Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

20 September 2012

Airin Zafira

Akhirnya!! Setelah lama bercuti, akhirnya Lia muncul dengan sebuah cerpen. Jemputlah baca..


Let's the story begin...

            “Ma.. Kenapa mama tinggal Airin? Mama dah janji tak nak tinggal Airin.. Kenapa mama tinggal Airin? Airin dah tiada sesiapa dah, ma.. Papa dah tinggalkan Airin sejak Airin dalam kandungan mama, kenapa mama pula yang tinggalkan Airin? Pak su, cakap dengan mama, jangan tinggalkan Airin. Pak su.. uhuk.. uhuk,” aku terbatuk kerana asyik menangis. Terasa diriku dipeluk oleh pak su.
            “Shhh.. Jangan menangis Airin. Airin ada pak su. Pak su akan jaga Airin ye.. Jangan menangis, sayang. Shh,” pak su mengusap-usap kepalaku. Namun, aku tetap menangis. Aku dah jadi anak yatim piatu. Mama dan papa dah tidak ada. Mereka dah meninggal.
            “Ma...” aku memanggil mama lagi. Pak su memelukku erat.
            “Shh.. Mereka dah nak kapankan mama, cium mama dulu. Tapi jangan titiskan air mata Airin tahu,” pesan pak su. Aku mengusap-usap pipiku sehingga kering, kemudian aku mencium arwah mama. Tak sangka sebegini cepat mama akan tinggalkan aku. Tenanglah mama di sana. Airin akan mendoakan mama.
            Aku melihat mayat mama dikapankan. Serta-merta tangisanku pecah. Aku tidak akan bertemu mama lagi. Aku tak akan dapat mencium mama lagi. Aku tak dapat memeluk mama lagi. Yang ada, hanyalah foto. Ma, Airin akan kuat. Airin akan kuat macam mama. Ma.. Airin sayang mama, Airin akan rindukan mama. Mama akan sentiasa di hati Airin..
*_*
3 tahun kemudian..
            “Airin! Kau tak pernah cerita apa-apa tau kat aku sejak 3 tahun lepas! Dulu kau happy je, kenapa sekarang dah jadi diam? Kau ni pelik tau, lepas balik ke London 3 tahun lepas. Kau dah berubah sangat! Kau tak cerita apa-apa yang terjadi pun kat aku!” bebel Amani. Aku hanya tersenyum. Aku taklah berubah sangat. Dengan pak su, aku masih sama. Mungkin sebab jarak umur kami yang dekat. Dia hanya tua 3 tahun daripada aku. Which means, dia umur 26 sekarang. Ah! Rindunya dekat pak su.
            “Woi! Kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni?!” tanya Amani seakan membentak. Aku memandang malas ke arahnya.
            “Dengar..” kataku lirih. Tiba-tiba aku merasakan perasaan sebak bermukim di dada. Aku rindukan mama.
            “Wei, janganlah nangis. Aku cakap aje. Tak apalah kalau kau tak nak beritahu,” kata Amani dengan nada yang dibuat-buat sedih. Aku mengambil I-pad ku lalu diletakkan di atas meja.
            Aku membuka google lantas menaip perkataan kematian Tengku Azhari. Seketika kemudian, keluar maklumat tentang kematian Tengku Azhari. Aku segera membuka salah satu daripada itu.
            This is my dad,” kata aku beberapa patah. Kalau aku rindu, aku akan mencari maklumat tentang ayah aku.
            “Ayah kau?” Amani segera menarik I-pad milik aku. Dia membacanya satu-persatu.
            ‘Tanggal 1 March, tanggal yang telah meragut kebahagiaan Tengku Aziah untuk menyambut anak sulung di dalam keluarganya. Tengku Azhari telah meninggalkannya bersama bayi yang dikandungnya. Tengku Azhari telah terlibat dengan sebuah kemalangan ngeri. Keretanya telah terlanggar sebuah lori minyak yang menyebabkan minyak itu tumpah dan akhirnya terbakar. Tengku Azhari bersama pemandunya serta pemandu lori itu mati di tempat kejadian. Menurut seorang saksi kejadian, dia mencuba untuk menarik Tengku Azhari namun Tengku Azhari enggan dan menyerahkan seorang budak lelaki berumur 3 tahun yang merupakan adik Tengku Azhari iaitu Tengku Airiel untuk diberikan kepada isterinya untuk dijaga. Semasa saksi itu hendak menyelamatkan Tengku Azhari,  lori minyak itu mula mengeluarkan minyak dan saksi itu membawa Tengku Airiel untuk berlindung.
            Apalah nasib anak yang dikandung oleh Tengku Aziah apabila kelahirannya tidak sempat dilihat dan disentuh oleh Tengku Azhari. Sama-samalah kita berdoa agar Tengku Aziah berserta anak yang dikandungnya itu cekal dalam menghadapi cabaran hidup. Di akhir kata, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Tengku Azhari. Al-Fatihah.’
            Amani menekup mulutnya sedangkan aku hanya memandangnya sepi. Tanpa perasaan. Reaksi itu sudah biasa ku lihat apabila aku menceritakan tentang kemalangan ngeri yang hampir meragut nyawa pak su ku itu.
            “Maaf, aku tak tahu ayah kau dah tak ada. Sorry sangat!” tutur Amani kesal. Aku mengambil I-pad itu lalu menaipkan perkataan kematian Tengku Aziah lantas menekan salah satu browser. Aku memberikan kepadanya sekali lagi. Amani akur lalu membacanya.
            ‘Apalah nasib Tengku Airin Zafira? Kehilangan ayah ketika berada di dalam kandungan. Sekarang dia kehilangan ibunya pula di usia 20 tahun. Kehilangan Tengku Aziah bagai merentap separuh daripada hidup Tengku Airin kerana dia hanya mempunyai ibunya untuk menceritakan seluruh masalahnya. Tak akan dia hendak menceritakannya kepada Tengku Airiel? Tengku Airiel lelaki dia perempuan. Lelaki tidak memahami perasaan seorang perempuan.
            Kesedihan sangat terpancar di wajah Tengku Airin apabila dia kehilangan ibunya. Walaupun Tengku Airiel memeluknya dan cuba menenangkannya namun dia tetap meratap dan menangisi pemergian satu-satunya ibunya.
            “Mama.. Mama.. Kenapa mama tinggalkan Airin?” ucapnya berkali-kali, membuatkan saya hampir menangis mendengarkan ratapannya itu.
            Waktu itu saya tak percaya bahawa Tengku Airiel juga menitiskan matanya. Sedih tentang pemergian kakak iparnya ataupun apabila melihat keadaan Tengku Airin? Saya tak pasti tentang itu.
            Pemergian Tengku Aziah disebabkan sebuah kemalangan yang ngeri. Keretanya bertemu dengan sebuah kereta yang lain yang menyebabkan kemalangan. Tumpahan minyak yang menyebabkan kereta mereka terbakar. Astaghfirullah! Kenapa kemalangan Tengku Aziah seperti kemalangan Tengku Azhari 20 tahun lepas? Mungkin disebabkan ketentuan-Nya.
            Moga-moga Tengku Airin bersabar. Saya ucapkan takziah untuk pemergian mama Tengku. Banyak-banyakkan bersabar ya, Tengku?’
            Tangisan Amani hampir pecah. Dia merenung wajahku. Aku hanya memandangnya. Kosong. Tiada riak yang inginku tunjuk. 1 tahun aku meratapi pemergian mama. Cukuplah air mata yang telah ku bazir selama ini. Aku tak ingin menangis lagi.
            Dia memeluk aku. Erat! Bagaikan tidak mahu dilepas lagi.
            I’m sorry for hurting your heart. Aku tak pernah tahu yang kau anak yatim piatu. I’m sorry. Very very sorry. Aku tak patut menanyakan kenapa kau berubah sikap. Kerana jika aku di tempat kau, aku akan buat perkara yang sama. I’m sorry Airin, very very sorry!” ucap Amani diselangi tangisan. Aku menepuk-nepuk belakangnya.
            “Aku dah lama maafkan kau. Salah aku, tak beritahu apa-apa pun kepada kau,” ucap aku semula. 
            “Dahlah, kita dah nak balik kan? Kita dah habis study, kita akan pulang semula ke pangkuan keluarga. Jangan sedih-sedih tau! Chill okey?”ucap aku bersama sendu yang bermukim di dada.
            “Jangan sedih, Airin. Kau masih ada pak su kau. Kau tak kesepian. Kau masih ada pak su untuk menjaga kau. Aku sayang kau, Airin,” ucap Amani.
            “Aku pun sayangkan kau,”
*_*
            “Pak su..!” aku tepuk bahu pak su daripada belakang. Kelihatan dia tersentak.
            “Bila sampai? Pak su tak dengar pengumuman flight turun daripada London pun?” tanya pak su bersama kerutan di dahi. Aku tergelak. Rasanya sudah lama aku tak gelak.
            “Taklah, lepas habis belajar Airin dengan Amani melancong ke China beberapa minggu baru balik sini,” ucapku. Pak su mencubit pipiku.
            “Nakal sangat! Bukannya straight balik, ada tempat perhentian pula ye?” kata pak su. Aku mengerling ke arah kawan-kawan pak su. Serious, handsome. Okeylah, pak su pun handsome. Tapi yang teruknya kenapa mereka dok tersengih-sengih sambil tengok kami ek?
            “Biasalah, dah namapun Tengku Airin Zafira. Hehe..” pak su tergelak kecil. Tapi kalau aku fikir2 pak su ni hensem takkan lah tiada sesiapa tersangkut kot? Mungkin ada.. Tapi dirahsiakan daripada aku.
            “Sudahlah Encik Tengku Airiel oi! Nak sembang, sembang dekat  rumah ye. Kita orang ni macam tunggul aje di sini,” kata seorang lelaki. Mungkin salah seorang daripada kawan pak su kot?
            “Yelah, yelah. Jom, kita makan! Eh, tapi mana Mukhriz?” tanya pak suku. Aku haya diam. Tak betah untuk berbicara dengan kawan-kawan pak su.
            “Biasalah dia itu, busy memanjang. Nasiblah tiada isteri, kalau ada nanti apalah nasib isteri dia,” berubah riak pak su.
            “Wei, aku tak maksudkan..” belum sempat lelaki itu sudah berbicara pak su sudah memotong.
            “Aku pasti dia akan berubah..” kata pak su. Kenapalah mereka ni? Biar ajelah dekat mamat tu!
            “Jom kita makan dahulu, nanti aku mesej Mukhriz,” kata salah seorang lelaki.
            “Jom, Airin,” aku hanya mengikut. Tiada minat untuk bersuara. Pengawal mengambil beg rodaku untuk dibawa ke kereta.
*_*
            Sorry lambat. Traffic jem,” ucap seorang lelaki yang aku yakin bernama Mukhriz.
            “Banyaklah kau punya traffic jem. Sah! Lupa!” perli pak su.
            “Hehe..” dia tergelak kecil. Aku buat muka tak peduli. Kenapalah aku tak ada mak su? Boleh ajak shopping. Mama anak tunggal, sedangkan papa cuma berdua. Adik dia pak su nilah. Satu-satunya waliku.
            Who’s this?” tanya dia. Eh, buat-buat tak tahu pula. Dah terang lagi bersuluh aku ni anak saudara kepada Tengku Airiel Zahrin.
            “Anak buah akulah. Buat-buat tak tahulah pula. Kenalkan ini anak buah aku, Tengku Airin Zafira. Airin, ini kawan pak su, Tengku Danish Mukhriz, yang hujung tu Muhammad Haziq and lagi seorang namanya Syed Munawwar,” aku hanya menundukkan muka. Dapat aku rasakan renungan tajam daripada lelaki yang bernama Mukhriz ini. Untuk sebab apa aku tak tahu.
            Aku hanya makan dan minum tanpa bersuara. Malas! Aku bukannya kenal dengan mereka ini. Aku hanya senyap hingga diajukan soalan oleh Mukhriz.
            “Umur berapa?” tanyanya tiba-tiba. Untuk apa aku tak tahu?
            “23,” aku menjawab dengan nada yang malas.
            “Muda 3 tahun, bolehlah,” kata dia tiba-tiba. Aku agak pening dengan kata-kata yang terbit dari bibirnya. Apa yang boleh? Biarkan jelah.
*_*
            Aku bergegas mendapatkan telefon bimbitku yang asyik menyalak daripada tadi. Unknown number? Siapa yer?
            “Hello?” kataku sebagai pembuka bicara.
            “Ini Mukhriz. Airiel accident. Sekarang dia di dalam wad ICU,” kata seorang lelaki daripada corong telefon. Aku terkedu. Sejarah lama seakan berulang semula. Kenapa mesti accident?
            Aku bergegas memakai tudung. Kemudian aku memasuki kereta Mazda Axela milikku.
            Aku memandu keretaku dengan laju. Aku terasa diperhatikan. Siapa empunya kereta Waja yang asyik mengikuti belakangku ini? Adakah kemalangan yang terjadi kepada keluargaku bukanlah kemalangan yang tidak disengajakan? Adakah kemalangan itu disengajakan? Jika benar, apa yang aku fikirkan aku mesti berwaspada. Sasaran yang lain telah ditembak. Sasaran terakhir mungkin aku.
            Ya Allah, lindungilah hambaMu ini.
            Aku memandu dengan selaju mungkin ke hospital sambil berharap agar Waja itu tidak boleh mengikutiku. Aku mengerling ke belakang. Alhamdulillah, Waja itu telah tiada. Mataku fokus ke hadapan. Astaghfirullah! Allah! Aku menekan brek kecemasan. Kenapa mesti tak berfungsi? Allah! Allah! Allah! Allah!
*_*
            Aku terjaga. Pandanganku berbalam. Ya Allah! Di mana aku sekarang? Aku nak jumpa pak su.
            Are you awake?” aku memandang ke arah suara itu. Mukhriz? Aku memeriksa tubuhku. Syukurlah tudungku terletak elok di kepalaku.
            “Doktor! Nurse!” panggilnya sambil menekan butang kecemasan. Aku mulai pelik. Doktor, nurse. Ya Allah, adakah kemalangan itu disengajakan. Adakah misinya ialah untuk melenyapkan keturunan Tengku Azhari? Ya Allah! Mujurlah aku masih bernyawa. Aku akan mencari siapa pengkhianat yang menghancurkan hidup aku! Pak su? Bagaimana keadaan pak su sekarang? Aku kena jumpa pak su, mungkin dia ada jawapan bagi setiap persoalan yang bermukim di minda ini.
            Aku bangkit. Namun, langkahku terhalang oleh Mukhriz.
            “Tunggu sini! Jangan ke mana-mana! Saya panggil doktor,” katanya seraya berlalu. Aku akan melaporkan hal ini kepada pihak polis. Orang yang telah membunuh keluargaku mesti ditangkap dengan segera mungkin dan akan aku pastikan dia tidak boleh terlepas daripada hukuman tali gantung!
            Doktor memasuki ruangan  bilikku bersama jururawat di sisinya. Setelah memeriksa keadaanku dan memastikan semuanya baik-baik sahaja. Dia pun keluar.
            Aku memandang ke arah Mukhriz.
            “Macam mana keadaan pak su?” tanyaku kepadanya. Mukhriz memandang ke arahku. Mata dia berkaca.
            “Dari mana kita datang, di situ jugalah kita kembali,” kata dia dengan maksud yang tersirat. Aku cuba memahami maksudnya. Astaghfirullah! Pak su! Pak su! Air mata menuruni pipiku. Setelah sekian lama air mata ini tidak menitis. Sekarang ia menitis semula. Menangisi nasib diri yang sudah tidak punya sesiapa untuk menyayangi. Ya Allah! Aku telah keseorangan. Seorang diri tanpa ada sesiapa sebagai peneman. Ya Allah! Kenapa kau uji aku sebegini? Aku perlukan dia! Aku perlukan pak su ku untuk merungkaikan segala kesulitan ku ini. Aku perlukan dia. Dia lah yang menyayangiku sejak kecil. Dia lah yang melindungi diriku. Dialah yang memujukku ketika aku bersedih. Ya Allah! Kenapa kau tarik nyawanya? Aku baru 3 bulan bersamanya. Pak su!
            “Pak su! Pak su!” jeritku sekuat hati. Satu-satunya peneman ku di kala sedih, duka dan tawaku telah tiada. Pak su!
            “Shh.. Airin, jangan begini. Airiel akan lebih tersiksa kalau melihat anak buahnya bersedih. Shh.. Airin..” pujuknya di kejauhan.
            Aku menangis dan terus menangis sehingga aku terlelap.
*_*
            “Airin!” aku seperti terdengar suara pak su memanggilku. Aku memandang sekeliling. Putih, kosong tanpa sesiapa. Tiba-tiba ada seorang lelaki daripada kejauhan tersenyum ke arahku. Wajahnya seakan pak su.
            “Pak su!!” panggilku. Lantas aku berlari ke dalam pelukannya.
            “Airin, Airin jangan sedih-sedih tau! Airin masih ada Allah untuk berkongsi segala yang Airin rasa. Sentiasa baca Al-Quran dan solat. Jangan lupakan kami semua tau,” pak su melepaskan pelukannya. Badannya melangkah ke belakang.
            “Airin, pak su harap Airin sabar dalam menghadapi segala cabaran. Ada banyak lagi yang menunggu kamu, sayang. Banyak lagi. Sentiasa sabar dan tawakal. Insya-Allah ada penyelesaiannya,” pak su semakin menjauh. Aku mencuba untuk mengejarnya tetapi kakiku bagaikan di gam. Pak su pergi meninggalkanku dengan senyuman.
            “Pak su!!”Aku terjaga. Tiada tempat yang putih, tiada pak su. Yang ada hanyalah bilikku yang bertemakan black and white. Aku melepaskan keluhan. Pak su!
*_*
            “Kenapa awak ada di sini?” tanyaku kepada Mukhriz. Dia memandang ke arahku.
            “Sebab ada sesuatu di dalam wasiat itu yang berkaitan dengan saya,” kata dia tenang.
            “Huh?” aku segera memasuki bilik yang menempatkan peguam keluargaku itu. Mukhriz mengikutku daripada belakang.
            “Semua dah ada?” tanya peguam itu. Aku hanya diam.
            “Sememangnya ada yang lain ke selain kami berdua?” tanya Mukhriz semula. Peguam itu tersenyum.
            “Ada. Tunang arwah. Syarifah Airisya,” kata peguam itu tenang. Aku hanya diam. Aku memang memaklumi hal itu. Mukhriz hanya mengangguk.
            Sorry, lambat,” kata seorang gadis yang memakai baju kurung serta tudung yang agak labuh, pilihan pak suku memang tepat.
            “Syarifah Airisya?” tanya peguam itu. Gadis itu mengangguk.
            “Perkenalkan, ini anak buah arwah, Tengku Airin Zafira dan di sebelahnya teman arwah, Tengku Danish Mukhriz,” Airisya menghulurkan tangan ke arahku. Aku menyalaminya dengan senyuman yang tipis.
            “Airisya,”
            “Airin,” salam terurai.
            “Baiklah, kita mulakannya,” ujar peguam itu lalu menekan satu video yang berada di laptop itu. Serta-merta rasa rinduku kepada pak su terlerai apabila melihat wajahku.
            “Assalamualaikum, dan salam sejahtera. Apabila kau orang melihat video ini mesti saya telah tiada. Jangan terlampau sedih yer Airin. Pak su tak nak anak buah pak su ini menangis, cukup-cukuplah kamu menangis. Selepas ini, janji dengan pak su jangan nangis lagi yer. Anak buah pak su kan cekal dan tabah.
            Kematian saya bukanlah satu kemalangan yang terjadi secara tidak sengaja. Ianya telah disengajakan oleh musuh abang saya, Tengku Azhari. Dan, selepas saya mati. Mereka akan attack Airin, so Mukhriz jaga Airin baik-baik. Jangan biar dia keluar bersendiri.
            Mukhriz, Airin. Pak su mohon kalian berkahwin. Tolonglah, ini lah hajat terakhir pak su. Tolonglah dikotakan. Selepas kamu berkahwin, segeralah kalian mempunyai anak. Kerana apabila keturunan kita ramai. Mereka akan jadi susah untuk membunuh Airin.
            Mereka yang saya sebutkan itu, musuh Tengku Azhari. Saya dah cuba detect. Sedikit sebanyak maklumat yang ada itu mungkin boleh membantu kamu. Ingat, bukan dengan kemalangan sahaja mereka boleh membunuh kamu. Dengan penculikan pun boleh.
            Airisya, terimalah harta yang sedikit sebanyak saya berikan kepada awak. Saya mohon jangan ditolak. Gunakan ia untuk melindungi kamu. Kamu pun mungkin akan diattack oleh musuh.
            Pak su, mohon. Tolong tumpaskan mereka yang telah membunuh Tengku Azhari, Tengku Aziah dan mungkin saya sendiri. Setakat ini sahaja, assalamualaikum,”
            Tangisanku pecah. Rindu dan dendam bersatu menjadi perasaan yang tidak dapat digambarkan. Airin janji paksu. Airin akan musnahkan mereka yang telah membunuh keluarga Airin. Airin janji, pak su. Airin akan kotakan setiap permintaan pak su.
            “Mana benda yang Airiel sebutkan?” tanya Mukhriz. Peguam itu berjalan ke arah mejanya lantas mengambil sebuah fail.
            “Ini, Ku Danish,” Mukhriz mengambil fail itu lalu ditelitinya.
            “Awak siasat semuanya. Saya tak akan masuk campur. Tapi, tolong beritahu setiap perkembangannya kepada saya,” kata ku. Ya Allah! Aku bertawakal Ya Allah! Tolong tunjukkan jalan kebenarannya Ya Allah.
            Kedengaran bunyi pistol ditembak. Aku memandang ke arah luar. Kelihatan peguam itu telah terbaring lesu. Tembakan itu tepat mengenai jantungnya. Astaghfirullah!
            Mukhriz segera menarikku dan Airisya ke tempat yang tersembunyi.
            “Macam mana ni Mukhriz?” ujar Airisya dengan nada yang takut. Aku hanya mengisyaratkan kepadanya agar diam.
            Pistol ditembak di sekeliling ruang pejabat itu. Aku segera mencapai telefon bimbitku lantas menghubungi polis. Namun sebelum sempat aku menekan butang dial, kedengaran siren berbunyi.
            Mereka menembak ke arah tempat persembunyianku.
            “Ah! Sakit!” tak sangka tembakan itu tepat mengenai dada Airisya. Tanganku terkena percikan darah itu. Airisya mulai lemah dan akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di situ.
            “Di situ! Cepat! Kita kena tamatkan riwayat mereka sebelum polis datang,” kata salah seorang lelaki. Aku beristifar. Allah! Allah! Allah! Aku yakin Allah akan menolong hambanya yang teraniaya. Allahuakbar! Allahuakbar!
            Kedengara pistol ditembak lagi. Tepat mengenai lenganku. Ya Allah! Sakitnya. Allahuakbar! Allahuakbar! Ya Allah! Cepatlah keajaiban datang. Mukhriz mencarik sedikit baju Airisya. Nasiblah dia memakai baju kurung. Senang dicarik. Tak nampak tubuh badan. Dia mengikat lenganku yang berdarah.
            “Sabar! Polis akan sampai! Percayalah!” ujar dia dengan bersungguh-sungguh.
            Kedengaran pistol ditembak. Berulang kali. Mungkin polis sudah datang. Ya Allah! Andai benar firasatku ini Ya Allah! Aku bersyukur kepadamu.
            “Cik! Encik!” panggil seseorang. Mukhriz mengisyaratkan kepadaku agar duduk dulu. Dia ingin memeriksa benar atau tidak polis yang memanggilnya.
            Apabila dia bangun, aku memejamkan mata. Ya Allah! Moga-moga itu ialah polis. Aku membuka mata apabila lenganku dicuit. Mukhriz. Dia tersenyum lebar.
            “Penjenayah itu telah tumpas. Kebetulan ketuanya memang sudah berada di penjara. Ditangkap di KLIA. Yang tadi itu, anak buahnya. Mereka datang nak memusnahkan keturunan yang terakhir iaitu awak. Dah, jom bangun!” kata dia. Aku mengucap syukur ke hadrat Ilahi. Alhamdulillah! Segala penderitaan mama, papa dan pak su telah ku balas. Aku berharap agar mereka bersemadi dengan aman.
*_*
            Tak sangka, sudah dua bulan kejadian itu berlalu. Aku telah berkahwin dengan Mukhriz atas kehendak pak su. Anak? Aku dah hampir tunaikan. Insya Allah. Aku memandang gambar itu. Suprise for my husband. Aku tersenyum sambil masuk ke dalam kereta. Aku memandu sambil diikuti oleh pengawal-pengawalku. Keselamatanku memang nombor satu! Semuanya dikawal! Aku hanya tersenyum mendengarkan keputusannya yang hendak aku keluar dari rumah secara berteman. Hailah Mukhriz!
*_*
            Aku masuk ke dalam bilik bekerja. Aku tersenyum sedikit apabila melihat Mukhriz sedang asyik bekerja. Dia lansung tidak menyedari kehadiranku. Aku duduk di atas ribanya. Aku bersandar di dadanya. Riak wajah terkejutnya tidak aku pedulikan. Kemudian aku memberikan gambar itu kepadanya.
            Mukanya nampak terkejut walaupun aku tak nampak tapi aku tahu sikapnya. Tiba-tiba ciuman bertalu-talu singgah di pipiku.
            “Tahniah sayang, abang bersyukur sangat. Thanks sebab sudi mengandungkan anak abang,” ucap dia di telingaku.
            “Kenapa perlu berterima kasih? Sedangkan anak ini anak kita,” kataku pula.
            “Hehe..” dia ketawa sambil memelukku.
            Ya Allah! Aku mohon agar kesejahteraan ini berpanjangan hingga ke akhirnya. Insya- Allah..
Alhamdulillah kerana aku tidak mengajar hati ini untuk berdendam kerana aku pernah membaca satu ayat yang menyebakan aku membuang rasa rindu daripada bermukim di hatiku. Ayatnya ialah...
Jika hati digamit seribu rindu, dendam kesumat bertukar menjadi sejati
            Cuba bayangkan, dalam aku merindui mereka. Dendam yang sedang bermukim di hatiku akan menjadi sejati. Astaghfirullah! Tak sanggup aku! Alhamdulillah! Aku melupakan dendam itu. Kerana setiap manusia melakukan kesalahan kan? Dahlah! Aku nak tidur! Good bye!
*____TAMAT____*

p/s : First time buat cerita sedih.. Semoga menangis.. Hehe..

4 comments:

arifuka kashirin said...

best tapi ending dia mcm rushing sgt...anyways,thumbs up for you..

Lia veSus Ayiz said...

Lia ni memang selalu macam ni.. Buat cerita panjang berjela ending macam nak rushing. Tak larat nak menaip dah! Anyway, thanks sebab sudi baca..

Anonymous said...

best !

Anonymous said...

meleleh air mte sye..papepun best sgt.. gudjob writer.thumbs up;-)
-azrah-

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!