My Favourite Song

Loading...

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

23 December 2012

Novel : Peperangan Cinta : Bab 12


BAB 12

 “DADDY kau cakap macam tu?” hampir terjerit Arani apabila mendengar kata-kata yang keluar dari bibir Ariana.

“Ya! Aku tak nak kahwin! Tapi! Aku tak  nak keluar dari rumah! Apa yang aku nak buat?!” Ariana tertunduk.

“Eleh, kalau kau keluar dari rumah, duduk dengan kami, kalau pasal tak leh jejak kaki ke rumah tu! Kau boleh jumpa mommy dengan daddy kau di luar,” selamba je Azzalea menuturkannya. Nisrina mengangguk-angguk. Ariana mengangkat semula wajahnya. Kelihatan wajah ceria Ariana kembali.

“Wei! Aku tak sangka otak kau geliga, Azza! Aku ingat aku tak boleh jumpa dengan mommy dan daddy dah! Oh! I love you, Azza!” Ariana hendak memeluk Azza tapi segera dihalang olehnya.

“I’m not a lesbian! Pleaselah! Don’t hug me!” marah Azza.Ariana hanya tersengih.

“Tapi, aku nak tinggal dengan siapa?” mood sedih Ariana dah kembali.

“Kau duduk je dengan aku! Simple!” Nisrina berkata.

“Banyaklah! Kau pun duduk dengan mak bapak kau! Ada hati nak ajak aku duduk dengan kau!” Ariana menjegilkan matanya. Nisrina hanya tersengih..

“Apa kata kita cari rumah sewa, kita tinggal di situ ramai-ramai,” cadang Arani.

“Hah! Elok juga tu, aku akan tolong cari rumah sewa yang bagus-bagus punya,” sokong Azzalea.

“Eh, masa rehat dah nak habislah. Wei, aku balik office dululah,” kata Ariana lalu berlalu pergi.

“Kalaulah aku jadi Ariana, aku dah lama lari dari rumah, cekal betul dia,” selamba je Nisrina menuturkannya.

“Yelah tu, entah-entah lari rumah aku, nak duduk dengan aku, pigidah!” kutuk Arani. Nisrina tersengih. Azzalea menggelengkan kepalanya.

 

“WE need to do something, I’m sure anak kita tak akan setuju untuk dikahwinkan,” cadang Tengku Helmi

“Kita nak buat apa?” tanya Tan Sri Mansur.

“Hah! I have got an idea! Idea baik punya,” ujar Tengku Helmi girang sambil mengangkat kening.

“Apa dia?” tanya Tan Sri Mansur.

“Macam ni…”

 

“DAH seminggu lebih ni, apa keputusan kamu, Tengku Haikal Izhar?” tanya Tengku Helmi.

“Carl tak setujulah, papa! Papa ingat kahwin ni boleh buat main ka?! Sesuka hati je suruh orang kahwin dengan dia! Kenapa? Dia tak laku ke sampai mak bapak kena cari jodoh!” ujar Haikal keras. Tengku Helmi menggelengkan kepalanya.

She’s too beautiful! Ayah dia risaukan dia, sebab tulah ayah dia nak kahwinkan dia dengan kamu,” ujar Tengku Helmi.

“Kan ada ramai lelaki lain. Kenapa mesti Carl?” tanya Haikal lemah.

“Sebab ayah dia berkenankan kamu,” ujar Tengku Helmi.

No, Carl tak setuju okey! Suruh ayah dia cari orang lain,” ujar Haikal tegas.

“By hook or by crook! You need to marry her! Atau papa akan hantar kamu ke Itali and papa tak akan berikan kamu duit walaupun sesen pun. Think it clearly, Tengku Haikal Izhar,” ugut Tengku Helmi.

Haikal terlongo. Tidak sangka ayahnya sanggup menghantarnya ke Itali, dan tidak akan memberinya duit walau sesen. Habis tu, kereta dia siapa nak bayar duit minyak.

‘Adoi! Ish! Teruklah aku kalau macam ni! Ariana! Ya! Ariana pasti boleh tolong aku! Tapi, aku tak ada nombor dia! Jauh sekali tau rumah dia! Aiyo! Apa aku nak buat ni?!’ getus Haikal sendirian.

“Pilih setuju atau tidak?!” tegas Tan Sri Helmi.

“Carl...

 

“MUMMY kan tahu, Ann anti gile dengan budak tu! Dahlah perangai entah apa-apa! Pokoknya! Ann bencikan dia! Dan! Ann tak mahu kahwin!! Full stop!!” jerit  Ariana.

“Ariana Yusrina! If you don’t want to get married! Then get out from this house!” putus Tan Sri Mansur.

“Alah! Boleh jumpa mummy kat luar, kan mummy kan?” Ariana mengenyit mata kepada Puan Sri Sukainah.

“Jikalau kamu tak setuju, daddy akan hantar kamu ke Itali. Di sana, daddy tak akan bekalkan duit atau apa-apa pun, pandai-pandai lah kamu hidup sendiri, ye, Ariana Yusrina. So, are you want to get married or not?” tegas Tan Sri Mansur menuturkannya.Mulut Ariana terlongo apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut daddynya itu.

Fine!Ann akan kahwin dengan Haikal! Satisfied?!” laju Ariana menghayunkan kaki naik ke tingkat atas.

 

“BAIK! Dua – dua dah setuju!Apa kata kita lansungkan pernikahan dengan secepat mungkin. Kalau bab majlis tu, kita bincang lepas mereka dah sah nikah, sebab mereka berdua ni degil, tak pasal-pasal cabut lari, kita nak cari kat mana?” cadang Tengku Helmi.

“Bagus juga tu, mereka tu memang degil. Kalau ikutkan hati aku sekarang juga aku bagi mereka kahwin. Takut mereka lari!” setuju Tan Sri Mansur.

“Kalau kau orang nak cepat sangat, apa kata esok aje mereka nikah,” tiba-tiba Tengku Sofiah bersuara, asyik kata nak cepat-nak cepat.

“Boleh juga tu,”setuju Tan Sri Mansur dan Tengku Helmi.

“Eh! Eh! Tak boleh! Mana nak cari baju, nak jemput orang lagi. Mereka nak pergi kursus kahwin lagi” bantah Puan Sri Sukainah.

“Apa kata petang ni kamu pergi cari baju, kita beli sepasang baju untuk Ariana. Dan sepasang baju untuk Haikal,cukup! Esok mereka pergi kursus kahwin. Minggu depan nikah!” ujar Tengku Helmi.

“Bab jemput orang, kita jemput yang dekat-dekat saja,” kata Tan Sri Mansur.

“Semua okay? Setuju,”

 

“AKU terima nikahnya Ariana Yusrina binti Mansur dengan mas kahwinnya RM 5555 tunai,” ujar Tengku Haikal Izhar.

            Dengan sekali lafaz, Ariana Yusrina telah sah menjadi milik Tengku Haikal Izhar. Kenyataan yang sangat dibenci oleh Ariana. Namun, dia terpaksa hormatkan lelaki ini.

Haikal menghampiri Ariana. Sungguh! Dia tidak suka dengan pernikahan ini! Terpaksa berhadap dengan perempuan yang menjengkelkan ni pulak! Lama-lama fikir, boleh sakit otak aku!

Ariana mencium tangan Haikal, walaupun dia berasa ingin berlari sejauh 100 meter. Huh!

Tengku Helmi dan Tan Sri Mansur memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana apa yang dirancang oleh mereka akhirnya berhasil.

Tengku Sofiah mencebikkan mulut.Kau tengoklah apa aku nak buat.Aku akan buat kau tak tahan duduk di rumah ni lagi.

Ariana perasan akan riak tidak senang ibu mertuanya itu. Dia mulai pelik. Bukankah mereka yang menginginkan pernikahan ini. Jadi, mengapa muncul soal tidak suka pula ni?

No comments:

Search This Blog

Loading...

Back to home