Followers

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia

Pesanan Daripada Ayiz Dan Lia
Selamat datang ke laman web kami ini, semoga terhibur dengan karya-karya yang telah kami hidangkan buat santapan semua.. Akan tetapi, jangan sesekali copy our karya - Ayiz & Lia

Jumlah Insan Yang Sudi Mengunjungi Blog ini..

10 April 2012

Novel : Hana Syafika ( Part 1 )




Bab 1
   Nama aku Hana Syafika binti Tan Sri Ismail.Aku baru berumur 24 tahun.Aku ada dua orang abang dan seorang kakak.Aku baru balik dari oversea di Cario.Aku ambil jurusan perniagaan.Sebab apa?Sebab walid aku paksa aku kerja di syarikat dia!Wua!!Aku tak nak!!!Last-last aku kata seperti ini.
   “Walid.Nanti-nantilah Ika kerja di syarikat walid.Buat sementara ni Ika nak rest,”baru aku nak lepas dari tempat kerja untuk beberapa ketika.Umi aku Puan Sri Syarifah pula bersuara.
   “Umi bagi masa tiga bulan untuk kamu berehat.Lepas masa tiga bulan tu umi nak kamu belajar masak!Apa ni?!Anak dara tak pandai masak!Lepas dah belajar masak baru kamu kerja!”kata-kata umi sudah bulat.Aku meneguk liur.Terasa kesat la pula.Aku menggaru-garu kepala.Pengsanlah aku macam ni.Aku mengalih pandangan ke arah abang-abang dan kakakku serta abang iparku serta anak-anak saudaraku yang sedang menahan tawa.
   Kureng punya abang.Kureng punya akak.Kureng punya anak saudara.Berapa banyak punya kurengla?
   “Apa lagi yang kamu sedang garu kepala tu?Fikir idea untuk mengelatlahtu,”tembak umi.Aku hanya tersengih.Hai lah umi.
   “Umi.Walid.Lepas belajar masak tu,Ika nak kerja di tempat lain dulu sebelum kerja dengan walid boleh?”buat muka comel Hana Syafika.Pujuk-pujuk.Kaukan anak bongsu.Pasti boleh lepas punya.Hehe.
   “Iyalah.Lepas ni tak boleh minta excuse dah.Setahun je tempohnya,”putus walid.Aku tersengih macam kerang busuk.Happy yok!
*_*
   “Hai Ana!”sapa aku riang.Abang aku yang walid aku suruh angkut sekali di biarkan je.Buat dek je.Pandai-pandailah sendiri.Ada aku kesah?
   “Aik!Ika!Bawa bodyguard sekali ka!”usik Raihanah.Temanku.
   “Nak buat macam mana?Arahan komander.Lebih tegas dari Ketua Polis Negara!Pengsan aku!”aku meluahkan segala-galanya.
   “Woi!Aku nak duduk mana?”tanya abangku.Hanif Safwan namanya.Adoi!Bising betullah mamat ni.
   “Duduk atas bumbung,”balas aku bersahaja.Peduli apa aku!Dia duk atas bumbung ke atas pokok ke?Boleh dia tanya dia nak duduk kat mana?Terus Hanif mengambil tempat di sebelahku.Hah!Tau pun nak duduk mana.Tadi asyik tanya orang sangat.
   “Tau pun duduk.Ingatkan tak tau,”perli aku.Ambik kau!
   “Ingatkan ada orang nak jemput duduk.Rupanya haram!”perli Hanif pula.Eh,apa pulak ni main perli-perli orang pulak.Katuk dengan air jus ni baru tau.
   “Woi!Tak payahlah main tenung-tenung.Nak gaduh balik nanti baru gaduh.Apa-apa ajalah kau orang berdua ni.Tu tengok waiter tu pun sapai naik kematu tunggu pesanan dari kau orang tau tak,”bebel Raihanah.
   “Tak tau,”serentak aku dan Hanif berkata.Raihanah buat muka sememeh.
   “Cepatlah order!”Raihanah menguatkan sedikit suaranya.
   “Yelah!Cik dua nasi goreng kampong dan dua oren jus,”aku membuat pesanan.Aku sememangnya sudah maklum yang si Hanif ni memang sukakan nasi goreng kampong.Pi lah mana pun!Yang ni la makanan kegemaran dia.
   “Raihanah!Tolong carikan pekerjaan aku,”aku berkata selamba tidak diperdulikan Raihanah yang sedang minum air.Apalagi tersembur lah air dia.Nasib baik dia sempat telan.Kalau tak,tak sanggup den nak fikir.
   “Apa kes kau tak nak kerja di syarikat bapak kau tu,”Raihanah menekan perkataan bapak kau di hujung ayatnya itu.
   “Aku belum habis cakap lagipun,”Aih!Budak ni!Orang belum habis cakap lagi dia nak menyampuk!Cepuk kang!
   “Yelah!Yelah!”Raihanah mengalah.Tahu sangat dia dengan perangaiku yang ala-ala lelaki ni.Hehehe.Kutuk diri sendirilah pula.Walaupun perangai aku kasar tapi aku tutup aurat oo..Sekarang tudung aku dah bertambah labuh.Dulu tudung biasa-biasa je.Ni pun sebab pi Cairo.Hehehe.
   “Aku nak declare kerja buat setahun yang bakal datang.Insya Allah,”aku menyuap nasi goreng yang amat menyelerakan tu.Ermm..Nikmatnya.
   “Sebab?”
   “Malaslah nak kerja kat syarikat walid ,”serentak itu juga aku mengaduh.Pedih tul.Apa ke hal abang aku tiba-tiba ketuk belakang aku ni?
   “Patutlah mengelat dua macam je.Rupa-rupanya,mu malas noh,”perli Hanif.
   “Ikut suka hati akulah,”aku memang malas bab kerja-kerja ni.Tak minat lansung nak kerja kat syarikat.Aku nak jadi lawyer.Aman dunia.
   “Cari-carikan okey?”kata aku lagi sekali.Jangan dia buat-buat lupa sudah.Ku katuk kepala dia.
   “Yelah.Nanti aku carilah,”
   Okey.Good,”aku menunjukkan thumbs up kat dia.
Ditulis oleh :

Hana Syafika from Aliaa Yasmin Noor Manshah


(ALIAA YASMIN BINTI NOOR MANSHAH)

p/s : Any idea nak bagi kat sapa watak Ika ni? Payah nak cari. Tolong bagi cadangan ye..
        Kalau tak bagi kata Heliza je watak tu..
        ^_^ enjoy you reading..

No comments:

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!