Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

18 November 2012

Novel : Aarrgghh!!! Akulah PA Mr. A ( Bab 10 )


Dan something happen di bilik MR. A…
            “ Tengku Arisha Danisha Tan Sri Tengku Kamaruddin!!!” Farish menjerit sehingga satu department dengar. Seluruh warga Farish Holding pelik kecuali Afifah. Siapakah  Tengku Arisha Danisha? Siap bertengku lagi. Siapakah kerabat diraja yang ada di sini? Para pekerja Farish Holding tertanya-tanya di dalam hati.
            “Oi mak kau jatuh dalam sungai! Aduh! Sakitnya buntut aku! Wei! Nak panggil nama aku jangan lah jerit seperti Tarzan! Ini sampai nama bapa aku sekali masuk! Dengan tengkunya! Dengan Tan Srinya! Mampuslah aku! Bocor rahsia aku! Ini kau punya pasal lah Farish! Aku punya lah nak sembunyi identiti aku! Dia membocorkan rahsia pula!” marah Isha yang berada di atas lantai kerana dia baru saja jatuh daripada kerusi dek jeritan ‘merdu’ Mr. A.
Isha terus bangun lalu pergi ke bilik Mr. A. Para pekerja pelik melihat Isha yang bergegas ke bilik bos mereka. Mesti ada yang terfikir,
“PA Encik Farish rupa-rupanya kerabat diraja. Ingatkan siapa? Tak sangka ada kerabat kerja sebagai PA Encik Farish.”
            “Ye saya, bos! Kenapa bos?” Isha melepaskan lelahnya. Huh! Siapa tak penat lepas lari? Tak ada orang kan?
            “Isha, awak nak sepupu saya dapat penyakit darah tinggi ke? Kalau awak marahkan saya pun, janganlah menyebabkan sepupu saya terkena tempiasnya sekali.” Farish dah mula berleter.
            “Hah?! Kenapa pula saya nak sepupu bos dapat darah tinggi? Lagipun apa motif saya nak buat macam tu bos? Kenapa bos tuduh saya sampai macam tu sekali? Kalau bos nak cari kesalahan saya supaya dapat nak pecat saya, tak payahlah bos. Sekarang juga saya nak berhenti! Saya dah penat dah bos. Kalau hari-hari bos buli saya, alamatnya saya selamat masuk dalam kubur lah bos. Tak sempat kahwin lagi bos.” Isha sudah buat drama.
            “Hah?! Awak nak berhenti? Tak boleh! Awak saja yang layak jadi PA saya.” tutur Farish. Farish bimbang jika Isha benar-benar hendak berhenti. Farish bakal derita merindui Isha setiap hari. Tidak!
            “Bos, tak ada orang yang sanggup bertahan hidup macam ni bos. Sekarang ni saya istiharkan yang saya berhenti. Keputusan saya muktamad. Lagipun para pekerja di sini semuanya sudah tahu yang saya ni kerabat plus anak Tan Sri. Assalamualaikum.” Isha terus keluar daripada bilik Mr. A lalu ke biliknya dan mengemas barang-barangnya.
Ismalini berasa serba salah terhadap Isha. Sudah lah sepupunya suka akan Isha ataupun lebih tepat ye cintakan Isha. Sepupunya itu bukan senang nak jatuh cinta. Ini first time! Bagaimana Lini a.k.a Ismalini boleh tahu tentang perasaan Farish? Jawapannya ialah Farish baru beritahu dia tadi.
Farish terduduk di atas kerusinya. Bagaimana aku hendak jumpa Isha? Aku tak nak kehilangan Isha. Ya Allah, bantulah aku!
                                                                                                                                                

“Farish, I’m so sorry” Lini meminta maaf.
            “Tak. Bukan salah awak. Lagipun ini memang salah saya. Hari ini first time dia kerja di syarikat saya tetapi saya sudah buli dia.
            “Arrgghh! Leganya! Bebas daripada pembuli. Arrgghh! Oh tidak! Mesti mama paksa aku kerja di syarikat papa. Aku tak nak! Aku nak jawab apa bila mama tanya kenapa aku tak nak kerja di syarikat papa sedangkan aku sudah kembali menjadi penganggur terhormat? Aduh!” Isha berlanggar dengan seseorang ketika ingin melangkah keluar lift.
            “Ops sorry miss. Saya tidak sengaja. Saya tidak perasan bahawa dalam lift ini ada orang.” Rayyan meminta maaf daripada Isha.
            “Oh! It’s okay. I don’t mind.” balas Isha sambil tersenyum manis kepada Rayyan.
            “Cik, boleh saya tahu nama cik? Saya, Farish Rayyan.” Rayyan memulakan sesi perkenalan dengan Isha kerana dia sudah terpikat oleh gadis itu.
            “Saya Arisha Danisha.” jawab Isha sepatah sambil tersenyum manis kepada Rayyan.
            “Boleh saya panggil Danisha?”
            “Boleh.”
            “Danisha, awak buat apa di sini?Awak kerja di sini ke?
            “Ha’ah. Saya berkerja di sini baru beberapa jam yang lepas dan sekarang saya bukan lagi pekerja di sini.”
‘Amboi, dia dah mula dah sesi perkenalan!’ getus Isha di dalam hati.
“Aik! Kenapa pula?” Rayyan masih lagi bertanya kepada Isha walaupun mereka masih lagi berdiri di hadapan lift.
“Saya berhenti. Mama dan papa saya suruh saya bekerja di syarikat papa saya.”
‘Ah! Bohong saja lah. Buat apa dia nak tahu fasal aku? Hantam saja lah. Hantam hantam pun memang betul mama aku suruh aku kerja di syarikat papa.’ ngomel Isha di dalam hati.
“Awak anak orang kaya ke? Ingatkan anak orang biasa saja.”
“Eh?! Saya anak orang biasa lah. Tak akan lah saya ni anak makhluk asing kot?” sekali-sekala bergurau dengan orang lelaki ni apa salahnya .Eh?! Abang aku leaki apa? Apalah aku ni.
“Awak ni. Bergurau pula. Awak kerja di department mana?”
“Saya ni PA Mr. A eh Mr Farish Izumi.”
“Oh! Nah! Ambillah kad ni. Kalau rajin, telefonlah saya. Saya pergi dulu ye? Bye.” ujar Rayyan lalu masuk ke dalam lift.
“Macamlah aku nak telefon kau walaupun aku rajin.” ngomel Isha dengan nada yang rendah sambil melihat kad tersebut.
Isha berlalu pulang setelah lift tersebut tutup.
“Assalamualaikum, anybody home? Yuhuuuuuu.Hello!”
“Ni apa jerit-jerit ni? Mama tak pekak lagi lah sayang oi. Mama sedang khusyuk memasak tadi. Tengok tangan mama ni. Senduk tau. Mama ketuk baru tau!” ujar Puan Sri Rina kepada anaknya, Isha yang asyik menjerit-jerit seperti orang gila.
“Ala mama ni. Mama ketuk lah. Isha tak kisah. Nanti orang tak ambil anak mama buat menantu, baru mama tau.” balas Isha sambil tersengih.
“Lantaklah! Mama nak kisah apa. Bukan mama yang ANDARTU tapi Isha yang ANDARTU. Eh?! Kenapa Isha pulang awal daripada Farish Holding? Kena halau ke dipecat?” tanya Puan Sri Rina yang masih lagi memegang senduk kepada anaknya.
“Hehe .Dua-dua salah.”
“Habis tu apa?
“Habis two, three lah mama. Tak akan mama tak tahu. Apalah mama ni? Belajar tinggi-tinggi. Kira satu dua tiga pun tak boleh. Ish.. Ish.. Macam mana la nenek ambil mama buat menantu?
“Hish! Budak ni kan! Memang nak kena! Orang tanya lain, dia jawab lain. Mama ketuk dengan senduk ni baru tau.”
“Ye la. Isha jawab. Isha berhenti kerja.” jawab Isha dengan muka seposen.
“Aik! Baru kerja dua hari dah berhenti. Isha berhenti ke dipecat?”
“Betul lah Isha berhenti. Bos Isha tu pembuli mama. Dia buli Isha sampai lunyai Isha.”
“Tapi bagus lah kan?”
“Apa yang bagusnya mama?”
“Isha boleh kerja di syarikat papa. Tak ada orang nak buli.”
“Ceyh! Ingatkan apa? Mati-matian Isha ingat mama seronok Isha kena buli, rupa-rupanya fasal tu sahaja. Hampeh! Tak pe lah mama. Isha nak sambung rehat. Lain kali Isha kerja lah mama. Isha nak masuk bilik dulu lah. Wait a minute! Bila mama dengan papa balik?”
“Baru sampai tadi. Papa ada hal di pejabat dia. Itu yang bergegas pulang. Ikut suka kamulah Isha oi. Kalau tak nak kerja, sekali-sekala tolong abang-abang kamu.”
“Tolong apa ma?”
“Adalah. Tak boleh beritahu. Nanti Isha tahu juga. Just wait and see.” ujar Puan Sri Rina lau berlalu ke dapur.
Isha terpinga-pinga sendirian di ruang tamu.
‘Lantak lah. Abang aku minta tolong, aku tolong je lah.’ Isha bermonolog lalu masuk ke biliknya di tingkat tiga.


“Aarrgghh! I miss you Isha!”jerit Farish di tepi tasik. Mujurlah tidak ada orang di tasik itu pada waktu itu. Kalau tidak, Farish sudah selamat sampai ke Hospital Bahagia.
“Sabar. Sabar. Lagi tiga hari lagi majlis perkahwinan tu.Tak lari ke mana pun adik aku tu. Kau sabar sikit. Baru dia berhenti kerja seminggu,kau dah jadi orang gila. Hebat sungguh penangan adik aku tu.” ujar Danish yang bersandar di tepi kereta sportnya. Ferrari tu!
“Woi! Kau tak malu langsung dengan aku ke? Aku ni future brother-in-law kau tau? Terpekik-pekik macam orang gila apasal?! Aku hantar kau ke Hospital Bahagia baru kau tau! Always happy! Aku pula cancel perkahwinan kau dengan adik aku. Tak mau la aku beriparkan orang gila!” Daniel pula yang terpekik-pekik.
“Amboi,ayat! Bikin aku panas la pula. Kalau masuk Hospital Bahagia, bukannya always happy but always crazy. Bukannya buat orang sihat.Agaknya doctor tu tak fikir kut sebelum sumbat orang gila dalam hospital gila.” ujar Farish sambil menggaru kepalanya yang sememangnya tidak gatal.
“Banyak lah kau!” balas Daniel.
“Isha tau tak pasal perkahwinan ni?” tanya Farish kepada Danish dan Daniel.
“Tak.” Danish dan Daniel membalas serentak.
“Habis tu bila korang nak bagi tahu?”
            “Malam ni!” selamba sahaja Danish dan Daniel menjawab.
            “What?! Are you insane? Itu lah, kata orang lagi gila. Sebenarnya korang lagi gila daripada aku. Tiga hari lagi tu nak ijab kabul!”
            “Hehe. Oh! Abangku Danish. Nampaknya ada orang mengaku diri sendiri gila la! Haha.” ujar Daniel lalu ketawa terbahak-bahak. Danish pun ketawa bersama Daniel.
            “Ceyh! Aku pula yang kena!”
            “Kami ada plan sendiri lah! Kalau bagi tahu awal-awal, jawabnya tiada pengantin perempuan lah sewaktu majlis ijab kabul nanti.”jawab Danish.
            “Sebab apa pula?”
            “Sebab tak nak kahwin dengan kau lah bongok!” jawab Daniel.
“Macam mana kau tau yang dia tak nak kahwin dengan aku? Entah-entah dia rindu aku sehingga nak  mati. Kau apa tau?”
“Sah kau ni bongok! Aku abang dia la Mr. A oi! Kalau adik aku sakit, aku pasti tau!” balas Daniel dengan geram.
“Ye tak ye juga. Apalah aku ni.Tapi dalam hati dia siapa tahu kan?” ujar Farish sambil tersenyum.
“Ikut suka kau lah. Jangan kau gila pula. Nanti tak kahwin lah kau dengan adik aku.” Daniel mengalah kerana dia sudah berputus asa untuk berlawan kata dengan Farish.
“Wait a minute! Who’s Mr. A?” tanya Farish.
“Kau lah Mr. A!” jawab Daniel.Daniel mendapat tahu fasal gelaran Mr. A yang diberi oleh adiknya kepada Farish. Isha sering menyebut Mr. A tetapi bukan Farish. Apabila dia bertanya ‘A’ stand for what? Isha menjawab arrogant lalu menceritakan kepada Daniel mengapa Isha menggelar Farish, Mr. A.
“A itu untuk apa, Daniel?” tanya Farish sambil menggaru kepalanya.
“A is stand for arrogant, Farish.” jawab Danish dengan tenang sambil memandang ke arah Farish dengan gaya yang macho. Almaklumlah, Danish memakai cermin mata yang berwarna hitam. Sekali pandang, jatuh cinta!
            “Ha’ah! Betul lah tu. Isha panggil kau Mr. A.” balas Daniel sambil menganggukkan kepalanya.
            “Sudah lah! Aku nak balik lah dulu. Layan kau sampai bila-bila pun tak habis. Kau jangan risau, pengantin tak akan lari nanti. Mama aku nak join berlakon. Lagi pun idea semua datang daripada mama.” ujar Danish lalu membuka pintu keretanya.
            “Wah, sporting gila mak mertua aku!” balas Farish sambil tersenyum.
            “Belum kahwin, dah jadi mak mertua kau. Tak malu lansung.” ujar Daniel lalu masuk ke dalam kereta Danish.
            Danish membunyikan hon keretanya sebelum memandu pulang.
            “Diaorang pergi macam tu sahaja. Jaga kau Isha! Selepas kahwin, tahu lah apa yang aku nak buat kepada kau.” ujar Farish.



P/s:Apakah idea Puan Sri Rina?Wow,interesting!Mak mertua join berlakon!Lakonan apa ye?Nantikan bab seterusnya!Sabar ye!

By Nur Aizat Ayiz N.M.

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!