Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

23 June 2012

AFDK

Let’s The Story Begin
                Pang!
                Tamparan kuat menyapa pipi Dato’ Marlena. Namun dia tidak gentar, matanya mencerlung ke arah suaminya.
                “Kurang ajar kau?! Siapa yang ajar kau lawan suami hah?! Ikut suka hati akulah! Aku nak kahwin dua, ke tiga, ke empat ke?! Ikut suka hati aku! Aku dah diberi hak untuk melakukan semua itu!” kata Dato’ Malik tegas.
                “Awak tahu tak? Lelaki yang berkahwin lebih dari satu, dan melebihkan salah seorang daripada isterinya akan dibangunkan di akhirat kelak dengan keadaan yang cacat! Awak tahu tak semua itu?!” tanya Dato’ Marlena. Walaupun dianggap melawan suami, tapi dia terpaksa. Sudah bertahun-tahun suaminya mempersendakan dirinya. Kala itu, dia masih mampu bersabar. Anaknya masih kecil lagi. Anaknya perlukan kasih sayang seorang ayah. Namun, setelah bertahun-tahun menanti. Dato’ Malik masih lagi tidak mempedulikan puterinya yang satu itu.
                “Ah! Aku tak kisah lah semua itu! Yang penting, isteri aku di rumah itu lagi lawa dan cantik daripada kau!” ujar Dato’ Malik.
                “Sekurang-kurangnya lawatlah Puteri sekali-sekala. Ataupun awak dah lupa dengan dengan anak perempuan awak itu?” tanya Dato’ Marlena lembut. Kalau dia berkasar lagi kasar suaminya nanti.
                “Huh? Aku lawat setahun sekali pun dah kira ok! Atau kau nak aku lawat 2 tahun sekali? Boleh! Lagi senang hidup aku nanti,” ujar Dato’ Malik keras.
                “Jangan disebabkan awak benci saya! Awak buang Puteri! Dia anak awak! She’s your daughter! Satu-satunya anak yang awak punya! Dialah yang akan mewarisi harta awak dan harta saya, serta harta isteri kedua awak itu! Sedarlah, Malik! Harta yang awak punya tak boleh awak bawa ke akhirat! Hanya pahala  dan ilmu yang ada didada kamu! Bukannya harta yang banyak itu!” tegur Dato’ Marlena.
                “Ada aku kisah? Dahlah, aku nak balik lagi bagus! Daripada tengok muka awak yang asyik membebel aje, lebih baik tengok muka isteri kedua aku! Lagi berbaloi!” tungkas Dato’ Malik lalu berjalan pergi.
                “Awak tak nak tengok Puteri ka? Awak ingat! Puteri itu ialah satu-satunya anak awak, dan kalau awak terlupa akan namanya, saya boleh ingatkan! Nama anak awak ialah, Puteri Diana Kaarina binti Malik,” tegas Dato’ Marlena.
                I don’t care!” Dato’ Malik memasuki keretanya lalu memandunya pergi. Dato’ Marlena terduduk.
                Tanpa disedari mereka, seorang kanak-kanak mendengari perbualan mereka. Dia menangis tersedu-sedu.
*____*
                Puteri Diana Kaarina binti Dato’ Malik. There is a guest want to see you. Please go to the office now. Thank you,”
                Aku mengeluh. Inilah yang aku paling tak suka ni! Ingatkan belajar sampai overseas, tiada sesiapa nak cari. Rupanya ada juga! Terbantut selera aku nak makan! Hish!
                “Pergilah Puteri. Mungkin ada hal mustahak sehingga dia datang ke sini,” pujuk temanku, Isabella.
                “Kau kan tahu, aku paling meluat bila orang nak jumpa aku. Kalau mama tak apalah juga. Kalau papa aku atau mummy aku, macam mana?” tanya aku balik. Mummy ialah isteri kedua papa. Mungkin sebab dia tiada anak, dia suruh aku panggil dia mummy.
                “Ala, kau redha ajelah!” pujuk Farahin pula.
                “Yelah! Yelah! Jom, ikut aku!” kata aku lalu menarik mereka ke pejabat. Hish! Menyusahkan hidup betullah!
*____*
                As I expect! Papa and his second wife..
                Yes, Dato’ Malik! Kenapa papa nak jumpa Puteri?” tanya aku dingin. Dato’ Malik dan Datin Malina memandangku.
                “Hormat sikit kepada papa, Puteri!” tegur Datin Malina.
                “Huh, mama pun tak pernah tegur. Takkanlah, mummy nak tegur Puteri. Hey, sedar sikit diri eh!” ujarku keras. Riak wajah Dato’ Malik dan Datin Malina berubah tegang.
                Cut it out, Puteri Diana Kaarina! Papa dan mummy ke sini untuk bawa kamu balik. Sebab papa tahu kamu tak akan balik!” kata Dato’ Malik tegas.
                “Huh? Memang Puteri tak nak balik pun! Puteri boleh hidup walaupun tanpa papa di sisi. Sebab Puteri dah buktikan selama 13 tahun Puteri hidup dengan mama, and no papa in my life!” kata aku tegas. Dah 13 tahun aku hidup tanpa dia sekarang dia muncul balik. Ah! Cut it out!
                “Siapa kata no papa in your life? Buat pengetahuan kamu, Puteri Diana Kaarina. Papa tahu apa yang kamu buat. Walaupun papa tiada di sisi kamu, namun papa tahu apa yang kamu buat dan papa tahu di mana kamu berada. Kamu tak boleh lari dari papa, Puteri!” ujar Dato’ Malik.
                “Huh? Jadi selama ini papa upah penyiasat untuk siasat apa yang Puteri buat? Pa.. Ah!” aku melangkah keluar daripada pejabat diikuti Isabella dan Farahin. Aku melangkah ke  bilik dengan sebalnya.
*____*
                Dato’ Malik mengambil telefonnya lalu menekan nombor.
                “Bawa dia balik. Papa tak nak tahu caranya tapi pastikan dia balik!” ujar Dato’ Malik lalu menutup telefonnya.
                “Awak pasti ke dengan apa yang awak nak buat ni?” tanya Datin Malina.
                “Semua harta akan jatuh ke tangan dia. So, I will make sure dia tak buat pilihan yang salah!” ujar Dato’ Malik tegas.
                “Awak dah bincang dengan Marlena?” tanya Datin Malina.
                “Dah, dan dia dah bersetuju,” kata Dato’ Malik.
                “Harap-haraplah Puteri setuju,” kata Datin Malina. Kasih sayangnya tumpah kepada anak tirinya itu. Apatah lagi, dia tidak boleh melahirkan anak.
*____*
                “Eh! Apa ni? Jangan ganggu haluan saya! Go away!” kata aku rimas. Pemuda-pemuda di hadapan aku ini nampak muka macam Melayu tapi tak tahulah kot-kot bangla, ke pakistan ke naya je cakap bahasa melayu dia tak faham apa-apa! Hampa je!
                “Maaf cik. Kami diminta oleh Dato’ Malik untuk membawa cik pulang ke rumah,” kata pemuda itu sopan. Papa ni menyusahkan hidup aku betullah! Aku memandang pemuda itu tajam. Erm, handsome jugak ye? Pandai papa cari pekerja. Hehe.. Gatal juga aku ni!
                “And saya pun minta maaf, encik. Beribu ampun maaf saya pinta, encik. Sebab saya tak nak balik! FULL STOP!” kata aku lalu menghayunkan langkah ke kereta ku.
Namun, langkahku terhenti apabila melihat pengawal peribadi papa mengawal di sekeliling kereta Mazda 3 kepunyaanku. And, for information papa yang beli kereta itu.






                “Kenapa kamu semua mengawal di sini?” tanya aku. Padahal dah tahu pun, saja, buat-buat tanya.
                “Kami diperintahkan oleh Dato’ Malik untuk membawa cik pulang,” kata salah seorang daripada pemuda itu.
                If I say, I don’t want to go back?” tanya aku selamba. Muka pemuda-pemuda kelihatan berubah sedikit.
                “Then, kami terpaksa paksa cik,” kata pemuda itu lagi.
                “Eloklah! Kamu pun terpaksa nak paksa-paksa orang pula. Pigidah! Sesedap hati dia aje. Dah blah!” ujarku lalu menolak orang yang berjaga di hadapan pintu kereta. Aku masuk ke dalam kereta dan aku memandu keluar tanpa mempedulikan orang yang berjaga di belakang keretaku. Apa lagi? Mereka lari lah masuk dalam kereta masing-masing dan mengekoriku.
                Huh? Mereka fikir mereka boleh lawan aku. Ini Puteri Diana Kaarina la! Orang yang suka drift! Kelajuan kereta makin bertambah.
                Tiba-tiba, ada satu kereta menghalangi jalanku. Aku menekan brek kecemasan. Aku pandang kereta di hadapanku geram. Kereta-kereta milik pengawal-pengawal itu memagari jalanku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
                Seorang pemuda keluar dari kereta itu. Wah? Hebat nampak? Keluar orang kena bukak! Ni pengawal ke anak angkat papa aku?
                Dia mengetuk-ngetuk cermin keretaku. Aku menurunkan sedikit cermin.
                Yes? Why?” tanya aku tanpa nada. Walaupun ada sebal di hati namun aku sabarkan diri.
                “Keluar..” kata lelaki itu tanpa nada.
                “Tak nak!” kata aku selamba. Gila ke apa? Nak keluar ikut suka hati! Ntah-ntah perogol bersiri pun tak tahu. Eiih! Seram!
                “Saya bukannya perogol ke apa ke. Saya ni utusan papa aje,” kata lelaki itu lagi. Aku tersenyum sinis.
                “Papa? Dia ni memang tak suka orang hidup senang kot? Sedap-sedap je suruh pengawal bawa orang balik. Ingat orang patung ke apa? Anyway, macam mana saya nak pasti yang awak orang suruhan papa saya?” tanya aku kembali. Lelaki itu menjongket kening.
                “Saya bukannya pekerja dia! Sesedap hati dia je kata orang pekerja papa dia! Pa! Anak papa ni menyebalkan, tahu tak?” kata dia dengan nada yang perlahan. Ceit! Ingat orang tak dengar ke apa? Telinga orang bersih lagi tahu! Baru korek semalam. Ceyh! Cakap macam baru korek tadi tu!
                “Tak tahu pula awak ni bukan pekerja papa. Tapi, awak ni siapa ye? Tak pernah jumpa pun,” aku mengerutkan kening. Serius, aku tak pernah tahu mummy ada anak lain.
                “Balik. Kalau awak balik awak tahu. Kalau awak tak balik awak tak tahu,” balas lelaki itu.
                “Saya lebih rela tak balik,” kata aku lalu mengambil cermin mata hitamku lalu memakainya.
                “Please, ubah kereta ye,” ujar aku selamba. Lelaki itu mengarahkan pemandunya ke tepi. Aku terus memecut.
                “Tuan, kalau Dato’ tahu hal ini. Pasti kita kena marah tuan,” ujar Karim. Adif memandang ke arah Karim.
                “Tahulah saya nak handle,” kata Adif lalu masuk ke dalam kereta Mazda 6 miliknya.
*____*
                “Hai! We meet once again!” ujar Adif. Aku memandang ke arahnya. Dia lagi! Sejak aku tolak permintaan mereka nak bawa aku balik, lelaki ini asyik mengekoriku. Rimas tahu tak?!
                “Fine! Saya balik! Satisfied?” ujarku. Sekeliling U ini aku perhati. Kot-kotlah ada pelajar U, nak tak nak jadi gosip satu U! No way!
                “Itulah jawapan yang saya nak dengar! Jom, masuk kereta saya. Saya bawa awak balik,” ujar Adif. Mamat ni kenapa? Tak percaya kat aku ke apa? Tensionlah kalau macam ni!
                Then, saya nak balik rumah dulu. Letak kereta saya. Kemas baju saya. Then kita balik. Okay?” tanya aku pula. Kalau dia kata tak pun aku balik juga. Gila nak pergi sehelai sepinggang, hand bag aje ada. Kerja gila!
                “Kalau saya tak setuju?” tanya Adif cuba menduga.
                Then, saya tak balik lah!” kata aku selamba. Tanganku menguis rambutku yang sudah beterbangan.
                “Awak patut belajar dengar cakap saya. Kerana nanti awak kena dengar segala yang saya arahkan,” kata Adif selamba. Matanya memandang tepat ke arahku. Aku bertepuk tangan seolah-olah mengejek.
                “Saya? Dengar cakap awak? Boleh blahlah!” kata aku lalu masuk ke dalam keretaku tanpa mempedulikan dia.
                “Dan, saya akan  pastikan awak dengar cakap saya,” kata Adif seorang diri. Dia memandang ke arah Mazda 3 yang berlalu pergi itu.
*____*
                “Kau nak balik ke, Puteri?” tanya Isabella. Aku yang sedang ralit memasukkan baju memandang ke arahnya.
                Yes, Bella. I have to! Terpaksa,” kata aku lemah. Isabella memandangku dengan pandangan yang sayu. Siapa tak sedih oi? Kawan tinggalkan kita mungkin beberapa minggu aje kot? Ceit! Buat macam nak pergi bertahun – tahun tu. Hampeh punya kawan!
                “Siapa ambil?” tanya Isabella pula.
                “Entah. Nak kata pekerja papa, dia kata dia bukan pekerja papa. Tapi, orang-orang dia tu orang-orang papa. So, aku tak tahulah!” serentak dengan percakapan itu kepalaku diketuk oleh Isabella.
                “Bella! Sakit kepala aku!” aku menggosok-gosok kepalaku.
                “Itulah balasan bagi orang yang sesedap hati je percaya yang itu orang suruhan papa dia!” balas Isabella.
                “Bukan orang suruhan, utusan!” kata aku selamba.
                “Ish! Kau ni kan!! Tension tau cakap dengan kau!” jerit Isabella. Aku menggelengkan kepala. Yang dia pergi cakap dengan cow tu buat apa? Mestilah tension sebab cow itu asyik moo... moo..  aje..
                “Siapa suruh Bella cakap dengan lembu?” tanya aku sambil memandang ke arah Isabella.
                “Ha! Lembu! Orang depan aku ni lembu!” balas Isabella selamba.
                “Aku orang bukan lembu. Astaghfirullah-halazim. Lembu dengan orang pun dah tak reti beza. Kasihan kawan aku seorang ini,” kata aku lagi.
                “Puteri ni! Loyar buruk je tau! Pergilah ambil undang-undang jangan ambil bisnes. Menyakitkan hati orang betul,” balas Isabella. Muka putihnya sudah memerah. Aku hanya tergelak apabila melihat muncungnya itu.
*____*
                “Dah, siap dah?” tanya Adif. Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata Isabella. Entah-entah penculik kan naya!
                “Tumpang tanya boleh tak?” pintaku.
                “Tanya apa?” kata Adif tanpa nada. Malas nak melayan sebenarnya.
                “Macam mana saya nak tahu awak ini utusan daripada papa?” tanya aku pelik. Aku lihat dia mengambil telefon bimbit Samsung XIIInya (baru keluar. 31 May lepas. Ni yang nak promote sekejap :P)
                “Pa! Anak papa lansung tak percayakan Dif pa. Tension Adif dengan anak tunggal papa ni! Papa tak ada anak lain ke? Ni belum kahwin, kalau kahwin nanti lagi haru plus biru!” aku terlongo mendengarkan kata-katanya. Kahwin? In 22 years old! No way!
                Wait for a minute! Kahwin?!” jeritku agak kuat. Adif memandangku pelik. ‘Minah ni tak tahu ke?’ getus dia sendiri.
                “Kamu ni Adif! Papa baru nak bagi dia terkejut. Kamu ni, merosakkan plan papalah!” kata Dato’ Malik.
                “Habis tu. Adif nak buat apa sekarang ni?” kata Adif sambil memegang lenganku. Takut aku larilah tu!
                “Bawa dia balik. Tegas sikit dengan Puteri tu. Dia tak dengar cakap orang,” ujar Dato’ Malik.
                “Okey pa. Tahulah Adif nak handle Puteri,” kata dia lantas mematikan panggilan. Dia memandang ke arahku.
                “Masuk kereta,” arahnya. Bodohlah mamat ni! Tangan dia duk pegang lengan aku, lepas tu suruh aku masuk kereta. Manalah aku boleh bergerak! Bongok!
                Your hand, please..” kataku meleret. Nak bagi dia sedar sebenarnya. Dia mengerutkan keningnya.
                Aku mengangkat keningku ke arah lenganku. Dia memandang ke arah lenganku, dan serentak dia melepaskan tangannya. Aku memandangnya. Kelihatan dia sedang cover malu. Alahai, comelnya. Ops! Apalah aku ni? Mamat kerek tu boleh aku cakap comel. Tapi.. Dia memang comel pun plus handsome. Hehe.. Gatal aku ni! Tak boleh cakap apa-apa dah!
                “Dah, dah masuk kereta. Tak payah nak sengih seorang diri di sini. Orang tinggal kang!” terus aku mematikan sengihanku tadi.
                “Lagi seronok kalau awak tinggal. Tak payahlah saya nak balik rumah. And, I free!” ujarku selamba. Lantas berjalan menuju ke rumah sewaku. Baru nak langkah setapak, tanganku ditarik.
                Please.. Balik! Kalau awak tak balik, naya saya kena dengan papa. Please, Diana,” aku terus menjongket kening. Mataku difokus ke arahnya. Diana? Nama aku ke tu? Betullah, nama aku kan Puteri Diana Kaarina. Peliknya orang panggil aku Diana. (Sama perasaan bila Ustaz tiba-tiba panggil Lia, Yasmin. Terkejut nak mampos!)
                “Jangan nak jongket-jongket kening, mentang-mentang dia boleh jongket kening orang tak boleh. Perli eh?” ujar dia. Aku menjongket bahu, ada aku kisah? Ni hidup aku, bukan hidup dia. Janganlah atur hidup orang. Kerana takdir itu milik aku, bak kata Dian Zara dalam novel Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah.
                “Ikut suka hati oranglah. Jangan atur-atur tau! Tak sukalah!” aku masuk ke dalam kereta tanpa mempedulikan pandangan tajam yang diberikan oleh dia kepada aku. Cewah! Perasan nampak!
                Adif segera masuk ke dalam kereta  apabila melihat aku bergerak masuk. Tak jemput nampak!
*____*
                “Awak memang sengaja kan atur tiket macam ni?” kataku lantas duduk di atas kerusi.
                “Sebab saya tak nak pramugara2 di sini kacau awak,” balas Adif selamba. Aku mengetap bibir kegeraman. Amboi! Tak sayang mulut nampak! Orang dah cakap tadi, jangan atur hidup orang. Tapi dia atur juga. Apa nak jadi? Apa nak jadi? Alahai.. (nyanyi sikit yer)
                “Bukan saya cantik sangat pun, sampai semua awak yang atur,” kata aku lagi. Aku menjeling tajam ke arahnya.
                “Bukankah cik Puteri Diana Kaarina kita ni sebenarnya pelajar yang amat diminati para pelajar, tidak kiralah mahasiswa ataupun mahasiswi,” balas dia. Aku sekarang macam dah belajar bahasa melayu balik. Mahasiswa untuk pelajar universiti lelaki, dan mahasiswi untuk pelajar universiti perempuan. Ingat jangan tak ingat?
                “Awak faham ke tak mahasiswa dengan mahasiswi tu?”ujar Adif sengaja menduga. Aku mencebik.
                “Takkan saya nak lupa. Pelajaran tahun 1 tu..” aku termenung sendirian. Eh betul ke tahun 1? Bukan tahun 4 tahun 5 ke? Ah! Hentam ajelah labu..
                Kedengaran dia tertawa kecil. Hampeh punya Adif! Atau boleh digelar bakal suami. Tak guna betul! Kena cancel perkahwinan ni. Naya hidup aku kalau hidup dengan mamat kerek ni.
                Ah! 13 jam! Naya hidup aku. Ni dari Australia ke Malaysia atau London ke Malaysia ni. Lamanya.
                Aku ambil mp3 ku lalu dicucuk ke telinga. Play lagu Kosong lah. Rindu lah pula.
                Adif hanya memerhati. ‘Ish! Minah ni! Tak patut lansung. Tinggal aku seorang diri. Nak buat macam mana minah ni dah terbang ke dunia lagu lah pula. Adoi! Tidur dululah’ kata Adif di dalam hati.
*____*
                “Papa!! Kenapa papa jodohkan Puteri dengan mamat kerek ni? Kereknya ya ampun! Sakit hati Puteri cakap dengan mamat kerek ni! Ikut suka hati dia je nak atur hidup Puteri!” aku merungut di hadapan papa, mama dan mummy. Tiba-tiba aku berasa pelik. Sejak bila pula mama dengan papa berbaik ni? Ah, biar ajelah!
                Good job, Adif! Puteri ikut juga cakap Adif. Kalau sebelum ni orang papa tak boleh bawa dia balik, tapi Adif berjaya bawa Puteri balik,” tutur papa selamba. Ah! Aku paling meluat kalau tidak diendahkan sebegini. Aku melangkah ke arah mama lalu memeluknya.
                “Rindu dekat mama!” mama tersenyum lalu memelukku. Mama mengusap-usap rambutku.
                “Anak manja!” kata Adif agak perlahan namun sempat ditangkap oleh telingaku. Biasalah, pendengaranku kan tajam.
                “Mana ada! Awak lah anak manja! Semua nak ikut kata awak! Lansung tak pedulikan orang lain!” aku membantah kata-katanya. Kedengaran tawa daripada mama, mummy dan papa serta Adif. Aku yang berasa geram mengambil bantal lantas membaling ke arahnya. Meluatnya dengan mereka semua!!!!
                Aku melangkah naik ke bilikku dengan perasaan geram plus meluat plus benci dan semualah! Aku membaling bantal yang berada di atas katil. Geramnya tak terkira.
                Di dalam kegeraman, kepenatan mula terasa. Dan, akhirnya aku terlelap di atas katil.
*____*
                “So, akad nikahnya bila?” tanya Dato’ Marlena. Matanya difokuskan ke arah Dato’ Malik dan Adif.
                “Dalam minggu inilah. Takut Puteri hilangkan diri. Naya je..” kata Dato’ Malik sambil memandang ke arah Dato’ Marlena.
                “Harap-harap tak lah!” ujar Adif pula.
                “Hey, Adif. Nampak macam nak nikah besok je mummy tengok,” perli Datin Malina yang beberapa minggu lagi akan dianugerahkan gelaran Dato’ oleh Sultan Pahang.
                Adif tersengih. Tangannya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Cover malulah katakan.
                Cover malulah tu,” sakat Datin Malina lagi.
                “Hehe..”
                “Dahlah, esok Marlena dengan Malina bawa Puteri pergi try baju. Adif, pergi uruskan kursus nikah untuk Puteri dengan secepat yang mungkin,” arah Dato’ Malik.
                “Baik abang,” akur Dato’ Marlena dan Datin Malina.
                Ai’ ai’ captain!” Adif mengangkat tangan ala-ala polis yang akur dengan arah tuannya.
                Serentak ketawa mereka pecah.
*____*
                “Kenapalah saya kena ikut awak ke kursus perkahwinan secara berdua?” kata aku sambil menekankan perkataan berdua itu. Geram tahu tak? Kalau berdua mesti ada yang ketiga. Tapi sekarang ni aku bukan berdua dengan dia. Iyalah, malaikat di kanan dan di kiri aku dua. Malaikat dia dua. So sekarang ni dah berenam. Tapi, syaitan tu sengaja masuk line. Cucuk aku kiri kanan. Rimas tahu tak?
                “Takkanlah awak nak ajak mama kot? Mama dah pergi lama dah!” ujar Adif sambil menjeling ke arahku.
                It is more better than pergi sana dengan awak!” kata aku keras.
                “Sekarang ni kita dalam perjalanan, kenapa awak tak beritahu awal-awal? Boleh juga bawa mama sekali. Tapi waktu kursus ni mama kena window shopping tempat lain lah,” ujar Adif selamba. Aku menjeling tajam ke arahnya. Sengaja nak bagi aku sakit hati.
                “Yelah! Yelah! By the way, kenapa mama dengan papa boleh ngam eh?” tanya aku pelik. Iyalah, selama 13 tahun papa kahwin dua tak pernah papa dengan mama ngam. Tapi kenapa sekarang..?
                “Tulah! Duduk di Australia 5 tahun tak balik-balik. Mana nak tahu kan?” perli Adif pula. Ah! Kebas muka aku menahan rasa marah plus malu. Adoyai!
                “Orang malas nak balik sebab mama dengan papa asyik bergaduh. Nanti, mereka bergaduh nak orang duduk dengan mereka. Lebih baik tak payah balik,” ujar aku geram. Adif tersenyum sinis.
                “Nasiblah ada saya yang jadi tukang pendamai kan? Kalau tak sampai bila pun mama dengan papa awak tak akan berbaik kan?” ujar Adif pula. Aku mula menjadi pelik. Aku memandang ke arahnya.
                “Kenapa pula?” tanya aku sambil memandang ke arahnya yang tekun memandu.
                “Kalau saya tak beri tazkirah kat mama dengan papa awak tak adanya mereka bersatu balik,” ujar Adif. Ceit! Nak bangga nampak!
                And, sebab itulah mereka nak kahwinkan awak dengan saya. Oh! Tak patut betul!” ujar aku pula. Mataku kembali difokuskan ke jalan.
                “Awak tahu kan, awak yang akan mewarisi syarikat ayah awak, syarikat mama awak dan butik mummy awak. Saya pula akan mewarisi syarikat daddy saya dan sepatutnya dengan syarikat mummy saya tapi saya ada adik yang boleh membantu saya menguruskan semuanya. Tapi awak tidak punya semua itu. Jadi, papa awak pilih saya untuk support awak dan menguruskan syarikat2 yang bakal menjadi kepunyaan awak. Faham sekarang?” tanya Adif pula. Aku pula terlongo. Kayanya!
                “Kayanya!” kata aku sepatah. Adif mengerling aku sesaat kemudian menumpukan perhatiannya ke arah jalan.
                “Siapa awak ke saya?” tanya dia pelik.
                “Sayalah! Awak hanya akan mewarisi syarikat daddy dan mummy awak itupun awak perlu kongsi dengan adik awak sedangkan saya tidak perlu. Saya ada 3 syarikat di bawah saya. Tak sangka keluarga saya kaya ye?” kata aku selamba. Adif terlongo. ‘Minah ni tak pernah tahu ke yang dia kaya? Aku rasa otak dia jem sebab lama tak balik Malaysia,’ getus Adif sendirian.
                “Awak pula kena kongsi dengan saya,” balas Adif.
                “Tak boleh,” ujarku sepatah. Aku bukan tamak tau! Tapi, dia bukan sesiapa dalam hidup aku. Lainlah kalau dia suami aku. Baru bakal suami je..
                “Kenapa pula?” Adif bertanya pelik. ‘Bukan separuh dari harta dia itu milik aku ke? Dalam wasiat pun aku dapat separuh daripada harta dia. Pelik punya minah!’ getus Adif sendirian.
                “Sebab awak bukan family saya,” kata aku selamba. Adif menggeleng-gelengkan kepalanya.
                “Sabar. Tak lama lagi saya jadi family awak. Relax! Tak sampai seminggu. 4 hari je lagi,” aku terlongo mendengarkan kata-katanya.  4 days more!!!! No way!! Ah! Aku tak sanggup lepaskan title single and available ni. Eh, single ka? Bukan tunangan orang ke? Ah!! Aku tak sanggup!
                “Kenapa muka macam tertelan durian ni? Dah, jom keluar. Muka macam kena paksa kahwin je,” tanya Adif pelik. Dia membuka pintu.
                Aku membuka pintu dengan perasaan sebal yang bermukim di hati.
                “Awak ni memang tak tetap pendirianlah. Sat, kata muka saya macam tertelan durian. Sat kata muka saya macam kena paksa kahwin. Tapi, saya nak tanya bolehkah kita telan durian sebijik bukan dia punya.. punya apa.. punya isi? Entahlah saya tak tahulah! Dah lama tak belajar bahasa melayu,” balasku. Aku melangkah seiring dia. Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata Shah Rukh Han dalam filem apa ntah dah lupa. Kita musafir cinta, kita berjumpa seiring jalan. Macam tu lah.
                “Bukan awak memang kena paksa kahwin ka?” tanya dia balik.
                Whatever! Dah saya masuk dulu, duduk tempat lain. Jangan ganggu saya,” kata aku lalu meninggalkan Adif terpinga-pinga.
                ‘Redha ajelah dapat isteri macam tu. Eh, bukan bakal  isteri ke? Whatever lah dalam masa 4 hari lagi. She will be mine!’ kata Adif di dalam hati.
*____*
                “Aku nikahkan dikau, Putera Adif Fakhry bin Helmi dengan Puteri Diana Kaarina binti Malik dengan mas kahwinnya RM301290 tunai,”
                “Aku terima nikahnya, Puteri Diana Kaarina binti Malik dengan mas kahwinnya RM301290,” ujar Adif sekali nafas.
                “Sah?”
                “Sah!”
                Menitis air mataku apabila mengetahui aku sudah menjadi milik seorang lelaki yang bernama Adif. Wait for a minute dia tiru nama aku ke? Mentang-mentang nama aku Puteri dia tirulah tapi dia tukar jadi Putera! Hampeh betul! Memang takdir ke Puteri kena kahwin dengan Putera? Menyusahkan hidup betullah!
                “Puteri!” panggilan daripada Dato’ Marlena mengejutkan aku yang sedang leka berkhayal.
                “Kenapa?” tanya aku bingung.
                “Salam suami itu Puteri,” tegur Datin Malina pula.
                Serentak aku memandang ke hadapan. Terkejut aku melihat Adif di hadapan mata. Tanganku disua.
                Aku menyalami dia. Lama. Memang salam kena lama ke? Apabila tanganku dilepaskan, dahiku dicium. Lama lagi!! Kenapa tak buat cepat aje? Meluat tahu!
                “Sekarang semua harta bukan milik awak seorang sahaja. Separuh, separuh,” kata dia perlahan seperti berbisik. Memang bisik pun!
*____*
                “Boleh tak jangan peluk saya? Rimas tahu tak?” kata aku agak kuat. Boleh tahan tak kalau diri dipeluk erat seeratnya macam tak nak lepas! Tahulah dah halal! Orang nak tidur pun tak boleh!
                “Diana...” panggil Adif meleret. Kenapa panggil aku Diana? Kenapa tak panggil Kaarina? Lagi sedap!
                “Kenapa panggil saya Diana? Kenapa tak panggil Kaarina? Lagi sedap!” kata aku protes.
                “Kalau abang panggil sayang?” tanya dia pula. Sayang? Teringat kat satu video dalam laptop. Video kucing. Entah siapa upload  entah. Bunyi dia macam ni. ‘Sayang, sayang sayang sayang. Sayang sayang sayang? Sayang sayang sayang. Mmmuuuaah!’ Hehe... Kucing gatal!
                “Tak nak! Macam kucing gatal!” kata aku kembali. Dia mencubit pipiku. Adoih! Apa kes mamat ni?
                “Oh! Kata kat abang kucing gatal eh? Jaga dia,” Adif seperti hendak menerkamku. Ish! Adidas betullah mamat ni!
                “Uwek! Tak kena pun!” balas ku semula.
                “Eh, Diana. Takkan dah nak muntah? Abang tak buat apa-apa lagi,” aku mencubit pinggangnya apabila aku sudah memahami maksudnya. Betul-betul macam kucing nak mengawan! Eh! Awat aku kaitkan manusia dengan kucing ni? Hey! Dah tak betul gamaknya aku ni! Parah! Parah!
                “Jangan nak mengada!” aku memberikan amaran.
                “Tak mengada-ada cerita pun!” Ya Ampun! Ya Allah! Ya Rabbi! Ya Rahman! Ya Rahim! Aku cakap lain, mamat ni cakap lain. Sengaja nak bagi aku sakit hati.
                “Diana..” panggilnya meleret. Aku melepaskan rangkulannya dan berlalu ke katil.
                Yes, why?” tanya aku semula.
                “Assalamualaikum..” aku blur! Kenapa dengan mamat ni? Tiba-tiba ucap salam. Dah tak betul gamaknya. Jawab ajelah!
                Apabila aku sudah memahami renungannya, aku mengangguk. Biarlah, apa yang terjadi selepas ini jadi rahsia. Moga kami berbahagia ke akhir hayat. Good bye!
*__TAMAT__*
p/s : Cerpen first yang pendek.. Hehe.. Tak pandai buat berpen pendek. Ni first time.. Dan ni cerpen ketiga Lia.. Kalau ada sumur di ladang boleh kami menumpang mandi kalau ada umur yang panjang Lia buat cerpen yang banyak lagi ye.. Insya-Allah..


5 comments:

fazi syah said...

sweet sangat :)

Anonymous said...

4AFDK tu ap?

Anonymous said...

AFDK tu apa?

Anonymous said...

AFDK tu ap?btw cerpen sweet sgt...

Lia veSus Ayiz said...

Anonymous : AFDK tu Adif Fakhry Diana Kaarina

x tahu nak letak tajuk apa, bantai ajelah! Hehe..

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!