Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

18 November 2012

Novel : Aarrgghh!!! Akulah PA Mr. A ( Bab 7 )



Setibanya di rumah…..
              ‘Aduh! Lupa pula nak  suruh dia orang rahsiakan hubungan aku dengan abang-abang aku. Hish !Esok aku nak bagi tahu Afifah.’ monolog Isha setelah masuk ke dalam biliknya yang berwarna merah iaitu warna kegemarannya.
“Isha! Bangun! Dah lewat ni!” jerit Danial di cuping telinga Isha yang sedang nyenyak tidur.
“Ish! Mama tak ada, orang lain pula memekik! Menjerit sebiji macam mama.” gumam Isha perlahan lalu menyambung tidurnya kembali.
“Apa adik cakap? Abang tak dengar lah. Isha! Bangun! Sekarang dah pukul 8 pagi ni! Nanti terlewat pergi kerja!” Automatik Isha bangun kerana suara abangnya yang mengalahkan singa mengaum.
“Abang ni bising lah! Ye lah. Isha bangun. Thanks sebab kejutkan adik. Abang ni macam tahu-tahu pula Isha tak boleh solat. Ha! Mana abang tahu? Daripada hantu?” selidik Isha yang kehairanan.
“Ha’ah! Abang tahu daripada hantu! Kenapa takut?” Daniel sengaja ingin mengusik adiknya.
“Iiiii!!! Abang kawan dengan hantu! Abang ada bela! Abang Danish!!!!” jerit Isha memanggil abang sulungnya sengaja ingin mengikut rentak abang keduanya. Daniel hanya buat tak endah terhadap jeritan adiknya kerana dia sengaja hendak tengok adiknya mengikut rentaknya.
“Apa adik?!” tanya Danish dengan termengah-mengah kerana baru sahaja berlari menaiki tangga banglo 3 tingkat milik Tengku Kamaruddin. Danish risau sesuatu berlaku kepada adik kesayangannya.
“Abang, Abang Daniel bela hantu.” Isha memberitahu abangnya. Daniel hanya sengih seperti kerang busuk sahaja.
“Tu saja ke? Abang ingatkan benda apa! Punya lah abang lari laju tadi. Rupa-rupanya benda ni saja nak bagi tahu. Buat penat abang saja. Wait a minute! Apa?! Bela hantu?! Daniel, kau biar betul?!” tanya Danish yang baru sedar apa yang adiknya bagi tahu.
“Betul abang! Tadi dia kata, dia tahu yang adik tak boleh sembahyang daripada kawan hantu dia.” terang Isha sambil tersenyum kepada abangnya kerana kemenangan bakal menjadi miliknya.
“Mana ada abang. Daniel hanya nak main-main dengan adik je. Abang ni cepat betul melatah.” jawab Daniel.
“Hehe. Adik tahu. Saja adik nak duga abang. Pandai tak adik berlakon? Kalah Goo Jun Pyo! Haha.” balas Isha.
“Aduh! Kena jadi bahan mainan lah pula ni. Teruk betul lah korang ni.” balas Danish.
“Siapa Goo Jun Pyo, adik?” tanya Danish dan Daniel serentak.
“Abang tak kenal ke? Teruk betul lah! 1 dunia, 1 Asia, 1 Asia Tenggara, 1 Malaysia, 1 Kuala Lumpur dan 1 pelajar tahu. Haha. Teruk bebenornya. Haha. Ketinggalan zaman betul lah abang ni.” jawab Isha yang masih belum sedar yang jam telah menunjukkan 8:20 pagi.
“Adikku yang tersayang, abang tanya siapa Goo Jun Pyo bukannya tanya 1 dunia adik oi.” balas Daniel yang geram dengan jawapan Isha manakala Danish hanya senyum melihat teletah adik-adiknya.
“Ye la. Goo Jun Pyo ialah Lee Min Ho a.k.a. hero Boys Over Flower. Jejaka idaman gadis-gadis Malaysia .Handsome oo. Kalah abang Daniel!” jawab Isha sambil tersenyum.
“What?! So you said that I’m not handsome lah adik. Tak pe. If I’m not handsome so Isha pun tak cantik maa” ujar Daniel dengan sinisnya.
“Sudah! Sekarang ni adik pergi mandi cepat. Sekarang dah 8:25 pagi.” ujar Danish yang sedari tadi hanya berdiam diri.
“What?! Dah 8:25! Ah! Dah lambat! Bye!” ujar Isha lalu berlari ke tandas untuk membersihkan diri. Danish dan Daniel turun ke bawah setelah Isha lenyap di sebalik pintu bilik air.
            “Selesanya lepas mandi.Neonambunnyeojaya ha ni ah. Neonambunyeojaya ha ni ah. Neo saranghatnunde.Uhk.. Uhk.. Uhk.. Hish! Sampai terbatuk-batuk aku. Siapa suruh aku melalak kan? Aku yang melalak-lalak terlebih. Ish. Ish.” ngomel Isha sambil memakai baju lalu turun ke bawah menuju ke dapur.
            ‘Siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni? Pagi-pagi buta pula. Eh! Betul lah! Pagi lagi ni! Baru pukul 8:40 pagi! Aku nak mengintip dulu lah!’ monolog Isha. Isha terhendap-hendap di atas tangga. Almaklumlah dapur terletak tepi tangga. Lagipun yang datang tu bukan perempuan but lelaki.
‘Eh! Macam pernah dengar lah pula suara ini! Tapi siapa ye? Aduh, otak! Time ni juga kau tak boleh nak interprete!’
            “Isha, kenapa terhendap-hendap ni? Dah macam pencuri pula.” Mak Mah iaitu orang gaji keluarga mereka menegur Isha kerana pelik dengan tingkah laku anak bongsu majikannya.
            “Oh mak singa kau jatuh tergolek! Aduh! Sakitnya buntut aku!” Isha terjatuh tangga akibat terkejut.
‘Aduh! Kenapa kuat sangat suara aku ni?! Mesti diaorang dengar!’
            “Eh, Isha! Maafkan Mak Mah. Mak Mah tegur saja tadi. Tak sangka pula Isha terkejut sampai jatuh tangga. Dah macam nangka busuk pula. Hehe.”seloroh Mak Mah.
            “Cik Isha, rupanya. Macam mana boleh jatuh ni? Ni mesti buat perkara tak elok ni. Tengok! Allah balas cash tanpa hutang. Haha.” Daniel mentertawakan Isha. Isha menjeling geram.
            “Aduh! Bisanya jelingan mu sayang! Haha.” Daniel masih lagi mentertawakan adiknya.
Jejaka yang berada di dapur datang bersama Danish kerana ingin melihat apa yang telah terjadi sebenarnya. Suara Isha telah menggamit seluruh perhatian dan hatinya. Jejaka itu yakin bahawa suara itu milik gadis kesayangannya.
‘Kenapa dia boleh berada di sini ye? Ini kan rumah keluarga Danish. Selama ini aku tak tahu pula yang rumah ini ada gadis. Ish! Was-was dah ni. Takkan Danish kahwin dah kut dengan gadis kesayangannya. Melepaslah aku! Tetapi kenapa Danish tak jemput aku ke majlis perkahwinan dia? Pelik bebenor dah ni!’
“Isha! Macam mana boleh jatuh ni? Abang tolong angkat.” Danish menarik tangan Isha untuk menolong adiknya bangun.
“Tengok! Abang Danish lagi baik daripada abang Daniel. Ni yang bertambah sayang lagi ni kat………. .ergh….” percakapan Isha berhenti begitu sahaja apabila terpandang jejaka yang berada di dapurnya sebentar tadi telah berdiri di hadapannya. Dan suara yang dia dengar sedari tadi ialah…………………….. Mr. A!!!!!
“Eh! Isha buat apa di sini?” tanya Farish. Farish berharap sangkaan dia meleset sama sekali. Dia tidak mahu gadis ini telah dimiliki kerana gadis itu telah berjaya mencuri jiwa dan raganya. Gadis itu ialah ratu hatinya yang pertama. Farish berharap cinta yang baru berputik di dalam hatinya buat gadis comel yang berada di hadapannya ialah cinta pertama dan terakhir.
“Eh! Bos! Bos buat apa di sini? Awal-awal lagi dah terpacak kat rumah papa saya.” soalan Farish juga dibalas dengan soalan yang sama oleh Isha.
“Sayang oi! Tak pernah ada lagi orang jawab soalan dengan soalan!” ujar Daniel kepada Isha.
“Biarlah! Isha boleh cipta rekod terbaru kat dunia ni.” Isha menjelirkan lidahnya kepada abangnya.
‘Isha ni! Boleh pula dia bermanja di depan mata aku. Bernanah mata aku menengoknya’ monolog Farish.
“Farish, aku tak bagi tahu lagi ke kat kau pasal Isha?” Danish bertanya kepada Farish.
“Pasal apa? Aku tak pernah pula dengar kau story kat aku pasal Isha.” balas Farish.
“Aku tak bagi tau lagi ke? Sorry. Sorry. Hehe. Isha ni adik aku. Adik bongsu kesayangan aku.” terang Danish.
“Eh?! Adik kau?! Kenapa aku tak pernah tengok dia selama ini? Musykil.” Farish bingung dengan kenyataan itu tapi dalam hati dia merasa bahagia!
“Kau selalu datang sini pun time dia tak ada. That’s why lah kau tak pernah jumpa dia.Ni pun dia baru balik daripada London. Dia pergi sana pun satu tahun. Kau terkejut tak jumpa dia? Haha. Cantik kan adik aku?” Daniel seolah-olah nak promote adik dia lah pula.
‘Ish! Abang ni! Dua-dua ekor sama saja! Bocor la rahsia aku! Ah!!! Eh?! Kalau abang-abang aku, aku gelar ekor. Aku pun sama la. Ish. Tukar ayat! Dua orang.’ ngomel Isha di dalam hati.
“Betul ni?! Alhamdulillah.” Farish tersenyum sumbing tanpa di sedari bahawa rahsianya hampir terbocor. Hehe. Siapa tak bangga? Gadis kesayangan sendiri masih single. Boleh masuk jarum ni.
“Eh?! Kenapa dengan kau ni?  Senyum-senyum ni. Cakap alhamdulillah pula tu. Kau taruh hati ek kat adik aku?” Daniel membuat andaian dan andaian dia tepat sekali.
“Abang!” Isha menjerit kegeraman.
‘Siapa nak kat MR. A tu?! Tak teringin pun kat dia!’ Isha bermonolog.
“Sudah! Jom makan! Kang lambat pergi kerja pula.” ajak Danish.

p/s:Hope korang suka..

By Nur Aizat Ayiz N.M.

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!