Followers

Reader's Stats

Wednesday, 6 December 2017

Hati-hati Cinta!




I NEED to do it. I need to do it! Biarlah orang nak cakap apa, I don’t care anymore. Nombor jejaka itu berada di tangannya.
            Call ke whatsapp? Nak call, macam malu sangat ja. Whatsapp lah! Yes! Whatsapp ja. Ratna menekan nama lelaki itu. Hawwas Fayyadh. Alahai, tengok nama ja dah melting. Macam mana ni?
            Tarik nafas dalam-dalam. You can do it! Ratna can do it! Believe in yourself! Baru sepatah dia taip, kata-kata itu sudah dipadam kembali.
            Apa permulaannya? Bagi salam? And then? Aiyo! Encik mimpi ni bagi pesanan tak habislah. Luahkan sekarang, sebelum tak terluahkan selamanya. Step please?
            Aku ni perempuan tahu! Mana pandai buat kerja-kerja macam ni. But, I need to do it! Wajib dunia! Cepat Ratna! Rangka ayat! Bagi otak tu berfungsi! Dekan sentiasa, takkan benda simple ni pun tak boleh buat kot?
            Tapi, ni melibatkan maruah lah. You need to take the risk. Susun ja ayat. Buat tak tahu malu. You can do it.
            “Bismillahirrahmanirrahim,”
            Yes, bagi salam. Itu step yang wajib dibuat. Then, nak buat apa? Nak masuk terus ja ka? Argh, halal ja lah.
            Tapi, esok aku nak bertentang mata dengan dia. Kenapalah mesti dia group dengan aku? Argh, tak nak.. Tak nak jumpa dia..
            “Tak habis-habis lagi?! Tadi yakin sangat,” Ratna merenung Kaisara yang berada di muka pintu.
            “Esok, aku kena jumpa dia, Sara..” Ratna mengadu lemah.
            “Relaxlah, kau luah ja. Paling teruk pun dia reject ja. Don’t worry, dia tak akan maki pun. Nak bunuh kau lagilah, jauh sekali,” santai ja Kaisara bersuara. Dia mengambil tempat di atas katil Ratna.
            Ratna mencapai bantal lalu dicampak ke muka Kaisara.
            “Malu tau tak, malu!! Aku ni gadis melayu terakhir tau tak?”
            Telefon diambil. Wajah Fayyadh yang curi-curi ditangkapnya, itu dipandang. Alahai Fayyadh. Kenapalah aku yang kena mula dulu? Tak boleh ka, kalau tiba-tiba kau yang mesej aku? Ajak date ka? Nak jumpa ka? Aku rela.
            “Tadi tak tau malu. Kalau kau malu sangat, bagi aku yang mesej. Nanti kau tukang sambung ja,” Kaisara cuba mencapai telefon milik Ratna. Namun, dengan pantas Ratna menyembunyikan telefon bimbit itu di sebalik bantalnya.
            “No! No way! Get out! Aku nak mencari kekuatan ni! Get out! Get lost!” Ratna mencampak bantal ke arah Kaisara. Sekali dengan teddy bear kesayangannya pun dia campak sekali.
            “Blahlah kau,” Kaisara melangkah lemah menuju ke pintu. Sampai di muka pintu, dia berpaling ke arah Ratna.
            “Jangan lupa kirim salam aku dekat Encik Fayyadh tau,”
            “Get out!” Kaisara tergelak sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu.
            I can do it. I can do it! Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi. Aku mencapai telefon itu. Fayyadh?
            What the..?
            Ratna : A
            Fayyadh : ??
            Oh my God! Oh my God!! Malu! Malu! Nak menyorok kat mana ni? Alahai, Fayyadh!
            Relax, Ratna. Be bold.
            Ratna : Assalamualaikum, Fayyadh.
            Seketika dia menunggu. Tangannya mengetuk-ngetuk bantal. Tiba-tiba, telefonnya berbunyi.
            Fayyadh : Waalaikumussalam. Kenapa?
            Alahai, malunya. Seriously, Ratna. You want him?
            Yes, I want him.
            Then, catch him.
            Ratna : I’m sorry for distracting you from what you are doing right now.
            Fayyadh : Ok.. Why?
            Ratna : I.. I..
            Fayyadh : Yes, you.. What?
            Ratna : I want you!
            Senyap seketika. Oh my god! Macam mana ni? Dia tak reply! Tiba-tiba, telefon bimbit itu berbunyi. Ratna menutup mata sekejap mungkin. Please. Phone, please be nice to me.
            Ratna membuka mata sedikit demi sedikit. Nama Fayyadh. 2 new message.
            Fayyadh : Hah??
            Fayyadh : What do you mean by you want me?
            Ratna menarik nafas dalam-dalam. I can do it. Dah separuh jalan dah ni.
            Ratna : You. I want you. I want to marry you. I like you. Is it clear?
            Bertalu-talu sekali aku bagi. Tak faham lagi tak tahu lah. Tak payah belajar engineering la macam tu. Bungkus, balik rumah ja.
            Fayyadh : You made me speechless.
            Ratna menepuk tangan suka. Itulah yang dia nak sebenarnya. Dia nak Fayyadh sayangkan dia. So, kita kena buat perancangan yang panjang.
            Semester ni, semester terakhir kami kat universiti. Semester depan, praktikal. Then, graduate.
            Tapi, aku dengan dia, sama umur ke?
            Rasa macam tak. Sebab aku fast-track. Should be aku muda lagi. Tapi, dia stok genius. Macam mana tu?
            Terkejut aku apabila telefon bimbit aku berbunyi lagi.
            Fayyadh : Are you sure that  your feeling was not some kind of affection?
            Ratna : It’s so hard for me to fall in love. But, right now, you are there. Inside my heart. It is impossible but you are the first thing I think in the morning and the last thing I think about at night, and all the spaces in between.
            Fayyadh : You must be kidding me.
            Ratna : Think whatever you want. Yang penting, saya nak awak. Saya tak malu untuk cinta awak. Saya tak malu untuk nakkan awak. Okay, Fayyadh?
            Ratna tersenyum sendiri. Confirm, lelaki ni tengah malu tahap kuasa lima. Whatever. Do I care?
            Kali ini, aku dah bulat hati. Aku kena kejar dia, sebelum dia jadi milik orang lain. Period!
            Fayyadh : You are unbelieveable.
            Aku hanya tergelak. Comel ja dia ni.

 FAYYADH mencampakkan telefon bimbitnya ke tepi. Dia menggelengkan wajahnya berulang kali.
            She’s crazy. That girl.
            Dia mencapai telefon bimbit itu. Mesej perempuan itu dibaca berulang kali. Adiratna Raafiah. Who is her, really?
            “Kau kenapa?” Fayyadh merenung ke arah Zayyan.
            “Nothing,”
            Fayyadh mengetuk-ngetuk tangannya berulang kali. She’s agressive.
            Argh! Better aku pergi mandi, dari fikirkan perempuan ni.
            Ratna.
            Oh my God! Stress aku macam ni. I need to distract myself. She’s too bold.
            Zayyan merenung Fayyadh yang menuju ke arah bilik air.
            Kenapa dia ni? Semacam ja..

RATNA melangkah dengan penuh yakin memasuki dewan kuliah.
            Dia melihat penampilannya sekilas lalu. Okay, beautiful. Harap-harap dia pun rasa benda yang sama lah.
            Okay, girl. Kita kena jadi serigala. Nak tackle stok-stok Fayyadh ni memang payah sikit. Nak kata geng surau. Belajar engineering. Kopiah tak selalu atas kepala pun. Smart ja pakai kemeja dan tie.
            Tapi, bila masuk bab perempuan. Tegur dan bercakap bolehlah. Tapi, confirm-confirm dia akan tunduk. Menundukkan pandangan orang kata. Dengan lecturer, tip top! Memang stok menantu terbaiklah! Ni kalau aku hantar ke abah, lulus dengan tengok muka ja. Seriously!
            Nak dibandingkan dengan aku, memang bagai langit dengan bumi lah. Aku ni semua main aci redah ja.
            Tapi, bukankah seorang perempuan perlukan seorang suami yang mampu memimpin? Mampu membimbingnya menuju ke syurga? And, I see this characteristics in him.
            Tak salah kan, kalau aku mencuba untuk mencari seorang suami yang soleh? Walaupun terpaksa syok sendiri macam tu. Tapi, Fayyadh.. I masih tahu malu tau!
            Ratna mengambil tempat di sisi Fayyadh. Sengaja. Ala, tak salah kan? Bukannya duduk berhimpit. Kerusi aku, kerusi aku lah. Kerusi kau, kerusi kau lah.
            “Awak boleh pindah tempat lain kot?” suara orang sebelah menerpa pendengaran.
            Alahai, encik abang. Baru nak duduk, dah kena halau ke?
            “Between us, ada satu benda yang dipanggil gap. Ada besi di antara kita. Jangan risau, tak tersentuh punya,” balas Ratna selamba.
            Fayyadh mengetap bibir. Ini bukan sebab gap or something else. Ini masalah fokus aku dalam kelas. Macam mana aku nak fokus kalau kau duduk sebelah aku?
            Tanpa kata, Fayyadh mengemas buku-bukunya.
            “Orang tua cakap, kalau selalu pindah tempat duduk, nanti kahwin ramai. Nak ke?” Ratna bersuara perlahan. Nak memerli sebenarnya. Tak sopan tau! Blah macam tu ja.
            “Lelaki dibenarkan dalam syarak untuk kahwin ramai, cik Adiratna,”
            Hanya dengan kata-kata itu, Fayyadh berlalu untuk mencari tempat lain. Ratna mengetap bibir.
            Oh my God! This guy! Tunggu, kau! Tunggu!
            Eh, jangan haraplah aku nak bagi kau kahwin lagi! Kalau tak pecah pinggan mangkuk dalam rumah, jangan panggil aku Adiratna!

SUDAH kali ketiga, telefon Fayyadh berbunyi. Fayyadh hanya kekal dengan muka bekunya. Tidak mengambil endah telefon yang kian kerap berbunyi.
            Ratna hanya merenung ke arah Fayyadh. Sampai bila kau nak biar phone tu? Dia tersenyum sinis.
            Sekali lagi, tangannya gatal menghantar mesej kepada Fayyadh.
            “Fayyadh, jangan sampai aku campak phone kau dalam lombong! Check your phone or silent kan,” Zayyan bersuara.
            Bengang sangatlah tu. Yalah, mahu tak bengang! Orang tengah discuss, bunyi phone dia jadi irama merdu pula.
            Yes! Ratna bersorak dalam diam.
            Fayyadh mencapai phonenya. Dia merenung wajah Ratna tajam. Namun, Ratna kekal begitu. Beku dan bahagia.
            Ratna : Hai!
            Ratna : Seriousnya awak!
            Ratna : Senyumlah sikit..! Smile. We never know the good that a simple smile can do ~~
            Ratna : Awak, check lah phone. Penat saya whatsapp tau!
            Fayyadh : Focus to the work, will you?
            Ratna tersenyum girang. Yes! Dia reply! Baru dia hendak mencapai telefon, satu suara menyapanya.
            “Ratna, what do you think about this?” Zayyan menunjukkan kertas itu kepada Ratna. Ratna tercengang.
            “Pardon?”
            Dia menjeling sekilas ke arah Fayyadh. Cis! Lelaki itu sakan mentertawakannya. Walaupun dia cuba untuk menyembunyikannya, tapi still nampaklah awak!!

RATNA menjeling geram ke arah Kaisara. Sakan dia ketawakan aku. Eh, tunggulah! Aku mengadu kat boyfriend dia, baru dia tahu langit tinggi rendah!
            “So, kaulah yang terkena balik.. Kau boleh jawab tak? Nasib group discussion ja, kalau dalam kelas? Malu ja tak pasal-pasal,”
            “Eh, cik kak! Setakat benda sekecil tu, kalau aku tak boleh jawab, jangan panggil aku Adiratna!”
            Ratna mencampakkan bantal ke arah Kaisara. Bengang!
            “Riak ja mak cik ni. Tapi, air muka kau jatuh kan? Depan Fayyadh kot,” aku menjeling tajam.
            “Puncanya, dia, tau tak?”
            “Tapi, kau yang kacau dia, mak cik. Kau yang buat perangai, memang padanlah kau yang kena,”
            Aku menumbuk bantal. Geram ja aku dengan pak cik ni.
            Aku mencapai telefon. Wait for me, Hawwas Fayyadh.

PENANYA berhenti mencoret apabila telefon bimbitnya berbunyi.
            Sekilas dia memandang telefonnya. Adiratna Rafiaah.
            Dia terus mencapai telefonnya. Butang switch off dia tekan. Let her be. Lagi dia melayan, lagi menjadi-jadi Ratna dibuatnya.

RATNA mencebik apabila mesejnya tak dibalas.
            Dia ni saja tau!
            Ratna terus menghubungi Fayyadh. Tapi, masuk voicemail. Cukup kurang ajo..
            “Kenapa? Dia tak balas mesej? Dahlah, Ratna. Fayyadh? He’s not an easy person,” Kaisara bersuara.
            Ratna mengetap bibir geram.
            “Aku suka dia Sara. Kalau aku tak start dulu, kau rasa aku boleh dapat dia tak? Tak kan? So, whatever the risk is. Aku memang kena dapatkan dia. Aku mesti!”
            Ratna bersuara tegas. Kaisara mengeluh.
            “Apa yang kau nampak kat Fayyadh? Ramai lagi nak kat kau Ratna. Why, Fayyadh? Sebab dia handsome ke?”
            “Dating someone for looks are so high school. I want to find a husband. So, I need to date someone who have bright future and potential. Besides, he’s the best,” Ratna meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja.
            Hawwas Fayyadh. Mengenali dia sejak memasuki universiti ini mencambahkan getar di hati. Dia seorang imam. Dia mampu untuk mengimami. Dia mampu untuk berbicara di hadapan orang. Mengemukakan pendapatnya. Menyampaikan kuliah.
            Pandai pun pandai. Jadi, apa lagi yang aku perlukan? Dia menepati setiap cita rasa semua perempuan. Sebelum dia diambil orang, baik aku bukakan langkah.
            Bukan mudah sebenarnya untuk aku mengambil keputusan ini. Berat. Sangat berat. Aku berfikir sepanjang dua minggu untuk menghantar sepotong mesej kepada Fayyadh.
            Jadi, kenapa aku perlu berhenti? Aku hendak mencari seorang imam. Dan, dia lah yang terbaik.

“PHONE kau mana?” Zayyan menyerbu bilik. Fayyadh berpaling.
            “Kenapa?”
            Zayyan terus menuju ke arah meja Fayyadh. Phone lelaki itu dicapai. Skrin gelap.
            “Phone ni ada function, encik Fayyadh. Kalau sekadar nak off phone, baik tak payah beli phone,” bebel Zayyan.
            “Ada sebab kenapa aku off. Kau kenapa? Ada benda penting ke?” berkerut kening Fayyadh dibuatnya.
            “Ratna call aku. Tanya mana kau? Kau dengan dia. Ada apa-apa ke?”
            Fayyadh terkedu. Ratna call Zayyan. Berani betul dia ni. Fayyadh menggeleng perlahan.
            “No. Aku tak ada apa-apa dengan dia,”
            “Seriously, Fayyadh? I saw you looking at her. Petang tadi. Waktu group discussion. So, Fayyadh. Would you mind to share your feeling?” Zayyan menjongket keningnya.
            Fayyadh terus menuju ke katilnya. Buku diambil lalu dibacanya.
            “Aku dah agak. Kau suka dia ke Fayyadh? Ada hati rupanya kawan aku ni,” Zayyan merenung wajah Fayyadh.
            Melihatkan riak Fayyadh yang hanya diam daripada berkata-kata membuktikan telahannya. Fayyadh, Fayyadh.
            “Hati-hati tau Fayyadh. Ratna tu banyak peminatnya,”
            Fayyadh menurunkan bukunya. Dia memandang ke arah Zayyan.
            “Serious?”
            Zayyan tergelak besar.
            “Kan dah mengaku. Sejak bila ni Fayyadh?” Zayyan berterusan mengacah Fayyadh.
            “Boleh tak kalau kau jawab dulu soalan aku?”
            “Marah. Dengar cerita macam tu lah. Tapi, dia jenis tak layan. So, it makes me wonder. Macam mana dia boleh call aku hanya untuk cari kau?” Zayyan merenung wajah Fayyadh lama.
            Fayyadh hanya mendiamkan diri. Kata-kata Ratna kembali berputar di mindanya.
It’s so hard for me to fall in love. But, right now, you are there. Inside my heart. It is impossible but you are the first thing I think in the morning and the last thing I think about at night, and all the spaces in between.

“FAYYADH ni memang nak kena! Seriously! Dah berpuluh-puluh mesej tak dibalas. Call pun tak angkat! Dia ni memang campak phone dia ke lombong ke apa?!”
            Kaisara menutup telinganya. Dia dah mula lagi. Pagi-pagi dah start bingit.
            “Zayyan pun sama! Asal call ja mesti tak tahu Fayyadh kat mana? Dia ingat aku tak tahu, mereka satu rumah?! Ish, geramnya!!!”
            Ratna menghempaskan dirinya ke sofa. Televisyen dipasang sekuat hati. Geram kat Fayyadh punya pasal. Biarlah apa yang jadi kat rumah ni.
            Kaisara menghembuskan nafas lemah. Earphone diambil lalu disumbat ke telinganya. Percayalah, si Adiratna ni akan meluahkan perasaannya sampai setengah jam.
            Ratna berpaling menuju ke arah Kaisara.
            “Sara, jom keluar. Aku nak pergi jumpa Fayyadh,” Ratna menggoncang-goncang bahu Kaisara.
            “Sara, kau dengar tak ni?” Ratna mencabut kasar earphone dari telinga Kaisara.
            “Dengar lagu sampai nak pecah gegendang telinga. Mana tak pekak kau ni! Jom keluar!” Ratna terus menuju ke bilik.
            “Nak pergi mana?!” Kaisara bersuara dari luar.
            “Jumpa Fayyadh!” balas Ratna. Sama-sama menjerit. Mana tak menjerit kalau suara televisyen mengisi suasana.
            “Oh, jumpa Fayyadh. Jumpa Fayyadh?! Perempuan ni dah gila ke apa? Televisyen ni pun satu hal juga. Pandai buka, tak pandai tutup. Apa dia fikir bil elektrik ni percuma ke apa?” bebel Kaisara perlahan.
            “Cepatlah Sara!!!” kedengaran suara Ratna lagi menjerit dari dalam bilik.
            Ya Allah. Apalah nasib aku dapat kawan obses sampai macam ni?

RATNA berdiri tegap di hadapan pintu rumah Fayyadh. Oh, nilah rumah dia. Okay.
            “Jomlah balik. Rumah anak teruna orang ni Ratna oi. Kau tu anak dara. Dah, jom balik,” Kaisara menarik lengan Ratna sekuat mungkin.
            Tapi, Ratna menarik tangannya kasar.
            “Adoi,” terumbang-ambing Kaisara dibuatnya. Kasarnya perempuan ni. Dia belajar tae kwon do ke apa dulu?
            “Fayyadh!!” Ratna menjerit sekuat hati. Kisah pula dia tentang jiran sebelah? Yang penting, dia kena bersemuka dengan Fayyadh.
            Dah beberapa minggu, lelaki ni abaikan dia. Call tak angkat, mesej tak reply. Kalau bertembung dalam kelas, kerja nak lari ja. Hari ni dia tak boleh lari!
            Eh, si Ratna. Pernah ke dia layan kau selama ni? Suka hati ja, kata diri diabaikan.
            “Hawwas Fayyadh!!!” Ratna menjerit sekali lagi.
            Kaisara menutup mukanya. Malu woi! Malu!
            “Ratna, janganlah buat kerja macam ni. Malu tau tak?” Kaisara sudah gelisah sendiri.
            “Dia yang sepatutnya malu sekarang ni, bukan kau. Aku panggil nama dia, bukan panggil nama kau. Relaks sudahlah,” Ratna bersuara selamba.
            Malunya sudah dicampak ke tepi. Yang penting, hati Fayyadh perlu ditawan.
            Kaisara menepuk dahi.
            Sekarang ni, siapa yang ada di luar? Kita ke Fayyadh? Malu kita dulu tau tak?
            “Oh God, aku malu. Aku malu. Aku tak ada kawan macam dia ni,” Kaisara terus berjalan menuju ke kereta. Sambil berjalan, sambil dia membebel perlahan.
            Tiba-tiba, ada sebuah motor berhenti di hadapannya.
            “Oh mak kau!”
            Lelaki di hadapannya membuka helmet. Wah, handsome! Smart! Smart! Kaisara memandang lelaki itu dengan penuh minat. Handsomenya.
            “Ratna!” lelaki itu bersuara.
            Ratna? Kaisara mengikut pandangan mata lelaki itu. Dia memandang Ratna.
            Fayyadh ke ni? Handsomenya.
            Jujur dalam hati, aku tak pernah tengok Fayyadh. Secara face to face lagilah tak pernah. Harap tengok dalam gambar yang Ratna tunjuk ja. Itu pun semua gambar curi-curi. Mana ada full face punya. Nak stalk IG? Maaf, saya tak berminat.
            Tapi, kalau ni Fayyadh. Aku pun sanggup kejar. Handsome siot!
            Ratna berpaling ke arah suara yang memanggil dia. Zayyan.
            “Zayyan. Fayyadh mana?” dia terus bersuara.
            “Ada kat dalam. Kau nak jumpa dia ke?” Zayyan menghampiri Ratna.
            “Ada dengar aku jerit sebut nama kau ke? Aku sebut nama dia, mestilah aku nak jumpa dia,” Ratna bersuara tegas.
            Zayyan berdehem perlahan. Garangnya.
            “Fayyadh,” Zayyan membuka pintu pagar. Ratna ingin masuk sekali.
            “Ops. Kau tunggu kat luar. Ni rumah orang laki,” Zayyan terus menutup pintu pagar. Betul-betul di hadapan muka Ratna.
            Ratna mencebik. Saja ja. Tak nak bagi aku masuk dalam lah tu.
            “Ratna! Ratna..” Kaisara menepuk-nepuk bahu Ratna. Ratna berpaling.
            “Siapa lelaki tadi tu?” Ratna merenung Kaisara atas bawah. Dari bawah naik atas balik.
            “Bukan tadi kau malu ke kawan dengan aku? Masuklah kereta tu, jangan keluar. Duduk senyap-senyap. Kalau boleh, tarik selendang tu, jadikan dia purdah,” Ratna bersuara sinis.
            Kaisara menelan liur. Dia dengar ke aku cakap apa tadi? Tajamnya telinga dia.
            “Ratna.. Ratna.. Janganlah merajuk. Aku belanja kau Ferrero Rocher. Serious-serious. Promise,” Kaisara tersenyum manja.
            Pujuk jangan tak pujuk. Kau boleh punya.
            “Ratna!” panggil Zayyan dari muka pintu. Ratna terus menyahut.
            “Dia kata, dia tak nak jumpa kau,” Ratna membulatkan mata.
            Dia tak nak jumpa aku?! What the..?
            Tahu tak, aku menempuhi beribu cabaran untuk mencari alamat rumah dia. Nak cari rumah dia pun satu seksaan tau tak? Boleh dia cakap, dia tak nak jumpa aku!
            “Cakap kat dia. Sebelum Adiratna menjadi Adiwira, sila keluar sekarang,” Ratna bersuara tegas.
            Zayyan menggelengkan kepalanya. Dia ni cukup persistent.
            “Ratna.. Janganlah merajuk,” Kaisara cuba memujuk lagi. Ratna memandang Kaisara.
            “Kalau kau boleh bawa Fayyadh keluar rumah, aku akan maafkan kau. That guy. I will give his full name and his number phone,” Ratna bersuara tenang.
            Membulat mata Kaisara mendengar kata-kata Ratna. Yes! Ini yang dia tunggu!
            “Hawwas Fayyadh! Jangan sampai aku yang masuk, heret kau keluar!” Kaisara menjerit kuat.
            Terjongket kening Ratna. Dia memandang Zayyan. Apa yang handsome sangat mamat ni? Penangan dia membuatkan Kaisara jadi gila. Tapi, Sara ni dah ada boyfriend kot noh!
            Seketika kemudian, muncul wajah Fayyadh. Tak puas hati. Namun, dia cuba untuk menenangkan riak wajahnya.
            “Muncul pun.. Setelah sebulan, saya tak nampak muka awak,” Ratna bersuara tenang.
            “Come here,” Ratna memberikan isyarat tangan.
            Come here or you dead.
            “Cakap ja dari situ. Saya selesa macam ni,” Fayyadh bersandar di tepi dinding.
            Ratna mengetap bibir. Laki ni memang nak kena! Dah cukup, aku rendahkan maruah aku untuk kejar dia. Sekarang, dia nak mencabar aku lagi?
            Hey, ini Adiratna Raafiah lah!
            Ratna menolak pintu pagar dan terus melangkah masuk. Langkah dia selambakan menuju ke arah Fayyadh.
            Wajah Fayyadh kekal tenang.
            Ratna mengetap bibir. Aku rasa lelaki ni memang dah expect tindakan aku. Cukup tenang. Sampai aku yang bengang melihatnya.
            “Mana phone?” tanya Ratna terus.
            “Ada kat dalam, kenapa?”
            Ratna terus melangkah masuk dalam rumah Fayyadh. Ala, rumah ni ada dua orang manusia ja. Zayyan dan Fayyadh. Sekarang, both of them kat luar.
            Mana phone dia? Ratna menekan nombor Fayyadh. Kedengaran bunyi telefon dari sebalik sofa. Oh, there is it.
            Ratna mencapai telefon itu. Hidup ja phone laki ni. Sekilas Ratna meneliti rumah lelaki itu. Bersih. Kemas. Ini yang aku suka. Tenang hidup aku kalau kahwin dengan lelaki ni.
            Ratna kembali melangkah keluar. Wajah terkejut Zayyan dan Kaisara diabaikan. Yang penting, tu! Wajah tenang si Fayyadh!
            Bilalah aku boleh menghancurkan ketenangan di wajah lelaki itu?
            “Setakat saya tengok. Phone awak masih boleh berfungsi dengan baiknya. Telinga awak pun, setahu saya tiada masalah. Jadi kenapa awak tak angkat call saya, tak reply mesej saya?
            Tangan awak. Jari jemari awak. Okay ja pun. Saya fikirkan berbungkus. Tu yang tak boleh reply mesej. Tapi, sihat walafiat ja awak ni. So, reason?” Ratna berhadapan dengan Fayyadh. Phone Fayyadh ditayang.
            “Reason? Cuba awak bagi saya sebab, kenapa saya kena balas mesej awak?” Fayyadh bersuara.
            Ratna tersenyum sinis. Main tarik tali ya cik abang?
            “Do you love me?” Ratna bertanya. Fayyadh mendiamkan diri. Ratna tersenyum sinis.
            “You do love me. Sebab tu awak tak angkat call saya, awak tak reply mesej saya. Sebab awak takut, hati awak makin jatuh dekat saya? So sweet, Fayyadh. Nak alamat rumah,”
            Wajah Fayyadh berubah. Why? Sebab aku tahu dia suka aku or sebab aku minta alamat rumah?
            “Jangan judge hati saya sebab perkara macam tu, Ratna,” Fayyadh membalas.
            “Encik Fayyadh. If you hate me, you will be cursing me right now. But you don’t. In fact, awak tak block pun nombor saya. If you hate me damn much, awak tak akan beri peluang untuk saya hubungi awak. You will block me. You will do various method to escape yourself from me.
            Awak akan halau saya sekarang ni. Awak akan marah saya. Awak akan tengking saya. But you don’t. So, it leave me to a conclusion. You do love me.
            Sekarang saya nak alamat rumah awak. Hati awak, saya dah dapat. Tapi, saya belum dapat hati mak awak lagi. So, can you do me a favor?” Ratna tersenyum.
            Terbuntang mata Zayyan dan Kaisara. Budak ni biar betul. Fayyyadh mengeluh panjang.
            “You are unexpectable,”
            “Yes I am. I love you kan. So, your address?” Ratna tersenyum manja. Tangannya menadah ke arah Fayyadh. Mata dikelipkan dua tiga kali.
            “You want me? Find it yourself,” Fayyadh terus melangkah masuk dalam rumah.
            Ratna tersenyum sinis. Dia terus membuka phone Fayyadh. Mesti ada terselit dalam ni. Tiba-tiba, phone itu dirampas.
            Ratna tercengang. How dare he? Dia memandang Fayyadh.
            “Clue, Kedah,” Fayyadh terus melangkah masuk ke dalam rumah.
            Ratna tersenyum lebar. Kan aku dah cakap, dia suka aku. Hehe! Boleh lompat sampai ke bintang ni!
            “Awak, Kedah tu besar! Awak tinggal kat mana? Sungai Petani? Kulim? Alor Setar? Pendang? Awak duduk mana?” Ratna berterusan bertanya. Namun, Fayyadh buat tak peduli.
            Ratna memandang ke arah Zayyan.
            “So, can you do me a favor?”
            Zayyan menelan liur. This woman is unbelieveable.

RATNA menyandarkan badannya ke sofa. Senyuman masih tersungging di bibirnya. Mesej Fayyadh ditatapnya.
            Ratna : Saya nak datang rumah awak waktu praktikal nanti tau! Waktu tu, awak dah kerja. Dah boleh tampung saya.
            Fayyadh : Jangan masuk meminang sudah.
            Ratna tersenyum. Dia terus menaip mesej.
            Ratna : No! Saya tak terdesak lagi. Awak yang kena masuk meminang saya. Tapi, nak berkenalan dengan bakal mentua. Tak salah kan?
            Dia mengetuk-ngetuk phone itu di muka. Alamat dah dapat. Tinggal nak pergi jumpa ja. Nak praktikal around Kedah lah macam ni. Confirm-confirm, Fayyadh kerja area Kedah juga. Tapi, tak nak kerja satu tempat. Tak suka.
            Mahu makan hati tiap-tiap hari kalau ada orang lain suka kat Fayyadh. Tak boleh-tak boleh.
            Titt. Mesej berbunyi.
            Fayyadh : Tak salah.
            Itu ja! Aku mesej punya panjang lebar. Itu ja balasan dia. Tapi, tak apa. Dia dah mengaku yang parents dia, bakal mentua aku.
            Ratna : Here’s my address. Before nak datang meminang, text dulu tau!
            Aku selitkan alamat aku di situ. Hehe.
            Fayyadh : Confident ja.
            Ratna : Sebab saya tahu hati awak kat saya. Kan, awak?
            The end. Dia tak balas terus. Fobia perempuan ke fobia cinta dia ni? Masuk ja topik ni, senyap tak berbalas.
            Tapi, tak apa. Perjuangan memiliki hati Hawwas Fayyadh selesai. Sekarang, kita kena maintainkan hati dia ja. Jangan bagi berubah.
            Alahai, kena pikat mentua lah pula. Jangan Fayyadh tak mengaku kawan sudah! Aku sepak pergi planet Saturn nanti!

BEBERAPA bulan kemudian,
            Ratna memarkirkan keretanya di hadapan sebuah rumah. Kalau ikutkan alamat, memang betullah ini rumah Fayyadh.
            “Ratna, serious ke kau nak pergi rumah dia?” Kaisara bersuara.
            Ratna hanya memandang wajah Kaisara.
            “Kau nampak aku macam main-main ke?” tanya Ratna semula. Dengan yakinnya, dia melangkah keluar dari kereta.
            “Ratna. Kalau bab pergi rumah Fayyadh hari tu, aku fahamlah juga. Ni sampai pergi rumah mak dia. Agak-agak apa reaksi mak dia?” Kaisara bersuara lagi. Mencuba untuk mengubah pendirian Ratna.
            “Sara, kalau kau tak nak masuk, kau duduk dalam kereta. Aku minta kau temankan aku drive ja. Aku tak kisah nak masuk rumah ni seorang diri.
            Lagipun, aku nak anak dia. I need to fight to get him. Jumpa mak dia pun aku sanggup. Aku sayang dia, Sara,” Ratna bersuara lemah.
            “Kau tahu tak? Aku pekakkan ja telinga aku ni daripada orang ramai. Semua orang cakap aku terdesak. Gilakan Fayyadh. Semua orang tuduh aku bukan-bukan. Sampai aku dituduh yang aku ni mengandung. Sebab tu, aku nak Fayyadh kahwin dengan aku. Nak tutup malu.
            Hanya kau ja yang ada dengan aku. Faham keputusan aku. So, please. Support me with this one. Ini perjuangan terakhir aku. Lagipun, apa guna mengejar anak, kalau aku tinggalkan keluarga dia di belakang kan?”
            Ratna bersuara lemah. Langkahnya dimajukan menuju ke rumah Fayyadh.
            Kaisara hanya memandang dari belakang. Kuatnya cinta Ratna kepada Fayyadh. Kaisara menarik nafas sedalam yang mungkin. Lagipun, Khadijah yang melamar Nabi. Zulaikha yang terlebih dahulu mencintai Yusuf. Jadi, tak salah jikalau perempuan yang membuka langkah. Tindakan Ratna benar. Tidak salah untuk dia mengejar Fayyadh. Jika lelaki itu benar-benar terbaik untuknya.

DIAM tanpa bicara. Puan Hafsyah menuangkan air untuk Kaisara dan Ratna.
            “Jadi, dah berapa lama kenal Fayyadh?” tanya Puan Hafsyah.
            “Around 4 years? Kami study sekali,” balas Ratna lembut.
            “Kamu berkawan dengan Fayyadh ke?”
            Ratna mengerutkan dahi. Tadi tanya kenal ke tak? Dah kenal mestilah kawan.
            “Maksud mak cik?”
            “Maksud mak cik, kamu bercinta dengan Fayyadh ke?”
            Ratna hanya mendiamkan diri. Nak kata bercinta, lebih macam dia yang suka Fayyadh seorang diri. Nak kata tidak, apa tujuan dia datang ke mari?
            “Kami..”
            Tiba-tiba, telefon bimbit Puan Hafsyah berbunyi. Puan Hafsyah menunjukkan isyarat tangannya sebelum berlalu mendapatkan telefon bimbitnya.
            Ratna berpandangan dengan Kaisara.
            “Kenapa aku rasa macam susah sangat ja nak tackle mentua?” Ratna berbisik lembut kepada Kaisara. Kaisara mengangguk laju.
            “Agaklah. Mungkin sebab first time jumpa kot. Fayyadh pun jenis diam ja. Confirm dia tak pernah bercerita tentang kau kat mak dia. Itu yang lagi susah tu,”
            Ratna mengangguk. Betul, betul. Situasi akan jadi lain kalau Fayyadh yang bawa dia berjumpa dengan Puan Hafsyah.
            “Apa?!”
            “Oh my God!” Ratna mengurut dadanya lembut. Tiba-tiba, dengar suara jeritan Puan Hafsyah. Getar juga dia.
            Melihatkan Puan Hafsyah terduduk, dia dan Kaisara segera mendapatkan Puan Hafsyah.
            “Kenapa mak cik?” Kaisara bertanya cemas. Ratna mengerutkan kening. Sekarang, siapa nak tackle hati siapa ni?
            “Fayyadh.. Fayyadh accident,” terpaku Ratna dibuatnya.
            Menggeletar tangannya.
            “Sabar, mak cik. Tenang ya? Saya bawa mak cik ke hospital ya?” Kaisara mengangkat Puan Hafsyah.
            Ratna masih kekal begitu. Kaisara mengenggam lembut tangan Ratna. Ratna mengangkat wajahnya. Matanya berkaca.
            “He will be fine, Ratna. He’s strong,”
            Ratna mengesat air mata yang tumpah di pipinya. He will be okay. He will be okay. Dia bangun dari duduknya.
            Sekilas wallpaper telefonnya dipandang. Wajah Fayyadh di situ. Awak, I’m coming.

RATNA hanya mendiamkan diri. Di benak fikirannya, tersimpan berjuta persoalan. Macam mana kalau dia accident teruk? Macam mana kalau dia hilang ingatan? Macam mana kalau dia lupakan aku?
            No! I can’t bear it. Aku tak sanggup hilang dia. Aku sayang dia. Ya Allah, selamatkanlah dia. Hanya kepadaMu tempat aku berserah diri dan bergantung harap.
            Tangannya digenggam. Sejuk, beku tangan itu. He will be fine. He will be fine. Ratna, percayakan takdir Tuhan. Wajah Fayyadh dipandang untuk kali keberapa.
            Awak, I believe in you. Be careful. Don’t get hurt. I can’t bear it. I don’t want you to be hurt. I don’t want you to have a scar. Even a mere stratch. I love you and I don’t want anything happen to you.
            I’m not your wife. I’m not your fiancee. Even, your girlfriend. If you are hurting, what can I do? I cannot touch you nor take care of you. Just be safe. I need you to be safe.
            Sekilas air matanya tumpah. Semakin lama semakin deras. Dia cuba menahan air mata itu dari jatuh.
            “Ratna. Dia okay. Jangan risau sangat. Kau buat aku risau tau tak?” Kaisara bersuara lembut. Dia mengusap lembut tangan Ratna.
            “Just..”
            “Just focus on driving, Sara. I need to meet him,” dia mengusap lembut air mata yang jatuh di pipinya.
            Be strong Ratna. If you are breaking down like this, how can you comfort others? Ratna mengerling sekilas ke arah belakang.
            Wajah Puan Hafsyah yang sugul dipandang.
            Ratna, you are nothing to him! Yet, you are crying like you are his wife. Even, his mother tried to calm herself.
            Ratna menarik nafas sedalam yang mungkin. Yes, I am nothing. But, seriously, I will persuade him. I need to be something to him. As soon as possible. I cannot bear this feeling.
            I cannot go to him. I cannot hug him. I can’t bear this kind of feeling.

RATNA mengerling dari jauh. Wajah Fayyadh yang tersenyum lemah. Dia okay. He’s fine, Ratna. He’s fine.
            Ratna hanya melihat Puan Hafsyah memeluk Fayyadh erat. Dia masih lagi berada di muka pintu. Hanya melihat mereka berdua. At this moment, he need his mother.
            Baru sahaja dia hendak melangkah masuk, telefon bimbitnya berbunyi. Ayah?
            “I need to take this call. Kau masuk dulu,” Kaisara mengangguk perlahan. Ratna berlalu menuju ke satu tempat yang sunyi. Tanpa orang ramai.
            Panggilan ayahnya dijawab.
            “Hello, assalamualaikum, ayah,” dia membuka bicara. Kedengaran riuh di sebalik talian. Kenapa riuh sangat? Rumah tu, bukannya ada budak kecil pun.
            Kedengaran suara ayah menjawab salamnya.
            “Kenapa riuh sangat tu, ayah?” Ratna tersenyum tawar. Dia mengesa baki air mata yang mengalir di pipinya. Fayyadh okay.
            “Ratna,” suara ayah memanggil namanya. Wah, kenapa macam serius sangat ni? Suara ayah, macam ada benda penting ja yang ingin diberitahu.
            “Ayah, you make me curious. Kenapa dengan tone ayah? Ada something yang penting ke, yang perlu Ratna tahu?”
            “Ada orang masuk meminang kamu,”
            Wait! Wait! Let me digest the information. Masuk meminang? Siapa lagi yang anak dara di rumah tu? Hanya ada dia dan kakak dia? Kakak dia dah kahwin? Tinggal dia ajelah.
            Kiranya masuk meminang dia lah kan? Tapi, Fayyadh kat sini. Mak dia pun kat sini. So, tak mungkin Fayyadh lah kan? Huhu.. Tak nak!!
            “Ratna?” suara ayah menyentakkan pemikirannya.
            “Tak nak... Ratna tak nak. Ratna tak nak dia,” Ratna bersuara lemah. Ini mulalah nak nangis ni.
            Dia ni memang. Sekali nangis, kalau boleh satu hari nak nangis.
            “Kamu tahu ke siapa yang datang meminang kamu?” ayah bertanya pelik.
            “Whoever him is. I don’t want. Ratna tak nak,” air matanya jatuh perlahan. Don’t ask me why? I’m easily cried. Tambah-tambah, tadi dah nangis. Lagilah mudah air mata ni nak jatuh.
            “Kamu dah ada pilihan hati?”
            Ratna mendiamkan diri. Fayyadh memang pilihan hatinya. Tapi, dia ni pilihan hati Fayyadh ka? Acah-acah confident ja sebenarnya. Dia tak tahu sama ada memang benar hati Fayyadh milik dia. Selagi kata-kata hikmat itu belum kedengaran di telinga, tak mungkin dia mampu untuk mengatakan bahawa Fayyadh milik dia.
            “Habis tu, kamu nak ayah jawab apa dengan mereka? Ayah memang boleh tolak. Tapi, dengan alasan apa?” soalan ayah membuatkan dia tengadah sendiri.
            “Ayah, Ratna tak nak..”
            “Ya, ayah tahu, kamu tak nak. Tapi, kenapa Ratna?”
            “I have someone. Ratna suka dia,” Ratna memperlahankan suaranya.
            “Dia suka kamu tak?”
            “I.. I don’t know. Tapi, Ratna memang suka dia ayah. I love him,” Ratna bersuara lemah.
            “Ayah bagi beberapa hari kepada kamu. Bincang dengan lelaki tu. Ayah serba salah sebenarnya nak tolak rombongan ni. I need a valid reason, Ratna,”
            Ratna mengangguk perlahan.
            “Okay, ayah,” dia mematikan panggilan. Air mata jatuh perlahan di pipi.
            Apa yang dia nak buat? Dia inginkan Fayyadh. Tapi, Fayyadh seakan main tarik tali dengannya. Macam mana kalau Fayyadh mengelak? Macam mana kalau Fayyadh menolak? Apa yang dia nak buat?
            Dia belum bersedia. Tak! Dia tak akan pernah bersedia! Dia tak akan pernah bersedia untuk menggantikan tempat Fayyadh. Tempat itu hanya untuk Fayyadh!

RATNA menahan air matanya dari jatuh. Tapi, air mata ini tetap jatuh. Takut. Takut andai Fayyadh menolak dirinya sebegitu sahaja.
            Dia menarik nafas perlahan sebelum menolak pintu bilik Fayyadh. Dia terus duduk di sisi Fayyadh.
            “Fayyadh...” rintih Ratna lemah. Sekali lagi air matanya jatuh. Terpana Fayyadh dibuatnya. Cuak pun ada gak.
            “Hey. I’m okaylah. Janganlah nangis,” pujuk Fayyadh lembut.
            Lagi air matanya jatuh. Waktu dia menangislah, suara Fayyadh nak lembut. Nak memujuk.
            “Saya bukan nangis sebab awaklah! Fayyadh..” bentak Ratna perlahan. Fayyadh menggaru kepala. Pening dia dibuatnya.
            Kaisara di sebelah tersenyum sinis. Yalah tu!
            “Fayyadh..” sekali lagi suara itu menyeru.
            “Yes, Ratna. I’m here. Safe and sound,” sekali lagi Fayyadh bersuara. Meyakinkan bahawa dia okay. Kalau Ratna isterinya, boleh juga bawa ke dalam pelukan. Ini ajnabi.
            “Fayyadh.. Ada orang masuk minang saya,” makin laju air mata Ratna mengalir.
            “Hah?” Fayyadh terngadah. Kaisara ketuk kepala. Itu pun nak nangis ke?
            “Apa hah? Hah? Orang masuk minang saya. Saya tak nak dia! Saya nak awak!!” makin kuat esak tangis Ratna. Membentak perlahan.
            “Awak boleh tolak kan?” Fayyadh bersuara lembut.
            “Senanglah cakap! Awak lelaki! Saya perempuan! Give me a solid reason, why I need to reject him? Sebab awak? Awak pun tak pernah berjanji kata awak nak kahwin dengan saya. Jauh sekali nak mengaku. Fayyadh.. Saya tak nak kahwin dengan orang lain selain awak..” Ratna mengesat kasar air matanya. Dia menundukkan wajahnya.
            “Hey, Ratna. Look at me,” Ratna mengangkat wajahnya. Memandang Fayyadh.
            “So, awak nak saya buat apa sekarang? Keputusan di tangan ayah awak. Wali awak. I can’t decide for you, Ratna,” Fayyadh bersuara lembut.
            “Awak sayang saya ke tak?!!” Ratna menjerit kuat. Kaisara membuntangkan mata. Budak ni memang tak kira tempat betul.
            “Yes. Saya sayang awak. Tapi, apa yang boleh saya buat?”
            Mendengarkan kata-kata itu, air mata Ratna terhenti. Dia memandang wajah Fayyadh. Tak percaya.
            “Awak sayang saya?” sekali lagi dia bersuara. Menginginkan kepastian dari lelaki itu. Namun, lelaki itu hanya mendiamkan diri.
            “Kalau awak betul sayangkan saya. Call my father. Hantar rombongan meminang. Kita kahwin,” Ratna bersuara tegas.
            Terdiam Fayyadh dibuatnya. Liur diteguk kesat. Dia fikir kahwin ni macam main kahwin-kahwin waktu kecil ke? It needs commitment, sayang.
            “Call her father, Fayyadh. Kamu tu lelaki. Kamu nak biarkan Ratna jadi milik orang lain ke?” tiba-tiba suara Puan Hafsyah mencelah.
            Ratna terdiam. Alahai, macam manalah aku boleh tak perasan tentang mak dia? Malu cheq  tujuh keturunan! Sesuka hati pergi menangis di depan mak orang. Bakal mak mentua pula tu!
            Fayyadh memandang wajah Ratna. Jelas kegelisahan di wajahnya.
            “Awak terima saya seadanya? Even, saya tak berharta? I’m warning you. Saya tak ada duit. Saya baru kerja tau,” Fayyadh bersuara.
            “Encik Fayyadh. Kalau saya tak terima awak seadanya, saya tak akan kejar awak,” Ratna bersuara tegas. Ops! Terlepas sudah! Sorry ibu!
            Fayyadh menarik nafas sedalam yang mungkin.
            “Nak nombor ayah awak,”

FAYYADH menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Kepala yang berbalut dia sentuh perlahan. Nasib accident tadi tak teruk. Kalau tak, dia tak akan dapat melihat wajah Ratna lagi.
            “Dia menangis sepanjang perjalanan. Risau sangat dengan Fayyadh. Ibu pun jadi pelik sebenarnya, tapi rupa-rupanya dialah wanita yang curi hati Fayyadh. She’s okay. Nampaklah keberanian di situ,”
            Fayyadh hanya tersenyum tipis. Kata-kata ibu seakan bermain-main di fikirannya. She’s crying. Cute walaupun nampak tegas.
            “Earth to Fayyadh,” Fayyadh tersentak.
            “Amboi, sejak bila pandai berangan ni abang?” Haisya mengambil tempat di sisi Fayyadh. Dia tersenyum lebar bila melihat abangnya terdiam.
            “Sya dengar, abang suka kat seseorang,”
            Fayyad mengetap bibir. Ibu memang tak pandai simpan rahsia.
            “Focus on study. Jangan menyibuk urusan orang dewasa,” Fayyadh bersuara. Haisya mencebik. Blahlah abang!
            “Nak escape lah tu. Wah, tak sangka abang Sya ni ada hati rupanya! Nak tengok muka dia! Mana phone abang? Mesti dalam phone abang ada gambar dia kan?” Haisya mencapai telefon Fayyadh.
            “Haisya. Jangan kacau phone abang,” Fayyadh cuba merampas telefonnya namun Haisya terus mengangkat setinggi yang mungkin.
            Fayyadh mengeluh lemah. Dengan IV drip ni, macam mana aku nak rampas phone tu? Alahai.. Haisya.
            “Wah! Daebak! So sweet! Cantiknya Kak Ratna!” Fayyadh terus merampas phone itu.
            “Dah tengok muka dia kan? Boleh blah,” Haisya tersenyum lebar.
            “Tapi, Sya dengar.. Dia mengorat abang dulu,” Haisya tergelak besar. Fayyadh hanya mendiamkan diri. Sabar ajelah hati.
            “Seriously abang? Wah, kak Ratna ni memang sesuai jadi team Sya! Siapa yang nak masuk meminang? Abang ke kakak?”
            “Haisya!”
            Fayyadh mengetap bibir. Dugaan betul dapat adik macam dia ni.

“WAH! That looks nice,” Ratna menghampiri patung itu. Baju berwarna putih itu dipegangnya. Cantik. 
            “Kau dengan dia kahwin bila?” Kaisara turut sama memegang baju itu. Cantik. Hatinya turut memuji.
            “Nikah lepas graduate. Kenduri nanti dulu. 6 bulan lepas tu kot. Tak apalah, yang penting dah nikah. Tak payah aku risau dah,” Ratna tersenyum lebar.
            Dia menangkap gambar baju itu dan dihantarnya ke Fayyadh.
            “Kau dengan boyfriend kau, apa cerita?” Ratna bertanya. Matanya difokuskan kepada Kaisara.
            “Nak ada cerita apanya. Aku pun dah tak tahu dia kat mana. Lost contact macam tu je. Perit kan?” Kaisara tersenyum tawar.
            Dia menarik nafas sedalam yang mungkin.
            “Entahlah. Tak ada jodoh kot. Aku pun malas nak menganggu. Mungkin dah bukan takdir dia dengan aku,”
            Ratna mengusap bahu Kaisara lembut. Tak tahu nak cakap apa. Dia pun bukan berkenan sangat dengan boyfriend Kaisara tu.
            “Forget about me. Nanti lama-lama move on lah tu. Fayyadh cakap apa?” Kaisara bersuara perlahan.
            Ratna membuka mesej Fayyadh.
            Fayyadh : Jangan membazir. Saya tak ada duit sangat.
            Ratna menggelengkan kepalanya perlahan. Bukan aku minta duit dia pun. Guna duit aku sendiri lah cik abang.
            Ratna : I’m just asking for your opinion, Fayyadh. Not your money.
            “Dia tak faham bahasa melayu. Macam ni lah,” Ratna melangkah masuk ke dalam butik itu.
            Langkahnya terhenti apabila telefonnya berbunyi.
            Fayyadh : Cantik.
            Ratna tersenyum lebar. Biarpun hanya satu patah perkataan dari Fayyadh, itu sudah cukup untuk membuatkan dia tersenyum.
              Ratna : Saya tengok baju untuk awak sekali tau. Jangan tolak dengan alasan baju melayu putih dah ada. Saya cincang awak nanti.
              Fayyadh : Tak rasa membazir ke?
              Ratna : Sayang, awak nak kahwin sekali ja. Jangan pernah terfikir nak kahwin banyak kali. Kalau pinggan mangkuk tak melayang, itu bukan Ratna okay? Okay, sayang?
              Fayyadh : Sayang?
              Ratna : You. I called you, sayang.
              Fayyadh : I prefer abang.
            Ratna tersenyum lebar. Yes! Fayyadh dah lembut hati. Ini yang nak peluk awak ketat-ketat ni!
            “Ratna?” Ratna tersentak dari lamunannya apabila terdengar suara Kaisara memanggilnya.
            “Coming..”

FAYYADH tersenyum tipis. Dia meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja.
            Nak baling pinggan mangkuk? Tu, tak kahwin lagi. She’s unbelieveable. She’s full of suprises. She’s Ratna. Mine.
            “Kenapa kau senyum-senyum ni? Gila bayang ke apa? Don’t worry, nak nikah dah!” Zayyan memerli.
            Dulu tak nak sangat. Sekali mengaku, gila bayang jadinya. Apa-apa ja lah Hawwas Fayyadh. Semoga kau bahagia.
            Tapi, ini membuatkan aku frust sekarang ni! Kenapa aku ja yang masih belum berpunya! Aiseh men!

RATNA bersandar di kepala katil. Di otaknya, terancang beberapa jenis perancangan. Sara, jangan marahkan aku. Aku buat ni untuk kau. Kau sayang dia, kan? Walaupun hanya sekali bertentang mata. Melihatkan kau angau, I think you fall in love.
            Fayyadh. Tolonglah cooperate. Jangan bagi alasan klise. Tak nak menganggu hidup orang ka? Jodoh mereka, pandai-pandailah cari. No! I don’t want to hear that!
            Ratna : Awak.
            Beberapa minit kemudian, tertera nama Fayyadh. Dia online. Mestilah. Dah soon to be wife yang mesej, kalau tak reply, memang saja! Undang bala bencana tu! Jangan sampai dia mendengar ucapan belasungkawa nanti.
            Fayyadh : Why?
            Ratna : Awak nak bersekongkol dengan saya tak?
            Fayyadh : Yang merapu saya tak nak. Awak bukan boleh kira sangat.
            Ratna tersenyum lebar. Inilah mesej pertama dia yang panjang. Wah, a good improvement.
            Ratna : Mesti baik punya. Zayyan ada girlfriend tak?
            Fayyadh : Tak.
            Ratna : Bagus!!! Awak, saya nak jodohkan Zayyan dengan Sara!!
            Fayyadh : Jangan menyibuk.
            Ratna : Awak.. Sampai hati..
            Fayyadh : It’s their problem, Ratna.
            Ratna : Nak juga! Nak juga!!
            Fayyadh : Awak..
            Ratna : Sayang.. *puppy face*
            Fayyadh : No.
            Ratna menggetap bibir. Pak cik ni! Ratna terus menghubungi Fayyadh. He better pick my call.
            “Hello, assalamualaikum,”
            “Awak!!!” Ratna menjerit kuat. Perit telinga Fayyadh dibuatnya.
            “Jawab dulu salam, Ratna,” Fayyadh menegur. Lembut.
            “Waalaikumussalam. Awak, please. Please. Please. Setuju dengan saya. Awak tak nak bantu kawan awak bina masjid ke?” Ratna bersuara lembut. Dengan Fayyadh, kita kena memujuk.
            “Masjid saya pun belum terbina lagi Ratna,”
            Ratna mencebik bibir. Puitis lah dia ni.
            “Kita soon to be. Mereka? One step forward pun belum,” Fayyadh tersenyum nipis. Ada-ada ja dia ni.
            “Awak dah bagi nombor Zayyan kan? Sudahlah tu. Bagi peluang untuk mereka ikhtiarkan sendiri. Zayyan pun ada nombor Sara. Dia minta dari saya,” ujar Fayyadh. Tenang.
            “Mana awak tahu yang saya bagi nombor Zayyan kat Sara?” berkerut kening Ratna dibuatnya.
            “I know you. Mesti awak offer something kat Sara untuk teman awak buat kerja gila. Menjerit-jerit depan rumah anak teruna orang.” Balas Fayyadh selamba.
            Ratna menggelengkan kepalanya perlahan. Dia memang dah khatam perangai aku ke macam mana ni?
            “Eh, sebab tu jugalah, saya dapat awak tahu tak?”
            Fayyadh diam. Ratna tersenyum. Dia memang suka mendiamkan diri. Ada ja topik yang sentuh isu sensitiviti, senang ja tugas dia. Mendiamkan diri. Agak-agak kalau jadi artis, mesti komen dia kepada wartawan ialah no comment. Tahu sangat!
            “Awak.. Awak memang tak nak join pakatan saya ke?”
            “No, Ratna. Dah pergi masuk tidur. Dah lewat ni,” Fayyadh bersuara lembut.
            “Awak, terima kasih,”
            “For?”
            “For staying up late just to talk to me,” Fayyadh tersenyum.
            “You know now how important you are, because I choose you over sleeping. Take care. Sweet dream,”
            Fayyadh mematikan panggilan.
            Ratna merenung telefon itu tak percaya. Fayyadh! He makes me speechless.
            Ratna menghempaskan tubuhnya ke katil. Senyuman tak lepas dari bibirnya. Fayyadh, you makes me fall to you again.

“MOM, is it true?” Ratna merenung jarinya yang kemerahan.
            Betulkah dia dah nak nikah esok?
            “Ya. Ini dah kali kesepuluh Ratna tanya soalan yang sama tahu tak?” bebel Puan Adira perlahan. Tangannya lincah menggubah hantaran.
            “Ibu, Ratna dah nak kahwin? Dengan Fayyadh. Wah, seperti mimpi jadi kenyataan!” Ratna tersengih lebar.
            Puan Adira menggelengkan kepalanya perlahan. Sah, gila bayang!
            “Esok pihak lelaki nak bertolak pukul berapa?” tanya Puan Adira. Risau juga dibuatnya. Akad nikah pukul 2.30 petang. Rumah mereka di Selangor. Fayyadh di Kedah. Datang straight terus ke? Sempat ke?
            “Entah,” Ratna membelek jari-jemarinya.Cantik. Menambahkan seri.
            “Eh, budak ni! Cubalah mesej Fayyadh. Tanya betul-betul. Baru tak kalut esok,” Puan Adira menepuk bahu Ratna yang asyik berangan.
            “Berangan je kerja,” bebel dia perlahan.
            “Aduh, sakitlah ibu! Ya. Ya. Ratna mesej lah ni,” Ratna mencapai telefon bimbitnya. Nama Fayyadh ditekan.
            Ratna : Esok awak bertolak dari mana? Ibu tanya.
            Fayyadh : Datang dari rumah sewa.
            Ratna : Rumah sewa? Your rumah sewa or..?
            Fayyadh : Kami dah tempah guest house lah. Area Selayang ja.
            Ratna : Fuh! Ingatkan dari Kedah tadi.
            Ratna : Awak dah ada kat Selayang lah sekarang ni?
            Fayyadh : Yes, I am. Bagi tahu ibu awak, saya bertolak lepas Zohor.
            “Mereka dah tempah guest house kat Selayang. Dia bertolak lepas Zohor,” ujar Ratna.
            “Baguslah macam tu. Tak kalut. Dah, tidur awal. Nanti sembab pula mata,” ujar Puan Adira. Dia bangkit dari duduknya.
            “Relaxlah ibu. Jurumekap kan ada. Pandai-pandailah mereka cover. Don’t worry lah,” Ratna tersengih. Membuntang mata Puan Adira.
            “Tidur awal, Ratna,” ibu menjegilkan mata. Tanda memberi amaran.
            “Ya. Ya. Tolong tutup lampu sat. Thank you,” Ratna merebahkan tubuhnya ke katil. Puan Adira menutup lampu.
            “Tidur.” Sekali lagi dia bersuara sebelum berlalu.
            Ratna mengintai. Yezza! Ibu dah keluar. Dia bangun dari pembaringan. Lampu tidur dibuka.
            Agak-agak, cahaya ni cukup tak? Okey, like this. Perfect!
            Ratna menghantar gambar tangannya yang berinai kepada Fayyadh.
            Ratna : Awak berinai tak?
            Fayyadh : Tak.
            Ratna : Why??
            Fayyadh : Inai kan haram untuk lelaki.
            Ratna : Oh, okay..
            Tiba-tiba, ada mesej lain yang masuk. Sara?
            Sara : Aku ada suprise untuk kau esok. Special for you and Fayyadh!
            Ratna : Benda apa?
            Sara : Mana boleh gitau. Rahsia kan?
            Ratna menghembuskan nafas perlahan. Rahsia apa pula ni? Saja nak mendera hati aku kan? Tahu sangat yang aku akan tertanya-tanya.
            Ratna : Sara cakap dia ada suprise untuk kita.
            Fayyadh : Okay.
            Ratna menggetap bibir. Lelaki ni memang tak ada sense of humour betul!
            Fayyadh : Go to sleep. Goodnight.
            Berkerut kening Ratna dibuatnya. Sejak bila lelaki ni pandai wish good night ni?
            Ratna : Fayyadh.
            Fayyadh : ??
            Ratna : I’m ready to be yours.
            That’s it. Dia dah berhenti balas. Memang macam ni eh? Habis tu, macam mana aku nak buat sweet? Kaku punya mamat!
            Tiba-tiba, phone Ratna berbunyi. Excited dia membuka mesej itu.
            Fayyadh : You are always my girl.
            Terbuntang mata Ratna dibuatnya. Seriously, Fayyadh!! You melt my heart.
Woman’s heart is as cold as ice,
But, it will melt in the right hand.

DENGAN sekali lafaz, Adiratna Raafiah binti Syakir sah menjadi milik Hawwas Fayyadh bin Fuad. Perlahan air mata mengalir di pipi Ratna.
            “Congratulations, girl. You are already his,” Sara memeluk tubuh Ratna erat.
            Ratna tersenyum lebar. Air mata di pipi diusap lembut.
            I still can’t believe it. The first moment I laid my eyes on you, I didn’t expect to fall in love wih you. You opened my heart with the way you act and the way you talk. And, now you’ve become mine.
            I still remember. Those hard moments. To tackle you. To find your address. To get your heart. I ignore those harsh words. Critizing me. Harassing me. Humiliating me. Judging me. Because I knew, when I got that heart. All this hard works would be paid.
            You are an amazing man. My man. My heart. My soul. My everything. Even I knew your heart is mine. You still build a wall between us. You did not pamper me with your words.         You did not persuade me when I’m sulking. You said, there’s a wall between us. A wall that will break only after akad.
            You make me fall and fall deeper into your heart. My man. You seriously knew how to make me love you more.

RATNA merenung Kaisara dan Zayyan dengan penuh curiga. Apa benda ni? Senyum-senyum!
            Ratna berpaling ke arah Fayyadh. Fayyadh turut sepertinya. Memandang Zayyan dan Kaisara.
            “You look beautiful, Ratna,” Zayyan memuji. Ratna menundukkan wajahnya. Senyuman bahagia terukir di wajah.
            “Thank you. I wish to get that compliment from another person. Tapi, tak apalah. Now, what’s happening between you two? Or.. Is this your suprise, Kaisara?” Ratna merenung Kaisara dengan penuh tanda tanya.
            Kalaulah ini kejutan yang dia nak bagi tahu. So, mestilah mereka ni bercinta. Kan? Tapi, nampak macam betul ja. Senyum-senyum kambing.
            Ala, cliche drama Melayu lah.
            “Awak, jom blah. Ini cliche drama melayu ja. Both of them bercinta. Itu ja yang mereka nak umum,” Ratna menarik tangan Fayyadh untuk berlalu. Namun, Fayyadh menarik Ratna untuk kembali duduk di kerusi.
            “Aduh, sakit,” Ratna menjeling Fayyadh. Tak puas hati.
            “Cut all this crap. Both you are madly in love, kan? Okay, aku dah tahu. Dah tak suprise untuk aku. Okay?” Ratna bersuara. Senang!
            Kau tengok aku. Aku tengok kau. Bila nak habis?
            “Bukan itu lah,” berkerut kening Ratna.
            “Habis tu?”
            “Kami nak bertunang hujung bulan ni,” umum Zayyan.
            What the..? Aku menggaru kepala. Bukan sama ja ka? Memang bercinta untuk berkahwin kan?
            “Congratulations. Bila langsungnya?” Fayyadh bersuara. Aku still tak boleh move on. Apa bezanya?
            “Bulan depan,” tenang Zayyan bersuara.
            Wait for a minute. Biar aku digest maklumat tersebut. Bulan depan? Bulan depan? Spongebob dalam kepala, please working!
            “Bulan depan?! Cepatnya. Bulan 7?! Daebak!” terbuntang mata Ratna dibuatnya. Cepatnya mereka kahwin. Ini betul-betul suprise ni!
            “Okay, itu yang suprisenya. Okay, cik Ratna. Opps! Okay, Puan Ratna?” Kaisara tersenyum lebar.
            Okay. Aku memang terpaku. Ini kes jealous aku kahwin ke apa ni?

RATNA leka merenung smartphonenya. What is the latest issue right now? Tiba-tiba, telefon bimbitnya dirampas. Dia merenung Fayyadh tak puas hati.
            “Sayang phone ke sayang abang?” Ratna mengetap bibir. Sabar aja lah. Dia mencapai phonenya lalu diletak di atas meja. Puas?
            “I still wonder, bila Zayyan dengan Sara bercinta? Tak tahu apa pun, balas-balas nak tunang, then nak nikah. Awak tahu tak?” Ratna bersuara.
            Dia merenung Fayyadh yang duduk di sebelahnya.
            “Perlukah kita cakap pasal orang lain? Tak ada manfaatnya pun. Life mereka, suka hati merekalah. Just focus on our life, okay?” Fayyadh bersuara lembut.
            Dia mengenggam erat tangan Ratna.
            “I still can’t believe it,” tangan itu dia renung lama.
            “What?”
            “You, me. Us. Kalau Fea tak start dulu, I think kita tak akan kahwin lagi. Entah-entah, abang yang kecewa, tak dapat pegang tangan ni,”
            Mendengarkan kata-kata dia, it makes me wonder..
            “Sejak bila awak suka saya?” Ratna mengerdipkan mata sekali. Wah! Kalau aku tahu, aku tak kejar lelaki ni. Biar dia yang kejar aku!
            “Dah lama. I guess. Sejak kali pertama, kita jumpa. I guess it was love on the first sight,” Fayyadh memandang wajah Ratna.
            Ratna tersenyum. So, it was true after all. The facts. 95% cinta pandang pertama terjadi pada lelaki, sementara wanita cenderung untuk jatuh cinta melalui percakapan seorang lelaki.
            “Haih, kenapa lah saya tak tunggu awak ja? Buat malu ja saya terkejar-kejar awak. Noted, lain kali tunggu ja Fayyadh masuk meminang. Tak payah kejar dia,” Ratna berbicara sendiri.
            “Sebab Fea kejar abang lah, kita kahwin tau tak? Kalau Fea tak kejar, perkara ni mustahil. And then, Fea-abang. Not saya-awak. Okay?” Fayyadh mencubit lembut pipi Ratna.
            “Perlu ke?”
            “Perlulah. Siapa yang start panggil sayang dulu? Fea kan?” Ratna mengangguk perlahan. Itu ja motif dia.
            “Whatever. Nak tidur,” Ratna merebahkan tubuh.
            “Tak akan nak tidur dah?” Ratna mengerutkan kening. Habis tu? Dah tengah malam kan?
            Fayyadh merebahkan tubuhnya di sisi Ratna. Dia menyelit lembut rambut Ratna. Matanya memandang tepat wajah Ratna.
            “You are beautiful. The most beautiful creature I’ve ever seen,” Fayyadh berbisik lembut.
            Ratna hanya tunduk mendiamkan diri. It does not sound like him at all. Macam pelik ja.
            “Kenapa diam? Dah tak berani? Dulu, berani ja. Siap serbu masuk rumah abang macam tu ja,” Fayyadh bersuara perlahan.
            “Itu dulu. Belum halal lagi. Itupun, saya sengaja kuatkan diri tau tak? Asalnya,  saya gadis melayu terakhir. Mana main kejar-kejar lelaki ni. Sebab awak, saya jadi tak malu tau tak?” Ratna bersuara.
            “Thanks, sebab kejar abang,” Fayyadh mengucup lama ubun-ubun Ratna.
            “I love you,” bisik Fayyadh lembut. Perlahan, tubuh Ratna dirangkulnya.
            You are a gift to me. You are my future. From your eyes, I see love. I don’t know why I love you. I don’t know when I love you. I just did.
            I just fall for you. I can’t imagine if someone else got you. I thought I will die out of jealousy. Knowing somebody else got my baby, I can’t think about that. Thank you for loving me. Thank you for taking the first step.
            I love you. I always do. Just because we don’t talk doesn’t mean I don’t think about you. I always think about you. You are the first thing I think in the morning and the last thing I think about at night, and all the spaces in between.
            Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you was beyond my control. I wasn’t planning on loving you, but I’m happy that I did.
            Adiratna Raafiah. I love you till my last breath. Because anyone can catch my eyes, but only you can catch my heart.

****THE END***



Author's note : This story is out of my comfortable zone. So, kalau ada salah silap, maafkan ya?

Carta Karya Paling Meletop! Terhangat Di Pasaran!