Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

26 October 2012

Cerpen : Akanku Nanti Cintamu..! : Part 2

HARI meniti hari. Minggu berganti minggu. Tarikh yang ditunggu sudah pun tiba.Aku sedang disolek oleh mak andam yang diupah oleh abang Az.
            Rasa rimas bermukim di hati apabila mukaku disolek agak tebal. Kehidupanku yang tidak pernah memakai walau secalit pengilat bibir membuatkan aku berasa rimas. Bilalah nak habis ni? Boleh aku buang segala jenis mekap ni! Nikah aje kut!Kenduri pun buat selepas tamat belajar.
“Dah siap!” ujar mak andamku yang bernama Solehah. Nasib perempuan kalau lelaki yang jenis pondan tu. Yang auw tu! Aku dah lama smash abang aku.
“Dah siap dah?” tanya Azhar yang tiba-tiba muncul di depan bilikku. Aku mengerling sekilas ke arah Azhar.
“Fuh! Adik abang ke ni? Cantiknya! Ni kalau Adam tengok, mahu terbuntang biji mata dia!” ujar Azhar girang. Aku mencebik. Asyik-asyik Adam. Pusing pi mana pun, nama Adam juga keluar dari bibir mereka ini. Naik bosan aku!
“Abang baru tahu ke yang adik abang ni cantik. Without make-up pun cantik. Natural beauty gitu!” ujarku selamba dengan kegedikan yang sengaja aku buat.
“Amboi dia! Naik lif tekan sendiri nampak!” ujar Azhar lalu mencubit pinggangku. Nasiblah tak boleh usik muka kan?
“Memanglah! Habis tu, takkan nak suruh orang lain tekan? Sampai kiamat pun tak sampai-sampai!” ujar aku pula. Logik pa yang aku cakap kan?
“Melawan! Melawan! Dahlah abang nak keluar, nak tengok suami kamu sampai tak lagi..” ujar Azhar.
Future husband okay?” ujarku selamba.
“Tak sampai sejam lagi nak jadi husband!” balas Azhar pula.
“Tetap bukan muhrim!” balasku semula.
“Yelah-yelah abang kalah! Semua nak main hukum, mana aci!” ujar Azhar sambil memasamkan mukanya.
“Aci kat indialah bang!” ujarku selamba sedangkan di hatiku penuh getar. Dapatkah aku menjadi isteri yang baik untuk Adam? Hari ini aku mengaku! Di hadapan para pembaca ceritaku yang tidak menarik ini, aku mengaku yang aku jatuh cinta dengan Adam Pada pandangan yang pertama. Love at the first sight! Namun kerana aku berpegang kepada satu prinsip iaitu cinta selepas kahwin lebih indah jadi aku menafikan perasaan itu. Pada saat itu jugalah aku diberitahu oleh mummy yang aku dan dia dijodohkan sejak kecil. Happy memanglah happy. Tapi aku tak nak memaksa dia menerima aku. Jadi aku bantah perkahwinan itu. tak sangka pula yang mummy memang serius. Pening kepala jugalah dapat mummy macam ni! ARGH!

“AKU nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Tengku Arrisya Sofea binti Tengku Aiman dengan mas kahwin sebanyak RM3500 tunai,”
            “Aku terima nikahnya, Tengku Arrisya Sofea binti Tengku Aiman dengan mas kahwin sebanyak RM3500 tunai,”
            Kini aku sah menjadi milik Adam. Syurgaku kini di bawah telapak kakinya. Aku wajib mencintai dan menyayanginya serta menjaga makan pakainya. Tanpa disedari, air mata menitis di pipiku. Tangisan kesyukuran.
            Aku tersentak apabila ada jemari yang mengusap air mata di pipiku. Adam! Segera aku tunduk menyalami tangannya.
            Seusai majlis batal air sembahyang itu, aku menyalami keluargaku, tidak lupa juga ibu bapa Adam serta adik perempuan Adam.
            Aku lihat Airiz memeluk Adam. Airiz kembar lelakiku, abang tua 15 minitku itu mempunyai minat yang sama denganku. Kekadang, kami akan bekerjasama untuk menyiapkan sebuah gambar keluarga yang dilukis sendiri.
            Airiz, Risya dah jadi milik Adam. Mungkin, Risya akan jarang menghabiskan masa dengan Riz. Biasakanlah diri dengan kehidupan seperti itu, Riz.

KETUKAN pintu mengejutkan aku yang asyik melipat telekung. Aku mengambil tudung arianiku lantas disarung lalu aku mara ke pintu. Aku membuka pintu, kelihatan adik Adam, Adlina tersengih di hadapanku.
            “Masuklah Lina,” jemputku. Adlina segera masuk ke dalam.
            “Wah! Besarnya bilik akak. Besar bilik akak nak sama dengan bilik abang!” ujar Adlina ceria. Aku hanya mampu tersenyum melihat teletahnya. Sebagai anak bongsu dalam keluarga, sikap manjanya sukar dihakis.
            “Ye ke? Bilik abang kemas tak?” tanya aku ingin mengorek serba sedikit tentang Adam.
            “Abang orang dia pengemas sangat! Kalau Lina masuk, bilik dia mesti kemas dan sentiasa kemas. Tapi kan kak.. Dekat sikit Lina nak beritahu..” Aku segera mampir ke arahnya.
            “Abang kalau mengamuk, dia tak marahkan orang. Dia marahkan benda. pernahlah, kira-kira sebulan lepas. Lepas dia balik rumah, dari sekolah akaklah ni! Dia mengamuk! Habis barang dia lempar. Jadi, mama terpaksa beli barang semula lah untuk abang. Mengamuk tak ingat apa!” ujar Adlina bersungguh-sungguh. Aku mula terfikir, lepas balik sekolah aku, sebulan yang lepas. Oh My English! Jangan kata dia mengamuk sebab aku pula. Nayalah kalau macam tu!
            “Kutuk abang ke?” tanya Adam. Aku beristighfar. Fuh! macam hantu! Tiba-tiba aje muncul depan orang. Aku mengurut dadaku.
            “Abang ni! Muncul ikut suka hati je! Sekurang-kurangnya ketuklah pintu dulu ni tak. Beri salam pun tak, mahu taknya kami terkejut,” ujar Adlina keras.
            “Kenapa pula abang nak ketuk pintu? Ni bilik abangkan?” katanya pula. Adlina mencebik.
            “Dahlah! Lina nak keluar dulu! Gaduh dengan abang tak beri apa-apa manfaat pun!” ujar Adlina lalu melangkah keluar. Aku mengunci daun pintu itu, apa-apa sahajalah Adlina oi! Aku membuka tudung, kelihatan Adam ke bilik air. Aku tidur dululah!
            Lenaku terganggu apabila terasa ada orang menguis kakiku. Aku membuka kelopak mataku.
            “Dah solat ke belum?” tanya Adam. Aku hanya memandangnya sekilas lalu mengangguk. Kemudian, aku kembali dibuai mimpi.
            Lenaku terganggu sekali lagi apabila katilku terasa bergoyang. Aku membuka kelopak mata lalu terpandang muka Adam.
            Sorry..” ujarnya perlahan. Aku memeluk pinggang Adam lantas merebahkan kepalaku di dadanya. Sengaja ingin bermanja. Dengan abang tak boleh bermanja macam ni, so suamilah sasaran aku.
            It’s okay..” ujarku perlahan.

“MANJAKAN dia?” tanya Airiz tiba-tiba. Adam memandang ke arah abang iparnya itu. Manja? Siapa?
            “Siapa?” tanya Adam semula.
            “Risya..” ujar Airiz. Adam hanya mengangguk. ‘Ya, dia memang manja.’ ujarnya di dalam hati.
            “Redha ajelah! Tapi kan Adam, aku nak beritahu kau. Kalau Risya merajuk, itu bermakna dia ingin dipujuk dan dibelai, jadi pandai-pandai sendiri eh bila dia merajuk,” ujar Airiz lalu menepuk bahu Adam sebelum berlalu.
            Adam memandang sekilas ke arah kolam renang itu sebelum berlalu.

 “AKAK, jom keluar. Bosanlah terperuk dalam rumah ini! Jomlah!” ajak Adlina sambil memeluk lenganku. Aku tersenyum.
            “Sememangnya kita nak pergi mana?” tanya aku lalu menutup majalah yang ku baca sebentar tadi.
            “Kita pergilah ke mana-mana pun. Queensbay Mall aci?” tanya Adlina sambil membuat muka comelnya.
            “Jom! Akak pun dah lama tak beli novel ni!” ajakku pula.
            “Jom!” jerit Adlina girang.
            “Tunggu sebentar, akak nak tukar baju. Lina pun tukar baju. Baju bau masam nak keluar,” perliku.
            “Malaslah..”
            “Lina.. Nak keluar ke tak ini?” ujarku perlahan namun tegas.
            “Yelah! Yelah! Ajak abang sekali tahu!” jeritnya seraya berlalu ke biliknya.
            Aku melangkah masuk ke dalam bilik. Kelihatan Adam sedang membaca buku di sofa. Nak ajak ke tak ni? Adeh, peninglah pula! Kan bagus kalau ada suami satu perangai dengan aku. Ni tak, dingin juga yang aku dapat. Apalah nasib?
            Aku menghampirinya lantas duduk di sebelahnya. Apa aku nak panggil dia ni? Abang ke awak? Adeh, peninglah pula!
            “Awak..” panggilku perlahan. Dia memandangku sekilas lantas membaca buku semula.
            “Awak nak join saya tak pergi Queensbay Mall dengan Lina?” tanyaku perlahan. Tolonglah jawab tak! Aku malaslah nak pergi dengan dia. Nanti kekok lah!
            “Awak ada minta kebenaran saya ke nak ke sana?” tanya Adam. Aku terkejut. Apa jenis jawapan dia bagi ni? Adeh, lupalah pula nak minta kebenaran dia.
            Sorry, boleh saya ke Queensbay Mall dengan Lina?” tanyaku. Takut pula nak cakap dengan lelaki ini. Kalau perangai sama dengan abang-abang aku tak apalah juga. Ni haram!
            “Saya ikut. And, tukar baju dulu,” ujar dia lantas menutup bukunya. Mak!! Kenapalah dia nak ikut? Meranalah hidup aku!

AKU melangkah masuk ke dalam kedai buku terkemuka iaitu POPULAR. Aku mencapai sebuah novel lantas dibelek dan dibaca sinopsisnya. Aku kalau beli buku berjam-jam pun tak apa.
            Setelah lebih kurang 1 jam, aku melangkah keluar. Namun, langkahku terhenti apabila aku berhadapan dengan Adam. Renungan tajamnya itu membuatkan ku takut.
            “Hah! Kat sini pun akak! Kita orang cari akak tau! Akak pergi mana tadi?” tanya Lina tegas.
            “Akak pergi POPULAR, kan akak dah beritahu,” ujarku pula. Aku dah beritahu kan? Tak dengar ke?
            “Masalahnya 1 jam akak! Akak buat apa lama sangat?” tanya Lina pula. Adam masih begitu. Memandangku dengan pandangan yang tajam.
            “Beli buku..” balasku selamba. Lama sangat ke? Itu mesti! Orang kena pastikan kualitinya sebelum membeli. Kalau tak, terbeli yang endingnya sedih. Kan naya?
            “Akak ni.. Dahlah! Malas nak bergaduh dengan akak! Abang, adik pergi kedai kamera nak beli kamera! And, nak kad kredit.. Hehe..” Adlina membuat muka manja. Amboi dengan Adam bukan main bodek. Adam menyuakan kad kredit kepada Adlina.
            Thanks abang! Sayang abang!” ujarnya lantas berlalu.
            Adam memandang tepat ke arahku. Adeh! Kenapa pula dengan mamat ni?
            “Apa-apa hal beritahu saya dahulu,” ujar dia keras. Aku memandangnya dengan riak tak percaya. Lelaki ini ambil berat tentang aku? Biar betik!
            “Dah, jom!” ujar dia lantas menarik tanganku lalu menggenggamnya erat.

“NANTI kita tinggal di mana?” tanyaku kepadanya. Dia yang asyik membaca buku itu mengalihkan pandangannya ke arahku. Rupa-rupanya kami memang ada minat yang sama, membaca buku sebelum tidur. Bagus juga, ada persamaan juga, ingatkan tak ada.
            “Rumah mama,” balasnya. Rumah mama ye.. Bagus juga dia ni tak ada abang, tak adalah aku kena bertudung 24 jam di sana.
            “Kita balik sana bila?” tanyaku. Kena tahu juga. Boleh aku pack barang.
            “Lusa,” Adam kembali membaca bukunya. Aku terdiam seketika. Lusa eh? Aku bawa beg kecil dululah. Nanti boleh balik sini ambil baju. Kan dekat aje rumah dia dengan rumah aku.

“KAMU berdua tak pergi honeymoon ke?” tanya Tengku Syahirah sambil memandang ke arah aku dan Adam. Aku hanya menjongket bahu.
            “Tak bincang lagi,” balas Adam. Tengku Syahirah tersenyum penuh makna. Perlahan dia mengambil sampul surat di bawah bantal.
            “Hah! This is a present for both of you!” aku segera mengambil sampul surat itu. Apa eh isinya? Duit ke apa?
            Aku membuka sampul surat itu. Aku menarik keluar isinya..
            “What? Tiket untuk ke New Caledonia? Thanks, mummy! Risya teringin sangat nak pergi sana! Sayang mummy!” aku menghampiri Tengku Syahirah lantas memeluknya.
            Adam mengambil tiket lalu melihat tarikhnya. ‘Esok? Aku dah beritahu mama kata nak balik esok. Macam mana ni?’ Adam bersuara di dalam hati.
            “Mummy, Adam naik atas dahulu,”
            Tengku Syahirah hanya menganggukkan kepalanya. Aku hanya melihatnya melangkah pergi. Kenapa ye?

“MAMA, Adam tak boleh baliklah esok,” ujar Adam perlahan.
            “Kenapa Adam?” tanya Tengku Syakirah.
            “Mummy beri tiket kepada kami untuk honeymoon. Tarikhnya esok, jadi kami terpaksa tunda. Maafkan Adam ye, ma!” ujar Adam.
            “Tak apalah. Lepas pulang honeymoon nanti balik rumah mama ye?” ujar Tengku Syakirah.
            “Insya-Allah, mama.. Okeylah, Assalamualaikum, mama,” ujar Adam mengakhiri perbualan. Dia menekan butang merah.
            Dia meramas rambutnya. ‘Terpaksa tukar plan lah pula’ ujar Adam di dalam hati.

AKU masuk ke dalam bilik. Perilaku Adam yang tiba-tiba meminta diri itu membuatkan aku memikirkannya pada setiap detik. Kenapa dengannya?
            Aku menghampirinya. Kelihatan dia berbaring di atas katil sambil menutup matanya. Dia ni dah tidur ataupun tidak?
            “Adam, awak kenapa?” tanya aku perlahan. Dia membuka kelopak matanya yang sedari tadi tertutup rapat.
            Nothing, why?” tanyanya semula. Jaga rupanya mamat ni. Ingat tidur.
            “Taklah, tapi awak tiba-tiba naik atas. Awak tak suka ke dengan cadangan mummy?” tanyaku lantas melabuhkan punggung di sebelahnya.
            Nothing, cuma call mama beritahu yang kita tak boleh balik esok,” balasnya. Aku menganggukkan kepala.
            “Kita pergi honeymoon berapa hari?” tanyanya.
            “11 hari 10 malam. Lama giler, tapi seronok juga tinggal di New Caledonia. Damai je..” ujarku riang. Aku segera mengambil kerusi untuk mengambil beg di atas almari. Tinggi juga almari ni. Ish! Siapalah design almari ni? Menyusahkan! Aku yang tinggi 155 cm ni pun tak lepas!
            Aku segera memanjat kerusi. Aku mencapai beg roda yang agak besar itu. Aku bergerak ke hujung kerusi apabila beg yang dicapai susah diambil. Tiba-tiba, aku hilang keseimbangan lalu terjatuh. Aku menutup mataku. Menanti untuk jatuh.
            Aku membuka kelopak mataku apabila tubuhku terasa terawang. Adam! Dia meletakkan aku ke bawah lantas mencapai beg roda itu. Dia meletakkan beg itu ke bawah lantas membaringkan badannya semula.
            Thanks, awak,” ujarku perlahan.

“JAGA diri nanti di sana, dah tiada siapa nak tolong jaga kamu berdua. Belajar berdikari sikit,” pesan Tengku Syahirah. Aku hanya tersenyum di dalam pelukan Tengku Syahirah.
            “Adam, jaga adik aku baik-baik. Jika dia buat hal, tarik je dia masuk bilik,” ujar Airiz selamba. What? Aku membuntangkan mataku apabila mendengar suaranya yang terlampau kuat itu.
            “Airiz!!” jeritku kuat. Aku mencubit kuat lengan Airiz sebelum dia sempat mengelak.
            “Fuh, pedih giler. Adam, aku harap waktu balik nanti, badan kau tak berlebam. Pedih oo kena cubit dengan Risya! Kau pernah kena tak?” tanya Airiz selamba. Adam hanya tersenyum sambil menggeleng. Nak kena apanya kalau dia baik setiap masa, tak pernah usik aku lansung!
            “Dah-dah, jangan nak bergaduh di sini. Adam, Risya. Mereka dah panggil tu,” ujar Tengku Syakirah.
            Aku hanya tersengih.
            “Kami pergi dahulu,” ujar Adam lantas menarik tanganku perlahan. Aku tersenyum sambil menunduk lalu mengalihkan badanku ke belakang.

“AWAK nak duduk sebelah tingkap tak?” tanya Adam. Aku memandang ke arahnya lalu menggelengkan kepala. Tak nak aku! Gayat!
            Dia meletakkan barang di tempat yang disediakan lalu duduk di sebelah tingkap. Aku segera duduk di sebelahnya. Aku memasang earphone di telinga lantas menutup mata. Muzik yang berkumandang membuatkan aku terlelap.
            Aku tersedar apabila terasa kakiku digesel. Eh! Sejak bila aku bela kucing ni? Takkanlah, Adam tiba-tiba jadi miang kot? Aku membuka mataku lantas memandang Adam yang masih tidur. Aku memandang ke arah kakiku lantas memandang ke arah empunya kaki. Aku terkejut apabila seorang lelaki tersengih sambil memandang diriku.
            “Hai, nak ngorat boleh?” tanya lelaki itu sambil tersenyum miang. Iyerk! Ingat aku gadis macam apa? Aku pijak kakinya kuat. Sekarang baru aku tahu kelebihan memakai kasut tinggi. Boleh menyelamatkan diri dari diganggu rupanya.
            “Auch!” jerit lelaki itu kuat. Jeritannya mengejutkan Adam yang sedang lena. Adam segera membuka kelopak matanya.
            “Huh, itu balasan sebab suka ganggu orang!” aku berkata lantas memandang Adam.
            “Bila awak bangun?” ujarku dalam rasa terkejut yang masih bersisa.
            “Tukar tempat,” ujarnya keras. Aku mengangguk lantas bangun lalu duduk di tempatnya. Gayat pun gayatlah! Janji aku tak kena ganggu!
            Adam memandang ke arah lelaki itu.
            “Kau salah orang. Dia isteri aku!” ujar Adam keras lalu menutup matanya erat. Lelaki itu kembali bersandar. Apalah nasib? Bunga pujaan sudah dimilik orang!
            Aku tersentak apabila tanganku digenggam erat. Aku memandang ke tepi. Adam! Aku tersenyum nipis lantas menggenggam erat tangannya.

WAH! Cantiknya! Pandai mummy cari tempat! Bilik air yang mewah! Pemandangan yang indah! Ruang tamu yang ala-ala inggeris! Bilik yang dihiasi dengan barang yang bewarna merah dan putih yang menandakan cinta yang suci dan sejati. Fuh! Memang pakej honeymoon betul-betul! Sayang mummy!
            “Cantik kan awak?” tanyaku kepada Adam. Adam hanya menjongket bahu. Ceit! Memang betul-betul tak sporting! Ergh! Duduk berdua dengan dia menyesakkan dada!  Tiada teman berbual lansung!
            Biarlah novel menjadi teman bicara aku ketika ini. Kan novel? Tengok aku pun dah jadi tak betul! Bercakap dengan novel lah pula.
            Adam merebahkan badannya di sebelahku. Dia mengurut perlahan kepalanya.
            Aku memandangnya. Sakit kepala ke apa mamat ni? Aku menutup novelku lantas memicit perlahan kepalanya.
            Thanks,” ujarnya perlahan.
            Aku tersenyum nipis.

CANTIK betul permandangan di sini! Sejuk dan damai! Tempat yang sesuai untuk orang yang mencari ketenangan.
            Aku mengambil kameraku yang berada di dalam beg tanganku aka poket doraemon yang sangat disayangiku ini lalu mengambil gambar. Gambar permandangan yang indah. Cantik aje, kan?
            Hello, miss. Where are you from?” ujar seorang gadis yang berada di hadapanku ini. Cantik!
            “Malaysia,” balasku.
            “Oh, ya ke? Ingatkan dari negara Eropah mana. Muka pan-asian!” ujar gadis itu. One question! Aku kenal ke perempuan ini?
            “Lupa perkenalkan diri, saya Faralyna. Just call me Fara..” ujar gadis di hadapanku ini lalu menyuakan tangannya.
            “Arrisya,” aku menyambut huluran tangannya itu.
            “Cantik nama secantik tuannya,” puji Fara.
            Thanks,” balasku.
            “Awak datang dengan siapa?” tanya Fara lagi. Berapa banyak punya soalan ma?
            “Dengan..”
            “Risya!” panggil Adam. Aku mengalihkan pandangan ke arahnya. Begitu juga dengan Fara.
            Why?”
            “Mana perfume saya?” tanya Adam.
            “Dalam beg,” balasku. Mamat ni cari ke tak ni?
            Adam masuk ke dalam. Dia mencari-cari perfume miliknya. Tiba-tiba matanya terfokus ke satu benda. ‘Buku apa ini? Macam diari aje. Ah! Pedulikan ajelah!’ Adam meletakkan buku hitam itu ke dalam laci lalu mencari semula perfume nya.
            Aku memandang semula ke arah Faralyna.
            “Siapa itu?” tanyanya dengan muka yang berkerut.
            “Suami..” balasku selamba.
            What a handsome guy! Handsomenya! Kalau saya dapat memang jaga betul-betul! Tapi betul ke awak dah kahwin? Nampak muda sangat, macam belasan tahun!” duga Faralyna. Aku mengerutkan muka. Dah memang aku 18 tahun, nak buat macam mana? Mesti muka pun nampak muda.
            Aku hanya tersenyum.
            I have been looking for awhile. Tapi, tak jumpa pun. Awak bawa ataupun tidak?” tanya Adam.
            “Nanti saya cari, jom kita keluar dahulu,” ujar aku. Adam melangkah keluar lantas memakai kasutnya.
            “Okey, Fara. Got to go! Ada masa kita jumpa lagi. Bye!” ujarku lantas menghampiri Adam.
            Faralyna memerhati dari jauh. ‘Betul ke mereka dah kahwin, ataupun mereka hanya adik beradik? Adik beradik kot, tapi Arrisya kata suami dia. Tak mungkinlah Risya dah kahwin. Nampak muka macam baru 15 tahun,’ duga hati Faralyna.
            “Siapa itu?” tanya Adam.
            “Entah, kenal gitu-gitu aje,” balas aku selamba.


p/s: Part 2 pulak.. Sebenarnya buku apa yang Adam jumpa yer? Adakah dia akan membaca buku itu? Fuh.. Apa yang akan terjadi?


Aku telah menanti cintamu pada ketika dahulu...
Salahkah aku untuk terus menanti cintamu?

3 comments:

Wan Ruzana said...

for sure Adam akn bce keke,. dingin nye Adam,.suke ke x sbnrnye ngan bini dia tu,.next en3 plis keke

Ayas Liaa Min said...

Soal dia suka ke tak dengan Arrisya tu next entry baru terjawab.. Soal dia baca ke tak pun next entry.. Fuh, banyak juga persoalan yang akan terjawab next entry ni.. Selamat menunggu..

Anonymous said...

gambar tu gambar sape ye

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!