‘Aku nak kau tahu tak mungkin Danish akan jatuh cinta dengan kau. Mungkin, ada sesuatu di sebalik semua ini, Zalfa’

            Dan, aku? Aku tetap terima Danish biarpun telah diberitahu! Tak guna kau Danish! Bagaimana kau boleh perangkap aku?!

            Air mata yang menitis di pipi pantas diseka.

*___*

            Pintu pagar dibuka oleh pengawal sebaik sahaja menyedari kehadiranku. Tengku Zalfa Nur Afruz binti Tengku Zainal, empunya syarikat yang ternama di Malaysia dan serata dunia. Itulah diriku yang sebenarnya. Aku mencuba untuk melindungi kekayaanku dengan berpakaian seperti seorang perempuan yang tidak tahu erti fesyen. Tetapi, hakikatnya aku mempunyai perunding fesyen yang boleh merubah aku menjadi lebih baik.

            Aku memberikan kunci kereta ku kepada seorang pengawal. Pengawal itu masuk ke dalam kereta ku lalu memarkirnya ke parkir. Pintu utama dibuka oleh pengawal, dan aku menjejakkan kaki ke istana ini. Vila Mahligai. Itu gelaran untuk vila ini. Rumah yang terlalu mewah untuk digelar banglo dan akhirnya digelar vila. Satu-satunya vila yang terdapat di KL ini milik ayahku.

            Sepatutnya, aku sebagai anak bongsu kepada keluarga yang hanya mempunyai dua anak ini menjadi seorang perempuan yang bergaya dan angkuh, namun aku tidak sebegitu. Tetapi sekarang, aku patut berubah demi kehormatan diri aku sendiri. Aku tak mahu dilenyek oleh yang lain.

            Aku berjalan laju menuju ke kamarku. Aku menekap mukaku ke bantal lalu menangis dengan sepuas hati. Bilik yang bertemakan biru muda sebagai tanda ketenangan itu lansung tidak dapat menenangkan hati ku yang rawan ini!

            Setelah puas menangis, aku mencapai buku nota..

You’re probably wearing the clothes I bought you
You probably put on the cologne I bought you
And right now, you’re probably meeting her and laughing

Did you like her that much that you had to leave me?
How much more do I have to be better?

No matter how much I try to erase you
We spent so many days together
The past times are so regrettable that tears keep flowing but…

I will show you a completed changed me

            Aku berhenti mengarang. A completed changed me?  Aku rasa aku kena berubah! Qaireen! Kau akan jadi perunding fesyen aku!

*___*

            Aku termenung di balkoni. Menghadap kolam renang di belakang rumah serta court badminton. Kan bagus kalau abang Zafri ada. Boleh main badminton.. Ah! Bilalah abang nak sampai ni? Itulah! Siapa suruh pergi sampai ke Perlis. Di Pinang macam aku sudahlah!

            Tiba-tiba pintu terbuka, Qaireen menghela nafasnya.

            “Penat aku cari kau tahu!” ujar Qaireen lemah. Dia berbaring di atas katil king milik Zalfa. Dari situ dia dapat lihat gambar Tengku Zainal, Tengku Zainab bersama dengan putera dan puteri mereka iaitu Tengku Zafri Muhammad Aisy dan Tengku Zalfa Nur Afruz.

            “Aku nak berubah.. Nak jadi cantik dan menawan,” aku meluahkan hasratku. Spontan mata Qaireen memandang tepat ke arahku.

            “Tapi.. Kenapa?”

            “Cinta aku dipermainkan oleh Danish, Qaireen! Aku dimainkan Qaireen..!” air mataku menitis lagi. Qaireen memeluk tubuhku yang sedang menahan esak tangis.

            “Kan aku dah kata.. Tak mungkin Danish sukakan kau! Kau tak percaya...”

            “Aku akan berubah.. Biar mereka yang terliur tengok aku!” ujarku menyimpan tekad.

            “Jom! Kita gesek-gesek kad kredit kau sampai habis!” ujar Qaireen ceria.

            “Kena bawa banyak kad kredit la ni? Aku on je! Bab bayar ayah aku lah!” ujarku lalu tertawa. Qaireen turut tertawa. Nayalah uncle Zainal bulan ni!

*___*

            Dari satu kedai ke satu kedai kami bertandang untuk membeli baju. Kini tiba di kedai rambut. Qaireen duduk di kerusi lalu membelek majalah.. Setelah lama berfikir dia memilih satu gaya untuk aku.

            “Kau jangan potong rambut aku, Qaireen. Aku simpan lama tahu!” ujarku memberi amaran.

            Don’t worry my dear. Just sit..” ujarnya. Aku redha ajelah dengan apa gaya yang minah ni buat kat aku. Janganlah potong rambut aku yer cik!!

            Setelah beberapa jam akhirnya rambut aku siap jua! Wah! Cantiknya! Rupa-rupanya Qaireen menyuruh pembantu itu meluruskan rambut aku.

            “Cantiklah kau! Satu lagi!” dia menarik cermin mataku.

            “Nah!Pakai ni!” Qaireen menyuakan contact lens kepadaku. Entah bila dia beli pun aku tak tahu?

            “Tapi.. Kenapa?”

            “Just wear it, kau lagi cantik tanpa cermin mata,” ujarnya. Perlahan-lahan aku mencapai contact lens itu lalu memakainya.

            “Miss.. Ada tempat tukar baju tak?” tanya Qaireen.

            “Ada.. Ada.. Di sana,” ujar pembantu itu lalu menunjukkan bilik tukar baju.

            “Nah! Kau pakai ini!” ujar Qaireen lalu memberikan aku gaun singkat dan high hells.

            “Kau ingat aku nak pergi party ke?” tanyaku selamba.

            “Anggaplah kau nak pergi party! Pakai tahu!” ujar Qaireen selamba. Aku mencapai gaun singkat itu dan high heels lalu memakainya. Selepas memakai baju itu, aku keluar dari bilik persalinan itu.

            “Wow! Cantiknya kawan aku ni! Rasa macam tak percaya aje.. Ini kau Zalfa,” ujar Qaireen apabila aku keluar.

            “Oh! Lupa! Make up! Cik! Tolong make upkan muka kawan saya ini, dan ajar dia cara untuk memakai make up yer?” ujar Qaireen. Aku ditolak duduk lagi dan diajar menggunakan make up. Sesuatu yang aku tak pernah sentuh selama ini! Kalau family aku nak tangkap gambar baru aku dipakaikan baju dan dimekapkan oleh perunding fesyen yang ditempah oleh ayah.

            Kini, aku kena melakukannya sendiri. Tapi, cantik juga aku ini. Cantik daripada Delisha. Aku nak lihat Danish cair di tangan aku! Playboy macam dia itu perlu diajar! Baru dia pandai menghormati perempuan!

*___*

            “Fuh! Adik abang ke ni?” ujar Zafri sebaik sahaja dia tiba di rumah. Terpegun dia dengan rupa paras adiknya.

            “Cantiknya anak bonda!” ujar Tengku Zainab dari belakang.

            “Bonda!” aku memeluk Tengku Zainab.

            “Beritahu bonda! Siapa yang berjaya ubah anak bonda jadi cantik ini?” tanya Tengku Zainab.

            “Qaireen,” ujarku lalu menunjuk ke arah Qaireen.

            “Bonda! Lama tak jumpa!” ujar Qaireen lalu memeluk Tengku Zainab. Setelah kematian ibu bapa Qaireen tahun lepas, dia kini tinggal bersama aku dan keluargaku.

            “Dah! Peluk sat-sat sudahlah! Janganlah peluk bonda kita lama sangat!” ujarku sambil memeluk tubuh.

            “Eleh! Ada orang jealous lah bonda!” ujar Qaireen selamba. Tengku Zainab hanya tergelak.

            “Tak apa! Aku ada abang Zafri. Abang! Nak peluk!” ujarku. Baru sahaja aku ingin memeluk Zafri dia sudah berlalu pergi.

            “Abang!!” aku mencekak pinggang.

            “Bluek!” dia menjelirkan lidah kepadaku dari kejauhan.

            “Abang!” aku mengejar Zafri dari belakang.

            “Zalfa! Kau pakai high heels! Jatuh nanti!” jerit Qaireen. Serta-merta aku memberhentikan langkah. Aku memandang ke arah Qaireen lalu tersengih.

            “Lupa!”

            Qaireen dan Tengku Zainab menggelengkan kepalanya melihat teletah Zalfa.

            “Riuh rumah kalau mereka bertiga ni ada! Kalau tak senyap sahaja,” ujar Tengku Zainal.

            “Ayah!” aku menyalami lalu memeluk Tengku Zainal.

            “Ayah, kita orang main gesek kad kredit hari ini, so jangan marah tahu kalau bil melambung.. Qaireen! Cabut!” ujarku lalu membuka high hells dan berlari ke kamar. Qaireen turut sama mengikut jejak langkahku.

            Terbuntang mata Tengku Zainal mendengarnya. Lagi terkedu dia apabila melihat pembantunya membawa naik berpuluh-puluh beg kertas yang berjenama. Melambung lah bil bulan ini!

            “Banyaknya budak-budak ni shopping!” ujar Tengku Zainab.

            “20 ribu juga bulan ni..” ujar Tengku Zainal sambil menggelengkan kepalanya. Itu baru Zalfa dan Qaireen. Zafri bagaimana pula?

*___*

            “Nasib ayah tak marah!” ujarku. Kecut juga mereka waktu makan malam tadi. Nasib Tengku Zainal tak marah! Kalau tak! Habislah kereta Mazda 3 aku!

            “Tapi, banyaklah kita beli.. Kau memang bertukar betul-betul lah next sem ni!” ujar Qaireen. Aku menjongket kening.

            “Wei, nanti abang Zaf masuk ke U yang sama dengan kita..” aku mengambil bantal lalu diletakkan di atas riba.

            “Inilah peluang kau!”

            “Peluang apa?” tanya aku. Keningku berkerut.

            “Peluang kau untuk memperkena semula Danish!” ujar Qaireen. Aku menjongket kening. Masih tidak faham.

            “Danish bercinta dengan Delisha kan, kau pula bercintalah dengan Zafri,” ujar Qaireen.

            “Woi! Haram!!”

            “Bukan aku kata betul-betul, tipu-tipu aje.. Alah! Bolehlah! Amacam?” Qaireen menjongket kening. Aku tersenyum sinis.

            “Boleh juga! Dah, pergi masuk bilik kau. Aku nak karang lagu!” ujar aku lalu menolak perlahan bahu Qaireen.

            “Kau serius ke nak jadi penyanyi?” tanya Qaireen.

            “Seriuslah! Kalau tak serius buat apa aku tulis lagu. Buat rugi je ada suara sedap,” ujarku. Aku mencapai buku nota. Hendak menyambung semula lagu yang dikarang sebentar tadi.

            “Pastikan! Selepas kau siap karang, kau berikan kepada aku. Aku nak jadi orang yang first yang baca lirik lagu kau tu!” ujar Qaireen.

            “Okay, dear! Now, back to your room please!” Qaireen membuat muka masam sebelum keluar dari bilikku. Aku tersengih kemudian lalu mengarang..

I will show you a way prettier me
I don’t wanna cry like a fool over love, over you who left

I will meet a hotter guy and I will show you for sure
A me who is happier than you
I won’t be sad without you, I won’t break down
Boy you gotta be aware

I neatly change my hairstyle and carefully apply my makeup
With my high heels and short skirt, everyone turns to look at me

            Orang tengok aku ke? Alah! Hentam ajelah! Sekarang pukul berapa? Aku merenung jam. What?! 12 in the midnight?! Alamak! Padanlah mengantuk!!

*___*

            “Wei.. Kenapa semua orang tengok aku macam nak telan ni?! Tolonglah! Aku tak nak mati lagi!!” ujarku berbisik kepada Qaireen.

            “Mulut kau jangan celopar boleh tak? Mereka tengok kau sebab kau cantik! Ye lah.. Sebelum ini kau tak cantik mana pun,” ujar Qaireen.

            “Kau jangan kutuk aku depan-depan boleh tak?” aku menjeling ke arah Qaireen.

            “Ada aku kisah? Jom, duduk di sana,” ujar Qaireen. Aku hanya mengikut langkahnya.

            “Wei.. Aku ni memang hot ke? Semua orang pasti pandang aku tak kira aku pakai apa pun kan?” aku menjongket kening ke arah Qaireen.

            “Mereka pandang kau dahulu sebab kau pelik! Mereka pandang kau sekarang sebab imej kau menarik!” ujar Qaireen.

            “Sebab imej aku dahulu juga aku dikutuk-kutuk.. Tetapi, sekarang aku dipuji pula! Ah! makin famous lah aku rasa,” ujarku angkuh.

            “Kau jangan nak perasan okey? Amacam lirik tu siap tak lagi?” tanya Qaireen.

            “Sikit lagi.. Aku tak ada idea lah, jom round-round U. Aku nak cari idea,” ujarku sambil mengambil beg tanganku.

            “Aku on je! Tapi, tak akanlah round-round U je? Jomlah pergi shopping!” ajak Qaireen.

            “Boleh.. Tapi kau yang belanja! Kad kredit aku hampir over limited dah! Ataupun, kita ajak abang Zaf. Suruh dia yang belanja,” aku menjongket kening.

            “Boleh juga. Aku tunggu di sini, kau pergi panggil,” ujar Qaireen.

            “Okey aje..” aku mencapai telefon bimbit.

            Hello, abang Zaf. Abang di mana?” tanyaku sebaik sahaja panggilan disambungkan.

            “Okey, see you in a minute,” aku mematikan panggilan.

            “Aku pergi dahulu,” ujarku meminta diri.

            “Aku duduk sini tahu,” ujar Qaireen. Aku hanya mengangguk.

*___*

            “Abang, jom ikut kita orang pergi shopping,” ajak aku.

            “Oh, ini kira nak ajak abang, suruh abang belanja la ni. No way,” Zafri berura-ura hendak berpatah balik namun aku lebih cepat mencapai tangannya.

            “Alah.. Pleaselah abang.. For me? For Qaireen?” aku membuat muka comel.

            “Pandai Zalfa bodek abang yer? Kad kredit Zalfa mana?” tanya Zafri.

            Over-limited lah abang,” ujarku selamba. Terbuntang mata Zafri mendengarnya.

            “Shopping apa sampai over-limited?” tanya Zafri.

            “Baju, beg tangan and macam-macamlah!” ujarku selamba. Kami berjalan beriringan ke  kafe.

            “Oh! Abang gerenti baju dah penuh dalam closet kan?” ujar Zafri sambil mencuit hidungku.

            “Taklah! Abang ni sakit hidung Zalfa! Zalfa bakar.. Adoi!” sakit bahu aku apabila bahu aku terlanggar bahu Delisha.

            “Hello! Perempuan! Sesuka hati kau aje langgar aku!” ujar Delisha garang. Aku terkedu. Bukan ke dia yang langgar aku? Aku berlalu ke belakang Zafri.

            “Abang! Zalfa takut.. Dia pernah jirus Zalfa dengan air jus bang,” ujarku berbisik ke telinga Zafri.

            “Bukan kau ke yang langgar Zalfa?” tanya Zafri.

            “Zalfa? She’s Zalfa?!” tanya Delisha kuat.

            “Woi! Minah! Sakitlah telinga aku! Suara nyaring macam langsuir lah minah ini! Yes, she is Zalfa. Tengku Zalfa Nur Afruz! Orang yang pernah kau jirus dengan air oren,” ujar Zafri. Aku tersenyum sinis dari belakang. Baru kau kenal siapa Zalfa yang sebenarnya!

            “Impossible!” ujar Danish pula. Dia memandang ke arahku. Aku melemparkan senyuman sinis.

            “Abang jom blah,” ujarku lalu memegang lengan Zafri. Tingkahku itu menyebabkan wajah Delisha dan Danish bertambah kelat.

            “Abang, please belanja Qaireen dan Zalfa. Please bang.. Kali ini je! Bulan depan baru Zalfa boleh shopping dengan kad kredit Zalfa. Pleaselah abang..”

            “Yelah, abang belanja!” ujar Zafri lemah.

            “Yes! Thank you abang!” aku bersorak kecil lalu mengucup pipi Zafri.

*___*

If I ever run into you, I will give a dazzling smile
Pass by your surprised face and click clack go on my way

I will show you a completed changed me
I will show you a way prettier me
I don’t wanna cry like a fool over love, over you who left

I will meet a hotter guy and I will show you for sure
A me who is happier than you
I won’t be sad without you, I won’t break down
Boy you gotta be aware

I will throw away the ring you gave me
I will erase the letters you wrote me
Without lingering attachment, without regret, I’ll forget you
I wanna forget you, I wanna erase you

I will show you a completed changed me
I will show you a way prettier me
I don’t wanna cry like a fool over love, over you who left

I will meet a hotter guy and I will show you for sure
A me who is happier than you
I won’t be sad without you, I won’t break down
Boy you gotta be aware

            “Yes!!! Siap pun!” ujarku sambil mengibarkan kertas itu. Qaireen segera mencapai kertas itu lalu membacanya. Seketika kemudian, dia memandangku dengan wajah yang kelat.

            “Your first song is about you, right?” Qaireen menjongket keningnya. Aku tersenyum sinis.

            “Sebab itulah, aku perlukan masa untuk menyiapkan lagu ini. Esok, aku akan berjumpa dengan Sun Shine Enterprise! Aku akan menyanyikan lagu ini.. Dan kalau aku diterima menjadi penyanyi! Lagu ini akan menjadi lagu pertama aku.. Doakan aku tahu!” ujarku sambil tersenyum girang.

            “In Shaa Allah, aku akan doakan kau,” ujar Qaireen.

*___*

            Aku mengucapkan lafaz alhamdulillah. Akhirnya, dengan rasminya aku telah menjadi seorang penyanyi.  Alhamdulillah, mereka menerima lagu yang dikarang olehku yang bertajuk I Will Show You. Tak sangka kan? Khabar gembira ini sudah aku maklumkan kepada keluargaku dan tak lupa kepada Qaireen.

            In Shaa Allah, aku akan live bersama dengan penyanyi lain pada bulan hadapan dan bulan ini jadual aku padat dengan latihan tarian dan nyanyian. Tak sangka kini aku berjaya menjadi penyanyi. Kerjaya yang sudah lama aku idamkan.

*___*

            “Seterusnya, penyanyi yang baru setahun jagung berada di bawah Sun Shine Enterprise.. Zalfa Nur Afruz!”

            Aku naik ke atas pentas apabila namaku diumumkan. Agak berdebar apabila ini kali pertama aku menaiki pentas. Aku mencari wajah Qaireen untuk mencari ketenangan. Tak sangka aku akan terlihat kelibat Danish. Aku tersenyum sinis. This song is declared to you, Danish!

You’re probably wearing the clothes I bought you
You probably put on the cologne I bought you
And right now, you’re probably meeting her and laughing

Did you like her that much that you had to leave me?
How much more do I have to be better?

No matter how much I try to erase you
We spent so many days together
The past times are so regrettable that tears keep flowing but…

I will show you a completed changed me
I will show you a way prettier me
I don’t wanna cry like a fool over love, over you who left

I will meet a hotter guy and I will show you for sure
A me who is happier than you
I won’t be sad without you, I won’t break down
Boy you gotta be aware

I neatly change my hairstyle and carefully apply my makeup
With my high heels and short skirt, everyone turns to look at me

If I ever run into you, I will give a dazzling smile
Pass by your surprised face and click clack go on my way

I will show you a completed changed me
I will show you a way prettier me
I don’t wanna cry like a fool over love, over you who left

I will meet a hotter guy and I will show you for sure
A me who is happier than you
I won’t be sad without you, I won’t break down
Boy you gotta be aware

I will throw away the ring you gave me
I will erase the letters you wrote me
Without lingering attachment, without regret, I’ll forget you
I wanna forget you, I wanna erase you

I will show you a completed changed me
I will show you a way prettier me
I don’t wanna cry like a fool over love, over you who left

I will meet a hotter guy and I will show you for sure
A me who is happier than you
I won’t be sad without you, I won’t break down
Boy you gotta be aware


            Fuh! Lega! Akhirnya aku berjaya mendedikasikan lagu ini! Aku menundukkan kepala sebelum berlalu ke belakang. Danish! Aku akan hapuskan engkau dari hidup aku!!

*___*

            “Zalfa!” suara seorang lelaki menghentikan langkahku. Pandangan Tengku Zainal yang mengarahkan aku untuk pergi melemahkan semangat aku. Aku menarik Qaireen untuk mengikuti jejak langkah aku.

            “Apa?” tanyaku kasar.

            “Tak ada peluangkah untuk saya lagi?” tanya Danish.

            “Tak ada! Woi! Blahlah! Aku dah ada teman lelaki lah! Just get out from my sight, can you?!”

            “I can’t! Because I can’t live without you!” balasnya.

            “Kalau kau tak boleh hidup tanpa aku, kau dah lama mampuslah!” balasku kasar lalu berlalu.

            “Sekali kau lukakan hati dia, sampai bila pun dia akan ingat!” ujar Qaireen lalu mengikuti jejak langkah Zalfa.

*___*

            Aku duduk di atas pasir. Beberapa perkara yang terjadi kebelakangan ini membuatkan aku menjadi matang. Jatuh cinta dan putus cinta.. Dua perkara ini akan aku ingat sampai bila-bila. Bagaimana aku ingin mengenali lelaki itu sama ada dia memang mencintai aku ataupun berpura? Ah! Lantaklah! Aku masih muda! Baru 22 tahun! Aku tak akan jatuh cinta hingga aku menjadi matang dan boleh mengetahui isi hati seorang lelaki. Namun, mampukah aku?

            Lelaki.. Hanya mencintai wanita hanya kerana rupa parasnya, nanti bila sudah tua sudah kerepot mereka akan pasang dua! Aku tak sanggup! Aku tak sanggup ditinggalkan apabila aku sudah lemah! Aku tak sanggup ditinggalkan apabila aku sudah tiada tempat untuk bergantung! Aku tak akan jatuh cinta lagi! Tak akan!!!

            Aku memandang ke arah lautan luas yang terbentang di hadapan mata.. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya! Jangan disangka muka tak cantik tiada yang mencinta! Jangan disangka muka yang jelita tiada yang membenci! Kerana semuanya di luar pengetahuan kita.. Hanya Allah yang tahu apa yang tersirat dan tersurat di dalam setiap perbuatan..

            “Zalfa! Jomlah join sekaki!!” panggil Qaireen. Aku memandang ke arahnya sebelum berlalu ke arah yang lain..

p/s : Dear readers..  Ini cerita terbaru tahun 2013.. Hope you like it! And, please leave your comment. I need to know your reaction about this story..

Cerita ini sudah ada sambungannya.. Cerpen : Please Don't.. Enjoy!!!

7 comments:

Budak Kurang Garam said...

Story based on Ailee's song? Daebakkk!

Anonymous said...

best la..Tak ade smbungan ke..???..:)

Lia veSus Ayiz said...

Budak kurang garam : yup.. This story based on Ailee's song.. Hehe

Anonymous : sambungan dia dah ada.. Please Don't..

Noor Amiera Atiqah Af said...

Nak watak -watak nya

Lia veSus Ayiz said...

Noor Amiera :
Nak wataknya?
1. Tengku Zalfa Nur Afruz binti Tengku Zainal
2. Qaireen Nur Imtinan(kawan Zalfa)
3. Muhammad Danish Durrani (lelaki yg mengkhianati Zalfa)
4. Dhia Delisha Qasrina ( kekasih Danish)
5. Tengku Zafri Muhammad Aisy bin Tengku Zainal ( abang Zalfa)

Pyqa Lolyz said...

Bestlah..hehehe

NNisa Azim said...

Best sgt.... Haha.. Dah agak mcm lagu Ailee 👏💕💕

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!