Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

27 December 2012

Cerpen : I Hate You... But... I Love You


AKU merenung ke luar jendela. Aku melekapkan tangan di dada.  Udara yang damai di sini memang menteteramkan hati. Hati yang rentung akibat perbuatan seorang lelaki. Fikiranku terimbas semula ke beberapa tahun yang lepas..


“SIAPA perempuan yang bersama dengan awak semalam?” tanya Datin Herlina kepada suaminya Dato’ Herman.

            “Perempuan mana? Awak merepek sahaja ni,” ujar Dato’ Herman untuk menutup rasa gundah di hatinya.

            “Ya! Saya merepek apabila saya lihat suami saya ke kelab, bertempur-tampar dengan perempuan muda. Hey! Mata saya tak buta tahu! Awak curang di depan mata saya sendiri! Awak fikir saya akan berdiam diri?” suara Datin Herlina mula naik.

            “Awak jangan fitnah saya! Fitnah itu dosanya lebih berat daripada membunuh tahu!”

            “Oh! Awak tahu yang fitnah itu berdosa! Kalau sentuh perempua yang bukan muhrim? Tak berdosa! Awak jangan cakap pasal dosa pahala kalau awak sendiri yang buat dosa!” tengking Datin Herlina.

            “Kau jangan nak kurang ajar dengan aku! Aku tahu apa yang aku buat! Aku boleh aje kahwin lagi satu tapi aku tak nak sebab aku ingatkan kau! Jadi lebih baik kau diam!” tengking Dato’ Herman.

            “Awak tak nak ceraikan saya hanya kerana harta saya. Hanya kerana syarikat yang awak uruskan itu syarikat saya! Kalau tidak sudah pasti awak tinggalkan saya dengan Ana terkontang-kanting sendiri!” ujar Datin Herlina penuh dengan rasa amarah. Sejurus itu, Dato’ Herman menampar pipi isterinya hingga dia jatuh terduduk. Aku yang terpaku terus mendapatkan ibu lalu memeluk ibu sebelum ibu menjadi mangsa sepak terajang ayah.

            “Aku tak hadaplah harta kau itu! Mulai sekarang kau uruskan ajelah syarikat itu sendiri! Aku tak kisah!” ujar Dato’ Herman lalu menarik bagasi. Dia mengisi baju-bajunya ke dalam bagasi itu.

            “Awak nak ke mana ni?” suara Datin Herlina mulai mengendur.

            “Berambuslah ayah dari sini, kalau kerja nak balik pukul orang aje!” ujarku lantang. Dato’ Herman terus menampar puterinya itu dengan sekuat hati.

            “Awak! Jangan disebabkan awak marahkan saya, awak pukul Ana! Dia tak salah!” lantang suara Datin Herlina berkata-kata.

            “Sebab kau manjakan dia sangatlah dia jadi kurang ajar macam ni tau!  Aku nak keluar dari rumah ni! Aku tak hadaplah nak hidup di rumah ini! Mulai detik ini aku ceraikan kau Herlina Ahmad dengan talak tiga!” ujar Dato’ Herman lalu berlalu. Datin Herlina menangis tersedu-sedan.

             Air mataku menitis. Sudah acap kali aku terserempak ayah dengan seorang perempuan muda. Dan sudah acap kali ayah pulang dalam keadaan mabuk. Sudah acap kali ibu dan ayah bergaduh. Tapi tak sangka detik ini ayah melepaskan ibu dengan talak tiga.

            Tiba-tiba telefon milik ibu berdering. Datin Herlina terus mencapai telefon bimbitnya. Dia menekan butang terima.

            “Tak mungkin! Tak mungkin dia kan? Tak mungkin! Tak! Raihanah! Ayah Ana tak mati kan? Ayah Ana tak akan mati kan? Abang! Jangan tinggalkan Lina!” ibu menangis tersedu-sedan. Dan aku hanya mampu menjadi pemerhati dengan air mata yang mengalir laju di pipi.


AKU masuk ke kamar ibu. Air mata itu berlinang lagi. Boleh dikata hampir setiap hari ibu menangis di dalam mimpinya.

 Ibu menangis hanya untuk seorang lelaki. Seorang lelaki yang telah mengkhianati kejujurannya. Seorang lelaki yang mencurangi dirinya. Namun, dia masih menyayangi lelaki itu.

Mampukah aku untuk menyayangi ayah? Sedangkan ayah sudah banyak menyakiti hati ibu? Mampukah aku untuk menyayangi lelaki yang sudah meninggalkan dunia yang fana ini? Tak! Aku tak mampu untuk memaafkan dia seperti mana ibu. Aku tak mampu memaafkan dia yang terlampau banyak melukakan hati ibu. Aku benci dia! Aku benci dia! Aku benci dia!!

Di kepekatan malam, aku menangis lagi.


AIR mata yang jatuh di pipi menyentakkan lamunan aku. Aku mengusapnya perlahan. Kemudian aku memandang semula ke hadapan.

            Wajah riang dan tawa kawan-kawanku sedikit sebanyak membuatkan aku berasa cemburu. Hidup mereka penuh dengan kegembiraan hingga mereka tidak mengenal erti duka sedangkan aku? Aku terlampau banyak mengenal erti duka hingga tidak pernah mempelajari apa itu kebahagiaan.

            Dan, mampukah aku untuk mengecapi kebahagiaan yang jauh dari genggamanku itu? Di hadapan mataku sendiri, aku melihat hidup ibu musnah. Musnah angkara seorang lelaki. Dan mampukah aku untuk mempercayai lelaki lagi? Lelaki semuanya sama! Semuanya mendekati aku kerana kekayaan aku ini! Dan akan meninggalkan aku apabila mereka sudah mengecapi kekayaan.

            “Farha Raihanah!” lamunanku terbang dibawa angin apabila disergah oleh temanku, Ain Maisarah. Aku menjongket kening.

            Cool terlebih lah minah ni! Join us? Main bola tampar?” tanya Ain Maisarah ceria. Aku hanya menggeleng. Aku tak pernah lagi main bola tampar. Tersilap tampar kena muka orang nanti bagaimana?

            “Jomlah, Ana! Please! For me? I beg you for a pardon, Ana..” rayu Ain Maisarah. Aku menggeleng untuk kesekian kalinya.

            “Tak akanlah kau nak tengok kita kalah kot? Tolonglah Cik Farha Raihanah. Atau kau nak tengok aku merayu, aku boleh aje..” ujar Ain Maisarah lalu berura-ura hendak melutut. Aku memegang tangannya lalu menariknya naik.

            “Okey..” aku menguntum senyuman hambar.

            “Wei! Cik Ana join kita!” jerit Ain Maisarah kepada ahli team yang lain. Aku memandang ke arah lawan kami. Mak oi! Semua lelaki! Apa kes?

            “Ain, team mana yang lawan kita ini?” tanya aku. Ain Maisarah memandang ke arah aku.

            “Team company Firdaus Corporation. CEO mereka pun join sekali, sebab itulah kami ajak kau main,” ujarnya ceria. Ain Maisarah, satu-satunya sahabatku yang sudi bekerja denganku.


“SIAPA perempuan tu?” tanya Firdaus kepada temannya Nazim.

            “Dengar kata, CEO mereka,” ujar Nazim pula. Firdaus memandang Nazim dengan kerutan di dahinya.

            “CEO? Perempuan? Biar betul? Dia tiada adik beradik lelaki ke?” tanya Firdaus bertalu-talu.

            “Dengar kata waktu ayah dia uruskan syarikat tu dulu, syarikat tu bercampur lelaki dan perempuan. Ayah dia pula, setahu aku suka berjoli, mabuk apa semua. Lepas ayah dia mati, mak dia ambil alih. Dan setahu aku, disebabkan perempuan tu trauma dengan lelaki ibu dia tukarkan syarikat tu ke syarikat di mana hanya perempuan yang bekerja. Yang pekerja lelaki semuanya dipindahkan ke cawangan yang lain. Dan setahu aku, dia masih single. Umur pun muda lagi. Baru 25 tahun. Tapi sayang trauma dengan lelaki. Susah untuk kita nak dekati dia,” ujar Nazim sambil menggelengkan kepalanya.

            “Kau ada hati ke dengan dia sampai tahu macam-macam ni?” perli Firdaus. Nazim hanya tersengih.

            “Siapa tak nak beb? Cantik der! Kaya! Solehah! Untung beb kalau dapat dia!” ujar Nazim. Firdaus menggelengkan kepala. Nazim memang playboy!

            “Wei! Kau cukup pakej kan? Trylah ngurat dia!” Nazim mengangkat kening. Firdaus tersenyum sedikit.

            “No way! Aku tak nak.. Kalau aku dah tangkap cintan dengan dia aku hantar rombongan je ke rumah dia,” ujar Firdaus sambil tersenyum.

            “Wei! Kau ni! Jom mereka dah panggil tu. Kita tengok team siapa menang,” ujar Nazim. Firdaus hanya mengikut jejak langkah Nazim sambil mengerling sedikit ke arah gadis yang duduk di kerusi sambil membaca novel.


“GAME started!” sebaik sahaja wisel dibunyikan bola dilempar.

            Dengan satu tamparan, team Mesra Corporation tumpas di tangan Firdaus Corporation. Aku mengetap bibir. Mereka nak main kasar ye? Mentang-mentanglah kita orang perempuan. Dasar jantan tak guna! Kerja menyusahkan hidup perempuan aje!

            Aku menampar bola kuat dan hampir terkena wajah Firdaus. Aku tersenyum sinis. Kalau kena pun tak apa.

            Permainan diteruskan lagi. Secara tidak sengaja, bola itu terkena tubuhku. Aku mengurut bahu yang terasa sakit. Sakit! Sama sakitnya dengan penampar ayah 10 tahun lepas! Ah! Mereka nak main kasar!

            “Wei! Kau tak apa-apa kan? Wei! Jangan diam aje.. At least, say something!” aku menolak tangan Ain Maisarah yang memegang kuat bahuku.

            “Sakitlah..”

            “Miss! Are you okay?” tanya Firdaus. Tak disangka tamparannya tadi tersasar.

            “Ah! I hate ball!” ujarku kasar sebelum berlalu. Firdaus memandang ke arah Ain Maisarah.

            “Sorry, she hate ball and men..” Ain Maisarah terus berlalu bersama pemain yang lain. Firdaus menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hate ball and men?

            “Wei! Dia okay ke tak?” tanya Nazim. Dia menepuk perlahan bahu Firdaus.

            “Entah, dia blah camtu aje, tapi kan tadi ada perempuan tu cakap kat aku. Yang that girl hate ball and men,” ujar Firdaus. Hate men?

            “Bencikan lelaki? Serius! Aku tak faham! Kenapa dia bencikan kita?” tanya Nazim sambil menggarukan kepalanya. Tiba-tiba sesuatu terlintas di kepala mereka.

            “His dad!” ujar mereka sebelum menggelengkan kepala.

            “Apalah yang ayah dia buat hingga dia sampai bencikan lelaki?” tanya Nazim. Firdaus hanya menjongket bahu.


AKU duduk di persisiran pantai. Keindahan Pulau Perhentian itu menenangkanku.

            “Assalamualaikum,” sapa seseorang lalu duduk di sisiku. Aku menjeling sedikit dan bangun untuk pergi.

            “Kenapa awak bencikan lelaki?” pertanyaan dia membuatkan langkahku terhenti.

            “You don’t need to know!” balasku kasar.

            “It is because of your dad. Right?” aku terpaku. Serta-merta rasa sakit di hati bertandang. Argh! Aku menoleh ke arahnya.

            “Don’t ever ever mention that name in front of me again!” tengkingku. Aku berjalan laju. Cuba membuang segala benda yang sedang menghantui benakku.

            Peristiwa lama seperti diputar kembali..

            “Ayah mabuk lagi?” tanyaku. Aku mencerlung ke arahnya. Dia memandangku lalu tertawa. Dia menghampiriku lalu memeluk tubuhku.

            “Lepaslah! Lepaskan aku!” dia mencampakkan tubuhku ke sofa. Mataku sudah mulai berair.

            “Ibu! Ibu! Tolong Ana! Ibu!!” jeritku sekuat hati apabila dia mula bertindak agresif.

            “Diamlah!” dia menampar pipiku.

            “Tolong! Ibu! Tolong Ana! Ibu!” jeritku lagi. Tidak aku peduli arahannya. Yang penting maruahku harus dijaga.

            Tiba-tiba tubuh ayah ditolak ke tepi. Ibu! Aku memeluk ibu. Erat!

            “Awak jangan buat apa-apa pada Ana! She’s mine! Jangan sesekali awak sentuh tubuh dia! Lagi sekali awak buat begitu saya akan pastikan awak ke penjara!” ujar ibu lalu menarikku masuk ke bilik lalu mengunci pintu.

            “Sayang, dengar cakap ibu. Jangan sesekali keluar dari bilik selepas pukul 10 malam ye sayang.. Ibu tak nak Ana diapa-apakan,” ujar ibu lalu menarikku ke dalam pelukannya.


TUBUHKU menggeletar. Aku menarik lututku ke dalam pelukan. Takut! Itu perasaanku ketika ini.

            “Ibu.. Ibu tolong Ana.. Ana takut, Ana takut ayah.. Ana takut ayah apa-apakan Ana. Ana benci dia! Benci! Benci!” air mataku menitis.

            “Ana!” panggil Ain Maisarah. Dia memeluk tubuhku erat.

            “Takut.. Aku takut Ain.. Ayah aku nak buat sesuatu kepada aku. Aku takut Ain. Aku takut!”

            “Shh.. Ayah kau dah tak ada. Dia tak akan apa-apakan kau lagi. Jangan takut. Ayah kau dah tiada. Kau dah selamat dan sentiasa selamat. Aku ada di sisi kau, ibu pun ada. Sudah! Jangan menangis lagi..”


“SIAPA yang jumpa CEO kami tadi?” tanya Ain Maisarah kepada semua yang berada di dalam hotel itu. Semuanya di sini hanyalah warga Firdaus Corporation kerana warga Mesra Corporation berada di tempat lain.

            “Saya.. Kenapa dengan dia?” Firdaus bangkit dari duduknya. Ain Maisarah melajukan langkahnya ke arah Firdaus lalu menampar pipi jejaka itu. Anis, setiausaha Firdaus segera menarik Ain Maisarah ke tepi.

            “Kau tak guna! Kau ingatkan dia balik kepada keperitan itu! 10 tahun! 10 tahun dia cuba lupakan semuanya tapi sebab kau! Dia ingat semula! Susah payah aku dan ibu dia cuba rawat dia tapi kau! Kau ingatkan dia balik! Kau memang tak guna! Tak guna!” jerit Ain Maisarah. Firdaus terpaku.

            “Sebenarnya.. kenapa dengan arwah Dato’ Herman?” tanya Firdaus perlahan. Fahamlah dia kini yang Farha Raihanah menyimpan duka yang maha dalam.

            “Perlu ke aku ceritakan kepada kau? Perlu ke aku buka aib keluarga Ana? Need me? I warn you! Jangan sesekali dekati Ana lagi kalau kau tak nak rasa penampar aku lagi!” Ain Maisarah berlalu pergi bersama tangisan di pipinya. Dia dan Farha Raihana umpama kembar. Apabila Farha Raihanah kesakitan, dia akan merasainya juga. Kerana itu, dia sanggup menampar CEO Firdaus Corporation tanpa mempedulikan risikonya. Dia mungkin akan disaman namun dia tidak kisah.


FIRDAUS meramas pipinya. Kuat juga budak tu pukul ye? Nampak je kecil.

            “Kau buat apa dekat Ana?” tanya Nazim.

            “Aku just tanya dia about ayah dia. Is it wrong?” tanya Firdaus semula.

            She hate her father, I guess. Dan, aku rasa ada something yang membuatkan dia membencikan arwah. Namun, tiada siapa yang mengetahui rahsianya,” ujar Nazim.

            “Dan aku akan buatkan dia bercerita kepada aku,” ujar Firdaus dengan perasaan yang berkobar-kobar.

            “Kau nak penampar lagi ke?” tanya Nazim selamba.

            “Maybe Dato’ Herlina boleh tolong aku? Who else? Harapkan Ain sampai kucing bertanduk pun dia tak akan cerita,” ujar Firdaus.

            Nazim menggelengkan kepalanya. Kalau hitam katanya, hitam juga yang jadinya. Tak dapat ditukar warnanya.


“ANA!” panggil Dato’ Herlina.

            “Ye ibu!” aku turun ke tingkat bawah.

            “Jom ikut ibu. Kita pergi rumah teman ibu,” ajak Dato’ Herlina. Aku memandang ke wajah ibu dengan penuh harapan. Harapan untuk tidak pergi.

            “Ada lelaki tak?” tanyaku selamba.

            “Amboi! Tiap kali ibu ajak pergi rumah teman ibu soalan itu yang ditanya. Dah! Bukan semua lelaki sikapnya seperti ayah kamu! Padamkanlah api kebencian kamu tu, siramilah dia dengan air kemaafan agar hati kamu bersih seperti sedia kala,” ujar Dato’ Herlina. Aku menutup telinga, bosan!

            “Ikut ibu! No excuse!” arah Dato’ Herlina tegas. Aku yang tahu bahawa arahannya tidak boleh dibantah hanya mengangguk sebelum menukar baju.


“IBU, Ana pergi ke kolam renang dahulu,” ujarku sebelum berlalu ke kolam renang. Bagus! Until now, I can’t see any man at all! Terbaiklah ibu!

            “Assalamualaikum,” sapa seseorang. Ah! Sudah! Mamat mana pula ni? Aku mengangkat punggung. Tiada mood lagi untuk menikmati keindahan alam.

            “Tak jawab berdosa, jawab gatal,” ujar Firdaus selamba.

            “Waalaikumussalam,” balasku.

            “Awak gatal ke?” tanyanya selamba.

            “Saya lebih rela gatal dari menambah dosa yang sedia ada ni,” ujarku selamba.

            “Jadi, maafkanlah ayah awak. Sekejam mana pun perbuatan dia pada awak. Dia tetap ayah awak yang perlu awak hormati. Forgive your father and you’ll feel the calm. Always!” aku menutup telinga. Kenapa hari ini ramai sangat yang suruh aku maafkan ayah aku? Komplot ke apa?

            “Awak tak tahu apa-apa! Bolehlah awak cakap semua ni! Cubalah awak rasa apa yang saya rasa! Sakit sangat! It’s hurting!” balasku.

            You hate him but in deep in your heart you love him,” ujar Firdaus lagi.

            What? Me? Loving him? There is no way for that!” balasku kasar.

            “Kalau orang yang kita sayang buat kita terluka kita akan ingat selamanya, tetapi apabila orang yang kita tak sayang buat kita terluka kita hanya mengatakan yang dia sengaja memainkan perasaan kita,” ujar Firdaus.

            “Awak tak tahu apa-apa! Jadi jangan sesekali ceramahkan saya!” ujarku kasar lalu melangkah masuk ke dalam rumah.


FIRDAUS membuka radio. Tiba-tiba dia terdengar sebuah lagu yang membuatkan dia tertanya..

Yeah here we go once again
Guess who’s back, let’s go
This song all about you
I really hate you but I love you
So what can I do? Now listen



 It hurts when I look at you, I fall short of breath, now hold my hand
Why, when that person does not love you?
Why don’t you get me?
Baby let me
Love you, Love  you, Love you

Risking my everything, I cast this spell, ‘We can be so perfect’
Even if the world becomes my enemy It can’t be
It can’t be anyone but you
Baby let me
Love you, Love  you, Love you

I’ve been waiting all this while
Sorry I’ve been sincerely desiring for
your long-time relationship, that pushed me aside, to cruelly end
Forget that person, now erase him
He was not a good match for you anyway
So baby won’t you come to me
I’ll make you make you happy

It hurts when I look at you, I fall short of breath, now hold my hand
Why, when that person does not love you?
Why don’t you get me?
Baby let me
Love you, Love  you, Love you



At first I wished for your happiness
Even if it was by that person’s side I believed that if you were happy without me, that was enough
But I see your tears. I see your sadness.
I try to hold back but it’s no use. Now I’m worn out, crazy
I cannot let it go, I gotta take you
This is our destiny yeah

It hurts when I look at you, I fall short of breath, now hold my hand
Why, when that person does not love you?
Why don’t you get me?
Baby let me
Love you, Love  you, Love you


Why don’t you know? Why is it that person of all people?
Your painful love, I can’t bear to see it
Forget that bad love that bruised your heart
Now forget it please! I will save you, who is in pain
When your tears that are reflected in the mirror flow without a sound, without any meaning
My heart becomes completed ripped apart, I can cross over the sea
Please believe me, I’ll call the heavens as my witness
We will be our final love yeah

It hurts when I see you.
I fall short of breath.
My heart hurts
Why, when that person doesn’t love you?
Why don’t you get it?
Baby let me
Love you, Love  you, Love you

Risking my everything, I cast this spell, ‘We can be so perfect’
Even if the world becomes my enemy It can’t be
It can’t be anyone but you
Baby let me
Love you, Love  you, Love you

It can’t be,
It can’t be,
Without you…



            ‘Adakah aku sudah menyintainya? Kenapa diri ini sentiasa ingin melindunginya? Kenapa diri ini menginginkannya ceria kembali? Kenapa diri ini ingin dirinya melupakan dendamnya terhadap lelaki?

            Ah! Banyaknya persoalan! Aku harus buat solat istikharah!’ Firdaus menyimpan tekad di dalam hatinya.


AKU termenung sendirian. Lantas tanganku mencapai telefon. Aku membuka lagu Because Of You dari Kelly Clarkson. Lagu ini terasa amat kena dengan situasi ku di ketika ini.

I will not make the same mistakes that you did


I will not let myself


Cause my heart so much misery


I will not break the way you did


You fell so hard


I’ve learned the hard way


To never let it get that far




Because of you


I never stray too far from the sidewalk


Because of you


I learned to play on the safe side so I don’t get hurt


Because of you


I find it hard to trust not only me, but everyone around me


Because of you


I am afraid




I lose my way


And it’s not too long before you point it out


I cannot cry


Because I know that’s weakness in your eyes


I’m forced to fake


A smile, a laugh everyday of my life


My heart can’t possibly break


When it wasn’t even whole to start with




Because of you


I never stray too far from the sidewalk


Because of you


I learned to play on the safe side so I don’t get hurt


Because of you


 I find it hard to trust not only me, but everyone around me


Because of you


I am afraid




I watched you die


I heard  you cry every night in your sleep


I was so young


You should have known better than to lean on me


You never thought of anyone else


You just saw your pain


And now I cry in the middle of the night


For the same damn thing




Because of you


I never stray too far from the sidewalk


Because of you


I learned to play on the safe side so I don’t get hurt


Because of you


 I try my hardest just to forget everything


Because of you


I don’t know how to let anyone else in


 Because of you


I’m ashamed of my life because it’s empty


Because of you


I am afraid




Because of you


 Because of you


            Aku meraupkan muka. Air mataku menitis lagi hanya disebabkan perkara yang sama.. Perkara yang menghantui benakku selama ini membuatkan aku terfikir semula. Kenapa Firdaus menyuruh aku memaafkan dia? Dia tak tahu keperitan dan kesakitan aku selama ni! Kalau dia tahu dia tak akan menyuruh aku memaafkan lelaki itu.

Ah! Aku benci dia! Aku benci lelaki! Mereka hanya mengambil kesempatan di atas kesenangan perempuan. Hipokrit!


“KAMU ni tak nak kahwin ke Ana?” tersedak aku mendengarkan kata-kata ibu. Ibu ni biar betul! Selama ni tak pernah pula ungkit pasal kahwin kenapa mesti hari ini?

            “Tak! Semua lelaki sama sahaja. Semuanya teruk! Manusia bertopengkan syaitan!” luahku dalam kemarahan.

            “Jangan anggap semua lelaki sama seperti ayah kamu. Padamkanlah api kebencian kamu terhadap lelaki. Tidak semuanya jahat, tidak semuanya kejam. Pasti ada lelaki yang baik dari segi akhlaknya,” ujar ibu panjang lebar. Ah! Ibu ni! Aku tak nak kahwin! Tak nak lah!

            “Kalau begitu, kenapa ibu tak kahwin lain? Ana akan kahwin kalau ibu sudah jumpa lelaki yang baik untuk ibu,” ujarku.

            “Ibu tak akan kahwin Ana. Cinta ibu kepada ayah kamu tak pernah pudar, Ana. Walau apa pun yang dia buat kepada ibu. Ibu tetap sayangkan dia, Ana. Tapi, Ana berbeza. Ana perlu kahwin. Nabi tak mengaku umat kalau Ana tak kahwin, sayang,” ibu dah mula dah! Lelaki mana yang baik? Ya! Aku mengaku ada lelaki yang baik tapi sukar untuk didapati di zaman ini.

            “Susahlah ibu. Ana tak akan kahwin selagi Ana tak jumpa lelaki yang sangat baik untuk diri Ana,”

            “Kalau macam tu kahwinlah dengan ustaz,” ujar ibu selamba. Terbuntang mataku melihatnya. Ustaz?

            No way! Ana pergi kerja dulu. Sayang ibu!” ujarku sebelum berlalu.


ARGH! Kenapalah minggu ni orang selalu ungkit tentang perkahwinan, kemaafan dan kebencian. Mereka ni dah komplot ke apa?

            Aku memberhentikan kereta di pinggir jalan. Aku  keluar lalu menuju ke arah pantai. Aku memeluku tubuh. Pantai yang lengang ini dipandang. Aku memandang ke arah jam tangan milikku. Padanlah pantai ini lengang. Rupa-rupanya jam baru menunjukkan jam 9 pagi.

            “ARGH!!!” Aku menjerit melepaskan rasa sakit.

            “Jeritlah sekuat hati awak. Tetapi rasa tenang itu tak akan hadir kerana kebencian awak terhadap ayah awak dan rasa anti awak terhadap lelaki,” aku menjeling ke arah Firdaus. Kenapalah mamat ni selalu muncul di sebelah aku? Stalker aku ke apa ni?

            “Awak tak ada tempat lain ke nak pergi selain ke tempat yang saya pergi?” tanyaku. Agak kasar. Perasaan marah menular di dalam hati.

            “Saya akan selalu berada di sisi awak sehingga awak padamkan api kebencian awak kepada ayah awak kerana saya cintakan awak,” ujar Firdaus. ‘Huh! Punya susah aku nak tuturkan ayat itu. Akhirnya keluar juga.. Aman dunia!’

            Aku terus memandang ke arahnya. Cintakan aku yang bencikan lelaki? Huh? Tak masuk akal.

            “I hate you..” ujarku lalu berlalu.

            But I love you,” langkah kakiku terhenti apabila mendengarkan tutur katanya.

            “Awak selalu kata lelaki hanya akan mengambil kesempatan di atas kekayaan perempuan tetapi alhamdulillah saya sudah punya kekayaan itu yang membuatkan saya tidak perlu mengambil harta isteri saya. So, will you marry me?”

            “Huh? Kahwin? Dengan saya? Orang yang bencikan awak? Are you insane?” tanyaku bertalu-talu.

            “You hate me but I love you,” ujar Firdaus selamba.

            “I don’t care about your feeling,” ujarku lalu melangkah ke kereta.

            ‘Oh! Awak tak kisah yer? So, saya pun tak kisah dengan perasaan awak terhadap saya,’ getus Firdaus dalam hati.


“IBU setuju?!” terbuntang mataku mendengarnya. Ibu terima pinangan dari keluarga yang entah siapa. Biar betul?!

            “Ibu setuju sebab ibu yakin dia menepati ciri-ciri yang kamu nak. Kaya, baik dan soleh. He’s perfect,” ujar ibu. Sedangkan aku dah terlopong. Biar betul!

            “Ana tak nak, ibu! Ana tak nak kahwin! Kalau ibu nak cucu Ana boleh ambil anak angkat. Tapi tak perlulah sampai kahwinkah Ana dengan orang yang Ana tak kenal!” ujar aku lagi. Apa kes ni?

            “Keputusan ibu muktamad!”


“IBU kau paksa kau kahwin?” aku mengangguk lemah. Ain Maisarah menggelengkan kepalanya.

            “Itulah kau! Siapa suruh kau bencikan lelaki sangat! Tak pasal-pasal aje ibu kau suruh kau kahwin!” ujar Ain Maisarah.

            “Serabut!!”aku menjerit sambil menutup telinga. Mungkin aku kena belajar untuk melupakan dendam itu. Tapi.. Bagaimana?

            Firdaus! Mungkin dia ada caranya..?


“SAYA nak berjumpa dengan Encik Firdaus. Boleh?” tanyaku kepada setiausaha Firdaus yang bernama Anis.

            “Cik ada buat apa-apa appoinment ke dengan Encik Firdaus?” tanyanya.

            “Tak ada..” balasku.

            “Sebentar saya tanya Encik Firdaus. Boleh saya tanya nama cik?” tanyanya.

            “Ana.. Farha Raihanah,” balasku. Boleh kata Firdaus ni pandai pilih setiausaha.. Tak menggedik dan tak gatal macam yang lain. Erk! Aku cemburu ke ni?

            “Silakan masuk, cik Ana,” ujar Anis sambil tersenyum mesra. Aku membalas senyumannya sedikit sebelum masuk ke dalam pejabat Firdaus.

            So.. Apa mimpi awak nak jumpa saya ni?” tanya Firdaus apabila punggungku mencecah kerusi.

            “Mimpi yang saya akan berkahwin,” balasku selamba. Terdengar gelak sinis dari Firdaus.

            I said it serious Firdaus,” tekanku. Berang mendengar dia ketawa.

            “Oh okey.. Siapa lelaki yang malang itu?” tanyanya selamba. Aku mengetap bibir.

            Someone who live on the earth..” balasku selamba. Firdaus tersenyum.

            “Awak tahu tak, bila awak marah awak nampak cute sangat,” ujar Firdaus. Aku terpaku. Cute? He? Said me cute? Out of all people! I’m suprised!

            “I don’t have any time to play, Firdaus,” aku menghela nafas. Tujuan aku ke sini hanya untuk belajar memaafkan orang bukannya untuk bermain kata-kata dengan anak teruna orang!

            “Okey. Okey. I’m sorry.. So apa tujuan awak jumpa saya ni?” tanyanya.

            I want to learn to forgive somebody. Can you teach me?” tanyaku. Aku mengetap bibir. Cukupla 10 tahun ini aku menyimpan dendam.

            Are you serious, Ana? I think awak akan simpan dendam itu hingga ke hujung nyawa,” perli Firdaus selamba.

            “Saya keluar dahulu,” aku mengambil beg tangan lalu berura-ura hendak keluar.

            Sorrylah.. Jom ikut saya,” ujar Firdaus lalu melangkah mendahului aku. Aku hanya mengikuti jejaknya.


“DAH! Kita sudah sampai,” aku mengerutkan kening. Kubur? Kubur siapa ni?

            “Kita nak lawat siapa?” tanyaku aneh.

            Your father,” ayah aku? Tapi kenapa aku lansung tak pernah tahu tentang tempat ini. Ah! Aku mesti dah lupakannya.

            First step, ask him apology because you had hate him,” ujar Firdaus. Aku terkedu. Sejujurnya aku tak pernah lagi meminta maaf kepada orang lain selain ibu. Dan aku kena meminta maaf kepada orang yang hampir merogol aku? Apa benda itu?

            Does it need?” keningku sudah berkerut.

            Yes, Ana.” ujar Firdaus.

            “Or awak nak saya pergi dahulu,” ujar Firdaus sambil mengangkat kening.

            “Awak pergi dahulu nanti I follow,” ujarku. Setelah Firdaus berlalu pergi, aku mencangkung di hadapan pusara ayah.

            “Ayah.. Huh! Sudah lama Ana tak panggil ayah. Sudah lama Ana tak jenguk ayah. Dalam hati, Ana still terkilan dengan sikap ayah. Ana still marahkan ayah dengan tindakan ayah. Tapi, Ana tak boleh nak nafikan yang Ana sayangkan ayah. I hate you.. But.. I love you,” ujarku menahan esak yang menggila.

            “Maafkan Ana ayah kerana membenci ayah selama ini. 10 tahun! 10 tahun Ana cuba cari ketenangan Ana tapi susah namun setelah Ana jumpa Firdaus, sedikit demi sedikit Ana jumpa ketenangan Ana. Firdaus banyak nasihati Ana, acap kali dia suruh Ana padamkan api kebencian Ana, dalam diam Ana cuba tetapi sukar, kerana itu Ana minta tolong Firdaus. Akhirnya Firdaus bawa Ana ke pusara ayah. Pusara yang tak pernah Ana jenguk selama 10 tahun ayah meninggalkan dunia yang fana ini. Maafkan Ana.. I’m truly sorry.. Tolong! Ampunkan dosa-dosa Ana... Ana tak akan tenang selagi ayah tak maafkan Ana. I’m sorry, I’m truly sorry,” air mataku tumpah jua.

            Setelah puas aku meluahkan rasa, aku berlalu ke kereta Firdaus.

            “Apa perasaan awak kini?” tanya Firdaus.

            “Kosong,” aku mengundurkan kerusi ke belakang. Hatiku kosong.

            “Aku akan datangkan kembali taman indah di dalam hati kau, Ana. Aku akan kembalikan keceriaan kau Ana. Kerana apa yang aku ingin lihat hanyalah senyuman ceria di bibirmu yang tak pernah aku lihat,” ujar Firdaus perlahan.

            I hate him.. But I love him. Isn’t it weird? Hate the people who we love?” tanyaku kepada Firdaus.

            It is not weird because you do the same to me. You hate me but you love me, right?” sakat Firdaus.

            “Perasan nak mampus,” ujarku lalu menutup kelopak mata. Tapi di dalam hati aku mengakuinya, I hate you but I love you, Firdaus..

            “Awak tahu tak dengan siapa awak akan dikahwinkan?” tanya Firdaus.

            “Tak,”

            “Kenapa awak tak tengok?” tanyanya lagi. Kenapa lelaki ini berminat sangat dengan tunang aku ni?

            “Malas,”

            “Awak balik nanti awak tanya ibu awak tentang gambar tunang awak sebelum awak bernikah,” ujar Firdaus. Aku tertanya sendiri. Kenapa lelaki ini begitu berminat dengan tunang aku ini?


SUDAHNYA aku yang melopong sendiri. Itulah Ana! Orang suruh tengok gambar tak nak tengok. Kan padan muka!

            Aku memandang ke arah Firdaus yang sedang tersenyum memandangku.

            “Awak tak tengok gambar tu betul tak?” tanyanya. Aku tersengih lalu menggeleng.

            “Padanlah tak ada orang nak ceroboh pejabat,” ujarnya lalu menggelengkan kepalanya. Aku tersengih lagi. Serius! Aku tak tengok!

            “Awak nak orang ceroboh pejabat awak ke?” tanyaku sambil menjongket kening.

            “Kenapa awak tak pernah senyum?” sudahnya aku yang terpaku. Soalan dibalas dengan soalan. Erk!

            “Sengaja,”

            Please smile to me for once,” ujarnya sambil memandangku dengan penuh harapan.

            Sudahnya aku tersenyum sedikit. Muka Firdaus yang umpama anak kecil yang meminta coklat itu dicubit.

            “Comel!” dia menangkap tanganku yang mencibut pipinya lalu dicium.

            I love you,” ujarnya romantik. Aku mulai terkedu. Nak balas apa ini?

            I’m trying to hate you but I can’t.. I love you too,” balasku.

            Benci? Mampukah kita membenci seseorang itu? Makin kita membenci seseorang itu makin sakit hati kita dan kehidupan kita akan jadi tidak tenteram.. Jadi ingatlah, jangan sesekali membenci seseorang itu, hapuskan segala rasa benci di hati dan siramilah ia dengan air keinsafan. Moga-moga nur sentiasa menghiasi hari-hari kita..

*__TAMAT__*
p/s : Tak pandai buat gaya orang trauma.. Serius, tak boleh buat! Cerita ni pun tak tahu jadi ke tak? Jika ada silap, tolong beritahu tau! Lia ini bukannya hebat sangat dalam dunia penulisan ni.. Just, pengalaman je yang membuatkan Lia bertambah matang..

2 comments:

Nana Vela said...

Btw...its nice actually ..i like dis story ;)

Khairah K said...

sweet nye firdaus tuuu. suka bebenor saya ngan cerpen ni

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!