Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

18 October 2012

Cerpen : Akanku Nanti Cintamu..! : Part 1

HELLO friends! My name is Tengku Arrisya Sofea binti Tengku Aiman! Aku berumur 17 tahun, which means aku akan ambil SPM tahun ini! Uaa! Meranalah hidup aku!! Tak apa! Relax!
Aku ada seorang tunang yang bernama Tengku Adam Syahir bin Tengku Arif. Kami dijodohkan sejak kecil. Malangnya, aku tak suka budak ni! Waktu aku tahu hal ini pun aku dah tingkatan satu! Dia banyak menyakitkan hati aku tahu? Lepas tu selamba sahaja awek dia beritahu yang dia dengan tunang aku couple! Woi! Aku tak heranlah! Ingat cinta kau orang boleh bawa sampai mati ke? Lepas aku tahu hal ini, aku yang ceria tiba-tiba bertukar dingin. Dengan dia aje, dengan yang lain tak!
Then, aku merayu kat mummy aku suruh tukarkan aku ke Sekolah Tinggi Persendirian Venus! Sekolah bapak aku tu! Tapi, dulu aku masuk sekolah lain sebab aku yang minta! Sengaja! Malas nak duduk bawah pengawasan bapak sendiri! Sekarang aku redha! Asalkan aku dapat berjauhan dengan mamat dingin sedingin ais tu! Ergh!
            “Woi! Apa kau ingat ni sekolah bapak kau, kau boleh mengelamun! Gila kau! Dah pandang depan sebelum cikgu perasan yang kau termenung!” tegur Nur Marissa Maisarah. Dia ni best friend aku. Aku dengan dia setuju pindah sekali ke sekolah ni. Biasalah, aku dengan mak bapak dia kan kamceng! So, mereka benarkan ajelah!
            “Aku tahulah!” lantas aku memandang ke hadapan kembali. Uargh! Mengantuknya!
            Tiba-tiba ada ketukan yang mengejutkan aku. Fuh! Minta semangat! Aku pandang ke tepi tak ada cikgu pun. Fuh! Aku mengurut dadaku. Laju aku memandang ke depan. La, Puan Farizah minta izin nak masuk ke. Buat kecut perut orang aje, ingatkan kena tangkap sebab mengelamun tadi.
            Aku membuat muka bosan lantas melakar sesuatu di atas kertas kosong. Perkara yang suka aku buat selalu. Melukis dan melukis. Di rumah aku siap ada galeri lagi untuk aku melukis. Rumah sebesar istana! Aku ambil ajelah satu bilik buat tempat melukis. Airiz boleh, kenapa aku tak boleh pula. Oh! Lupa beritahu, Airiz itu abang aku! Yang sangat menyebalkan! Apalah nasib? Dia tu kaki melukis tahu! Lukis perkara yang tak masuk akal pun ada.
            “Class, mohon perhatian. Today, we have new student. His name is Aidil Fitri. So, Aidil come. Introduce yourself..” panggil Puan Farizah kepada seorang murid lelaki.
            Kenapalah nama kau Aidil Fitri? Kenapa bukan Aidil Adha? Boleh juga aku korbankan kau sambut raya korban! Nama macam lahir waktu hari raya aidilfitri. Eh, mungkin kot? Sebab nama dia pun Aidil Fitri! Sudah, aku dah melalut!
            Hello, my name is Aidil Fitri bin Musa. Umur saya..”
            “Woi! Kau sebaya dengan kita orang sahaja! Nak beritahu umur buat apa? Nak buang air liur ke apa?” aku memingkas kata-katanya. Spontan, mata Aidil memandang ke arahku.
            Fuh! Handsome jugak mamat ni! Woi! Remember Arrisya! Kau dah ada tunang!
            Tangan aku terasa sakit tiba-tiba apabila dicubit oleh Marrisa. Aku menjeling ke arahnya.
            “Kau tak berkenan ke dengan mamat tu?” tanya Marrisa selamba.
            “Tak.. Abang aku lagi handsome!” balas aku semula.
            “Kau cakap pasal abang kau, ke pasal Adam?” tanya Marrisa semula sambil menjongket kening.
            “Tak ada maknanya aku teringat kat mamat tu!” aku bingkas bangun lantas berjalan keluar. Sebelum aku keluar, aku sempat berhenti di hadapan pintu.
            “Cikgu, dah tak ada lagi kan nak diajar. Risya lapar ni!”ujarku manja di hadapan Puan Maizatul.
            “Cikgu,  jangan lepas dia cikgu. Dia sengaja je. Nak elak orang tanya pasal..”
            Shut up!” ujarku tegas. Marrisa hanya menjongket keningnya yang elok terbentuk. Pan-asian katakan..
            Please, cikgu. Lapar ni atau saya keluar terus. Seronok juga ponteng kan cikgu!” ujarku lantas menjongket kening. Aidil terlongo. ‘Gila ke apa minah ni? Sedap-sedap aje kata macam tu dekat cikgu?’ ujar Aidil di dalam hati.
            “Kamu keluar makan je, lepas tu masuk balik. Kalau tak masuk tahulah apa cikgu nak buat..” ujar Puan Maizatul meleret.
            “Sayang cikgu!” ujarku lantas keluar dari kelas dan menuju ke cafe.
            Aku serabut! Sudah empat tahun kejadian itu berlaku tapi aku masih tidak dapat melupakannya...
            Pertama kali aku melihat Adam bersama Ilyia.. Hati aku sakit sangat. Aku tak tahu apa perasaan itu. Mungkin rasa tercabar sebab tunang aku bersama perempuan lain.
            Perlahan-lahan memori aku kembali ke waktu itu.
            “Arrisya, Marrisa, aku keluar rehat lambat sikit je dari kau orang. Kau orang pergi makan dulu eh?” Ilyia memandang ke arahku dan juga Marrisa dengan penuh harapan. Dengan hati yang masih tertanya-tanya aku membenarkannya.
            Ilyia melangkah pergi dan aku hanya mampu memandangnya. Tanda tanya di fikiran aku usir pergi. Mungkin dia ada hal lain, fikirku.
            “Jom! Tapi kau makan seorang lah sebab aku puasa..” ujarku kepada Marrisa.
            “Aku pun puasa juga. Jomlah, kita pergi pondok! Tiada sesiapa kot. Sebab semua orang makan di kantin,” ujar Marrisa. Aku hanya mengangguk.
            “Tunggu sebentar, eh? Aku nak ambil novel sebentar!” ujarku lantas mengambil dua buah novel. Satu karya daripada Hanina Abdullah, Projek Memikat Suami. Satu lagi daripada Ria Natsumi, Suamiku Vampire.
            “Kau nak yang mana satu? SV atau PMS?” tanyaku kepada Marrisa.
            “SV lah! Aku tak baca lagi. Ada kat rumah, tapi tak sempat baca,” ujar Marrisa. Aku hanya mengangguk lalu memberikan novel itu kepadanya.
            Kami melangkah beriringan ke pondok. Daripada jauh, aku nampak kelibat Adam. Aku menyorok di balik tiang lantas cuba menangkap perbualan mereka.
            “Sayang, this is a present for you! Macam yang B janjikan!” ujar Adam. Aku cuba menahan rasa mualku. Iyurk! Aku lihat Marrisa sudah membuat gaya hendak termuntah di belakangku.
            “Wah! Thanks, sayang! Baby tak sangka yang sayang akan belikan teddy bear ini untuk baby!” ujar Ilyia lantas memeluk Adam. Aku cuba menahan diri ini daripada menghampiri mereka. Namun, tubuhku tidak menurut arahan daripada hati ini.
            Aku melangkah menghampiri mereka sambil bertepuk tangan.
            “Urm, seronoknya hari ini dapat lihat drama swasta kan, Marrisa?” tanyaku kepada Marrisa. Marrisa keluar daripada tempat persembunyiannya lantas mengangguk.
            Adam menghampiriku lantas menarik lembut tanganku. Aku segera menariknya kembali..
            Sorry, tapi saya bukan dia yang boleh disentuh sesuka hati. Kita bukan muhrim, okay?” tegas kataku kepada Adam.
            I’m sorry, okay? But, please.. Jangan beritahu mama pasal hal ni! Tolong, saya merayu sangat!” ujar Adam bersungguh-sungguh.
            “Yang sayang merayu pada dia buat apa? Dia bukannya kenal parents you!” ujar Ilyia. Tiba-tiba aku merasa benci pada Ilyia.
            Please Risya. Saya sanggup buat apa-apa sahaja asalkan awak tak beritahu mama,” ujar Adam.
            “Putuskan saya...” ujarku lantas berlalu.
            No way, Arrisya! Sampai mati pun saya tak boleh putus dengan awak!” jerit Adam daripada jauh. Aku menekup telinga aku. Maafkan saya, Adam. Tapi, awak berhak hidup dengan orang yang awak cintai. Saya bukan untuk awak!
Air mataku yang menitis membuatkan aku tersedar. Astaghfirullah! Aku dah terleka. Makanan di hadapanku ini masih belum terusik. Segera aku menjamu selera sedangkan tekakku terasa pahit.

“HAI.. Boleh saya berkenalan dengan awak?” tanya Aidil  lalu duduk di sebelahku. Aku bangun.
            “Awak nak pergi mana?” tanya Aidil lagi.
            “Saya tak suka duduk di sebelah buaya,” ujar aku selamba lantas berjalan pergi. Dari kejauhan, aku mendengar suara jeritan pelajar perempuan. Jeritan yang menyakitkan telinga itu memaksa aku untuk pergi ke sana. Aidil bangun lantas mengikut gerak langkah gadis yang telah mencuit hatinya itu.
            Oh! Putera mereka datang rupanya. Yang mana satu ek? Curious lah pula?
            Seorang lelaki keluar daripada kereta BMW 3 Series itu. Aku kenal gaya itu. Abang Az!
            “Abang Az?” aku menghampirinya.   Lelaki itu memandang ke arahku. Dia membuka cermin mata hitamnya lantas menarikku ke dalam pelukannya. Erat!
            “Abang rindu sangat dengan Risya,” ujarnya lantas melepaskan pelukan.
            “Bila abang balik? Kenapa Risya tak tahu? And, kenapa tak beritahu Risya? Hurm?” ujarku lantas memandangnya dengan penuh tanda tanya.
            “Amboi, Risya! Semua nak tahu! Mana boleh! Abang balik pagi tadi. Sengaja nak buat suprise kat sayang abang ni!” ujarnya lantas mencuit hidungku.
            Aidil memandang dari jauh. Siapa lelaki itu? Kenapa dia boleh peluk Risya? Sedangkan Risya seorang yang menjaga harga dirinya. Berbagai persoalan yang bermain di minda Aidil.

“APA benda pula ni?” ujarku lantas menarik sehelai kertas daripada sampulnya. Amboi wanginya! Bedak siapa pula dia calas ni? Ke perfume kakak dia yang dia bubuh? Wanginya!

Ke hadapan saudari Arrisya,
        Pertama sekali saya memohon maaf jika surat ini menganggu saudari. Namun dengan ikhlas saya Aidil Fitri bin Musa ingin mejadi teman rapat dengan erti kata lain ingin menjadi kekasih kepada Cik Arrisya Sofea binti Aiman. Sudikah cik menjadi kekasih saya?
Yang sentiasa menyayangimu,
AidilFitriMusa’

            Uwekk! Rasa macam nak termuntah pun ada! Surat siapalah yang aku buka ni? Iyerk! Nama nak macam aku tapi sayang tak ada tengku.. Abaikan ajelah!
            Aku merenyuk surat itu lantas ku baling masuk ke dalam tong sampah. Gol!! Yes!
            Aku bangun lalu melangkah keluar. Nak pergi pondoklah, nak tengok permandangan. Langit pun cerah aje. Okeylah!

AIDIL menghampiri tong sampah itu. Dia mengambil semula surat itu. ‘Tak guna kau Arrisya! Kalau aku guna cara surat tak berhasil, aku akan confess depan semua orang. Biar kau malu sikit. Ermm.. Hari apa yang sesuai eh? Hah! Sehari selepas SPM! Kan kita orang kena hadir ke sekolah waktu itu untuk uruskan sesuatu. Jadi, aku akan manfaatkan hari itu,’ ujar kata hati Aidil.

ALHAMDULILLAH! Tamat pun SPM! Uargh! Balik boleh tidur puas-puas! Qada’ tidur. Fuh! Bestnyer!
            “Woi!” ujar Marissa lalu menampar kuat bahuku.
            “Agak-agaklah nak pukul aku pun! Sakitlah bongok!” ujar aku lalu mengurut bahuku yang terasa sengal.
            “Woi! Hari ini abang kau balik kan?” tanya Marissa sambil tersengih-sengih.
            “Yang mana satu?” tanya aku buat-buat bodoh.
            “Ala.. Si Airiz tu lah! Handsome boy tu lah!” ujar Marissa lagi. Aku memandangnya dengan perasaan curiga. Ada hati ke minah ni dengan abang aku?
            “Petang ni!” ujarku selamba.
            “Petang ni aku datang rumah kau!” ujar Marissa semula. Penuh dengan keselambaan sedangkan mulutku ini sudah terlopong luas.
            What?!” aku memandang tepat ke dalam mata Marissa.
            “Apa?” ujar Marissa kembali. Aku menampar lembut pipi Marissa.
            “Woi, sedarlah! Sedar! Entah jin mana pulalah yang rasuk kawan aku ni! Woi? Sedarlah! Sedarlah apa yang kau cakap tadi!” ujarku kuat. Marissa menangkap pegelangan tanganku.
            “Aku sedar dan aku dah lama sedar. Dan aku sedar yang aku kata aku nak datang rumah kau petang nanti!” ujar Marissa tegas.
            “Aku rasa macam nak pengsan!” ujar aku lantas berlalu ke kereta. Serious ke semua ni? Marissa sukakan Airiz! Gila! Dia sukakan budak tiga suku tu! Pengsan!

KERIUHAN di ruang tamu membuatkan ku terbangun. Eh? Airiz dah sampai ke? Kenapa suara ni macam suara lebih dari abang Az dengan Airiz je ni. Ada tetamu ke? Aku melihat ke arah jam dinding. 4 petang. Hah! 4 petang! Aku tak solat Zohor lagi! Punggah!
            Aku segera ke bilik air lantas mengambil wudhu’. Aku segera menunaikan solat Zohor. Ya Allah! Ampunkanlah hambamu yang terleka ini!
            Usai solat, aku memakai tudung. Takut juga! Kot-kotlah ada orang lain dalam rumah ini ke? Boleh jadi kan? Aku menyarungkan jaket ke badanku.
            Aku turun dengan langkah yang perlahan. Adam! Patutlah pun! Nasib baiklah hati aku tergerak nak pakai tudung.
            “Turun pun minah ni! Come Risya duduk sebelah Riz!” ujar Airiz lantas menepuk sofa di sebelahnya.
            “Tak naklah! Riz busuk! Tak mandi! Duduk sebelah abang Az lagi bagus!” ujarku lantas menjelirkan lidah ke arah Airiz. Airiz  menjegilkan matanya kepadaku namun aku buat tak kesah. Ada aku kisah?
            “Risya, Rissa tunggu kat luar tu. Kata janji nak jumpa rupa-rupanya ada orang tu tidur selamba badak dia aje,” ujar Azhar selamba. Riuh ruang tamu itu apabila tawa mereka bergabung.
            “Abang Az!!!!” aku mengambil bantal lalu dibaling ke arah Azhar. Geram! Benci! Aku melangkah keluar dengan penuh rasa geram. Urgh!
            “Kau ni pun! Datang tak kena timelah! Aku nak tidur pun susah!” luahku kepada Marrisa.
            “Woi! Aku dah beritahu eh!” ujar Marrisa sambil menjegilkan matanya.
            “Kan aku dah kata otak kau tu dah sewel! Sanggup datang rumah orang petang-petang semata-mata nak jumpa Airiz!” ujarku selamba. Marrisa mencubit lenganku kuat.
            “Adoi! Sakitlah! Apa kau ingat tangan aku ni apa? Besi? Kayu? Cubit je kerjanya! Sakit tau!” ujarku manja.
            “Woi! Aku tak layanlah kau punya manja tu! Kalau kau nak bermanja, kau pergi bermanja dengan Adam! Jangan dengan aku!” ujarnya kuat. Mak oi! Gila kuat! Minah ni! Adam dalam rumahlah bongok!
            “Gila kuat suara kau! Kalau Adam dengar macam mana? Dia di dalam tahu? Lagipun aku dengan diakan jarang bercakap! Nak bermanja? Sorry naik lori!” ujarku kembali.
“Woi, kau tahu tak yang sorry tu dah bosan nak naik lori. Asyik-asyik naik lori! Menyampah tahu!” ujar Marissa kembali. Eh! Dia ni nak main lawan cakap dengan aku ke apa ni?
“Kalau sorry tu dah bosan nak naik lori, dia pergilah naik feri ke! Terjun masuk dalam kari ke? Pergi suruh orang carry dia ke? Kan berbaloi!” ujarku selamba.
“Ish! Susahlah nak cakap dengan future lawyer ni! Menjawab je kerjanya!” ujar Marrisa bersama keluhan.
“Siapa suruh kau cakap dengan future lawyer? Aku suruh kau cakap dengan aku! Bukan dengan future lawyer! Bengong lah minah ni!” ujarku lagi. Marrisa mendengus keras.
“Adam!! Kau tengok tunang kau ni! Menjawab aje kerjanya!!” jerit Marrisa. Aku dah mula gelabah. Gilalah kau Marrisa! Aku segera menutup mulut Marrisa.
“Fuh! Lega! Auw!!! Sakitlah! Yang kau pergi gigit tangan aku sebab apa?” ujarku geram.
“Kenapa?” suara itu membuatkan ku terpaku. Namun ku segera tersedar. Aku terus melangkah masuk ke dalam rumah. Nak cuci tangan! Iyurk! Air liur orang tu!
Marrisa hanya tersengih apabila melihat aku masuk ke dalam. Dia memandang semula ke arah Adam.
Nothing! Risya dah surrender!” ujarnya bersama sengihan.
“Kau orang lawan apa?” tanya Adam lantas duduk.
“Lawan cakap. Siapa kalah belanja makan? Aku tak sanggup nak belanja makan lagi. So, aku panggil nama kau. Kau kan dalam rumah. Gerenti kau keluar punya. Waktu itu, tak usahlah aku lawan dengan dia lagi. Sebab mulut dia dah terkunci. Hebat tak idea aku?” ujar Marrisa sambil menjongket keningnya.
Adam hanya menggelengkan kepalanya. Pening dengan perangai perempuan. Macam-macam!
“Aku gerenti dia belanja makan kau di sini,” ujar Adam lantas bangun dan masuk ke dalam.
Marrisa terdiam sebentar. ‘Eh, betul juga! Aku kan dekat rumah dia! Ah! Wrong place!’ ujar Marrisa lantas menepuk kepalanya.

“AKU tak kira! Kau kena belanja aku makan hari ini! Kat cafe,”ujar Marrisa. Aku hanya memandang ke arahnya.
            “Kan aku dah belanja semalam,” ujarku semula.
            “Ah! Kalau aku tahu semua ni, aku akan tanya Adam dahulu! Adam! Kenapalah kau beritahu aku lambat sangat!” ujar Marrisa lantas membuat muka sedihnya.
            “Beritahu apa?” tanya aku kembali. Adam beritahu apa dekat minah ni? Dia bukannya tahu apa-apa pun pasal aku.
            “Yang awek dia ni kedekut!” ujar Marrisa selamba. Aku menjegilkan mataku.
            “Marrisa!!!” Marrisa segera berlari. Aku hanya mampu memandang. Aku tahulah yang aku ni tak hebat dalam larian ini! Buli pula!
            Aidil memandang ke arah Arrisya. Peluang baik ni! Tak boleh dilepaskan! Aidil melangkah ke arah Arrisya. Cincin di dalam pegangannya digenggam erat.
            Aku memandang ke hadapan semula. Aku mengeliat kecil. Kenapa eh kita orang kena sekolah hari ini? Abang Az ni pun satu! Bukannya nak beritahu!
            Aku memandang pelik ke arah Aidil. Kenapa pula dengan mamat ni? Kenapa pandangan dia tajam aje ke arah aku. Why? Why? Why?
            Aidil memberhentikan langkahnya di hadapan Arrisya. Dia segera melutut.
            Will you be my girl?” tanyanya dengan penuh romantis. Aku memandangnya dengan perasaan yang amat terkejut.
            Are you insane?!” ujarku kuat dan keras. Adam yang muncul entah dari mana menumbuk muka Aidil. Aku makin terkejut. Takkanlah hari ini penuh dengan suprise kot?
            Aidil segera bangun. Bibirnya yang berdarah itu dikesatnya perlahan. Dia memandang ke arah Adam dengan pandangan yang tajam.
            “Kau siapa? Sesuka hati mak bapak kau je nak tumbuk muka aku! Dahlah masuk sekolah orang tanpa izin! Pakai baju biasa pula tu! Sah kau bukan budak sekolah ni kan? Dan apa hak kau nak tumbuk muka aku, hurm?” tanya Aidil keras. Adam memandang Aidil dengan pandangan yang tajam.
            Aku yang sebelum ini tidak pernah melihat Adam naik angin mula berasa gerun. Aku mengundurkan langkahku setapak.
            “Aku tunang Risya!” tiga perkataan yang terbit daripada bibir Adam sudah cukup untuk meleraikan kekusutan itu. Aidil hanya menggelengkan kepalanya.
            “Kau tipu kan? Zaman sekarang mana ada budak sekolah bertunang waktu persekolahan lepas habis sekolah kahwin! Mana ada!” ujar Aidil sinis.
            “Bukan kau ke yang nak cipta sejarah tadi?” ujar Adam dingin dalam amarahnya itu.
            “Aku cuma nak bertunang aje, lepas habis U ni aku kahwin lah,” ujar Aidil semula.
            “Bunga ada berkuntum-kuntum, kau petik aje yang mana yang kau nak. Kalau Risya, sorry morry, she’s mine!” ujar Adam keras.
            “Adam, Arrisya and this guy, masuk pejabat sekarang!” ujar Azhar tegas.
            “Kenapa? Abang nak bagi duit ke?” ujarku lantas menjongket kening.
            “Ni kamu punya duit! Ikut je abang!” ujar Azhar tegas sambil menunjukkan penumbuknya.
            Aku hanya tersengih lalu memeluk lengan Azhar dan berlalu. Adam dan Aidil mengikutku dari belakang.

“KENAPALAH kau pergi tumbuk budak itu Adam?” tanya Azhar lalu duduk di sofa.
            Just ask him!” ujar Adam lantas menyandarkan badannya.
            “Kamu..”
            “Aidil.. Nama saya Aidil Fitri,” ujar Aidil lembut. Sekilas dia memandang ke sekeliling pejabat itu. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya. Gambar sebuah keluarga yang bahagia.
            “Nasib Aidil Fitri bukan Aidil Adha..” ujar aku selamba. Serentak 3 pasang mata memandang ke arahku.
            Why?” tanyaku pula. Adam menyandarkan badannya semula lantas mengambil telefon bimbitnya.
            “Mengutuk orang je tahu!” ujar Azhar selamba.
            “Ikut suka hati Risya lah!” ujar aku lantas menjongket kening.
            I ask why?” ujar Azhar keras.
            Ask Arrisya!” balas Aidil pula.
            “Risya pula! Risya tak tahu apa-apa! Jangan tanya Risya! Pleaselah...” ujar aku pula. Tolonglah jangan tanya aku!
            “Siapa nak jawab ni? Tanya Adam, suruh tanya Aidil, tanya Aidil, suruh tanya Arrisya. Apa ni?” ujar Azhar keras. Kau jawablah Adam. Pandai sangat buat kecoh!
            “Aidil nak pinang Risya..” ujar Adam perlahan.
            What?!” jerit Azhar. Aku segera menutup telinga. Gila kuat! Ni abang aku ke tarzan ni?!
            “Lepas tu abang tanya Adam sebab apa tumbuk Aidil. Abang dah tak waras ke?” ujar Adam keras.
            “Okey, okey abang kalah dengan Adam!” ujar Azhar lemah.
            “Kau biar betul Aidil?! Tunang orang tu!” ujar Azhar pula.
            “Manalah Aidil tahu! Kalau Aidil tahu, Aidil takkan usik!”ujar Aidil pula. Matanya mencerlung tajam ke arah Arrisya.
            “Yang kamu Risya, kenapa tak pernah beritahu status kamu?” tanya Azhar pula. Aku tersengih sambil buat muka comel. Piece! Hailah abang..

“SEPERTI yang dirancang, kamu akan dinikahkan sebulan daripada hari ini,” ujar Tengku Syakirah. Aku hanya tunduk. Naya! Sebulan lagi aku akan jadi isteri orang. Adeih! Dengan si Adam tu! Alamak!
            “Tak boleh ke kalau kita perlambatkan,” ujar Adam. Aku segera memandang ke arahnya. Thank you, Adam!
            “28 hari daripada sekarang..” ujar Tengku Syahirah.
            What?!” ujarku dan Adam kuat. Aku rasa suara aku kuat lagi daripada si Adam ni. Dia kan cool boy. Budak dingin!
            “Lagi kamu minta perlambat lagi mummy percepat!” ujar Tengku Syahirah.
            “Mummy...” meleret suaraku.
            “No, Risya. Seperti yang mummy cakap dahulu. Keputusan mummy muktamad!” ujar Tengku Syahirah.
            Aku melepaskan keluhan. Naya!

KENAPA LAH mummy tak boleh beli baju pengantin sendiri. Aku juga yang kena! Dahlah kena keluar dengan Adam. Keluar dengan budak dingin sekali aku dah dingin! Nasiblah! Ergh!
            Aku keluar dari kereta lalu menuju ke Butik Pengantin Sri Kasih. Sengaja nak tinggalkan Adam seorang diri. Biarlah dia! Aku peduli apa?
            Aku melangkah masuk ke dalam butik itu. Mana tuan dia pula ni? Aku manalah tahu tentang hal ini semua.. Yang aku tahu datang sini! Try baju!
            Adam menggelengkan kepalanya melihat Arrisya. Ingatkan tahu tapi rasa macam tak tahu apa-apa aje.
            “Assalamualaikum.. Puan Sri Fatimah ada tak?” tanya Adam. Aku mengalihkan pandangan ke arahnya. Bila dia masuk? Fuh! Misteri!
            “Ada.. Tunggu sebentar ye..” ujar seorang gadis berumur dalam lingkungan 20-an. Dia berlalu ke belakang. Aku mengambil peluang itu untuk melihat baju-baju pengantin yang lain. Sangat cantik! Halus aje sulamannya..
            “Sampai pun kalian berdua! Eh! Mana tunangnya Adam?” tanya Puan Sri Fatimah. Aku hanya tersengih. Nak menyoroklah!
            “Tu.. Risya, come here!” panggil Adam. Fuh! Terhenti jantung aku sebentar. Fuh! Dia panggil aku ke? Aku rasa kali ini merupakan kali yang tak sampai berpuluh pun dia cakap dengan aku. Urgh!
            Aku menghampirinya.
            “Lawa tunang kamu yer Adam! Pandai kamu pilih!” ujar Puan Sri Fatimah lalu menepuk bahu Adam. Yelah tu! Bukan dia yang pilih! Mak dia! Harapkan dia pilih.. Fuh! Mahu terbeliak mata Tengku Syakirah melihatnya.. Minta simpang!
            “Tapi mama papa kamu tak kisah ke kamu kahwin awal, Adam?” tanya Puan Sri Fatimah. Aku mencebik. Of courselah tak kisah! Dah dia orang yang nak!
            “Dia orang tak kisah, aunty. Siap galakkan lagi!” ujar Adam. Hehe.. Memang menggalakkan. Siap dipaksa lagi!
            “Eh, kita asyik sembang ni lupa pula tujuan kalian datang ke mari. Jom, Risya ikut aunty pergi fitting baju!” ajak Puan Sri Fatimah. Aku hanya mengikut.  Malas nak banyak soal.

CANTIKNYA Risya pakai baju ni! Jom keluar! Kita peragakan sikit kat Adam!” ujar Puan Sri Fatimah lantas menarik lembut tanganku. Namun, tarikannya terhenti apabila aku menarik lembut tanganku keluar dari genggamannya.
            “Kenapa Risya?” tanya Puan Sri Fatimah.
            “Risya nak buat suprise kat dia nanti!” ujar aku lantas menjongket kening. Puan Sri Fatimah hanya tersenyum lantas mengangguk. Faham dengan apa yang aku inginkan.
            “Ada-ada ajelah Risya ni!” ujar Puan Sri Fatimah. Aku hanya tersenyum.



p/s : Asalnya nak letak semua terus.. Tapi, blog tak bagi.. Sakit hati! Insya-Allah part 2 akan menyusul..

Aku telah menanti cintamu pada ketika dahulu..
Salahkah aku untuk terus menanti cintamu?

4 comments:

Anonymous said...

cpt2 post part 2 eh keke

Ayas Liaa Min said...

Anoymous : Insya-Allah.. Sekarang ni internet slow macam siput! Payah nak upload..

norihan mohd yusof said...

nak gggg ye dek cepat2 tempek ye...mukadimah pun dah best dek!!

Ayas Liaa Min said...

Norihan : Insya-Allah..

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!