Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

07 June 2012

He Is A Mystery Guy..!


Let’s The Story Begin...
Di ruang tamu..
“ Amyline dapat tawaran dari U Melbourne?! Biar betul mommy?!” aku terjerit kecil. Sukar untuk aku bayangkan betapa bahagianya aku ketika itu. Dapat tawaran dari Melbourne. Fuh! Tak pernah diduga dek akal! Tapi itulah takdirnya. Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur sangat.
            “Kak long, kalau tak betul tak ada maknanya surat itu di depan kak long tu!” perli adikku, Aizreen Nur Eryna. Budak ni sengajalah. Cakap bukan main sinis. Macam pedang pula dia cakap.
            “Aizreen, tak baik cakap dengan kak long macam tu,” tegur mommy. Aku memandang ke arah Aizreen. Ternyata dia hanya tersenyum. Adikku itu dingin dalam senyuman. Aku pun tak boleh teka apa sikap dia yang sebenar.
            “Tulah! Sedap-sedap je kata kat orang macam tu,” balas aku pula. Aizreen memandangku lalu tersenyum sinis.
            “Macam budak-budak,” kata dia lalu berlalu. Eh! Aku pun malas fikir lah pasal budak tu. Lantak dialah!
            “Adik! Mai sini sat,” panggil aku pada adikku yang bongsu, Arrisya Nur Emelda. Risya yang sedang bermain komputer memandang ke arahku lalu menghampiriku.
            “ Kak long ni! Orang nak main komputer pun susah, cepatlah cakap, orang nak main game  ni, nanti kak ngah ambil naya je,” rungut adikku. Memang Aizreen suka berebut komputer dengan Arrisya. Harap je 15 tahun tapi perangai macam budak-budak. Hehe.. Sama ajelah aku pun.
            “Kak long nak pergi jauh! Kak long nak pergi luar negara. Adik tak kisah kan kena buli dengan kak ngah hari-hari,” aku berkata selamba. Seperti yang dijangka, muka Arrisya mendung bak awan yang mendung.
            “Ala, kak long ni! Nanti tak adalah orang tolong adik fight dengan kak ngah,” aku memandang budak yang berumur 5 tahun itu. Dia tak tahu ke orang nak sambung belajar. Teruk lah budak ni!
            “ Seronok juga kak ngah, boleh reka novel hari-hari,” balas Aizreen lalu segera mendapatkan komputer. Arrisya bingkas bangun lalu menolak Aizreen. Aizreen menangkap lengan Arrisya.
            Now it’s my turn. Dah pergi main benda lain, kacau je,” balas Aizreen pula. Muka Arrisya cemberut. Namun dia pergi, takut kena ketam dengan Aizreen lah tu. Lupa nak beritahu yang Aizreen seorang novelis. Walaupun tidak sehebat penulis lain tapi dia bahagia kerana dapat memberi buah tangannya kepada orang lain untuk dibaca.
            Ah! Aku pasti rindu akan semua ni!
*_*
Di bilikku..
            “Kak long nak pergi mana? Kemas baju banyak-banyak,” tanya Arrisya apabila masuk ke bilikku. Aku hanya tersenyum seraya berkata.
            “Kan kak long kata, kak long nak pergi jauh. Ke luar negara, takkan adik tak ingat?” tanya aku sambil memandang ke arah Arrisya.
            “Kak long nak pergi mana? Adik nak ikut,” balas Arrisya. Dia duduk di sebelah kakaknya itu.
            “Kak long nak sambung belajar di Melbourne. Jauh sangat dari sini. Tapi, nanti kak long YM dengan kak ngah tau,” aku berkata sambil melipat baju-bajuku. Minggu depan aku akan berlepas ke Melbourne.
            “Alah, adik nak ikut kak long,” rajuk adikku. Aizreen masuk ke bilik aku lalu membawa Arrisya ke pangkuannya seraya berkata.
            “Adik, nanti kak long balik sini, kak long beli bear besar untuk adik, nak?”pujuk Aizreen.
            “Adik tak nak beruang, adik nak teddybear besar,” kata Arrisya lalu mendepangkan tangannya menunjukkan bahawa teddybear yang dia nak sangat besar. Aku tergelak, sama ajelah teddybear dengan bear yang Aizreen sebut. Ada-ada ajelah Arrisya ni..
            “Yelah! Yelah! Nanti kak long beli,” ujar aku pula. Aku lihat Aizreen sedang menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aku menjongket kening ke arahnya.
            “Bukan bear dengan teddybear sama je ke?Tetap patung,” ujar Aizreen naif. Aku tergelak.
            “Cik, bear tu beruang lah, adik kamu tak nak beruang dia nak teddybear lah,”ujar aku pula. Aizreen menjongket bahu lalu pergi.
            “Kak ngah tak reti beza beruang dengan patung ke, kak long?” tanya Arrisya sambil membuat muka pelik. Aku tersenyum.
            “Dia bukan tak tahu tapi dia pening,”aku membalas.
            “Dia pening? Sat adik nak pergi ambil ubat bagi kat dia. Mommy!!”adik aku turun ke tingkat bawah. Aku hanya tersenyum. Apalah aku nak buat tanpa Aizreen yang dingin dan tanpa  Arrisya yang becok bercakap. Aku pun pening dengan mereka ni, perangai ikut siapa ntah?
*_*
            “Sampai nanti jangan lupa call,”pesan Aizreen. Aku mula tersenyum nakal. Ada something yang boleh membuatkan Aizreen marah.
            “Ek eleh, entah-entah dia off phone dia,” perli aku. Muka Aizreen yang putih itu dah start merah. Plan completed! Aizreen dah marah!
            “Kak long ni! Orang tak ada apa-apalah dengan dia,”marah Aizreen.
            “Amyline, jangan usik si adik tu, kesian,” ujar daddy.
            “Alah, bukan selalu nak kacau budak dingin ni,” balasku pula. Daddy hanya boleh menggelengkan kepala. Dah masak dah dengan perangai aku yang suka mengusik Aizreen.
            Aizreen memandangku tajam. Tak suka digelar budak dingin.
            “ Amyline, pergi mereka dah panggil itu,” menyedari aku akan bertolak tidak lama lagi, mommy menyuruh aku naik ke kapal terbang. Namun sebelum itu, aku menyalami kedua-dua ibu bapa aku, tidak lupa adik-adik aku serta sanak saudara yang hadir untuk menghantar aku.
            Aku pergi dengan riak wajah sedih yang terpahat di wajah ibu bapaku serta Arrisya namun tidak pada Aizreen. Wajahnya yang tiada riak itu membuatkan aku tertanya-tanya akan perasaannya. Bertahun aku mencuba untuk membongkar rahsia di sebalik wajah itu namun hampa. Tiada apa yang diceritakannya kepada aku. Mungkin pengalamannya selama 3 tahun  tinggal di asrama membuatkan dia menjadi sebegitu. Dan adikku itu boleh melihat benda yang orang tak nampak. Dia salah satu daripada yang terpilih.
*_*
amyline_erlina@yahoo.com : Assalamualaikum J.. Whats happen to you? Orang mesej tak balas... Orang call tak jawab, nasiblah online ym. Kalau tak sah kak long hempuk-hempuk kamu dengan lappy.
aizreen_eryna@yahoo.com : Waalaikumussalam L.. Jangan lah pukul orang dengan lappy, rosak lappy nanti siapa nak beli. Tahulah kita orang berada tapi janganlah asyik perhabis duit mommy.. Nanti Reen nak pakai habis dah..
amyline_erlina@yahoo.com : Banyaklah kamu.. Sesedap hati je nak perhabis duit mommy, kerja tak nak..
aizreen_eryna@yahoo.com : Hey! Reen kerjalah..
amyline_erlina@yahoo.com : Kerja buat novel je pun.. Kalau diterbitkan dapat duit.. Seronok ke kerja macam tu? Pendapatan tak tetap.
aizreen_eryna@yahoo.com : Bila masa Reen nak kerja sebagai novelis sentiasa.. Yang itu buat sementara. Lepas habis spm dapat keputusan nanti, Reen pergi U ambil undang-undang. Senang.. Kita gunakan kisah mereka lalu kita jadikan cerita dan tambah keperitan dalam kisah hidup mereka jadilah sebuah novel yang menarik hati pembaca..
amyline_erlina@yahoo.com : Pandai kamu yer.. Putar belitkan ayat orang..Mentang-mentang nak jadi lawyer dia lawan cakap dengan orang sehingga orang tak boleh balas. Tak apa, nanti kita tengok dia berjaya tak selesaikan kes di mahkamah.
aizreen_eryna@yahoo.com :   Oh! Dia cabar kita yer.. Tak apa! Nanti dia! Kalau kita berjaya, dia nak bagi apa?
amyline_erlina@yahoo.com : Nak bagi apa ye.. Nak bagi apa? Reen yang tentukan.
aizreen_eryna@yahoo.com : Kalau Reen menang! Reen nak tapis setiap lelaki yang berkawan dengan kak long.
amyline_erlina@yahoo.com : Yang itu memang Reen sedang buat pun! Tapis je sentiasa.. Kak long akan bagi i-pad kat Reen kalau Reen menang..
aizreen_eryna@yahoo.com : Kita tengok siapa menang..
amyline_erlina@yahoo.com : Yup, kita tengok..
aizreen_eryna@yahoo.com : Kita tengok 6 tahun kemudian.. Buat macam nak lawan esok je. Teruk tol! Kak Long balik bila? Cepat sikit kak! Den nak ambil keputusan minggu depan! Jangan buat hal!
amyline_erlina@yahoo.com : Hehe.. Kak long ambil flight esok, lusa malam kak long mungkin sampai..
aizreen_eryna@yahoo.com : Call me okay?
amyline_erlina@yahoo.com : InsyaAllah kalau phone dia tu tak tutup..
aizreen_eryna@yahoo.com : Ada-ada je kak long ni! Orang tak tutup phone lusa ni.
amyline_erlina@yahoo.com : Okeylah, akak nak tidur ni. Dah pukul 12 tengah malam dah kat sini..
aizreen_eryna@yahoo.com : La.. kak long..baru pukul 3 petang kat sini..
amyline_erlina@yahoo.com : Oit! kak long di mana, kamu di mana..
amyline_erlina@yahoo.com : Loyar buruk je tau.. Assalamualaikum
aizreen_eryna@yahoo.com : Waalaikumussalam
            Pejam celik-pejam celik dah 3 tahun aku berada di bumi Melbourne ini.. Aizreen akan mengambil slip SPMnya minggu hadapan.. Tengoklah keputusan, nak menangis ke nak melompat pilih nak mana satu!
            Hey apalah yang aku meraban tengah malam ni. Lebih baik aku tidur. Lagi best.
            Aku menutup laptop lalu menutup lampu ruang tamu, it’s time for sleep.
*_*
Di lapangan terbang..
            Ah! Segarnya! Hehe.. Biasalah dah bertahun-tahun di negara orang, balik negara sendiri macam tak pernah balik pula.
            Nak call budak ni ke tak yer?
            Call lah..Kalau tak call mak cik tu mengamuk pula. Sedang asyik mencari nama Aizreen, aku telah dilanggar oleh seorang pemuda yang kelihatannya hendak cepat. Alamak! Phone aku jatuh! TIDAK!!! Aku bingkas mengambil phone aku! Fuh! Mujur sahaja tak retak. Kalau tak, siap dia.. Aku menekan butang dial apabila menemui nama Aizreen.
            “La, ingatkan tak angkat tadi, kot-kot lah off phone,” aku memerli si Aizreen.
            “Assalamualaikum, cik kak! Orang dah berkurun di sini kak baru call?”perli Aizreen pula. Eh? Dah berkurun? Dia memandang ke depan.
            “Ceit! Buat perhabis kredit orang je,” Aizreen tersenyum sinis.
“ Nak call, tak nak pandang depan,” perli dia seraya berlalu ke keretanya. Aku rasa macam dah terbakar. Kureng punya adik!
*_*
Di ruang makan..
            “Angah nak ke U Melbourne,” hampir tersembur air yang baru ku minum apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aizreen.
            “Kenapa pula?” tanya mommy.
            “Angah kan dapat biasiswa, pilih ajelah U yang hebat-hebat,”komen daddy pula. Aku akui Aizreen memang pandai 11A+! Rasa macam tak boleh dipercayai je.. Tapi itulah keputusan SPM dia..
            “Angah nak ke situ, sebab ada kak long, lagipun angah kan kena check siapa kawan lelaki along,” kata Aizreen selamba. Ceit! Aku tak kawan dengan lelaki la!
            “Along mana ada kawan lelaki,” bela aku.
            “Angah tetap nak pergi ke U Melbourne,” kata Aizreen tegas. Mommy dan daddy yang mengetahui arahan itu tidak boleh dibantah atau Aizreen tak akan belajar hanya mengangguk.
            Menyibuk je angah ni! Semua tentang orang mesti dia nak ambil tahu! Curi phone dia kang! Naya kot?
*_*
Di ruang tamu..
            “ Angah dan Along nak pergi?? Habis tu adik tinggal seorang! Kejamlah along dengan angah ni! Tapi tak apalah tiada siapa nak berebut laptop dengan adik,” kata adikku sambil tersenyum lebar. Aku rasa macam nak hempuk je kepala budak ni dengan beg yang aku pegang ni. Kureng punya adik! Dia boleh cakap macam tu lagi! Tension ni!!
            Aizreen ku lihat cuba untuk mencubit Arrisya, namun Arrisya segera menyembunyikan dirinya di belakang mommy lalu menjelirkan lidahnya. Aizreen mengacah-mengacah Arrisya. Senyuman ikhlas terbit di bibir Aizreen. Jarang untuk kami sekeluarga melihat senyumannya itu. Yang ada pun senyuman sinis. Cool terlebih adikku ni!
            “ Angah, adik. Dah jangan berlari. Jatuh kang! Siapa nak tanggung?” tegur daddy.
            “Angah lah kejar adik,” balas Arrisya sambil membuat mata puppy eyes.
            “ Eh! Angah tak cari pasal pun! Adik yang cari pasal dengan angah,” bela Aizreen.
            Whatever, young kids! Harap je dah 18 tahun tapi perangai macam 8 tahun!” daddy menghalakan pandangannya ke arah Aizreen.
            “ Daddy, sejak bila angah dengan adik, kembar ni daddy? Angah besar dua kali ganda daripada adik ni!” perli Aizreen dalam nada yang nakal. Payah untukku melihat tingkah Aizreen yang nakal sekarang ni kalau tak serigala ais memanjang.
            Kau orang nak tahu tak kenapa aku panggil dia serigala ais? Meh aku beritahu..
1.      Sebab dia ni cool terlebih. Naik tension kalau cakap dengan dia ni. Tak percaya? Cubalah cakap dengan dia. Tambah-tambah kau orang yang dia tak pernah kenal ni, lagi dia cool silap-silap dia diam terus. Waktu tu naya kau orang.
2.      Sebab nama dia kan Aizreen, ais dengan Aiz kan lebih kurang nak sama bunyinya, jadi panggil ajelah dia serigala ais.
Hebat tak maksud dia? Hehe.. Biasalah aku kan pandai gelar orang. Piece..
Dah-dah tak payah melalut jom kita tengok apa yang jadi..
Muka daddy ku lihat sudah merah padam.. Apalah nasib? Kena perli dengan anak sendiri.
“Aizreen Nur Eryna! Sedap-sedap je macam makan kacang je kamu perli daddy yer? Memang nak kena lah kamu ni!” daddy cuba mencubit Aizreen. Namun Aizreen bingkas menyorok di belakang mommy.
“Sudahlah! Bapa dengan anak sama je!” tegur mommy.
“La, mommy dah nama pun bapa borek anak rintik mestilah sama kan?” aku pula menyampuk. Aizreen ku lihat sudah membuat thumbs up kepada aku. High five lagi aku dari thumbs up, apa punya adik lah! Tak pernah bersosial. Redha ajelah..
“Bapa borek anak rintik tu apa?” soalan yang keluar dari bibir Arrisya itu membuatkan kami terkejut. Nak jawab apa ni?
Hentam aje lah labu...
“Erk! Yang itu.. Yang itu..”
“ Sikap bapa yang dicontohi oleh anaknya. Seperti gunung berapi Krakatau yang pernah meletus pada hari Isnin, 27 Ogos 1883, tepat jam 10.20, terjadi ledakan pada gunung tersebut. Menurut Simon Winchester, ahli geologi lulusan Universiti Oxford Inggeris yang juga penulis National Geographic mengatakan bahawa ledakan itu adalah yang paling besar, suara paling keras dan peristiwa vulkanik yang paling meluluhlantakkan dalam sejarah manusia modern. Suara letusannya terdengar sampai 4.600 km dari pusat letusan dan bahkan dapat didengar oleh 1/8 penduduk bumi saat itu.
Menurut para peneliti di University of North Dakota, ledakan Krakatau bersama ledakan Tambora (1815) mencatatkan nilai Volcanic Explosivity Index (VEI) terbesar dalam sejarah modern. The Guiness Book of Records mencatat ledakan Krakatau sebagai ledakan yang paling hebat yang terekam dalam sejarah.
Ledakan Krakatau telah melemparkan batu-batu apung dan abu vulkanik dengan volume 18 kilometer kubik. Semburan debu vulkanisnya mencapai 80 km. Benda-benda keras yang berhamburan ke udara itu jatuh di dataran pulau Jawa dan Sumatera bahkan sampai ke Sri Lanka, India, Pakistan, Australia dan Selandia Baru.
Letusan itu menghancurkan Gunung Danan, Gunung Perbuwatan serta sebagian Gunung Rakata dimana setengah kerucutnya hilang, membuat cekungan selebar 7 km dan sedalam 250 meter. Gelombang laut naik setinggi 40 meter menghancurkan desa-desa dan apa saja yang berada di pesisir pantai. Tsunami ini timbul bukan hanya kerana letusan tetapi juga longsoran bawah laut.
Mulai pada tahun 1927 atau kurang lebih 40 tahun setelah meletusnya Gunung Krakatau, muncul gunung api yang dikenal sebagai Anak Krakatau dari kawasan kaldera purba tersebut yang masih aktif dan tetap bertambah tingginya. Kecepatan pertumbuhan tingginya sekitar 20 inci per bulan. Setiap tahun ia menjadi lebih tinggi sekitar 20 kaki dan lebih lebar 40 kaki. Catatan lain menyebutkan penambahan tinggi sekitar 4 cm per tahun dan jika dihitung, maka dalam waktu 25 tahun penambahan tinggi anak Krakatau mencapai 7.500 inci atau 500 kaki lebih tinggi dari 25 tahun sebelumnya. Penyebab tingginya gunung itu disebabkan oleh material yang keluar dari perut gunung baru itu. Saat ini ketinggian Anak Krakatau mencapai sekitar 230 meter di atas permukaan laut, sementara Gunung Krakatau sebelumnya memiliki tinggi 813 meter dari permukaan laut.
Menurut Simon Winchester, sekalipun apa yang terjadi dalam kehidupan Krakatau yang dulu sangat menakutkan, realita-realita geologi, seismik serta tektonik di Jawa dan Sumatera yang aneh akan memastikan bahawa apa yang dulu terjadi pada suatu ketika akan terjadi kembali. Tak ada yang tahu pasti bila Anak Krakatau akan meletus. Beberapa ahli geologi memprediksi letusan ini akan terjadi antara 2015-2083. Namun pengaruh dari gempa di dasar Samudera Hindia pada 26 Disember 2004 juga tidak boleh diabaikan.
Menurut Profesor Ueda Nakayama salah seorang ahli gunung api berkebangsaan Jepun, Anak Krakatau masih relatif aman meski aktif dan sering ada letusan kecil, hanya ada saat-saat tertentu para pelancong dilarang mendekati kawasan ini kerana bahaya lava pijar yang dimuntahkan gunung api ini. Para pakar lain menyatakan tidak ada teori yang masuk akal tentang Anak Krakatau yang akan kembali meletus. Kalaupun ada minimal 3 abad lagi atau sesudah 2325 M. Namun yang jelas, angka korban yang ditimbulkan lebih dahsyat dari letusan sebelumnya. Anak Krakatau saat ini secara umum oleh masyarakat lebih dikenal dengan sebutan "Gunung Krakatau" juga, meskipun sesungguhnya adalah gunung baru yang tumbuh pasca letusan sebelumnya.
Faham tak apa yang angah cerita ni?” Arrisya mengangguk kemudian menggeleng kemudian mengangguk semula.
Tension angah cerita dengan kamu ni!” kata Aizreen pula. Aku, mommy dan daddy terkedu. Biar betik adikku ni! Aku pandang mommy dan daddy. Mereka pandang aku! Kemudian kami memandang ke arah Aizreen.
“ Kenapa?” tanya dia selamba. Eh! Aku ketuk juga kepala budak ni! Takkan dia tak tahu yang kami terkedu dengar dia ceritakan tentang Gunung Berapi Krakatau! Dengan lancar dan fasih pula tu. Budak ni tukang hafal ke apa? Padanlah dapat A+ Sejarah!
“ Bangga along dapat adik macam kamu ni!” terluah juga apa yang aku pendam selama ini. Aku lihat keningnya berkerut. Aik! Silap ke apa yang aku cakap tadi? Betullah!
I don’t care!” katanya bingkas bangun lalu masuk ke biliknya. Cool nyer adik aku. Kau orang pun mesti tak percaya dengar dia cakap aku. High five please!
*_*
Cafe di U Melbourne.. Dah balik Melbourne dah! Jangan terkejut yer..
            “ Hai! Lama tak jumpa,” sapaku kepada rakan-rakanku iaitu, Nur Eki Mysara, Amarina Madina dan Syifratul Ezzi.
            “ Mana tak lamanya, kau pun berkurun duduk di kampung tak sedar?” perli Eki. Eki seorang yang mulut laser, sakit juga dengar dia cakap. Fuh! Pedih telinga.
            “ Salah ke?” balasku selamba.
            “ So, apa keputusan SPM adik kau?” tanya Madina.
            “ Tanyalah dia sendiri,” kata aku selamba lalu duduk di sebelah Ezzi.
            “Angah mai sini! Bakal lawyer, ex-novelis mai sini!” perli aku selamba.
            Future lawyer is real but.. I’m not ex-novelis okay?” kata dia lalu duduk di sebelahku. Aku jeling dia, dia jeling aku. Ah! Sudah!
            “ Angah? Apa nama adik Amyline?” tanya Madina.
            Call me Aizreen,” balas adik aku tanpa nada. Rasa macam sombong pun ada budak ni. Tapi seperti yang telah diberitahu kalau dengan orang tak kenal dia akan jadi cool semacam.
            “ Madina,”
            “ Eki,”
            “ Hai! Nice to meet you, I’m Syifratul Ezzi!” Yang si Ezzi ni terlebih peramah, nanti tak pasal je sakit telinga.
            “ Tak tanya pun,” Hah! Like I say! Kan pedih telinga. Eki menghampiri aku lalu berbisik kepada aku. Namun, sebelum dia sempat berbisik..
            “Sombong giler adik kau!” Aizreen telah memotongnya. Bakal lawyer itu kelihatan tenang sungguh.
            “ Macam mana boleh Aiz tau?” tanya Eki pelik.
            Stop calling me Aiz, dah macam ais krim orang rasa,” kata nya selamba. Eki ku lihat hendak membisikkan sesuatu di telinga ku...
            “Adik kau ada kuasa magic ke? Meh orang jawab, saya tiada kuasa magic namun saya ada sesuatu yang hanya keluarga saya tahu. Saya boleh membaca fikiran dan mempunyai deria ke enam. So, hati-hati dengan apa yang berada di minda anda ye,” kata Aizreen selamba. Eki ku lihat macam nak hempuk Aizreen dengan lappy dah ni.
            “Dah! Dah jangan bergaduh!”aku merungkaikan bibit-bibit pergaduhan itu.
            “Macam budak-budak. Come, Aizreen! I want to show you apa yang ada di dalam U yang besar ni!” kata Ezzi lalu menarik lengan Aizreen.
            “Tak pandai cakap English full ke?” dalam orang nak tolong dia pun boleh mengutuk lagi. Kureng punyer adik!
            Aku menggeleng-gelengkan kepala. Pening dengan sikap adikku seorang. “Wei, aku ke ladies sekejap,” kataku kepada yang lain yang masih tinggal.
*_*
Di dalam perjalanan ke toilet...
            “Tension dengan sikap adik? Kalau tak suka dia boleh beri kepada saya. Cute pun cute,” okey sekarang aku tak tahu jembalang mana yang cakap ni. Aku pandang ke kiri dan ke kanan lalu memecutkan diri.
            “HANTU!!!!”jerit aku lalu berlari dengan lajunya.
            Pemuda itu tersenyum sinis. ‘ Teruk punya perempuan. Tak pernah nak cover malu lansung,’ kata hati pemuda itu.
*_*
Di restoran..
“ Aku dengar kau perkena budak course perniagaan. Budak freshie ke?” tanya Aril lalu memandang ke arah Adam.
“ Tak, dia bukan freshie, adik dia freshie ler. Dan adik dia cantik but a bit sombong and cool. Kalau kau nak ngorat pun Aril pada. Dia boleh baca fikiran,” kata Adam.
“ Macam mana kau tahu?” tanya Aril pula.
“ Tadi waktu aku nak breakfast tadi aku duduk belakang meja mereka so aku dengarlah. By the way sebelum ni pun aku rasa aku pernah jumpa mereka berdua. Bila yer?” Adam berfikir-fikir sambil memetikkan jarinya.
“ Hah! Baru aku ingat, dekat airport! Aku pernah terserempak dengan budak tu. By the way bukan terserempak tapi terlanggar. Waktu tu aku nak rushing, tiba-tiba aku terlanggar budak ni. Naya-naya! Phone dia jatuh, so aku patahlah balik nak minta maaf. Tiba-tiba aku dengar dia bercakap dengan adik dia. Serius! Lepas-lepas mereka blah aku gelak habis-habisan. Lawak tahu tak? Adik dia yang berkurun tunggu depan dia, dia tak nampak! Spesies apa ntah perempuan ni! Aku cakap panjang lebar macam ni kau faham tak?”
“Tak faham!” balas Aril selamba.
There’s no point talking to you,”
Then, don’t talking to me, but talking to kayu. Senang hati, lega jiwa,” selamba je Aril menjawab kata-kata Adam sebentar tadi.
Now! Aku rasa macam nak gila!!’ jerit Adam di dalam hati.
*_*
Di rumah sewaku..
            “ Eh! Aku tak faham! Ulang balik apa yang kau cakap tadi,” kata Madina. Ni pun spesies bongok juga ni.
            “ Angah! Ambil recorder(ops! Information! Bukan recorder nyanyian tu yer! Ni record suara lepas tu play balik),” kata aku selamba. Angah tidak mengambil telefon sebaliknya dia memberikan aku phone.
            Aku menjongketkan kening. Apa hal? Aizreen mengambil phone aku lalu diplaykan semula kata-kata yang terakam tadi.
            “Macam ni! Cik Amarina Madina! Tolong dengar baik-baik cakap aku ini. Fokus kat sini! Bukan dekat Izham yer! Kisah dia start macam ni... (kalau kau orang nak tahu kau orang scroll atas balik, tak larat aku nak tulis) Ada faham?” terdengar telefon itu menceritakan dari A-Z apa yang aku cakap tadi.
            “Tetap tak faham!” balas Madina pula.
            “Eih! kau dengarlah rakaman tu berulang kali sampai kau faham! Aku dah tak larat!” kata aku lalu masuk ke dalam bilik.
            “ Kenapa dengan dia? bad mood je..” soalan Madina membuatkan Aizreen pandang ke arah laptop lalu membukanya. Malas nak layan!
*_*
Di cafe..
            Aizreen memandang ke arah lelaki itu. Dia cuba menganalisa sikap dan perasaan lelaki itu, dia cuba untuk menyelami jiwa lelaki itu. Mungkin dia boleh menggunakan deria ke enamnya ini untuk membantu orang.
            He’s perfect! Lansung tiada masalah yang meranta hidupnya kecuali dia menghadapi kesukaran untuk mengorat seorang perempuan. Aik! Muka hensem pun orang tak nak ke? Tak apa kita cuba selidik siapa yang dia suka. Mungkin kita boleh tolong’ kata Aizreen di dalam hati.
            Dia mula merapati lelaki itu. Rasa ingin tahunya membuak-buak. Dia duduk di hadapan lelaki itu tanpa mempedulikan pandangan tajam lelaki itu.
            “Patah hati? Sebab digelar hantu? It’s so funny!” Aizreen memulakan bicaranya. Seketika dia  melihat ke arah lelaki itu yang tengah berkerut mukanya.
            “Takkanlah perkara itu pun awak boleh tahu? Awak memang ada 6 deria. Tahniah! Jarang saya jumpa orang yang punya kelebihan seperti awak,” Adam bercakap sambil memerli. Kacau line betul minah ni.
            The problem is.. The woman yang awak ganggu tu. She is my sister! Dan saya diberi hak oleh dia untuk menyiasat tentang latar belakang siapa yang nak berkawan dengan dia, dan awak salah satunya,” kata Aizreen dalam nada sinis. Rasanya kena letak dalam diari ini, budak ni tegur orang dulu! Fuh! Cool!
            “Dan saya tidak teringin lansung nak berkawan dengan kakak awak tu,” tutur Adam tegas.
            “ Malu tapi mahu!” perli Aizreen.
            “Jangan sesekali ganggu saya. Awak memang ada hak untuk menyiasat tentang lelaki yang rapat dengan kakak awak! But not me!” Adam mengambil begnya lalu berlalu.
            Aizreen tersenyum sinis. Ingat orang tak tahu ke apa yang ada dalam hati dia. Hey! I’m Aizreen Nur Eryna lah!
*_*
            “Gila!! Ini baru first time aku berjumpa dengan perempuan macam dia tu! Kalau aku ketuk kepala dia sampai berdarah aci tak? Bagi hilang deria ke 6 dia tu! Menyusahkan hidup orang!” Adam menyumpah-nyumpah sendirian. Izham yang baru pulang dari berdating dengan perempuan mana entah menggeleng-gelengkan kepalanya. Faham dengan sikap Adam kalau dia tension mesti cakap seorang diri.
            “Kenapa tengok aku macam orang tak siuman ni? You think I am insane??” tanya Adam menjegilkan matanya.
            “Memang aku fikir kau gila pun. Tegur anak dara orang kata nak ambil adik dia. Lepas tu hari ini kutuk perempuan mana pula dah?” tanya Izham.
            “Sekarang aku dah tak nak kat adik dia. Gila punya sinis cakap. Tak ada lembut-lembut lansung, taulah ada deria ke enam tapi janganlah sesuka hati baca minda orang,” kutuk Adam lagi.
            “Hah! Bila kau jumpa dengan adik perempuan dia? Cantik tak?” tanya Izham bertalu-talu.
            “ Kau takkan nak dekat adik dia kalau kau dengar cara dia cakap. tak ada maknanya nak lembut-lembut!” kutuk Adam lagi lalu berlalu.
            Now! Aku pening dia nak kat adik dia ke kakak dia?’ tanya Izham sendirian.
*_*
Di dalam perjalanan ke cafe..
            “Jagalah adik awak tu! Suruh dia cakap lembut-lembut sikit, ni tak ganas memanjang. Kalau perangai dia macam tu tak ada siapa nak kat dia?” aku termangu. Suara ni datang lagi. Jembalang ni mai lagi. Apa lagi yang jembalang ni nak?
            Seperti biasa aku pandang ke kiri dan ke kanan. Seperti yang diberitahu oleh Aizreen supaya memandang ke belakang aku lakukan. Betapa terkejutnya aku melihat seorang lelaki di belakang aku.
            “Mak!!!” Fuh! Terkejut! Ingatkan selama ni jembalang rupanya orang. Buat orang terkejut sahaja.
            Who are you? Kenapa kacau aku? Menyibuk je!!”aku meluahkan rasa tidak puas hatiku. Dalam diam, aku cuba cover malu. Mana tak malunya. Orang rupanya yang aku panggil hantu hari itu. But! Wait a minute! Dia cakap pasal adik aku ke tadi! Yang mana satu? Yang ganas setiap masa? He’s talking about who? Adik, memang tak logik lah! Angah, eh angah ni bukan jenis tak layan lelaki and cool sepanjang masa. Hehe.. Mesti budak ni kena kaw sungguh-sungguh dengan adik aku! Padan muka dia.. Kejam kan aku ni? Bluek!
            My name is Adam Niq Ezmir bin Tan Sri Rafee. Berumur 23 tahun, masih single. Ambil course perniagaan because papa ada syarikat sendiri. Tahun ni tamat belajar. Tak pernah bercinta. Dan, apa lagi yang awak nak tahu? Kalau awak nak tahu, awak tanya adik awak mesti dia beritahu dari A-Z tak usah saya beritahu dah,” terang Adam panjang lebar.
            Am I look like I care?” kataku selamba lalu berjalan pergi. Ah! Aku dah terhasut dengan perangai cool adik aku! Aku memang-memang dah insane!! Nak sebut gila tak sanggup sebutlah insane, insane kan gila juga. Ah! Aku dah meraban!!
            Adam termangu sendirian. Gila! Adik dengan akak sebijik! Sejibik! Sejibik!! Ah! Aku rasa macam nak katuk je budak berdua tu. Orang nak tackle akak, adiknya menyibuk. Perangai pun sejibik jer! Ah! Mana nak cari perempuan sebelum  aku tamat belajar ni??? Tension!!
            Adam meramas rambutnya. Sudah kusut masai dirinya ketika ini! Sungguh dia kusut. Nak cari yang lain? Sorrylah! Perangai gedik semacam naya je kena tolak free-free dengan mama. Papa!!! Tak boleh ke beri syarat lain?!!
*_*
6 tahun yang lepas..
Di ruang tamu rumah milik Tan Sri Rafee..
            “ Cari seorang wanita yang baik untuk dijadikan isteri kamu. Kalau kamu tak jumpa, kami yang akan jodohkan kamu dengan seorang perempuan. Listen that! Adam Niq Ezmir!” Tan Sri Rafee berkata tegas. Dia mencerlungkan pandangannya ke arah Adam.
            “ Tapi papa..”
            “Keputusan papa muktamad Adam! Papa tak nak kamu selepas pulang dari Melbourne terus jadi tak tentu hala. Papa tak nak semua itu Adam! So, selamat mencari yer Adam,” kata papa lalu berjalan ke tingkat atas. Adam memandang mamanya, berharap agar mamaynya memujuk papanya agar tidak mengenakan syarat sebegitu. Namun mama hanya menjongket bahu lalu mengikut langkah Tan Sri Rafee ke atas.
            Adam termangu. Mana nak cari ni? Dahlah budak kat Melbourne pun teruk-teruk. Yang baik pun beberapa kerat sahaja. Cuba sahajalah.
Sekarang..
            Adoi!! Bala-bala! Tulah awal-awal tak nak ingat nak cari bini sekarang ni baru kelam-kabut! Naya lah aku macam ni! Tinggal 3 bulan je lagi! Adoi! Tension memanjang aku kalau macam ni.. Semua perempuan yang baik kat sini pun dah ada pak we! Naya aku! Takkan nak pilih budak junior! Perempuan itulah satu-satunya harapan aku! Terpaksalah aku berhadapan dengan dia dan adiknya.
*_*
Di cafe..
            Aim! Aim! Mana mereka? Aku tengah desperate ni! Tinggal kalau kiraan mengikut hari tinggal lagi 83 hari je lagi! Apa? 83! Naya lah aku kalau camni,’ gumam Adam di dalam hati.
            Tiba-tiba dia ternampak seorang wanita berlalu melepasinya. ‘Tak silap aku itu adik perempuan tu! Wait a minute! Nama perempuan tu pun aku tak tahu! Macam mana nak buat bini ni! Adoi! Pening kepala aku!! Whateverlah! Yang penting aku kena jumpa budak itu dulu!’
            “Adik! Adik!” panggil Adam. Hentam sajalah! Namapun tak tahu! Takkan nak gelar woi!
            “ Aizreen! Rasanya senior tu panggil engkau lah Aiz!” tegur Ezzi. Aizreen menjeling ke arah Ezzi sambil menghantarkan pandangan yang bermaksud ‘ aku bukan ais krim’.
            “ Biarkan dia! Padan muka! Ikut sedap dia je nak mengutuk aku! Sekarang nak pikat kakak aku jumpa aku pula! Banyak cantik!” selamba Aizreen menuturkannya sedangkan mulut Ezzi dah terlongo. Sampai boleh masuk tikus kut aku rasa.
            Tiba-tiba Adam menghalang jalan Aizreen. Mulut Ezzi yang sudah terlongo tadi membulatkan matanya pula. Isy! Isy! Anak siapalah ni?
            “Awak ni! Menyusahkan hidup saya tahu tak? Dah ikut saya! Wait for a minute! Nama awak apa? Nama kakak awak apa?” tanya Adam blur. Mulut Ezzi makin terlopong. Aizreen memandangnya dengan riak muka yang tak percaya. ‘ Nak ngorat kakak orang, tapi tak tahu nama. Kerja gila!’ gumam Aizreen.
            “ Panggil kita orang Nur,” selamba sahaja.
            ‘ Woi! Takkanlah nanti waktu aku nak pinang jawab aku nak pinang Nur. Nur yang mana? Blur juga aku! Apa-apa sahajalah! yang penting dia perlukan budak ini sekarang,’
            “ Tak yah buat muka blur, itulah  pengajaran kalau tak tahu nama orang,” kata Aizreen seraya berlalu.
            “Nur! I need you!” kata Adam tegas.
            For what? Kalau ada orang nak terberanak, sorry orang bukan doktor. Kalau ada orang nak bercerai, sorry belajar tak sampai tarat mana nak handle kes.. Sorry yek! Sebab orang tak boleh tolong,” kata Aizreen selamba. Ezzi yang mendengar hampir tertawa.
            “ Awak ni nak jadi lawyer baik ke lawyer buruk. Loyar buruk je tau!” kata Adam pula.
            “ Tak apa! Kalau orang tak percayakan orang, sebab orang lawyer buruk tak apa. Sebab my dad ada syarikat sendiri. Saya boleh tumpang kekayaan dia, so awak nak cakap apa?” selamba je Aizreen ni.
            ‘ Hey! Kalaulah boleh! Aku memang nak tampar budak ni free-free je. Tak boleh diguna pakai lansung. Macam manalah perempuan tu boleh ada adik macam ni?’ gumam Adam.
            “ Nak buat macam mana takdir menentukan sikap saya dengan akak saya lain. So jangan tanya macam mana kakak saya boleh ada adik macam saya,” kata Aizreen selamba. Ezzi dah ternganga. Hey hari ini kerja Ezzi ternganga ajelah! Lalat!! Jom masuk mulut Ezzi!!
            ‘Gila! Dia tahu aku nak tampar dia! Ah! Lupa! Budak ni ada deria ke enam’ kata Adam lagi di dalam hati.
            “Memanglah tahu! Redha ajelah sebab terjumpa dengan orang yang sikapnya macam saya,” kata Aizreen pula. Merah sudah muka Adam.
            “ Berhenti baca minda orang boleh tak? Tension tahu! Dah saya nak bincang dengan awak tentang something. Kita duduk dulu,” pelawa Adam. Aizreen dan Ezzi terus duduk di meja yang kosong.
            “ Tentang apa?” tanya Aizreen.
            “ My dad ask me untuk cari perempuan yang baik untuk dijadikan isteri, dia nak saya cari perempuan itu di Melbourne. Balik nanti dia nak jumpa. Masalahnya sekarang masa saya  sudah suntuk. Saya akan habiskan pengajian saya di sini selama 83 hari lagi. Jadi saya kena bawa seorang perempuan tepat pada hari terakhir itu. Awak boleh tolong saya untuk buat akak awak ikut saya?” tanya Adam sambil memandang ke arah Aizreen.
            “ Kalau tak?” tanya Aizreen.
            “ Kalau tak dia akan cari perempuan untuk dikahwini dengan saya,” terang Adam.
            “Jadi terima ajelah orang yang dia cari,” balas Aizreen selamba.
            “ Masalahnya, saya tak tahu lansung siapa perempuan itu dan saya berharap saya dikahwini oleh perempuan yang saya kenal,”
            “ Hah? Awak kenal kakak saya ke?” tanya Aizreen pula.
            “Tak, tapi saya boleh cuba kenal kakak awak,” balas Adam pula.
            “ Sebulan lagi awak jumpa saya, dan dalam masa itu awak buat istikharah. Betul atau tidak pilihan awak ini? Lepas tu beri jawapan pada saya, ok?” tanya Aizreen.
            “ Tapi kenapa sebulan?” tanya Adam pula.
            “ Saja, nak bagi waktu awak makin suntuk,” kata Aizreen selamba. Dia berjalan meninggalkan Adam yang masih termangu-mangu. Ezzi hanya mengikut Aizreen tanpa banyak soal.
            “ Eh! Aizreen, kenapa kau nak suruh dia tunggu sebulan baru beritahu awak jawapannya,” tanya Ezzi.
            “Nak bagi dia terseksa. Kan 83 tolak 30 tinggal 53 je. Waktu itu mesti dia lagi tension kan?” balas Aizreen selamba lalu mengukir senyuman sinis. Ezzi hanya mengangguk-anggukkan kepalanya. Dah macam burung belatuk gamaknya.
*_*
Di ruang tamu di rumah sewa..
            “Along! Jangan bercakap dengan mana-mana lelaki,” arah Aizreen. Aku memandang Aizreen dengan mata yang tepat ke arahnya.
            But, why?” tanya aku semula.
            “ Sengaja!” balas Aizreen selamba lalu berlalu ke dapur. Oh! Kenapalah aku ditakdirkan untuk mempunyai adik sebegini?
            “Terimalah qada’ dan qadar Tuhan,” terdengar kata-kata Aizreen daripada jauh.
            “Aizreen, jangan baca minda orang ikut suka hati kamu!!” jerit aku daripada kejauhan. Ish! Meluatnya aku!!
            “ Nak baca jugak!!” balas Aizreen selamba. Aku mengetap bibir kegeraman. Apalah nasib ditakdirkan ada adik yang macam ni? Tapi bila difikir-fikir balik. Senior tak pernah buli dia ke? Waktu aku first time masuk sini kena buli teruk-teruk juga. Kalau aku tak tahan dah lama aku blah dari sini.
            Mungkin pernah kot.. Entahlah, dia tak pernah cerita. Whatever..
            “Senior nak buli angah? Huh! Rasa macam kena pelempang dulu kot? Along! Angah hampir dibuli,” cerita Aizreen.
            “ Bila?” tanya aku tidak sabar-sabar.
            “Waktu along kena kacau dengan jembalang tu lah!” perli Aizreen.
            “Hey, jembalang tu ada nama tau..! Waktu tu along nak pergi cafe lepas tu terserempak dengan dia. Dia dengan selambanya perkenalkan diri dia, waktu first time along panggil dia jembalang, dia kata kamu cute. He is a mystery guy..!” kata aku sambil memandang ke arah Aizreen. Kelihatan dia menjuihkan bibirnya.
            “Kenapa dengan kamu ni? Dah buang tebiat. Elok pa, dia kata kamu cute. Bolehlah along dapat adik ipar hensem macam dia,” cerita aku beria-ia.
            “Dia tua 2 tahun dari along, which means dia tua 5 tahun daripada orang, mana boleh!” pintas Aizreen.
            “Eh, mana kamu tahu?” tanya aku dengan penuh curiga.
            “Dia minta izin nak tackle along. Ops! Silap! Dia minta izin nak nikah dengan akak! Hah! Tu baru betul,” kata Aizreen selamba. Aku mengetuk kepala Aizreen. Budak ni, tak pernah serius.
            “Aduh! Kejam mu..! Macam manalah budak tu nanti kalau dapat isteri macam along ni? Jangan dia balik rumah mommy lebam satu badan sudah!” kata Aizreen.
            “Eh, kamu nampak ke dia lebam satu badan? Hah! Kamu pernah ehem..ehem dengan dia pa?” serentak dengan percakapanku, kepala aku diketuk.
            “Otak tak pernah merah.. Blue aje memanjang,” kata Aizreen. Dia menjeling ke arahku tajam.
            “Terimalah qada’ dan qadar Tuhan,” ujar aku seraya memerli. Sebab dia kan pernah bercakap sama seperti percakapanku tadi.
            “Auch!Auch! Sakit!” Aizreen mencubitku bertubi-tubi. Sakitnya bukan main! Aduh! Nayalah suami kau kalau macam ni Aizreen oi!!
*_*
Di rumah sewa Adam..
            “Aku dah tak tahanlah macam ni! Budak ni ish! Tak tahulah nak cakap apa tentang budak ni!” adu Adam.
            “Relakslah, esok dah genap satu bulan kan? So, kau pergi jumpa dia esok! Kalau dia main tarik tali, kau tarik je dia guna tali,” kata Aril selamba.
            “Esok, kau orang teman aku jumpa budak ni, harap je 18 tahun tapi perangai macam orang lagi dewasa daripada dia,” kata Adam lagi.
            “Tapi, serius aku rasa aku dah jatuh cinta dengan kakak dia, wah, cantik giler perempuan tu,” Aril dan Izham tergeleng melihat teletah Adam.
            “Kau memang dah angau Adam oi..!” ujar Izham.
            “Sebab itulah aku nak kahwin dengan dia dengan secepat mungkin,” ujar Adam. Izham melempar bantal ke arah Adam.
            “Gatal!”
*_*
Di Cafe..
            Aku memandang ke arah Ezzi yang kelihatan tercari-cari someone. Kadang-kadang dia menolak bahu Aizreen yang kelihatan sangat selamba waktu itu.
            “Woi, kenapa dengan kau Ezzi. Kesian si Aiz itu asyik kena tolak,” ujar Eki. Seperti biasa Aizreen akan menjeling ke arah Eki. Dia sudah tak larat untuk menasihati Eki agar jangan memanggilnya Aiz. Nampaknya, Eki ni memang tak makan saman.
            “Hati-hati Eki, muka angah tu aku lihat macam nak terbakar dah tu. Tunggulah masanya dan dia akan mengejar kau sampai kau tak cukup nafas,” kata aku selamba.
            “Ek eleh tak hairan pun,” kata Eki pula.
            Tiba-tiba mata aku memfokus ke arah tiga orang lelaki yang sedang memerhati kami dari jauh dengan pandangan yang cukup tajam. Aku mula kecut perut. Mereka ini nak buat apa? Dahlah mereka berjalan ke sini pula tu.
            “Nur!!” tersedak Ezzi mendengar panggilan itu. Aizreen ku lihat hanya membuat muka selamba. Dia minum air yang berada di hadapannya. Sekarang, aku mulai pelik lelaki ini panggil siapa?
            “Awak panggil siapa? Di sini ada tiga orang Nur,” tanyaku lalu memandang ke arah lelaki yang pernah mengenalkan dirinya sebagai Adam.
            “Kita jumpa seminggu lagi, make sure time tu hati awak betul-betul pasti dengan apa yang awak nak lakukan,” kata Aizreen. Dia hanya bermain I-pad di tangan ketika berbicara dengan lelaki itu.
            “Awak memang dah gila! Tinggal 52 hari lagi. Nanti tak pasal sahaja kot?” kata Adam pula.
            “Tak pasal apa?” tanya Aizreen. Dia masih lagi bermain I-pad.
            “Kata Aril, kalau awak asyik bermain tarik tali dengan saya, nanti saya tarik awak dengan tali,” Aril menyiku Adam. Sesedap hati dia aje nak ambil ayat aku.
            “Sememangnya di tangan awak ada tali ke?” tanya Aizreen selamba. Aku memandang mereka bertiga. Seakan ada rahsia yang disembunyikan daripada aku.Ha’alah, kan adik aku ada cakap mamat ni ada minta izin nak nikah dengan aku.
            “Tak adalah, tapi saya nak balik rumah lepas habis exam hujung minggu ni,” kata Adam.
            Aizreen mencatit sesuatu di buku notanya. Kemudian dia memberikannya kepada budak lelaki itu.
            Good luck!” katanya.
            Adam aku tengok dah happy memanjang. Oh my dear sister! Aku belum sedia nak kahwin lagi..!!!
            “Angah..”
            Why?” Aizreen tersenyum sedikit. Aku mulai rasa macam nak hempuk Aizreen sekarang ni.
            Thanks, Nur,” Adam pergi meninggalkan mereka dengan senyuman di bibir.
            You are dead!!!” kata Ezzi. Aizreen memandang Ezzi.
            “Kenapa?” tanya Aizreen.
            “Apa yang angah beri kepada Asam?” kata aku dengan mata yang mencerlung tajam.
            “Asam?!!” terjerit Aizreen, Ezzi dan Eki serta Madina.
            “Ops. Silap, Adam,” kata aku apabila menyedari kesilapan aku.
            “Adalah gelaran yang aku nak ejek kat mamat tu yer,” kata Ezzi.
            “Hehe..” aku tersengih, entah apalah nak jadi nanti.
            “Kak, hujung minggu ni kita balik,” kata Aizreen. Serentak kami semua memandang ke arahnya.
            “Kenapa?” tanya aku, agak pelik.
            “Kan kita ada 3 bulan cuti,” kata Aizreen sambil tersengih.
            “Ha’alah!”
*_*
Di KLIA..
            “Apa mimpi kamu balik ini?” tanya mommy.
            “Hehe.. Bukan orang nak balik, angah yang ajak,” kata aku lalu menunjukkan ke arah angah.
            “Oh, maknanya kamu lansung tak nak balik yer,” rajuk mommy.
            “Mommy, bukan orang tak nak balik, orang nak balik. Jangan merajuk yer, mommy. Muka dah macam orang lebih tua daripada mommy, sudah,” pujuk aku. Mommy mencubit lengan aku. Hehe..
            “Along!!” jerit Arrisya lalu berlari ke arah aku. Aku mendepangkan tanganku lalu memeluk adikku.
            “Dah! Kamu nak peluk ke apa ke kat rumah nanti, jom balik!” arah daddy. Aku hanya tersengih.
*_*
Di rumah Adam..
            “Macam mana?” tanya Tan Sri Rafee.
            “Nah, ni alamat perempuan tu. Tapi, sebelum tu Adam pergi dulu lah ke rumah tu, ada hal sikit,” kata Adam.
            “Okey, 2 minggu lagi papa bawa rombongan meminang,” kata Tan Sri Rafee. Dia menyerahkan kembali alamat itu kepada anak lelakinya.
            “Dah, Adam kamu naik atas dulu. Rest dahulu. Nak bincang dengan dia pun tunggu esok okey?” kata Puan Sri Raina.
            Okey, mum,” Adam naik ke atas. Beg-begnya sudah dibawa oleh pembantunya naik ke atas.
            Dia masuk ke biliknya lalu menghempaskan tubuhnya ke atas katil.
            You are mine..” kata Adam sebelum terlelap dalam tidurnya yang sebegitu lena.
*_*
Di dalam perjalanan ke rumah aku..
            Adam memandu keretanya ke rumah perempuan idamannya. Di dalam kereta Mercesdesnya itu, kawan-kawannya yang sangat ‘baik hati’ sudi  menemani dia ke rumah itu. Sedangkan, dia tahu niat mereka ni. Nak mengurat. Kot-kotlah mereka ada adik yang lagi cantik kat rumah itu. Fuh! Izham tu tak padan dengan dah ada girl friend nak mengurat lagi. Aril tak apa lagi, single and available.
            Akhirnya, mereka tiba ke tempat yang dituju. Aril dan Izham keluar dengan bersemangatnya. Adam keluar dengan selamba. Walaupun dia yang nak pergi merisik tapi dia tenang je.
            “Assalamualaikum,” panggil Aril.
            “Waalaikumussalam,” terdengar suara seorang wanita menjawab.
            “Ya, encik bertiga ni nak cari siapa?” tanya pembantu rumah itu.
            “Saya nak cari empunya rumah ini. Sorry, saya tak tahu nama,” ujar Adam.
            “Kalau tak tahu nama, macam mana boleh tahu rumah ini?” tanya pembantu rumah itu dengan mimik muka yang blur.
            “Anak tuan rumah ini yang bagi, namanya Nur, and kakak dia panggil dia Angah,” terang Adam panjang lebar.
            “Erm.. Saya tak tahu saya boleh bawa encik masuk ke tak? Tapi saya akan panggil angah,” kata pembantu rumah itu lalu naik ke tingkat atas untuk memanggil Aizreen.
            “Angah!” panggilnya.
            “Yes, Mak Mah? Kenapa panggil angah?” tanya Aizreen.
            “Ada tiga orang lelaki di luar rumah, nak jumpa ayah angah. Lebih baik angah pergi jumpa lah. Mak Mah tak tahu nak bagi budak-budak tu masuk ke tidak?” kata Mak Mah.
            “Sebentar Angah pergi tengok,” kata Aizreen lalu memakai tudung Ariani yang memang sudah tersedia.
*_*
Halaman rumah ku..
            Yes, Mr. Adam. Kenapa datang?” tanya Aizreen.
            “ Saja, nak melawat. Bongok! Saya mai sini dululah nak pastikan betul atau tidak rumah ini?” kata Adam.
            So, sekarang dah betul. Awak nak buat apa?” tanya Aizreen pula.
            “Angah, kenapa bersembang di luar? Ajaklah mereka masuk,” arah Dato’ Mustafa. Adam memandang ke arah Aizreen.
            He is my father. Jom, masuk sebelum saya dileter panjang!” kata Aizreen lalu masuk. Adam, Aril dan Izham melangkah masuk ke rumah itu.
            “Wei, kau ambil kakak dia. Aku ambil dia boleh?” tanya Aril sambil tersengih-sengih.
            “Ambil ajelah, tak kisah,” kata Adam selamba.
*_*
Ruang tamu rumahku..
            “Pak Cik sebenarnya kami semua datang ni ada hajat. Adam ni dia nak melamar anak gadis pak cik,” ujar Aril. Dato’ Mustafa memandang ke arah Adam.
            “Along! Tolong buatkan air untuk mereka,” arah Dato’ Mustafa. Aizreen sudah menghilang entah ke mana.
            “Berapa orang daddy?” tanya aku. Aku melangkah ke ruang tamu. Betapa terkejutnya aku tengok mamat-mamat ni ada di rumah aku. Segera aku mengingati semula benda yang diberikan kepada Adam. Yes! Aku rasa itu alamat rumah. Mati kau, Aizreen!
            “Kamu kiralah sendiri. Takkan daddy nak tolong kira kot, along!” aku tersengih sendiri. Lantas, aku bergerak ke dapur.
            “ Yang mana satu, Adam. Pak Cik ada 3 anak perempuan. Aizreen Nur Eryna ke Amylina Nur Erlina ke Arrisya Nur Emelda?”tanya Dato’ Mustafa. Dia sengaja meletakkan Aizreen di atas kerana tadi dia melihat Aizreen bersembang bersama mereka. Pasti, Aizreen mengenali mereka. Anak gadisnya itu, tidak akan rapat dengan orang yang tidak dia kenali.
            Adam mulai blur. Kenapalah nama anak perempuan pak cik ni semuanya ada Nur, payahlah kalau macam ni!
            Aizreen mula menjengukkan kepala apabila mendengar namanya disebut. Bantal yang memang dia peluk daripada tadi didakap erat.
            “Aizreen Nur Eryna kot pak cik,” ujar Adam. Serentak bantal yang dipeluk oleh Aizreen dilempar ke arahnya.
            “Mak oi! Minah mana pula yang mengamuk ni?” ujar Izham.
            That’s my name, encik Adam. Awak nak kat along tapi sebut nama saya. Memang peliklah mamat ni!” ujar Aizreen. Dato’ Mustafa memandang ke arah Adam lalu memandang ke arah Aizreen.
            “So, dia dah luluslah ni?”tanya Dato’ Mustafa. Aku yang mendengar pertanyaan daddy segera menjawab.
            “Lulus dah lah tu, kalau Aizreen bagi dia alamat rumah tanpa beritahu kat along dan di depan mata along,” kata aku. Dulang yang dipegang diletakkan di atas meja.
            “Okey, so. Kamu bertiga memang tak tahu nama anak perempuan pak cik,” tanya Dato’ Mustafa dengan riak tidak percaya. Serentak ketiga-ketiga mereka menggeleng.
            “Yang along ni nama dia Amylina Nur Erlina, yang budak ni Aizreen Nur Eryna. Yang budak kecil tu, Arrisya Nur Emelda,” terang Dato’ Mustafa.
            “Tapi, along pelik lah. Takkan mereka ni tak tahu kot?” tanya aku dengan riak wajah tak percaya.
            “Tanyalah budak sixth sense tu. Sesuka hati dia je baca minda orang,” selamba je Adam berkata. Bantal yang berada di sebelah Aizreen diambil lalu dibaling ke arah Adam.
            “Woi! Ni bukan Adam yang kena, tapi si Aril ni. Tak apalah, Encik Aril kita ni kan baik. Demi nak tackle budak garang lah kata,” perli Izham. Aril mengambil bantal yang dilempar oleh Aizreen lalu dilempar semula ke arah Izham.
            “So, kamu nak yang mana?” tanya Dato’ Mustafa.
            “Eh, daddy ni macam nak jual anak je ni,” perli aku. Macam nak jual aku je.
            “Yang sulung, cik Amylina Nur Erlina. Mama dengan papa saya nak datang merisik 2 minggu lagi, pak cik,” terang Adam yakin. Aku rasa macam nak pengsan je ni. I’m just 21 years old!!!
            “Oh, kamu tak kisah ke, budak ni bukannya umur 23, sebaliknya 21 tahun. Kecil lagi, masak pun tak berapa nak boleh,” kata Dato’ Mustafa. Serius! Aku tak reti nak masak. Masak maggi acilah!
            “Terpaksa ambil awal, takut orang lain ambil. Lagipun kan tak patut tunang lama-lama,” kata Adam pula.
            “Ye, betul-betul. So, 2 minggu lagi ye, pak cik tunggu,” aku rasa macam nak pengsan dengar apa yang diperkatakan oleh daddy. Aku menjeling ke arah Aizreen. Dia hanya senyum memerli. Aizreen, you are dead!!
*_*
Bilik Aizreen..
            Aku masuk ke dalam bilik Aizreen. Kosong. Tiba-tiba aku terdengar bunyi air. Ceit! Budak ni tengah mandi, tak apa-tak apa. Kita tunggu.
            Dalam masa itu, aku mengambil laptopnya.  Aku membuka ruangan novelnya. Mak oi! berderet! Cerpen, novel semua ada!
            Aku membuka pula blognya. Wah! Banyaknya cerpen dia yang dah siap. Kita layan jom! Dah bertahun-tahun tak buka blog adik ku seorang ni..
            “Hah!” sergah Aizreen.
            “Oh mak kau!” latah aku. Aku ni memang tak boleh orang sergah sikit mulalah nak melatah.
            “Padan muka! Buka laptop orang tak minta izin! Dah, syuh! Pergi guna laptop sendiri. Jangan kacau hak milik orang,” ujar Aizreen sambil menolak-nolak tubuhku.
            “Angah! Kenapa perkenenkan orang dengan mamat tak cukup skru tu! Tak suka! Tak suka!” bentak aku sambil memasamkan muka. Betullah kata Aizreen, aku lagi manja daripada Arrisya. Dan Aizreen lah anak yang paling matang. Matang lah sangat!
            He will be a romantic guy that you will never seen in your life! Tambah-tambah pula dia dah lama cintakan akak. Dan angah nak beritahu, cinta selepas kahwin lebih bermakna daripada sebelum kahwin, kalau tak percaya cubalah,” ujar Aizreen dengan mata yang sengaja dikelipakan. Gatal punya adik!
            “Habis tu kenapa tak kahwin dengan dia? Then, bercintalah selepas kahwin,” ujarku pula. Tak pasal-pasal je aku yang kena kahwin dengan mamat tak cukup skru tu.
            “Sebab jodoh dia tertulis untuk akak,” balas Aizreen pula.
            “Mana kamu tahu?” tanya aku pula. Pandai-pandai aje budak ni.
            “Sebab di Loh Mahfuz takdir akak tertulis hanya untuk dia,” balas Aizreen pula.
            “Mana kamu tahu? Daripada tadi jawapan yang sama je,” balas aku tidak puas hati.
            Because he love you!” balas Aizreen.
            He is a mystery guy, yelah datang rumah orang tiba-tiba pinang orang. Maunya tak pelik, kenal pun tidak!” balas aku pula.
            “Tapi dia kenal orang kan?” bidas Aizreen pula.
            “Eh, lawyer ni. Orang cakap dia menjawab, orang cakap dia menjawab. Hempuk kang!” balas aku dengan mata yang sengaja dijegilkan.
            “Dah nama pun future lawyer,” balas dia pula.
            “Eih, malaslah nak cakap dengan kamu ni!” kata aku lalu keluar dari bilik.
            “Kalau dah malas kenapa nak cakap?” balas dia dari jauh. Now, aku rasa dah menyampah nak cakap dengan setiap future lawyer and lawyer. Kalau kita cakap mesti mereka menjawab. Hey, dah nama pun lawyer.
*_*
Bilikku..
            Kalau diikutkan hati, memang si asam tu dah gila. Ada tidaknya, merisik dua minggu lepas kejadian dia mai kena baling bantal dengan Aizreen. Merisik tu sekali dengan meminang pula tu. Gila! Seminggu lepas tu, nak buat pernikahan. Dan sekarang, nak buat kenduri. Aku nak tanya macam mana dia boleh buat semua persediaan yang rapi dalam lebih kurang sebulan, atau memang dia tahu tentang semua ni daripada awal lagi.
            Aku makin rimas. Kenapalah si mak andam ni mekap aku tebal-tebal sangat ni. Sekarang dah payah aku nak tanggalkan. Kau orang jangan tak tahu pula. Aku dah kahwin dah pun. Semuanya berlaku dalam satu minit. Memanglah satu minit, dah akad tu pun makan berapa saat je pun.
            Malam akad dia tidur rumah dia, ye! Ye! Aku terlepas. Buat satu minggu! Malam ni aku tak boleh terlepas dah!
            “Sayang oi! Apa ke lamanya sangat kamu dalam bilik air ni woi! Orang nak mandi juga!” ujar satu suara daripada luar.
            “Yelah, orang nak keluar dah ni,” kataku lantas keluar. Dia terus memasuki bilik air tanpa mempedulikan aku. Aku kisah apa? Sekarang masa untuk aku landing! Haha.. Semuanya aku dah buat awal-awal. Solat dah, gosok gigi dah, basuh kaki dah. Now, it’s time for sleep!
*_*
Masih di bilikku..
            Aku terjaga apabila terasa tangan menari-nari di atas mukaku. Serius, geli! Spontan aku membuka mata, betapa terkejutnya aku apabila melihat mukanya dekat dengan aku.
            “Aa..” tak dan aku nak jerit lama, tangan dia dah tutup mulut aku. Aku tarik tangan dia.
            “Orang nak tidur, jangan kacau!” kataku lalu mengambil bantal. Tiba-tiba dia menarik lenganku, lalu aku jatuh ke dalam pelukannya.
            “Apa?!” bentak aku.
            Tiba-tiba dia mengucup bibirku. Aku membuntangkan mata.
            “Itu balasan, sebab berbahasa kasar dengan suami. Oh, mungkin sebab sayang belum jadi isteri yang sebenar-benarnya kot, sebab tu jadi macam ni. kasar kemain!” aku membuntangkan mata apabila mendengar kata-kata yang keluar daripada bibirnya. Yes, i admit that aku cakap kasar sedikit. Aku mengantuk ni! Nak tidur ni!
            “Orang nak tidur ni!” bentak aku sekali lagi.
            One!” aku memandangnya pelik. Apa ke jadahnya ni? Aku bangun daripada baringanku lantas duduk bersila. Bosan! Orang nak tidur tak boleh!!!!!
            Apa ke romantik yang kau cakap ni angah? Ni bukan romantik! Ni perdajalkan aku lagi adalah!
            “Kenapa?” tanya aku. Cuba melembutkan suara, kerana ingin menamatkannya dengan secepat yang mungkin.
            “Sayang tahu tak? Yang abang jatuh cinta dengan sayang sejak sayang masuk U lagi,” luah dia tiba-tiba. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Aku angkat bahu tanda tak tahu.
            “Yelah, memanglah dia tak tahu. Sebab selama ni angah je yang menjadi penghubung. Tau tak? Sejak angah muncul kan, dia yang buatkan abang makin tension, nak taknya dia suruh abang jangan munculkan diri depan sayang selama sebulan. Giler lah macam tu! Abang rindukan sayang tahu tak? Tapi bila abang muncul lepas sebulan tu, dia ajak jumpa seminggu lagi. No way! So, entah sebab apa hari itu hati dia baik sangat dia bagi alamat rumah sayang,” ujar Adam panjang lebar. Kan tekaan aku betul, benda yang dia bagi itu alamat rumah aku.
            “Bila abang jumpa rumah sayang, abang tak tunggu dah! Abang terus suruh mama dengan papa abang masuk meminang, sebab abang tak nak sayang dikebas oleh lelaki lain. I don’t want that things happen,” ujar Adam.
            “Sekarang sayang dah jadi milik abang, so, sekarang abang nak leraikan rindu yang telah angah buat demi nak satukan kita,” ujar Adam lantas menarik ku ke atas katil.
            I love you..” ucapnya.
            I love you too..” entah sejak bila perasaan itu bermukim di hati, namun yang aku tahu aku mencintai dia. Yes, I admit it, angah. Cinta selepas kahwin lebih bermakna daripada cinta sebelum kahwin.
*_*
Di halaman rumahku..
4 tahun berlalu...
            Dah  4 tahun segalanya berlaku. Alhamdulillah. Atas pengkosian hidupku dengan Adam, aku telah dianugerahi sepasang kembar yang sangat comel. Satu, Airiel Niq Ezmir bin Adam Niq  Ezmir. Yang kedua, Amarina Nur Erlina binti Adam Niq Ezmir.
            Perasan tak? Anak – anak kami nama nak dekat dengan kami. Biasalah, encik Adam itu nak anak-anak dia ada cop ANE! Nak semuanya ANE.
            Angah dengan selambanya memerli, “ane!!”.. Haha! Agak kelakar juga apabila melihat Adam mencubit adik iparnya yang nakal itu. Arrisya juga sudah semakin matang. Dah 12 tahun kan?
            Sekarang, berita terhangat Aril cuba tackle Aizreen... Hehe.. Ambik kau, Aizreen. Kata tak nak lelaki tua 5 tahun, last-last kena tackle dengan lelaki tua 5 tahun. Mereka akan kahwin tak silap aku dalam bulan 12 ni kot? Maybe.. Sebab angah tak nak bercinta.
            Madina pun dah berkahwin dengan Izham dan dikurniakan seorang anak yang bernama Aiman Zafri.
            Eki? Dia sekarang ni berada di oversea mengikut suami bekerja di sana. Hey, macam manalah lelaki dia boleh terpikat dengan si Eki ni? Bak kata angah, takdir dah tertulis di Loh Mahfuz, along oi! Nak buat macam mana? Redha ajelah!
            Ezzi sekarang ini bekerja sebagai seorang doktor di hospital yang berada di Sabah. Dia selalu mengadu kata nak balik. Tak tahan katanya! Siapa nak tahan bekerja di Sabah? Kau pujuklah tunang kau tu nikah dengan kau cepat-cepat oi, Ezzi! Insya-ALLAH! Boleh lepas.
            “Oh mak kau!” aku terjerit apabila Adam mencuit aku daripada belakang.
            “Sayang ni, tak habis-habis melatah! Padanlah pun, angah suka sergah,” kata Adam sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku mengetap bibir. Lantas, ku cubit pipi dia dengan sekuat hati.
            “Sakit?” tanya aku selamba lantas aku usap pipinya.
            “Sakit, tapi kalau tak nak abang sakit, sayang kena cium pipi abang. Baru hilang sakitnya,” kata Adam selamba. Demi keinginannya, ku turutkan jua.
            Tersenyum Adam apabila bibirku menyentuh pipinya. Lantas dibawa ku erat ke pelukannya.
            “Papa, mama! Tadi, dekat iklan ada cakap, perempuan dengan lelaki tak boleh duduk bersama, nanti ada anak, buang sana, buang sini, ish! Ish! Ish!” kata Airiel dengan pelatnya yang tersendiri. Adam membuntangkan matanya lantas mengejar anak sulungnya itu.
            “Airiel! Papa tak bagi Airiel tengok tv dah! Pandai bukan main!” kata Adam daripada jauh. Aku hanya tersenyum melihat reaksi mereka.
            Ya Allah, aku bersyukur dengan apa yang engkau telah berikan kepadaku. Terima kasih atas kurniaan-Mu ini. Terima kasih kerana utuskan angah untuk menjadi penghubung cinta kami. Ya Allah. Aku bersyukur kepadamu kerana telah diberikan anak-anak yang baik dan mendengar kata. Aku mohon agar anak di dalam kandungan ku ini, juga menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Amin Ya Rabbal Alamin.
            Aku mengusap-usap perutku yang belum menampakkan perubahan. Aku memandang ke langit sambil mengucapkan kata syukur kepada Yang Maha Esa.
*____________*
TAMAT..

p/s : Mungkin cerita ini nampak macam  Lia lebihkan angah daripada along, namun Lia dah cuba untuk membuat yang terbaik. Terima kasih, kerana sudi membaca.. Nama  yang ada di dalam cerpen ini ialah ihsan daripada kakak Lia, Nur Aizat Noor Manshah. Thanks ye akak, bagi nama, dah blur nak cari nama..

8 comments:

o-ReN said...

suka3...^_^

Aliaa Yasmin Noor Manshah said...

Thanks, O-Ren sebab sudi baca..

Anonymous said...

wow... I never thought anyone would ever use my name in their novel.. thanks!!!

This is a comment from a real person whose name is Aizreen.. ^^

Anonymous said...

what a good piece !! wow.. I never thought anyone would use my name in their novel.. keep on writing!! I'll read all ur stories.. ^^

From: TheRealAizreen ^^

Aliaa Yasmin Noor Manshah said...

Thanks, Aizreen sebab sudi baca.. Saya memang sukakan nama Aizreen.. Tak sangka ada yang nama Aizreen.. Saya minta izin ya gunakan nama awak tau..

fazi syah said...

wahhhh..best sangat..x buat ke part angah ngan airil..mesti pelik..haha..

Lia veSus Ayiz said...

Fazi Syah : Now, Lia pula rasa macam nak buat part angah dan aril! of course lawak! Hancur terus karakter angah!

Anonymous said...

Asalamualaikum....Alhamdulilah...bagus n cali cerita nya...teruskan berkarya...

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!