Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

21 November 2012

Novel : Aarrgghh!!! Akulah PA Mr. A (Bab 11- end)


            “Aarrgghh! Kenapa terasa seperti kehilangan seseorang? Kenapa aku mesti teringat-ingatkan Mr.A tu? Adakah ini dinamakan rindu? Oh tidak! Kenapa aku nak rindu akan Mr. A pula? Tapi kalau bukan rindu, kenapa aku teringat-ingatkan Mr.  A? Aarrgghh! Pening! Kalau difikirkan kembali, kenapa aku marah sangat time perempuan tu datang semata-mata jumpa Mr.A?  Jangan-jangan aku dah jatuh cinta kat Mr. A? Tetapi aku baru kenal Mr. A dua hari sahaja .Macam mana pula boleh jatuh cinta?” sedang Isha bergolek-golek dia atas katil sambil memikirkan perihal hatinya, tiba-tiba….
            “Isha! Turun bawah! Mama dengan papa nak cakap sesuatu!” jerit Puan Sri Rina daripada tingkat bawah sehingga membuatkan Isha  terjatuh daripada katil.
            “Oh, anak aku jatuh katil! Aduh! Mama ni! Sakit belakang aku!” latah Isha,tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
            “Bila masa pula aku ada anak ni? Kahwin pun belum? Entah-entah tu petanda? Aarrgghh! Aku tak nak  kahwin lagi! Masih muda lagi! Tak akan aku nak langkah bendul kut? Abang-abang aku tak kahwin lagi. Bendul? Abang-abang aku lelaki, bukannya perempuan.” ujar Isha sambil tersenyum sinis.
“Senyuman sinisku sudah seperti guru science aku ketika tingkatan 3 la pula” ujar Isha dengan nada yang perlahan.
            “Isha! Turun cepat!”
            “Yelah mama. Isha nak turun la!” Isha bergegas turun ke bawah lalu menuju ke ruang tamu rumah.
            “Kamu buat apa di dalam bilik kamu? Lama sangat nak turun.” Puan Sri Rina mula membebel sebaik sahaja Isha melabuhkan punggungnya di atas sofa.
            Isha hanya tersengih. Silap hari bulan, orang akan kata, senyuman Isha bak kerang busuk.
            “Ada apa mama panggil Isha? Jeritan mama sungguh begitu merdu sehingga telah menyebabkan jiran sebelah hendak terberanak.” Isha bercakap sambil mengambil tempat duduk di sebelah abangnya, Danish. Danish dan Daniel tersenyum apabila mendengar kata-kata Isha.
            Puan Sri Rina menampar paha Isha sebelum duduk di sebelah Tan Sri Tengku Kamaruddin.
            “Eh, betul la yang jiran sebelah tu nak terberanak! Mama cuba dengar betul-betul.” arah Isha.
            “Abang, sakitnya! Cepat,bang! Nak keluar dah ni! Argh! Sakitnya!” jerit sang isteri kepada suaminya.
            “Ye!Abang cuba nak cepat la. Sabar, sayang. Tarik nafas, hembus.” ajar sang suami.
            “Tidak ada maknanya nak sabar dah. Orang dah nak terberanak ni! Argh!”
            “Ok, ok sayang. Abang cepat.”
            “Ha! Kan betul kata Isha. Bukan Isha main-main.Buktinya, mama dah dengar kan?” Isha tersengih. Abang-abang Isha dan ayah Isha ketawa berdekah-dekah.
            “Kamu ni kan Isha! Hish! Geram mama!”
            “Bukannya mama nak bukti? Sudah terang lagi bersuluh buktinya. Ha! Ada apa mama panggil Isha?”
            “Nasib baik kamu tanya. Sebenarnya mama dah terlupa tadi. Asalnya mama nak berlakon. Tapi tidak jadi pula.Vanila Coklat dah ambil idea mama. So, mama straight to the point la.”
            “Kesian mama.Vanila Coklat lebih laju daripada mama la ni. Haha. Ok, cepat cakap mama. Isha dah tak sabar nak dengar ni.”
            “Sebenarnya, tadi ada orang meminang kamu.”
            “Ok, ada orang datang meminang. Teruskan cerita mama.” ujar Isha selamba. Abang-abang Isha sudah terlongo. Tan Sri Kamaruddin hanya tersenyum, bak kata Isha, “Papa control macho!”
            “Adik, adik dengar tak apa yang mama kata?” jerit Daniel.
            “Ish! Orang dengar lah. Bukannya macam abang, pekak sebab tak korek tahi telinga berbulan-bulan”
            “Adik!” Daniel baru hendak menyerang adiknya tetapi sudah diberi jelingan tajam oleh ibunya.
            “Mama harap kamu terima lah ye? Ye la.Keluarga kita dengan keluarga yang datang meminang kamu tu akrab. Mama harap…” Isha memintas percakapan ibunya.
            “Siapa keluarga yang datang meminang Isha, ma?  Kacak tak laki tu?” Abang-abangnya sekali lagi terlongo.
            “Adik, adik ni biar betul?” tanya Daniel yang masih tidak percaya akan pertanyaan Isha.
            “ Ish! Orang masih betul la. Kalau tak betul, adik sudah jadi penduduk tetap Hospital Bahagia la abang. Always happy!” jelas Isha.
            “Kacak sangat laki tu Isha. Mama berkenan sangat! Papa pun bersetuju kan?” Tan Sri Kamaruddin hanya mengangguk.
            “Nama lelaki yang kacak lagi memikat hati mama papa Isha ini siapa?” tanya Isha.
            “Tak salah mama, Tengku Farish Izumi. Handsome!”
            “Eh, mama nak kahwin ke Isha yang nak kahwin ni? Mama yang terlebih seronok ni?” Isha menggaru-garu kepalanya.
            “Of course lah, Isha.”
            “Wait a minute! Nama lelaki tu Tengku Farish Izumi?” Isha sedikit menjerit.
            “ Ha’ah! Kenapa Isha tak setuju ke?” tanya Puan Sri Rina yang pada awalnya tersenyum gembira bertukar sayu.
            ‘ Eh?! Ni belum aku kata tak setuju, sudah sayu muka mama. Kalau aku kata tidak setuju, adakah mama akan meraung? Kesian lah pula. Ish! Mama ni! Tetapi lelaki tu betul ke orang yang sama?’ hati Isha mula berbicara.
            “CEO Farish Holding ke mama?” tanya Isha untuk meminta penjelasan yang lebih terperinci.
            “Ye la.  Farish mana lagi? Tu je la. Eh?! Ada-ada. Tengku Farish Rayyan. Tetapi mama dan papa Farish meminang kamu untuk Farish Izumi, bukannya Farish Rayyan” jelas Puan Sri Rina.
            ‘Minta-minta la anak aku setuju, amin!’ monolog hati Puan Sri Rina.
            ‘Nama Mr. A la. Memang tak syak lagi!’ monolog hati Isha.
            “Mama!!!” jeritan Isha bergema di dalam banglo mereka. Danish dan Daniel terus menekup telinga mereka.
            “Kuatnya! Pontianak pun kalah!” jerit Danish dan Daniel serentak. Eh?! Sama lah pula ayat mereka! Almaklumlah adik-beradik.
            “Kenapa?!” Puan Sri Rina terkejut. ‘Anak aku tak setuju ke? Aku nak sangat bermenantukan Farish Izumi tu’
            “Isha setuju! Setuju sangat, mama!” ujar Isha yang amat teruja apabila yakin bahawa Mr. A iaitu bosnya yang meminang dia. ‘Bestnya, aku! Tak sangka Farish meminang aku! Sekarang ni memang aku mengaku yang aku sudah jatuh cinta akan Tengku Farish Izumi, si Mr. A ku! Ceyh! Kau mengaku pula yang Mr. A tu kau punya. Teruk lah kau ni, Isha!’
            Danish dan Daniel terlopong. Puan Sri Rina tersengih. Tan Sri Tengku Kamaruddin hanya tersenyum.
            “Adik biar betul? Bukannya adik tak suka kat Farish ke?” tanya Daniel yang masih tekejut oleh keputusan yang dibuat oleh adiknya.
            Danish yang baru nak tanya terus terbatal hasratnya kerana setiap soalan yang ingin ditanya kepada adiknya telah ditanyakan oleh Daniel. ‘Daniel ni macam tahu-tahu je apa yang aku nak tanya?’ hati Danish bermonolog.
            “Betul lah,adik setuju! Setuju sangat! Memang awal-awal adik tidak suka tetapi hati ini sudah jatuh cinta.” ujar Isha dengan naifnya.
            “Bila adik jatuh cinta?” tanya Danish.
            “Abang ni! Apa yang aku nak tanya mesti kau sapu dulu! Habis tu aku tinggal apa?” luah Daniel tidak puas hati akan abangnya.
            “Kau pun sama je! Apa aku nak tanya, mesti kau tanya dulu! Sudah lah. Adik jawab soalan abang!” ujar Danish. Daniel mendengus tidak puas hati.
            “Entah lah. Adik pun tak tahu.” jawab Isha dengan selamba. Danish dan Daniel senang hati sekiranya adiknya sudah jatuh cinta dan terima pinangan tersebut. Mereka yakin adik mereka akan bahagia dengan Tengku Farish Izumi. Mereka sudah kenal 100% tentang diri Farish. Oleh sebab itu, mereka amat senang hati menerima Tengku Farish Izumi sebagai suami adik yang amat mereka sayangi.
            “Isha, pihak lelaki tetapkan dua minggu lagi. Fasal hantaran, majlis dan yang lain-lain jangan risau. Mama dengan bakal mak mertua kamu uruskan semua. Warna baju pengantin sudah ditetapkan.War.....” terang Puan Sri Rina dengan teruja tetapi telah dipintas oleh Isha. Siapa tak teruja kalau anak sendiri setuju dengan lelaki yang si ibu amat berkenan?
            “Mama, Isha tak pilih lagi pun! Tak adil lah kalau macam ni!” luah Isha kerana dia tidak puas hati akan keputusan ibunya.
            “Mama pilih warna yang kamu suka lah. Majlis sebelah pengantin perempuan warna merah. Majlis sebelah pengantin lelaki pula warna hijau.” terang Puan Sri Rina.
            Tan Sri Tengku Kamaruddin hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia sudah masak dengan perangai isteri kesayangannya.
            “Nasib baik warna yang mama pilih, warna kegemaran Isha. Isha nak masuk bilik lah. Isha nak melayari internet.” Isha terus bangun daripada kerusi lalu bergerak ke tangga.
            “Kerja melayari internet je.” ujar Daniel. Dia sengaja ingin mencari gaduh dengan adik kesayangannya.
            “Biar lah. Hidup adik tidak lengkap tanpa internet.” jelas Isha.
            “Ye lah.Sekarang ni, hidup adik tak lengkap tanpa internet. Selepas kahwin, hidup adik tak lengkap tanpa Tengku Farish Izumi.” ujar Daniel. Danish,Tan Sri Tengku Kamaruddin dan Puan Sri Rina hanya tersenyum melihat keletah Isha dan Daniel.
            “Ish,abang ni! Tak nak kawan dengan abang lah!” ujar Isha kegeraman sambil menghentak kakinya di anak tangga.
            “Tak nak kawan, tak apa lah. Abang tahu lah yang adik nak ada suami dah. Oleh sebab itu lah adik tak nak kawan dengan abang. Abang sedar siapa diri abang. Hanya seorang jejaka handsome yang kesepian.” ujar Daniel sambil membuat mimik muka sayu.
            ‘Ceyh! Ayat sedih tapi ada ayat perasan. Teruk la Daniel ni!’ Danish bermonolog dalam hati sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
            “Perasan lah abang ni. Daripada adik layan abang, lebih baik adik melayari internet. Layan abang, tak ada faedah pun.” ujar Isha.
            “Alah, layari internet pun tak ada faedah lah adik. Baca cerpen dan novel-novel kat penulisan2u dan blog-blog penulis saja lah. Ada faedah ke tu?” ujar Daniel dengan selamba.
            “Ada faedah lah abang. Setiap kali baca mesti kita akan dapat input yang baru. Bukan macam abang, kerja main facebook je. Bukan ada faedah pun. Siap bubuh gambar diri sendiri yang perasan handsome je. Lepas tu bila ada perempuan comment, handsome lah. Mula lah nak menggatal.” Isha melepaskan beberapa das peluru yang memang kena batang hidung Daniel sendiri.
            “Ye lah. Abang surrender dah, adik.” Daniel mengangkat tangan seperti orang yang ditahan polis tanda mengalah. ‘Otak apa lah yang adik aku pakai? Sekali cakap memang kena batang hidung aku sendiri. Tu lah, nak cari gaduh konon. Tup-tup aku yang kena!’ Daniel berkata-kata di dalam hati.
            “Terima kasih kerana surrender. Adik pun tak larat nak bertekak dengan abang. Daaa. Adik naik atas dulu.” Isha mula menapak daripada satu anak tangga ke anak tangga yang lain.
            “Isha, inform kat kawan-kawan Isha tau tentang tarikh perkahwinan Isha dengan Farish.Jemput mereka datng tau!” jerit Puan Sri Rina kepada Isha.
            “Ye lah, mama. Tarikh perkahwinan bila?” tanya Isha.
            “8.10.2012.”
            “Cantik tarikh, mama. Mama tambah dua ye?  8 + 2 = 10 + 2 = 12. So, jadilah 8.10.2012.” ujar Isha sambil tersenyum.
            “Tak lah, Isha. Tarikh hari ini, 24. 09. 2012 mama tambah 14. So, jadi lah 8.10.2012.”
            “Ooo. Ok. Isha jemput kawan-kawan Isha. Suruh catering masak banyak-banyak tau. Nanti tak cukup pula. Almaklumlah, Isha kan famous and hot. That’s why lah kawan-kawan Isha ramai.”
            “Anak bongsu papa pun perasan macam Abang Daniel lah ye?”ujar Tan Sri Tengku Kamaruddin sambil tersenyum. Daniel tersengih sehingga giginya terselah berkilauan. Danish pula hanya tersenyum bak kata Isha, ‘Abang Danish dengan papa sama je, control macho. Elok lah tu, bapak borek anak rintik. Like father like son’
            “Ye lah. Abang borek adik rintik. Like brother like sister.” Isha terus naik ke atas lalu masuk ke dalam biliknya untuk menunaikan hajatnya yang tergendala kerana usikan abangnya.
                                                            ****
            Hari yang dinantikan oleh Isha dan seluruh ahli keluarganya dan tidak terlupa juga Tengku Farish Izumi telah tiba. Detik-detik yang berlalu terasa begitu lambat sekali bagi Isha. Isha tidak menghitung hari tetapi menghitung detik. Oleh sebab itu, Isha terasa detik-detik yang berlalu begitu lambat sekali.
            “Panasnya, abang. Farish tu tak sampai lagi ke? Adik dah nak mati kepanasan ni.” luah Isha kepada abangnya, Danish. Isha menunggu kehadiran pengantin lelaki di dalam biliknya. Walaupun biliknya dilengkapi dengan pendingin hawa,namun masih tidak cukup untuk menyejukkan tubuh badah Isha kerana baju pengantin yang menyaluti badannya agak tebal. Isha harus memakai beberapai lapis pakaian.
            ‘Hisy! Nak kahwin pun susah ke? Kena make up,pakai baju berlapis-lapis lah! Panas!’ Isha membebel-bebel di dalam hati.
            “Adik ni bukannya takut nak kahwin tapi mengeluh panas. Selalunya, pasangan pengantin mesti kegelisahan apabila hendak kahwin. Adik ni mengeluh panas je.” ujar Danish yang agak pelik dengan reaksi adiknya.
            “Abang oi! Dah memang adik panas! Itu lah adik mengeluh. Apa lah abang ni! Adik menyuarakan apa yang adik rasa bukannya apa yang adik tak rasa, wahai abangku yang tersayang.”  terang Isha.
            “Ye lah, adik oi!” akur Danish.
            Tiba-tiba Daniel menguak pintu bilik.
            “Farish dah sampai. Jom turun sekarang.”
            “Alhamdulillah,sampai juga si Farish ni. Adik ni hampir mati kepanasan tahu?” ujar Isha kepada Daniel.
            Mereka bergerak turun ke bawah. Isha terus duduk di atas bantal yang disediakan untuk dirinya yang terletak di antara bakal ibu mertuanya, Puan Sri Tengku Anissa dan ibunya, Puan Sri Rina. Isha memandang ke arah bakal suaminya, Tengku Farish Izumi. Isha melihat Farish sedang mengelap peluh di dahinya menggunakan tisu.
            ‘Amboi,dia ni panas ke nervous? Pendingin hawa di dalam rumah aku ni terpasang elok je. Sepatutnya, aku yang lap peluh. Bukan dia. Dia bukannya pakai baju berlapis-lapis pun.” Isha masih sempat membebel-bebel lagi di dalam hatinya.
            “Sah?”
            “Sah!”
            “Sah!”
            Isha tersedar daripada lamunannya tatkala tuk kadi menanyakan sah atau tidak. ‘Tu lah kau, Isha. Mengelamun lagi. Akad nikah pun kau tak dengar.’ Isha bermonolog di dalam hati.
            “Isha, hulurkan tangan kamu kepada suami kamu ni.” arah Puan Sri Rina.
            Isha tersentak daripada lamunanya. Dia terus menghulurkan tangannya. Farish tersenyum melihat isterinya. ‘Akhirnya, you’re mine!’ Farish bermonolog di dalam hatinya. Farish menyarungkan cincin di jari manis Isha. Isha terus menyalam tangan suaminya.
            ‘Sejuknya tangan dia. Sah nervous ni.’ Isha masih berkesempatan bermonolog di dalam hatinya.
            Farish tersenyum lantas mencium dahi lantas ke dua-dua belah pipi isterinya dengan begitu lama sekali. Jurugambar pun tidak akan suruh cium banyak kali. Isha tertunduk malu. Selepas itu, mereka bangun lantas bersalam dengan Puan Sri Rina, Puan Sri Tengku Anissa dan tetamu-tetamu yang hadir.  Danish dan Daniel hanya melihat pasangan pengantin itu daripada jarak jauh sahaja. Akhirnya, adik yang amat mereka sayangi telah berkahwin. Mereka berdoa semoga adik mereka bahagia bersama sahabat karib mereka sehingga akhir hayat.
            Seharian Isha dan Farish melayan tetamu-tetamu yang hadir. Akhirnya, siang melabuhkan tirainya. Malam mula menjelma. Bulan mula menampakkan dirinya. Bintang mula berkelipan di angkasa. Isha dan Farish mulai letih melayan tetamu. Isha terus naik ke atas lalu masuk ke biliknya. Isha terus baring di atas katilnya.
            “Nikmatnya, baring di atas katil. Lebih baik aku salin baju. Panas!” Isha berlalu ke bilik air yang terdapat di dalam almari biliknya.
            Farish menguak pintu bilik isterinya lalu masuk ke dalam bilik. Dia menyalin bajunya.
            ‘Nasib baik lah beg ni ada dalam bilik. Tak payah lah aku turun bawah tanya mama mana beg aku.’ Farish terus baring di atas katil.
            “Nikmatnya!”
            “Mr. A jangan tidur pula. Ambil wuduk, sembahyang maghrib.” Isha mengarah suaminya yang baru sahaja ingin melelapkan matanya.
            “Hmm.ye lah. Isha boleh sembahyang tak?”
            “Tak.”
            “Hmm. Tak pe lah. Abang ingat nak ajak Isha berjemaah sekali dengan abang.” Farish berlalu ke bilik air. Sebelum masuk, Farish sempat berpesan kepada Isha, “ Call me ‘Abang’, don’t call me Mr. A,awak atau kau. Ini arahan daripada abang.” Farish terus masuk bilik air sebaik sahaja meninggalkan arahan.
            “Ye lah!” Isha menjerit kuat supaya Farish yang berada di dalam bilik air dengar.
            Isha terus baring di atas katilnya sambil menghadap dinding.
            “Dulu, ‘Aarrgghh!!! Akulah PA Mr. A’. Yang tu tak apa lagi. Dekat tempat kerja je. Sekarang ni ‘Aarrgghh!!! Akulah PA Mr. A for the rest of my life’. Baru aku perasan betapa arrogantnya si Farish tu. Tak pe lah. Arrogant pun arrogant lah. Sudah kahwin pun.”
            “Ha! Cakap sorang-sorang!” ujar Farish yang baru selesai solat. Isha terus bangun daripada baring lalu tersengih.
            “Dah habis mandi?” tanya Isha.
            “Bukan dah habis mandi saja, solat pun dah. Tu la mengelamun lagi.” Isha hanya tersengih.Farish melabuhkan punggungnya di atas katil atau lebih tepat lagi sebelah Isha.
            “Abang, Isha nak tanya boleh?” tanya Isha sambil menatap mata Tengku Farish Izumi yang redup.
            “Boleh,tetapi abang nak tanya Isha dulu. Kenapa Isha gelar abang, Mr. A?” tanya Farish sambil bertentang mata dengan Isha.
            “Abang ingat tak, abang pernah langgar sorang perempuan ni di lobi Farish Holding? Abang tengking dia. Abang kata kat perempuan tu buta ke? Mata letak di mana? Abang ingat tak?” tanya Isha sambil meniru gaya percakapan Farish sewaktu melanggarnya.
            “Lupa lah. Abang try ingat. Ha! Ada! Betul lah apa yang abang cakap. Mata dia letak di mana? Tak nampak abang ke? Abang ni besar daripada semut tau. Takkan lah tak nampak abang yang besar dan tinggi melayang ni? Kenapa langgar abang yang sudah jelas lagi bersuluh ni?”
            “Amboi, abang! Cakap tu tengok-tengok orang sikit ye? Isha terasa ni?” ujar Isha kegeraman.
            “Memang abang tengok Isha. Kenapa Isha terasa pula?” tanya Farish kebingungan.
            “Perempuan yang abang langgar tu Isha! Isha nak memperbetulkan ayat abang, bukan Isha yang langgar abang, tetapi abang yang langgar Isha. Bukannya nak minta maaf. Kena tengking lagi ada lah. Bukannya abang yang patut  cakap macam tu tetapi Isha yang patut cakap macam tu. Woi,buta ke? Mata letak di mana? Isha yang patut cakap. Bukannya abang. Waktu Isha masuk bilik abang waktu first day Isha kerja, bukannya nak senyum tetapi muka tu serius je tengok Isha. Oleh sebab itu, Isha gelar abang Mr. A. Memang tepat kan?Sedap kan gelaran abang?” Isha meluahkan perasaannya kepada suaminya.Farish hanya mengeluh.
            “Abang minta maaf. Hal pelanggaran itu, abang betul-betul minta maaf. Abang kejar masa. Abang bukan sengaja nak tengking-tengking Isha. Abang kejar masa time tu. Sorry. Kalau fasal abang tidak senyum itu, bukan bermaksud abang sombong ye? Abang baru kena marah dengan papa abang. Walaupun muka abang serius time tu tetapi dalam hati ada bunga. Dalam hati abang puji Isha. Abang pandang-pandang muka Isha, terus sejuk hati abang.” terang Farish sambil mengusap pipi Isha.
            “Oh, jadi Isha ni salah sangka lah ye?” tanya Isha.
            “Memang betul pun abang sombong. Semua orang cakap macam tu. Mama, papa, adik abang, Rayyan dan saudara-mara abang pun cakap abang sombong. Memang tepat lah gelaran Mr. A tu.” ujar Farish sambil tersenyum.
            “Kenapa abang kerja buli Isha waktu Isha kerja dengan abang? Kerja yang Isha tak tersenarai dalam pekerjaan Isha pun abang suruh buat. Kejam lah abang! Tak kesian langsung kat Isha!” Isha meluahkan segala-galanya pada malam pertama mereka.
            “Sorry sangat. Abang buat macam tu sebab abang nak muka Isha selalu. Abang suka tengok muka Isha merah sebab marah. Comel! Cute!”jelas Farish sambil tersenyum lalu mencubit pipi Isha.
            “Sakit lah. Tak habis soalan lagi ni? Siapa perempuan gedik yang datang pejabat itu? Hisy! Menyampah betul lah! Jeling-jeling pula kat Isha! Jadi juling baru tahu kut!” Isha menghamburkan kemarahannya. Farish ketawa terbahak-bahak.
            “Ismalini ke? Dia ialah sepupu abang. Kenapa berhenti kerja? Kerja baru dua hari, dah berhenti.” tanya Farish yang agak pelik dengan keputusan Isha yang ingin berhenti tiba-tiba.
            “Isha dah beritahu abang kan? Isha dah tak tahan. Abang kerja buli Isha je!” marah Isha.
            “Haha. Isha cemburu kan?” ujar Farish sambil tersenyum.
            “Cemburu pun ada juga.” jawab Isha perlahan sambil menundukkan kepalanya.
            “Isha sayang akan abang? Isha cinta akan abang?” tanya Farish dengan penuh romantis setelah mendongakkan kepala Isha supaya melihat matanya yang sarat dengan rasa cinta akan isterinya.
            “Ha’ah!” jawab Isha perlahan kerana malu. Farish terus memeluk Isha lantas meluahkan perasaannya.
            “Abang pun cinta akan sayang. Abang sayang sangat kat sayang. Thanks kerana sudi berkahwin dengan abang. Abang cinta akan sayang, insyaallah sehingga akhir hayat abang. Abang ingin bersama sayang sehingga akhir hayat abang, insyaallah di akhirat juga.” Isha tersenyum di dalam dakapan suaminya. Farish mencium dahi dan kedua-dua belah pipi isterinya.
            “Abang pergi sembahyang. Dah masuk waktu Isyak.” arah Isha.
            “Ye lah, sayang.”
                                                                        ***
            Tengku Farish Rayyan termenung di biliknya selepas pulang daripada rumah kakak iparnya, Tengku Arisha Danisha. Dia sememangnya tidak sangka, bunga yang dipujanya selama ini, telah disambar oleh jejaka lain iaitu abangnya sendiri, Tengku Farish Izumi.
            “Mungkin jodoh aku bukan dengan kau, Danisha. Aku lepaskan kau. Sememangnya, abang aku lebih layak untuk dirimu. Aku akan bangun daripada kecewa dan terus mencari jodoh aku sehingga jumpa. Sekiranya aku sudah jumpa orang yang telah berjaya mencairkan hati aku, aku akan pastikan dia akan menjadi milik aku. Aku tidak akan melengah-lengahkan masa lagi kerana aku bimbang bunga tersebut akan jatuh ke tangan orang lain seperti Danisha. Ya Allah, mudah-mudahan hati aku terbuka untuk gadis yang telah Engkau tetapkan diri aku dengannya sejak di Luh Mahfuz lagi. Amin.” Farish Rayyan terus melelapkan matanya lalu tertidur.
                                                                        ***
3 bulan kemudian...
            “Mama! Mana mama, abang?” Isha menjerit memanggil mamanya sebaik sahaja masuk ke dalam banglo tiga tingkat milik papanya.
            “Aik?! Masuk rumah terus cari mama. Abang tak nak cari pula!” Daniel merajuk dengan adiknya, Isha.
            “Adik cari mama sebab ada benda penting yang adik nak beritahu. Mana mama?”
            “Kenapa tak beritahu abang je?”
            “Tak boleh. Mama kena tahu dulu baru adik beritahu abang.”
            “Eleh! Mama ada di dapur.” Isha terus berlari ke dapur setelah abangnya beritahu di mana ibunya berada. Farish hanya menggeleng-geleng melihat keletah isterinya. Sepanjang tiga bulan ini, dia sudah masak benar dengan perangai isterinya.
            “Mama!” Isha terus memeluk badan mamanya dari belakang.
            “Kenapa ni sayang? Masuk rumah terus menjerit cari mama.” ujar Puan Sri Rina sambil mengusap kepala anak bongsunya.
            “Mama, Isha ada good news ni!” ujar Isha dengan teruja.
            “News apa, Isha?”
            “Mama akan jadi nenek! Papa akan jadi atuk! Abang-abang pula akan jadi uncle!” jerit Isha dengan begitu teruja sekali. Almaklumlah, anak sulung.
            “Alhamdulillah, berapa bulan dah?”
            “Sebulan, mama.”
            “Wah, tahniah-tahniah. Abang jadi uncle. Emilina Enina jadi aunt lah.” ujar Daniel teruja.
            “Amboi, ingat sikit! Abang tak kahwin lagi dengan dia.” ujar Isha sambil tersenyum. Farish yang berdiri di sebelah Daniel hanya tersenyum, bak kata Isha, abang, papa dan abang Danish sama je.Control macho!
            ‘Dalam masa tiga bulan ini, pelbagai perkara telah berlaku. Abang Daniel telah bertemu dengan gadis yang telah berjaya mencairkan hatinya iaitu, Emilina Enina yang bekerja sebagai setiausaha Abang Daniel di syarikat milik papa mereka yang kini telah diuruskan oleh Abang Danish. Papa menyerah jawatannya kepada Abang Danish kerana papa ingin meluangkan masanya di rumah dengan mama. Papa juga ingin meluangkan masa dengan bermain golf iaitu hobi papa yang telah ditinggalkan sejak sekian lama kerana sibuk menguruskan syarikat.
 Kawan-kawanku, Afifah dan Izyan telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati masing-masing. Afifah telah berkahwin dengan Adam Bryan dua bulan yang lalu.
 Izyan pula dalam diam bercinta dengan Abang Danish. Mereka pula telah berkahwin sebulan yang lalu. Siapa sangka kan? Aku pun tak sangka. Sahabat karibku, kakak iparku. Haha. Cantik gila ayat! Dahulu aku sering mengukap ayat-ayat seperti itu kepada Afifah. Jiranku, nenekku pun aku ungkapkan kepada Afifah. Sepupuku, Suamiku turut ku ungkapkan kepada Afifah. Kini, Afifah pula yang ungkapkan kepadaku, bosku, suamiku. Rakanku,kakak iparku turut diungkapkan. Kena batang hidung sendiri. Haha.
Tidak lupa juga kawanku yang sering menemaniku, Aishah. Tunangnya, Asyraf Muhaimin telah pulang ke Malaysia sebulan yang lalu. Insyaallah, Aishah akan mendirikan rumah tangganya minggu depan.
Tengku Farish Rayyan juga telah bertemu dengan gadis yang berjaya mencairkan hatinya, Hana Irisa Syakirah. Sedap kan nama adik ipar aku? Kisah Rayyan cukup menggelikan hati aku dan suami aku. Dia bertemu dengan Hana Irisa Syakirah sewaktu outstation di Pulau Pinang. Tidak sampai satu jam bertemu, dia melamar Irisa menjadi isterinya. Irisa terkejut tahap gaban. Orang yang tidak dikenali melamarnya menjadi isterinya. Rayyan terpikat oleh kemesraan Irisa ketika melayan kerenah kanak-kanak di situ. Terselah sifat keibuan yang ada dalam diri Irisa. Rayyan terus melamar Irisa kerana tidak mahu Irisa dirampas oleh lelaki lain. Setelah melamar Irisa, Rayyan terus menelefon ibu mertuaku, Puan Sri Tengku Annisa  untuk meminang Irisa pada hari itu juga kerana bimbang dirampas oleh kumbang-kumbang lain. Apabila mama tanya, berapa tahun kenal Irisa? Rayyan jawab baru 40 minit, ma. Mama terus pengsan. Akan tetapi, mama turutkan jua kehendak putera bongsunya. Dua minggu kemudian, mereka melangsungkan perkahwinan. Mujurlah Irisa tidak kahwin, bertunang dan tidak mempunyai kekasih hati lagi. Jika ada, Rayyan sudah pasti  dikejar oleh kekasih hati gadis itu dengan parang. Kan naya? Haha.
Kini, aku bahagia dengan suami aku. Insyaallah lapan bulan lagi, aku dan suamiku akan bergelar mama dan papa. Tidak sabarnya aku menanti kehadiran cahaya mata aku dan suamiku! Semoga kebahagiaan akan sering menyelimuti aku,suamiku,keluargaku serta rakan-rakanku.’ Isha bermonolog sambil mengusap perutnya yang masih belum menampakkan bentuk.
“Abang, jangan lah habiskan kek yang mama buat untuk Isha!” jerit Isha kepada suaminya. Farish hanya tersenyum memandang Isha.
“Makan je lah, Farish. Kek ada lagi.” ujar Mama.
“Betul ke, mama? Daniel makan sehingga habis ye?” Daniel terus ambil kek yang terdapat dalam peti ais.
“Abang!” Isha bergegas duduk di antara suaminya, Tengku Farish Izumi dan abangnya, Tengku Daniel Aizriel.
Semoga keluarga ini bahagia sehingga akhir hayat. Amin.

p/s: Bab ini bab last bagi novel ini. Akhirnya, saya berjaya menyiapkan novel ini. Saya harap korang sudi comment. Saya tak tahu korang suka ke tak novel saya ini. But I hope all of you love my novel. Novel ini best ke tak saya tak tahu. Terima kasih kerana sudi baca.
Insyaallah jika ada masa saya akan menampilkan lagi sebuah cerita untuk korang semua.

By Nur Aizat Ayiz N.M.

6 comments:

hidayah said...

best citer ni..writer truskn lagi usaha hasilkn novel yg best

hidayah said...

citer ni best sgt..sweet je..harap writer dpt hasilkan yg lebih menarik

Lia veSus Ayiz said...
This comment has been removed by the author.
Lia veSus Ayiz said...

terima kasih..teima kasih kerana sudi bc dan comment novel saya.insyaallah saya akan hasilkan lg karya.terima kasih. - by Nur Aizat Ayiz N.M.

Anonymous said...

best..truskn brkarya..

Ayura ayu said...

Bestnyaaa..

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!