Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

18 November 2012

Novel : Aarrgghh!!! Akulah PA Mr. A ( Bab 6 )


Di Pacific……..
“Hai! Sorry lambat. Traffic jam.” bohong Isha.                                                     
“Banyak lah traffic jam! Aku tau sangat kau lambat sebab kau berhadap computer kan?”ujar Izyan yang sememangnya tahu 100%  tentang Isha.
“Hehe. Yang tu memang betul tapi sekejap je. Aku memang nak bertolak tepat pukul 9 malam tapi abang aku buat lawak tadi. Tu lah jadi lambat tu!” terang Isha.
“Nanti dulu! Kau ada abang ke? Setahu aku, kau mana ada abang mahupun kakak. Siapa pula abang kau tu? Jangan-jangan kau dah kahwin pa kat London? Almaklumlah, baru balik daripada sana sekali gus bawa balik suami. Lagi pun kau pergi sana 1 year kau tahu tak?” tanya Aishah pula.
“Jangan-jangan lelaki tadi yang kau panggil Abang Danish tu husband kau pa? Yang aku peliknya Abang Adam dengan Encik Farish pun tak tahu apa hubungan korang berdua. Ha! Kantoi!” tanya Afifah pula.
“Wei! Bila masa pula aku dah…..” Izyan pula bercakap tanpa sempat Isha nak habiskan ayatnya.
“Isha!! Kau cakap betul-betul! Siapa Danish tu?!”    
“Ya Allah! Bagi lah aku habis cakap dulu! Baru lah korang sambung!” Isha pula yang menjerit kali ni sehingga menyebabkan ramai orang menoleh ke arah mereka berempat.
“Ok lah. Sorry. Sambung!” Izyan memohon maaf.
“Sebenarnya, aku pergi London untuk melancong! Bukannya pergi menikah!” jelas Isha.
“Habis tu, siapa lelaki tadi? Eh?! Tu bukan Danish kau ke?” Afifah bercakap sambil menunjukkan jarinya ke arah dua orang lelaki yang sedang minum air tidak jauh daripada mereka dan lelaki-lelaki tersebut ialah Abang Danish dan Abang Daniel.
“Eh! Afifah bila kau nak bertunang dengan Abang Adam?” tanya Isha yang sememangnya ingin mengubah topik perbualan mereka dan topik ini lah topik yang paling menarik.
“Afifah! Kenapa kau tak bagi tahu kami yang kau dah nak bertunang?!” tanya Izyan dan Aishah serentak.
“Hehe. Entahlah. Aku pun tak tahu lagi bila nak bertunang? Kau memang sengajakan nak ubah topik?!” suara Afifah sedikit tinggi.
Isha menjelirkan lidahnya kepada Afifah.
“Macam mana pula kau tak tahu bila kau nak bertunang?” tanya Aishah.
“Entahlah. Pihak lelaki kata tak nak buat pertunangan tapi direct terus kahwin.” terang Afifah dengan teruja kerana Afifah memang memasang angan-angan untuk berkahwin dengan Adam Bryan semenjak kecil lagi. Tetapi memandangkan Adam seorang yang kaya dan juga merupakan sepupu bagi Afifah, Afifah hanya memendamkan sahaja perasaannya itu.
“Afifah, kau memang kenal Adam dah lama ke?” tanya Izyan.
“Cik Izyan, Adam Bryan tu merupakan sepupu afifah. Mak Abang Adam tu kakak mak Afifah. That’s why la kahwin terus je!” terang Isha.Afifah hanya tersenyum sahaja.
“Amboi, laju daripada Aishah nampak gayanya! Aishah bertunang dengan Asyraf Muhaimin dulu, kau yang kahwin dulu. Kau mesti mengandung dulu daripada Aishah sebab kau kahwin dulu!” ujar Izyan.
“Kalau ada rezeki, cepat lah!” ujar Afifah.
“Ok! Wait and see! Cepat lah aku dapat anak angkat! ”jerit Isha keriangan.
“Ok. Back kepada cerita Isha and Danish. Kau ingat aku akan lupa!” ujar Afifah.Isha tersenyum.
“Sebenarnya………. Abang Danish tu abang aku.” terang Isha.
“What?! Abang kau?!” jerit Afifah, Izyan dan Aishah serentak.
“Yup!” ujar Isha sambil menganggukkan kepalanya.
“Bila masa pula kau ada abang?!” tanya Aishah.
“Sejak dilahirkan di dunia ni lagi lah. Kenapa soalan bodoh yang kau tanya  aku ni?!” jawab Isha sedikit menjerit.
“Bukannya kau anak tunggal?” tanya Afifah.
“Tak lah! Aku ada dua orang abang dan aku anak bongsu dalam keluarga aku. Abang first, Tengku Danish Haziq. Second brother, Tengku Daniel Aizriel and last, Tengku Arisya Danisha. Handsome oo abang-abang aku! Izyan, kau nak tak?” tanya Isha.
“Ish! Tak nak la aku! Entah-entah tak handsome!” ujar Izyan.
“Betul ni, tak nak? Wait and see! Abang!” jerit Isha kepada abangnya sambil membuat bahasa isyarat supaya abang-abangnya datang ke tempat mereka.
Danish dan Daniel pun bangun lalu menuju ke meja makan Isha and the gang lalu duduk di sebelah meja mereka.
‘Mak oi! Handsomenya!’ Izyan bermonolog.
“So, handsome tak my brothers, Izyan?” tanya Isha dengan bangganya kerana dia menang.
“Ye la! Aku ngaku!” jawab Izyan dengan nada bisik, takut abang-abang Isha dengar. Isha tersenyum kemenangan.
“Isha! Sudah pukul 11 malam ni!” Daniel memberitahu adiknya.
“Ish! Sabarlah abang! Orang dah lama tak jumpa kawan-kawan!” Isha berasa geram dengan abangnya.
“Daniel, biarlah dia nak jumpa dengan kawan-kawan lama mana pun. Dia dah lama tak jumpa kawan dia.” ujar Danish. Isha tersenyum kemenangan.
“Eh?! Asyraf bila nak balik Malaysia? Tak kan tak habis sambung belajar lagi kut di luar negara? Kang tunang dia kena kebas, baru nak merana!” tanya Isha kepada Aishah. Kawan-kawan Isha semuanya tengah cover. Almaklumlah, jejaka-jejaka handsome berada di depan mata.
“Dia kata dia nak balik two month lagi kut.” jawab Aishah.
“Kut kenapa pula? Bukankah kena yakin bila bercakap pasal Asyraf? Kau selalu e-mel dengan Asyraf ke tak? tanya Isha kepada Aishah yang sedang meneguk jus orennya.
“Selalu. Boleh dikatakan setiap malam.” jawab Aishah.
“Oh, malam ni e-mel ke tak?” tanya Isha.
“Hehe. Balik rumah nanti e-mel lah!” jawab Aishah sambil tersenyum.
“Wah! Orang kan tengah mabuk bercinta. Mana boleh tak e-mel sehari. Macam tak lengkap hidup je kan? Betul tak Izyan?” tanya Isha kepada Izyan yang tengah khusyuk baca novel. Almaklumlah, baru beli novel. Mestilah tak sabar nak baca!
“Ha?! Ha’ah. Betul cakap Isha tu, orang tengah mabuk cinta kan?” jawab Izyan.
“Wei! Jom balik! Abang Adam dan keluarganya baru sampai rumah aku tu. Kang dia tanya aku mana pergi,mak aku jawab aku jumpa dengan korang sampai pukul 12 tengah malam, naya aku! Sah kena beleter!” ajak Afifah sambil tengok jam tangan miliknya.
“Ye la. Orang dah berpunya kan?” ujar Isha dengan nada yang sinis.
            “Jom, Isha! Dah lewat ni!” ajak Daniel.
“Jom!” jerit Isha seperti keanak-anakan.

p/s:Harap korang suka. :)

By Nur Aizat Ayiz N.M.

1 comment:

Anonymous said...

Terbaik lar cite nie...tp harap dpt pnjgkan citew dia lg.sbub slalunya novel kan citew dia pnjg2...hehehe,best lar.

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!