Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

18 November 2012

Cerpen : Terima Kasih, Cikgu

“Bik, mama dengan papa sudah bangun atau belum?” tanya Arisha kepada pembantu rumah keluarganya, Mak Mah ketika bersarapan pada awal pagi sebelum pergi ke sekolah.
“Belum bangun. Mama dengan papa kamu pulang ke rumah pada lewat malam.” Mak Mah menjawab sambil menuang teh ke dalam cawan Arisha.
“Terima kasih, Mak Mah. Arisha pergi sekolah dulu ye?” ujar Arisha lalu mengambil begnya di sofa.
Arisha tidak bertanya ke mana mama dengan papanya pergi sehingga pulang ke rumah pada lewat malam kerana Arisha yakin bahawa mama dan papanya pasti berkunjung ke kelab malam. Arisha juga pasti mama dan papanya pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Itulah rutin mingguan mama dan papanya. Kehidupan keluarganya seperti kehidupan masyarakat barat.
Mak Mah pernah cuba untuk menegur mama dan papa Arisha tetapi Mak Mah dimarahi oleh mereka. Selepas daripada kejadian itu, Mak Mah tidak berani lagi menegur majikannya kerana bimbang dipecat.
Abang-abang Arisha iaitu Danish Haziq dan Daniel Aizriel jarang pulang ke rumah. Mereka lebih selesa tinggal di asrama universiti daripada pulang ke rumah. Danish dan Daniel tidak suka akan perangai mama dan papa mereka. Mereka juga telah menasihati mama dan papa mereka iaitu Puan Sri Rina dan Tan Sri Kamaruddin. Malangnya, hanya kemarahan yang dihamburkan oleh Puan Sri Rina dan Tan Sri Kamaruddin kepada mereka.Oleh sebab itu,mereka mengambil keputusan untuk tinggal di asrama walaupun universiti mereka berdekatan rumah mereka.
Arisha keluar daripada pintu rumah dengan gembira sekali. Di dalam fikiran Arisha, dia telah merencanakan sesuatu yang buruk khas buat seorang pelajar yang baru pindah ke sekolahnya. Pelajar itu juga belajar sekelas dengan Arisha.
Arisha mempunyai kumpulan yang terdiri daripada empat orang termasuk dirinya. Nama kumpulan mereka ialah ‘ Flower 4 ’ atau boleh disebut ‘ F4’. Manakala slogan kumpulan mereka ialah ‘apabila empat orang bersatu, maka terbentuklah kuasa yang hebat’. Ketua kumpulan tersebut ialah Arisha. Flower 4 (F4)  terkenal oleh sifat yang suka membuli pelajar-pelajar yang baru pindah ke sekolah itu.
Sebaik sahaja tiba di sekolah, Arisha bergegas ke tempat yang dijanjikan oleh Arisha dan rakan-rakannya iaitu tandas.
Ketika Arisha tiba di tempat tersebut, rakan-rakannya yang lain sudah menunggu kehadirannya.
“Wei, Arisha! Cantik gila rambut kau! Warna oren! Kau tak takut pengetua marah ke?” tanya Izyan sambil menyentuh rambut Arisha.
Dalam kalangan mereka, hanya Arisha sahaja tidak memakai tudung dan sentiasa mewarnakan rambutnya dengan pelbagai warna.
“Alah, kita kan sudah kenal sejak sekolah rendah sehingga tingkatan lima. Mesti kau sudah kenal perangai aku! Setiap bulan aku warnakan  rambut aku. Guru disiplin dan pengetua tidak pernah marah aku lagi. Berani ke mereka nak marah aku? Kalau mereka marah aku, aku beritahulah ayah aku. Ayah aku ialah donor terbesar di SMK Sultan Badlishah. Aku yakin mereka tidak akan marah aku. Kalau aku pindah ke sekolah lain, donor terbesar pun ikut aku.” ujar Arisha dengan riak.
“Hoi, Arisha! Jangan cakap besar! Nanti Allah tarik balik nikmat kau, baru kau sedar!” nasihat Aishah.
“Ya, aku sokong kau, Aishah!” Afifah menyokong akan kata-kata yang baru dilontarkan oleh Aishah kepada Arisha.
“Bila jadi alim ni?” tanya Arisha dan Izyan dengan serentak kepada Aishah dan Afifah.
“Entah, tiba-tiba hari ini  nak jadi baik.” ujar Aishah.
“Ha’ah. Bila aku jadi baik?” tanya Afifah sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Sudahlah! Ambil baldi yang berada di dalam stor.” arah Arisha kepada rakan-rakannya.
Afifah berlalu ke bilik stor untuk mengambil baldi tersebut lalu mengisi baldi tersebut dengan air sehingga penuh.
 “Jom, angkat baldi ini ke tingkat tiga.” arah Izyan sambil membuka pintu tandas.
Mereka menaiki tangga sehingga ke tingkat tiga lalu berdiri di tepi anak tangga.Mereka menunggu kehadiran pelajar baru tersebut.
 “Afifah, betul ke dia selalu ke perpustakaan pada awal pagi?” tanya Arisha yang sedang bersandar pada dinding kepada Afifah.
“Aku yakin 100%!” ujar Afifah dengan penuh keyakinan.
“Wei,dia dah datang!” ujar Aishah perlahan kerana bimbang pelajar itu akan mendengar suaranya.
 “Ok! Angkat baldi itu!” arah Arisha.
 “1.. 2.. 3.. Tuang!!!”  Izyan mengira masa.
“Argh! Siapa yang tuang air ni?! Memang nak kena dengan aku! Hoi, siapa yang berada di atas itu? Hari ini adalah hari pertama aku datang ke sini untuk mengajar. Habislah aku! Mesti orang ketawakan aku. Siapa yang dengki kepada aku?!”  Encik Adam Farriel ataupun boleh dikenali sebagai Cikgu Adam menghamburkan kemarahannya di anak tangga sambil memandang ke atas. Mukanya yang putih kelihatan begitu merah sekali seperti udang yang sedang dibakar.
“Mak oi! Cikgu baru ke yang kena simbah? Lari!” jerit Arisha.
“Hah?! Cikgu! Mampus aku!” Aishah menjerit ketakutan lalu melepaskan baldi tersebut ke bawah.
“Aduh! Bangang betul budak perempuan! Aku ingatkan lelaki, rupa-rupanya perempuan. Hoi! Budak! Kenapa kamu lepaskan baldi tu?! Sakitlah! Memang nak kena budak-budak ni!” Cikgu Adam melepaskan kemarahannya lalu menaiki anak tangga ke tingkat tiga untuk mengambil tindakan terhadap budak-budak yang telah memperdajalkan Cikgu Adam.
“Alamak, Aishah! Kenapa kau lepaskan baldi tu? Jom masuk ke dalam library!” ajak Izyan lalu mereka berempat membuka langkah seribu.
Ketika hendak masuk ke dalam perpustakaan,Afifah terlanggar tiang. “Aduh,sakitnya!” Afifah menjerit kesakitan.
“Cepatlah,Afifah!” Arisha menarik tangan Afifah lalu masuk  ke dalam perpustakaan.
“Ambil buku dan baca di situ!” arah Izyan sambil menunjukkan meja yang terdapat di dalam perpustakaan itu.
Mereka mengambil buku lalu membaca dengan khusyuk seolah-olah tiada apa yang berlaku kepada mereka.
 Mereka memandang ke arah pintu perpustakaan apabila terdengar bunyi pintu dibuka oleh seseorang. Semua pelajar memandang ke arah seorang jejaka yang basah kuyup dek dibuat oleh F4. Pelajar-pelajar perempuan termasuk Arisha terkedu apabila melihat seraut wajah yang tampan. Jejaka itu sedang meliarkan pandangan ke arah pelajar-pelajar yang berada di dalam perpustakaan. Firasat jejaka itu kuat mengatakan bahawa pelajar-pelajar perempuan yang telah simbah air itu tadi, ada di sini.
“Siapa yang telah simbah air tadi?” tanya Cikgu Adam sambil mencekak pinggangnya.
Semua pelajar perempuan tidak menjawab pertanyaan jejaka tersebut kerana mereka pasti bahawa F4 yang telah lakukan semua itu.
‘Mak oi, handsome gila cikgu tu!’ Arisha bermonolog di dalam hati.
“Hello, anybody here? Saya cakap dengan kayu ke orang?” tanya Cikgu Adam sambil meliarkan pandangannya ke arah pelajar-pelajar yang berada di dalam perpustakaan.
Tiba-tiba, Cikgu Adam terpandang Arisha yang khusyuk melihatnya.
‘Cantiknya budak ini tetapi sayang, budak ini tidak memakai tudung, malahan mewarnakan rambutnya.’ Cikgu Adam memuji di dalam hati. Arisha yang menyedari bahawa cikgu itu melihatnya,berasa gelisah.
 ‘Aduh,cikgu ni dah tahu ke siapa yang buat?Mampus aku!’ Arisha bermonolog di dalam hati.
Cikgu Adam berlalu keluar. Dia tidah betah berada di situ dengan lama kerana hatinya sudah terpaut oleh seraut wajah yang sangat cantik.
“Aik, kenapa cikgu tu pergi? Aku mati-matian ingat cikgu itu syak kita yang buat. Cikgu tu handsome kan?” puji Arisha sambil tersengih lalu menongkat dagunya dia atas meja.
“Arisha.. Arisha..”  ujar Aishah,Izyan dan Afifah serentak.Arisha hanya tersenyum.


Di dalam kelas,
            “Berita tergempar! Guru kelas kita sekarang ialah orang lain!” Ameera, ketua kelas 5S1 memberitahu rakan-rakan sekelasnya.
“Arisha,kau ingatkan siapa sehingga tersenyum-senyum seperti kerang busuk ni?” tanya Ameera.
 “Tak ada apa-apa.” Arisha membalas sambil tersenyum.
            “Assalamualaikum, kelas.” Cikgu Adam masuk ke kelas 5S1 dengan memakai pakaian yang lain.
Mujurlah Cikgu Adam membawa pakaian yang lain. Jika tidak, pelajar-palajar 5S1 pasti akan ketawakan Cikgu Adam.
Arisha terkedu apabila melihat Cikgu Adam, tetapi dia tetap menjawab salam. Cikgu Adam yang terpandang Arisha terus bertanya kepada Arisha,
“Siapa nama kamu?”
 “Arisha, cikgu.” jawab Arisha dengan sopan.
 “Nama penuh dengan nama bapa sekali,” ujar Cikgu Adam sambil memeluk tubuh.
“Nur Arisha Danisha Tan Sri Kamaruddin.” ujar Arisha dengan megah.
“Anak Tan Sri. That’s why lah awak warnakan rambut sesuka hati. Awak ingat sekolah ini bapa awak punya ke?” tanya Cikgu Adam sambil tersenyum sinis.
Sesiapa yang melihat senyuman Cikgu Adam pasti cair.
 “Memang sekolah ini bukan bapa saya yang punya tetapi donor terbesar sekolah ini ialah bapa saya.” ujar Arisha sambil tersenyum sinis.
“Perangai awak memang seperti ini ke? Kurang ajar dengan cikgu!” Cikgu Adam menghamburkan kemarahannya kepada Arisha.
‘Sudahlah hal pagi tadi pun buat aku tension, budak ni pun nak buat aku tension ke?’ Cikgu Adam bermonolog di dalam hati.
“Cikgu yang tanya, saya jawablah!” Arisha mula meninggikan suara.
 “Awak berdiri di padang sehingga tamat masa saya!”  arah Cikgu Adam dengan muka yang merah.
“Kalau cikgu dipecat, bukan salah saya. Salah cikgu!” ujar Arisha dengan penuh kemarahan.
“Mari ikut saya ke padang!” Cikgu Adam menarik lengan baju Arisha lalu membawa Arisha ke padang.
 “Awak berdiri di sini. Jika saya mendapati awak berganjak daripada sini, lebih teruk daripada ini saya boleh lakukan!” ujar Cikgu Adam.
“Baik! Saya berdiri di sini. Saya anggap ini sebagai satu cabaran!” ujar Arisha lalu berdiri sambil memeluk tubuh.
“Ok! Saya ingin lihat sama ada awak berjaya atau tidak?” ujar Cikgu Adam lalu berjalan ke kelas 5S1.
30 minit kemudian……..
            “Kenapa dunia ini berpusing? Aneh!” tanya Arisha, tiba-tiba dia rebah di atas padang.
            Cikgu Adam yang melihat Arisha pengsan di atas padang,bergegas ke padang. Pelajar-pelajar 5S1 mula bising. Sebaik sahaja mereka terpandang Cikgu Adam berlari mendapatkan Arisha, mereka juga bergegas ke padang.
 “Cikgu, kenapa dengan Arisha?” tanya Izyan kepada Cikgu Adam yang sedang mengendong Arisha.
 “Arisha pengsan! Saya nak bawa dia ke hospital. Mari ikut saya!” ujar Cikgu Adam.
“Baiklah, cikgu.” ujar Izyan sambil menganggukkan kepalanya.
Di Hospital…….
            Cikgu Adam dan Izyan menunggu di luar wad di mana Arisha sedang diperiksa oleh doktor. Mereka menunggu dengan gelisah.
 “Siapakah keluarga Arisha?” tanya seorang doktor lelaki yang baru sahaja keluar daripada wad tersebut.
“Maaf, doktor. Keluarganya tidak ada di sini. Saya, Cikgu Adam, guru kelasnya.” ujar Cikgu Adam.
“Saya, Doktor Rizal. Cik Arisha  menghidapi kanser hati tahap dua.”  ujar Doktor Rizal.
“What?!” jerit Cikgu Adam dan Izyan serentak.
“Tak mungkin! Sebelum ini, dia tidak pernah mengadu apa-apa pun.” ujar Izyan yang mula menitiskan air matanya.
 “Dia mungkin akan mengalami sakit di bahagian hatinya.” ujar Doktor Rizal.
“Bagaimana hendak merawat penyakit ini, doktor?” tanya Cikgu Adam.
“Pesakit perlu melakukan pembedahan pemindahan hati. Pesakit memerlukan penderma hati untuk melakukan pembedahan. Setakat ini, tiada orang yang ingin menderma hati.” ujar Doktor Rizal.
Cikgu Adam terduduk di atas kerusi.
‘Siapakah yang hendak mendermakan hati? Adakah aku orangnya? Mengapakah perkara ini harus berlaku di saat aku mencintainya? Adakah aku ditakdirkan untuk tidak bahagia sehingga nafas terakhir aku? Mengapakah perkara ini sering berlaku apabila aku jatuh cinta akan seorang gadis? Kekasih pertama aku, menghidap kanser otak. Kekasih kedua aku meninggal akibat kemalangan. Hidup aku penuh dengan onak dan duri.’ Cikgu Adam bermonolog di dalam hati sambil menitiskan air mata.
 “Doktor, boleh saya dan cikgu saya melawat kawan saya?” tanya Izyan yang sedang mengalirkan air mata.
“Boleh, tiada masalah.” ujar Doktor Rizal.
 “Doktor, adakah dia sudah tahu perihal ini?” tanya Cikgu Adam kepada doktor itu.
“Ya, nurse sudah beritahu dia.” jawab Doktor Rizal.
 “Terima kasih, doktor.” ujar Cikgu Adam.
            “Sama-sama” ucap Doktor Rizal sambil senyum dan berlalu pergi.
            Izyan membuka pintu bilik Arisha. Izyan mengalirkan air matanya semula apabila melihat Arisha mengalirkan air mata.
“Arisha!”  panggil Izyan.
Tanpa berlengah masa, Izyan memeluk Arisha.
“Izyan, adakah ini balasan aku selama ini? Adakah ini merupakan pengakhiran bagi sebuah kehidupan yang selama ini aku banggakan? Aku terpaksa pergi meninggalkan keluarga dan rakan-rakanku tanpa sempat bertaubat dan meminta maaf di atas segala kesalahan yang telah aku lakukan terhadap mereka.
Aku banyak melakukan dosa, Izyan. Banyak sangat! Solat aku tinggal, aurat pun aku tidak jaga. Apa aku nak jawab apabila disoal oleh malaikat, Izyan. Aku akan diseksa di alam barzakh disebabkan dosa-dosa aku yang lalu.
Tolong, Izyan! Aku tak nak mati lagi! Berilah aku kesempatan untuk bertaubat! Aku tak nak tinggalkan keluarga aku lagi! Aku sayang akan mereka! Izyan, aku tak sempat untuk capai cita-cita yang aku idamkan sejak aku kecil lagi! Aku tak nak mati dalam keadaan kafir. Aku nak mati bersama-sama mama,papa dan abang-abang aku!
Tolong aku, Izyan! Aku tak sanggup menghadapi semua ini! Izyan, selama ini aku minum arak. Aku telah minum air yang  telah diharamkan oleh Allah SWT! Ya, Allah! Banyaknya dosa yang telah aku lakukan di atas  muka bumi Allah SWT!” Arisha meluahkan segala-galanya yang terbuku di dalam hatinya.
            “Sabar, Arisha. Aku pun tak nak berpisah dengan kau. Aku nak mati bersama-sama kau! Aku sayang akan kau, Arisha. Kaulah sahabat sejati aku di dunia dan akhirat. Tiada sesiapa yang boleh menggantikan kau dalam hidup aku, Arisha.”
 Izyan dan Arisha berpelukan sambil meluahkan perasaan. Mereka menangis teresak-esak.
Cikgu Adam yang melihat sketsa itu turut mengalirkan air mata.
 ‘Sememangnya susah untuk mencari sahabat sejati dalam kehidupan ini, tetapi kalian telah berjaya mencari sahabat sejati. Nilai sebuah persahabatan amat mahal dan tidak boleh ditukar dengan wang ringgit.’ Cikgu Adam bermonolog di dalam hati.
            “Arisha, anak mama!” Puan Sri Rina, Tan Sri Kamaruddin, Danish Haziq dan Daniel Aizriel terus memeluk Arisha sebaik sahaja Izyan melepaskan pelukan.
Mereka datang ke hospital sebaik sahaja menerima panggilan daripada Izyan.
“Arisha, sabar nak.” Puan Sri Rina memujuk anaknya yang sedang menangis.
“Mama, Arisha dah nak mati! Arisha tak nak mati lagi! Arisha banyak buat dosa di atas muka bumi ini! Arisha nak mati bersama-sama mama, papa dan abang-abang.” Arisha menangis di dalam pelukan keluarganya.
Danish dan Daniel turut mengalirkan air mata.Jika mereka boleh menderma,sudah tentu hati mereka menjadi milik adik mereka. Mereka tidak ada adik perempuan yang lain selain Arisha. Arisha telah menghiasi hari-hari mereka selama ini. Mereka tidak dapat bayangkan sekiranya Arisha meninggalkan mereka. Hilanglah sinar kebahagiaan mereka.
            “Mama, papa, bertaubatlah. Janganlah jadi seperti Arisha. Bertaubatlah sebelum terlambat. Arisha  mohon sangat.” Permintaan Arisha ibarat mencurahkan air ke atas daun keladi .Puan Sri Rina dan Tan Sri Kamaruddin tidak mengendahkan permintaan daripada puteri bongsu mereka.
            Sudah seminggu Arisha tidak hadir ke sekolah. Pelajar 5S1 merasakan bahawa kelas mereka sunyi tanpa Arisha. Walaupun Arisha banyak melakukan kejahatan, tetapi mereka tetap menyayanginya. Bagi mereka keburukan tidak perlulah dibalas dengan kejahatan juga.
Cikgu Adam seperti kucing kehilangan anak dalam tempoh seminggu ini. Cikgu Adam sudah tidak dapat menanggung rindunya yang seluas lautan terhadap Arisha.
Pada petang itu, Cikgu Adam mengambil keputusan untuk menziarahi Arisha di rumahnya berpandukan alamat yang terdapat di dalam buku pemantauan kelas. Cikgu Adam juga membawa hadiah untuk dihadiahkan kepada Arisha.
Di rumah Arisha.…
            “Jemput minum, cikgu. Apa hajat cikgu datang ke rumah saya?” tanya Arisha yang duduk di atas sofa yang berhadapan dengan Cikgu Adam.
“Saya datang melawat anak murid saya pun tidak boleh ke?” tanya Cikgu Adam sambil senyum.
“Bukan tidak boleh, saya just pelik tiba-tiba cikgu datang bertandang ke rumah saya.” ujar Arisha.
 “Nah, saya bawa hadiah ini untuk Arisha! Saya harap awak sudi terima.” Cikgu Adam memberi hadiah yang dibeli di Alina’s Boutique.
Di dalam hati Cikgu Adam, dia berharap bahawa Arisha sudi memakai hadiah tersebut.
“Terima kasih, cikgu.” Arisha menerima hadiah tersebut dengan hati yang terbuka.
“Cikgu, mama dengan papa saya tidak pernah berubah. Mereka sering pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Mereka sering berkunjung ke kelab malam. Apabila saya dan abang-abang saya menegur mereka, mereka  memarahi kami. Saya sudah tidak tahu hendak lakukan bagaimana lagi. Abang-abang saya pindah ke asrama kerana tidak tahan dengan perangai mama dan papa kami. Mereka tidak sedar bahawa ajal maut di dalam tangan tuhan. Nyawa saya pun tidak lama lagi akan ditarik oleh malaikat maut.” Arisha meluahkan apa yang terpendam di dalam hatinya.
“Arisha, saya berjanji, saya akan cuba untuk menasihati ibu bapa awak selagi saya hidup. Arisha, saya harap awak sudi memakai tudung. Aurat itu penting.
Nabi Muhammad pernah berkata kepada sahabat-sahabatnya bahawa baginda melihat ramai kaum wanita yang masuk ke dalam neraka ketika Israk Mikraj. Arisha nak tahu kenapa? Sebenarnya kaum wanita lebih senang untuk masuk ke dalam syurga berbanding lelaki. Ramai kaum wanita yang masuk ke dalam neraka kerana mereka tidak menjaga aurat serta batas-batas pergaulan.
Saya berharap sangat bahawa awak akan memakai tudung. Ingatlah Arisha, sebaik-baik orang muda adalah berpakaian seperti orang tua. Sebaik-baik orang tua adalah berpakaian seperti orang tua.” Cikgu Adam menasihati Arisha.
“Terima kasih, cikgu di atas nasihat cikgu yang sungguh bermakna bagi saya.” Arisha menerima nasihat Cikgu Adam dengan hati yang terbuka.
“Arisha, bagaimana jika awak diberi kesempatan untuk hidup dengan lebih lama lagi?” tanya Cikgu Adam dengan gugup.
 “Alhamdulillah, tetapi siapa yang sanggup untuk menderma hati kepada saya? Tiada orang kan?” tanya Arisha dengan nada yang sinis.
 “Mungkin inilah pengakhiran episod duka saya, cikgu.” Arisha menekur lantai.
“Bagaimana jika saya lah penderma hati awak?” tanya Cikgu Adam sambil menatap Arisha yang sedang menekur lantai.
“Haha. Cikgu jangan buat lawaklah. Tak mungkinlah. Lagipun  hati cikgu tidak layak untuk saya. Cikgu sangat baik manakala saya jahat.”  Arisha tersenyum sinis.
“Arisha, adakah Arisha pernah dengar ayat ini? Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik, begitu juga sebaliknya manakala wanita yang jahat serta berzina adalah untuk lelaki yang berzina serta jahat, surah An-Nur. Arisha tidak jahat kerana Arisha sudah bertaubat walaupun Arisha banyak melakukan kesalahan suatu ketika dahulu. Emm, saya balik dulu ye? Assalamualaikum.” Cikgu Adam meminta diri untuk pulang ke rumah.
“Terima kasih, cikgu. Waalaikummusalam.” Arisha menghantar cikgu sehingga ke pintu pagar rumah.
Lima hari kemudian…
            Kring.. Kring.. Telefon Cikgu Adam berbunyi ketika dia sedang mengajar murid-murid kelas 5S1.
“Hello, ini siapa?” Cikgu Adam tidak mengenali orang yang menelefonnya.
“Cikgu, tolong saya!” Arisha menjerit meminta tolong.
 “Arisha!” Cikgu Adam menjerit memanggil nama Arisha sehingga menarik perhatian pelajar-pelajar 5S1 memandangnya. Cikgu Adam amat mengenali suara itu.
“Haha. Kau cikgu dia ye? Aku dail nombor mak bapa serta abang-abang dia, seorang pun tidak jawab. Aku tak sangka kau sudi jawab panggilan aku. Aku yakin kau pasti amat mengambil berat perihalnya daripada nada suara kau.” ujar seorang lelaki yang bersuara garau.
“Siapa kau?! Apa motif kau culik dia hah?!” Cikgu Adam terpekik-pekik di dalam kelas. Para pelajar 5S1 mulai bising. Izyan, Afifah dan Aishah mulai risau akan keselamatan Arisha.
“Motif ye? Aku hanya nak duit. Aku nak RM3 juta sahaja. Bukan banyak pun.” ujar penculik itu.
 “Gila kau! Banyak tu!” Cikgu Adam terkejut.
“Hello, kawan. Family dia kan ada. Minta saja lah. Aku tahu lah family dia kaya.”
            “Bila aku jadi kawan kau hah?! Aku tidak  iktiraf  kau sebagai kawan aku pun. Kalau musuh, aku iktiraf.”
            “Hello, kawan ,berkawan biarlah ramai, musuh jangan dicari. Sudahlah! Malas aku nak layan kau! Kalau kau tak bawa RM3juta dalam masa 24 jam. Aku dera budak ini! Kau nak?! Lagi satu, jangan bawa polis ye?
            “Ye la, aku bawa duit itu. Jika aku mendapati ada sedikit calar pada tubuh badan dia, aku bunuh kau!”
            “Aiyo! Kau cikgu atau suami dia?”
            “Banyaklah! Aik, dia sudah end call. Aku tidak sempat tanya lagi di mana tempat hendak serahkan duit itu?”  Cikgu Adam menggaru kepalanya.
            “Biar betul ini cikgu kita?! Macam tak boleh percaya la pula?” ujar Anis kepada Ameera.
            “Ha’ah! Baru first time aku tengok.” balas Ameera.
 “Aik, cikgu hendak pergi ke mana?” tanya Ricky.
 “Saya hendak pergi selamatkan Arisha. Jangan bising!” Cikgu Adam berlari ke keretanya dengan tergesa-gesa.
            “Puan Sri, Tan Sri, Arisha diculik. Penculik itu hendak RM3juta. Tolong bawa duit itu ke gudang kilang kayu!” Cikgu Adam terus meletakkan telefon bimbitnya di atas kerusi kereta setelah menamatkan panggilan.
Cikgu Adam memandu keretanya dengan secepat yang mungkin. Dia baru sahaja menerima mesej supaya membawa duit itu ke gudang kayu kilang. Cikgu Adam dan keluarga Arisha tiba di gudang tersebut pada masa yang sama.
“Mana duit itu, Tan Sri. Biar saya yang bawa duit itu masuk ke dalam gudang tersebut.” ujar Cikgu Adam. Demi anak muridnya, dia sanggup bergadai nyawanya.
 “Kami pun nak ikut!” Danish dan Daniel juga ingin menyelamatkan adik mereka tetapi Cikgu Adam tidak membenarkan. Biarlah dia masuk ke dalam gudang itu seorang diri.
“Baiklah!” akhirnya Danish dan Daniel akur akan arahan Cikgu Adam.
            “Hello, anybody here?! Hoi, mangkuk! Aku sudah sampai lah! Mana kau?!”  Cikgu Adam berjalan sambil meliarkan pandangannya ke sekeliling gudang tersebut.
‘Bagaimana lah Si Bahlul tu boleh selesa berada di dalam gudang ini?”  Cikgu Adam bermonolog di dalam hatinya.
“Mangkuk ayun! Nama sahaja cikgu tetapi mengejek orang, nombor satu.” Penculik tersebut muncul dengan mengacukan pistol ke arah Arisha yang berada di dalam pelukannya.
“Mana duit itu?!” tanya penculik itu.
“Ini!Sudah buta ye?”
            “Buka lah beg itu! Baru aku nampak. Beg itu hitam, bengong!”
            “Ye la! Tengok ini! Sudah lihat?!” Cikgu Adam membuka beg hitam tersebut.
“Bagus! kau letak beg di atas meja yang terletak di sebelah kau itu, baru aku lepaskan dia.”
“Ini polis! Kawasan ini telah dikepung sepenuhnya. Harap anda menyerah diri!” siren kereta polis kedengaran di sekeliling gudang.
“Kan aku sudah cakap, jangan bawa polis! Kau mungkir janji! Aku akan cederakan dia, eh, bukan cedera tetapi tembak. Pom! Mati! Hahaha.” penculik itu ketawa tanpa henti.
“Jangan! Aku sudah bawa duit kan?! Lepaskan dia!” jerit Cikgu Adam lalu menyerang penculik tersebut.
Namun demikian, belum sempat Cikgu Adam menumpaskan penculik tersebut, penculik itu melepaskan sedas tembakan tepat mengenai dada Cikgu Adam.
“Cikgu!” Arisha menjerit sambil mengalirkan air matanya.
Arisha terduduk di atas lantai. Baru sahaja penculik itu ingin menembak Arisha, seorang polis berjaya melepaskan tembakan tepat mengenai dada penculik tersebut.
“Encik Adam! Cepat angkat dia keluar daripada gudang! Telefon ambulans!” polis yang telah melepaskan tembakannya mengarah rakan-rakannya yang lain.
 “Cikgu!” Arisha bangun lalu mengikut polis yang memapah Cikgu Adam.
Arisha turut menaiki ambulans untuk menemani Cikgu Adam. Arisha menangis teresak-esak di sisi Cikgu Adam yang sedang baring di atas katil. Keadaan Cikgu Adam seperti nyawa-nyawa ikan.
“Cikgu, jangan tinggal saya! Cikgu, jangan buat saya rasa serba-salah! Cikgu!” ujar Arisha sambil menangis teresak-esak. Arisha memegang tangan Cikgu Adam. Dia ingin menyalurkan kekuatan kepada Cikgu Adam.
“Sabar, adik! Banyakkan berdoa semoga cikgu adik kembali sihat.” jururawat yang berada di dalam ambulans tersebut menasihati Arisha.

Di hospital…
            Sudah empat jam Arisha dan keluarganya menunggu Cikgu Adam di luar bilik kecemasan, tetapi belum ada apa-apa berita lagi daripada doktor.
Tiba-tiba pintu  bilik kecemasan dibuka. Seorang doktor muda melangkah keluar. Arisha segera mendapatkan doktor tersebut.
 “Bagaimana dengan keadaan cikgu saya, doktor.” Arisha risau sekiranya terjadi sesuatu kepada Cikgu Adam.
“Saya, Doktor Farhan. Alhamdulillah, kami berjaya selamatkan Cikgu Adam.” ujar Doktor Farhan sambil senyum.
“Alhamdulillah, terima kasih, Ya Allah. Terima kasih, doktor.” Arisha amat gembira sekali sehingga menitiskan air mata.
“Cikgu Adam ada permintaan, tetapi sebelum itu, dia minta saya berikan warkah ini kepada cik.” Doktor Farhan menyerahkan bingkisan tersebut kepada Arisha.
“Permintaan apa, doktor?” Arisha mengambil warkah tersebut.
 “Maaf, cik. Dia minta cik baca dahulu warkah ini.” Doktor Farhan masuk semula ke dalam bilik kecemasan.
Arisha duduk di atas kerusi.
‘Apakah permintaan, Cikgu Adam? Argh! Lebih baik aku baca bingkisan ini daripada serabutkan kepala aku dengan ayat tersebut.’ Arisha bermonolog di dalam hatinya.
Arisha membuka warkah yang diberikan oleh Cikgu Adam.
Assalamualaikum,Arisha.
            Mungkin pertemuan tadi adalah pertemuan terakhir antara saya dan awak. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi mendengar nasihat saya untuk berubah menjadi manusia yang mempunyai budi pekerti yang mulia. Saya amat gembira melihat perubahan yang begitu ketara dalam diri Arisha. Saya berharap perubahan ini bukan kerana saya tetapi kerana Allah SWT.
Alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang juga melihat Arisha memakai tudung. Terima kasih kerana sudi memakai tudung yang telah saya hadiahkan. Saya amat gembira sekali! Arisha kelihatan amat manis apabila bertudung.
Saya tidak sangka penculikan tadi ada hikmah. Saya berpeluang melihat Arisha memakai tudung buat kali pertama dan mungkin kali terakhir.
Saya pernah bercita-cita untuk menyunting bunga ini menjadi isteri saya sebaik sahaja bunga itu tamat belajar nanti. Bunga itu ialah Arisha. Sememangnya, usia tidak menjadi penghalang cita-cita saya.
Malangnya, sebelum sempat Arisha menjadi isteri saya, kemungkinan besar saya akan pergi menghadap Allah SWT. Maafkan saya sekiranya saya tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepada awak.
Saya sudah tidak berdaya lagi untuk meneruskan liku-liku kehidupan ini.Maafkan saya sekiranya saya tidak sempat menunaikan janji-janji yang telah ditaburkan selama ini. Saya ingin mendermakan hati saya buat dirimu, Arisha. Hati ini sememangnya layak buat dirimu. Saya berharap Arisha sudi menerima hati saya. Anggaplah Arisha membalas jasa saya dengan menerima hati saya. Hidup saya tidak akan tenang sekiranya Arisha tidak menerima hati saya. Hati ini telah dititipkan oleh Allah SWT buat dirimu.
Ingatlah pesanan saya senantiasa. Jadilah orang yang berguna. Balaslah jasa ibu bapa apabila dewasa kelak. Janganlah sakiti hati mereka walaupun mereka banyak melakukan keburukan di atas muka bumi Allah SWT. Hormatilah mereka kerana mereka ialah ibu bapa kita di dunia dan akhirat. Mereka telah banyak berkorban buat dirimu, Arisha. Akhir kata, saya ingin meluahkan perasaan saya kepada awak. Saya sayang dan cinta akan awak sehingga akhir nafas saya. Semoga pemergian saya ini tidak ditangisi. Janganlah meratapi kematian saya. Selamat tinggal, anak muridku.
Gurumu,
Adam Farriel
            “Cikgu!” Arisha menangis teresak-esak.
Puan Sri Rina bangun daripada tempat duduknya lalu memeluk Arisha. “Sabar,nak.” Puan Sri Rina memujuk anaknya.
“Mama, Cikgu Adam hendak mendermakan hatinya kepada Arisha. Arisha tak nak! Biarlah Arisha mati daripada Arisha melihat Cikgu Adam meninggal dunia hanya kerana ingin menyelamatkan Arisha. Arisha terlalu banyak berhutang budi dengan cikgu.” ujar Arisha sambil menangis di dalam pelukan Puan Sri Rina.
            “Cik, terimalah hatinya. Dia berharap sangat, cik. Tunaikanlah permintaan dia. Saya mohon sangat.” ujar Doktor Farhan yang mendengar percakapan Arisha.
“Saya tak nak, doktor!” ujar Arisha.
 “Jika cik terhutang budi kepada cikgu, cik. Cik terimalah. Cikgu Adam cakap, jika cik ingin membalas budinya, terimalah hatinya.” pujuk Doktor Farhan.
Sepuluh tahun kemudian,di tanah perkuburan Masjid Al-Amin…
Kelihatan seorang wanita muda dan seorang lelaki muda yang sedang mengendong anak lelakinya berdiri di tepi perkuburan. Salah seorang daripada mereka duduk lalu berkata,
            “Assalamualaikum, sudah sedekad kita tidak berjumpa. Saya amat merindui dirimu. Mengapakah dirimu pergi lebih awal daripada saya? Sepatutnya saya yang pergi dahulu, tetapi saya terpaksa melihat dirimu dikapankan di hadapan mata saya sendiri.”
Wanita muda tersebut terus menangis sebaik sahaja mengucapkan ayat-ayat itu.
“Sabar, sayang.” Muhammad Farish Izumi memujuk isterinya, Nur Arisha Danisha.
Namun, pujukan Farish tidak memberi kesan langsung kepada Arisha.
“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu. Cikgu memberi saya peluang untuk hidup, tetapi cikgu pula yang meninggalkan saya.
Terima kasih, cikgu. Saya dapat meneruskan kehidupan saya di atas muka bumi Allah SWT kerana cikgu. Jasa cikgu amat banyak kepada saya. Saya tidak mampu untuk membalas jasa cikgu. Cikgu berjaya mengubah saya kepada akhlak yang lebih mulia.
Kini, saya telah berjaya. Berjaya menjadi wanita yang baik, anak yang baik, isteri yang baik serta berjaya dalam pelajaran disebabkan oleh cikgu. Jika tiada cikgu, kemungkinan besar saya masih lagi seorang gadis yang liar. Jika tiada cikgu, saya juga tiada di atas muka bumi Allah lagi. Terima kasih, Cikgu Adam.
Setelah sedekad cikgu meninggalkan saya, saya telah berkahwin dan memiliki seorang anak lelaki. Jika tiada cikgu, saya tidak dapat berjumpa dengan suami saya, Farish dan juga mendapat seorang anak lelaki yang bernama Adam Farriel.
Wajah anak saya amat mirip dengan cikgu. Nama anak saya juga sama dengan cikgu supaya saya dapat memanggil nama Adam Farriel sehinggalah tamat riwayat saya. Nama serta wajah anak saya akan membuatkan saya sentiasa ingat akan cikgu sehingga akhir hayat saya. Saya tidak akan sesekali melupakan cikgu walaupun sesaat. Terima kasih, cikgu.
Cikgu, mama dan papa saya telah berubah setelah setahun pemergian cikgu. Saya bersyukur sangat! Terima kasih, cikgu!” Arisha meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya selama sepuluh tahun di tepi kubur Cikgu Adam sambil menangis.
            “Mama, jomlah balik. Adam lapar!” Adam Farriel mula merengek ingin pulang.
            “Jom, sayang. Kita balik.” Farish mengajak isterinya pulang.
“Emm, jom!” Arisha terus bangun lalu mengikut suaminya pulang.
            ‘Selamat tinggal, cikgu. Semoga cikgu ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Terima kasih, cikgu. Saya sayang dan cinta akan cikgu. Saya akan menziarahi kubur cikgu sekiranya lapang. Cikgu tunggulah saya di syurga. Assalamualaikum.’
 

p/s : Sorry, jika cerita ini melebih-lebih. Saya tak ada idea untuk mereka cerita.. Hope you like it.

By Nur Aizat Ayiz N.M.

3 comments:

Anonymous said...

too bad. try again next time. i almost thrown up reading your cerpen. banyak sangat unsur cerita Korea. that annoyed me a lot. watak pun kalau boleh bagi ada originality.

Anonymous said...

best !! cayoklah . teruskan usaha anda :')

Anonymous said...

rasanya kalau derma hati x mati pun... hmm

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!