Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

01 December 2012

Cerpen : You Are Mine, Miss Spy!


Let’s the Story Begin..

DIA melumurkan minyak sebanyak mungkin di rambutnya sambil tersenyum sinis. Dia memakai cermin mata besarnya sambil memerhatikan bajunya. OK! Cantik! Memang nampak macam budak skema. Selepas ini tiada orang yang akan mengenalinya sebagai Tengku Auzaie Ryan si model, sekarang mereka akan mengenalinya sebagai Tengku Auzaie Ryan  si skema.

            Dia melangkah turun menuruni tangga ke dewan makan. Dia tahu bahawa pekerja-pekerja di rumahnya yang ibarat istana ini terkejut melihatnya. Namun, dia tidak ambil peduli.

            Terlopong Tengku Ridwana Rifiah apabila melihat kelibat abangnya turun ke dewan makan. Dia menggosok matanya berulang kali, tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

            “Abang! Biar betul abang nak ke sekolah dengan gaya ini? Are you insane, Tengku Auzaie Ryan?”

            “Betullah. Kalau tidak, abang tak akan bazirkan minyak di kamar tu,” ujar Tengku Auzaie Ryan selamba.

            “Abang, you are a supermodel you know? Tak akanlah abang nak ke sekolah dengan gaya ni?” Tengku Auzaie Ryan tersenyum tipis.

            “Abang tak nak mereka tahu yang abang ni model. Dahlah abang pergi sekolah yang bercampur lelaki perempuan. Giler ke? Mahu dikejarnya abang tak cukup tanah nak lari kot? Ermm.. By the way, ayahanda mana?”

            “Ayahanda apa lagi, of course di office. Nama pun workhalic, mana nak nampak muka di rumah kan?” ujar Tengku Ridwana Rifiah selamba.

            “Jom pergi sekolah, abang tak sabar-sabar nak tengok sekolah baharu ni,” ujar Tengku Auzaie Ryan sambil tersenyum girang.

            “Tak nak adik pergi dengan abang. Buat malu aje, kalau abang ni bergaya macam biasa tak apa juga ni dah bertukar jadi si skema. No way!”

            Hello my dear! Abang kan Cinderella versi lelaki. Bila ke sekolah jadi Auzaie Ryan si skema, bila dah sampai rumah abang jadilah Auzaie Ryan si lelaki kacak bergaya. Amacam okey tak?” Tengku Auzaie Ryan mengangkat keningnya.

            “Apa-apa ajelah abang oi! Abang pergi dahulu, nanti adik naik kereta lain,” ujar Tengku Ridwana Rifiah. Tengku Auzaie Ryan hanya mengangkat bahu dan berlalu pergi.

            SMK Sri Fairview! I’m coming!

 

TENGKU Fakhriy Fasyin melangkah masuk ke kamar milik adik perempuannya. Dia menggeleng perlahan melihat adiknya yang sedang tidur pulas di atas katil king itu.

“Tengku Dhia Syarafana! Bangunlah! Apa ni? Anak dara bangun lambat!” Dia menguis lembut kaki adiknya itu. Dia terus mengejut hingga gadis itu tersedar dari mimpinya.

“Ye.. Dhia bangun. Abang ni kan! Ganggu aje tidur Dhia. Menyibuk!” aku duduk di birai katil, lalu mengambil jam di tepi katil. La, baru pukul 7 pagi. What! 7 pagi?!

“Abang!!” Kenapa tak kejut awal-awal pagi! Huhu! I’m late for school!” Tengku Fakhriy Fasyin hanya tersengih. Padan muka kau dik.

Aku berlari ke bilik air. Nasib bilik air dalam bilik. Kalau tak mahu aku berlari tawaf satu rumah. Bonda! Dhia dah lambat!

 

AKU berjalan dengan had laju yang paling tertinggi. Nayalah aku kalau terjumpa dengan pengawas! Walaupun sekolah ini private school namun pengawas masih strict! Ergh! Geram betullah! Macam mana boleh bangun lambat ntah?

            Pak! Bunyi buku-buku bertaburan jatuh. Aku memejamkan mata. Aduh! Siapa pula yang aku langgar ni?

            I’m sorry,” ujarku lalu berlalu pergi. Ah! Lantaklah dengan lelaki tu janji aku boleh masuk kelas dengan aman.

            Fuh! Nasiblah cikgu tak masuk lagi. Kalau tak susah juga nak kelentong cikgu. Aku mengambil tempat di tempat dudukku.

            “Woi! Kenapa kau datang lambat?” datang dah penyibuk. Aku menjeling ke arah Sharifah Marsya Maisarah. Dia hanya tersengih. Chill lah dear.

            “Bangun lambat. Abang aku kejut tepat-tepat pukul 7 pagi.. Kejamlah mamat tu,”

            “Woi! Mak cik! Awal lagilah pukul 7 pagi tu. Kita punya sekolah kan special sikit, masuk pukul 8.30 pagi. Apalah kau ni?” Sharifah Marsya Maisarah menggelengkan kepalanya.

            “Kau bukan tak tahu, aku mandi dah hampir sejam. Makan lagi. Gosok baju lagi. Itulah sebabnya aku masuk kelas pukul 8.35 pagi,” terangku. Jenuh juga aku marathon pagi tadi. Kejam punya abang. Ergh!

            “Wei.. Tapikan aku ada dengar cerita yang ada budak baru dalam kelas kita. Lelaki kot! Amacam? Nak usyar tak?” Sharifah Marsya Maisarah menjongket kening. Aku tersenyum sinis.

            “Okey.. Kau ni cakap macam tak kenal aku,” ujar aku selamba. Kerja aku selama ini jadi pengintip. Hehe.. Tapi tengok orang dulu. Kalau handsome aku usyar. Segala sikap budak dalam kelas ni aku tahu. Kebanyakannya playboy.

 

TENGKU Auzaie Ryan mengutip semula buku-bukunya. Apa punya perempuan lah? Langgar orang lepas tu blah macam tu je. Tak ada adab lansung!

            “Ryan, jom kita ke kelas,” panggil Cik Masturina. Tengku Auzaie Ryan mengangguk lalu mengikut jejak langkah cikgu muda itu.

            Mereka melangkah ke kelas 5 SC A.

            “Good morning, Miss Masturina,” Cik Maturina hanya mengangguk.

            Sit down please,” selepas semua murid duduk, Cik Masturina menggamit Tengku Auzaie Ryan supaya berdiri di sebelahnya.

            Come on guys, let me introduce you, your new friend, Tengku Auzaie Ryan. Ryan, ada apa-apa nak cakap?” tanya Cik Masturina. Ryan hanya menggeleng. Dia tahu selepas ini, dia akan digelar skema oleh yang lain. Biasalah, mulut orang. Kalau mereka tahu siapa aku yang sebenarnya, fuh! Beratur semua perempuan nakkan aku. Getus Tengku Auzaie Ryan sendiri.

            “Kalau ini orangnya, aku tak nak spy lah,” Sharifah Marsya Maisarah berbisik di telingaku. Aku tersenyum sinis.

            “Tahu tak apa!” gila ke apa? Punyalah tak handsome. Budak dari zaman mana ni? Nama pangkal fuh Tengku! Tapi, gaya.. Teruknyer! Kalau family aku, dah lama aku sental bagi jadi macho. Aku menggelengkan kepala lagi.

 

TENGKU Auzaie Ryan melangkah ke perpustakaan namun langkahnya terhadang dengan kemunculan 5 orang pemuda di hadapannya. Dia mengetap bibir. Ini sah-sah nak cari gaduh ni. Dahlah aku ini hanya mempunyai tali pinggang hitam dalam silat aje, kan bagus kalau ada tali pinggang hitam dalam tae kwon do. Ergh!

            Guys! Tengok apa yang kita ada hari ini. Budak skema sekolah!” mereka tergelak sinis manakala ketua mereka menolak tubuh Tengku Auzaie Ryan ke dinding sekolah.

            “Cepat beri aku duit kau, kalau tak nak aku tumbuk separuh mati,” ujar ketua itu.

            “Kalau aku tak nak?” ujar Tengku Auzaie Ryan sambil menjongket kening.

            “Kan aku dah kata aku akan tumbuk kau separuh mati,” ujarnya lantas melepaskan tumbukan di perut Tengku Auzaie Ryan. Aduh! Sakitnya! Naya lah aku kalau macam ni!

            “Okey, okey. Aku beri duit aku,” Tengku Auzaie Ryan mencapai dompet. Belum sempat dia memberikan duitnya terdengar jeritan yang kuat.

            “Woi!! Buli ke?!” sepantas kilat 5 lelaki itu melarikan diri sementara Tengku Auzaie Ryan memerhati mereka tanpa kata. Nama pun budak skema kan?

            “Thanks,” ucapnya sepatah lalu memandang ke arah tepi. Kelihatan 2 orang lelaki tersenyum memandangnya.

            It’s alright. Hai, I’m Syed Syarif Syamil and he’s Zaim Nazif,” mereka menghulurkan salam perkenalan manakala Tengku Auzaie Ryan terkedu. Boleh percaya ke ni?

            Don’t worry. Kami berdua berkawan bukan berlandaskan rupa yang penting hati,” ujar Zaim Nazif sambil tersenyum. Tengku Auzaie Ryan menyambut huluran salam itu dengan senyuman yang terukir di bibirnya.

 

AKU melangkah masuk ke dalam studio milikku. Aku mengambil kanvas dan berus lukisan sebelum melukis. Wajah budak skema itu terbayang di matanya, tanpa sedar aku melukis wajah lelaki itu.

            Aku membuka mataku untuk melihat lukisan yang baru dilukis olehku. Wow! Tak sangka muka budak skema ini jadi betul-betul. Aku tersenyum lalu meletakkan gambar Tengku Auzaie Ryan di sebelah gambar kawan-kawan sekelas yang lain.

            “Adik!” Tengku Fakhriy Fasyin menyapa adiknya. Aku mengurut dadaku perlahan. Memang nak kenalah abang ni!

            “Abang!! Apa ni? Nasib baik adik tak ada lemah jantung tahu, kalau tidak... Tak tahulah apa yang akan terjadi,” ujarku sambil menggelengkan kepala. Tengku Fakhriy Fasyin mencuit hidung adiknya.

            “Aduh! Sakitlah abang!” ujarku sambil menjeling tajam ke arahnya.

            “Budak baru ke?” tanya Tengku Fakhriy Fasyin sambil merenung lukisan yang baru dilukis olehku. Aku memegang lukisan itu.

            “Yup! Budak baru plus budak skema!” ujarku selamba.

            “Pandai-pandai aje gelar orang. Nama dia apa?”

            “Tengku Auzaie Ryan,” ujarku.

            “Kenapakan nama tu macam familiar lah?” kening Tengku Fakhriy Fasyin berkerut. Kening aku pun dah ikut berkerut dah macam mamat ni.

            “Kenapa pula?”

            “Tengku Auzaie Ryan ni bukan model ke?” mulut aku terlopong. Mana mungkin dia tu model. Pakaian pun entah apa-apa.

            It’s impossible la abang.. Sebab pakaian dia lansung tak menunjukkan yang dia itu model.. Ermm.. I’m curious,” aku mengelus dagu. Tercebik mulut Tengku Fakhriy Fasyin melihatnya.

            “Tak payahlah nak buat gaya Sherlock Holmes tu. Esok balik awal, bonda balik esok. jangan pandai-pandai pergi mengintip esok,” ujar Tengku Fakhriy Fasyin selamba. Aku menganggukkan kepalanya. Esok, bincang dahulu dengan Marsya. Lusa, kita mulakan ejen pengintipan... Hahaha! Here we go!

 

“HOW’S your day? Bad right?” Tengku Ridwana Rifiah tersenyum sinis.

            “At least I meet new friend that accept me the way I am,” ujar Tengku Auzaie Ryan.

            “Biar betul? Masih adakah orang yang akan menerima abang seadanya abang? Atau abang bocorkan rahsia abang kepada mereka?” tanya Tengku Ridwana Rifiah lalu menjongket kening.

            “Tak ada maknanya. Tapikan adik, ada seorang perempuan kan dia langgar abang then she says sorry and just blah je. Tadi dalam kelas abang ada jumpa dia. Fuh! Cantik der! Muka ala-ala IU. Nama pun cantik. Tengku Dhia Syarafana,” ujar Tengku Auzaie Ryan lalu menjongket kening.

            “Oh.. Kira hati dah terpikat la ni? Hampeh punya abang! Orang pergi sekolah untuk belajar dia pergi untuk bercinta! Hey! Abang siapalah ni?” Tengku Ridwana Rifiah menarik cuping telinga Tengku Auzaie Ryan. Padan muka kau!

            “Abang siapa lagi kalau bukan abang Tengku Ridwana Rifiah. Bukannya abang ada adik lain pun kan?” soal Tengku Auzaie Ryan selamba.

            “Tak.. Tak mengaku abang pun,” Tengku Ridwana Rifiah menggelengkan kepalanya berulang kali.

            “Yeke? Bukan selama ini adik bangga ke ada abang yang bekerja sebagai model? Jika orang tanya adik siapa, dengan bangganya adik jawab. Adik Tengku Auzaie Ryan,” ujar Tengku Auzaie Ryan dengan riaknya.

            “Eh! Tak baik riak! Dosa tahu!” ujar Tengku Ridwana Rifiah.

            “Abang tak riak tapi ini semua kenyataan. Fakta!” Tengku Auzaie Ryan menjongket keningnya.

            “Malaslah nak cakap dengan abang ni! Perasan lebih je tahu! Dahlah mamat skema!”

            Hello, di sekolah je okay.. Di luar I’m a supermodel,” balas Tengku Auzaie Ryan.

            “Uwek! Nak termuntah adik dengar,” balas Tengku Ridwana Rifiah. Dia berlari menuju ke tingkat atas sebelum Tengku Auzaie Ryan mengejarnya.

 

“WHAT?! Kita nak spy dia? Kau giler ke apa? Budak skema kot..” ujar Sharifah Marsya Maisarah dengan mata yang terbuntang.

            “I’m serious! Lagipun abang aku kan model of course dia tahu!” ujarku lagi.

            “No.. No.. No.. I don’t think so. Kalau dia model, tak akanlah dia nak pakai macam tu. Dia akan mempermalukan dirinya sendiri tahu!” ujar Sharifah Marsya Maisarah lagi. Aku terkedu sendiri. Betul juga eh? Tapi aku tak boleh diam kalau tak tahu tentang cerita yang sebenar.

            “Aku tak kira! Yang penting aku nak tahu, betul atau tidak dia itu model. Tak kisahlah kalau kau tak mahu ikut,” keputusan aku sudah bulat. Lantaklah dengan si Marsya tu.

            “Wait for a minute. Aku join. Bila?”

            “Esok. Amacam?” aku menjongket kening.

            “Petang nanti aku mesej. Tapi, petang ini tak boleh ke?”

            “Sorrylah dude, bonda aku balik hari ini. Lain hari tahu,” ujarku sambil tersengih. Sharifah Marsya Maisarah menganggukkan kepalanya. Faham dengan kerjaya ibu aku setelah ayahku meninggal. Sibuk sepanjang masa.

 

“SAYA ada apa hari ini?” tanya Tengku Fakhriy Fasyin kepada PA nya.

            “Hari ini tuan muda tiada apa-apa rancangan,” ujar Wardah Aqilah sambil tersenyum.

            “Esok?”

            “Esok, tuan muda ada shooting dengan Tengku Auzaie Ryan. Dan itu sahaja buat sekarang,” ujar Wardah Aqilah. Tengku Fakhriy Fasyin tersenyum sedikit.

            “Okey.. Dhia balik tak lagi?” tanya Tengku Fakhriy Fasyin.

            “Sudah, sekarang ini cik muda di kolam renang. Tuan muda nak saya panggilkan cik muda?” tanya Wardah Aqilah.

            “Tak apa.. Saya pergi sendiri. Thanks..”

            Tengku Fakhriy Fasyin melangkah ke arah Tengku Dhia Syarafana yang sedang termenung.

            “Ha!” sergah Tengku Fakhriy Fasyin.

            “Bonda!!” aku terjatuh ke dalam kolam renang itu akibat terkejut. Riak wajah Tengku Fakhriy Fasyin jelas menunjukkan bahawa dia terkejut.

            “Tolong!” jerit aku. Tengku Fakhriy Fasyin terus berenang mendapatkan aku yang sedang terkapai-kapai kelemasan.

            Alhamdulillah! Akhirnya Tengku Fakhriy Fasyin berjaya mendapatkan aku lalu membawa aku ke tepi kolam.

            “Ya Allah! Fakhriy, Dhia! Bagaimana boleh basah ni? Ya Allah! Anak-anak aku..” riak wajah Tengku Fatin Khadijah jelas terkejut melihat anak-anaknya yang basah lencun.

            “Abanglah! Dia sergah orang! Mana taknya terkejut,” ujarku sambil memuncungkan mulut. Merajuk sudah!

            “Yang dia pergi termenung sebelah kolam tu buat apa? Frust ke adik oi?” aku menjeling tajam ke arah Tengku Fakhriy Fasyin. Sesedap hati kau je mengata aku. Dahlah mengata depan-depan.

            “Ikut suka hati adiklah! Menyibuk apa?” balasku pedas. Tengku Fatin Khadijah menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah anak-anaknya. Seorang dah 20 tahun, seorang lagi dah 17 tahun. Tetapi sikap.. Masya-Allah! Macam budak-budak!

            “Sudah cukup sudah, jangan bergaduh lagi. Pening bonda melihatnya,” ujar Tengku Fatin Khadijah seraya meleraikan bibit-bibit pergaduhan yang mula muncul di antara mereka berdua.

            “Abanglah ni!” ujar aku lalu keluar dari kolam renang.

            “Apa pula abang? Hello, girl! I have good news for you!” ujar Tengku Fakhriy Fasyin sambil menjongket keningnya. Aku memandangnya dengan buat muka teruja.

            “Apa bang?”

            “Adalah..” ujar Tengku Fakhriy Fasyin sambil menjongket kening. Ni yang aku malas ni! Ni mesti nak suruh aku buat apa-apa dahulu sebelum beritahu. Ergh! Naya betullah!

            “Apa yang adik kena buat?” soalku selamba.

            “Fuh.. Abang memang tabik spring kat adik. Faham juga isi hati abang. Hehe.. Adik nampak kereta abang BMW Z4 tu.. Adik tolong basuh ye?” ujarnya selamba. Aku dah terlopong. What the hell? Abang kau memang nak kena!

            “Fakhriy? Kenapa suruh Dhia buat kerja semua tu?” Tengku Fatin Khadijah mencelah. Ada ke patut anak gadisnya disuruh buat kerja yang berat itu?

            “Terserah kepada dia, bonda. Kalau dia nak tahu dia buat, kalau dia tak nak tahu dia tak usah buat,” ujar Tengku Fakhriy Fasyin selamba. Aku mengetap bibir. Tak apa bang! Tak apa! Adik abang ni kan, hebat. Takkan kerja senang pun tak mampu buat kot..

            “Abang, nak kunci kereta,”

            “Ada atas meja belajar abang,” senyuman bangga mula terukir di bibir Tengku Fakhriy Fasyin.

            “Adik nak buat betul ke?” tanya Tengku Fatin Khadijah.

            “Hehe.. Yelah bonda. I’m so curious right now. Wait for a minute. I’ll be back,” aku mengucup pipi Tengku Fatin Khadijah sebelum berlalu.

            Aku masuk ke dalam kereta lalu memandu kereta itu ke auto wash. Abang, kau fikir kau boleh buli aku? Kau silap oranglah! Ini Tengku Dhia Syarafana!

 

“OKAY! Tugasan adik dah siap. Now, what the good news that you want to tell me?” aku memandang ke arah Tengku Fakhriy Fasyin.

            “Esok abang ada shooting dengan Tengku Auzaie Ryan. Jam 4 petang. So, kamu harus pandai-pandai spy dia dari balik sekolah hingga ke studio,” ujar Tengku Fakhriy Fasyin. Aku tersenyum kegirangan. Wah! Thank you abang! Ni yang makin sayang ni!

            Aku memeluk tubuh Tengku Fakhriy Fasyin.

            “Sayang abang! Lain kali beri maklumat sebegini lagi tahu!” ujar aku selamba.

            “No next time for you. Kamu pandai-pandailah cover diri dan ini muka asal Tengku Auzaie Ryan, pastikan kamu ikut dia,” ujar Tengku Fakhriy Fasyin lalu memberikan sekeping kertas kepadaku.

            “Mak oi! Handsomenya!” terbuntang mata aku tengok. Wah! Ada iras-iras Wooyoung lah!

            “Tahu tak apa. Mungkin itulah sebabnya dia berlakon jadi budak skema. Takut ramai orang jatuh cinta dengan dia. Contoh paling terdekat, adiklah tu,” ujar Tengku Fakhriy Fasyin selamba. Aku membuntangkan mataku seluas mungkin. Sesedap hati dia aje nak mengutuk aku.

            “Adik puji dia handsome bukannya adik kata adik jatuh hati dengan dia,” ujarku geram.

            “Whatever, tapi abang rasa dia perasan yang dia itu Cinderella kot..”

            “Abang Cinderella perempuan bukannya lelaki,” potongku. Sesedap hati dia aje nak tukar jantina si Cinderella tu.

            “Ish! Whatever! Abang rasa dia ingat yang dia itu Cinderella versi lelaki kot. Pagi tak handsome, malamnya handsome. Adik tak rasa begitu ke?” tanya Tengku Fakhriy Fasyin. Aku termangu sebentar. Betul juga eh?

            “Betul, betul, betul,”

            “Apa yang betul?”

            “Betul yang dia perasan yang dia itu Cinderella lah!”

            “Cinderella perempuan cek! Sesedap hati adik je nak tukar jantina dia?” aku mengetap bibir. Geram!

            “Betul yang dia perasan yang dia itu Cinderella versi lelaki,” ujarku dengan nada yang cukup menandakan bahawa aku sedang dirasuk amarah.

            “Whatever. Sudah keluar dari bilik abang,” ujar Tengku Fakhriy Fasyin lalu menolak tubuhku. Hampeh punya abang!

            Tengku Auzaie Ryan. Penyamaran kau akan terbongkar esok! Aku tergelak sendiri. Hehe.. Gelak jahat dalam hati.

 

KERETA yang dipandu oleh pemanduku ini mengekori rapat kereta Tengku Auzaie Ryan. Terdapat kereta lain di belakangku ini. Iaitu kereta Sharifah Marsya Maisarah. Aku sudah mengarahkan Pak Hashim pemandu kereta aku untuk mengikuti jejak langkah lelaki itu. Bukan kereta. Kerana lelaki ini mungkin menukar keretanya. Aku juga telah mengarahkan Pak Hassan untuk mengikuti kereta ke 2 yang mungkin keluar.

            Aku ni kan berfikiran jauh sebab tulah aku mengaturkan rancangan sebegini. Biasalah, spy berpengalaman kan?

            Tepat jam 3.45 petang, sebuah kereta keluar dari rumah yang bak istana itu. Segera Pak Hashim mengekori rapat kereta itu. Dugaan ku tepat apabila kereta itu berhenti di studio. Kelibat seorang lelaki yang keluar menarik perhatian aku. Tengku Auzaie Ryan! You are caught!

            “Cik muda nak keluar ke nak tunggu di dalam kereta?” tanya Pak Hashim.

            “Dhia keluar, pak Hashim. Pak Hashim tunggu ye,” ujarku lalu melangkah keluar. Aku melangkah ke dalam studio.

            “Abang!” aku menyapa Tengku Fakhriy Fasyin. Riak wajah dia jelas terkejut. Aku hanya membuat muka selamba. Peace bang?

            “Kamu ni kan! Memang nak kena. Terbang semangat abang tadi,” ujarnya seraya menggelengkan kepalanya.

            “Ala.. Abang borek adik rintik,” aku mula membuat peribahasa sendiri.

            “Woi! Mana ada lagi perkataan abang borek adik rintik yang ada cuma ayah borek anak rintik. Pandai-pandai aje! So, amacam?” Tengku Fakhriy Fasyin menjongket kening. Aku mempamerkan senyuman lebar.

            “Whoa! Thanks abang! Succesfull!” aku rasa macam nak peluk aje mamat ni. Tapi, nak buat macam mana orang sedang mekap dia. Lelaki pun mekap juga eh? Macam apa lagi ntah!

            Bunyi pintu dikuak dari luar membuatkan kami berdua berpaling. Kelibat Tengku Auzaie Ryan muncul di hadapan mata.

            “Hey Ryan,” sapa Tengku Fakhriy Fasyin. Dia tersenyum manakala aku terkaku. Wajah sebenar yang disorokkan oleh Tengku Auzaie Ryan memang handsome. Tak hairan jika dia menyembunyikan wajahnya dari tatapan umum.

            “Hai. And, who is this?” tanya Tengku Auzaie Ryan pura-pura tidak kenal.

            “Sekolah sekali, kelas sekali takkan tak kenal?” tanya Tengku Fakhriy Fasyin sengaja.

            “Erk..” Tengku Auzaie Ryan terkedu. Dia sendiri tidak menduga yang dia akan terserempak dengan Tengku Dhia Syarafana.

            “Hai, Tengku Auzaie Ryan or should I call you Mr Skema?” aku menjongket kening cuba menduganya. Dia mula menggaru kepalanya yang tidak gatal.

            “Please, don’t let anyone know about this,” aku menjongket kening.

            “I’m sorry boy because..” aku menunjukkan ke arah pintu. Kelibat Sharifah Marsya Maisarah yang terlopong melihat Tengku Auzaie Ryan menyapa pandangan.

            “Ah! Kau orang memang tak boleh haraplah! I warn both of you! Jika satu sekolah dapat tahu hal ini, kau orang berdua, orang first yang aku cari,”

            “Hello, Mr. Skema. Kami berdua. Patutnya beritahulah dahulu, aku orang first ke dia orang first?

            “What?! Pemahaman kau A ke E sampai tak boleh faham aku cakap?”

            “Woi! Apa kaitan pembelajaran aku dengan semua ni? Fine, aku dapat A Pemahaman. Kau sengajakan nak buat aku riak dengan keputusan aku,” ujarku sambil menjongket kening. Sengaja menyuntik api kemarahannya.

            “Woi! Aku rasa kau ni memang perasan tahap gila gabanlah! Gaban pun tak perasan macam kau!” ujarnya selamba. Ewah-ewah mamat ni! Sesedap hati dia aje persamakan aku dengan gaban.

            “Woi! Aku ini manusia bukannya gaban! Lagipun kau pernah tengok gaban ke? Tak kan? Aku pun tak pernah..” Tengku Auzaie Ryan menjegilkan matanya.

            “Dahlah! Aku malas tahu nak cakap dengan kau ni! Buat perhabis air liur aje. Dahlah aku ada shooting nanti!”

            “Siapa suruh kau cakap dengan aku? Tak ada kan. So, dengan senang hatinya aku persilakan kau untuk buat kerja kau. Abang, Dhia pergi dahulu. Bye,” aku menarik tangan Sharifah Marsya Maisarah lalu berlalu keluar. Sempat aku menjelir ke arah Tengku Auzaie Ryan.

            ‘Ah! Rahsia aku dah terbongkar! Bagaimana aku nak tutup mulut perempuan tu? Tengok gaya macam susah aje. Harap-harap perempuan itu bukan mulut tempayan,’ Tengku Auzaie Ryan menyimpan harapan di dalam hatinya.

 

“GILA handsome weyh! Aku rasa dah nak macam tercabut jantung aku pandang dia tadi,” ujar Sharifah Marsya Maisarah. Dia mula dah! Aku berlalu pergi ke kereta. Malas nak layan budak yang dah kena panah dengan cupid ni!

            “Kalau kau nak naik kereta aku, better kau diam. Jangan cakap tentang Mr. Skema tu depan aku.” ujarku geram. Harap aje muka handsome, tapi selamba badak je kutuk aku. Sikap KO!

            “Kenapa? Kau terkena influenza menyampah lagi ke?” tanya Sharifah Marsya Maisarah selamba. Aku menjeling ke arahnya tajam.

            “Okey, okey. Apa kata kita spy dia lagi? Kita tengok sikap dia yang sebenar,” ujar Sharifah Marsya Maisarah. Aku memandang Sharifah Marsya Maisarah tajam sebelum mengangguk. Aku kan Miss Spy!

 

“KITA dah mengintip dia selama 2 bulan dan sekarang kita isytiharkan penyiasatan ini tidak dapat mencungkil sikap sebenar dia lansung. Zero!” aku mengeluh lemah. Kata-kata Sharifah Marsya Maisarah ada betulnya.

            “Nothing interested about him either. I’m surrender,”

            “Aku rasa kita ni kena bersara ni. Penyiasatan terakhir kita rosak! Tak dapat apa-apa lansung. Lagipun, bulan depan kita dah SPM,” ujar Sharifah Marsya Maisarah. Aku mengangguk setuju. Sudah acap kali Tengku Fakhriy Fasyin menyuruhnya bersara dari menjadi spy. Sekarang dia akan bersara. Fuh! Sekarang musim belajar pula.

            “Seronok spy aku?” aku blur. Bagaimana lelaki ini boleh tahu? Aku memandang ke arah Tengku Auzaie Ryan yang tersenyum sinis.

            “Siapa spy kau? Perasan lebih aje mamat ni!”

            “Ye ke? Bukan kereta kau ke yang selama ini ikut aku? Ataupun, kau dah upah orang untuk ikut aku sepanjang masa?” ujar Tengku Auzaie Ryan lagi. Apa aku nak kelentong dia ni?

            “Alamak! Ada mo..” terhenti bicara aku apabila Tengku Auzaie Ryan menekup mulut aku. Terbuntang mataku akibat terkejut yang amat.

            “Aduh!” aku menginggit tangan Tengku Auzaie Ryan.

            “Serve you right! Sesedap hati kau aje nak pegang aku! Ini Tengku Dhia Syarafana tahu!” aku berlalu pergi diikuti oleh Sharifah Marsya Maisarah.

            Tengku Auzaie Ryan memegang tangannya yang sakit. Psiko punya perempuan! Dahlah nak bocorkan rahsia aku, lepas itu gigit tangan aku pula. Ingat aku ini patung ke tak punya perasaan!

 

ENAM tahun kemudian..

            “What is all this, Ryan?! Gosip sana sini. Ayahanda malu tahu dengan kawan-kawan ayahanda. Model lain pun taklah terjebak sangat dengan gosip. Kamu nak jadi apa ni Ryan? Belajar perniagaan tapi model juga yang kamu pilih!” Tengku Rasyid terduduk di sofa. Anaknya memang benar-benar menguji kesabarannya.

            “Nama pun gosip ayahanda. Bukan betul pun. Lagipun mereka dengki dengan Ryan, sebab itulah banyak sangat gosip ni keluar. Lagipun ayahanda, Ryan dah jadi model sejak dahulu lagi tak akanlah tiba-tiba Ryan nak jadi ahli perniagaan?”

            “Tapi ijazah kamu ijazah dalam bidang perniagaan, lagipun siapa lagi nak ambil alih syarikat ayahanda selain kamu Ryan? Adik kamu dah beritahu awal-awal lagi yang dia tak akan ambil alih syarikat ayahanda,” ujar Tengku Rasyid.

            “Tapi ayahanda, Ryan tak nak tinggalkan dunia modelling ni. Nantilah, apabila Ryan dah umur 30 tahun nanti Ryan berhenti,” ujar Tengku Auzaie Ryan.

            “Kalau kamu tak nak tinggalkan dunia modelling, kamu harus berkahwin dengan pilihan ayahanda. Titik!”

            “Ayahanda, selagi Ryan terikat dengan kontrak, Ryan tak boleh kahwin. Lagipun, Ryan masih muda,”

            “Then, kamu tak boleh kahwin hingga umur 30 tahun ye Ryan? Lepas tu jadi bujang terlajak begitu! Ah! I couldn’t believe you. Batalkan kontrak itu!” Tengku Auzaie Ryan memandang tajam ke arah ayahnya.

            No way, dad! Ryan baru aje tandatangan penerusan kontrak selama 5 tahun,” bantah Tengku Auzaie Ryan.

            “Ayahanda beri kamu 2 pilihan. Kahwin dengan pilihan ayahanda dan kamu boleh terus menjadi model atau berhenti menjadi model dan kerja di syarikat ayahanda. Esok, ayahanda nak tahu jawapannya,” ujar Tengku Rasyid lalu beredar ke biliknya meninggalkan Tengku Auzaie Ryan yang termangu sendiri.

 

DIA memandang dinding. Apa yang boleh dia lakukan sekarang?

“You tak boleh berhenti jadi model! Kalau mereka tuntut pampasan berbillion ringgit bagaimana? Lagipun, saham you tengah naik sekarang. My answer still no! You berilah alasan apa pun, keputusan I takkan berubah,”

Mengingatkan kata-kata yang keluar dari bibir pengurusnya tadi membuatkan otaknya berkecamuk. Jika dia tak boleh berhenti jadi model dia kena berkahwin dengan pilihan ayahandanya.

Pilihan ayahandanya betul-betul memerangkap dirinya. Dia tiada pilihan lain selain menerima pilihan ayahandanya.

 

“RYAN akan kahwin dengan pilihan ayahanda,” walaupun hanya enam perkataan yang keluar dari bibir anaknya, dirinya berasa sangat gembira. Akhirnya impiannya untuk berbesan dengan arwah Tengku Farid akan terlaksana.

            Sudah lama dia ingin gadis itu menjadi menantunya. Segala sikap yang ada pada gadis itu menawan hatinya. Dia percaya yang gadis itu mampu menjadi isteri yang terbaik untuk Ryan.

            Dia tersenyum sendiri.

 

AKU berjalan menghampiri bonda dan abang. Seperti yang diduga mereka tidak mengenali diriku. Apa tidaknya? Aku kini sudah bertudung. Wah! Berbaloi juga Tengku Fakhriy Fasyin menghantar aku ke Mesir.

            “Bonda! Abang!” aku memeluk tubuh bonda manakala Tengku Fakhriy Fasyin terkaku. Adik aku ke ni?

            “Dhia ke ni?” pertanyaan yang keluar dari mulut Tengku Fatin Khadijah membuatkan aku tertawa.

            “Yelah, Dhia. Kenapa tak percaya? Beberapa tahun sudah berlalu kan. Semuanya perlukan perubahan. Dan ini perubahan yang berlaku kepada adik,” aku tersengih.

            “Wow! Unbelieveable! Unpredictable!” ujar Tengku Fakhriy Fasyin. Aku tahulah yang dia tu perli aku. Aku menyiku perutnya.

            “Aduh! Sakitlah!”

            “Padan muka! Perli adiklah tu!” aku memuncungkan mulut.

            “Eleh! Merajuklah tu! Dah besar panjang dah pun nak merajuk lagi,” kutuk Tengku Fakhriy Fasyin. Aku menjeling ke arahnya. Sesedap hati mu je!

            “Oh! Sayangku! Kalau jelingan matamu itu umpama pedang yang maha tajam, pastinya aku sudah menghembuskan nafas terakhirku di sini,”

            Aku membuntangkan mata lalu menyiku perut Tengku Fakhriy Fasyin. Sesedap hati dia aje nak bermadah pujangga di sini.

            “Dah! Jom balik. Kalau lagi lama kita di sini, jadi gelanggang gusti lah KLIA ni!” ujar Tengku Fatin Khadijah. Aku tersenyum sinis lalu menonong berjalan meninggalkan beg-beg aku kepada Tengku Fakhriy Fasyin.

            “Oi! Dhia! Angkatlah beg sendiri!” aku berpaling ke belakang lalu menjelirkan lidah sebelum berpaling ke hadapan semula.

            “Aduh!” aku mengurut bahuku yang terasa sedikit sengal. Fuh! Sakit giler der! Tubuh dia ini sah-sah dibuat daripada batu-bata ni!

            Wajah lelaki itu dipandang. Oh My! Aku rasa macam pernah nampak lah wajah budak skema ni. Isn’t he?

            “Tengku Auzaie Ryan?”

            “Tengku Dhia Syarafana?”

            “Oh, you again!” serentak kami berkata.

            “Kau ni kan! Asal jumpa kau aje mesti berlanggar. First time aku jumpa kau pun sama! Kau tak ada cara lain ke nak tarik perhatian aku?”

            “Hello, sir! It was an accident ok? Aku nak tarik perhatian kau? Pleaselah! Tak termasuk dalam list ‘what I must do every day’ pun!” ujarku sinis.

            “Lagipun, kau tak ada penyamaran lain ke? Kenapa mesti menjadi skema? Aku tengok pun dah tahu yang kau ini Teng..”

            “Kau jangan mengada-ada nak sebut nama sebenar aku. Nanti, aku.. aku..”

            “Aku apa?! Kau ni kan. Kenapa nak menyamar, tak boleh ke jadi macam mamat tu?” ujarku lalu menunjuk ke arah belakang. Kelihatan, Tengku Fakhriy Fasyin sedang melayan peminatnya. Huh! Kipas angin susah mati betullah!

            “Sebab aku tak nak jadi sebegitulah aku menyamar! Bongok!”

            “What?! Kau kata aku bongok? Hello brother! Sesedap hati kau aje kata aku bongok! Aku ada ijazah first class der!”

            “Do I care? Dah, blahlah kau!” ujar Tengku Auzaie Ryan lalu berlalu. Aku mengetap bibir sebelum menggumam perlahan.

            “Celaka kau Ryan!”

            Aku memandang ke arah Tengku Fakhriy Fasyin yang sedang melayan peminatnya. Ergh! Kenapalah aku dilahirkan sebagai adik kepada seorang model? Aku mencari kelibat bonda. Tiada! Ni sah-sah bonda dah balik dulu ni.

            Aku mara ke arah Tengku Fakhriy Fasyin.

            “Abang! Cepatlah! Dhia dah penat ni!” aku bercakap dengan Tengku Fakhriy Fasyin biarpun aku tahu yang kehadiran aku ini mengundang tanda tanya. Ialah, Tengku Fakhriy Fasyin kan tidak pernah mendedahkan wajah ahli keluarganya.

            “Okay, guys! I need to go home because my sister need a rest. Ada masa nanti, kita jumpa lagi,”ujar Tengku Fakhriy Fasyin seraya memberikan senyuman manis. Dia memeluk bahuku.

            “Seronok?”

            “What?”

            “Jumpa dengan Ryan tadi,” aku membuntangkan mata.

            “He’s my foe okay? Tak ada maknanya nak seronok. Kita orang bergaduh tadi,” ujar aku selamba.

            “Fighting again? Kau orang berdua memang patut berkahwin,” ujar Tengku Fakhriy Fasyin selamba.

            “Nope! I don’t want! Apa kes kalau bergaduh aje memang patut dikahwinkan ke? Lagipun kalau kita orang berkahwin pun gerenti rumah tu tak aman!” ujarku selamba. Tengku Fakhriy Fasyin mencubit pipiku.

            “Jadi, pernah berangan-angan la ni nak kahwin dengan Ryan,” aku terkedu sendiri. Erk! Alamak! Ayat sudah makan tuan ma!

            “Mana ada! Abang ni! Pandai-pandai sendiri aje!” aku melangkah terus ke dalam kereta. Malu dowh!

            “Eh! Muka adik dah merah!”

            “Ye ke? Ni mesti sebab cuaca panas sangat ni!” ujarku selamba.

            “Bongok! Kau ke..”

            “Kenapa semua orang suka panggil Dhia bongok. Tadi Ryan, sekarang abang! Huh! Mogok cakap dengan abang satu hari!” Tengku Fakhriy Fasyin terkedu. ‘Takkan pasal itu sahaja nak merajuk kot? Macam-macam perangai la budak ni!’ getus Tengku Fakhriy Fasyin sendiri. Dia menggelengkan kepala lalu memandu kereta pulang ke rumah.

 

“AYAHANDA sudah jumpa gadis yang sesuai untuk kamu,” ujar Tengku Farid. Membuntang mata Tengku Auzaie Ryan.

            Please, ayahanda. Don’t do this to me! I’m just 23 years old! Please, ayahanda. No! No!”

            “Keputusan ayahanda sudah bulat! Esok ayahanda akan masuk meminang dia,” ujar Tengku Farid seraya berlalu.

            Tengku Auzaie Ryan terduduk di sofa. Apa yang harus dia lakukan supaya ayahanda tidak mengahwinkan dia dengan pilihan ayahanda?

 

“WHAT?! Masuk meminang Dhia?!” Mata aku terbuntang. Mulut aku terlopong.

            Tengku Fatin Khadijah hanya tersenyum.

            “Woi anak dara! Jaga sikit kelakuan tu! Macam orang utan pun ada tau! Malu abang nak mengaku Dhia adik abang!” ujar Tengku Fakhriy Fasyin kasar.

            “Eh! Kalau abang tak mengaku pun, Dhia tetap adik abang tahu!” balasku pula. Ada ke patut dia disamakan dengan orang utan yang bulu banyak tu! Kureng punya abang!

            “Whateverlah! Bonda dengan abang dah terima lamaran itu, so sila ucapkan selamat tinggal kepada status in a relationship dan selamat datang kepada status married!” perli Tengku Fakhriy Fasyin.

            Dia ni gila lah! Orang elok-elok single dia boleh kata in a relationship pula! Hello boy! Aku lansung tak pernah couple tahu!

            “Dhia tak pernah couple la abang!” aku memangkas kata-katanya.

            “Do I care?” tanya Tengku Fakhriy Fasyin selamba.

            “Keputusan bonda muktamad. Hari Jumaat ni Dhia nikah!” ujar Tengku Fatin Khadijah.

            “Hari Jumaat ni? Express betul bonda.. Hari ini dah hari Selasa. Mana sempat bonda! Dengan kursus kahwinnya lagi!” pangkah aku. Tengku Fakhriy Fasyin dah tersenyum sedikit.

            “Jadi adik setuju la ni?”

            “Erk! Mana ada! Tak pernah kata setuju pun! Abang ni.. Suka pekena orang! Merajuklah kalau macam ni!” aku berlalu naik ke atas dengan muncung yang boleh dibuat penyangkut. Erk! Kutuk diri sendirilah pula.. Hehehe..

 

AKU berbaring di atas katil. Fikiranku mula melayang..

            Bagaimana kalau muka lelaki itu hitam, gemuk, tak hensem? Alamak! Matilah aku kalau macam tu! Aku nak lelaki yang handsome, kurus. Yang penting dia tak pakai spectacles kerana nanti aku akan terbayangkan Mr. Skema tu! No way!

            Aku mengambil bantal lalu dipeluk. Argh! Tensionnya kalau macam ni terus! Kahwin paksa rela? Argh! Sesuai sangat dengan keadaan aku sekarang ni!

            Mak! Esok aku nikah? Macam tak percaya aje! Redha ajelah dengan siapa pun dia!

 

OH MY! Tell me that isn’t him! Bukan Mr Skema tu! Tolonglah! Bukan encik model tu! Argh!! Naya lah hidup aku macam ni! Lain yang aku harap, lain yang terjadi..

            Tensionnya aku!! Abang ni pun satu! Dah tahu aku dengan dia tak sekufu nak kahwinkan juga! Hancurlah masa depan aku kalau macam ni terus!

            Tiba-tiba pintu dikuak..

            “Woi! Mr skema! Kenapa kau masuk meminang aku?” mataku mencerlung tajam ke arah mr. skema.

            “Woi! Mrs Spy! Kenapa kau setuju dengan lamaran aku?” balasnya pula.

            “Aku terpaksa tahu tak! Terpaksa! Abang aku pandai-pandai je kata setuju!” balasku pula. Ingat aku hadap sangat ke nak kahwin dengan model perasan handsome macam dia itu! Tapi, dia memang handsome lah..

            “Aku pula terpaksa sebab ayah aku ugut aku untuk tinggalkan  dunia modelling. Memang taklah! Modelling tu minat aku tahu tak?” ujar Tengku Auzaie Ryan.

            “Do I care? Tapi kau ni kan! Sesedap hati kau aje ikat aku dalam pekahwinan ni!” ujarku pula.

            “Aku rasa kau sedar yang kau tu isteri aku. So, why don’t we make a move?” dia duduk di birai katil. Aku mula pelik. Make a move?

            “Make a move? Pindah rumah ke?” aku mengerutkan kening. Bingung.

            “Apalah nasib aku dapat isteri yang blur macam ni?” Tengku Auzaie Ryan mengurut dahinya. Aku ni blur sangat ke? Serius aku tak tahu apa yang dia maksudkan!

            “Kau ni betul ke spy? Takkanlah benda senang pun kau tak boleh catch up? Kita tukar perhubungan kita ini dari musuh ke kawan. Boleh tak?” tanya Tengku Auzaie Ryan.

            “Lelaki dan perempuan? Kawan? Tak boleh der! Perempuan dan lelaki hanya boleh jadi musuh ataupun couple,” ujarku. Pernah lelaki dan perempuan jadi kawan dan akhirnya mereka berkahwin sesama sendiri.

            “Kita bukan couple, kita suami isteri. So, friends?” Tengku Auzaie Ryan menghulurkan tangannya. Teragak-agak aku mencapai tangannya. Boleh percaya ke ni.

            “Friends..” balasku perlahan. Dia tersenyum.

 

“ABANG kejam!” terkejut Tengku Fakhriy Fasyin yang baru keluar dari bilik air.

            “Terkejut abang. Dhia ni! Jangan buat abang terkejut boleh tak?” Tengku Fakhriy Fasyin mengurut dadanya.

            “Kenapa abang kahwinkah Dhia dengan Mr. Skema tu? Abang kan tahu yang kita orang tak sekufu,” ujar aku sambil memandang ke arah Tengku Fakhriy Fasyin.

            “Sebab abang rasa Dhia sahaja yang boleh faham kehidupan dia,” dahiku berkerut. Tak faham.

            “I don’t understand..”

            “Dhia boleh faham kehidupan abang sebagai model kan? So, Dhia juga boleh faham kehidupan Ryan sebagai model. And, tak lupa juga. Pekahwinan ini dirahsiakan dari public. So, berhati-hatilah anda jika anda terserempak dengan suami anda di hadapan public,” ujar Tengku Fakhriy Fasyin. Aku tergelak sedikit. Ada ke buat pesanan macam tu.

            “Dan, jangan menangis bila Ryan ada scandal. Sebab dia tu famous, famous dari abang kot.. So, dia akan ada banyak scandal. Dan jangan sesekali melatah. Tanya dia apa yang senarnya terjadi. Jangan cemburu buta tahu!” pesan Tengku Fakhriy Fasyin.

            “Aku mudah baran tidak semena. Mana boleh tahan angin cemburu buta,” aku menjongket kening sambil menyanyikan lagu 150 juta nyanyian Ainan Tasneem.

            “Amboi! Ada hati dengan Mr. Skema ke Mrs Spy?” soal Tengku Fakhriy Fasyin.

            “Mana ada! Pandai-pandai aje! Dahlah Dhia nak keluar. Bye! Bye! Abang!” aku melangkah keluar dengan langkah yang dilajukan. Hampir pecah aje rahsia aku. Pandai abang nak korek rahsia aku.

            “Kenapa kau macam kena kejar dengan hantu aje ni?” petanyaan dari Tengku Auzaie Ryan membuatkan aku tersentak. Nasiblah aku bukan jenis orang yang melatah kalau tidak dah terkeluar isi hati aku.

            “Woi!” Tengku Auzaie Ryan menggoyangkan tangannya di hadapan aku.

            “Ye.. kenapa?” tanya aku kembali.

            “Kenapa kau jalan macam ribut?” tanyanya selamba. Keningku berkerut. Bukan ribut lagi laju dari aku ke?

            “Bukan ribut jalan laju lagi dari aku ke?” tanyaku selamba.

            “Woi! Kau ni betul ke Spy? Lembab betul!” Tengku Auzaie Ryan merengus kasar.

            “Apa kaitan pula aku dengan spy ni? Aku tahulah aku ni famous. Janganlah sebut banyak-banyak kali,” terbuntang mata Tengku Auzaie Ryan.

            “Kau ni memang perasan tahap kroniklah! Lebih baik kau pergi masuk bilik pack baju sekarang! Blur punya budak!” kesabaranku mulai menipis.

            “Woi! Agak-agaklah! Aku tahulah hari ini otak aku blur sikit. Janganlah mengutuk aku. By the way, kita nak pergi mana ni?” tanya aku pula.

            “Kita nak pergi honeymoon. So better kau pack baju untuk seminggu sekarang. Cepat!” arah Tengku Auzaie Ryan. Aku memecut ke bilik lalu mengemas baju.

 

“SUBHANALLAH! Cantiknya!” aku duduk di balkoni lalu mendepangkan tangan. Fuh! Angin!

            Tiba-tiba aku terasa badan aku dipeluk dari belakang. Aku terkedu seketika. Hantu mana yang peluk aku ni?

            Dia tidak tahu mengapa tetapi keinginannya untuk memeluk Dhia terasa mencengkam sanubarinya lalu dia berbuat demikian. Mungkinkah hatinya sudah terbuka untuk menyintai gadis yang selama ini dimusuhinya?

            “Hantu.. Jangan terkam saya hantu.. Jangan peluk saya hantu... Saya tahulah saya cantik,” Tengku Auzaie Ryan menyimpan tawanya di dalam hati. Penakut juga isteri aku ni! Dalam pada yang sama perasan pula tu! Dia mendekatkan bibirnya di leher Tengku Dhia Syarafana.

            Aku menutup matanya. Terasa hembusan nafas ‘hantu’ itu di leherku. Alamak! Ni hantu ke orang ni? Kenapa hantu tu gatal sangat? Tiba-tiba, aku terasa leherku dicumbui. Eh! Ini bukan hantu! Ini orang! Aku terus mengalihkan tubuh lalu menolak tubuh ‘hantu’ itu.

            Terbuntang mataku apabila melihat Ryan yang mengaduh sakit akibat belakangnya terhentak dengan sliding door. Aku membuat dua jari sambil tersengih. Peace? No war okay?

            Tengku Auzaie Ryan mengetap bibirnya. Sakit siot! Dia memandang ke arah Tengku Dhia Syarafana yang tersengih.

            “Lebam juga belakang aku kalau macam ni terus! Dahlah penakut!” mendidih hati aku mendengarkan perkataan penakut yang terluncur di mulut dia. Aku tahulah aku penakut. Aku sedar okay!

            “Sesedap hati aje kau cakap aku penakut! Banyak handsome muka kau! Apa kau ingat kau model aku hadap sangatlah! Perasan hensem nak mampoih!” ambik kau! Dah terkeluar habis loghat Kedah aku. Nasiblah tak pekat sangat.

            “Hey! Kau patut beruntung tahu suami kau handsome. Kau tahu ramai orang tergila-gilakan aku tau, tapi kau juga yang aku pilih,” balas Tengku Auzaie Ryan.

            “Eh! Nak muntah aku dengar kau cakap macam tu! Hello! Bukan kau yang pilih kau tapi bapak kau yang pilih!”

            “Eh! Tapi kau isteri aku bukan isteri bapak aku! Dah masuk cepat! Tak pasal-pasal aje nanti ada orang tangkap gambar naya juga aku nanti!” ujar Tengku Auzaie Ryan lalu berlalu masuk ke dalam bilik.

            “Hello, kita di dalam hotel tahu. Tingkat 13 kot.. Mana orang nampak! Sebab itulah aku keluar tak pakai tudung tadi!” balasku. Hello! Ingat aku nak sangat gosip dengan dia? Pleaselah!

            “Whatever my girl! Cepat masuk! Urut belakang aku. Tak pasal-pasal aje lebam nanti,” ujar Tengku Auzaie Ryan lalu membuka bajunya. Aku menutup mata. Biar betul mamat ni nak buka baju depan aku? Respectlah sikit! Aku ini still perempuan tahu!

            “Woi! Kenapa kau tutup mata? Malu ke?” aku membuka kelopak mataku. Kelihatan Ryan yang sudah tidak berbaju di hadapannya ini.

            “So what? Aku ini perempuan tahu!” Ryan memaut pinggangku.

            “Yes, you are a girl and yes you are my wife.. So, tak salahkan?” tanya Ryan selamba. Aku mengetap bibir. Lelaki ini memang menguji keimanan akulah! Tak pasal-pasal aku yang terkam dia nanti baru dia tahu! Amboi! Tengku Dhia Syarafana! Ada hati nak terkam anak teruna orang! Ingat sikit kau tu perempuan tahu! Otak bagi merah sikit!

            Tengku Auzaie Ryan menyimpan rasa gelora di hati apabila melihat wajah Dhia dari dekat. Yes! She is a beautiful girl. And yes! I love her!

            “I love you..” bisik Ryan perlahan. Aku mengerutkan kening. Apa mamat ni bisik kat aku?

            “Apa?”

            “Nothing! Dah urut belakang aku.. Sesedap hati aje tolak orang!” aku mencebik.

 

AKU berjalan ke hulu dan ke hilir. Mana dia ni? Dah pukul 11.30 malam ni! Aku mengetap bibir. Rasa bimbang menguasai diri ketika ini. Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk, aku mengambil tudung ariana dan cardigan lalu disarung ke tubuh kemudian aku membuka pintu.

            Dua orang lelaki masuk lalu menolak sebuah troli sebelum berlalu kemudian muncul 4 orang gadis masuk lalu menarikku ke bilik.

            “Akak pakai baju ni!” arahnya. Aku mengambil baju itu lalu dituju ke tubuh. Singkat siot!

            “Kenapa kecil sangat ni? Baju budak-budak ke apa?” komenku. Kelihatan mereka tertawa sedikit.

            “Akak ni! Ini namanya off shoulder mini dress. Ada ke patut digelar baju budak-budak,” ujar seorang gadis itu.

            “Nak buat macam mana. Kecil sangat! Muat ke saya pakai?” tanya aku balik.

            “Pakaila akak! Susah payah suami akak cari baju ini. Come on lah akak.. Depan suami akak aje.. Please..” pujuk seorang gadis yang bertag nama Lina.

            “Fine, akak akan pakai..” ujarku lalu melangkah ke bilik air.

 

“FUH! Gorgeous gila akak! Nanti pasti Encik Ryan terpaku tengok akak!” ujar gadis yang bertag nama Sara.

            “Wah! Kita orang pun tak sangka akak boleh jadi segorgeus ni!” ujar gadis yang bertag nama Nina pula.

            “Cantik sangat ke? Akak rasa biasa-biasa aje..” ujarku pula merendah diri. Tak sangka betul gadis di cermin itu aku. Cantik juga aku ini yer?

            “Kak. Kita orang keluar dulu yer, nanti akak keluar tahu!” pesannya sebelum berlalu. Aku hanya mengangguk.

            Setelah 5 minit mereka keluar, aku berlalu keluar. Fikirku, Ryan tidak pulang lagi namun sangkaan ku meleset apabila melihat bayangan dia di hadapanku.

            “You look so gorgeous dear and... sexy, dear..” bisiknya di telingaku. Baru aku teringat yang aku hanya memakai mini dress. Aku berpaling dan ingin masuk ke dalam bilik semula namun langkahku terkunci apabila Ryan memelukku dari belakang.

            Where are you want to go? Nak lari dari I ke, hm?” ujarnya dengan lagak menggoda. Lelaki ini nak menggoda aku ke apa?

            “Aku.. Sa.. I nak tukar baju,” kan dah tersasul. Mamat ni! Bikin aku gentarlah!

            Terdengar dia tertawa sedikit. Ketawakan akulah tu!

            “Nope.. you can’t. Follow me,” dia menarikku ke sliding door lalu memelukku dari belakang semula.

            “5, 4, 3, 2, 1.. Suprise!” aku memandang ke hadapan. Wah! Bunga api! Tapi, hari ini hari apa?

            “Happy birthday dear.” bisiknya di telinga aku. Birthday aku? Biar betul. Bukan esok ke? Eh! Dah cecah 12 tengah malam lah! Padanlah pun!

            “Jom, potong kek,” dia menarikku yang masih diam tanpa sebarang kata. Romantiknya dia hari ini.

            Aku mengambil pisau lalu memotong kek itu. Aku mengambil kek itu lalu disuap ke mulut Ryan.

            “Me?” tanyanya bersama kerutan di dahi.

            Aku mengangguk tanpa kata. Setelah Ryan makan kek itu, dia menyuapku semula. Dan aku menerimanya tanpa banyak soal.

            “I love you dear..” ucapnya romantik. Aku berpaling kepadanya.

            “Bukan you bencikan I ke?” alamak! Pangkal nama dah berubah! Kenapa aku tak sedar ni?

            “Nope! First time I meet you, I’ve already fallen in love with you,” ujarnya. Aku mengerutkan dahi.

            “First time? In class?”

            Dia menggelengkan kepalanya. “Ingat tak lagi lelaki yang you langgar itu? Dia adalah I,” ujarnya. Aku cuba mengingati semula kejadian itu kemudian terangguk-angguk kecil.

            “Sorry, waktu tu I nak cepat. Abang kejut lambat,” ujarku sambil tersengih. Dia mencuit hidungku.

            “Pandai aje beri alasan..” ujarnya perlahan.

            “Don’t you love me dear?” tanyanya. Aku terkaku. Apa yang aku nak jawab ini? Tiba-tiba aku teringat sesuatu pepatah. Action speaks louder than words.. Pantas aku menarik dagunya lalu ku cium bibirnya.

            Ryan terpana sebentar, kemudian dia tersenyum.. Pelukan di pinggangku dieratkan. ‘You are mine, Mrs Spy!’ getus Tengku Auzaie Ryan di dalam hatinya.

 

SETAHUN kemudian..

            “Mommy! Look at Zahra! She’s hurting me!” jerit anakku Zafri. Aku menutup telingaku. Hari-hari mereka ni bergaduh. Tensionnya aku!

            “Zafri! Zahra! Stop fighting both of you!” marahku. Seketika kemudian, Zafri dan Zahra teresak-esak menangis.

            “Daddy! Mommy marah Zaf dengan Zahra!” ujar Zahra lalu terkedek-kedek berlari ke arah Tengku Auzaie Ryan.

            “Ala-ala.. mommy marah yer? Ini mesti sebab Zahra dengan Zaf gaduh kan? Daddy dah cakap! Jangan bergaduh nanti mommy marah. Now! Mommy dah marah! Come anak-anak daddy, daddy peluk,”ujar Ryan lalu memeluk Zahra dan Zafri. Kelihatan Ryan tersenyum sinis. Aku mencebik. I don’t care!

            Aku naik ke tingkat atas lalu masuk ke dalam bilik. Tidak lama kemudian, Ryan masuk ke dalam bilik.

            “Where are Zafri and Zahra?” tanyaku kepada Ryan.

            “They are sleeping,” balas Ryan lalu baring di sisiku.

            “You are mine, Mrs Spy because of that I love you..” ujarnya berbisik kepadaku.

            “I love you too..” balasku.

*__TAMAT__*
p/s : Jemput baca cerpen ke-6 saya.. Hope sudi beri komen, dan jika ada kesalahan tolong perbetulkan..

By Ayas Liaa Min

9 comments:

Anonymous said...

saya suka . sweet jer :D

Anonymous said...

very interesting..

SecreT_Aimie said...

wahhhh!! suwittt gilerrrr... I loikeee... keh3

Lia veSus Ayiz said...

Thanks sebab sudi baca cerpen Lia.. Walaupun blog ni dah bersarang, still ada yg baca novel.. Thanks guys! - Ayas Liaa Min

Anonymous said...

Bila baca yg mreka dh ada anak, tringat pulak crita dream high 1, yang Iu dgn Wooyoung ada anak ramai. Lol. Btw, besttt! *^*

Jam Jas said...

jln citer dh best dh. tp yg x logik tu slps 1thn ank2 dh boleh gaduh tu. bkn ker patutnya br lepas berpantang ker?

Lia veSus Ayiz said...

Jam Jas : Actually, tersilap! Alamak! kantoi sudah! baru perasan!! Sorry!!

Anonymous said...

Best!! Sweet jerr..����

Mya Maisarah said...

Anak kembr lah..πŸ‘πŸ‘hehehe btw cerpen ni besttt sngt..sweet lgi tu,suka2😍😍 buat crpn cam ni lgi..sya skong dri belkng jee😊😊😊

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!